Post on 30-Dec-2016
dengan usahasama
KementerianKesihatan Malaysia
disokong oleh
KandunganPersekitaran Selamat Untuk Kanak-kanak 4
Petua Keselamatan Utama 5
Persediaan Untuk Menyambut Kedatangan Cahayamata 6
Saat Ketibaan Bayi 7
Panduan Keselamatan Ketika Makan 8
Panduan Keselamatan Alat Mainan 9
Apabila Bayi Mula Bergerak 10
Bila Kanak-kanak Boleh Memahami 11
15 Peraturan Keselamatan Yang Boleh Anda Ajar 11
Keselamatan Di Ruang Tamu 12
Keselamatan Di Dalam Dapur 13
Keselamatan Di Bilik Tidur 14
Keselamatan Di Bilik Air 15
Apabila Anda Tidak Berada Di Rumah 16
Mengenalpasti Kecemasan 16
Kandungan Peti Kecemasan 19
Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) 20
JAWATANKUASA TEKNIKALPengerusiProfessor Dr Zulkifli Ismail
Pakar Perunding Pediatrik
Ahli-ahli JawatankuasaDr Rosnah Ramly
Ketua Penolong PengarahUnit Keganasan dan KecederaanKementerian Kesihatan Malaysia
Professor Dr R. KrishnanPakar Perunding Pediatrik &Perubatan Keluarga
Dr Shyam Ishta PuthuchearyPakar Perunding Pediatrik
Dr Mary Joseph MarretPakar Perunding Pediatrik
Yam Phak HongJohnson & Johnson Sdn Bhd
Penasihat KehormatDato’ Dr Shafie Ooyub
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan(Kesihatan Awam)Kementerian Kesihatan Malaysia
Persatuan Pediatrik Malaysia tidak mengesyorkan sebarangjenama produk.
Buku panduan ‘Make It Safe For Kids’ telah diterbitkan untuk PersatuanPediatrik Malaysia oleh VersaTrend Sdn Bhd. Sebarang bab atau bahagiantidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis oleh PersatuanPediatrik Malaysia. Sebarang penerbitan semula sama ada sebahagian ataumenyeluruh perlu didedikasikan kepada kempen ‘Make It Safe For Kids’ olehPersatuan Pediatrik Malaysia.
Kata-kata Untuk PembacaMaklumat dan nasihat di dalam buku panduan ini adalah relevan kepadakanak-kanak lelaki dan perempuan. Di dalam buku panduan ini, didapatiperkataan ‘kanak-kanak’ merujuk kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan.Buku panduan ini hanya merupakan panduan dan bukannya pengganti nasihatperubatan, di mana perlu.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi SekretariatMISK: VersaTrend Sdn Bhd, 12A, Jalan PJS 8/4, Mentari Plaza, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor. Tel No: (03)56211408 Email: versatrend@versa-group.com
PenghargaanPersatuan Pediatrik Malaysia dan Jawatankuasa Teknikal MISK inginmengucapkan terima kasih kepada:• Malton Berhad• Metrojaya Berhad• Dr Lim Wei Leng
Kata-kata AluanKata-kata AluanPengerusi MISKPengerusi MISK
oleh
Di dalam situasi tertentu, adalah tidak mudah untuk menjaga dan membelaanak. Apabila anak anda mula merangkak dan bergerak, kawasan persekitaranrumah menjadi amat berbahaya memandangkan kanak-kanak kecil tidaksedar akan keadaan rumah yang mungkin merbahayakan mereka. Makadengan sebab itu, kanak-kanak di bawah umur 4 tahun cenderung kepadakecederaan yang berlaku di rumah berbanding dengan kecederaan kenderaanbermotor. Namun, adalah suatu perkara yang menyedihkan apabila kanak-kanak yang terlibat dalam kecederaan yang berlaku di rumah mungkin parahatau maut disebabkan kecederaan ini.
Namun, dengan perancangan terperinci, anda mampu mengadakanpersekitaran rumah yang selamat untuk anak anda. Sebagai ibu bapa yangbertanggungjawab, sebarang jalan pencegahan dapat mengelakkankecederaan dari menimpa anak anda di rumah.
Menyedari perlunya kesedaran tentang cara mencegah kecederaan dikalangan kanak-kanak, Persatuan Pediatrik Malaysia telah memulakankempen ‘Make It Safe For Kids’, sebuah kempen kesederan dan pencegahankecederaan di kalangan kanak-kanak. Kempen MISK turut dijayakan olehgeran tanpa syarat dari Johnson & Johnson.
Buku panduan ini telah diadakan dengan objektif untuk memberikan ilmupengetahuan tentang cara-cara bagi mengelakkan kecederaan dari berlakukepada anak-anak anda di rumah. Di dalam buku ini, perkataan ‘kemalangan’akan diganti dengan ‘kecederaan’ kerana ‘kemalangan’ menunjukkan situasiyang tidak dapat dielakkan. Pada masa yang sama, perkataan ‘kecederaan’pula merujuk kepada situasi yang dapat dielakkan dan dicegah. Dan,pencegahan merupakan objektif sebenar buku panduan ini.
