Post on 17-Jan-2016
description
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO DAN MUZIUM TAIPING
ANJURAN:
PRASEKOLAH ANNUR DAN PRASEKOLAH BINNAJAH
SK SERI SIAKAP, SIMPANG TIGA, 34350 KUALA KURAU, PERAK
PADA :
27 MEI 2014
TEMPAT:
ZOO DAN MUZIUM TAIPING
1.0 PENDAHULUAN
Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti tahunan bagi Kelas Prasekolah
Annur dan Prasekolah Binnajah. Program lawatan sambil belajar ini merupakan
aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi murid – murid prasekolah yang mana
murid – murid ini akan didedahkan dengan hidupan haiwan yang sebenar. Dengan
itu, murid – murid prasekolah lebih memahami pembelajaran yang telah diajarkan
dalam bilik darjah berkaitan tema haiwan.
Lawatan kali ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid-
murid berkaitan adat dan budaya masyarakat Malaysia dengan lawatan ke Muzium
Taiping. Untuk menambah keseronokan murid-murid dalam lawatan ini, kami telah
merancang untuk membawa mereka menaiki keretapi daripada stesen Keretapi Parit
Buntar ke Stesen Keretapi Taiping. Dan daripada Stesen keretapi Taiping bas yang
kami sewa akan menunggu dan membawa kami ke Zoo Taiping. Adalah besar
harapan kami agar program ini akan berjalan dengan jayanya. Sesungguhnya
penyatuan idea dan tenaga dari pelbagai pihak mampu memberikan impak yang
positif bagi menjayakan niat murni ini.
2.0 OBJEKTIF
Program lawatan sambil belajar ini mempunyai objektif-objektif seperti yang berikut:
i) Mendedahkan murid prasekolah mengenai dunia sebenar hidupan haiwan
di zoo.
ii) Sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah.
iii) Memupuk minat belajar dan semangat ingin tahu mengenai hidupan liar.
3.0 RASIONAL
Perlaksanaan program ini tidak lain daripada memberi peluang kepada murid
murid Kelas Prasekolah ini memperolehi pembelajaran di luar bilik darjah dan
melihat persekitaran sebenar hidupan haiwan.
Program lawatan sambil belajar yang dirancang ini bukan sahaja boleh
menimbulkan minat belajar namun ianya mampu mewujudkan pembelajaran
berkesan dikalangan murid – murid prasekolah.
Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak penganjur sekiranya murid –
murid prasekolah SK Seri Siakap ini diberi peluang untuk merasai pembelajaran di
luar bilik darjah demi kebaikan murid – murid prasekolah dan juga pihak SK amnya.
4.0 KUMPULAN SASARAN
1. Warga Prasekolah SK Seri Siakap yang terdiri daripada :-
Seramai 50 orang murid
Seramai 2 orang guru prasekolah
Seramai 2 orang pembantu pengurusan murid
2. Seramai 3 orang guru pengiring tambahan
5.0 TARIKH DAN TEMPAT
Tempat : Zoo Taiping Dan Muzium Taiping
Tarikh : 27 Mei 2014
6.0 ANJURAN
Kelas Prasekolah Annur dan Binnajah
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA LAWATAN
Penasihat : Pn Norbaizura bt Rahmat
Pengerusi : Pn. Norzakiah bt Md Kasa
Setiausaha : Pn Aryati Haini bt Samsudin
(Guru Prasekolah Annur)
Bendahari : Pn Zaiti bt Samad
(Guru Prasekolah Binnajah)
AJK : Pn .Noorshuheda bt Soed@Shuib
(PPM Prasekolah Annur)
Pn. Norazlina bt Masri
(PPM Prasekolah Binnajah)
Pn. Juliana bt Jusoh
(Guru PAI)
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Pendapatan :
Kutipan Murid (RM 30 x 50 orang) = RM 1500.00
Sumbangan Guru- guru : RM 200.00
JUMLAH : RM 1700.00
Anggaran Perbelanjaan:
Pengangkutan bas : RM 450.00Pengangkutan keretapi :
1. kanak-kanak 10 x 50 RM 500.002. Dewasa 12 x 7 RM 84.00
Makan Minum : 4 x 57 RM 228.00Tiket : RM 260.00Kecemasan : RM 178.00JUMLAH: RM 1700.00
9.0 SENARAI PESERTA LAWATAN
Rujuk lampiran A
10.0 JADUAL AKTIVITI / TENTATIF PROGRAM
7.30 Pagi Berkumpul Di Sk Seri Siakap
7.45 Pagi Menaiki Bas Ke Stesen Keretapi Parit Buntar
8.30 Pagi Menaiki Keretapi Ke Taiping
9.15 Pagi Dijangka Tiba Di Stesen Keretapi Taiping
9.30 Pagi Bertolak Ke Zoo Taiping
10.00 Pagi Sampai Ke Zoo Taiping Dan Melawat Sekitar Zoo
Taiping
12.30 Tgh Rehat Dan Makan Tengahari Di Taman Tasik Taiping
1.30 Ptg Melawat Muzium Taiping
2.30 Ptg Bertolak Balik Ke Sk Seri Siakap
3.30 Ptg Dijangka Tiba Di Sk Seri Siakap
11.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat
memberi faedah dan pengetahuan secara ‘hands on’ kepada warga Kelas
Prasekolah Annur dan Prasekolah Binnajah dan mampu mencapai objektif-objektif
yang telah digariskan dengan jayanya. Semoga lawatan ini memberi manfaat
kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.
.
Disediakan oleh :
……………………………………..
(ARYATI HAINI BT SAMSUDIN)
Setiausaha,
Progran Lawatan Prasekolah
SK Seri Siakap