Post on 05-Dec-2014
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Encik Misli Bin Rosbadi dan guru pembimbing saya iaitu Puan Vijaya Kumari A/P Ganapathi kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya iaitu bonda Puan Hazlin Binti Hussein yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
Terima kasih juga diucapkan kepada adik saya serta rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh
Bagi memenuhi sukatan pembelajaran tingkatan tiga,saya dan pelajar-pelajar tingkatan tiga telah diarahkan untuk melakukan satu kerja kursus yang bertajuk Pengangkutan Awam Dan Penternakan di suatu kawasan kajian.
Saya mamilih tajuk Pengangkutan Awam kerana ia mudah untuk disiapkan. Selain itu,saya dapat melihat betapa pentingnya pengangkutan awam di Kampung Istana, Batu Pahat,Johor. Masa yang diberikan oleh guru geografi saya untuk menyiapkan kerja kursus geografi tingkatan tiga ialah selama dua bulan,dari bulan Februari hingga April.Tempoh masa yang diberikan cukup panjang dan saya telah mengunakan tempoh masa tersebut dengan sepenuhnya.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:
A. Mengkaji jenis-jenis pengangkutan awam di Parit Yaani, Johor.
B. Untuk mengetahui dengan lebih jelas kepentingan perkembangan pengangkutan di
Kampung Istana, Batu Pahat , Johor.
C. Mengenal pasti masalah pengangkutan awam di Kampung Istana, Batu Pahat, Johor.
D. Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah pengangkutan awam di Kampung
Istana, Batu Pahat, Johor.
E. Mengetahui konsep pengangkutan awam bas di Kampung Istana, Batu Pahat, Johor.
Saya berasa bersyukur dan berbangga kerana dapat menjalankan kajian tentang
pengangkutan awam di Kampung Istana, Batu Pahat, Johor.
Saya telah memilih kawasan Kapung Istana, Batu Pahat sebagai kawasan kajian kerana saya
tidak perlu mengeluarkan kos untuk pergi ke kawasan kajian.Kampung Istana, batu pahat ini
berjarak lebih kurang 5 KM di timur laut Bandar Batu Pahat. Kampung Istana berdekatan dengan
BP Mall iaitu pusat membeli belah yang terbesar di Batu Pahat . Di sini kemudahan lain seperti
sekolah,surau dan pondok menunggu bas mudah untuk dijumpai.
Jika menaiki bas dari bandar Batu Pahat masa yang diambil untuk sampai ke bandar hanya
mengambil masa lebih kurang 10 minit jika menaiki bas Johore Motor ,tambang yang dikenakan
bagi seorang penumpang hanya RM 0.60.
Saya amat bersyukur kerana memilih kawasan Kampung Istana, Batu Pahat. sebagai kawasan
kajian kerana semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kawasan Kampung Istana,
Batu Pahat ini sangat baik.
Semasa saya menjalankan kajian ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah.
Antara kaedah yang saya guna ialah:
1)Kaedah Pemerhatian
Saya telah mengunakan kaedah ini kerana ia mudah dilakukan. Saya memerhatikan
nama bas tersebut dan operasi bas ini mengangkut penumpang bermula dan
berakhir.
2)Kaedah Temu Bual
Saya telah menyediakan sebuah borang yang mengandungi beberapa soalan
mengenai kepentingan bas di kawasan Kampung Istana seramai 20 orang.
(lihat lampiran)
3)Kaedah Rujukan
Saya menggunakan kaedah ini untuk memahami lebih mendalam mengenangi
konsep pengangkutan awam melalui bahan bacaan,internet dan orang sumber.
KONSEP PENGANGKUTAN AWAM BAS
Menurut http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awamPengangkutan awam atau transit
awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak
menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap
sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi
perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dsb. — mana-mana sistem yang mengangkut
orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa
pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka
terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.
Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi
untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan
penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan
tempat kerja, beli-belah atau pendidikan
JENIS PENANGKUTAN AWAM BAS
Berdasarkan pemerhatian saya , terdapat pelbagai jenis pengangkutan yang
digunakan seperti teksi dan bas . Namun begitu , bas merupakan pilihan utama
penduduk Kampung Istana, Batu Pahat. Terdapat pelbagai pihak pengusaha yang
telah menyediakan perkhidmatan bas di kawasan ini dan salah satu yang
mengusahakannya ialah syarikat bas Johore Motor Bus. Bas Johore Motor
mempunyai 50 tempat duduk , warna merah sebagai warna rasmi syarikat.
Perkhidmatan bas ini beroperasi daripada pukul 7 pagi hingga 7 malam bersamaan
12 jam sehari . Tambang yang dikenakan pula ialah sebanyak RM1.00 bagi orang
dewasa manakala RM 0.60 bagi pelajarjika hendak pergi ke Bandar Batu Pahat
dari Kampung Istana. Di samping itu , bas ini juga telah melalui beberapa jalan-
jalan penting seperti Jalan Rugayah , Jalan Bukit Pasir , Jalan Abu bakar
seterusnya Parit Raja, melalui jalan kluang, melepasi kawasan Kampung Istana dan
berhenti di stesen bas ayer hitam.
MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAMPUNG
ISTANA, BATU PAHAT, JOHOR.
Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang kajian ini dijalankan terdapat beberapa
masalah yang dialami oleh penduduk Kampung Istana disebabkan pengangkutan
2.Infrastruktur yang tidak lengkap dan rosak
3.Tambang yang mahal jika penumpang ramai
4.Kebersihan yang tidak dijaga
1.Pencemaran udara dan bunyi
awam. Sebagai contoh, pelbagai pencemaran mula timbul iaitu pencemaran bunyi
dan udara yang disebabkan dari asap dan hon pengangkutan awam.
Seterusnya,sesetengah pemandu dan pengurus syarikat tidak peka terhadap
kelengkapan dan infrastruktur yang lengkap. Masalah ini menyebabkan
penumpang akan mendapatkan pengangkutan awam yang lain.
Akhir sekali, kebersihan bas yang tidak jaga menyebabkan keadaan penumpang
berasa tidak selesa.Nilai murni yang dapat saya peroleh ialah saya dapat
mengetahui masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Istana dan berusaha
memperbaikinya.
KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM BAS
DI KAWASAN KAMPUNG ISTANA, BATU PAHAT, JOHOR
Kepentingan Pengangkutan
Awam Bas Kampung
Istana
1. Mengurangkan kesesakan lalu
lintas
2. Mengangkut penumpang dan barang
3. Menjimatkan kos dan masa
Hasil daripada pemerhatian saya, pengangkutan awam bas di Kampung Istana ini memberi
banyak kepentingan kepadapenduduk setempat.Antara kepentingan awam bas ialah
mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan penduduk tidak menggunakan kenderaan sendiri
yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya bertambah. Selain itu,bas memainkan
peranan mengangkut penumpang. Mereka yang menaiki bas ialah para pelajar,pekerja dan
penumpang lain pergi ke destinasi yang dituju.
Pengangkutan awam juga menjimatkan masa dan kos. Penumpang hanya perlu membayar
tambang bas sahaja berbanding kenderaan sendiri,kita perlu mencari tempat parker dan
mengeluarkan duit minyak. Seterunya,iameningkatkan mobiliti penduduk. Ini kerana penduduk
yang tidak mempunyai kenderaan sendiri dan berpendapatan rendah bergantung kepada
pengangkutan awam untuk ke mana sahaja.
Saya amat bersyukur kerana pengangkutan awam di kawasan Kampung Istana memberi
banyak faedah dari segi mobiliti penduduk dan menjimatkan masa dan kos serta lain-lain.
CADANGAN MENGATASI MASALAH PERKEMBANGAN
1. Memasang fiber pengangkutan
awam
2. Memaparkan notis syarikat
seperti nombor telefon
3. Memeriksa infrastruktur
didalam pengangkutan
awam
4. Menjalankan pemeriksaan kebersihan
sebelum bas beroperasi
PENGANGKUTAN AWAM BAS DI KAWASAN KAMPUNG
ISTANA,
BATU PAHAT,JOHOR.
Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang menjalankan kerja kursus ini,saya dapat
memberikan cadangan untuk mengatasi masalah perkembangan pengangkutan
awam bas di kawasan Kampung Istana. Antara cadangan saya ialah,setiap
kenderaan pengangkutan awam perlu dilengkapi dengan fiber untuk menapis asap
yang keluar dari kenderaan pengankutan awam.Selain itu,pihak syarikat perlu
meningkatkan lagi bilangan kenderaan agar jangka masa mengambil penumpang
dapat disingkatkan.Pihak syarikat dan pemandu perlu menjalankan pemeriksaan
setiap bulan bagi memastikan segala infrastruktur dan kelengkapan pengangkutan
awam lengkap.
Seterusnya, pihak syarikat bas perlu menampal nombor telefon syrikat di dalam
bas bagi memastikan penumpang dapat memaklumkan kelakuan dan layanan
pemandu bas.Akhir sekali,pihak syarikat perlu menjalankan pemeriksaan terhadap
bas sebelum bas mula beroperasi bagi memastikan bas dalam keadaan bersih dan
teratur supaya keselesaan penumpang terjaga.
Saya dapat menyelesaikan masalah perkembangan pengangkutan awam dengan
bantuan dari penduduk setempat yang sudi memberi kerjasama bagi keselesaan
mereka.
Kajian yang telah dijalankan di Kampung Istana, Daerah Batu Pahat ini telah memberi
pengalaman yang sangat berguna kepada saya dan rakan-rakan. Kajian ini membolehkan saya
mengenalpasti jenis pengangkutan awam iaitu bas yang terdapat di kawasan kajian saya.Selain
itu,saya dapat mengetahui kepentingan pengangkutan awam di Kampung Istana.
Antaranya,mengurangkan kesesakan lalu lintas,mengangkut penumpang dan barangan,
menjimatkan masa dan kos serta meningkatkan mobiliti penduduk.Seterusnya,saya dapat
mengenal pasti masalah yang disebabkan pengangkutan awam di Kampung Istana,iaitu
pencemaran udara dan bunyi,jarak jangka masa yang lama mengambil penumpang,infrastruktur
yang tidak lengkap dan rosak,serta kebersihan yang tidak dijaga.Akhir sekali,saya dapat
mencadangkanlangkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Antaranya,memasang fiber pada
pengangkutan awam,,memeriksa infrstrutur didalam pengangkutan awam,menampal notis yang
berkaitan pihak syrikat seperti nombor syarikat dan menjalankan pemeriksaan sebelum
pengangkutan awam mula beroperasi.
Bersyukur saya menjalankan kajian kerja kursus ini di kawasan Kampung Istana kerana sikap
kerjasama dan bantu-membantu penduduk Kampung Istana kepada saya, memudahkan saya
menyempurnakan kerja kursus yang diberikan dalam tempoh sebulan.
SENARAI RESPONDEN MENGENAI MASALAH PERKEMBANGAN
PENGANGKUTAN AWAM BAS DI KAMPUNG ISTANA
PETUNJUK:
Pencemaran udara dan bunyi-(masalah 1)
Kekurngan dan kerosakan infrastruktur dalam bas-(masalah 2)
Tambang yang mahal dikenakan jika penumpang ramai-(masalah 3)
Kebersihan bas tidak dijaga-(masalah 4)
NAMA Masalah 1 Masalah 2 Masalah 3 Masalah 4
Haji Leman Bin Kasman Setuju
Encik Shahri Bin Ishak Setuju
Remy Bin Khairul Setuju
Kasim Bin Abu Setuju
Fatimah Binti Jazman Setuju
Azura Binti Abdul Latif Setuju
Iskandar Bin Rashyid Setuju
Jamal Bin Hisham Setuju
Abu Bakar Bin Zulkarnain Setuju
Haji Sidek Bin Jamal Setuju
Shamil Bin Husin Setuju
Izzudin Bin Kamarul Setuju
Gayah Binti Roslan Setuju
Liza Binti Turkiman Setuju
Faisal Bin Tahir Setuju
Izwan Bin Ghazali Setuju
Abdullah Bin Mazhan Setuju
Kamal Bin Ismail Setuju
Malik Bin Zubir Setuju
Mariam Binti Zahir Setuju
Fitri Bin Nasir Setuju
Berdasarkan Borang Soal Selidik
ANALISIS RESPONDEN YANG BERSETUJU TERHADAP MASALAH YANG SERING
BERLAKU KETIKA MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM
MASALAH YANG DIHADAPI BILANGAN RESPONDEN
YANG SETUJU
1.PENCEMARAN UDARA DAN BUNYI 7
2.KEKURANGAN DAN KEROSAKAN INFRASTRUKTUR
DIDALAM BAS
5
3.TAMBANG BAS YANG MAHAL JIKA PENUMPANG
RAMAI
3
4.KEBERSIHAN BAS YANG TIDAK DIJAGA 5
ANALISIS BERDASARKAN BORANG SOAL SELIDIK
BAR GRAF YANG MENUNJUKKAN BILANGAN
RESPONDEN MENGENAI MASALAH
PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM BAS.
GRAF BAR BERDASARKAN BORANG SOAL SELIDIK
Bar graf diatas menunjukkan bilangan responden yang bersetuju dan tidak
bersetuju mengenai masalah perkembangan penganagkutan awam bas
diKampung Istana,BatuPahat,Johor.Seramai 7 responden bersetuju dan 3
responden tidak bersetuju dengan masalah pencemaran udara dan bunyi.7 dari 20
responden tidak bersetuju dengan kelengkapan dan kerosakan infrastruktur
manakala selebihnya 13 responden bersetuju. masalah jarak jangka masa yang
lama mengambil penumpang dan kebersihan bas yang tidak dijaga mendapat 11
responden setuju dan 9 responden tidak setuju .Jumlah responden yang paling
sedikit bersetuju ialah 4 responden mengenai masalah tambang yang mahal jika
penumpang ramai sekali gus menjadikan masalah ini mendapat jumlah responden
yang paling ramai tidak bersetuju, iaitu seramai 16 responden.
Saya amat bersyukur kerana dengan kerjasama penduduk Kampung Istana
dapat membantu saya mengetahui masalah yang dihadapi penduduk Kampung
Istana dengan lebih jelas.
1. Buku Ilmiah
-Buku Teks Geografi Tingkatan 3
-Mohd Jamil Bin Mohamed,Hj Rodzli Bin Hj Hashim,Hjh Mahani Binti Hj Mahbar ,
2004.Geografi Tingkatan 3,Kuala Lumpur:Johore Central Store SDN.BHD.
2. Orang Sumber
- Pn.Vijaya Kumari a/p Ganapathi, Guru mata pelajaran geografi tingkatan 3
3. Internet
-www.google.com.my
-www.google map.com.my
-www.across-the-land.com.my