Post on 12-Dec-2014
description
1. KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Ia
adalah hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan
membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Menteri yang pertama memikul tugas Jawatan adalah Datuk Dr. Mohd Shafie
Salleh dan kini disandang oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15
Julai 2004, Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3,
Parcel E, Pusat Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada dua jabatan dan agensi.
Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan
Pengurusan IPT (JPIPT) dan Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti .
JPIPT pula terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA &
Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-agensi di bawah Kementerian
Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN,Yayasan TAR dan 20 Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) iaitu :
Universiti Malaya (UM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
1
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
1.1 Objektif
Memastikan supaya sekurang-kurangnya 2 universiti negara
disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di dunia dan salah
2
sebuah universiti berkenaan disenaraikan di kalangan 50 universiti
terbaik dunia.
Membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang
diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta,
penerbitan, kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan hasil
penyelidikan.
Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian
tinggi awam mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah atau setaraf
dengannya dan 30% pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai
kelayakan ijazah Sarjana, Doktor Falsafah atau setaraf denganya.
Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi
keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75%
graduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam
bulan selepas tamat pengajian.
Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara dengan
menarik pelajar-pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% dari
keseluruhan jumlah pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah
dan lepasan ijazah
Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses
pengajian tinggi kepada 40% dan memperluaskan peluang pembelajaran
sepanjang hayat bagi semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional
dan bukan konvensional
3
Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan dari sumber-
sumber lain dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30%
ditanggung oleh universiti dan 70% oleh kerajaan.
Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi,
setanding dengan amalan yang terbaik digunakan di peringkat
antarabangsa
Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelajar yang berpotensi dan
layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.
Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian
tinggi tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta
institusi penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang
penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.
1.2 Lima Teras Utama
Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik.
Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara.
Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian
tinggi.
Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding di peringkat
antabangsa.
Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.
4
1.3 Nilai-Nilai Korporat
Berintegriti
o Melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan jujur, adil dan
saksama.
Profesionalisme
o Berilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi dalam
melaksanakan tugas yang di amanahkan.
Semangat Kerja Berpasukan
o Bekerjasama dalam melaksanakan tugas.
Berorientasikan Pelanggan
o Menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelnggan dari
segi kecekapan masa, tahap layanan dan kualiti perkhidmatan.
Berorientasikan Warga Kementerian Pengajian Tinggi
o Prihatin kebajikan anggota disamping mengutamakan kepentingan
organisasi.
2. JABATAN-JABATAN DIBAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
2.1 UNIVERSITI MALAYA
5
Universiti Malaya ialah universiti yang pertama ditubuhkan di Malaysia.
Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti
Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.
SEJARAH
Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King
Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929).
Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949.
Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah
kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti
Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama
Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini
ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
merupakan Canselor pertama Universiti Malaya.
Terdapat 2 akademi di UM, 12 fakulti dan 4 institut. UM juga mempunyai 11
buah kolej di dalam kampus iaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej
Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman
Keduabelas. Manakala di luar kampus terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej
Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17
dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
2.2 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
6
Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam di
Malaysia. Kampus utamanya terletak di George Town,Pulau Pinang. Terdapat
tiga kampus lain iaitu satu di Seberang Perai dan satu lagi di Kelantan dan satu
"offshore" kampus yang menawarkan kursus sains perubatan di Uttar Pradesh,
India.USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006.Ini
menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan
pelajar.
Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada lima universiti yang
bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.Ini jelas mencapai misi dan
visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf
dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Universiti ini
mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang
cemerlang untuk menjayakan misinya. Pada 2006, USM mempunyai kira-kira
30,000 pelajar termasuk 7,000 orang bertaraf pascasiswazah.Jumlah pensyarah
seramai 1,600 orang. Ini bererti nisbah pensyarah-pelajar ialah 1:23.
SEJARAH
USM telah ditubuhkan sebagai universiti kedua di Malaysia pada 1969 dan
pertama kali dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada masa yang sama,
ia beroperasi di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Pada 1971, kampus USM
7
dialihkan ke kawasan yang berkeluasan 239.4 hektar, yang mana ia merupakan
bekas kawasan berek tentera.
Dari sudut lain, Universiti Sains Malaysia diberikan mandat untuk menjaga,
mempromosi, dan menguruskan pendidikan tinggi dalam bidang yang
mencakupi sains tulen, sains aplikasi, sains farmasi, sains bangunan dan
teknologi, sains masyarakat, kemanusiaan, dan pendidikan dalam bentuk
penyelidikan, kemajuan, dan penyebaran ilmu pengetahuan.
