Post on 02-Sep-2019
KESEDIAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MEMPELAJARI MATA
PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM DI SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK SERI ISKANDAR, PERAK
NOR HIDAYAH BT MUSA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)”
Tandatangan : ……………………………………….
Nama Penyelia: DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN
Tarikh : APRIL 2008
KESEDIAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT MEMPELAJARI MATA
PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM DI SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK SERI ISKANDAR, PERAK
NOR HIDAYAH BT MUSA
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penulis : NOR HIDAYAH BT MUSA
Tarikh : APRIL 2008
�
�
iii
�
�
�
�
���������
�
�
�
�
���� ������� ��
����������������� �������������������������
����������� ����������������������������������
���������������� �������
��������������������������� ��������� �����
�������� �����
����������������������������������������������
�
��� ��������������������
�������!��" ������������� ����������
����������� ����������������������� �������������������
�
��� ��� ��� ��
#� �����$��� ��%�������������$����&��
' ����� ������ ��� ��������
�
�����������������
�� ���������(�����
) � ��������������������������������
�
������������ ������� ������
��&� ��� ��� ��* �����
����������������������������������������������������
' �������������������������
( ����������������� ����+�������
��������������
������ ����������������������
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya saya telah dapat
menyempurnakan penyelidikan ini bagi memenuhi syarat untuk memperoleh
segulung Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan, selaku penyelia kajian ini, yang mana banyak
berusaha membimbing, memberikan tunjuk ajar serta memberi sokongan padu yang
berterusan kepada saya sehingga kajian ini dapat disiapkan.
Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Sekolah Menengah Teknik Seri
Iskandar kerana talah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian di
sekolah ini.
Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam kajian ini, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi melihat kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran
Bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada pelajar dalam mempelajari mata
pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar.
Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini melibatkan sampel kajian yang terdiri
daripada 78 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 yang mengambil Jurusan
Kejuruteraan Awam. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal
selidik kerana ia lebih praktikal dan menjimatkan masa. Nilai kebolehpercayaan
instrumen kajian ini adalah � = 0.906. Data-data mentah dianalisis menggunakan
Statistical Packages for the Social Sciences 13.0 (SPSS) untuk mendapatkan
frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan pelajar
dari aspek minat, kemahiran Bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada dalam
mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam di Sekolah Menengah
Teknik Seri Iskandar berada pada tahap yang sederhana. Hasil ujian-t pula
menunjukkan tidak terdapat perbezaan minat dan kemahiran Bahasa Inggeris antara
pelajar lelaki dan perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian
Kejuruteran Awam. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada
antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian
Kejuruteran Awam. Kajian ini boleh menjadi panduan kepada pihak sekolah,
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
membantu pelajar dalam mengikuti mata pelajaran ini serta dalam mata pelajaran
teknikal yang lain. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan untuk kajian lanjutan.
vi
ABSTRACT
This research was carried out to see the student’s readiness in the aspect of interest,
English Language skills and the prior knowledge towards the learning in Civil
Engineering Studies at Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar. This descriptive
research involved 78 samples of form four students in the session of 2007 that was
taken the Civil Engineering Course. Questionnaire was used as an instrument in this
research which was more practical and time saving. The reliability of this instrument
was � = 0.906. Raw data was analyzed by using Statistical Packages for the Social
Sciences 13.0 (SPSS) in order to get the frequency, percentage and mean of the data.
