Post on 10-Apr-2019
KESEDIAAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KOTA BAHARU
DALAM MELAKSANAKAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PELAJAR
BERASASKAN SEKOLAH.
SITI FATIHAH BT MOHAMED SALLEH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KESEDIAAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KOTA BHARU
DALAM MELAKSANAKAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PELAJAR
BERASASKAN SEKOLAH.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya : _______SITI FATIHAH BINTI MOHAMED SALLEH________________
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh, __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: LOT 2943, ENCIK ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEK KAMPUNG PADANG PUTEH, PEROL, Nama Penyelia 16010 KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh: Tarikh:
“ Saya/ Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/ Kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Sains)”.
Tandatangan : .............................................................
Nama Penyelia : Encik Rosni Zamuddin Shah bin Sidek
Tarikh :..............................................................
KESEDIAAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KOTA BHARU
DALAM MELAKSANAKAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PELAJAR
BERASASKAN SEKOLAH.
SITI FATIHAH BT MOHAMED SALLEH
Laporan Kajian Pendidikan ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2009
ii
“ Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah
saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :............................................................................
Nama Penulis : SITI FATIHAH BINTI MOHAMED SALLEH
Tarikh : ............................................................................
iii
DEDIKASI
Diabadikan untuk insan-insan tersayang Ayahanda dan bonda tercinta
Mohamed Salleh bin Mohamed &
Ghanah binti Yaacub
Teristimewa buat Encik Rosni Zamuddin Shah bin Sidek
Segala tunjuk ajar, pengorbanan dan budimu akan kuingati selalu
Serta ahli keluarga lain teman berhibur Kakak dan abang
Fazlina dan Shamsuazli &
Nurin Nisa serta Nurin Najwa &
Adik Mohd Shahrir
Kasih sayangku buat kalian tiada penghujungnya...
Tidak lupa buat teman-temanku Siti Salehah,Nur Nadia,
Nor Fadhillah, Nur Yasmah, Siti Nadiah serta
Semua rakan 4 SPN 2005-2009
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat-Nya Kepada kalian di dunia dan akhirat
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnianya dan rahmatnya, laporan penyelidikan ini dapat disiapkan dalam tempoh
yang ditetapkan. Dalam menyiapkan laporan kajian ini banyak perkara baru yang
saya dapati dan pelajari. Berkat kesabaran dan tunjuk ajar yang diberikan laporan
kajian penyelidikan ini berjaya disiapkan.
Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Rosni Zamuddin Shah
bin Sidek kerana telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar sepanjang kajian ini
dijalankan. Beliau yang bertindak sebagai pensyarah pembimbing banyak
memberikan panduan dalam menyempurnakan laporan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada para responden yang banyak memberi
kerjasama sewaktu proses mengumpulkan data-data kajian dilakukan.
Akhir kata, ucapan terima kasih ditujukan kepada ahli keluarga yang banyak
memberi dorongan dan galakan bagi menyiapkan laporan penyelidikan ini dengan
sempurna.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji kesediaan guru di dua buah sekolah menengah
di daerah Kota Baharu dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi pelajar
berasaskan sekolah. Sistem ini dilaksanakan untuk melahirkan pelajar yang
berkualiti dan menggantikan sistem sedia ada iaitu sistem berasaskan peperiksaan.
Oleh itu, aspek yang dikaji dalam sistem ini merangkumi lima aspek iaitu personaliti
pelajar, kegiatan kokurikulum, penilaian berasaskan peperiksaan peringkat sekolah,
peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan peperiksaan awam. Selain itu,
perbezaan kesediaan di antara jantina menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
kesediaan di antara guru lelaki dan perempuan. Sampel kajian yang dipilih adalah
seramai enam puluh orang responden yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar
kelas-kelas peperiksaan iaitu tingkatan tiga dan lima. Responden ini dipilih kerana
mereka mengajar kelas peperiksaan dan dapat memberikan pendapat mengenai
kelima-lima objektif kajian. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif dengan
menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua
bahagian iaitu Bahagian A iaitu maklumat diri responden mempunyai 4 soalan dan
Bahagian B mengandungi 30 soalan berdasarkan objektif kajian. Analisis data pula
adalah menggunakan perisian “Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)
16.0” bagi mendapatkan min dan peratusan data. Kajian rintis telah dijalankan
terhadap 10 orang guru untuk menguji kebolehpercayan instrumen kajian dan nilai
kebolehpercayaan yang didapati adalah tinggi iaitu 0.902. Secara keseluruhannya,
hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai kesediaan
dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to study teachers’ readiness in two secondary
schools in Kota Baharu district in implementation of students’ performance
evaluation system based on school. The implementation of this system is to produce
quality students and to replace the prior system evaluation that is based on
examination. The research aspect in this system is consist of five aspects that are
students’ personality, coccuriculum activity, evaluation based on schools’
examination, Malaysia Examination Board examination and public examination. On
the other hand, there is no different readiness between gender among the teachers.
