Post on 02-Jan-2016
description
Kesalahan Penggunaan Bahasa Malaysia
‘MARTABATKAN BAHASA MELAYU’GUNAKANLAH BAHASA MELAYU DENGAN BETUL,TEPAT DAN
BERKESAN.
Papan tanda hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dalam semua aspek tatabahasa.KESALAHAN dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan “bahasa rojak” pada papan tanda premis mereka.
Pada paparan menu, ejaan makanan juga perlu dititikberatkan.
Memandangkan kesalahan dan kecelaruan bahasa pada papan tanda ini semakin berleluasa, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berkerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) bagi memartabatkan penggunaan
bahasa Melayu yang betul dan tepat. Hasil kerjasama ini telah terjalin sejak tahun 2007 dan masih berterusan sehingga sekarang. Dalam konteks kerjasama ini, usaha yang dijalankan adalah agar setiap papan tanda perniagaan perlu mendapat pengesahan bahasa daripada DBPWS terlebih dahulu. Tanpa pengesahan bahasa daripada DBPWS, permohonan mahupun pembaharuan lesen bagi peniaga dan pengiklan tersebut tidak akan diluluskan oleh pihak MBJB.Usaha MBJB ini mendapat perhatian Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan mulai tahun 2011, MPPG turut melaksanakan kaedah yang sama kepada pihak peniaga dan pengiklan yang ingin memohon atau memperbaharui lesen mereka agar mendapatkan pengesahan bahasa daripada DBPWS.Sesungguhnya usaha MBJB dan MPPG ini merupakan usaha yang amat baik bagi meningkatkan martabat bahasa Melayu. Dalam hal ini, peniaga dan pengiklan akan sedar peri pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat, khususnya dalam papan tanda dan papan iklan.
Papan tanda hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang betul.
Oleh Siti Hajar Elah
Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan masih
lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang
tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang
mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat
bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa
Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan
pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda
yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir peniaga dan
pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan “bahasa
rojak” pada papan tanda premis mereka.
Antara kesalahan tersebut yang biasa saya temui ialah:
i. “Konsortium Bas Ekspress” yang sepatutnya adalah “Bas Ekspress Konsortium.”
ii. “Goreng Pisang Panas “ sepatutnya “Pisang Goreng Panas “
iii. “Perlantikan” sepatutnya “Pelantikan “
iv. “Kedai Kerinting Rambut” sepatutnya “Kedai Keriting Rambut “
Begitu juga, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa Melayu
memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Za’ba dalam buku
klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian banyak
perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda, Parsi,
Arab, Cina dan sebagainya. Tidak perlu bagi saya menyatakan perkataan-perkataan itu kerana
umum sudah pun
Pada 22 Mac 2009, pelajar-pelajar kuliah HMT 329 telah mengadakan lawatan sambil belajar
ke Lebuh Gurney dan Plaza Gurney bersama dua orang pengiring iaitu pengajar HMT 329,
Dr. Radiah dan seorang pengajar bahasa Korea dari Pusat Pengajian Bahasa Literasi dan
Terjemahan iaitu Cik Helena. Kami telah menaiki bas pada jam 9.30 pagi dari Universiti
Sains Malaysia (USM). Tujuan lawatan kami adalah untuk melihat analisis kontrastif dari segi
penjenamaan semula, bentuk hormat, kesalahan bahasa dan penggunaan kata panggilan.
Sepanjang perjalanan dan lawatan kami telah menemui beberapa aspek yang menjadi
tumpuan kajian kami. Aspek pertama yang ditemui adalah dari segi bentuk hormat. Bentuk
hormat ini telah ditunjukkan oleh dua orang pelajar kursus HMT 329 iaitu Nasibah dan Chan
Yan Yi sewaktu berada di dalam bas. Mereka berdua telah bangun dari tempat duduk dan
memberi ruang kepada golongan yang lebih tua yang menaiki bas tersebut apabila bas
tersebut berhenti mengambil penumpang. Mereka juga bercakap secara sopan kepada
orang tua tersebut, seperti “ Tak pe mak cik duduklah”.
Kami tiba di Lebuh Gurney sekitar jam 10.15 pagi dan melawat kawasan sekitarnya. Dalam
perjalanan kami ke Lebuh Gurney kami telah menemui aspek penjenamaan semula.
Penjenamaan semula atau re-branding atau re-packagin, menurut Kamus Dewan Edisi
ketiga membawa maksud ”Pemberian Jenama (nama tertentu) kepada sesuatu barang yang
dihasilkan.”. Lantas penjenamaan semula itu mengikut fahaman biasa adalah memberi
nama baru kepada produk yang sama atau nama baru kepada produk yang telah
mengalami penambahbaikan. Antara contoh penjenamaan semula yang ditemui ialah Fly Fm
yang ditemui pada bahagian Bas Rapid Penang, penjenamaan MAXIS, HONDA, FOLLOW ME,
TM dan SHARP di tempat menunggu bas dan penjenamaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang
(MPPP) yang terdapat di Bas Rapid Penang yang tidak mengenakan tambang. Namun, kami
agak sedih apabila melihat keadaan telefon awam yang disediakan oleh syarikat TM. Telefon
awam disediakan untuk kegunaan orang awam tetapi telah disalahgunakan sehingga telefon
itu tidak dapat berfungsi lagi.
Telefon awam yang dikatakan. Telefon ini tidak berfungsi apabila ganggang diangkat.
Bagi aspek kesalahan bahasa, masih banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna
bahasa Melayu. Contohnya kesalahan penggunaan kata “di” sebagai kata sendi nama dan
penggunaan kata “di” sebagai imbuhan kata kerja. Antara kesalahan penggunaan kata “di”
sebagai imbuhan kata kerja adalah seperti dalam ayat di bawah:-
a) Kerja pembersihan sedang di jalankan
b) Di larang masuk
c) Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat…
d) Di-larang meletakkan baisikel2 di-hadapan gudang ini.
Contoh ini telah ditemui di tandas awam yang terdapat di Padang Kota Lama. Penggunaan
kata “di” dalam ayat di atas merupakan imbuhan kata kerja yang mana ejaannya perlu
dirapatkan. Namun pengguna melakukan kesalahan apabila mengeja perkataan ini secara
terpisah. Selain itu kesalahan penggunaan “di” sebagai imbuhan kata kerja ini juga telah
ditemui di beberapa papan tanda yang terdapat di sekitar Lebuh Gurney. Sebagai contoh,
dalam gambar papan tanda di bawah.
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Kata “di” dalam penggunaan di papan tanda adalah merujuk kepada imbuhan kata kerja
namun telah dieja secara terpisah oleh pengguna.
