Post on 30-Jul-2015
CADANGAN KERTAS KERJA
KELAB SUKAN & PERMAINAN FUTSALSK ASYAKIRIN, BINTULU
CADANGAN KERTAS KERJA
PERTANDINGAN FUTSAL
PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA PIALA ASYAKIRIN &
PIALA HARAPAN ASYAKIRIN EDISI 01/2011 ANJURAN UNIT KO-KURIKULUM BERSAMA
KELAB SUKAN & PERMAINAN FUTSAL SEKOLAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN,
BINTULU BERTEMPAT DI STADIUM MUHIBBAH,
BINTULU PADA 12& 13 MAC 2011
D I S E D I A K A N O L E H M O H D Z A I D I B I N I S M A I L
PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA PIALA ASYAKIRIN & PIALA HARAPAN ASYAKIRIN EDISI 01/2011
ANJURAN UNIT KO-KURIKULUM BERSAMA KELAB SUKAN & PERMAINAN FUTSAL SEKOLAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN, BINTULU
BERTEMPAT DI STADIUM MUHIBBAH, BINTULUPADA 12& 13 MAC 2011
1.0 PENGENALANFutsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah
naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai.
Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal.Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.
Pertandingan Futsal ini di bahagikan kepada 2 kategori dimana kategori pertama terbuka kepada masyarakat luar terutamanya bapa-bapa atau abang-abang murid-murid yang bersekolah di SK Asyakirin. Mereka ini adalah amat digalakkkan untuk mengambil bahagian. Penyertaan ini terbuka kepada mana-mana pasukan yang terdiri daripada 8 orang pemain dan penyertaan ini terhad kepada 40 pasukan sahaja. Bagi menyertai pertandingan Terbuka Piala Asyakirin ini akan dikenakan yuran sebanyak RM190 bagi satu pasukan.
Manakala bagi pertandingan Futsal Jemputan Piala Harapan Asyakirin pula terbuka kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah-sekolah Rendah Sekitar Bandar Bintulu dengan penyertaan terhad kepada 10 pasukan sahaja melalui ”jemputan” daripada SK Asyakirin. Yuran penyertaan bagi kategori ini adalah sebanyak RM50 sahaja bagi satu pasukan yang terdiri daripada 9 orang pemain. Pertandingan futsal ini menggunakan sistem ”Round Robin” dengan menggunakan sepenuhnya undang-undang Futsal terkini yang ditetapkan oleh FIFA
2.0 MATLAMATMatlamat utama penganjuran Pertandingan Terbuka Futsal Piala Asyakirin & Piala
Harapan ini adalah untuk mengumpul dana bagi mengwujudkan gelanggang futsal bagi kegunaan Kelab Futsal di Sekolah Kebangsaan Asyakirin, Bintulu mengadakan aktiviti Gerko (Gerak Kerja Kokurikulum) dengan lebih baik dan selamat. Disamping itu juga ianya dapat mengeratkan hubungan di antara guru-guru SK Asyakirin bersama masyarakat luar terumatanya ahli-ahli keluarga murid-murid di SK Asyakirin.
Melalui pertandingan ini juga murid-murid di sekolah-sekolah rendah Bintulu dapat mengenali permainan Futsal ini dengan lebih dekat lagi melalui konsep bertanding sambil belajar. Secara tidak langsung ianya juga mengisi masa lapang masyarakat luar terutamanya remaja dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah.
3.0 OBJEKTIF
1
3.1 Mengumpul dana bagi mengwujudkan gelanggang Futsal di SK Asyakirin, Bintulu.
3.2 Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru, dan masyarakat luar.
3.3 Menggalakkan penyertaan semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa dalam aktiviti yang dirancang disamping mengutuhkan lagi ikatan perpaduan antara warga sekolah.
4.0 BUTIRAN PROGRAM
4.1 Tarikh : 12 & 13 Mac 20114.2 Hari : Sabtu & Ahad4.3 Masa : 0730 – 23004.4 Tempat : Stadium Muhibbah, Bintulu4.5 Perasmi : Guru Besar Sekolah Kebangsaan Asyakirin, Bintulu.
5.0 SASARAN PENYERTAAN
5.1 Murid – murid SK Asyakirin5.2 Murid-murid di Sekolah-sekolah Rendah Sekitar Bandar Bintulu5.3 Bapa-bapa dan abang-abang murid-murid SK Asyakirin5.4 Masyarakat dalam atau luar Bandar Bintulu.
