Post on 30-May-2018
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
1/20
ELEMEN 2
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
2/20
Tajuk Kajian :
BANGUNAN BERSEJARAH
MUZIUM SUNGAI LEMBING
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
3/20
SENARAI KANDUNGAN
Bil. Perkara Halaman1. Tajuk Kajian
- Muzium Sungai Lembing2. Senarai Kandungan3. Penghargaan4. Objektif Kajian5. Kaedah Kajian6. Hasil Kajian
- Nama bangunan
- Latar belakang bangunan
- Keistimewaan bangunan
- Fungsi dan pembinaan bangunan7. Rumusan8. Lampiran9. Rujukan
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat illahi dapat saya mengambil peluang ini
untuk mengucapkan terima kasih.
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
4/20
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru sejarah,
Puan Hajah Arbaayah bt Hussin kerana memberikan nasihat, cara-cara untuk
menyiapkan kajian ini, dan maklumat untuk menyiapkan Kajian Sejarah Tempatan. Jasa
cikgu akan saya kenang di dalam ingatan saya. Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada Zabedah bt Husain kerana sudi ingin menemu bual tentang sejarah
Muzium Sg. Lembing. Ribuan terima kasih kepada bapa saya, Zahari bin Napis kerana
telah memberikan segala sokongan, dorongan dan juga dari segi fizikal, dan kewangan.
Segala jasa dan pertolongan ibubapa saya akan saya kenang sampai bila-bila di dalam
ingatan saya. Kepada rakan karib saya, Ahmad Nazri bin Azali kerana banyak memberimaklumat, kerjasama dan idea yang amat berguna kepada saya untuk menyiapkan Kajian
Sejarah Tempatan.
Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan
dalam tugas saya ini. Segala yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu
adalah kelemahan diri saya sendiri.
Sekian terima kasih.
OBJEKTIF KAJIAN
Kerja Kursus Sejarah ini telah memberi banyak manfaat dan pengetahuan kepada
saya tentang bangunan bersejarah di tanah air kita yang tercinta iaitu Malaysia. Antara
objektif kajiannya ialah saya dapat mengetahui keunikan seni binaan negara kita dan
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
5/20
menghayati warisan budaya tinggalan nenek moyang kita dahulu iaitu Muzium Sungai
Lembing.
Selain itu, kerja kursus ini membolehkan saya untuk mengkaji tentang muzium ini
dengan lebih terperinci dan secara mendalam serta mengenal pasti fungsi, peranan dan
penggunaan muzium yang dikaji.
Akhir sekali, saya dapat memupuk rasa bangga dengan negara kita, dan
menyemai nilai-nilai patriotisme seperti bekerjasama, saling bantu-membantu, juga berdisiplin bersama kawan-kawan saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk
menyiapkan Kajian Sejarah Tempatan, antaranya ialah:
Melayari Internet
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
6/20
Internet merupakan sumber yang amat berguna pada saya. Oleh itu, saya
menggunakannya sebaik-baiknya dengan mencari maklumat tentang muzium ini seperti
laman web seperti berikut:
- mhtml:file://H:\PID Bukit Goh.mht
- mhtml:file://F:\Muzium JMM Wilayah Timur Muzium Sg_ Lembing Jabatan
Muzium Malaysia - Department of Museums Malaysia.mht
Kaedah Rujukan
Dalam kaedah rujukan, saya mengambil akhbar dan pamplet sebagai rujukan saya untuk
mendapatkan maklumat tambahan bagi melengkapkan kajian dan mengemaskinimaklumat untuk hasil kajian yang lengkap.
Kaedah Temubual
Dalam kaedah temubual pula, saya telah menemu bual orang sumber di Muzium Sungai
Lembing iaitu Pn. Zabedah binti Husain untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi
melengkapkan hasil kajian terutama fungsi bangunan pada zaman silam.
Kaedah Lawatan ke Tempat Kajian
Dalam kaedah lawatan ke tempat kajian, saya dapat mengetahui lokasi bangunan
tersebut. Selain itu, saya juga mengetahui fungsi bangunan dan melihat keunikan seni
bina bangunan tersebut.
HASIL KAJIAN
NAMA BANGUNAN
Nama bangunan ini ialah Muzium Sungai Lembing. Nama ini diambil sempena
nama Sungai Lembing. Ada yang mempercayai bahawa nama Sungai Lembing berasal
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
7/20
daripada perkataan lembing iaitu sejenis senjata yang sering digunakan dalam
pemburuan. Kisahnya bermula apabila sekumpulan pemburu si satu kawasan hutan telah
melontar sebatang lembing pada seekor kijang. Dalam usaha menyelamatkan diri, kijang
tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak
pada badannya. Semenjak peristiwa itu, kawasan itu dikenali sebagai Sungai Lembing
hingga kini.
LATAR BELAKANG BANGUNAN
Pekan Sungai Lembing terletak kira-kira 42 kilometer dari bandar Kuantan,
Pahang. Ramai yang tidak menyedari sejarah dan keunikan yang terdapat di sini
berikutan lokasinya yang agak jauh dan jalan raya yang menghubungkannya sering
dilanda banjir. Namun keadaan telah mula berubah sejajar dengan perkembangan pesat
yang dilaksanakan di bandar Kuantan. Dalam perjalanan menuju ke pekan Sungai
Lembing dapat diperhatikan beberapa buah taman peru mahan, kawasan industri dan juga
projek naik taraf kampung serta beberapa batang jalan raya di kawasan sekitarnya. Selain
itu, terdapat juga beberapa tarikan lain seperti Gunung Tapis, kolam air panas di Sungai
Jin, Bukit Panorama, Gua Charas dan Hutan Lipur Panching.
ASAL-USUL
Terdapat pelbagai mitos tentang asal-usul nama Sungai Lembing. Ada yang
mempercayai bahawa nama Sungai Lembing berasal daripada perkataan lembing iaitu
sejenis senjata yang sering digunakan dalam pemburuan. Kisahnya bermula apabila
sekumpulan pemburu di satu kawasan hutan telah melontar sebatang lembing pada seekor
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
8/20
kijang. Dalam usaha menyelamatkan diri, kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai
dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak di badannya. Semenjak peristiwa itu,
kawasan itu dikenali sebagai Sungai Lembing sehingga kini.
PENGASAS
Menurut sejarah, pengasas pertama Sungai Lembing ini ialah William Fraser iaitu
pada tahun 1887. Kemudian disambung oleh Capt. Harry Teague 1888, Capt. James
Hosking 1889, Arthur H. Neild 1890 dan W. H. Derrick 1895-1905.
TARIKH PEMBINAAN
Bangunan ini mula dibina sebelum tahun 1906 iaitu tahun 1886 dan ia diubah suai
dari semasa ke semasa bermula dari zaman J.T.Marriner pada tahun 1911 hingga ke
zaman pengurusan H.R.M Hodding pada tahun 1966.
LOKASI
Alamat bagi bangunan ini ialah Muzium Sungai Lembing, Sungai Lembing,
26200 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Muzium Sungai Lembing terletak berhampiran
dengan Kuantan di negeri Pahang Darul Makmur. Jaraknya dari Kuantan kira-kira 60 km.
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
9/20
Kampung yang popular di sini ialah Kampung Kenau ditepi Sungai Kenau. Muzium ini
dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung
Serudom (1055 m) di Selatannya. Kehijauan hutan amat terasa di sini.
TUJUAN PENUBUHAN BANGUNAN
Antara tujuan penubuhan bangunan ini ialah untuk mengimbas kembali sejarah
kegemilangan Sungai Lembing serta tokoh-tokoh dalam peristiwa sejarah negara untuk
ditatap generasi kini dan akan datang serta menonjolkan elemen-elemen penting yang
berkaitan dengan kegemilangan sejarah biji timah di Sungai Lembing. Selain itu,
penubuhan bangunan ini juga dapat memelihara dan mengumpul sejarah kebudayaan
negara termasuk artifak, monumen serta tinggalan-tinggalan lain di Sungai Lembing
untuk terus dipelihara dan disimpan. Muzium ini dapat menarik masyarakat dan para
pelawat agat terus meminati sejarah warisan negara seterusnya memanfaatkan
pengetahuan yang diperolehi. Tambahan juga, muzium ini dapat menyebarkan maklumat
kepada penyelidik dan pencinta sejarah seterusnya menggiatkan usaha-usaha lain ke arah
pendokumentasian sejarah yang berkaitan.
KOS PEMBINAAN
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
10/20
Jumlah keseluruhan kos pembinaan bangunan ini tidak diketahui. Hal ini kerana
bangunan ini pada asalnya ialah sebuah banglow untuk pengurus Inggeris yang menetap
disitu.
PERASMIAN
Bangunan ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar
Riayatuddin Al-Muadzam Shah. Perasmian ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum
Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah, DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP.,
DMN., DK(Perak)., DK(Johor)., DK(Kelantan)., DK(Terengganu)., DK(Perlis).,
DK(Kedah)., DKMB., DK(Brunei)., DK(Negeri Sembilan)., DK(Selangor)., Qiladah
Badr Al-Kubra(Saudi Arabia)., Qiladah Al-Syeikh Mubarak Al-Kabir(Kuwait)., Grand
Order of The Mugunghwa(South Korea)., Hon.D.Litt(Malaya)., LLD.hc.(Northrop USA)
pada 23 April 2005 bersamaan 14 Rabiulawal 1426 Hijrah.
KEISTIMEWAAN BANGUNAN
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
11/20
REKA BENTUK PELAN
Pelan bangunan ini berbentuk empat segi. Bahagian utama bangunan ini ialah
sebuah anjung yang berada di pintu utama bangunan. Struktur binaan bangunan
bersejarah ini mengikut gaya vernikular-kolonial. Pelan bangunan ini boleh dilihat di
bahagian lampiran.
BAHAN BINAAN
Pada mulanya bangunan ini hanya bersaiz kecil dengan atap yang diperbuat
daripada daun nipah dan berdindingkan kayu. Kemudian ia diubahsuai sehingga
kebanyakan daripada bangunan ini menggunakan batu konkrit manakala bahagian yang
lain menggunakan kayu.
PENGUBAHSUAIAN
Bangunan ini telah mengalami pengubahsuaian yang memakan belanja
RM1,809,818.50 bermula dari tarikh milik tapak 20 Oktober 1997 hingga tarikh siap 23
Mac 1998. Kerja-kerja pengubahsuaian dilanjutkan masa sehingga 31 disember 1999.
Kontraktor untuk kerja-kerja pemuliharaan/konservasi bangunan ini ialah Primever
Enterprise Sdn. Bhd.
HIASAN DALAMAN
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
12/20
Keseluruhan konsep pembinaan muzium ini menggunakan pelbagai media dan
teknik pameran. Susunatur muzium ini adalah mengikut urutan kronologi sejarah,
peristiwa dan artifak bagi memudahkan para pelawat melihat, memahami dan menghayati
setiap informasi yang dipamerkan, justeru itu segmen ini menampilkan diorama dan
pameran yang mengimbau waktu kegemilangan yang mampu mengembalikan nostalgia.
FUNGSI BANGUNAN
KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG
Pada mula pembinaannya, ia digunakan untuk pengurus eropah dan dikenali
sebagai Banglow Eropah (the European Bungalow), kemudian sebagai markas tentera
Jepun ketika perang dunia kedua pada 1941 sehingga 1945. Akhir sekali, pada 20
Oktober 1997, bangunan ini telah dipemuliharaan dan dijadikan sebagai muzium untuk
tontonan pelancong.
CARA PEMBINAAN
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
13/20
Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula sebelum tahun 1906,
sebagai tempat kediaman bagi pengurus besar syarikat lombong biji timah di Sungai
Lembing. Ketika zaman kegemilangan perlombongan bijih timah yang diusahakan secara
intensif oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) sejak tahun 1906,
bangunan muzium itu sebenarnya digunakan sebagai tempat kediaman pengurus besar
yang menguruskan lombong bijih timah tersebut. Strultur binaan bangunan ini mengikut
gaya vernikular-kolonial dan mempunyai kronologi pembinaan yang tersendiri.
Bangunan dua tingkat ini meliputi kawasan seluas 2.235 hektar. Bangunan ini dibina
dengan ciri-ciri senibina zaman inggeris. Kesemua elemen elemen dalam membina bangunan tersebut menambah nilai estetika yang hebat dan kemudian menjadi contoh
ikutan dan penentu aliran kecenderungan dalam pembinaan bangunan awam (civic
building).
Menurut sumber, terdapat sebuah bilik di situ yang pernah digunakan oleh Sultan
Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Abdullah sekitar tahun
1950-an. Bilik tersebut digunakan semasa baginda melawat Sungai Lembing sebanyak
tiga kali dan menjadikan tempat itu sebagai tempat persinggahan baginda.
RUMUSAN
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
14/20
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Melalui kerja kursus sejarah PMR 2009 ini, saya telah
mendapat banyak iktibar, juga secara tidak langsung saya dapat memupuk nilai-nilai
murni dalam diri saya. Antaranya ialah, saya mengetahui tentang sejarah pembangunan di
Malaysia. Saya amat tidak menyangka selama ini bahawa terdapat banyak bangunan yang
sungguh indah tinggalan nenek moyang kita yang dapat saya hayati. Banyak orang tidak
mengetahui dan sentiasa tidak mengambil endah tentang hal-hal sejarah seperti ini.
Melalui kerja kursus sejarah ini juga, saya mendapat serba sedikit ilmu tentang
pembinaan muzium ini yang sangat unik dan artistik. Ini juga telah menimbulkan rasa bangga akan negara kita yang aman harmoni dan penuh dengan kebudayaan dan warisan.
Dalam melaksanakan kajian ini, timbul hasrat saya untuk berusaha memperjuangkan
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Saya juga telah menulis sebuah
karangan tentang bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah
dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia,
yang boleh dilihat dalam Elemen 3, iaitu salah satu daripada kerja kursus sejarah.
Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan
mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya lebih menjiwai dan mencintai negara
saya. Bak kata pepatah, "Tak kenal maka tidak cinta". Semoga segala hasil kerja saya
dapat ditatapi oleh orang ramai supaya terbitnya rasa cinta dan patriotik terhadap
bangunan bersejarah yang ada di negara kita, Malaysia.
RUJUKAN
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
15/20
Dalam menyiapkan kajian saya, saya telah menggunakan lima kaedah untuk
mendapatkan maklumat bangunan bersejarah Muzium Sungai Lembing, Pahang. Cara ini
saya gunakan kerana ianya bersesuaian dengan kemampuan saya kerana saya tinggal jauh
untuk melawat sendiri muzium tersebut.
Akhbar
- En. Ainal Marhaton Abd. Ghani
- Harian Metro (Bahagian Variasi)
- Khamis, 12 March 2009
Orang Sumber
- Nama : Pn. Zabedah bt. Husain
- Umur : 46
- Alamat : No.11, Lorong IM 2/27,
Indera Mahkota 2,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Lawatan ke Tempat Kajian
- Muzium Sungai Lembing,
Sg. Lembing, 26200 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Internet
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
16/20
- Muzium Sungai Lembing
- http://bukitgoh.pid.net.my/page.cfm?name=Pelancongan
- http://www.jmm.gov.my/ms/content/muzium-sungai-lembing-0
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
17/20
LAMPIRAN
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
18/20
Pelan bangunan
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
19/20
Melawat Tempat KajianMuzium Sungai Lembing, Sungai Lembing, 26200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
8/14/2019 Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 Muzium Sungai Lembing Is Here!!! (Edited)
20/20
Peta ke tempat kawasan kajian