Bagi kesalahan penggunaan “di” sebagai kata sendi nama pula boleh juga dilihat pada
papan tanda yang digunakan oleh penjual di kedai-kedai makan. Antara contoh yang dapat
ditemui sewaktu berada dalam perjalanan ke Lebuh Gurney ialah dalam ayat berikut:
a) Kari kepala ikan ada dijual disini.
Dalam ayat di atas penggunaan kata “di” ialah sebagai kata sendi nama iaitu untuk
menunjukkan tempat dan sepatutnya dieja secara terpisah, namun dalam ayat yang
ditemui, kata “di” dieja secara rapat dengan perkataan “sini” yang menunjukkan tempat.
Hal yang sama juga dapat ditemui pada papan tanda yang terdapat di Kota Cornwallis iaitu
seperti di dalam ayat dan gambar di bawah :
a) Dilarang memanjat. Tembok diatas bervoltan tinggi.
b) Perhentian bas ini telah ditempatkan semula ke tapak disebelah Gudang 8.
c) Menjadi yang pertama di kalangan…
Gambar 5
Gambar 6
Gambar 7
Penggunaan kata “di” dalam ayat di atas adalah sebagai kata sendi nama yang sepatutnya
dieja terpisah tetapi pengguna mengejanya secara rapat.
Selain itu, kami turut menemui kesalahan ejaan bagi ejaan kata majmuk. Sebagai contoh
kata majmuk hak milik. Pengguna mengeja perkataan hak milik ini secara rapat iaitu
hakmilik sedangkan perkataan hak milik ini merupakan kata majmuk yang belum mantap
dan sepatutnya dieja secara terpisah. Buktinya dapat dilihat dalam gambar di bawah :
Gambar 8
Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang tidak sesuai yang dapat
dilihat pada papan iklan dan papan tanda seperti dalam ayat dan gambar di bawah:
a) Happy hair is beautiful hair
Ayat ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai “ rambut yang sihat ialah rambut
yang cantik”. Penggunaan kata “happy” dilihat tidak bersesuaian dengan terjemahannya.
Gambar 9
Selain itu, terdapat juga perkataan bahasa Inggeris yang tidak setara dengan terjemahan
bahasa Melayu yang disertakan. Antaranya ialah perkataan ‘masuk’ dan “way in”. “Way in”
jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah “jalan masuk”. Selain itu, dalam ayat
“kawalan sprinkler injap dan pam”, diterjemahkan sebagai “sprinkler control valves and
pumps” menunjukkan bahawa perkataan bahasa Inggeris “sprinkler” dikekalkan dalam
bahasa Melayu. Perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan ialah “perenjis”.
Contoh-contoh kesalahan lain yang boleh dilihat ialah:
a) Ayat sumber,
TEMPAT LARANGAN. DI LARANG MASUK JUKA TIADA KEBENARAN
Ayat sasaran,
PROTECTED PLACE. NO ADMITTANCE TO UNAUTHORISED PERSON
b) Ayat sumber
Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat 1880-1887, Sir Federick Weld.
Jalan baru dibina di persisiran laut, selari dengan lebuh Pantai selepas tebus guna tanah
pada tahun 1880an.
Ayat sasaran
Named after Sir Frederick Weld, Gavernor of Straits Settlements 1880-1887. Beach Street
used to have sea frontage until land reclamation in 1880’s move.
Gambar 10
Gambar 11
Gambar12
Gambar 13
Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang dieja secara terbalik pada
satu papan tanda iklan seperti ejaan yang terdapat pada Ambulans. Kesalahan ini dapat
dilihat pada perkataan “SALE” di sebuah kedai di Plaza Gurney. Malahan, terdapat juga
kedai yang menggunakan satu huruf untuk mewakili dua perkataan yang berbeza.
Contohnya dapat dilihat dalam perkataan dan gambar di bawah :
Gambar14
Gambar 15
Seterusnya ialah analisis terhadap dapatan di Plaza Gurney. Secara keseluruhannya,
kebanyakan premis dan kedai yang terdapat di Plaza Gurney merupakan kedai yang
eksklusif dan para pekerjanya dilihat berbangsa Cina. Dari segi penggunaan bahasa pula,
mereka lebih banyak bertutur dalam bahasa Cina dan ada juga yang bertutur di dalam
bahasa Inggeris dan Melayu. Kami mendapati, pekerja yang sama bangsa seperti pekerja
berbangsa Cina, mereka bertutur dengan rakan sekerja menggunakan bahasa Cina. Apabila
kami memasuki kedai, mereka menggunakan bahasa Cina untuk bercakap dengan Suan dan
mereka menggunakan bahasa Inggeris untuk bercakap dengan pelajar berbangsa Melayu.
Terdapat juga pekerja Cina yang fasih berbahasa Melayu yang ditemui seperti kedai “Laser”
yang menjual CD dan VCD yang kami kunjungi. Pekerjanya menuturkan bahasa Melayu
walaupun Suan ada bersama kami. Selain itu, terdapat juga pekerja yang bertutur
menggunakan percampuran kod dan menggunakan bentuk panggilan I dan you. Situasi ini
dapat dilihat apabila pekerja Melayu bercakap dengan pekerja berbangsa Cina. Mereka juga
dilihat menggunakan percampuran kod iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Gambar 16
Kedai CD dan VCD yang menuturkan bahasa Melayu dengan fasih.
Semasa kami memasuki kedai yang menjual cheongsam, kami disambut oleh pekerja
berbangsa Cina separuh umur. Beliau bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih. Apabila
diteliti, terdapat juga baju cheongsam yang dijual menggunakan elemen batik. Oleh itu kami
dapat mengagak, mungkin beliau adalah berketurunan Baba dan Nyonya.
Selain itu terdapat pekerja berbangsa Cina yang terus bercakap menggunakan bahasa Cina
apabila melihat Suan datang ke kedai mereka walaupun kami ada bersama Suan. Pekerja
berbangsa Cina ini terus menggunakan bahasa Melayu apabila Suan menyatakan bahawa
beliau tidak memahami apa yang dikatakannya. Namun, pekerja tersebut memandang pelik
kepada Suan dan pekerja tersebut ada berkata dalam bahasa Cina kepada rakannya
bahawa “Suan nampak seperti Cina tetapi kenapa tidak faham apabila beliau bercakap
bahasa Cina”. Situasi ini telah berlaku di kedai menjual alat mekap iaitu Sasa.
Gambar 17
Pekerjanya menuturkan bahasa Cina dengan Suan dan agak pelik apabila Suan tidak
memahami bahasa Cina.