Research samples are 60 respodents that are teachers teaching examination class,
form three and five. The respondents are choosen because they teached examination
class and are able to give opinion on the five research objctives. Research design in a
fom of quantitative by using set of questionare as research instrument that is consist
of two parts; Part A that is four questions of respondents’ demography and Part B
consist of 30 questions related to research objectives. The data are analyzed using
“Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 16.0” to obtained mean and data
percentage. The pilot study is carried out on ten teachers to verify reability of
research instrument and the value of research reability is high, 0.902. Overall, the
result of this reseach shows that the respondent are ready to implement the students’
perfomance evalution system based on schools.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI TATANAMA
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xiii
xiv
xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Guru
1
3
4
5
6
6
7
viii
1.6.2 Pentadbir Sekolah
1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia
1.7 Skop Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Kesediaan
1.9.2 Pelaksanaaan
1.9.3 Penilaian
1.9.4 Pelajar
1.9.5 Sekolah Kluster
7
8
8
9
10
10
10
11
11
12
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 Objektif dan Pendekatan Sistem Penilaian Prestasi
Pelajar Berasaskan Sekolah
2.3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP)
2.4 Perkembangan Pendidikan di Malaysia
2.4.1 Pengenalan
2.4.2 Zaman Selepas Kemerdekaan
2.4.3 Pendidikan Negara Menuju Alaf Baru
2.5 Transformasi Pendidikan
2.5.1 Luar Negara
2.5.2 Dalam Negara
2.6 Jenis-jenis Sekolah di Malaysia
2.6.1 Sekolah Kluster atau Sekolah Kelompok
Cemerlang
2.6.2 Sekolah Wawasan
2.6.3 Sekolah Bestari
13
14
14
16
16
19
20
21
21
22
24
24
25
27
ix
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
3.4 Lokasi
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Pembinaan Soal Selidik
3.6 Kesahan
3.7 Kebolehpercayaan
3.8 Kajian Rintis
3.9 Pengumpulan Data
3.10 Penganalisisan Data
30
31
32
33
33
36
37
38
38
39
40
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Latar Belakang Responden
4.2.1 Jantina
4.2.2 Umur
4.2.3 Pengalaman Mengajar
4.2.4 Kegiatan Kokurikulum
4.3 Analisis Bahagian B
4.3.1 Aspek Personaliti Pelajar
4.3.2 Aspek Kegiatan Kokurikulum
4.3.3 Aspek Penilaian Peperiksaan Peringkat Sekolah
4.3.4 Aspek Penilaian Peperiksaan Lembaga
Peperiksan Malaysia
4.3.5 Aspek Penilaian Peperiksaan Awam
42
43
43
44
44
45
46
46
49
51
53
56
x
4.3.6 Perbezaan Kesediaan di antara Jantina dalam
Keseluruhan Aspek
58
5
RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan Dapatan Kajian
5.3 Perbincangan
5.3.1 Faktor Demografi Responden
5.3.2 Aspek Kegiatan Kokurikulum
5.3.3 Aspek Penilaian Peperiksaan Peringkat Sekolah
5.3.4 Aspek Penilaian Peperiksaan Lembaga
Peperiksan Malaysia
5.3.5 Aspek Penilaian Peperiksaan Awam
5.3.6 Perbezaan Kesediaan Guru di antara Jantina
5.4 Cadangan Kajian
5.4.1 Pihak Guru
5.4.2 Pihak Pentadbir Sekolah
5.4.3 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Penutup
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
62
63
64
65
70
73
78
83
87
88
87
89
90
91
92
94
99
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan responden guru di dua buah sekolah 32
Kelompok Cemerlang
3.2 Skala Likert 5 Pemeringkatan 34
3.3 Skor Skala Likert 3 Mata 35
3.4 Markat Skala 3 mata 35
3.5 Klasifikasi Pentafsiran Ujian Korelasi 36
3.6 Item-item Soalan 37
3.7 Pekali Alpha Cronbach 39
3.8 Kaedah Penganalisisan Data Menggunakan
Skor Min 41
4.1 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Jantina 43
4.2 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Umur 44
4.3 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar 44
4.4 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Kegiatan Kokurikulum 45
4.5 Kekerapan dan Peratusan Responden dari Aspek
Personaliti Pelajar 46
xii
4.6 Kekerapan dan Peratusan Responden dari Aspek
Kegiatan Kokurikulum 49
4.7 Kekerapan dan Peratusan Responden dari Aspek
Penilaian Peperiksaan Peringkat Sekolah 51
4.8 Kekerapan dan Peratusan Responden dari Aspek
