ORIENTASI MASA DEPAN PELATIH ORANG KELAINAN …...orientasi masa depan pelatih orang kelainan upaya...
Transcript of ORIENTASI MASA DEPAN PELATIH ORANG KELAINAN …...orientasi masa depan pelatih orang kelainan upaya...
ORIENTASI MASA DEPAN PELATIH ORANG KELAINAN UPAYA
SETELAH MENGIKUTI LATIHAN KEMAHIRAN DI SALAH SEBUAH
BENGKEL PEMULIHAN DI TERENGGANU.
SUZILA BINTI MAD ALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
ORIENTASI MASA DEPAN PELATIH ORANG KELAINAN UPAYA
SETELAH MENGIKUTI LATIHAN KEMAHIRAN DI SALAH SEBUAH
BENGKEL PEMULIHAN DI TERENGGANU
SUZILA BINTI MAD ALI
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang
Syukurku Atas Segala Kurniaan-Mu
Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.
Khas Buat Ayah Dan Ibu Yang Tersayang..
Mad Ali B Mad Amin dan Siti Bidah Bt Md. Ali,
Marjuni B Abdullah dan Sarihat Bt. Sulaiman,
Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian
Segala Jasa Dan Pengorbananmu Tidak Akan Anakanda
Lupakan Hingga Ke Akhir Hayat.
Buat Suami Yang Tercinta..
Zaimie Bin Marjuni
Sokongan, dorongan dan doa darimu amatla bermakna buatku..
Buat Penyelia Yang Dikagumi..
Dr. Mohd Khata B Jabor
Terima Kasih Di Atas Segala Tunjuk Ajarmu
Buat Kakak, Abang Dan Adikku Yang Dikasihi…
Marliana, Hail Zuan, Hasbullah, Mohd. Syahdan, Zailin dan Zulfadli
Janganlah Leka Dengan Kenikmatan Hidup Yang Sementara Ini
Semoga Kita Menjadi Kebanggaan Ayahanda Dan Bonda Tercinta
Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Pendidikan Yang Disanjungi..
Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan
Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi…
Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya
Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama ..Amin.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat
dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat
serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan
untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
Dr. Mohd Khata Bin Jabor selaku penyelia dan pembimbing penyelidik
kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan
panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam
menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T.
melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.
Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga
yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang
penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah
Zanariah, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
dan lain-lain kerana menyediakan bahan-bahan ilmiah yang berguna kepada
penyelidik.
Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan
kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada
penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.
Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang
dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah
S.W.T. Sekian Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti orientasi masa depan pelatih Orang Kelainan Upaya (OKU) setelah mendapat latihan kemahiran di salah sebuah bengkel pemulihan Kuala Terengganu. Terdapat 4 persoalan yang dikaji iaitu peluang pekerjaan, bidang keusahawanan, kecekapan diri dan peningkatan taraf hidup yang mempengaruhi orientasi masa depan pelatih OKU setelah mendapat latihan kemahiran di BPKM, Marang. Seramai 42 orang dipilih sebagai sampel kajian terdiri daripada pelatih OKU lelaki dan perempuan yang mempunyai pelbagai tahap kecacatan. Borang soal selidik merupakan instrumen kajian yang mengandungi 40 item mengikut skala Binari dua peringkat. Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen ini adalah 0.879. Analisis data adalah dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 16.0 untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan pelatih OKU di BPKM mengikuti latihan kemahiran bagi memperkukuhkan lagi kecekapan diri mereka. Peningkatan taraf hidup yang lebih baik setelah mengikuti bidang kemahiran ini merupakan faktor kedua terpenting kepada mereka. Penglibatan diri dalam bidang keusahawan selepas tamat latihan di BPKM adalah orientasi masa depan ketiga tertinggi dan peluang mendapatkan pekerjaan merupakan aspek terakhir yang mereka harapkan setelah mengikuti latihan di BPKM. Keempat-empat aspek berada pada tahap tinggi. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada pelatih OKU, pihak BPKM dan pihak JKM.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to identify the orientation of future among disable trainees at one of Kuala Terengganu rehabilitation workshop BPKM (Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang). There were four factors studied by researchers; jobs opportunities, entrepreneurial opportunities, personal efficiency and improvement of the living standards. A total of 42 trainees were selected as samples and consist on disabled male and female trainees with various levels of disability for this study. The research instrument that been used was researcher development questionnaire containing 40 Binary scale items of 2 levels. The value of the reliability of this instrument was 0.879. Data were analyzed by using SPSS version 16.0 for frequencies and percentages. The result has shown that, most of disabled trainees in BPKM prefer to be involved in vocational training to strengthen their self-efficiency in the future. The second factor is improvement of the living standards, third is entrepreneurial opportunities and the last factor is about job opportunities. The researcher has presented recommendation; such as realizing disabled expectation, BPKM and also JKM.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENDAHULUAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Penyataan Masalah 7
viii
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 9
1.6 Skop Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.9 Kesimpulan 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 13
2.1 Orang Kurang Upaya (OKU) 14
2.1.1 Definisi OKU 14
2.1.2 Ciri-ciri golongan OKU 15
2.1.3 Autism/ Spastik 16
2.1.4 Kelainan dari segi masalah pembelajaran 16
2.1.5 Kelainan penglihatan 17
2.1.6 Kelainan Anggota 18
2.1.7 Kelainan Pendengaran 18
2.2 Konsep Kekurangan Upayaan 19
2.3 Sikap Terhadap OKU 20
2.4 Peluang Pekerjaan Golongan Oku 20
2.5 Perkembangan Kerjaya OKU 21
2.5.1 Pendidikan kerjaya 22
2.6 Penglibatan OKU dalam bidang keusahawanan 23
2.7 Perkembangan kecekapan diri OKU setelah mengikuti
latihan kemahiran 25
2.7.1 Model Kurikulum LCCE 26
2.7.1.1 Perkembangan kemahiran kehidupan
Seharian 26
2.7.2 Perkembangan Personal dan sosial 27
2.7.3 Kecekapan sosial golongan OKU 28
ix
2.8 Taraf kehidupan golongan OKU 30
2.9 Kajian Lepas 32
2.10 Kesimpulan 33
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 34
3.1 Reka Bentuk Kajian 35
3.2 Lokasi Kajian 36
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 36
3.4 Instrumen Kajian 37
3.4.1 Pengumpulan Data Primer 38
3.4.1.1 Soal Selidik 38
3.4.2 Pengumpulan Data Sekunder 41
3.5 Prosedur Kajian 42
3.5.1 Kerangka operasi 43
3.5.2 Kajian Rintis 43
3.5.3 Kajian Sebenar 44
3.6 Analisis Data 45
3.7 Jangka Masa Kajian 45
3.8 Kesimpulan 46
BAB 4 ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 47
4.1 Analisis Bahagian A: Latar Belakang Responden 48
4.2 Analisis Bahagian B 52
4.2.1 Orientasi masa depan pelatih OKU
terhadap pekerjaan 54
4.2.2 Orientasi masa depan Pelatih OKU
terhadap bidang keusahawanan 57
x
4.2.3 Orientasi masa depan pelatih OKU
Terhadap Kecekapan Diri. 60
4.2.4 Orientasi masa depan pelatih OKU
Terhadap taraf hidup. 62
4.3 Analisis Keseluruhan 64
4.4 Kesimpulan 64
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 65
5.1 Ringkasan Dapatan Kajian 66
5.2 Perbincangan 67
5.2.1 Bahagian A 67
5.2.2 Bahagian B 68
5.2.2.1 Orientasi Masa Depan pelatih OKU
terhadap Pekerjaan 68
5.2.2.2 Orientasi Masa Depan Pelatih OKU
terhadap Bidang Keusahawanan 71
5.2.2.3 Orientasi Masa Depan Pelatih OKU
terhadap Kecekapan Diri 73
5.2.2.4 Orientasi Masa Depan Pelatih OKU
terhadap Peningkatan Taraf Hidup 75
5.3 Rumusan 77