2.3 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang
terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara
rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai,
Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di
Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur
dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.
Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903
dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang
cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti
pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan
8
memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas
merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran
Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah
institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad.
UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf
universiti penyelidikan.
SEJARAH PENUBUHAN
Tahun 1930-an lagi cendekiawan dan politikus Melayu mendesak
Kerajaan British menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada
anak-anak Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Abdul Kadir Adabi.
Persatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pula mahukan pendaulatan
Bahasa Melayu di peringkat universiti.
1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Hasil seminar ini
mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Sebuah
universiti Islam turut dibincangkan.
25 Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan
Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin
Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Syed Husin Ali dan
lain-lain.
18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasmi.
Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Universiti ini hasil citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya 9
seramai 192 orang. Ada 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan
Fakulti Islam. Ramai tenaga pengajar diambil dari Indonesia.
Daripada 3 fakulti kepada 13 fakulti dan 14 institut
1494 tenaga pengajar termasuk dari Indonesia, Britain, Amerika Syarikat,
Thailand, Kanada, Jerman, Belanda, Mesir dan Australia.
Lebih 30,000 pelajar berdaftar
Penuntutnya dari 55 negara termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Jerman,
Mali, Filipina, Indonesia, Jordan, Libya, Perancis, Brunei, China, Korea,
Kenya, Singapura dan Thailand.
Cawangan UKM di Sabah ditubuhkan pada tahun 1974.
Pengukuhan penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia dan dunia.
2.4 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
10
Universiti Putra Malaysia (en:Universiti Putra Malaysia) atau dahulu dikenali
sebagai Universiti Pertanian Malaysia, telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971,
melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej
Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu
fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains
Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang
memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan
dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. Walau bagaimanapun, pada
awal tahun 80-an, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah memperluaskan
bidang tumpuannya dengan memasukkan bidang Sains dan Teknologi.
Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tinggi
untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem
penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi
dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat
berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa
sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.
Kemuncak dari itu, berlakulah penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia
kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri,
Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. la adalah merupakan satu langkah
strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat
pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian bagi
menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.
11
UPM merupakan salah sebuah daripada 5 universiti di Malaysia yang bertaraf
universiti penyelidikan. Lagu rasmi UPM ialah "Putra Gemilang".
PERKEMBANGAN UPM
Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan Julai
1973 di Serdang, Selangor dengan tiga fakulti asas iaitu Fakulti Pertanian,
Fakulti Perhutanan, Fakulti Kedoktoran Veterinar dan juga Bahagian Sains
Asasi. Kini UPM menawarkan 73 program Sarjana Muda, 8 program Diploma
termasuk program-program diploma yang ditawarkan di Kampus UPM
Cawangan Bintulu dan 12 program pengajian siswazah di peringkat sarjana
(M.Sc./M.A.) dan falsafah kedoktoran (Ph.D.). Setakat ini Universiti Putra
Malaysia mempunyai 15 fakulti, 8 pusat, 6 institut, 2 sekolah, 2 akademi,
sebuah taman dan sebuah kampus cawangan.
2.5 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Universiti Teknologi Malaysia atau dengan singkatan UTM merupakan sebuah
universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan
kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun,
UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac
1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun
diluar negara.
12
Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala
kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM
mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai.
Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.
UTM terpilih sebagai universiti penyelidikan keempat (selepas UM, UKM, UPM;
USM menjadi Universiti Apex pada 2008) di Malaysia pada 2010.
2.6 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEJARAH
Hasrat untuk mewujudkan universiti keenam di Malaysia timbul berikutan
bertambahnya permintaan terhadap pendidikan tinggi dan kurangnya tempat di
lima universiti tempatan yang sedia ada. Pada bulan Ogos 1983, kerajaan
mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menjalankan kajian
kemungkinan dan menyediakan satu kertas kerja ke atas projek universiti
keenam ini. Pada 19 Oktober 1983, Kabinet menelitinya dan meluluskan
penubuhannya.
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,
Sultan Kedah dilantik sebagai Canselor. Naib Canselor UUM yang pertama
ialah Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh.
13
Pejabat sementara Universiti Utara Malaysia ditempatkan di sebuah bangunan
di bandar Jitra sehingga Kampus Darulaman disiapkan. Pembinaan kampus
sementara berharga RM96 juta di kawasan seluas 25 hektar di Bandar
Darulaman, Jitra bermula pada Januari 1984. Dalam tempoh enam bulan fasa
pertama siap dan seramai 295 orang pelajar perintis memulakan pengajian
pada 7 Julai 1984. Fasa II dan III pada tahun 1987. Konvokesyen pertama,
kedua dan ketiga diadakan di Kampus Darulaman.
Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus
Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990, dan perpindahan sepenuhnya
ke Kampus Sintok berjaya dicapai pada 1 Januari 1991. Kampus Sintok yang
berharga RM580 juta ini siap sepenuhnya pada 1993.Mulai Januari 2008, UUM
mencipta sejarah membuat perubahan besar-besaran dari segi penstrukturan.
Sebanyak 13 buah Fakulti digabungkan menjadi 3 buah kolej akademik. Kolek
akademik ini terdiri daripada Kolej Perniagaan (College of Business- COB),Kolej
Sastera dan Sains (College of Arts and Sciences- CAS)dan Kolej Undang-
undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (College of Law, Government
and International Studies- COLGIS).
Para pelajar pula ditempatkan di 15 Dewan Penginapan Pelajar (DPP). 15 DPP
ini mampu menempatkan hampir 20,000 orang mahasiswa. DPP ini dinamakan
mengikut syarikat- syarikat, institusi dan organisasi terkenal di Malaysia yang
turut sama menyumbang ke arah pembangunan universiti ini. Ia terdiri daripada
MAS, TENAGA NASIONAL BERHAD, TRADEWINDS, PETRONAS, EON,
MISC, SIME DARBY, BSN, TELEKOM MALAYSIA, PROTON, MAYBANK,
YAYASAN AL-BUKHARY, BANK MUAMALAT, BANK RAKYAT dan SME
14
BANK. Satu keunikan universiti ini adalah kebanyakan kemudahan yang
terdapat di situ terbuka kepada orang ramai.
Selain daripada itu, UUM juga menyediakan kemudahan penginapan yang
selesa untuk pelancong yang berkunjung ke sana iaitu di University Inn dan
EDC Hotel. Menyedari hakikat kebajikan kakitangan yang berkhidmat dengan
universiti, UUm telah menyediakan hampir 600 unit rumah berbagai jenis untuk
keselesaan mereka.UUM juga menjadikan kampusnya sebagai sebuah kampus
terbuka kepada orang ramai untuk mengunjunginya dan menggunakan pelbagai
kemudahan yang terdapat di dalamnya. Bagi menyokong hasrat ini, UUM turut
menyediakan tempat-tempat penginapan di dalam kampus seperti Universiti Inn
di samping DPP yang boleh disewa pada masa cuti semester. UUM juga
menawarkan tempat penginapan bertaraf hotel iaitu EDC-UUM yang terletak
berhampiran pintu masuk utamanya. UUM telah memajukan sebahagian
kawasan hutan simpannya seluas 107 hektar sebagai salah satu tarikan
pelancongan di wilayah utara dengan mewujudkan beberapa kemudahan
seperti padang golf 9 lubang, litar go-kart antarabangsa, kawasan
perkhemahan, lapang sasar menembak dan memanah, taman rusa, pusat
ekuestrian dan sebagainya.
Penubuhan UUM adalah bagi memenuhi matlamat asas mengisi permintaan
guna tenaga yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang pengurusan.
2.7 UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
15
Universiti Malaysia Sarawak merupakan salah sebuah universiti baru yang
terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) merupakan
universiti kelapan yang ditubuhkan di Malaysia, dan merupakan yang pertama
dicetuskan di bawah Wawasan 2020. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24
Disember 1992. Pada 1994, UNIMAS telah berpindah ke kampus sementaranya
di Kota Samarahan, Sarawak.
2.8 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Universiti Malaysia Sabah merupakan salah sebuah universiti baru yang
terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan secara rasmi
pada 24 November 1994. Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti awam
yang kesembilan dan dianggap sebagai universiti yang tercantik di Asia
Tenggara.
Pada permulaan penubuhan universiti ini, pelajar-pelajar UMS terpaksa
menumpang di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan
Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kemudian mulai bulan Jun
1999 hingga 19 Mei 2000, UMS telah beransur-ansur berpindah ke kampus 16
tetapnya di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, UMS juga
mempunyai 2 buah kampus cawangan, masing-masing sebuah di Wilayah
Persekutuan Labuan dan di Sandakan.