From this research, it shows that the student’s readiness towards the learning have a
medium level in the aspect of interest, English Language skills and the prior
knowledge. Result of t-test shows that, there are no different between genders in the
aspect of interest and English Language skills towards the learning in Civil
Engineering Studies. In the other hand, there is a different between genders in the
aspect of prior knowledge towards the learning in Civil Engineering Studies. It is
hope that this research can be used as guidance for school, State of Education
Department (JPN) and Minister of Education Malaysia (KPM) in order to help
students who was taken this subject and as well as other technical subjects. This
research also can be used as guidance for further research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL KAJIAN
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xv
xvi
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1
1
3
6
7
8
9
viii
1.7 Kepentingan kajian
1.8 Skop kajian
1.9 Batasan kajian
1.10 Definisi Terminologi
1.10.1 Kesediaan Belajar
1.10.2 Minat
1.10.3 Kemahiran Bahasa Inggeris
1.10.4 Pengetahuan Sedia ada
1.10.5 Sekolah Teknik
1.10.6 Pengajian Kejuruteraan Awam
1.11 Definisi Operasional
1.11.1 Kesediaan Belajar
1.11.2 Minat
1.11.3 Kemahiran Bahasa Inggeris
1.11.4 Pengetahuan Sedia ada
1.11.5 Sekolah Teknik
1.11.6 Pengajian Kejuruteraan Awam
9
10
11
11
11
11
12
12
12
12
13
13
13
13
13
14
14
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
2.2.1 Matlamat Memperkenalkan Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam
2.2.2 Objektif Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam
2.3 Kesediaan belajar
2.4 Minat
2.5 Kemahiran Bahasa Inggeris
2.6 Pengetahuan Sedia Ada
15
15
15
17
17
18
22
25
30
ix
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Tempat kajian
3.4 Populasi dan Persampelan
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Kajian Rintis
3.7 Kesahan Instrumen Kajian
3.8 Prosedur Kajian
3.8.1 Memohon Kebenaran
3.8.2 Menjalankan Soal Selidik
3.9 Kaedah Analisis Data
3.9.1 Analisis Deskriptif
3.9.2 Analisis Inferensi
3.9.3 Ringkasan Statistik
34
34
34
35
35
37
38
42
42
43
43
44
44
45
45
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Keputusan dan Analisis Data Bahagian A
4.2.1 Latar Belakang Responden
4.2.1.1 Analisis Jantina Responden
4.2.1.2 Analisis Keputusan PMR Responden
4.2.1.3 Analisis Keputusan Bahasa Inggeris dalam
PMR Responden
4.2.1.4 Analisis Tempat Tinggal Responden
4.2.1.5 Analisis Pekerjaan Bapa Responden
4.3 Keputusan dan Analisis Data Bahagian B
4.3.1 Kesediaan Responden dalam Mempelajari Mata
Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
4.3.1.1 Analisis Minat Responden dalam
47
47
48
48
48
49
50
51
51
52
53
53
x
Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam
4.3.1.2 Analisis Kemahiran Bahasa Inggeris
Responden dalam Mempelajari Mata Pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam
4.3.1.3 Analisis Pengetahuan Sedia Ada Responden
dalam Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam
4.3.1.4 Analisis Perbezaan Minat Responden dalam
Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam
4.3.1.5 Analisis Perbezaan Kemahiran Bahasa Inggeris
Responden dalam Mempelajari Mata Pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam
4.3.1.6 Analisis Perbezaan Pengetahuan Sedia Ada
Responden dalam Mempelajari Mata Pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam
4.4 Kesimpulan
58
62
66
67
68
69
V PERBINCANGAN DAN RUMUSAN SERTA CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan dan Rumusan Kajian
5.2.1 Minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam
5.2.2 Kemahiran Bahasa Inggeris pelajar dalam mempelajari
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
5.2.3 Pengetahuan sedia ada pelajar dalam mempelajari
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Awam
5.3 Cadangan Tindakan
5.4 Cadangan Kajian Masa Hadapan
71
71
71
71
74
77
79
81
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL TAJUK
MUKA
SURAT
3.1 Jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W Yang
Menunjukkan Kadar Menentukan Jumlah
Sampel Daripada Populasi.