5.4 Cadangan 78
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81
5.6 Kesimpulan 82
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 3.1 Pengkelasan Skala Binari 40
Jadual 3.2 Nilai Skor Peratus 40
Jadual 3.3 Klasifikasi Item Mengikut Persoalan Kajian 41
Jadual 3.4 Statistik Reliabiliti 44
Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Jantina 48
Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Umur 49
Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Bangsa 50
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Jenis Kecacatan 50
Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Unit Kerja 51
Jadual 4.6: Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan
Tertinggi 52
Jadual 4.7: Tahap Peratusan maklum balas terhadap item 52
Jadual 4.8: Menunjukkan maklum balas dan skor skala Binari
terhadap item 53
Jadual 4.9: Taburan responden mengikut Kekerapan dan Peratus
bagi item pekerjaan 54
Jadual 4.10: Taburan responden mengikut Kekerapan dan Peratus
bagi item keusahawanan 57
Jadual 4.11: Taburan responden mengikut kekerapan dan peratusan
bagi kecekapan diri. 60
Jadual 4.12: Taburan responden mengikut kekerapan dan peratusan
bagi taraf hidup. 62
xii
Jadual 4.13: Taburan purata peratusan dan tahap keseluruhan bagi
orientasi masa depan pelatih OKU setelah mendapat
latihan kemahiran di BPKM. 64
xiv
SENARAI SINGKATAN
ADA Congres in America with Disabilities Act
Bil Bilangan
BPKM Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang
ICT Teknologi Komunikasi Maklumat
IDEA Individual with Disabilities Education Act
IT Teknologi Maklumat
JARO Johor Area Rehabilitation Organization
JKM Jabatan Kebajikan Masyarkat
KPWKM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
K Kekerapan
LCCE Life-Centered Career Education
NGO Badan-Badan Bukan Kerajaan
OKU Orang Kelainan Upaya
PBB Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu
PDK Pusat Pemulihan dalam Komuniti
PERSUGO Gabungan Usahawan OKU Malaysia
PLPP Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
PMR Penilaian Menengah Rendah
PWIDS People with Individual Disabilities
SGGP-OKU Tabung Skim bantuan Galakan Perniagaan OKU
xv
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Package for Social Science version 16.0
SUHAKAM Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
S.W.T Subhanahu Wa Ta`ala
TSH Taman Sinar Harapan
UPIAS Union of the Physically Impaired Agents Segregation
UPM Universiti Putra Malaysia
UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah
UTM Universiti Teknologi Malaysia
WHO Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Y Ya
T Tidak
% Peratus
f Frekuensi/Kekerapan
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK A Borang Soal Selidik B Pengesahan Instrumen 1 C Pengesahan Instrumen 2 D Surat Pengesahan Menjalankan Kajian (Fakulti Pendidikan) E Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Di BPKM
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Kehilangan upaya dan ketidakupayaan atau kini lebih dikenali sebagai
kelainan upaya merupakan suatu keadaan yang dianggap pengurangan fungsi dan
keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa bagi seseorang yang
normal. Menurut Seksyen 504 Akta Pemulihan 1976 istilah “disability” biasanya
digunakan merujuk kepada fungsi individu seperti keterbatasan atau kelemahan
fizikal dan mental, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Kehilangan
keupayaan ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya (Tileston, 2004:51)
Orang Kelainan Upaya (OKU) dapat dibahagikan kepada beberapa kategori,
iaitu Orang Kelainan Upaya Fizikal, Orang Kelainan Upaya Penglihatan, Orang
Kelainan Upaya Pendengaran, Orang Kelainan Upaya Mental yang dibahagikan
kepada Carebral Palsy dan masalah pembelajaran. Di Malaysia, OKU boleh
didefinisikan sebagai seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang
daripada segi fizikal, mental, intelektual atau deria apabila berinteraksi dengan
2
pelbagai halangan boleh meyekat penyertaan penuh dalam masyarakat (AKTA
OKU, 2008).