Pada mulanya, Kampus Tetap UMS mempunyai 9 buah sekolah (Sekolah Sains
dan Teknologi, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Sains
Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah
Perniagaan dan Ekonomi, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial,
Sekolah Sains Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan Sekolah
Pengajian Seni) dan sebuah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. Pada tahun
2003, jumlah sekolah meningkat kepada 10 buah dengan penubuhan Sekolah
Perubatan. Kampus Perubatan Desa yang terletak di Sikuati, Kudat
menempatkan para pelajar Sekolah Perubatan.
Pada tahun 2006, Sekolah Pertanian Lestari telah ditubuhkan, menjadikan
bilangan sekolah kini bertambah kepada 11 buah. Dijangka pada tahun 2010,
Sekolah Pertanian Lestari akan berpindah ke Kampus Cawangan Sandakan
(Kampus Pertanian) yang terletak di Sungai Batang, Sandakan dan sedang
dalam pembinaan. Kedua-dua Sekolah Perubatan dan Sekolah Pertanian
Lestari pada masa ini terletak di dalam bangunan Sekolah Sains dan Teknologi.
Selain itu, Kampus Tetap UMS turut memuatkan 5 buah pusat kecemerlangan
penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan,
Institut Penyelidikan Marin Borneo, Institut Penyelidikan Bioteknologi, Unit
Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, dan Unit Penyelidikan Etnografi.
17
Kampus Antarabangsa Labuan pula menempatkan dua buah sekolah, iaitu
Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan dan Sekolah Sains
Informatik Labuan. Kampus ini mendapat gelaran 'Kampus Pantai' (The Beach
Campus) kerana kedudukannya yang terletak berdekatan pantai dan laut.
Moto Universiti Malaysia Sabah ialah "Bertekad Cemerlang". Lagu rasmi UMS
juga bertajuk "Bertekad Cemerlang"
2.9 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di
Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai
sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133,
bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti
Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan
Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut
Perguruan Sultan Idris.
Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah
"Pengetahuan Suluh Budiman", manakala lagu rasminya ialah "Ibu Kandung
Suluh Budiman".
18
SEJARAH
UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris
Training College atau SITC) di Tanjung Malim. Namanya sempena nama Sultan
Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar
yang memerintah negeri Perak dari 26 Jul 1887 - 14 Jan 1916. Baginda lahir
pada tahun 1849 dan mangkat pada tahun 1916.
Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan R.O. Winstedt untuk
memusatkan maktab-maktab perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan
Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan untuk
menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu sebagai
kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar,
Perak. Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for Malay
Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah
dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada 29
November 1922.
2.10 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SEJARAH
19
Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang
beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini
ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan
untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan singkatan bagi
Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk
membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini
merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon
(sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.
Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA
diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar
kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit
terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967,
Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).
Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti.
Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut
Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA
(UiTM).
UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu "UiTM Di Hatiku" dan "Wawasan Setia
Warga UiTM".
2.11 UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
20
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Arab: ماليزيا العالمية اإلسالمية (الجامعة
merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia
Islam. Ini kerana antara tujuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara
Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian
peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan
UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara
Islam.
Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila
Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad,
mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan
Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan
secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah
dilantik pada 16 September tahun yang sama.
Kampus induk UIAM seluas 700 ekar terletak di Gombak, Selangor. UIAM juga
mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan juga Kuala Lumpur. Pusat
Asasi UIAM terletak di Petaling Jaya, Selangor dan di Nilai, Negeri Sembilan.
UIAM mempunyai 10 buah kulliyyah (fakulti) dan 12 pusat kecemerlangan.
2.12 UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN- UNIVERSITI DARUL IMAN
MALAYSIA (UDM) 21
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang kini dikenali sebagai Universiti
Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terletak di negeri Terengganu. Universiti Darul
Iman Malaysia telah ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 sebagai institut pengajian
tinggi awam (IPTA) ke-18 dan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) telah
menjadi salah sebuah kampusnya. Walaupun masih baru, namun universiti ini
telah berpengalaman dalam menguruskan program diploma dan ijazah sarjana
muda melalui Kampus KUSZA sejak tahun 1980-an
UniSZA setakat ini mempunyai dua kampus di Terengganu yang telah
beroperasi sepenuhnya iaitu Kampus Kota dan Kampus KUSZA. Sebuah
kampus lagi, iaitu Kampus Besut dijangka beroperasi beberapa tahun lagi.
