KEMURUNGAN

Post on 07-Jun-2015

8.998 views 21 download

description

infos kaitan kemurungan

Transcript of KEMURUNGAN

KEMURUNGAN

DISEDIAKAN OLEH:

HAMDAN BIN SALLEH - 800928

ZAINOL ABIDIN B. ISHAK - 800692

ASAS PERBINCANGAN

• PENGENALAN• DEFINISI• JENIS• SEBAB-SEBAB• SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA• RAWATAN• TEORI KEMURUNGAN BECK.• RUMUSAN

PENGENALAN

• Gangguan kemurungan ( depression ) adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran.

• Antara cirinya adalah ia bukan bersifat sementara dan bukan sesuatu yang boleh ditamatkan atau dihilangkan dengan keinginan semata-mata.

• Individu yang murung tidak dapat pulih dengan sendiri kecuali dengan bantuan pakar dan ubat-ubatan.

• Jika kemurungan ini tidak dirawat, ia boleh perpanjangan beberapa bulan ataupun tahun malah ia boleh menyebabkan penyakit fizikal serta meningkatkan risiko membunuh diri

Mengikut DSM1V

• simptom kemurungan akan kelihatan dalam sekitar 2 minggu. Termasuk kognitif- rasa tak berguna, ganguan fungsi fizikal spt gangguan gaya tidur, rasa penat dan hilang tenaga

• Mengikut DSM 111

Termasuk dalam kecelaruan Mood

Definisi

sedih, takut, dan bimbang keterlaluan

rasa bersalah, kutuk diri, enggan bergaul

masalah makan, tidur, seks

abnormal jika berterusan

Atkinson, Atkinson, Smith dan Bem (1990) Kimble, Garmezy dan Zigler (1984)

DEFINISI

Merujuk kepada perasaan sedih yang dialami oleh seseorang individu (Wicks-Nelson & Israel, 2003).

Kemurungan boleh dianggap sebagai suatuperasaan, suatu sindrom atau suatu penyakit klinikal (Dacey & Kenny, 1997).

Gangguan kemurungan ( depression ) adalah

sejenis penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran. Mereka yang mengalami penyakit ini akan berasa sedih atau `kosong` secara berpanjangan serta hilang semangat untuk hidup. (Bil.5/2001, Buletin Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan).

SAMBUNGAN

• Perasaan murung ini berlanjutan sehingga

membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius (Ingersoll, 1989).

• Menurut Bachanas dan Kaslow (2001), kemurungan di kalangan remaja memerlukan perhatian dan intervensi yang baik

SAMBUNGAN

• Setiap individu di dunia ini pernah mengalami perasaan sedih atau muram pada masa tertentu sepanjang hayatnya (Gurian, 2001; Steinberg, 1999).

• Bagi kebanyakan orang, gangguan emosi ini hanya berjangka masa pendek sahaja.

• Namun dalam kes-kes tertentu, perasaan murung ini berlanjutan sehingga membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius (Ingersoll, 1989)

• Menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 1982, didapati bahawa apabila seseorang mencapai umur 15 tahun, satu daripada lima orang remaja akan mengalami kemurungan (Turkington & Kaplan, 1997).

Kajian oleh See Ching Mey dan Lee Siew Siew

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, USM, Pulau Pinang, Malaysia

JENIS-JENIS

1 Major Depressive disorderCiri-ciri- wujud dengan tiba-tiba biasanya disebabkan oleh krisis dan kehilangan- Boleh mengambil masa yang lama mungkin sebulan atau setahun jika tidak diubati- Terbahagi kepada 2.

- Single Episod- Recurrent - berulang

2 Dysthymia

Ciri-ciri• Tanda-tanda tidak berubah untuk masa

yang panjang• Mengambil masa 20 – 30 tahun jika tidak

diubati

3 Double Depression

Wujud jika mengalami kombinasi antara Major Depressive Disorder dengan Dysthymia

• Sejak tahun 1970-an lagi, kemurungan di kalangan remaja telah dikenali sebagai "kemurungan bertopeng“ (masked depression) atau "kesamaan kemurungan" (depressive equivalents) (Dacey & Kenny, 1997).

• Kedua-kedua konsep di atas telah menjelaskan bahawa kemurungan di kalangan remaja biasanya diselindungi oleh tingkah laku seperti

hiperaktiviti, ketidakupayaan dalam pembelajaran, ponteng sekolah (Erickson,

1992; Kauffman, 2001), keletihan, masalah menumpukan perhatian, masalah

114

• Terdapat penyelidik yang mengatakan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam kadar kemurungan di kalangan remaja lelaki dan perempuan Baron & Joly, 1988 (disebut dalam Wade, Cairney, & Pevalin, 2002); Bachanas

• Penyelidik-penyelidik lain pula mengatakan bahawa remaja perempuan biasanya lebih mudah dilanda kemurungan berbanding remaja lelaki

(Ingersoll, 1989; Haugaard, 2001).

