Post on 24-Dec-2015
CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN GANTIAN 2 BLOK ASRAMA PUTERA, 2 BLOK ASRAMA PUTERI, 2 BUAH DEWAN MAKAN ASRAMA, 4 UNIT KUARTERS GURU, 2 BANGUNAN BILIK DARJAH EMPAT TINGKAT,SEBUAH DEWAN SERBAGUNA DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM, KUALA SELANGOR SELANGOR
PROGRAM : PENDIDIKAN MENENGAH
KOD BUTIRAN : 00201
SUB PROJEK :SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM, KUALA SELANGOR
SELANGOR DARUL EHSAN
1. LATAR BELAKANG PROJEK
Sekolah Agama Menengah Jeram telah ditubuhkan pada bulan Februari 1957 atas usaha
golongan tua memandangkan penduduk setempat merasakan amat perlu mempelajari dan mendalami
bidang agama dan bahasa Arab kerana pada ketika itu kebanyakan sekolah yang didirikan adalah
sekolah aliran Inggeris.
Pada mulanya sekolah ini terletak di sebuah surau lama berhampiran dengan masjid Jeram dengan
keluasan 12 x 30 yang boleh memuatkan seramai 30 orang pelajar. Kebanyakan muridnya terdiri
daripada mereka yang tinggal di sekitar Jeram, Tambak Jawa, Sungai Sembilang, Sungai Buloh,
Kampung Api-Api, Kampung Bukit Kucbrrrg1, Asam Jawa dan kawasan-kawasan lain yang
berdekatan.
Bermula dari tahun 1973, satu perubahan dalam sistem persekolahan sekolah agama di Selangor
diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan memasukkan mata pelajaran
akademik di Kementerian Pelajaran Malaysi (KPM). Maka berlakulah proses pengajaran dan
pembelajaran dalam dua aliran. Kedua-duanya berjalan seiring dan pelajar-pelajar dikehendaki
menjalani peperiksaan yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Sealiran dengan perubahan zaman, pada tahun 198G Jabatan Agama Is/am Selangor telah
memperuntukkan sebanyak KM 1.2 juta untuk pembinaan sekolah baru yang terletak di Kampung
Batu 20, Jeram. Beberapa tahun kemudian, ia telah ditambah beberapa buah bangunan 1 tingkat, 2
buah bangunan asrama, sebuah surau, dan sebuah dewan makan yang digunakan sehingga kini.
Sekolah yang dibina ini adalah di atas tanah seluas 1 ekar yang dibeli oleh Tuan Haji Hambali bin Hj.
Abdul Salam (Pengetua dari tahun 1983-1985) . kemudian beliau telah mewakafkan tanah ini dan
diserahkan kepada Jabatan Agama Islam untuk dijadikan tapak binaan sekolah baru.
Pada tahun 1987, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru dan kini sekolah yang sering menjadi
pilihan bukan sahaja masyarakat setempat bahkan masyarakat luar daerah . Sekolah Agama
Menengah Jeram atau Sekolah Agama Menengah Bantuan Kerajaan Jeram telah pun berusia
51 tahun. Sebahagian besar bangunan yang ada adalah bangunan lama dan masih lagi
digunakan sehingga ke hari ini di mana keselamatan bangunan-bangunan tersebut diragui.
Jika kita perhatikan, pembangunan dan kelengkapan di sekolah-sekolah Agama Menengah di
Negeri Selangor (sekolah-sekolah baru), kesemuanya telah mempunyai kemudahan dan
kelengkapan yang baik. Namun begitu, bagi sekolah Agama Menengah Jeram ianya masih
berada dalam keadaan serba kekurangan dan belum sempurna.
Maka saya bagi pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pelajar-pelajar dan
masyarakat setempat khasnya dan Selangor amnya, dengan segala kesungguhan dan sepenuh
hati memohon kepada pihak yang berkenaan agar permohonan ini dapat dipertimbangkan dan
seterusnya diluluskan untuk kebaikan semua warga sekolah khususnya pelajar-pelajar yang
telah sekian lama menunggu pembangunan kemudahan-kemudahan asas sebagaimana
sekolah-sekolah Menengah lain yang mempunyai kemudahan yang mencukupitelahpun
menjangkau 50 tahun usianya. Sekolah ini yang dulunya di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam
Selangor telahpun berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Infrastruktur dan kemudahan asas adalah aspek yang sangat penting bagi sesebuah sekolah. Adalah
menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk mengganti kemudahan-kemudahan asas tersebut bagi memenuhi kehendak dan tuntutan
masyarakat terhadap sekolah agama.
