Kemahiran penrurusan masa

Post on 22-Jun-2015

726 views 0 download

Transcript of Kemahiran penrurusan masa

PENGURUSAN MASA

• Masa adalah satu anugerah yang diberikan kepada setiap manusia.• Ia adalah sesuatu yg terhad dan tidak mencukupi.

Semuanya milik kita kecuali masa - Pepatah Sepanyol-

Peluang keemasan hanya datang sekali - Bidalan Itali

Setiap detik masa tidak boleh dibeli dengan timbangan emas- Falsafah Cina-

Manusia tidak boleh membeli masa- Pepatah Jerman -

Bagaimana Kita MEMBAZIRKAN MASA ?

1. Tidur2. Tabiat Suka Tangguh3. Menunggu / Perjalanan4. Tidak boleh berkata “ TIDAK “

PENGURUSAN MASA

RASIONAL

RANCANG

SUNTUK

ROSAK

Ada masa lagi..

MASA RASIONAL

SEKOLAH

TIDUR

URUSAN DIRI

BELAJAR

1 HARI 24 JAM24 JAM BAHAGI 4 = 6 JAM

Ada masa lagi..

MASA RANCANGSEKOLAH, 7

TIDUR, 7

URUSAN DIRI, 5

BELAJAR, 5

Ada masa lagi..

MASA RISIKO

SEKOLAH, 7

TIDUR, 7

URUSAN DIRI, 7

BELAJAR, 3

Ada masa lagi..

MASA ROSAK

SEKOLAH, 7

TIDUR, 8

URUSAN DIRI, 8

BELAJAR, 1

Ada masa lagi..

Kesan tiada pengurusan masa yang

baik

Menghampiri kegagalan…

Sering beri alasan…

Sering lewat…

Selalu membuang masa…

PENGURUSAN MASAa. Pelajar yang berjaya mempunyai

pengurusan masa yang baik.

b. Jadual waktu merangkumi perancangan; i. Sesi pembelajaran ii. Aktiviti-aktiviti dalam sehari

c. Perancangan – Pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran & aktiviti

PELAJAR YANG BIJAK MEMBAHAGIKAN MASA BELAJAR

Bagaimana Menghasilkan Jadual Waktu Yang Baik?

Tentukan tempoh masa pembelajaran.

Pilih keutamaan-susah senang-subjek/topik.

Beri tumpuan pada subjek/topik yang sukar.

Pembahagian masa belajar yang samarata.

Belajar 2 jam sehari sepanjang minggu lebih baik dari 10jam sekali dalam seminggu.

Apakah Kelebihan Mempunyai Jadual Waktu?

Mengurangkan Pembaziran Waktu. Lebih memberi fokus pada pelajaran. Pengurusan masa lebih teratur. Mengambil kira semua matapelajaran. Memberi keutamaan kepada matapelajaran yang

sukar. Melatih diri tidak menangguhkan kerja

BETULKAH KITA TERLALU SIBUK???

Apa nak buat..?

LANGKAH- LANGKAH MENGATASI• Peruntukan masa• Sediakan masa-masa yang tertentu mengikut kesesuaian individu.

• Sekiranya, waktu pagi sesuai untuk ulang kaji, buatlah ulangkaji, malam waktu membaca, bacalah dan petang sesuai dengan latihan, latihanlah.

Buat jadual untuk pelbagai aktiviti. Sediakan senarai ‘akan buat’ dan ‘tidak akan buat’, jika perlu.

Mungkin anda mempunyai sepuluh senarai tugas yang hendak dilakukan dalam sesuatu hari.

Senarai tidak akan buat itu pula akan memberhentikan anda daripada membuat sebarang kerja yang disenaraikan itu dan ini akan dapat dielakkan pembaziran masa.

Lengkapkan jadual waktu tersebut mengikut kesesuaian dengan masa belajar anda.

Ikutlah jadual waktu yang anda sediakan sendiri untuk menggunakan masa dengan sebaiknya.

LANGKAH- LANGKAH MENGATASI

Pengurusan Bersistematik

Perkemaskan tempat belajar di rumah atau di sekolah.

Buat susunan dan aturan yang menarik supaya rasa selesa dan seronok berada di tempat belajar tersebut dan susunan bahan atau alatan secara teratur supaya mudah untuk diambil tanpa membuang masa.

Dengan keseronokan dan kemudahan proses pembelajaran akan menjadi lancer dan tersusun rapi tanpa membuang masa.

LANGKAH- LANGKAH MENGATASI

Masa sebelum tidur – amalkan teknik belajar secara bayangan.

Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.

Masa terbangun ditengah malan – belajar seperti di atas.

Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)

Masa sarapan pagi – baca selembar dua surat khabar / majalah pendidikan

Masa berjalan ke sekolah – tanyakan diri anda sifir dan formula

LANGKAH- LANGKAH MENGATASI

Masa menunggu bas – ulangkaji kad nota dan bayangkan

Masa sampai awal pagi ke sekolah – ulangkaji harian / cepat

Masa menunggu cikgu masuk ke kelas – kuiz soalan dengan kawan

Masa sebelum pulang – lewatkan sedikit untuk pulang dan siapkan kerja-kerja rumah

Masa rehat selepas makan – baca akhbar, rencana dan majalah.

Masa menonton televisyen – melukis rajah, peta, tulis formula dan lain-lain

LANGKAH- LANGKAH MENGATASI

LELEHAN MASA• Sepatutnya masa belajar Sains pukul 8.00

hingga 10.00 malam. Semasa pelajar itu cuba mentelaah didapati ada tulisan yang tidak dapat dibaca (ditulis terlampau pantas). Ambil keputusan telefon kawan. Semasa telefon turut berbual beberapa topik lain. Ada niat untuk sambung pembacaan tetapi terganggu dengan siaran televisyen. Buat keputusan akan baca nota pada lain kali. Terus menonton hingga akhir rancangan.

CONTOH JADUAL HARIAN (hari persekolahan)

Masa Aktiviti

6.30 – 7.00 pagi Mandi, sarapan dan solat.

7.15 – 1.15 petang Sesi persekolahan

1.15 – 2.00 petang Makan dan solat.

2.00 – 6.00 petang Sesi sekolah agama / tuisyen

6.00 – 8.00 malam Mandi, makan, rehat dan solat

8.00 – 8.30 malam Menonton televisyen / bersama keluarga

8.30 – 10.00 malam Menyiapkan kerja rumah / mengulang kaji matapelajaran

10.00 – 6.00 pagi Tidur