• Menurut Nolen-Hoeksema dan Girgus

(disebut dalam Bachanas & Kaslow, 2001), pada umur 15 tahun, kemurungan di kalangan remaja perempuan adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding

• remaja lelaki, dan perbezaan jantina ini akan berlanjutan hingga ke zaman dewasa.

• Steinberg (1999) pula berpendapat bahawa perasaan kemurungan adalah

lebih umum di kalangan lelaki berbanding perempuan sebelum akil baligh,

• manakala kecelaruan kemurungan lebih umum di kalangan perempuan berbanding lelaki selepas akil baligh.

Major Depression

0

5

10

15

20

25

USA Paris Beirut Korea Jerman

Lelaki

Per

Sebab-sebab

• Menurut Allchin (1975), kegagalan dalam

akademik boleh mendorong seseorang untuk mengalami kemurungan

FAKTOR PENYEBAB

• BIOLOGI

• SOSIAL

• TINGKAHLAKU

• PENGARUH EMOSI DAN KOGNITIF

Biologi

• Baka

• Hormon yg tidak seimbang

• Tidak dapat tidur

• Cara hidup berubah

Sosial

Perempuan

• Kehidupan sosial yang tidak berkualiti• Suka sendiri

• Suka menyendiri• Suka minta tolong

Lelaki• Tidak suka untuk ditolong

Tingkahlaku

• Kehidupan yg menurun

• Tidak peduli t/jwb & perawakan diri

• Cepat marah

Pengaruh Emosi & Kognitif

• Jiwa kosong• Hilang nikmat hidup• Kurang daya ingatan• Hilang tumpuan• Putus asa• Hilang rangsangan

sex

•Hilang mesra & kasih sayang•Rasa bersalah•Benci kepada semua perkara•Rendah diri•Pemikiran negetif•Berfikr untuk bunuh diri/melakukannya

• Mereka yang mengalami kemurungan mungkin mempunyai tanda-tanda:

- berasa hilang tenaga untuk melakukan

sesuatu,

- hilang minat dengan aktiviti harian seperti

makan dan minum, berasa diri tidak lengkap, mudah

menangis, berasa pesimis, berasa tidak berdaya,

berasa sunyi sepi, suka bersendirian, mengelakkan

diri daripada berinteraksi dengan orang lain.

SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA

EMOSI

• Tiada mood.

• Bimbang

• Cepat marah.

• Rasa bersalah

• Risau dan runsing

• Bosan

MENTAL

• Rasa diri tak berguna.• Putus harapan.• Hilang minat bekerja.• Hilang nikmat hidup.• Hilang tumpuan.• Hilang daya ingatan.• Berfikir untuk bunuh diri.• Tidak boleh berfikir dengan betul

TINGKAH LAKU

• Hilang kemampuan diri.• Hilang rangsangan seks.• Tidur yang tak sempurna.• Menangis.• Rasa letih terlampau.• Kurang tidur / sukar tidur • Tidak ketawa• Sukar memulakan sesuatu kerja• Suka menunjukkan kelemahan diri

Rawatan

1.Medication

• Jenis-jenis ubat

- Anti deprission

contoh : tricyclic, monoemine oxidase

( MAO), selective serotonim reuptake

inhibators (SSRIs)

sambungan

2. Terapi ringan. - Terapi secara ringan sahaja bagi kes-kes ringan.

3. Terapi Berat• Terapi secara ECT- Electroconvulsive Theraphy• Kemurungan yang teruk – digunakan ECT ini apabila ia

tidak berkesan lagi• Ia memberi kesan tindak balas sampingan seperti hilang

ingatan dan rasa letih yang amat sangat. Sesetengah pesakit akan hilang ingatan secara kekal.

4. Terapi Kognitif & T/Laku

• Kognitif.

- Dengan cara – mengurangkan idea-idea atau pemikiran negatif dan tukar kepada yang positif.

• Tingkah laku.

- Meningkatkan lagi kemahiran untuk mengawal diri dan mengatur hidup mereka

5. Interpersonal Psikoterapi

- Menukar cara hidup mereka kepada perhubungan sosial yang lebih positif.