2.13 UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Universiti Malaysia Kelantan (Inggeris: University of Malaysia Kelantan) (UMK)
secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan
institut pengajian tinggi awam yang ke-19 di Malaysia dan memulakan
pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai tiga
buah fakulti dan satu pusat pengajian untuk digunakan oleh para penuntut
universiti ini.22
Buat masa ini, UMK menumpang di Institut Perguruan Kota Bharu, Kota Bharu,
Kelantan. Kampus utama UMK akan terletak di Bachok, manakala kampus
cawangannya terletak di Jeli. Kedua-dua kampus tersebut masih dalam
peringkat pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2008.
Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri,
pada 31 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006.
Prof. Dato' Ir. Dr. Zainai Mohamed telah dilantik sebagai naib canselor pertama
Universiti Malaysia Kelantan, berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Anak kelahiran
Kelantan ini merupakan bekas Timbalan Rektor Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn.
Menjelang Julai 2010, Universiti Malaysia Kelantan dijangka mampu
menampung seramai 2,160 pelajar di samping 135 orang kakitangan akademik
serta 148 orang kakitangan bukan akademik.
2.14 UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
SEJARAH
Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi
Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah
23
kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999.
Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd.
Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan
sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.
Hasil daripada usaha gigih beliau, Jemaah Menteri pada 26 Jun 2001 telah
membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang
berasaskan kemahiran di Pahang dan dinamakan sebagai KUKTEM. KUKTEM
adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-16 yang
diwartakan pada 16 Februari 2002 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Atas
arahan Kementerian Pendidikan, kampus UTM-KCP telah diambil alih dan
dijadikan kampus sementara KUKTEM pada 1 Mei 2002 dan memulakan Sesi
Akademik 2002/2003 dengan mengambil seramai 307 orang pelajar pada 30
Mei 2002.
Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah
berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC,
Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari
pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi
strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian
kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.
Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan
pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP)
berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007. Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM
24
kini dikenali sebagai UMP. Walaupun telah bertukar nama, bidang fokus utama
universiti dan program pengajian serta enrolmen tidak berubah mengikut
matlamat tujuan penubuhannya iaitu mencapai 10,000 hingga 15,000 orang
pelajar. UMP turut mengekalkan bidang-bidang yang difokuskan sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .
2.15 Universiti Malaysia Perlis
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merupakan salah sebuah institusi
pendidikan tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri Perlis Indera
Kayangan. Sebelum ini universiti ini dikenali sebagai Kolej Universiti
Kejuruteraan Utara Malaysia (bahasa Inggeris: Northern Malaysia University
College of Engineering).
Universiti Malaysia Perlis ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) yang ke-17 pada 25 Julai 2001.Aktiviti dan pembangunan
kurikulum, pembangunan fizikal dan pengambilan staf bermula selepas
perlantikan Rektor dan Timbalan Rektor pada 16 Februari 2002.
Pada 2 Mei 2002 UniMAP mula beroperasi di kampus sementara di Kubang
Gajah, Arau, Perlis dan telah menerima pelajar sulung bagi sesi akademik
2002/2003 seramai 116 orang pada 20 Jun 2002.
25
Mulai 1 Februari 2007 KUKUM telah menukar namanya ke UniMAP.
Kampus Tetap UniMAP, iaitu Kampus Alam, terletak di Pauh dan di Sg.
Chuchuh pula menempatkan Stesyen Penyelidikan Agroteknologi iaitu Kampus
Hijau.Bermula pada semester 2, sidang akademik 2009/2010, 2 buah Pusat
Pengajian Kejuruteraan (PPK) iaitu PPK Pembuatan dan PPK Mekatronik, telah
mula beroperasi di Kampus Alam.Kampus sementara kini beroperasi di Kubang
Gajah , Jejawi , Automart(Kuala Perlis), Taman Muhibbah , Bangunan KWSP
Kangar, Dewan Kapitol, Kangar manakala Kolej Kediaman adalah di Kampong
Wai, Senerang Ramai, Taman Semarak, Wang Ulu dan Taman Aman.
Canselor UniMAP yang pertama adalah Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang dilantik pda 1 September 2003,
manakala Pro Canselor pula ialah DYTM Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajjah
Lailatul Shareen Akashah Khalil.Naib Canselor pertama UniMAP ialah Brig. Jen.
Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin manakala Timbalan Naib Canselor UniMAP
ialah Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff. Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah
UniMAP ialah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain.
Pembelajaran yang dilaksanakan adalah secara lab-intensive bagi
menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan
sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan 60%
pengajaran dalam bentuk praktikal dan pendedahan industri dan 40% dalam
bentuk kuliah formal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia
setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf.