35
3.2 Item Mengikut Persoalan Kajian
37
3.3 Skala Likert
38
3.4 Senarai Item Yang Telah Ditolak
39
3.5 Senarai Item Yang Mempunyai Struktur Ayat
Yang Telah Diperbaiki
40
3.6 Jumlah Item Mengikut Persoalan Kajian Yang
Telah Diperbaiki
41
3.7 Klasifikasi Dapatan Kajian
44
3.8 Pembahagian Markat Mengikut Tahap
45
3.9 Ringkasan Statistik
45
4.1 Bilangan dan peratus responden mengikut
jantina
48
xiii
4.2 Bilangan dan peratus responden mengikut
keputusan PMR
49
4.3 Bilangan dan peratus responden mengikut
keputusan Bahasa Inggeris dalam PMR
50
4.4 Min keputusan Bahasa Inggeris responden
mengikut jantina
50
4.5 Bilangan dan peratus responden mengikut
tempat tinggal
51
4.6 Bilangan dan peratus responden mengikut
pekerjaan bapa
51
4.7 Bilangan, peratus, min dan tahap minat
responden dalam mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam
53
4.8 Bilangan, peratus, min dan tahap kemahiran
Bahasa Inggeris responden dalam mempelajari
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
58
4.9 Bilangan, peratus, min dan tahap pengetahuan
sedia ada responden dalam mempelajari mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
62
4.10 Analisis Ujian-t berdasarkan minat responden
dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah
Teknik Seri Iskandar mengikut jantina
66
4.11 Analisis Ujian-t berdasarkan kemahiran Bahasa 67
xiv
Inggeris responden dalam mempelajari mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di
Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar
mengikut jantina
4.12 Analisis Ujian-t berdasarkan pengetahuan sedia
ada responden dalam mempelajari mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di
Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar
mengikut jantina
68
4.13 Taburan keseluruhan bagi min dan kesediaan
responden dalam mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Seri Iskandar mengikut
persoalan kajian
69
xv
SENARAI SINGKATAN
Bil - Bilangan
NO. - Nombor
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PKA - Pengajian Kejuruteraan Awam
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
SPSS - Statistical Packages for Social Science
SMT - Sekolah Menengah Teknik
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
BPPDP -Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
% - Peratus
f - Frekuensi
� - Alpha Cronbach
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 88
B Analisis Nilai Alpha Kajian Rintis 93
C Surat Kebenaran Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, KPM
95
D Surat Kebenaran Kajian Dari
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
97
E Surat Kebenaran Dari Fakulti
Pendidikan
98
F Analisis Data Kajian (Statistik
Deskriptif & Inferensi
99
17
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bidang pendidikan merupakan bidang yang perlu diberikan perhatian dan
keutamaan dalam usaha membangunkan negara. Bidang ini memainkan peranan
penting dalam membina semangat dan jati diri setiap individu bagi mengejar
kemajuan dalam semua bidang. Oleh itu, perancangan pendidikan yang disediakan
perlulah menitikberatkan keperluan negara menerusi kurikulum yang mencerminkan
kehendak rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Secara umumnya, banyak
perubahan dalam pendidikan di negara ini telah diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan melalui reformasi pendidikan di mana bidang kurikulum menjadi teras
kepada perubahan ini. Perubahan ini bertujuan menjadikan proses pendidikan
semakin kemas dan jitu dalam melahirkan generasi yang bakal mewarisi kepimpinan
negara khasnya menjelang tahun 2020.
Oleh kerana kehidupan kita adalah sejajar dengan perkembangan dan
kemajuan teknologi semasa, negara memerlukan masyarakat yang celik terhadap
sains dan teknologi serta mempunyai daya saing yang tinggi dan berpandangan luas.
Di samping itu, negara juga memerlukan masyarakat yang mampu menjadi pengguna
teknologi yang bijak serta dapat menyumbangkan tenaga kepada tamadun sains dan
teknologi pada masa hadapan. Dalam laporan Kementerian Pendidikan Malaysia
(1993), berdasarkan kepada jangkaan di mana kadar pertumbuhan ekonomi negara di
tahap 8 peratus setahun dan sektor perindustrian terus menjadi penyumbang utama
18
kepada ekonomi negara, keperluan tenaga kerja juga meningkat. Seramai 56,000
jurutera dan 180,000 pekerja baru (mahir dan separuh mahir) yang berasaskan sains
dan teknologi perlu diwujudkan menjelang tahun 2000.