6.0 FORMAT KEJOHANAN6.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan kalah mati
di pusingan seterusnya.6.2 Bagi Kategori Terbuka masa perlawanan adalah selama 15 minit iaitu 7
minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat.
6.3 Bagi Kategori Terbuka masa perlawanan adalah selama 11 minit iaitu 5 minit pada separuh masa pertama dan 5 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat.
6.4 Sekiranya berlaku keputusan seri pada peringkat pusingan kalah-mati, kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 pemain).
7.0 KATEGORI PERTANDINGAN FUTSAL PIALA TERBUKA ASYAKIRIN
7.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja
danTERBUKA kepada semua pasukan futsal di Sarawak yang terdiri
daripada remaja dan belia-belia.
7.2 Syarat umur bagi penyertaan pemain adalah 18 tahun hingga 45 tahun.
8.0 KATEGORI PERTANDINGAN FUTSAL JEMPUTAN PIALA HARAPAN
ASYAKIRIN
2
8.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja
danTERBUKA kepada semua pasukan futsal di Sekolah-sekolah Rendah
Sekitar Bandar Bintulu melalui Jemputan.
8.2 Syarat umur bagi penyertaan pemain adalah dibawah 12 tahun sahaja.
9.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
9.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan 3 pemain
simpanan serta seorang pengurus pasukan bagi kategori Terbuka
9.2 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan 4 pemain
simpanan serta seorang pengurus pasukan bagi kategori Harapan
(bawah 12 tahun)
9.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.
9.4 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM190.00 (Kategori
Terbuka) dan RM50.00 (Kategori Harapan bawah 12 tahun)
9.5 PENYERTAAN ADALAH TERHAD 40 PASUKAN SAHAJA bagi
kategori TERBUKA. Manakala Bagi Kategori Harapan (Bawah
12tahun) PENYERTAAN TERHAD KEPADA 10 PASUKAN
JEMPUTAN SAHAJA.
9.6 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi
peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan
berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.
9.7 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah
muktamad.
10.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN10.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan
akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.10.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat
pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.10.3 Tempoh masa menunggu adalah 5 minit daripada masa yang dijadualkan
dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah seperti berikut:- Pasukan lawan mendapat kemenangan 3-0.
10.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu Perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.
3
10.5 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok, makan dan minum didalam dewan atau kawasan pertandingan.
10.6 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan.
10.7 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.
10.8 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 200.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.
10.9 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan dibawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan.Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.
10.10 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.
10.11 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.
10.12 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.
10.13 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
11.0 HADIAH PERTANDINGAN
KATEGORI FUTSAL PIALA TERBUKA ASYAKIRIN Johan : Piala dan Pingat berserta wang tunai RM 1,100 Naib Johan : Pingat berserta wang tunai RM 700 Tempat ketiga : Pingat berserta wang tunai RM 400 Tempat keempat : Wang tunai RM 200
KATEGORI FUTSAL JEMPUTAN PIALA HARAPAN ASYAKIRIN Johan : Piala dan Pingat berserta wang tunai RM 160 Naib Johan : Pingat berserta wang tunai RM 130 Tempat ketiga : Pingat berserta wang tunai RM 100 Tempat keempat : Wang tunai RM 70
12.0 JAWATANKUASA PENGELOLA
Penasihat : Cikgu Senusi B. Hj Shahrani (Guru Besar)Pengerusi : Cikgu Puyang Ngau Wan (PK KK)
4
Naib Pengerusi 1 : Cikgu Mordiana Bt Hj Amir (PK 1)Naib Pengerusi 2 : Cikgu Aminah Bt Sisi (PK Hem)Setiausaha : Cikgu Diana Bt. Sabini
Naib Setiausaha : Cikgu Sharifah SuhailaBendahari : Cikgu Ajon @ Noh Abdullah Penyelaras : Cikgu Mohamad Zaidi Bin IsmailNaib Penyelaras 1 : Cikgu Wee Ah HimAJK : Guru dan Staf SK Asyakirin
: Semua Ahli Kelab Futsal SK Asyakirin
13.0 JAWATANKUASA KERJA / BERTINDAK
JK Bidang Tugas Guru / StafUrus Setia / Pendaftaran
Mengumpul maklumat berhubung dengan program dan failkan.Membantu para pengadil mencatat keputusan perlawanan.