Dengan perancangan dan penyelarasan yang sewajarnya, anda bolehmembuatkan rumah anda selamat dan bebas dari sebarang malapetaka.Dengan tip-tip mudah di dalam buku panduan ini, kuasailah cara-cara untukmelindungi anak anda dari kecederaan di dalam rumah. Jadikan keselamatananak anda keutamaan anda!
Professor Dr Zulkifli Ismail
4
Kita memang menyayangianak. Sebagai ibubapa,kita sentiasa memberikanmereka yang terbaik. Kitaasyik risau tentangpemakanan anak,pertumbuhan, kesihatan,perkembangan,pendidikan mereka danseribu satu macam bendalagi. Salah satu cabaranterbesar yang kita hadapiialah melindungi kanak-kanak dari bahaya danmalapetaka. Initermasuklah jangkitanpenyakit seperti batukkokol dan demam denggiserta bahaya fizikalseperti penculikan danpenderaan.
Hakikatnya, ancamanterbesar bagi kanak-kanakialah kecederaan. Datadari negara-negaramembangunmenunjukkan bahawakecederaan meragut lebihbanyak nyawaberbanding semuakematian akibat penyakitkanak-kanak. Bagi setiapkanak-kanak yang matiakibat kecederaan,terdapat lebih kurang 40
orang lagi yang dirawat dihospital dan1,000 lagi yangdikejarkan kewad kecemasan.Di Malaysia,kecederaanadalah di antara puncautama kematian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.
Situasi yangmendedahkan kanak-kanak kepada kecederaanada di mana-mana, didalam dan di luar rumah.Kanak-kanak berusia dibawah umur 4 tahunmempunyai risikotertinggi mengalamikecederaan di dalamrumah.
Kecederaan mungkinberlaku tanpa diduga,tetapi hampir kesemuajenis kecederaantermasuklah yangmengakibatkan kematian,boleh dielakkan.Menjangka kehadiransituasi bahaya, danbukannya bertindakselepas kejadian yangtidak diingini berlaku,
adalah kunci yang akanmembantu ibubapamenjaga keselamatankanak-kanak.
Jadikan rumah andaselamat supaya kanak-kanak boleh menerokaidan menjalani kehidupandengan gembira. Ia jugaakan memberikan andaketenangan fikiran.
Buku ini memberikanmaklumat yangmembantu andamengenalpasti danmenghapuskan punca-punca atau perkara yangberpotensi untuk menjadimerbahaya agar rumahanda lebih selamat untukkanak-kanak.
PersekitaranSelamat untuk
Kanak-kanak
5
1. Jangan sekali-kalitinggalkan bayi ataukanak-kanakbersendirian atauterkunci di dalambilik.
2. Simpan semua sabunpembersih, pencucikotoran dan lain-lainbahan kimia yang
berbahaya di tempatyang selamat dantidak boleh dicapaioleh kanak-kanakatau di dalam almariberkunci. Jangan isibahan-bahan ini kedalam bekas lainkerana kanak-kanakmungkin terkelirudan menyangkaianya makanan atauminuman.
3. Simpan barangkemas, pewangi, talipinggang, tudung dantali leher di tempatyang tidak bolehdicapai kanak-kanak.
4. Apabila memasak,sama ada di dapuratau di luar rumah(BBQ, kenduri dansebagainya), janganbenarkan kanak-
kanak beradaberdekatan dengankawasan memasaksepanjang masa.Bahan bakar sepertimancis dan lilinperlu disimpan ditempat yang selamat.
5. Pastikan pemasanganwayar elektrik dirumah anda selamat.Jangan bebankanplak elektrik denganpelbagai peralatanatau menyorokkanwayar elektrik dibawah permaidaniatau tikar. Pastikantiada kerosakan padabahagian luar wayarelektrik.
6. Gunakan penutupsoket plak bagimenghalang anakanda darimemasukkan jarinyaatau lain-lain bendake dalamnya.
7. Kesat atau lapsebarang tumpahandi lantai dengansegera untukmengelakkandaripada tergelincirdan terjatuh.
8. Simpan peti bantuankecemasan yanglengkap di dalamrumah dan pastikansetiap orang dewasadi dalam rumah tahudi mana letaknyapeti ini.
9. Anda digalakkanmenggunakan alat
pemadam api danpengesan asap didalam rumah.Patuhi jadualselenggaraan dan servis alat-alat ini.
10. Berhenti merokok.Merokokmembahayakankesihatan. Ia jugaboleh mengakibatkankebakaran.
11. Jangan tinggalkananak berdekatan air,walaupun kelihatancetek. Ini termasukkolah mandi. Inikerana anak andamungkin lemas didalam air sedalambeberapa sentimetersahaja.
12. Adakan jalan keluardari rumah jikaberlaku kecemasanseperti kebakaran.Beritahu semua ahlikeluarga, termasukkanak-kanakberkenaan tempatberkumpul di luarrumah sekiranyaberlaku kebakaran.
13. Simpan semua ubatdi dalam kabinetyang berkunci.Jangan tinggalkanubat-ubatan di atasmeja dapur ataumeja bersebelahankatil. Jangan beritahuanak bahawa ubatadalah “gula-gula”.Jangan memakanubat di depan anak.