Sebagai langkah ke arah melahirkan ramai jurutera, kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang bermatlamat ingin melahirkan insan yang berketerampilan dan
seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, dan intelek. Usaha ini termasuklah
memperkenalkan bidang kejuruteraan di peringkat sekolah menengah teknik di
seluruh negeri. Ini adalah bertujuan supaya pelajar-pelajar celik dengan sains dan
teknologi sebagai persediaan untuk memimpin negara agar seiring dengan negara
maju yang lain. Kurikulum SMT sebenarnya adalah sama dengan sekolah menengah
akademik biasa kecuali pelajar mengambil satu atau dua mata pelajaran teknik
mengikut jurusan iaitu Jurusan Kejuruteraan Jentera, Jurusan Kejuruteraan Awam,
Jurusan Kejuruteraan Elektrik, Jurusan Perdagangan (Yahya Emat, 1993).
Di dalam kajian ini, pengkaji akan lebih memfokuskan kepada bidang
Kejuruteraan Awam. Bidang Kejuruteraan Awam ini sangat penting dalam
memenuhi keperluan asas manusia seperti tempat tinggal, tempat beribadat, sistem
pengangkutan, sistem perhubungan, sistem bekalan air dan sebagainya. Mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam yang telah diperkenalkan pada tahun 1994
di peringkat tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah teknik adalah mata pelajaran
yang menjurus kepada bidang Kejuruteraan Awam. Mata pelajaran ini adalah satu
mata pelajaran elektif baru dalam senarai program Kurikulum Berasaskan Sekolah
Menengah (KBSM). Selaras dengan matlamat KBSM, mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam ditawarkan untuk memenuhi minat dan kecenderungan pelajar.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas mengenai bidang
Kejuruteraan Awam serta cabangnya dan mendedahkan pelajar kepada faktor yang
mempengaruhi pembangunan serta kesannya terhadap kehidupan seharian.
Sukatan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam disusun supaya
mencapai matlamat, prinsip asas dan kemahiran amali dalam Kejuruteraan Awam.
Prinsip asas dan kemahiran amali ini boleh digunakan untuk meningkatkan taraf
19
hidup dan alam sekitar yang boleh memberikan kesejahteraan insan. Sukatan mata
pelajaran ini juga memberikan tumpuan kepada pemahaman konsep, prinsip asas dan
teori Kejuruteraan Awam melalui pelbagai aktiviti lapangan dan aktiviti kelas yang
terancang (Jawatankuasa Penerbitan Buku Teks Tingkatan 4 Pengajian Kejuruteraan
Awam, 1994).
Oleh yang demikian, pelajar-pelajar di sekolah menengah teknik seharusnya
mengambil langkah bijak dalam menyahut cabaran kerajaan dengan menguasai
bidang yang di ambil ini. Seharusnya setiap pembelajaran di sekolah perlu dikuasai
sepenuhnya oleh setiap pelajar. Menurut Lee Shok Mee (1998), pembelajaran
merupakan perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat,
serta pembentukan sikap dan kepercayaan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Bidang kejuruteraan merupakan salah satu bidang yang menjadi tumpuan
ramai pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk melanjutkan
pelajaran di peringkat menengah atas di Sekolah Menengah Teknik (SMT). Proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah amat penting dalam memenuhi
kehendak dan matlamat mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam iaitu
memberikan pengetahuan asas mengenai bidang Kejuruteraan Awam serta
cabangnya dan mendedahkan pelajar kepada faktor yang mempengaruhi
pembangunan serta kesannya terhadap kehidupan seharian. Henderson (dalam Abd
Aziz Hj. Nahan, 1996), menjelaskan keberkesanan sesuatu pengajaran itu adalah
bergantung kepada matlamat pengajaran itu sendiri. Walaupun menggunakan
kaedah pengajaran yang berkesan, namun, kesediaan pelajar-pelajar untuk
mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam mestilah selari dengan
proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.