Cikgu Diana Bt. SabiniCikgu Sharifah Suhaila
En. See Beng Tang
Sambutan & Protokol
Menyambut ketibaan semua tetamu dan mengiring ke tempat duduk.Menentukan kedudukan tempat duduk semua tetamu yang hadir.
Cikgu Afendi Soon
Juruacara Menyediakan teks juruacaraMengendalikan majlis perasmian sehingga selesai.Sentiasa berhubung dengan penyelaras dan urus setia untuk mendapatkan maklumat terkini.
Cikgu Rafeah
Pembaca Doa Menyediakan teks doa.Membaca doa semasa majlis perasmian.
Ust. Syawalludin B. Ahmad
Laporan aktiviti Membuat laporan perjalanan majlis.Hantar laporan kepada penyelaras seminggu selepas aktiviti dijalankan.
Cikgu Diana Bt SabiniMohamad Zaidi Bin Ismail
Teknikal / Siaraya
Menyediakan alat siaraya dan memastikan alat siaraya berfungsi dengan baik.
En. Zulkarami B. Joini
Publisiti /Jurufoto /
Dokumentasi
Membuat tempahan banner.Mengambil gambar dan rakaman video sepanjang program dijalankan.Memaklumkan kepada wartawan akhbar.Mendokumentasikan semua gambar.
En. Awgku Ali Udin
5
Peralatan Menyediakan peralatan seperti kerusi VVIP, kerusi tetamu, meja jamuan, meja alat siaraya, meja hadiah, tempat berucap dll.Menyediakan peralatan sukan Seperti bola futsal, ”bip” dll.Sentiasa berhubung dengan penyelaras untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pelan kedudukan peralatan.
En. Mohd Fairus
Jamuan / Makanan & Minuman
Menguruskan jamuan makan dan minum untuk VVIP dan Ajk Bertindak.Menyusun atur kedudukan makanan di atas meja.Berhubung dengan penyelaras dari semasa ke semasa.
Cikgu Syarifah Salmah
Hadiah dan Cenderamata
Menyediakan dan menguruskan tempahan hadiah dan cenderamataMenyelia upacara penyampaian hadiah dan cenderamata di majlis perasmian dan penutupan.
Cik Rismiyati
Penyelaras Pertandingan /
aktiviti
Mengendalikan pertandingan.Menyediakan peralatan berhubung dengan aktiviti dan mohon bantuan daripada ajk peralatan / guru lain.Melantik Pengadil Perlawanan yang diiktiraf BIFA yang bertauliah.
Mohamad Zaidi Bin IsmailEn. Wee Ah Him
Kebersihan Menyediakan tong sampah berlabel SK Asyakirin yang mencukupi sekitar temapt duduk Stadium Muhibbah. Memastikan lokasi aktiviti (sebelum, semasa dan selepas) sentiasa bersih.Memastikan plastik sampah mencukupi.
Pn. RamiahAhli-ahli kelab
14.0 ATURCARA
Sabtu 12 Mac 20117.00 – 7.30 pagi : Ketibaan pemain-pemain
6
7.30 – 9.30 pagi : Perlawanaan bermula 09.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan09.30 pagi : Majlis Perasmian bermula
: Nyanyian lagu Negaraku: Bacaan doa: Ucapan Guru Besar: Ucapan Tetamu Kehormat: Perasmian
: Jamuan10.00 pagi : Perlawanan Bersambung semula11.00 pagi : VVIP bersurai
Ahad 13 Mac 2011
8:00 Malam : Perlawanan Tempat ke-3 & ke-4 Piala Harapan Asyakirin8: 20 Malam : Perlawanan Tempat Ke-3 & Ke-4Piala Terbuka Asyakirin8:40 Malam : Perlawanan Akhir Piala Harapan Asyakirin.9:00 Malam : Perlawanan Akhir Piala Terbuka Asyakirin9:30 Malam : Majlis Penyampaian Hadiah dan penutupan10.00 Malam : Bersurai
15.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Harga Jumlah Harga1. Banner RM60 x 1 RM60.002. Sewa Gelanggang RM300 x 2hari Rm6003. Bayaran Pengadil RM20 x
120perlawananRM 2400
4. Hadiah (Trofi)Piala TerbukaAsyakirin
Tempat PertamaTempat keduaTempat ketiga
