Post on 16-Jul-2015
1
Kerepek bawang
kakfiza@myresipi.com
Resepi dari m.cik kuih peniram tu juga...Created on : 23-07-2008 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan
114Share2
Bahan-bahan ( dapat banyak,satu family leh makan,lebih sedekah jiran2. )
DOH PEDAS: 1 Kg tepung gandum 200 gm bawang merah* 6 ulas bawang putih* 1 ketul lengkuas muda(saiz kecil)* 3 batang serai * 3 sb udang kering (tumbuk jgn halus sgt) 6 sudu besar cili kering kisar (nak pedas tambah lagi) garam secukup rasa dan sape2 yg mkn pak aji boleh la letak skit.. 1 cawan air utk blend bahan yg bertanda* DOH PUTIH: 1 kilo tepung gandum 3/4 cawan majerin 1 sk garam air
3
Cara-cara
1. DOH PEDAS: blend bahan2 yg bertanda* dgn 1 cawan air. 2. lepas blend tuang dlm penapis,air nya jgn dibuang. 3. masukkan tepung dlm bekas,kemudian masukkan bawang yg ditapis tadi,udang kering dan garam. 4. gaul semua sambil masukkan air dari bawang yg ditapis sedikit2.uli hingga jadi doh.jika air bawang tadi x cukup,boleh guna air biasa.
5. doh jgn terlalu lembut,agak2 keras sikit dari doh karipap 6. DOH PUTIH: gaul tepung dgn majerin dan garam 7. masukkan air dan gaul hingga jadi doh sperti doh pedas tadi. 8. bahagikan kedua2 doh kepada 10 bahagian.(10 ketul doh pedas & 10 ketul doh putih) 9. ambil 1 ketul doh putih dan canai hingga nipis .ketepikan
10. kemudian canai 1 ketul doh pedas hingga nipis juga. semasa mencanai boleh guna mesin @ alat mencanai.
11. letak doh putih yg telah dicanai tadi di bhgn bawah dan doh pedas di bhgn atas.gelekkan kedua2 doh supaya melekat. 12. selepas itu boleh digulung doh tadi dengan kemas.
13. buat proses menggulung ini hingga habis.menghasilkan 10 ketul.
14. ambil seketul yg dh digulung ,hiris nipis2 dgn pisau yg tajam. 15. Selepas itu bolehlah digoreng hingga kekuningan.SELAMAT MENCUBA...
4
Popiah Seaweed Chips
HaSue@myresipi.com
Snek yg senang nak buat,cepat jer habis(wat ramai2 lg best)....Nak share kat sini..Resepi ini dtaja oleh adik..cedok dr kawannya,kwnnya cedok dr kakaknya..kakaknya x tau lak cedok dr mane..heee ;PCreated on : 29-11-2008 Print
E-mail kepada kawan Tulis Laporan
37Share5
Bahan-bahan ( Leh makan ramai2 )
1 bungkus kulit popiah 1 bungkus besar dried seaweed (yg sedia dmakan begitu sj tu) 1 biji telur 2-3 cawan minyak masak utk menggoreng
6
Cara-cara
1. Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakn garfu 2. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur td di atas permukaan kulit popiah hingga mnutupi kseluruhannya 3. Susun dried seaweed di ats kulit popiah yg sudah dsapu telur td dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lg. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popiah/dried seaweed habis
4. Gunting kulit popiah yg sudah ber'inti' td mengikut bentuk dan saiz yg dsukai. Pnskan minyak dlm kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan.. Angkat dan toskan.Naahhh..sdh sedia utk dmakan begitu saja atau bersama sos/topping kesukaan anda..kalo x habis leh simpan dlm bekas kedap udara.. SELAMAT MENCUBA! :)
7
Kerepek bayam
ati_hayat@myresipi.com
amik resepi dpd internet, tp alter sendiri utk lg ranggupCreated on : 04-03-2009 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan
19Share8
Bahan-bahan ( 10-12orang )
1 ikat bayam (dpt yg berdaun lebar lagi best) 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 1/2 cawan tepung beras 3 biji telur (dikacau) sedikit garam sedikit serbuk kari/ serbuk cili (optional) air (utk m'adun tepung2) minyak utk menggoreng sedikit cuka masak
9
Cara-cara