Kesediaan pelajar merujuk kepada keadaan di dalam diri pelajar itu sendiri
yang telah bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesuatu pengalaman
20
pembelajaran yang baru. Lee Shok Mee (1994) menyatakan kesediaan belajar
seseorang pelajar itu bergantung kepada perkembangan fizikal, sikap dan tingkah
laku pelajar itu sendiri. Jika pelajar tidak bersedia, maka pelajar tidak akan dapat
menerima setiap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Pengajaran guru hanya
akan berlaku apabila terhasilnya pembelajaran berkesan melalui proses pengajaran
dan pembelajaran.
Dalam kesediaan belajar, ia amat menekankan peringkat perkembangan
intelek dan pengetahuan serta pengalaman pelajar untuk menerima sesuatu
pembelajaran yang berkesan. Sesuatu pembelajaran itu tidak boleh dipaksa
sekiranya seseorang pelajar itu masih belum sampai masa kesediaannya kerana
dengan paksaan, ia tidak akan menghasilkan kesempurnaan di dalam proses
pembelajaran (Ee Ah Meng,1992). Oleh itu, jika sesuatu pembelajaran itu dapat
diterima oleh pelajar dengan rela iaitu pelajar telah bersedia untuk mempelajarinya,
ini akan menyebabkan pelajar itu akan melakukan kerja tersebut dengan bersungguh-
sungguh terutamanya jika kerja tersebut amat diminati oleh pelajar.
Minat merupakan perhatian, kesukaan, kecenderungan dan kegemaran
seseorang terhadap sesuatu seperti yang dinyatakan oleh Muhd Sukor (1994).
Pelajar-pelajar seharusnya mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang
Kejuruteraan Awam kerana minat merupakan faktor yang penting bagi setiap pelajar
untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah teknik, di samping kesediaan dan
keyakinan pelajar itu sendiri. Ianya selari denga matlamt KBSM iaitu mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam ditawarkan untuk memenuhi minat dan
kecenderungan pelajar. Oleh itu, pelajar yang membuat permohonan haruslah
mempunyai minat dan kesediaan untuk menceburkan diri di dalam bidang
Kejuruteraan Awam sebagai persediaan dalam bidang kerjaya di masa hadapan. Di
dalam kajian ini, minat yang dikaji adalah minat dalam mengikuti pembelajaran mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.
Pada tahun 2006, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan
penggunaan Bahasa Inggeris di dalam semua mata pelajaran teknikal di sekolah
menengah teknik termasuk mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Oleh itu,
21
ini menyebabkan mata pelajaran ini sukar difahami oleh pelajar sekiranya mereka
tidak mempunyai kesediaan dari segi kemahiran dalam Bahasa Inggeris. Kemahiran
Bahasa Inggeris ini merujuk kepada kebolehan dan keupayaan seseorang pelajar
untuk membaca, menulis dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Tanpa kesediaan
pelajar dari segi kemahiran dalam Bahasa Inggeris ini, besar kemungkinan objektif
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam ini sukar dicapai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, guru-guru seharusnya
mengetahui sejauhmana kesediaan pelajar dalam kemahiran Bahasa Inggeris sebelum
meneruskan pengajarannya di dalam mata pelajaran ini. Ini bertujuan memudahkan
guru untuk merancang teknik dan pendekatan pengajarannya supaya sesuai dengan
kemahiran Bahasa Inggeris yang ada pada pelajar itu sendiri.
Pengetahuan sedia ada pelajar juga adalah penting dalam menghasilkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini bermaksud, pelajar-pelajar
perlulah mempunyai kesediaan dari segi pengetahuan sebelum mempelajari sesuatu
isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan
oleh California Reading and Literature Project mengenai pengetahuan sedia ada:
"The knowledge that stems from previous experience"
Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa pengetahuan sedia ada diperolehi
daripada pengalaman yang lalu. Pengalaman yang lalu ini biasanya digunakan untuk
memudahkan seseorang untuk membentuk konsep dalam memahami sesuatu perkara.