Piala Harapan AsyakirinTempat Pertama
Tempat keduaTempat ketiga
RM80.00 x 1 piala
RM 12 x 8 orang pemain
RM50.00 x 1 pialaRM12 x 9 orang pemain
RM80.00
RM96.00
RM 50.00RM108.00
5. Hadiah (Wang Tunai)Piala TerbukaAsyakirin
Tempat PertamaTempat keduaTempat ketiga
Tempat keempatPiala Harapan Asyakirin
Tempat PertamaTempat kedua
RM1100Rm700RM400RM200
Rm160RM130
Rm2400
RM460
7
Tempat ketigaTempat keempat
Rm100Rm70
6. Makanan dan minuman VVIP RM8.00 x 20orang RM160.007. Makanan dan Minuman AJK
BertindakRM 10.00 x 15 orang (2hari)
Rm300
8. Peralatan Sukan RM200 RM200.00JUMLAH KESELURUHAN RM6914.00
16.0 PENUTUP
Semoga program yang buat kali pertama ini dapat dijalankan dengan cemerlangnya. Kejayaan dalam perlaksanaan program ini adalah hasil kerjasama daripada semua pihak.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
(MOHAMAD ZAIDI ISMAIL) (PUYANG NGAU WAN)Penyelaras, Penolong Kanan KKKelab Futsal Sukan dan Permainan Merangkap Pengerusi SK Asyakirin, Bintulu Pertandingan Futsal
Asyakirin
Disahkan oleh:
(SENUSI B HJ SHAHRANI)Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Asyakirin,Merangkap Penasihat Pertandingan Futsal Piala Terbuka Asyakirin & Piala Harapan
Asyakirin Edisi 1/2011
PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA PIALA ASYAKIRIN EDISI 01/2011
8
Borang Penyertaan Bagi Kategori Piala Terbuka Asyakirin
1. BUTIRAN KEJOHANAN
Tarikh : 12-13 Mac 2011 Hari : SABTU DAN AHAD Tempat : Stadium Muhibah Bintulu
2. PENGANJUR :Unit Ko-Kurikulum SK Asyakirin dibawah Kelab Sukan & Permainan Futsal SK Asyakirin, Bintulu.
3. TUJUAN PERTANDINGAN
3.1 Memupuk budaya gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan di kalangan remaja khususnya dan masyarakat di sekitar Bintulu amnya.
4. PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PARA PEMAIN
4.1 Penyertaan pertandingan ini hanya TERHAD UNTUK 40 PASUKAN SAHAJA.
4.2 Setiap pasukan perlu mendaftar pemain tidak melebihi 8 orang termasuk pengurus pasukan yang juga dibenarkan untuk bermain. PARA PEMAIN DIBENARKAN BERMAIN UNTUK SATU PASUKAN SAHAJA.
5. HADIAH PERTANDINGAN
Johan : Piala dan Pingat berserta wang tunai RM 1,100 Naib Johan : Pingat berserta wang tunai RM 700 Tempat ketiga : Pingat berserta wang tunai RM 400 Tempat keempat : Wang tunai RM 200
6. YURAN DAN BORANG PENYERTAAN
5.1 Yuran penyertaan setiap pasukan adalah sebanyak RM190.00 sahaja. 5.2 Tarikh akhir pendaftaran pasukan ialah sebelum atau pada 10 Mac 2011 /
Khamis). 5.3 Borang pertandingan boleh didapati daripada :
Encik Mohamad Zaidi ( 016-8955859 ) Encik Wee Ah Him ( 013-8336280 ) Pn. Puyang Ngau Wan (Pejabat Pentadbiran SK Asyakirin)
5.4 Borang yang siap diisi dan yuran boleh dihantar kepada nama-nama di atas.
7. TEMPAT DAN TARIKH CABUTAN UNDI
Tarikh / masa : 10 Mac 2011 ( Khamis) / 8.00 malam
9
Tempat : Bilik mesyuarat SK Asyakirin, Bintulu( Sebarang perubahan tarikh / tempat akan dimaklumkan kepada semua pengurus pasukan)
8. Salinan UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN akan diberikan pada hari cabutan undi.
9. Pihak penganjur berhak menggubal syarat-syarat pertandingan dan tarikh pertandingan bergantung kepada jumlah penyertaan pasukan. KEPUTUSAN PIHAK PENGANJUR ADALAH MUKTAMAD.
