Kesan Globalisasi Ekonomi

Post on 25-Apr-2015

357 views 4 download

description

geografi manusia tema 4

Transcript of Kesan Globalisasi Ekonomi

GEOGRAFI MANUSIA

TEMA 4 : GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU

Bab 14.4 : Kesan Globalisasi Ekonomi Terhadap Sesebuah Negara

KONSEP GLOBALISASI EKONOMI

Globalisasi Ekonomi bermaksud saling

bergantung antara negara dari segi

bahan mentah, modal, buruh, pasaran

dan teknologi dalam proses

pengeluaran dan pemasaran yang

dipermudahkan oleh kemajuan

teknologi maklumat.

KESAN GLOBALISASI EKONOMI• Kesan Positif ;

i. Perdagangan Bebas.ii. Peluasan Pasaran.iii. Pemindahan Teknologi.iv. Aliran Buruh.v. Menggalakkan Persaingan.vi. Peningkatan Kualiti Produk.

• Kesan Negatif ;i. Penguasaan Ekonomi Negara Oleh

Syarikat Multinasional (MNC).ii. Ancaman Kepada Barangan,

Perkhidmatan dan Budaya Tempatan.iii. Ancaman Kepada Pengusaha Kecil dan

Sederhana Tempatan.iv. Menghakis Kedaulatan Negara.

KESAN POSITIF GLOBALISASI EKONOMI TERHADAP SESEBUAH

NEGARA.

KESAN POSITIFi. Perdagangan Bebas ;

Setiap negara di dunia bebas berdagang sesama mereka.

Cth : Malaysia berdagang dengan Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, China, United Kingdom dan sebagainya kerana negara kita menerima globalisasi ekonomi.

Berlaku perjanjian perdagangan antara negara.

Cth : Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)

KESAN POSITIFii. Peluasan Pasaran ;

Semua negara yang menerima globlisasi ekonomi dan mengamalkan perdagangan bebas boleh memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.

Cth : syarikat tempatan negara kita boleh menjual produk mereka di luar negara dan mendapat keuntungan lebih tinggi. Cth.produk kraftangan.

Peluasan pasaran akan menyebabkan produk tempatan akan lebih dikenali di pasaran antarabangsa.

KESAN POSITIFiii. Pemindahan Teknologi ;

Berlaku pemindahan teknologi/kemasukan teknologi kepakaran dari negara maju ke negara membangun dan mundur.

Cth di Malaysia ; kemasukan teknologi pembuatan kereta dari Jepun iaitu iaitu Mitsubishi Motor Corporation melalui projek kereta nasional yang pertama iaitu Proton Saga.

Pemindahan teknologi menyebabkan negara membangun akan dapat mempelajari kepakaran negara maju dalam pelbagai bidang dan melonjakkan aktiviti ekonomi.

KESAN POSITIFiv. Aliran Buruh ;

Aliran bebas buruh dari satu negara ke negara lain merupakan satu bentuk globalisasi.

Berlaku kemasukan buruh asing yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.

Ini boleh membantu memberi kemahiran kepada buruh tempatan.

KESAN POSITIFv. Menggalakkan Persaingan ;

Dalam era dunia tanpa sempadan dan globalisasi ekonomi setiap negara perlu berdaya saing dan inovatif.

Persaingan yang sihat akan menyebabkan kemajuan kepada ekonomi negara.

Produk yang dikeluarkan haruslah boleh diterima di pasaran antarabangsa.

Cth : Malaysia perlu menghadapi persaingan ini dengan meningkatkan daya saing terutamanya meningkatkan kualiti sumber manusia.

KESAN POSITIFvi. Peningkatan Kualiti Produk ;

Kerjasama antara negara dapat menggalakkan persaingan yang positif dan dapat meningkatkan mutu dan kualiti barangan.

Peningkatan kualiti produk amat penting agar produk/keluaran tersebut boleh dijual di pasaran antarabangsa.

Cth : banyak jenama pakaian antarabangsa dapat dijual di negara kita dan negara lain kerana kualiti yang tinggi seperti Adidas, Nike, Puma dan sebagainya.

Cth : kereta nasional negara iaitu PROTON telah melakukan pelbagai penambahbaikan dan peningkatan kualiti dan hasilnya terdapat model yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa cth.Proton Perdana Ekesekutif.

KESAN NEGATIF GLOBALISASI EKONOMI TERHADAP SESEBUAH

NEGARA.

KESAN NEGATIFi. Penguasaan Ekonomi Negara

Oleh Syarikat Multinasional (MNC);

Jika kemasukan MNC tidak dikawal ia boleh mengawal ekonomi negara.

Menjejaskan industri tempatan.

Industri tempatan sukar bersaing dengan MNC disebabkan masih kekurangan dari segi kepakaran dan kemahiran.

KESAN NEGATIFii. Ancaman Kepada Barangan,

Perkhidmatan dan Budaya Tempatan;

Kemasukan barangan dari negara luar boleh mengancam produk/barangan tempatan.

Cth : kemasukan bahan-bahan hiburan dari artis-artis antarabangsa seperti CD,VCD,DVD telah menjejaskan industri hiburan tempatan di mana album-album artis tempatan tidak laris disebabkan persaingan dari artis luar.

ini menyebabkan ramai artis tempatan tidak dapat bertahan.

KESAN NEGATIFiii. Ancaman Kepada Pengusaha

Kecil dan Sederhana Tempatan;

Syarikat-syarikat kecil dari negara membangun dan mundur sukar untuk bersaing dengan syarikat gergasi dari luar dari segi kepakaran, teknologi dan modal.

Menjejaskan pengeluaran syarikat tempatan dan ada yang terpaksa ditutup disebabkan mengalami kerugian.

KESAN NEGATIFiv. Kesukaran Untuk Mengawal

Aliran Modal Asing;

Kemasukan dana/modal asing yang berterusan boleh mangancam ekonomi negara jika tidak dikawal.

KESAN NEGATIFv. Menghakis Kedaulatan Negara;

Globalisasi boleh mengancam imej negara

Penjajahan dari segi kewangan membuatkan sesebuah negara di pandang rendah negara maju.

SEKIAN, TERIMA KASIH