Post on 07-Dec-2015
description
SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKON,
KOTA MARUDU, SABAH
KERTAS KERJA PROGRAM
KESELAMATAN SEKOLAH
LATIHAN KEBAKARAN DAN
DEMONSTRASI MEMADAM
KEBAKARAN 2015
ANJURAN:
Sekolah Kebangsaan Langkon
Dan
Bomba Daerah Kota Marudu
1
1. NAMA PROGRAM
Latihan Kebakaran Sekolah Kebangsaan Langkon 2015 bertema “Melahirkan
Persekitaran Yang Selamat”.
2. PENDAHULUAN
Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi peraturan
keselamatan bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, pihak hal
ehwal murid HEM Sekolah Kebangsaan Langkon bersetuju untuk mengadakan latihan
yang kedua bagi tahun 2015.
3. MATLAMAT
Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan
pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara
menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran.
4. OBJEKTIF
Pelajar dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat.
Memberi maklumat kaedah mengawal kebakaran.
Memberi pendedahan kepada warga Sekolah Kebangsaan Langkon tentang
bahaya kebakaran.
5. TARIKH DAN HARI
Tarikh : 30 Ogos 2015
Hari : Rabu
6. TEMPAT
Tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Langkon, Kota Marudu
7. KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar, guru-guru dan staf sokongan Sekolah Kebangsaan Langkon
2
8. AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
Aturcara :
9.30 pagiGuru dan pelajar bergerak ke Tapak Perhimpunan yang telah ditetapkan.
(Firedrill)
9.45 pagi Berhimpun dan Guru mengambil kedatangan.
10.00 pagiCeramah Keselamatan (disampaikan oleh pegawai bomba dan
penyelamat)
12.00 tengahari Ucapan Pegawai Latihan Bomba Kota Marudu
1.00 petang Demonstrasi memadamkan kebakaran dan tayangan video
3.00 petang Majlis bersurai
9. JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Encik Ressi Dai
Guru Besar SK Langkon
Timbalan Pengerusi 1. Puan Norliana Binti Adnan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Langkon
2. Encik Jamal Bin Mustapa
Penolong Kanan Pentadbiran SK Langkon
3. Encik Wahab Bin Maidin
Penolong Kanan Kokurikulum Murid SK Langkon
Setiausaha : Cik Erma Veronika Hariyono
Bendahari : Puan Asnahti Binti Disah
3
Ahli Jawatankuasa
Pengacara Majlis : Puan Fatimah Jusoh
Siaraya : En.Afizan Bin Efendi
Disiplin dan Keselamatan pelajar : Encik Saimin Saidi
Jurugambar : En. Nelson Michael
Buku Program : Puan Christy Angeli
Pelaporan & Dokumentasi : Cik Anesa Cecelia Chin Fat
Persiapan Tempat & Peralatan : Cik Shereen Sio
Perhubungan dan Jemputan : Cik Marcella Wong Yee
10. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah Catatan
1. Dokumentasi RM 25.00 RM 25.80
2. Minyak Petrol 7 Liter X RM 1.85 RM 12.95
3. Minyak Diesel 7 Liter X RM 1.75 RM 12.25
JUMLAH RM 51.00
4
11. SUMBER KEWANGAN
Bil Perkara Jumlah
1.LPBT RM 51.00
JUMLAH RM 51.00
12. PENUTUP
Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya memberi impak
yang positif kepada semua guru dan para pelajar supaya mendapat pengetahuan
mengenai keselamatan di sekolah.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
______________________________ _____________________
( ERMA VERONIKA HARIYONO ) ( NORLIANA ADNAN )
Setiausaha, Penolong Kanan HEM,
Program Latihan Kebakaran Sekolah Kebangsaan Langkon
Sekolah Kebangsaan Langkon,
Tarikh: 1 Jun 2015
Diluluskan oleh:
_____________
( RESSI DAI )
Pengetua,
Sekolah Kebangsaan Langkon
5