2.16 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
26
Universiti Malaysia Terengganu
ترڠڬانو مليسيا اونيۏرسيتيUniversity of Malaysia Terengganu
Universiti Malaysia Terengganu (Inggeris: University Malaysia Terengganu)
(UMT), dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi
Malaysia, KUSTEM ditubuhkan pada 1 Februari 2007.
Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) telah bermula dengan
sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang
menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains
Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah.
Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti
Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi
nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996.
Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat
Pengajian Matrikulasi (PPM).
Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai
sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia
Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate).
Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju
meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT)
berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Putra Malaysia di
Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
27
Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Julai 1999. KUT adalah Kampus
Bersekutu UPM dan pelajar akan dikurniakan ijazah dari UPM. KUT telah diberi
kuasa autonomi sebagai Kolej Universiti Terengganu pada 1 Mei 2001.
Pada 1 Julai 2001 KUT dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej
Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM.
Pada 1 februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM)
telah dinaik tarafkan kepada universiti penuh bernama Universiti Malaysia
Terengganu (UMT).
2.17 UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
مليسيا ناسيونل ڤرتاهنن اونيۏرسيتيNational Defense University of Malaysia
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merupakan sebuah universiti yang
bertujuan melahirkan lebih ramai pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang
mempunyai ijazah pertama. Walau bagaimanapun, universiti yang terletak di Kuala
Lumpur ini terbuka kepada semua pihak.
SEJARAH
Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan
penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai
organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat
Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan
28
Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan
menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.
Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada
sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan
program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun
1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan
Malaysia dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai lebih kurang
1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi
Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan
profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan
mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut
DiRaja Malaysia, dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.
UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi
mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara.
Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk
memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru
sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan
yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk
program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi
Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan,
Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi
memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti
di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan,
29
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan
Pengajian Pertahanan.
Program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA
luar dan dalam negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia
menyediakan kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi
pertahanan yang berbentuk hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh
diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat
udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di
samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang berteraskan
sains dan teknologi terkini.
2.18 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Universiti Sains Islam Malaysia (Inggeris:Islamic Science University of Malaysia;
dahulu dikenali: Kolej Universiti Islam Malaysia, KUIM) merupakan salah
sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia.
USIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan
oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi
Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama
Kolej Universiti Islam Malaysia. Di antara tujuan penubuhan USIM ialah
memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana
30
pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam
sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris
di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.
Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan
enrolmen pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk
membina ketrampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di
kalangan pelajar.
2.19 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan IPTA serta universiti
teknikal pertama di Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia. Universiti
ini teleh diberi penjenamaan baru apabila kerajaan bersetuju untuk menaik taraf
Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) kepada universiti.
Maka pada tanggal 1 Februari 2007 tercacatlah sejarah kelahiran Universiti
Teknikal Malaysia Melaka.
UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada dua bidang iaitu
kejuruteraan dan teknologi maklumat. Para pelajar akan diperkuatkan dengan
kemahiran secara praktikal "hands-on" untuk membantu para pelajar untuk
berdaya saing apabila di alam industri. Kini terdapat dua kampus UTeM iaitu
31
Kampus Bandar dan Kampus Induk. Kampus Induk terletak di Durian Tunggal,
Melaka.
2.20 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
امليسي اونن حسين تون اونيۏرسيتي
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ialah Institut Pendidikan Tinggi
Awam (IPTA) yang ke-15 di negara Malaysia. Ditubuhkan pada 27 September
2000, universiti ini mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan
elektronik, kejuruteraan alam bina dan sekitar,kejuruteraan mekanikan dan
pembuatan, pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan, sains
komputer dan teknologi maklumat, serta pendidikan teknik dan vokasional.
Universiti ini mempunyai dua bahagian kampus iaitu, Kampus Induk dan juga
Kampus Bandar.
SEJARAH
UTHM bermula sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) pada tahun 1993.
Pada tahun 1996, institusi ini telah dinaik taraf kepada Institut Teknologi Tun
Hussein Onn (ITTHO) di bawah pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai sebahagian komitmennya terhadap
pengurusan yang berkualiti, KUiTTHO telah memperoleh sijil MS ISO
9001:2000 daripada SIRIM untuk pelaksanaan pengurusan akademiknya sejak
akhir tahun 2001. Pada 1 Februari 2007, nama KUiTTHO telah ditukarkan
kepada nama sekarang iaitu "Universiti Tun Hussein Malaysia" sempena
penaiktarafan institut ini daripada kolej universiti kepada universiti.
32
33