Penilaian Peperiksaan Lembaga Peperiksaan
Malaysia 53
4.9 Kekerapan dan Peratusan Responden dari Aspek
Penilaian Peperiksaan Awam 56
4.10 Perbezaan Kesediaan di antara Jantina dalam
Keseluruhan Aspek 58
4.11 Nilai dan Pentafsiran Korelasi Pearson berdasarkan
Perbezaan Kesediaan di antara Jantina dalam
Keseluruhan Aspek Purata Peratusan dan Min
Responden bagi Persoalan Kajian 58
4.12 Purata Peratusan dan Min Responden bagi Persoalan
Kajian Mengenai Kesediaan Guru di Sekolah Menengah
di Daerah Kota Baharu dalam Melaksanakan Sistem
Penilaian Pelajar Berasaskan Sekolah. 60
5.1 Min dan Tahap Kesediaan Responden bagi Aspek
Persoalan Kajian 63
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Kerangka Pelan Induk Pembangunan 15
Pendidikan 2006-2010 (PIPP)
xiv
SENARAI TATANAMA
3 M - Membaca, Menulis dan Mengira
ICT - Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
JWB - Jadual Waktu Berperingkat
JPU - Jadual Penilaian Ujian
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KSC - Kelompok Sekolah Cemerlang
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
RMK - Rancangan Malaysia ke
PMR - Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
SJK - Sekolah Jenis Kebangsaan
SK - Sekolah Kebangsaan
SPM - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistic Package for the Social Science For Windows
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 99
B Surat Kebenaran 106
C Pengesahan Instrumen Kajian 110
D Alpha Cronbach 113
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP),
Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka sistem penilaian prestasi pelajar
berasaskan sekolah bagi mengatasi sistem pendidikan kini yang berorientasikan
peperiksaan. Ianya bertujuan melahirkan sekolah kelompok cemerlang yang
mempunyai standard setaraf dengan sekolah cemerlang. Kementerian Pelajaran akan
melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan
kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid. Dengan
pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran yang bersifat alternatif dan autentik
seperti pentaksiran kerja kursus, projek, persembahan, aktiviti jasmani, ko-
kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri murid boleh dilaksanakan.
Melalui pentaksiran ini bukan sahaja penguasaan murid dapat dilaporkan, malahan
proses pembinaan modal insan dapat juga diteruskan.
2
Lima pendekatan telah diperkenalkan dalam sistem berkenaan iaitu taksiran
psikometrik atau personaliti pelajar, kegiatan kokurikulum, penilaian peperiksaan
peringkat sekolah, penilaian peperiksaan peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia
serta penilaian peperiksaan awam. Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein (2008), Kementerian Pelajaran juga telah bersetuju
untuk memperkenalkan Jadual Waktu Berperingkat (JWB) bagi Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun ini, yang telah diumumkan pada
tahun lepas. Jadual itu juga bertujuan untuk mengurangkan masalah ponteng sekolah
selepas peperiksaan pusat sebelum cuti akhir tahun persekolahan. Serentak dengan
perkembangan itu, maka mekanisme peperiksaan pusat akan dikurangkan melalui
pelbagai cara seperti mengurangkan bilangan mata pelajaran yang boleh diambil oleh
murid, mengadakan jadual yang lebih fleksibel serta mengasingkan peperiksaan
aliran vokasional daripada aliran akademik.
Sistem yang diperkenalkan ini juga adalah untuk mengurangkan risiko
keciciran pelajar. Lebih penting lagi, ianya adalah untuk melahirkan pelajar yang
benar-benar menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Guru pula akan bertindak
sebagai pemudah cara yang berkesan, mengurangkan peperiksaan berpusat dan
sekaligus mengurangkan tekanan peperiksaan yang dihadapi oleh pelajar, guru dan
juga ibu bapa. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji kesediaan guru dalam
melaksanakan sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah yang telah
diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui lima pendekatan yang
dilaksanakan iaitu taksiran psikometrik, kegiatan kokurikulum pelajar, penilaian
peperiksaan peringkat sekolah, penilaian peperiksaan peringkat Lembaga
Peperiksaan Malaysia serta penilaian peperiksaan awam.