Perlu ditegaskan bahawa pertambahan penduduk di Lembah Kelang hendaklah diseimbangkan
dengan pertambahan bilik darjah. Apatah lagi masyarakat hari ini semakin cenderung untuk memilih
dan menyertai sekolah agama yang menggunakan kurikulum bersepadu iaitu akademik dan agama.
Sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), teras ke 4 iaitu
merapatkan jurang pendidikan, salah satu strategi KPM adalah dengan cara membangunkan
infrastruktur dan kemudahan luar bandar dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas,
merapatkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, makmal komputer,
kemudahan perkakasan dan sebagainya. Bersesuaian dengan matlamat KPM iaitu untuk memastikan
semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.
BIODATA SEKOLAH.
Nama Sekolah
Daerah
Status
Bilangan Guru
Bilangan Staf Sokongan
Bilangan Enrolmen.
Bil. Bilik darjah sediaada
Sesi
Asrama Putera
Asrama Puteri
Kawasan
Keluasan Kawasan sekolah
Sekolah Agama Menengah Jeram,
Kuala Selangor.. Kuala Selangor.
Sekolah Bantuan kerajaan (SABK)
58 orang
11 orang.
880 orang.
23 buah.
1 sesi (pagi)
1 Blok 3 tingkat.
1 blok 4 Tingkat.
Luar Bandar.
22 ekar.
2. OBJEKTIF PROJEK
2.1 Menyediakan tempat pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa, kondusif dan
lengkap untuk murid-murid dan guru-guru.
2.2 Mengurangkan saiz daripada 40 orang kepada 35 orang bagi satu kelas
2.3 Menampung lebihan pelajar di daerah berhampiran akibat pertambahan penduduk
dan kewujudan taman-taman perumahan baru.
2.4 Bangunan sedia ada kebanyakannya telah uzur dan banyak bahagian telah menjadi
tempat serangan anai-anai
2.5 Memastikan tempat pengajaran dan pembelajaran yang kukuh dan selamat untuk
jangkamasa yang lama serta moden, sesuai dengan peredaran masa.
2.6 Kewujudan bangunan baru memastikan sistem pendawaian elektrik yang sudah pasti
selamat digunakan dan memberikan sistem bekalan air yang lebih efisen dan bersih.
2.7 Merealisasikan matlamat 60:40 dengan penyediaan makmal yang mencukupi, lengkap
dan selesa dengan kemudahan bilik-bilik khas lain yang lebih lengkap,kemas dan
tersusun.
2.8 Menyediakan kemudahan padang yang baik untuk kegiatan pengajaran dan
pembelajaran di samping kegiatan kokurikulum
2.9 Ada bahagian atap dan bumbung yang telah bocor dan sukar untuk dibaikpulih.
3.0. KOMPONEN PROJEK
3.1. Projek membina 2 Blok Bangunan Sekolah 4 Tingkat yang lengkap dengan kemudahan.
3.2. Projek membina 4 Blok Asrama 4 Tingkat ( 2 Blok Asrama Lelaki dan 2 Blok Asrama
Puteri
3,3. Membina Dua Buah Dewan makan untuk pelajar asrama lelaki dan perempuan.
( memuatkan 600 pelajar asrama)
3,4 Membina 4 buah kuarters guru untuk warden asrama:
3.5..Menaiktaraf bangunan asrama sedia ada untuk dijadikan kelas
3,6. Projek membina pagar yang mengelilingi seluruh kawasan sekolah
3,7. Projek menaiktaraf padang iaitu dengan menambak kembali padang dengan tanah
merah dan pasir seterusnya menanam semula rumput yang sesuai.
3.8 Pembinaan Tangki Air yang akan digunakan untuk kemudahan sekolah dan para
pelajar asrama.
3,9. Menaik taraf kantin sekolah - untuk 1200 orang pelajar sekolah dan asrama ketika
berada di sekolah untuk masa akan datang
4.0 Membina sebuah Dewan Besar serbaguna yang serba lengkap dan boleh menempat
-kan 3 gelanggang badminton
OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK.
. Pembinaan 2 Blok 4 Tingkat Bangunan Sekolah akan dapat menyediakan suasana yang
lebih kondusif dan selamat untuk pelajar dan guru dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.
Pembinaan 4 Blok 3 dan 4 Tingkat Bangunan Asrama akan dapat menyediakan suasana yang
lebih kondusif dan selamat untuk pelajar tinggal di asrama.
Pembinaan dua buah dewan makan asrama ( asrama Lelaki dan asrama perempuan) akan
dapat menyediakan suasana konduksif kepada para penghuni asrama terutama dalam
mengurus persiapan makan mereka.
Pembinaan 4 buah Kuarters Guru akan dapat membantu pengawasan pelajar asrama agar
akan wujud suasana yang lebih kondusif dan selamat.
Pembinaan Dewan Besar Serbaguna ini akan memberikan pulangan besar kepada warga
sekolah dan warga asrama. Ini disebabkan semua kegiatan kurikulum (seminar, ceramah
kerjaya dan Dewan Peperiksaan Dalaman atau Peperiksaan Awan seperti PMR, SPM, SMA
dan STAM), kokurikulum dan Iain-Iain kegiatan ( mesyuarat PIBG, dan Iain-Iain aktiviti)
akan mudah diuruskan. Dewan peperiksaan yang ada sekarang sangat tidak sesuai.
Projek menaiktaraf padang. Dengan menaiktaraf padang sekolah ini, akan dapat membantu
meningkatkan kemudahan sekolah dan seterusnya pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan sempurna terutama pada masa PJK atau kegiatan kokurikulum.
Projek membina pagar Dengan membina pagar diharapkan keselamatan pelajar khususnya
pelajar asrama dari diserobohi dapat diatasi dan terjamin.
Pembinaan tangki air di sekolah ini akan memberikan faedah kepada para pelajar sekolaah
dan asrama. Ini disebabkan pada masa sekarang asrama masih menghadapi masalah tekanan
air yang serius.
Pembinaan Kantin sekolah Memandangkan bilangan pelajar bertambah sudah sudah pasti
keperluan kantin yang besar dan lengkap amat dikehendaki.
RINGKASAN KOMPONAN PROJEK
Bil Brif Projek1 2 Blok Bangunan Sekolah 4 Tingkat2 2 Blok Asrama Lelaki 3 Tingkat
3 2 Blok Asrama Puteri 4 Tingkat
4 2 Buah Dewan makan untuk pelajar asrama lelaki dan perempuan
5 4 buah kuarters guru
6 Menaiktaraf bangunan asrama sedia ada untuk dijadikan kelas
7 Pembinaan Tangki Air8 Membina pagar 9 Projek menaiktaraf padang
10 Pembinaan/naiktaraf Kantin sekolah11 Membina sebuah Dewan Besar serbaguna
ANGGARAN KOS.
Bil Brif Projek Jumlah Kos (RM)1 2 Blok Bangunan Sekolah 4 Tingkat 16,000,000.002 2 Blok Asrama Lelaki 3 Tingkat 12,000,000.00
3 2 Blok Asrama Puteri 4 Tingkat 16,000,000.00
4 2 Buah Dewan makan untuk pelajar asrama lelaki dan perempuan
2,000,000.00
5 4 buah kuarters guru 2,000,000.00
6 Menaiktaraf bangunan asrama sedia ada untuk dijadikan kelas
2,000,000.00
7 Pembinaan Tangki Air 500,000.008 Membina pagar 200,000.009 Projek menaiktaraf padang 500,000.0010 Pembinaan/naiktaraf Kantin sekolah 500,000.00
11 Membina sebuah Dewan Besar serbaguna
2,000,000.00
JUMLAH 53,700,000.00
.
4. JUSTIFIKASI PROJEK
4.1 Lamanya perkhidmatan sekolah ini di antara yang terawal di Negeri Selangor (51 tahun)
.4.2 Kesungguhan dan kesediaan masyarakat Islam bagi menyediakan tapak (wakaf dan
pembelian) bagi tujuan pembinaan tambahan seluas 22 ekar (Lot 724, 725, 726, 727, 728,
2289, 2291, 2293).
4.3 Sebahagian besar bilik darjah yang tidak sesuai lagi digunakan kerana bangunan kayu
yang sudah uzur dan diserang anai-anai.
4.4 Minat dan kepercayaan masyarakat untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah ini
semakin tinggi lebih-lebih lagi prestasi pencapaian yang baik dari keputusan peperiksaan dan
sebagainya.
4.5 Permintaan masyarakat juga sangat tinggi tetapi tidak dapat dipenuhi oleh pihak JAIS
kerana jumlah tempat dan kelas tidak mencukupi dan kemudahan tempat tinggal di asrama
sangat terhad.
4.6 Persetujuan pihak JAIS dengan cadangan pembangunan kemudahan yang masih belum
dilaksanakan (Lampiran )
7. MAKLUMAT TAMBAHAN
7.1 Projek ini amat diperlukan atas desakan penduduk setempat dan pihak PIBG.
7.2 Pelan lokasi sekolah sedia ada dan bangunan gantian yang dicadangkan.
7.2.1 Lampiran 1 A - Pelan lokasi sekolah sedia ada cadangan bangunan
tambahan
7.2.2 Lampiran 1 B – salinan surat persetujuan kerajaan negeri untuk
memberi bantuan tetapi belum dilaksanakan.