Terdapat juga penjual berbangsa Cina yang sukar menterjemahkan bahasa Inggeris kepada
bahasa Melayu. Hal ini telah berlaku di sebuah kedai pakaian ekslusif yang telah dimasuki
oleh Huda dan Suan. Pekerjanya pada mulanya bercakap menggunakan bahasa Inggeris
tetapi apabila Huda menyatakan bahawa beliau tidak faham, beliau cuba bercakap
menggunakan bahasa Melayu. Namun, beliau dilihat agak sukar untuk menterjemahkan apa
yang dituturkannya dalam bahasa Inggeris sebelum ini kepada Huda apabila Huda bertanya
kepadanya “Apa yang awak cakap? Saya tak fahamla.” Intonasi yang digunakan agak
lambat berbanding semasa bertutur menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini mungkin terjadi
kerana kedai yang kami masuki itu menjual pakaiaan-pakaian ekslusif yang sesuai ke
pejabat. Oleh itu, beliau mungkin mempunyai tanggapan yang tinggi terhadap kami.
Gambar 18
Kedai pakaian ekslusif yang dimaksudkan.
Dalam hal lain, terdapat premis terbuka yang penjualnya hanya menuturkan bahasa Cina
walaupun terdapat pelanggan berbangsa Melayu yang melihat beliau mempromosi
barangan jualannya, namun penjual tersebut langsung tidak menggunakan bahasa Melayu.
Hal ini dapat dilihat sewaktu kami melihat seorang penjual Cina mempromosi barangan
elektrik iaitu sebuah seterika elektrik yang canggih berjenama Multisteamer. Walaupun
terdapat pelanggan berbangsa Melayu di situ, beliau tidak mengendahkannya dan terus
bercakap dan mempromosi barangnya menggunakan bahasa Cina. Hal ini mungkin kerana
pengunjung berbangsa Cina lebih ramai berbanding pengunjung berbangsa Melayu.
Bagi aspek penggunaan bentuk panggilan pula, terdapat juga pekerja yang menggunakan
bentuk panggilan apabila kami memasuki kedai mereka seperti penggunaan bentuk
panggilan Miss, Cik yang digunakan oleh penjual di kedai Elements, Laser, Sasa dan
Thefaceshop yang dimasuki oleh Huda dan Suan. Namun begitu, tedapat juga penjual yang
menggunakan bentuk panggilan dan kata sapaan yang kurang sesuai seperti yang
digunakan oleh pekerja perempuan berbangsa Melayu di Habib Jewels yang menyapa kami
dengan panggilan “adik” dan agen Celcom berbangsa Cina yang menyapa kami dengan
panggilan “kak”. Walaupun begitu, terdapat juga kedai-kedai yang pekerjanya mengabaikan
aspek panggilan dan bentuk sapaan ini. Mereka bertanya tanpa menggunakan panggilan.
Contohnya, “Mahu kasut macam mana?” dan “want to try it”.
Sepanjang pemerhatian kami, kami juga tertarik kepada sekumpulan pelancong Arab yang
mengunjungi sebuah kedai di Gurney Plaza. Kami menghampiri mereka untuk mengetahui
bahasa yang akan mereka gunakan. Seperti biasa, kami menjangkakan mereka akan
menggunakan bahasa Inggeris. Namun sangkaan kami agak meleset, mereka hanya
menggunakan ungkapan “how much” dan “thank you” sahaja dalam bahasa Inggeris.
Mereka tetap bertutur dalam bahasa ibunda dan menggunakan isyarat kepada penjual
untuk mewakili ungkapan yang ingin diujarkan. Penjual menggunakan kalkulator untuk
menunjukkan harga selepas diskaun kepada mereka. Penjual itu juga dilihat tidak
berkomunikasi secara lisan dengan mereka.
s1600-h/DSC00647.JPG">
Sekumpulan pengunjung Arab yang dimaksudkan. Namun kami hanya
sempat mengambil gambar di bahagian belakang.
Kesimpulannya, banyak aspek dapat dikaji dan diperolehi sepanjang lawatan ini.
Kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna dalam menuturkan bahasa Melayu
adalah dari aspek penggunaan bentuk
panggilan, dan kesalahan ejaan. Penggunaan
bentuk panggilan yang betul oleh pekerja
kedai adalah penting untuk menunjukkan
tanda hormat kepada pengunjung. Begitu
juga dengan kesalahan ejaan, ia tidak
sepatutnya berlaku di tempat-tempat awam
yang sentiasa dikunjungi oleh orang awam.
Kesalahan bahasa ini perlu diperbaiki dan
ditangani bagi memartabatkan bahasa
Melayu di persada dunia kerana banyak
pelancong asing yang mengunjungi Pulau
Pinang. Kerajaan juga boleh mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mengenakan
denda dan kempen bagi mengatasi kesalahan penggunaan bahasa ini.
KEDUDUKAN BAHASA KEBANGSAAN
Sejumlah 135 nama pusat perniagaan - dari yang kecil seperti warung makanan hinggalah yang besar seperti pasar raya - dikumpulkan di kedua-dua kawasan itu. Daripada data yang dikumpulkan itu, pelajar-pelajar berkenaan mendapati bahawa wujud tiga keadaan tentang penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pemilik pusat perniagaan. Keadaan yang pertama ialah bahasa kebangsaan digunakan, tetapi terdapat penggunaan yang betul dan yang salah. Yang kedua ialah hal sebaliknya, iaitu bahasa kebangsaan tidak digunakan langsung, diambil alih oleh bahasa Inggeris. Keadaan ketiga ialah penggunaan bahasa bercampur, iaitu bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris. Dengan hal yang demikian, data tersebut diasingkan mengikut empat aspek utama, iaitu penggunaan bahasa yang betul, penggunaan bahasa yang salah, penggunaan campuran kod, dan penggunaan bahasa Ingggeris sepenuhnya.
Penggunaan bahasa yang tepat ialah yang menepati ciri pengejaan dan binaan frasa. Penggunaan ejaan yang betul ialah yang mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Bahasa Malaysia yang berkuat kuasa mulai tahun 1972. Binaan frasa yang betul pula
bermaksud binaan yang mengikut Hukum D-M, iaitu perkataan pertama ialah inti atau unsur yang diterangkan, dan perkataan yang berikutnya merupakan penerang atau unsur yang menerangkan, melainkan yang melibatkan kecualian peraturan D-M.[2]
Penggunaan bahasa yang salah ialah penggunaan yang menyimpang daripada peraturan ejaan dan binaan frasa bahasa kebangsaan. Ejaan yang digunakan tidak mematuhi Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia, khususnya bagi yang melibatkan sistem keselarasan huruf vokal. Frasa yang salah ialah yang tidak mengikut Hukum D-M melainkan yang melibatkan kecualian bagi hukum tersebut. Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya ialah yang mengambil seluruhnya perkataan daripada bahasa Inggeris yang belum diterima dan disahkan penggunaannya oleh Jawatankuasa Istilah, sama ada dari segi ejaan asal daripada bahasa sumber itu atau ejaan yang diubahsuai, serta penggunaan frasa mengikut peraturan bahasa sumber tersebut.