- Memberi kemahiran bagi menyelesaikan konflik dengan orang lain

- Menyuruhnya supaya membina hubungan baru – bercerai dsb

Wajah-wajah Murung

Teori Kemurungan Kognitif Beck 1967

• Menurut Beck kebanyakan tanda-tanda murung adalah berpunca daripada sikap dan pemikiran individu yang negatif

• Akibat daripada pemikiran yang tidak tenteram

Beck (1987) dalam Wan Zainab (1990) menyatakan

• Model Beck telah menghuraikan tiga konsep asas psikologikal yang mengakibatkan kemurungan iaitu 1 konsep kognitif tiga penjuru, 2 skema dan 3 alat.

Konsep tiga penjuru kognitif

• Tiga penjuru kognitif (The Cognitive Triad). Mereka yang murung lebih cenderung mempersepsikan diri sendiri, pengalaman dan masa depan mereka sebagai satu pemahaman yang negatif dan tidak realistik.

Skema

• Merupakan satu tanggapan yang tidak fleksibel akibat daripada kepercayaan atau andaian pengalaman masa lalu.

• Skema merupakan penglibatan struktur kognitif di antara input rangsangan dan tindak balas personaliti.

• Skema mengandungi gabungan organisasi daripada nilai kepercayaan dan andaian yang berhubung dengan objek, kejadian atau persekitarannya.

• Skema juga akan berfungsi sebagai rangsangan scanners, menapis maklumat, interpretasi dan mengekodkan maklumat (Becker, 1974).

Alat

• Mereka yang murung akan sering mempunyai kesilapan struktural dan pemikiran.

• Ia mempunyai hubungan dengan salah tafsir tentang sesuatu kejadian.

• Mereka yang murung juga akan membesar-besarkan tanggungjawab dan celaan terhadap diri sendiri. Mereka bukan sahaja membuat generalisasi yang melampau berdasarkan sesuatu peristiwa tetapi juga akan melakukan atau membuat kesimpulan secara tidak logik (Clarizio, 1985).

Menurut Beck (1967) dalam Raikhan (2006), Terdapat 3 tahap kemurungan di kalangan pelajar

• Kemurungan yang rendah (Mild Depression),

• Kemurungan yang sederhana (Moderate Depression) dan

• Kemurungan yang tinggi (Severe Depression).

Kemurungan rendah (Mild Depression)

• Merupakan kemurungan pada tahap awal dan biasanya dialami oleh kebanyakkan pelajar.

• Pelajar-pelajar hanya menyatakan diri mereka buntu dan sedih (disphoria).

• Mereka yang mengalami kemurungan pada tahap ini masih boleh bergembira dan kelihatan riang.

• Kemurungan pada tahap ini tidak terlalu menjejaskan prestasi mereka dalam pencapaian akademik dan aktiviti-aktiviti luaran.

Kemurungan sederhana

• Perasaan ‘disphoria’ cenderung untuk menjadi berpanjangan dan lebih kekal.

• Tidak berminat untuk menglibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar sekolah.

• Agak sukar untuk mempengaruhi mereka bagi mengalihkan kepada tingkah laku gembira dan riang. Tingkah laku dan perasaan riang cuma bersifat sementara sahaja.

• Pada peringkat ini keadaan disphoria biasanya bermula sejak awal pagi dan berterusan seharian.

• Menurut Beck (1967), biasanya tahap kemurungan inilah yang banyak berlaku ke atas pelajar-pelajar sekolah terutamanya di peringkat awal remaja.

Kemurungan tahap tinggi

• merupakan tahap kemurungan paling yang teruk. • Memperlihatkan perasaan dan tingkah laku terlalu sedih

dan putus asa. • Sentiasa berada dalam keadaan terlalu risau atau

bimbang. • Menurut Beck (1967), 70% pelajar-pelajar yang

mengalami kemurungan pada tahap ini akan merasa sedih sepanjang masa, dan sukar untuk lari daripada keadaan tersebut.

• Kesedihan dan putus asa serta pengherotan dalam keadaan-keadaan yang lain dilihat sebagai bersifat berterusan

• Lazimnya, kemurungan disebabkan oleh faktor luaran terutama kehilangan sesuatu yang mempunyai pengertian yang yang mendalam dalam kehidupan kita. Antara perkara boleh menyebabkan kemurungan ialah gagal dalam pekerjaan atau dibuang kerja, mengalami kerugian dalam perniagaan , ditinggalkan oleh orang yang disayangi atau mengalami kematian orang yang disayangi.

RUMUSAN

RUMUSAN

• Lebih ramai wanita mengalami perasaan ini daripada lelaki. Ia sering terdapat di kalangan mereka dari kumpulan sosioekonomi yang rendah. Mereka yang tidak berkahwin lebih besar mengalami perasaan murung. Perasaan ini boleh melanda orang dari mana-mana kumpulan umur. Seterusnya perasaan murung boleh ditanggung lama oleh seseorang.