“ MUNGKIN KINI GILIRAN PASUKAN ANDA UNTUK BERGELAR JUARA”
BORANG PENYERTAAN PASUKAN
10
TarikhTutup Penyertaan Pada 10 Mac 2011 (Khamis)
PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA PIALA ASYAKIRIN EDISI 01/2011
Tarikh : 12-13 Mac 2011Hari : SABTU DAN AHADTempat : Stadium Muhibah Bintulu
NAMA PASUKAN : ______________________
PENGURUS : ______________________
NO. H/P : _______________________
BIL NAMA PEMAIN NO KAD PENGENALAN
NO JERSEY
1
2
3
4
5
6
7
8
PENGAKUAN DIRISaya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala
undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini.
Tandatangan :___________________________
Nama :__________________________________ Tarikh :__________________
PERTANDINGAN FUTSAL JEMPUTAN PIALA HARAPAN ASYAKIRIN EDISI 01/2011
11
Borang Penyertaan Bagi Kategori Piala Harapan Asyakirin
10. BUTIRAN KEJOHANAN
Tarikh : 12-13 Mac 2011 Hari : SABTU DAN AHAD Tempat : Stadium Muhibah Bintulu
11. PENGANJUR :Unit Ko-Kurikulum SK Asyakirin dibawah Kelab Sukan & Permainan Futsal SK Asyakirin, Bintulu.
12. TUJUAN PERTANDINGAN
12.1 Memupuk budaya gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan di kalangan murid sekolah rendah semasa cuti pertengahan penggal 1.
12.2 Memberi pendedahan awal mengenai sukan Futsal kepada murid-murid sekolah rendah.
13. PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PARA PEMAIN
13.1 Penyertaan pertandingan ini hanya TERHAD UNTUK 10 PASUKAN SAHAJA melalui jemputan dari SK Asyakirin.
13.2 Setiap pasukan perlu mendaftar pemain tidak melebihi 9 orang yang berusia dibawah 12 tahun dan bersekolah di sekolah yang sama sahaja.
14. HADIAH PERTANDINGAN Johan : Piala dan Pingat berserta wang tunai RM 160 Naib Johan : Pingat berserta wang tunai RM 130 Tempat ketiga : Pingat berserta wang tunai RM 100 Tempat keempat : Wang tunai RM 70
15. YURAN DAN BORANG PENYERTAAN
5.1 Yuran penyertaan setiap pasukan adalah sebanyak RM50.00 sahaja. 5.2 Tarikh akhir pendaftaran pasukan ialah sebelum atau pada 10 Mac 2011 /
Khamis). 5.3 Borang pertandingan boleh didapati daripada :
Encik Mohamad Zaidi ( 016-8955859 ) Encik Wee Ah Him ( 013-8336280 ) Pn. Puyang Ngau Wan (Pejabat Pentadbiran SK Asyakirin)
5.4 Borang yang siap diisi dan yuran boleh dihantar kepada nama-nama di atas.
16. TEMPAT DAN TARIKH CABUTAN UNDI
Tarikh / masa : 10 Mac 2011 ( Khamis) / 8.00 malam Tempat : Bilik mesyuarat SK Asyakirin, Bintulu
12
( Sebarang perubahan tarikh / tempat akan dimaklumkan kepada semua pengurus pasukan)
17. Salinan UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN akan diberikan pada hari cabutan undi.
18. Pihak penganjur berhak menggubal syarat-syarat pertandingan dan tarikh pertandingan bergantung kepada jumlah penyertaan pasukan. KEPUTUSAN PIHAK PENGANJUR ADALAH MUKTAMAD.
“ MUNGKIN KINI GILIRAN PASUKAN ANDA UNTUK BERGELAR JUARA”
BORANG PENYERTAAN PASUKAN PERTANDINGAN FUTSAL JEMPUTAN PIALA HARAPAN ASYAKIRIN
13
TarikhTutup Penyertaan Pada 10 Mac 2011 (Khamis)
EDISI 01/2011
Tarikh : 12-13 Mac 2011Hari : SABTU DAN AHADTempat : Stadium Muhibah Bintulu
NAMA SEKOLAH : ______________________
PENGURUS : ______________________
NO. H/P : _______________________
BIL NAMA PEMAIN NO KAD PENGENALAN
NO JERSEY
1
2
3
4
5
6
7
8
PENGAKUAN DIRISaya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala
undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini.
Tandatangan :___________________________
Nama :__________________________________ Tarikh :__________________
14