Penggunaan bahasa bercampur atau campuran kod pula bermaksud terjadinya campuran perkataan asli bahasa Melayu atau perkataan daripada bahasa lain yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu mengikut ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Istilah yang diwujudkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan perkataan daripada bahasa lain, khususnya bahasa Eropah, yang belum diterima atau disahkan oleh Jawatankuasa Istilah tersebut.
Penggunaan Bahasa yang Tepat
Daripada 135 dapatan, didapati 37 buah pusat perniagaan menggunakan bahasa yang tepat. Nama-nama kedai tersebut ialah:
Galeri Tudung Kedai Alat Solek & Alat Jahitan Yen Yun Kedai Barangan Elektrik Kedai Cermin Tan Kedai Emas Ariffin Kedai Emas CYS (Cawangan) Kedai Emas Kwang Yao Kedai Emas Ming Kedai Emas Wah Heng
10. Kedai Emas Waja11. Kedai Gambar Hollywood12. Kedai Gunting Rambut13. Kedai Jam Kwam Ming14. Kedai Kain Wan15. Kedai Kasut Bee Bee16. Kedai Kek dan Roti Sweden
20. Optik WangsaPerniagaan Daya Bumi
22. Perniagaan Joon23. Perniagaan Komunikasi CKC24. Perniagaan Win Fatt25. Pusat Jahitan Anda26. Pusat Jualan Leno27. Pusat Kecantikan Nini28. Pusat Latihan Komputer Belta29. Pusat Tutorial Reesha30. Pustaka Seri Intan31. Restoran KFC32. Restoran Lian Fong Yuen33. Sendayu Tinggi34. Seriwali Sdn. Bhd.35. Syarikat Eng Hin
17. Klinik Sura Gate18. Megah Berkat Sdn. Bhd.19. Nirwana Maju Sdn. Bhd.
36. Syarikat Stereo37. Syarikat Wong Fok Ming
Penggunaan Bahasa yang Salah
Daripada 135 dapatan, terdapat 14 penggunaan yang tidak menepati peraturan bahasa dari aspek ejaan dan binaan frasa. Penggunaan yang salah mengikut jenis kesalahan adalah seperti yang berikut:
Kesalahan Ejaan
1. Kedai Perabut SPS2. Pasaraya Aneka3. Pasaraya Ku4. Pasaraya You Hoe5. Syarikat Perabut Shanghai6. Warong Aisyah
Kesalahan Ejaan dan Frasa
Emaskraf Harum
Kesalahan Frasa
1. Choo Yik Sin Kedai Buku dan Surat Khabar2. Cik Aisyah Kedai Rempah3. Dungun Kopitiam4. Ennie Tukang Jahit5. Juliana Butik & Aksesori6. Nara Tomyam Dungun7. Takaful Ikhlas Fitrah Agensi
Ejaan “perabut” salah kerana perkataan itu dipinjam daripada bahasa Indonesia yang tidak tertakluk kepada pola keselarasan vokal bahasa Melayu, maka sepatutnya diejakan “perabot” seperti ejaan asalnya. Sebagai kata majmuk yang dieja secara terpisah, perkataan “pasaraya” sepatutnya diejakan “pasar raya”. Perkataan “warong” seharusnya diejakan “warung” kerana bentuk ini terikat dengan ejaan pola keselarasan huruf vokal bahasa Melayu.
Tujuh kesalahan frasa terjadi kerana pengguna bahasa meletakkan unsur menerangkan (M) di hadapan, sedangkan mengikut peraturan binaan frasa dalam bahasa kebangsaan, unsur yang diterangkan (D) hendaklah didahulukan, sebagaimana yang ditetapkan oleh Hukum D-M. Oleh itu, bahagian yang bergaris sepatutnya diletakkan di hadapan sekali. Perkataan “Emaskraf” mengalami dua kesalahan serentak. Pertama, kesalahan ejaan, kerana sepatutnya perkataan itu diejakan secara terpisah, iaitu “Emas Kraf”. Kedua, dari segi frasa, bentuk “Emas Kraf” itu masih salah kerana perkataan “Kraf”
merupakan hal yang diterangkan, maka perlu diletakkan di hadapan, iaitu “Kraf Emas”.
Penggunaan Bahasa Bercampur
Selain itu, 23 keping papan tanda menggunakan bahasa kebangsaan yang bercampur dengan bahasa Inggeris. Percampuran ini melibatkan penggunaan ejaan dan binaan frasa mengikut sistem bahasa Inggeris, suatu ciri yang tidak digunakan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Contoh penggunaan bahasa kebangsaan yang bercampur dengan bahasa Inggeris adalah seperti yang berikut:
Agensi Pelancongan Miracle Journey Network Sdn. Bhd.
Dona Trading Sdn. Bhd. Gah Ria Enterprise Peralatan
Memancing Howah Mobile Service Jose Penjual & Servis Kasturi Sports Centre Sdn Bhd Kedai Alat Telekomunikasi
Zamain Dunter Enterprise Kedai Cat
Jotun MulticolourPengkalan Hardware Trading
Kedai Peralatan Telekomunikasi Technic Point Communication
10. Kedai Ubat Ban Choon CheaMedical Hall
11. Mitra Valuers & Property Consultant Sdn Bhd
12. Perabot Ching Furniture13. Perniagaan Rock Fashion14. Pok Eng Tin Enterprise Sdn. Bhd.15. Pure Technology SolutionSdn Bhd16. Pusat Cenderamata SmartCC Sdn Bhd17. Pusat Jualan dan ServisKomputer18. Pusat Jubin Prestige19. Pusat Komputer MSH Tech Enterprise20. Pusat Persolekan Prime Beauty
Therapy Centre21. Syarikat Dungun AluminiumTrading22. Tukang Jahit Unisex Modern23. Wakil Insurans Syarikat Seng Huat
Motor Trading
Penggunaan Bahasa Inggeris Sepenuhnya
Sejumlah 67 penjenamaan didapati menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya, termasuk dari segi ejaan dan binaan frasa, seperti yang berikut.