Ini bermaksud, pengetahuan sedia ada sangat berkait rapat dengan kefahaman pelajar
dalam mempelajari sesuatu perkara. Pengetahuan sedia ada ini sekaligus
mempengaruhi kesediaan pelajar dalam mempelajari sesuatu. Dalam kajian ini,
perkara yang dikaji adalah kesediaan pelajar dari segi pengetahuan sedia ada dalam
mengikuti mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.
Apa yang menimbulkan persoalan ialah, adakah pelajar-pelajar di sekolah
menengah teknik yang mengambil kursus Pengajian Kejuruteraan Awam mempunyai
kesediaan belajar dalam mengikuti mata pelajaran yang bercorak teknikal ini.
Kesediaan yang dimaksudkan adalah kesediaan belajar dari segi minat, kemahiran
Bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada. Hal ini demikian kerana masalah dalam
22
pembelajaran sering timbul akibat kurangnya kesediaan dari segi minat dalam
mempelajari sesuatu. Selain itu, faktor kurangnya kesediaan pelajar dalam
kemahiran Bahasa Inggeris menyebabkan ramai pelajar pada masa kini tidak dapat
menguasai pembelajaran mereka dengan sepenuhnya. Tambahan lagi, faktor
kurangnya pengetahuan sedia ada di kalangan pelajar juga menyumbang kepada
permasalahan dalam pembelajaran. Ini kerana, apabila kurangnya pengetahuan sedia
ada, maka pelajar gagal untuk menguasai isi pelajaran yang diajar oleh guru kerana
mereka sukar untuk membina kefahaman sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Dalam konteks kajian ini, pengkaji akan mengkaji ketiga-tiga faktor ini untuk
mengenalpasti kesediaan pelajar tingkatan 4 dalam mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan bagi melihat kesediaan pelajar mempelajari mata
pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam di sekolah menengah teknik di Perak iaitu
Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar. Kajian ini mengkaji kesediaan pelajar dari
segi minat, kemahiran Bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada pelajar. Selain itu,
kajian ini mengkaji samada terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Di
samping itu, kajian ini juga mengkaji samada terdapat perbezaan kemahiran Bahasa
Inggeris dan perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.
Dengan itu, tanpa kesediaan belajar di kalangan pelajar, mereka mungkin akan
menghadapi banyak masalah di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
sekolah.
23
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini ialah :
i) Mengenalpasti tahap minat pelajar tingkatan 4 dalam mempelajari mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri
Iskandar.
ii) Mengenalpasti tahap kemahiran Bahasa Inggeris pelajar tingkatan 4 dalam
mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Seri Iskandar.
iii) Mengenalpasti tahap pengetahuan sedia ada pelajar tingkatan 4 dalam
mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Seri Iskandar.
iv) Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan tingkatan 4 dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar.
v) Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan kemahiran Bahasa Inggeris antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan tingkatan 4 dalam mempelajari mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri
Iskandar.
vi) Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan tingkatan 4 dalam mempelajari mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri
Iskandar.
24
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian ini ialah :
i) Apakah tahap minat pelajar tingkatan 4 dalam mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar?
ii) Apakah tahap kemahiran Bahasa Inggeris pelajar tingkatan 4 dalam
mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Seri Iskandar?
iii) Apakah tahap pengetahuan sedia ada pelajar tingkatan 4 dalam mempelajari
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik
Seri Iskandar?
iv) Adakah terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan
tingkatan 4 dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar?
v) Adakah terdapat perbezaan kemahiran Bahasa Inggeris antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan tingkatan 4 dalam mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar?
vi) Adakah terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan tingkatan 4 dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar?