KERTAS KERJA SOKONGAN KEPADA PENYATA … PENYATA KEW SEK … · KERTAS KERJA SOKONGAN KEPADA ......

Post on 22-Feb-2018

280 views 1 download

Transcript of KERTAS KERJA SOKONGAN KEPADA PENYATA … PENYATA KEW SEK … · KERTAS KERJA SOKONGAN KEPADA ......

1

KERTAS KERJA SOKONGAN KEPADA

PENYATA KEWANGAN SEKOLAH

1. Penyediaan Penyata Kewangan Sekolah

1.1 Selaras dengan piawaian pelaporan kewangan yang diluluskan di Malaysia

dan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit)

2002, Pengurus Sekolah dikehendaki menyediakan Penyata Kewangan

Sekolah tahunan yang mengandungi:

a. Kunci Kira-kira

b. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan

c. Penyata Penerimaan dan Pembayaran

d. Nota kepada Akaun

e. Penyata lain yang berkaitan

1.2 Penyata Kewangan Sekolah yang dihantar ke Pejabat Audit adalah

muktamad yang telah ditandatangan oleh Pengurus Sekolah dan dikehendaki

sampai ke Pejabat Audit pada atau sebelum 31 Mac setiap tahun.

Penerimaan Penyata Kewangan Sekolah selepas tarikh 31 Mac adalah

dianggap lewat.

2. Kumpulan Wang Sekolah

Kumpulan Wang Sekolah terbahagi kepada dua atau tiga akaun utama iaitu:

a. Kumpulan Wang Kerajaan (KWK)

b. Kumpulan Wang Sumbangan Wang Awam (SUWA)

c. Kumpulan Wang Asrama (KWA) – jika sekolah ada asrama

Semua terimaan, bayaran dan penyediaan penyata kewangan tahunan direkodkan

secara berasingan mengikut Kumpulan Wang yang berkenaan mengikut Tatacara

Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian

Akaun, Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Nota Kepada Akaun

Salah satu perkara penting dalam persembahan penyata kewangan sekolah adalah

Nota Kepada Akaun. Nota perlu lengkap dan menyeluruh agar menunjukkan

kedudukan yang benar dan saksama mengenai Penyata Kewangan Sekolah.

Perkara tersebut adalah seperti berikut:

2

3.1 Kumpulan Wang Kerajaan

a. Asas-Asas Perakaunan

b. Dasar-Dasar Perakaunan

c. Akaun Belum Terima

d. Wang Dalam Tangan

e. Deposit Dibayar

f. Akaun Belum Bayar

g. Deposit Diterima

h. Terimaan Terdahulu

i. Kumpulan Wang Terkumpul

j. Penerimaan/Pembayaran/Pendapatan/Perbelanjaan

i. Teras

ii. Wajib

iii. Tambahan/Bahasa Asing

iv. Elektif

v. Pra Sekolah

vi. Bimbingan dan Kaunseling

vii. Bantuan Persekolahan Lain

viii. Pelbagai

k. Pindah Peruntukan

3.2 Kumpulan Wang SUWA

a. Asas-Asas Perakaunan

b. Dasar-Dasar Perakaunan

c. Akaun Belum Terima

d. Wang Dalam Tangan

e. Deposit Dibayar

f. Akaun Belum Bayar

g. Deposit Diterima/Terimaan Terdahulu

h. Kumpulan Wang Terkumpul

i. Penerimaan/Pembayaran/Pendapatan/Perbelanjaan

- Pelbagai

j. Pindah Peruntukan

3.3 Kumpulan Wang Asrama

a. Asas-Asas Perakaunan

b. Dasar-Dasar Perakaunan

c. Akaun Belum Terima

d. Wang Dalam Tangan

e. Deposit Dibayar

f. Akaun Belum Bayar

g. Deposit Diterima

3

h. Terimaan Terdahulu

i. Kumpulan Wang Terkumpul

j. Penerimaan/Pembayaran/Pendapatan/Perbelanjaan

- Pelbagai

k. Pindah Peruntukan

4. Kertas Kerja Berasingan

Kertas kerja berasingan hendaklah disediakan oleh Pengurus Sekolah dan

dikemukakan kepada Pejabat Audit Sekolah mengikut Nota Kepada Akaun

(para 3) di atas.

5. Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Untuk Pengauditan

Kertas kerja adalah laporan maklumat yang disediakan oleh Pengurus

Sekolah sebagai dokumen sokongan bagi menyokong laporan formal

berkaitan dan penyata kewangan. Kertas kerja adalah ringkasan prosesan

perakaunan akhir tahun dan pelarasan jurnal bagi tujuan penyediaan penyata

kewangan. Penyata Kewangan Sekolah yang telah disedia hendaklah

disertakan dengan dokumen dan kertas kerja berikut:

a. Buku Tunai Mengikut Kumpulan Wang

b. Buku Tunai PWR

c. Daftar Bil

d. Subsidiari

e. Penyata Penyesuaian Bank

f. Sijil Perakuan Panjar

g. Penyata Bank

h. Resit

i. Slip Masuk Bank

j. Senarai Cek Batal dan Rosak

k. Senarai ABB

l. Senarai ABT

m. Senarai Deposit Diterima

n. Senarai Deposit Dibayar

o. Pindah Peruntukan

p. Senarai Pelarasan

q. Senarai Terimaan/Bayaran Batal

r. Lain-lain dokumen (jika ada)

s. Dokumen Bayaran:

i. Baucar Bayaran/Invois

ii. Pesanan Kerajaan

iii. Nota Minta

iv. Dokumen Sokongan/Kertas Kerja

v. Salinan Cek dan Resit

4

6. Ketua Audit Sekolah hendaklah memastikan semua Pengurus Sekolah

menyerahkan Penyata Kewangan Sekolah termasuk Nota kepada Akaun

yang telah disenaraikan seperti di para 3 dan para 4.

7. Arahan ini berkuat kuasa mulai Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun

berakhir pada 31 Disember 2017.