1. AA Indah Maju Enterprise2. Aida Zack Enterprise3. An Refrigeration & Electrical Service4. Azax Design5. Aziela Fashion6. Azmiera Boutique Collection7. BPD Enterprise
35. Mitra Valuers & Property Consultant Sdn Bhd
36. My Boutique37. New Star Enterprise38. Pesona Trading39. Pizzahut40. Pujangga Sa’ba Learning Centre
8. Chin Hin Trading9. CK Motorsport Accessories And Services10. Click Surf Cafe11. Convert Apperal Shop12. DMA Boutique Collection13. Dona Trading Sdn. Bhd.14. Dungun Insurance Agency15. Dungun Optometry Centre16. Era Nona Ent.17. Etiqa Cipta Tuah Agency18. EU Gemilang Enterprise19. Fei Yi Trading20. Grace Computer & Communications21. Haziq Enterprise22. Hew Foong Hardware23. House Of Healin24. Howah Mobile Service25. I-Management26. Insa Jaya Agency27. Insujaya Agency28. J.J. Enterprise29. Jose Jaya Enterprise30. Lan Cushion Studio31. M. Idris Enterprise32. Ma Thai Enterprise Trading33. Mainstech Computer34. Mesra Indah Collection
41. Pure Technology Solution Sdn Bhd42. Ros De Cleopatra43. Sara Fesyen N Collection44. Shell Gas45. Sinaran Refrigeration Service46. Sky Net Ent.47. Sri Dungun Enterprise48. Sri Gate Photo49. Sri Jaya Hardware Trading50. Sri Nang Trading51. Star Sports & Jeans52. Sura Gate Baby Centre53. Syahdilla Enterprise54. Tee Off Communication55. Tee Off Communication56. Trinergy Enterprise57. Tropicana Mobile Centre58. Tuah Sport Centre59. UPC Computer Centre60. W.I. Bistari Enterprise61. Wadi Agency62. Wan Sha Collection63. Wei Hin Hardware64. Wong Fok Ming Hardware65. Xcom Centre66. Yonex C.T. Sport67. Z.I. Damai Maju Enterprise
RUMUSAN
DARIPADA dapatan kajian ini, dapatlah dirumuskan secara umum bahawa status penggunaan bahasa kebangsaan berada dalam keadaan yang berikut:
Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan adalah Agak Baik
Dari sudut penggunaan bahasa kebangsaan, jumlah kesalahan yang sangat kecil berbanding dengan jumlah penggunaan yang betul menunjukkan bahawa masyarakat telah dapat menguasai aspek penggunaan bahasa dengan baik. Kesalahan yang terjadi melibatkan ejaan didapati disebabkan oleh pengguna tidak menguasai sistem ejaan Rumi baharu. Kesalahan penggunaan frasa wujud daripada ketidakfahaman tentang cara binaan frasa nama yang betul mengikut sistem bahasa Melayu yang berdasarkan Hukum D-M. Oleh itu, frasa yang digunakan dipengaruhi oleh bentuk bahasa Inggeris.
Kecenderungan untuk Tidak Menggunakan Bahasa Kebangsaan
Jumlah penggunaan bentuk bercampur atau percampuran kod dan bentuk bahasa Inggeris sepenuhnya yang sangat tinggi menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi terpengaruh dengan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian. Kecenderungan ini merupakan sikap yang tidak baik untuk perkembangan bahasa kebangsaan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan aliran pendidikan yang diterima adalah dalam bahasa kedua, di samping kerana bahasa kebangsaan tidak menjadi bahasa komunikasi dalam keluarga dan tugasan harian.
CADANGAN
UNTUK meningkatkan penggunaan dan mutu bahasa kebangsaan, beberapa tindakan perlu dilakukan. Hal ini melibatkan penelitian dan kecaknaan yang tinggi pihak berkuasa tempatan yang meluluskan penamaan sesuatu premis perniagaan dan membenarkan nama itu dipamerkan kepada masyarakat.
Pertama, pihak berkuasa tempatan perlu menasihati pemilik agar menamakan premis masing-masing menggunakan bahasa kebangsaan. Sangat perlu pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan peraturan bahawa sekiranya nama premis tidak menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya, pendaftaran premis tersebut tidak diluluskan.
Kedua, pihak berkuasa tempatan juga harus meneliti penggunaan bahasa kebangsaan supaya mematuhi peraturan ejaan yang berkuat kuasa semasa penilaian itu dilakukan, dan memastikan penggunaan frasa mengikut sistem bahasa Melayu yang menjadi teras bahasa kebangsaan. Sekiranya pegawai yang terlibat dalam hal itu tidak menguasai bahasa kebangsaan dengan betul, pegawai tersebut wajar dihantar untuk mengikuti kursus pendek dengan pihak berkuasa bahasa kebangsaan. Pegawai itu juga seharusnya merujuk kepada Unit Khidmat Bahasa yang terdapat di Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapat nasihat yang sewajarnya. Perkhidmatan itu boleh dibuat secara langsung dengan pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, atau membuat rujukan melalui laman sesawang badan itu, www.dbp.gov.my.
PENUTUP
PENGGUNAAN bahasa kebangsaan sebenarnya tidaklah menyusahkan. Sistem yang sedia wujud dalam bahasa kebangsaan negara kita lebih mudah jika dibandingkan dengan sistem dalam bahasa Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan dengan penguasaan
bahasa kebangsaan dalam kalangan pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia yang dapat bertutur dengan baik dalam masa yang tidak panjang.
Semua pihak – pengguna bahasa atau masyarakat, pihak berkuasa tempatan, dan pihak berkuasa bahasa kebangsaan – harus bekerjasama. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara yang perlu diberi keutamaaan penggunaannya sekiranya melibatkan orang awam. Papan tanda nama pada premis perniagaan dapat dianggap sebagai hal yang rasmi kerana pameran itu dilakukan untuk panduan dan pengetahuan awam.
4.1 Faktor-faktor Penyebab Kerancuan
Banyak faktor yang menyebabkan kerancuan terjadi. Menurut Awang Sariyan ( 1994)
” Salah satu punca utama terjadinya kerancuan bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan
ahli tempat yang menentukan nasib bahasa Melayu itu sendiri. Wajarkah kita menyalahkan para
pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa jika bahasa yang diajarkan memang bahasa yang
kacau dan dijalankan pula oleh manusia yang belum benar-benar mahir dalam selok-belok
bahasa?”
4.1.1 Faktor yang pertama ialah gangguan daripada bahasa ibunda, dialek atau bahasa
daerah, serta bahasa lisan atau bahasa pasar. Tidak dinafikan penggunaan bahasa-bahasa
tersebut sedikit sebanyak mengganggu usaha pembakuan bahasa Melayu kerana dengan
penggunaan bahasa-bahasa tersebut di dalam kehidupan seharian, pengguna bahasa Melayu
sukar untuk membandingkan bahasa baku yang betul dan tidak.
4.1.2 Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab penutur bahasa Melayu
melakukan kesalahan. Kesalahan ini berlaku kerana penggunaan istilah yang tidak tepat.
Sebagai contoh, oleh sebab begitu ghairah untuk menggunakan bahasa Inggeris, maka banyak
perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan. Perkataan bajet, misalnya, diambil daripada
perkataan Inggeris, budget, dengan alasan lebih tepat. Alasan yang dikemukakan ialah perkataan
belanjawan membawa makna yang negatif, iaitu orang yang suka berbelanja.Pengaruh media
massa juga merupakan faktor terpenting yang menyebabkan kerancuan terjadi. Bahasa yang
digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa. Contoh
terbaru yang dapat kita lihat ialah penggunaan istilah infotainmen yang telah diperkenalkan oleh
RTM. Penggunaan istilah tersebut masih diteruskan penggunaannya walaupun menerima
kritikan tokoh bahasa. Pencipta istilah ini tidak mengetahui bagaimana istilah baru dibentuk
seperti yang ditetapkan oleh DBP dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa
Malaysia ( DBP, 1975) yang sudah menggariskan tujuh langkah pembentukan istilah.
4.1.3 Faktor ketiga ialah buku yang berbeza huraian atau pegangan. Di negara kita ini,
ada pelbagai buku, baik buku tatabahasa mahupun buku teks Bahasa Melayu, yang digunakan di
sekolah. Bagi pengguna bahasa yang mendalami bidang bahasa Melayu di institusi pengajian
tinggi, mereka pernah didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Za’ba, Asmah Omar dan
lain-lain. Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa
pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan. Kekeliruan berlaku berpunca daripada ketidakseragaman
huraian dari segi ejaan, golongan kata dan tatabahasa.
4.1.4 Faktor seterusnya ialah pengguna bahasa Melayu tidak mengetahui sistem
bahasa. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistemnya tersendiri. Oleh sebab pengguna
bahasa tidak mengetahui sistem ini, maka mereka melakukan kesalahan. Sebenarnya, bahasa
Melayu mempunyai sistem, baik dari segi ejaan, morfologi mahupun sintaksis. Lihat sistem
bahasa Melayu tentang pembentukan apitan pe…an, seperti yang berikut:
Laksana – melaksanakan- pelaksanaan( bukan *perlaksanaan) Lantik – melantik – pelantikan ( bukan *perlantikan)
4.1.5 Faktor yang kelima ialah kejahilan dalam kalangan pengguna bahasa. Ada
sesetengah pihak yang mengaku tahu, tetapi sebenarnya tidak tahu, malah aspek bahasa yang
salah dikatakan yang salah dikatakan betul, manakala aspek bahasa yang betul dikatakan salah.
Banyak kosa kata yang yang muncul sejak akhir-akhir ini yang memaparkan gejala tersebut.
Dalam kajian bahasa, gejala ini dikenali sebagai kejahilan bahasa. Mereka yang terlibat dalam
gejala ini tidak mahu mengambil kira pandangan ahli bahasa atau badan yang
dipertanggungjawabkan untuk menangani masalah bahasa.
4.2 Kesan Terhadap Proses Pembakuan Bahasa
Berdasarkan contoh-contoh kerancuan yang telah dibincangkan, sudah pasti ia memberi kesan
terhadap proses pembakuan bahasa Melayu. Antara kesan-kesan tersebut ialah :
i) Mutu bahasa Melayu baku lisan dan tulisan akan merosot.
ii) Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat.
iii) Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh
generasi Melayu.
iv) Masyarakat Melayu akan lebih mengagungkan bahasa
asing dan berasa malu untuk bertutur dalam bahasa
Melayu.
5.0 PENUTUP
5.1 Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas, kesimpulan yang dapat diambil tentang hal ini ialah penguasaan
bahasa oleh generasi muda kita, dari murid sekolah rendah kepada mahasiswa yang akan menjadi
pemimpin negara adalah jauh dari memuaskan. Kelemahan bahasa dapat dilihat dari beberapa
aspek dari kesalahan ejaan kepada kesalahan tatabahasa dan kepada cara mengarang yang tidak
berkesan dan tidak berjaya menyampaikan maksud. Usaha untuk menjernihkan kekeliruan dan
kekabutan perlu segera dilakukan untuk menghalang berlakunya kitaran krisis ilmu bahasa dalam
kalangan masyarakat pengguna bahasa Melayu.
5.2 Cadangan
Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib adalah perlu
untuk memastikan bahawa bahasa Melayu baku sebagai bahasa kebangsaan dihormati
penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan
sebagainya. Demikian juga bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat
rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu
dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara.
Di samping itu, media elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut
sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna
bahasa Melayu. Pengamal-pengamal media perlu turut bekerjasama memartabatkan bahasa
Melayu yang bermutu tinggi.
DBP juga perlu diberi kuasa undang-undang untuk menegur dan mengambil tindakan kepada
pihak-pihak yang melakukan kesalahan bahasa.
Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan satu biro khas berkaitan
dengan bahasa baku agar makalah yang diterbitkan diedit dan mengikut bahasa baku yang betul.
Semoga dengan langkah-langkah ini, kerancuan bahasa Melayu
dapat ditangani dan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu akan lebih mantap.
Share this:
Faktor-faktor yang mengundang kesilapan dalam penggunaan bahasa antaranya:
i. Faktor dialekii. Faktor pengaruh mediaiii. Faktor pengaruh bahasa lainiv. Faktor pencemuhanv. Faktor bahasa slangavi. Faktor keanekaan latar belakangvii. Faktor kurang pemahaman tatabahasaviii. Faktor pengaruh bahasa iklanFaktor pertama pengaruh dialek. Dialek menurut Hartmab dan Stork (1972), ialah sejenis kelainan bahasa yang berbeza daripada segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa standard. Pengaruh bahasa dialek begitu menebal mempengaruhi sistem bunyi. Bahasa dialek itu mempengaruhi penulisan terutamanya murid-murid di pantai timur. Bahasa dialek sebenarnya ialah tradisi lisan tempatan. Apabila murid-murid bertutur menggunakan bahasa dialek, maka bukan ayat lengkap yang dipertuturkan tetapi frasa dan klausa atau struktur ayat yang hanya difahami oleh penutur asal dari daerah dialek yang sama. Berikut ialah beberapa contoh ayat yang biasa digunakan oleh penutur di Terengganu.Contoh 7. Ali menangkap ikang.Contoh 8. Adik melukis bulang.Contoh ayat 7 dan 8 adalah ayat lengkap tetapi penggunaan perkataan ikan dan bulan dieja mengikut sebutan dialek yang menyebabkan kesalahan ejaan.Contoh 9. Ambo suka makan di kedai bersih. Demo lagu mano? Ayat betul: Saya suka makan di kedai bersih? Awak macam mana?Contoh 10. Cakna pendidikan Kelantan tersohor. Di dalam Kamus Dewan perkataan cakna bermaksud ambil berat atau ambil tahu tetapi jarang digunakan dan menjadikan ayat tersebut janggal bagi masyarakat negeri lain. Ayat tersebut boleh diperbaiki menjadi “Ibu bapa harus cakna pelajaran anak supaya Kelantan tersohor dalam bidang pendidikan”.Contoh 11. Maghi pakat gi jale. Maksud ayat: Jom kita pergi melancong.Contoh 12. Sudoh slaluh. Ayat tersebut bermaksud siap dengan segera.Contoh ayat 9 hingga 12 adalah salah jika dinilai daripada sudut penggunaan perkataan yang dientrikan dalam kamus. Papan tanda dan kain rentang yang dipamerkan membuktikan bahawa bahasa dialek ini diterima pakai di negeri atau daerah tertentu. Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah kita perlu mengorbankan kedaulatan bahasa Melayu demi menaikkan taraf bahasa daerah? Umum mengetahui terdapat banyak bahasa dialek tetapi hanya bahasa Melayu Baku ditetapkan untuk dijadikan bentuk bahasa rasmi. Bahasa dialek memberi maksud berbeza yang sukar ditafsirkan.Contoh 13. Sudah banyak kali saya bilang sama dia.Contoh 14. Mama saya belum pulang lagi.Contoh 15. Saya akan pulang jam tiga.Perkataan bilang dalam ayat 13 bermaksud memberitahu. Mama dalam ayat 14 merujuk kepada ibu atau emak di sabah tetapi tidak diterima dalam bahasa Melayu kerana kata mama sebenarnya mengikut Kamus Dewan ialah bahasa percakapan bagi kata ibu. Kata jam di dalam ayat 15, merujuk Kamus Dewan edisi keempat adalah sejenis alat untuk menunjukkan waktu. Kata jam biasanya diganti dengan pukul yang lebih jelas merujuk kepada waktu. Dalam bahasa Melayu, kata jamban membawa makna tempat membuang air atau tandas tetapi dalam dialek Pahang membawa maksud tempat mandi atau basuh kain. Di Kelantan dan Terengganu dialeknya lebih sukar difahami. Contohnya kata bidas bererti memantul menurut Kamus Dewan tetapi membawa maksud lastik mengikut fahaman dialek masyarakat di negeri tersebut. Kata bahang yang bermaksud hawa panas akan berubah maksud menjadi bahagian, hal dan kepunyaan mengikut maksud dialek Perak. Rumusan daripada contoh di atas dapat disimpulkan bahawa pengguna kata dialek mendukung maksudnya sendiri yang tidak difahami oleh masyarakat luar lingkungannya dan membawa maksud berbeza daripada maksud yang terdapat di dalam Kamus Dewan.
Ini menimbulkan banyak kekeliruan dan kesalahan penggunaan kata bahasa Melayu. Faktor kedua, pengaruh media. Memang tidak dapat dinafikan bahawa media elektronik seperti radio dan televisyen, memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa terutamanya kanak-kanak. Melalui radio dan televisyen, mereka mempelajari aspek bahasa seperti sebutan, perbendaharaan kata, intonasi dan sebagainya. Bunyi vokal dan konsonan dalam perkataan perlu dibunyikan dengan betul kerana jika tidak, akan timbul masalah. Di dalam bahasa Melayu banyak perkataan yang akan bertukar maksud jika salah sebutannya. Misalnya tempoh dengan tempuh, dadah dengan dada, marah dengan mara, belot dengan belut, masakan dengan masakkan, mengubah dengan menggubah atau tumbuk dengan tembok. Salah sebutan akan merubah maksud yang ingin disampaikan. Hal ini terjadi terutamanya bagi penutur bukan Melayu. Selain itu, terdapat juga kesalahan pengulangan kata jamak seperti mereka menjadi mereka-mereka atau para penulis menjadi para penulis-penulis. Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh media turut menjadi ikutan khususnya bagi mereka yang tidak mendalami tatabahasa. Kadangkala pengguna bahasa Melayu, termasuk pelajar masih meyakini tatabahasa dan ejaan yang digunakan oleh media meskipun salah. Contohnya:Contoh 16. Van yang mereka naiki telah terbabas.Contoh 17. Alya melaporkan dari Johor.Contoh 18. Lain-lain perkara akan dibincangkan kemudian.Contoh 19.Usaha memperluaskan jalan sedang dijalankan.Contoh 20. Bagaimanapun ada perkara yang tidak jelas yang mana ramai orang tidak mengetahuinya.Bagi ayat 16 dianggap tidak menepati struktur ayat pasif kata ganti nama diri ketiga. Kesalahan di dalam ayat 17, Kata kerja transitif hendaklah diikuti oleh objek. Bagi ayat 18 berlaku kesalahan hukum D-M. Bagi ayat 19, berlaku kesalahan kerana penggunaan apitan memper….. kan pada kata adjektif. Ayat 20 yang tertulis pada akhbar Harian Metro 23 Januari , yang mana adalah terjemahan terus which dalam bahasa Inggeris. Pihak media massa sepatutnya lebih prihatin mengelak daripada melakukan kesalahan bahasa. Media perlu memainkan peranan mengetengahkan sesuatu kosa kata baharu dan menggunakan ayat yang betul untuk dimanfaatkan oleh pengguna. Faktor ketiga, pengaruh bahasa lain. Kesalahan bahasa turut berpunca daripada pengaruh bahasa Inggeris. Hal ini berlaku kerana sesetengah anggota masyarakat yang menguasai bahasa Inggeris kadangkala cenderung untuk menggunakan bahasa Melayu menurut peraturan bahasa Inggeris. Sebagai contoh penggunaan di mana (where) dan yang mana (which) sebagai kata hubung dalam ayat begitu meluas seolah-olah diterima dalam bahasa Melayu. Malah golongan intelektual dan individu yang dianggap berpengetahuan dalam bahasa Melayu turut mengamalkan kesalahan tersebut. Demikian juga penggunaan frasa yang tidak mematuhi hukum D-M, misalnya lain-lain hal dan mini maraton. Pengaruh bahasa Inggeris juga sering dicampur aduk dalam bahasa Melayu sedangkan istilah tersebut telah sedia ada dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, ori (asli atau tulen), live (langsung atau terus), breakfast (sarapan), lunch (makan tengah hari) dan dinner (makan malam). Kita bangga jika bangsa Malaysia boleh berbahasa Inggeris tetapi janganlah menggunakan bahasa rojak sesuka hati yang merosakkan imej bahasa kebangsaan. Sesetengah orang pula sukar menyebut sesuatu perkataan berdasarkan sebutan yang diseragamkan, terutamanya bagi perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, masih banyak orang menyebut perkataan tertentu seperti sebutan Inggeris walaupun dieja dalam bahasa Melayu. Misalnya, struktur (structure), aktif (active),dan psikologi (psychology). Amalan demikian akan menjadi ikutan generasi baharu. Kesalahan ejaan pasti berlaku jika salah sebutan. Misalnya, agenda dieja ajenda, unit dieja yunit dan teknologi dieja teknoloji. Penguasaan bahasa Inggeris memang perlu dalam era globalisasi. Namun mengagung-agungkan bahasa Inggeris akan menyukarkan usaha untuk mengatasi masalah kesalahan bahasa yang kerap berlaku. Penggunaan bahasa campuran atau rojak dalam pelbagai situasi termasuklah situasi rasmi menyebabkan kekeliruan. Selain pengaruh bahasa Inggeris, kesalahan bahasa juga sering berlaku akibat pengaruh bahasa Cina dan India. Antara ayat yang sering kita dengar seperti:Contoh 21. Jangan takut menderma dara (darah).Contoh 22. Ramai pelajar sekarang yang ditangkap menghisap dada (dadah).Contoh 23. Jangan mara-mara (marah-marah), nanti cepat tua.Contoh 24. Saya mahu membeli telo (telur).Penggunaan kata lain seperti senarai disebut senarai, cendekiawan disebut can-dia-kawan dan pengarah disebut pen-ga-rah. Pada kain rentang dan papan tanda gambar 2,4 dan 5 terdapat kesilapan ejaan seperti salapan (sarapan), negera (nagara) dan memjual (menjual). Kesalahan ejaan sebegini kerap berlaku kerana dieja mengikut bahasa Cina. Campur aduk penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu juga dapat dilihat. Contohnya bagi perkataan tingkat 2 dan floor 2, plumber paip air & tandas dan lori sewa 24 hour dalam gambar 1, 3 dan 6. Faktor keempat, pencemuhan. Pencemuhan menggunakan bahasa kasar dan lucah semakin mendapat tempat terutama dalam kalangan muda-mudi tanpa mengira kaum. Penggunaan bahasa ini sering kedengaran melalui lagu terutama muzik rap. Lagu adalah cabang seni. Penggunaan perkataan lucah bukan sahaja mencemarkan bahasa dan bangsa Melayu tetapi membunuh nilai seni budaya. Apabila berlaku perkara yang tidak diingini, luahan nama Allah sering kedengaran. Bahasa kesat biasanya digunakan untuk meluahkan emosi berang atau ingin bergurau. Kehalusan budaya bangsa akan lenyap jika budaya seperti ini yang dijunjung. Kesedaran terhadap hala tuju bahasa amat penting dan kehadiran unsur tertentu perlu dihindari demi memartabatkan bahasa dan mempertahankan tamadun budaya bangsa Malaysia. Faktor kelima, bahasa slanga. Bahasa slanga adalah kelainan bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan cepat berubah. Misalnya bahasa pelajar di universiti dan golongan muda mempunyai slanga tersendiri semasa bertutur dan ada kalanya kita sebagai golongan dewasa tidak memahami apa-apa yang diperkatakan oleh mereka. Penggunaan bahasa slanga atau frasa seperti very fantastic di saluran Astro, jika dibiarkan tanpa teguran akan menjadi sebati dengan bahasa Melayu. Ini akan mengancam bahasa kerana bermula dengan perkataan slanga lama kelamaan diterima oleh semua masyarakat. Contoh lain perkataan gay, sekitar 1960-an digunakan tanpa sebarang masalah. Namun begitu sekarang perkataan itu akan membawa erti yang agak negatif iaitu orang yang homoseksual. Sistem pesanan ringkas (SMS) yang banyak meringkaskan perkataan hakikatnya merosakkan bahasa jika tidak dipantau penggunaannya dan dipraktikkan dalam situasi formal. Perkataan yang digunakan juga sama seperti bahasa slanga yang sering berubah mengikut peredaran zaman. Dahulu kita menggunakan perkataan kekasih, kini pelbagai perkataan baharu digunakan seperti makwe, cewek dan awek. Namun maksudnya masih sama. Ko pula digunakan untuk awak dan gua untuk saya.. Faktor keenam keanekaan latar belakang. Keanekaan latar belakang ialah warisan kita yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan kebudayaan. Ini merupakan keunikan bangsa Malaysia tetapi jika dilihat dari satu sudut yang lain, hal tersebut merupakan masalah dan cabaran untuk memastikan semua bangsa dapat menguasai dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dengan betul. Di peringkat awal iaitu melalui pembelajaran di sekolah dapat dikesan kesalahan berlaku dalam semua bidang kemahiran bahasa dan aspek bahasa. Gangguan bahasa ibunda berlaku kerana penggunaan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Jawa, bahasa Inggeris dan lain-lain sejak kecil. Gangguan sistem bunyi bahasa ibunda mereka boleh menyebabkan kesukaran dalam aspek sebutan dan intonasi bahasa Melayu yang dipelajari sebagai bahasa kedua. Masalah ini pernah dibicarakan oleh Jack C Richards (1980) sebagai “masalah antara bahasa” atau interlanguage problems. Bagi kaum Cina, masalah sebutan dan intonasi berlaku apabila bertutur dalam bahasa Melayu. Masalah ini boleh didengar di kelas, kedai, di pasar atau 288 melalui media elektronik seperti radio atau televisyen. Yang berikut adalah sebahagian contoh kesalahan sebutan yang kerap dilakukan oleh penutur Cina.
Semua pihak tidak menyangkal kepentingan tatabahasa dan sistem ejaan sesuatu bahasa, tetapi penguasaan bahasa Melayu di negara ini masih kurang memuaskan. Jika dilihat dengan teliti aspek tatabahasa bahasa Melayu memang sukar dikuasai dan perlu dipelajari oleh semua lapisan masyarakat. Faktor kelapan, laras iklan. Iklan berfungsi untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Penguasaan bahasa merupakan komponen penting dalam sesebuah iklan kerana tanpa bahasa sesebuah iklan tidak mungkin terhasil. Penggunaan bahasa dalam iklan memberi pengaruh yang besar kepada pengguna dan sebagai pengguna kita sepatutnya berupaya memahami tugas penulis iklan di ruangan sempit. Contohnya slogan “ sehingga menjilat jari”. Umum mengetahui slogan tersebut digunakan oleh ‘Kentucky Fried Chicken” sebagai usaha melariskan jualan. Penghargaan seharusnya diberi kepada penulis yang kreatif dan berusaha menggunakan bahasa Melayu. Gaya penulisan iklan menitikberatkan bahasa yang betul dan gramatis. Namun ramai penulis yang gagal memastikan ayat yang ditulis betul tatabahasanya. Salah guna bahasa iklan berlaku kononnya untuk menyesuaikan
bahasa yang digunakan masyarakat semasa bertutur iaitu mengikut kesesuaian taburan demografinya. Contohnya menyerapkan bahasa slanga golongan remaja dalam iklan. Bahasa Melayu standard dan formal dianggap kaku dan ini berbeza dengan kehendak DBP. Iklan bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan ayat yang tergantung dalam iklan hanyalah taktik untuk menarik perhatian masyarakat. DBP sepatutnya dapat bekerjasama dengan pihak pengiklanan untuk memastikan bukan sahaja keuntungan yang terhasil tetapi juga dapat memartabatkan bahasa Melayu dalam bidang pengiklanan.