3
1.2 Latar belakang masalah
Sistem pentaksiran berasaskan sekolah bukanlah perkara baru bagi warga
pendidikan, pendekatan ini telah pun diamalkan secara berperingkat oleh sekolah
terutama yang melibatkan mata pelajaran bersifat amali. Namun apabila
Kementerian Pelajaran membuat keputusan menjadikan sistem pendidikan negara
tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, pendekatan ini dilihat oleh Kementerian
sebagai perlu diperluaskan yang melibatkan beberapa aspek tambahan yang lain.
Lima pendekatan yang akan dilaksanakan selain penggantian sistem penggal kepada
sistem semester, pengurangan mata pelajaran, ujian kebolehan am dan pengenalan
beberapa subjek baru seperti mata pelajaran seni kreatif.
Di peringkat dasar Kementerian Pelajaran, aspek yang perlu dilihat bukan
sahaja dari segi mengubah pentaksiran peperiksaan, tetapi perlu kepada penjadualan
semula sesi persekolahan serta memberi lebih kuasa autonomi kepada sekolah untuk
melaksanakan ujian berasaskan sekolah (Jamil Adimin, 2000). Sistem pendidikan
berorientasikan sekolah dikatakan lebih efisen berbanding dengan sistem pendidikan
berasaskan peperiksaan. Menurut Jamil Adimin, Ketua Penolong Pengarah Unit
Psikometri Sektor Pengurusan Dasar dan Perkembangan Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM), ini kerana sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa
siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses
pengajaran-pembelajaran berkesan. Ujian-ujian yang terdapat dalam sesuatu sistem
peperiksaan boleh jadi secara ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian
pendengaran dan ujian berkomputer. Dengan ciri yang sedemikian, peperiksaan
selalunya hanya sesuai digunakan untuk mentaksir domain kognitif atau kebolehan
mental seseorang sahaja. Dua domain yang lain iaitu afektif dan psikomotor kurang
sesuai ditaksir menggunakan kaedah peperiksaan.
4
Oleh hal yang demikian, peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana
tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan
peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak, nilai
murni, budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial
sukar atau tidak mungkin dapat ditaksir sepenuhnya menggunakan peperiksaan.
Peperiksaan juga seringkali dikaitkan dengan pentaksiran berpusat, luaran,
sumatif dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Kekangan ini jugalah yang
menyebabkan hal-hal yang sebutkan di atas sukar atau tidak dapat dilakukan dengan
kaedah peperiksaan. Hal-hal tersebut lebih sesuai dilakukan melalui pentaksiran
berasaskan sekolah, pentaksiran dalaman, pentaksiran formatif, pentaksiran
alternatif, pentaksiran prestasi dan pentaksiran autentik. Justeru itu, peperiksaan
dikatakan menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti
sepatutnya, iaitu tidak berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan.
Adalah diharapkan melalui kajian ini akan dapat mengetahui kesediaan guru
di sekolah menengah dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi pelajar
berasaskan sekolah yang diuji dari lima aspek iaitu personaliti pelajar, kegiatan
kokurikulum pelajar, penilaian peperiksaan peringkat sekolah, penilaian peperiksaan
peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia serta penilaian peperiksaan awam.
1.3 Penyataan masalah
Transformasi pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2010 adalah dengan
melaksanakan sistem penilaian pelajar berasaskan sekolah bagi mengatasi sistem
pendidikan kini yang berorientasikan peperiksaan. Menerusi sistem ini, penilaian
5
pelajar dibuat secara berterusan berdasarkan prestasi mulai Tahun Satu hingga
Tingkatan Lima dalam pelbagai aspek, selain peperiksaan. Lima pendekatan akan
dilaksanakan menerusi sistem berkenaan iaitu taksiran psikometrik atau personaliti
pelajar, kegiatan kokurikulum, penilaian peperiksaan peringkat sekolah, penilaian
peperiksaan peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia serta penilaian peperiksaan
awam. Kewujudan transformasi pendidikan ini adalah bermula daripada masalah
yang timbul, beberapa objektif dan juga persoalan yang memerlukan jawapan
melalui kajian ini.
1.4 Objektif kajian
Objektif khusus bagi kajian ini adalah bertujuan untuk:
i. Mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi
pelajar berasaskan sekolah dari aspek taksiran psikometrik atau personaliti
pelajar.
ii. Mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi
pelajar berasaskan sekolah dari aspek kegiatan kokurikulum.
iii. Mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi
pelajar berasaskan sekolah dari aspek penilaian peperiksaan peringkat sekolah.
iv. Mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi
pelajar berasaskan sekolah dari aspek penilaian peperiksaan Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
v. Mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi
pelajar berasaskan sekolah dari aspek penilaian peperiksaan awam.
vi. Mengenal pasti adakah terdapat perbezaan kesediaan antara jantina guru dalam
semua aspek kajian.