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Orang Kelainan Upaya
(OKU) boleh didefinisikan sebagai kanak-kanak atau orang dewasa yang
mempunyai kekurangan pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau
mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti bersosial, rekreasi, pelajaran
dan vokasional. Manakala menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
OKU bermakna seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi
memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian daripada keperluan biasa seseorang
individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu
kelainan sama ada daripada segi fizikal ataupun mental dan sama ada ia berlaku
semenjak lahir ataupun kemudiannya (Zinaida Ariffin, 2006).
Menurut Gibbons (1982:19) menyatakan bahawa
“These limitations either are present from birth or result from injury, disease, or aging.”
Menurut pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu pula, OKU bermaksud seseorang yang tidak berupaya menentukan
sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian daripada keperluan biasa
seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan
sesuatu kekurangan sama ada dari segi fizikal ataupun mental dan sama ada ia
berlaku sejak dilahirkan ataupun kemudiannya (Zinaida Ariffin, 2006).
Di Malaysia, kementerian yang menguruskan hal ehwal golongan OKU
adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), adalah sebuah badan atau jabatan yang
bernaung di bawah KPWKM. Institusi-institusi lain yang banyak membantu
3
golongan OKU terdiri daripada beberapa jabatan dan agensi antaranya Taman Sinar
Harapan (TSH), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Bengkel
Daya, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Pertuturan Kiu (Persatuan
Kebangsaan Pekak Malaysia) (Rosmawatie Sulaiman, 2008).
Pelbagai isu yang berkaitan dengan OKU yang menjadi perhatian pelbagai
pihak terutama sekali isu mengenai kerjaya dan masa depan golongan ini. Malah isu
kesedaran mengenai kerjaya OKU dikalangan orang awam juga diberi perhatian dan
dititikberatkan sehingga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) terpaksa
menggesa supaya kerajaan mengubal satu akta bagi memastikan OKU menikmati
kesaksamaan dan melindungi OKU daripada sebarang bentuk pengganiayaan sama
ada secara langsung atau tidak langsung.
Malah Pertubuhan Badan-Badan Bukan kerajaan (NGO) merupakan badan
yang banyak mengetengahkan masalah dan pendapat mengenai golongan OKU
sehinggakan usaha mereka ini mendapat tumpuan ramai seterusnya nasib golongan
OKU ini kian terbela. Pelbagai aktiviti berbentuk vokasional diberikan kepada
golongan OKU bersesuaian mengikut keadaan mereka. Latihan kemahiran yang
disediakan oleh pihak kerajaan dan NGO ini bertujuan untuk menyediakan golongan
OKU bukan sahaja kemahiran asas malah kemahiran yang dapat menyediakan
golongan ini ke arah pasaran terbuka dan industri global (Chua dan Koh, 1992: 85).
Program yang disediakan bagi Institusi Pusat Pemulihan serta sekolah khas
adalah berdasarkan kelainan keupayaan mereka. Latihan kemahiran yang ditawarkan
adalah mengikut kemampuan serta minat golongan OKU adalah seperti asas jahitan,
komputer, kraftangan, membaiki radio dan televisyen dan lain-lain. Berdasarkan
kepada program yang disediakan, adalah diharapkan golongan OKU dapat berdikari,
menguruskan kehidupan harian seperti manusia normal, berkeupayaan mencari
rezeki, boleh merancang kehidupan masa depan yang terjamin dan juga supaya
masyarakat tidak memandang rendah terhadap mereka.