1. campurkan ketiga-tiga jenis tepung, garam, dan serbuk kari di dalam mangkuk 2. tambahkan air dan gaulkan sehingga adunan sebati (adunan ni cair sikit dpd adunan buat cekodok) 3. tambahkan beberapa titik cuka masak 4. celupkan bayam yg sudah dibersihkan ke dlm telur, kemudian celupkan pula ke dlm bancuhan tepung 5. goreng di dlm minyak panas sehingga garing...dan akhirnya, blh la disantap bersama org2 tersayang
10
Maruku Bijan
kak fida@myresipi.com
sedap dimakan bila2 masa...sesuai juga dijadikan kudapan pd hari2 lebaran...Created on : 21-03-2009 Print
E-mail kepada kawan Tulis Laporan
74Share11
Bahan-bahan ( 500 - 600 grms )
300 g tepung beras (cap gajah)=(3 cwn rata) 300 g tepung pulut = (3 cwn rata) 185 g mentega = (3/4 buku + 1 sb rata) 25 g jintan putih/halus = (4 sb rata ) 100 g bijan = (10 sb rata) 1 sk serbuk lada putih 1-2 sk serbuk cili 750 ml air dicampur 1/2 sk garam minyak masak secukupnya untuk goreng terendam acuan maruku yang berbunga bintang
12
Cara-cara
1. Di dalam sebuah bekas yang besar,gaul rata tepung2,mentega,jintan,bijan,serbuk lada dan serbuk cili hingga menjadi abuk roti.
2. Buatkan lubang di tengah2 dan tuangkan campuran air garam sedikit2 sambil diuli hingga menjadi adunan doh yang lembut dan tak melekit,supaya mudah ditekan apabila menggoreng.(air garam dlm adunan tk pernah habis klau akak buat maruku ni,gunakan setakat doh lembut...dah ok)
3. Panaskan minyak di dalam kuali.Bubuh secukup adunan di dalam acuan dan tekan adunan mengikut lingkaran bulat terus ke dalam kuali.Biarkan seketika dan balikkan dan goreng hingga perang.
4. Atau dgn cara yg lagi satu...tekan adunan lingkaran bulat di atas piring dahulu...
5. Balikkan di atas tapak tangan dan perlahan2 masukkan ke dalam kuali dan goreng hingga masak keperangan.
6. Angkat maruku dan toskan di atas kertas serap minyak dan sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara. 7. contoh acuan ada di glossary...http://www.myresipi.com/top/glossary/282
8. ***atau boleh jugak guna acuan atau penerap kuih seperti ini...
9. kalau menggunakan piping bag pastikan guna nozle bintang jugak...
10. boleh juga dipicit terus kedalam minyak panas...tapi mesti berhati2...
13
Kacang Soya Goreng
kak fida@myresipi.com
cemil-cemilan.. sesuai juga di sediakan masa perayaan selain kacang tanah dan gajus goreng.. :)Created on : 12-05-2011 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan
Share
14
Bahan-bahan ( 1/2 kilo )
500g kacang soya garam secukup rasa serbuk kunyit atau kari 3 ulas pes bawang putih (lebihkan jika suka atau tak bubuh pon tak apa) 2 pelepah daun kari secukup minyak masak untuk goreng terendam
15
Cara-cara
1. Cuci bersih kacang soya dan rendam dalam secukup air selama 1 jam.Toskan. 2. Satukan kacang soya tadi dengan bahan2 yang lain secukup rasa.Ketepikan. 3. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng kacang soya sambil dikacau2.Kecilkan api apabila kacang kelihatan mengecut menandakan akan masak dan garing atau boleh rasa sebiji untuk menentukan kacang goreng dah garing. 4. Angkat kacang goreng dan toskan di atas kertas serap minyak.Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
1617
TagGhee Cookies
~ annie ~@myresipi.com
Cookies yg perlu masa panjang utk "rest"Created on : 28-03-2007 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan
Share
18
Bahan-bahan ( 60 biji +- )
Bahan A: Icing Sugar 80g Garam tsp Tepung 160g Almond Flour 50g Bahan B: Ghee 110g 1 biji telur kuning utk sapu
19
Cara-cara
1. Campurkan Bahan A dlm mangkuk besar, gaul sebati. 2. Masukan Bahan B ke dalam (1) gaul sehingga jadi doh. Tutupkan doh dengan kain bersih @ beg plastik selama 4 Jam. 3. Buatkan dengan corak @ bentuk yg kamu suka, atur cookies tadi di atas dulang yg dilapis dgn over paper. Sapukan permukaan cookies dgn telur kuning (blh juga hias dgn candied sprinkles) 4. Panaskan oven sehingga 170'c. bakar selama 15 minit / sehingga perang. 5. * Jangan pukul ghee dgn mesin, kalau tdk cookies akan jadi KERAS!!!* Jadi gunalah tangan gaul hingga jadi doh ^_^
20
Crystal Ball
syahmi@myresipi.com
biskut biasa2 aje....dpt dari internet..Created on : 12-09-2007 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan
101Share21 Bahan-bahan ( 50 biji )
250gm tepung gandum 125gm gula halus (ikut kesesuaian) 125gm minyak sapi Pewarna merah, hijau dan kuning
22
Cara-cara
1. Gaulkan tepung dengan gula hingga rata. 2. Uli adunan dengan minyak sapi hingga menjadi doh. 3. Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan. 4. Cubit sedikit drp setiap warna dan gentelkan bulat2. 5. Bakar dalam oven. 6. Setelah masak, golekkan dalam gula halus.
2324
TagBiskut mama carries
Lilydvalley@myresipi.com
Biskut yg menjadi kegemaran ramai.Created on : 01-10-2007 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan
544Share25
Bahan-bahan ( 60-75 biji )
300gm mentega/marjerin 375gm tepung gandum 130gm tepung jagung 100gm gula icing 1/2 sudu teh esen vanila Utk hiasan -1 biji putih telur
-100gm gula icing -1 sudu besar tepung jagung
26
Cara-cara
1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan. 2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang. 3. Masukkan esen vanila. 4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut. 5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart". 6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi. 7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang. 8. ***utk HIASAN*** 9. Pukul putih telut hingga gebu. 10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati. 11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda. 12. Sapukan putih telur keatas biskut 13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.
2728
TagBiskut Semperit
Nziela@myresipi.com
Untuk yang berminat dengan biskut niCreated on : 07-10-2007 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan
327Share
29
Bahan-bahan ( - )
300g butter 160g gula aising 100g tepung jagung 160g tepung kastard 240g tepung gandum 2 biji kuning telur
30
Cara-cara
1. Pukul butter, gula aising hingga kembang. 2. Masukkan kuning telur, kacau sebati. 3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati. 4. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali. 5. Bakar 150C selama 20 minit.
3132
TagBantal Peluk Saloma -Cookies
kak fida@myresipi.com
Biskut orang dolu-dolu, resipi arwah mak, tetap dlm simpanan...Created on : 27-08-2008 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan
12Share33
Bahan-bahan ( 70 - 80 kpg. )
200 g mentega - lembut 100 g gula halus (saya guna gula icing-ayak) 1 sk esen vanilla 1 biji telur - dikocok sedikit 50 g tepung jagung - ayak
300 g - 400 g tepung gandum - ayak secukup korma - dibuang biji dan dibelah dua 1 biji telur - kocok,utk sapu atas biskut
34
Cara-cara
1. Mentega dan gula digaul hingga sebati dan masukkan telur dan esen gaul lagi hingga rata. 2. Masukkan tepung jagung dahulu, gaul dan masukkan pula 300 g tepung gandum dan uli hingga sebati. Jika adunan masih lembek, tambah lebihan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh di kepal. 3. Ambil sedikit doh, canai dan potong persegi panjang, bubuh korma dan gulung kemas2. Atur atas dulang pembakar. Sapu telur di atasnye dan bakar pd suhu 150C selama 20 min. atau hingga keperangan.
4. Sejukkan biskut di atas redai dan simpan di dlm bekas kedap udara. 5. Dah siap Bantal Peluk Saloma...wlaupon kak fida yg buat tapi tetap saloma yg punye...hehehe...
35
Tag