4
1.1 Latar Belakang Masalah
Isu yang sering dikaitkan dengan golongan OKU adalah dari segi orientasi
masa depan mereka setelah mereka meningkat dewasa. Sesungguhnya golongan ini
tidak mahu menyusahkan orang lain terutama ibu bapa dan ahli keluarga mereka
namun disebabkan kekurangan yang dialami menyebabkan mereka terpaksa meraih
simpati orang ramai untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna seperti insan
normal yang lain. Malah kebanyakan golongan ini merupakan golongan yang sukar
untuk mendapatkan pekerjaan dan tidak mampu menanggung kehidupan mereka
sendiri ekoran daripada kelainan yang dialami oleh mereka. Hal ini dapat dibuktikan
dengan pernyataan Bank Dunia yang menganggarkan bahawa orang kurang upaya
merupakan satu per lima daripada golongan termiskin dunia (Bank Dunia, 2010).
Kemiskinan di kalangan OKU adalah disebabkan oleh pengasingan dan
peminggiran oleh masyarakat sekeliling. Situasi ini telah mengekang peluang OKU
untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti ekonomi yang dapat
meningkatkan tahap kualiti hidup mereka. Pengasingan dan peminggiran terhadap
OKU dipercayai timbul akibat daripada sikap penghalang persekitaran yang telah
mengekang OKU daripada akses kepada peluang pendidikan sepenuhnya. Malah
bukan sahaja dari segi pekerjaan dan peluang pendidikan, golongan OKU ini
terbatas dari segi peluang untuk untuk mendapatkan kemahiran, penerimaan sosial
dan masyarakat, malah sukar untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi ekoran
daripada kekurangan yang diterima oleh golongan ini (Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu, 2010).
Jika dilihat dari segi penerimaan dari sektor pekerjaan, sehingga kini
golongan OKU masih belum dapat diterima sepenuhnya dalam pasaran kerja secara
terbuka. Menurut Zinaida Ariffin (2006) menyatakan bahawa majikan khususnya
seolah-olah takut untuk mengambil golongan ini bekerja walaupun mereka juga
sama seperti manusia biasa malah mereka mempunyai keistimewaan yang
5
dianugerahkan oleh Allah S.W.T yang setanding dengan individu normal yang lain.
Malah sekiranya golongan ini dilatih dengan cara yang betul mereka juga dapat
melakukan pekerjaan yang diberikan dengan lebih baik dan tekun. Keperluan OKU
juga sama dengan manusia normal di mana mereka juga memerlukan pekerjaan
untuk meneruskan kehidupan.
Golongan kelainan upaya di Malaysia yang telah mendapat pendidikan khas
dan pendidikan vokasional di pusat-pusat latihan kerajaan dan swasta, namun masih
sukar menempatkan diri mereka sebagai pekerja di sektor awam mahupun swasta
akibat daripada kelainan fizikal. Keadaan ini telah mendorong sesetengah individu
kelainan upaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan
(Rosmawatie, 2008).
Menurut sumber Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, bilangan OKU yang
berjaya mendapatkan pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta adalah kurang
memberangsangkan. Mengikut Akta Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun
1988 menyatakan sektor awam memperuntukkan sebanyak satu peratus peluang
pekerjaan kepada golongan OKU. Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) telah
membentang satu Kertas Kerja di Mesyuarat Ketua Jabatan Persekutuan yang
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara berkenaan pematuhan dasar 1 peratus
peluang pekerjaan OKU di sektor awam pada bulan Oktober 2007 dan
mengemukakan beberapa cadangan pelaksanaan dasar. Berikutan dengan itu,
Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2008 telah dikeluarkan menggantikan
Pekeliling Pekhidmatan Bil 10 Tahun 1988 menghendaki semua Kementerian dan
Jabatan mengambil 1 peratus pekerja OKU, berkuat kuasa mulai 1 April 2009 (JKM,
2010).
Kerajaan juga akan sentiasa berusaha untuk memberi lebih banyak peluang
pekerjaan kepada OKU. Sejajar dengan usaha ini, kerajaan akan melaksanakan
sasaran satu peratus pekerjaan untuk OKU dalam perkhidmatan awam. Program