Petua KeselamatanUtama
Sebelum anda membawa pulang cahayamata, pastikan rumah anda selamat. Mulakan dengan langkah-langkah asas dan ubah mengikut kesesuaian apabila bayisemakin besar.
Tempat paling selamat bagi bayi tidur ialah di dalam katil bayi.Buaian kain atau sarung tidak selamat bagi bayi kerana diaboleh terjatuh keluar.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Katil Bayi1. Skru, selak dan kancing mesti dipasang dengan kemas
dan betul supaya katil bayi tidak roboh.
2. Pastikan tiada bucu yang tajam atau skru, selak dankancing yang terdedah yang boleh melukakan bayi ataumenyentap pakaian dan menyebabkan bayi tercekik atau mengalamikecederaan.
3. Tilam mestilah muat dengan katil. Pastikan ruang kosong di antara tilamdan bahagian tepi katil bayi tidak melebihi duajari. (Sila rujuk kepada gambarajah)
4. Patuhi ukuran-ukuran berikut:
Tidak lebih dari 6 sentimeter. Jika ruang terlalubesar, bayi boleh terbolos dan tersangkut diantara palang.
Apabila anda menaikkan palang ini sepenuhnya, ia mestilah berukuran 65sentimeter dari bahagian bawah tilam bagi mengelakkan bayi dari terjatuh.
Apabaila palang diturunkan, ia mestilah berukuran sekurang-kurangnya 23sentimeter dari bahagian bawah tilam.
Semua katil bayi mempunyai 2 atau 3 ketinggian yang boleh diubahsuai. Mulakan dengan bahagian asas tilam di kedudukan paling tinggi, dan rendahkanapabila bayi mula membesar. Di aras tertinggi, pastikan ukuran dari bahagianatas tilam ke palang atas katil bayi tidak kurang dari 30 sentimeter.
Persediaan untukMenyambut Kedatangan
Cahayamata
6 cm
65 cm
tilam
Ruang antara palang-palang katil bayi
Ketinggian katil bayi
Palang atas katil bayi yang boleh diubahtinggi-rendah
6
5. Pasang penghadang alas lembut di keliling katil bayi dan ikat dengan selamatsupaya ia ketat dan tidak mudah tertanggal.
6. Pastikan katil bayi mempunyai cat dan kemasan yangtidak merbahaya dan tahan lama.
7. Jangan guna alas tilam plastik. Ia boleh melekat kemuka bayi dan menyebabkan bayi lemas.
8. Jangan letakkan katil bayi berdekatan dengantingkap, langsir, lampu, wayar dan peralatan elektrik(seperti kipas) atau lain-lain perabot yang bolehdigunakan untuk kanak-kanak memanjat keluar.
Saat Ketibaan Bayi1. Posisi tidur paling
selamat untuk bayiialah berbaringterlentang. Posisi inidapat mengelakkan‘Sudden Infant DeathSyndrome (SIDS)’.
2. Jangan sesekalimenutup muka bayidengan selimut keranaia boleh meng-akibatkan kesesakannafas. Sekiranyaingin menggunakanselimut, gunakanselimut yangmempunyai lubang-lubang kecil bagimembolehkan aliranudara, seterusnyamengurangkan risikokesesakan nafas.Letakkan bayi padaposisi di manakakinya dapatmencapai katil bayibagi mengelakkanbayi bergerak-geraksehingga masuk dibawah selimut.
3. Semasa menukarlampin bayi, jangansekali-kali tinggalkan
bayi bersendirian diatas tempat menukarlampin atau katil. Letaksebelah tangan padabayi sepanjang masa.
4. Anda juga bolehmenukar lampin bayidengan membaring-kannya di atas tilamatau selimut di ataslantai yang bersih.
5. Bedak bayi, minyakdan losyen bolehmendatangkanmudarat jika tertelan.Jangan tinggalkanbarang-barang ini ditempat yang bolehdicapai bayi.
6. Jangan goncang atautuang bedak bayiberdekatan denganmukanya keranaserbuk bedak yanghalus bolehmendatangkanbahaya jika disedut.Seelok-eloknya tuangbedak ke telapaktangan terlebih dahulukemudian sapukanke badan bayi.
7. Letakkan ‘cotbumpers’ di sekitarkatil bayi bagimengelakkan kepalabayi terhantuk padakatil bayi. Pastikan‘cot bumpers’ diikatketat setiap masa.‘Cot bumpers’seharusnyadikeluarkan apabilabayi boleh duduktanpa bantuan.
8. Jangan penuhkankatil bayi denganbantal, alatpermainan atauselimut tebal.
7
9. Jangan sekali-kalimengikat bayi andadi dalam katil bayi.
10. Anda boleh gunakanalat permantauanbayi sebagai langkahkeselamatantambahan apabilabayi tidur. Gunakan
alat yang sudah diujikeselamatannya,patuhi panduan daripengeluar alattersebut, uji bateridengan kerap andpastikan ia tidak bolehdicapai oleh bayi.
11. Pastikan kebersihanrumah dan haiwanpeliharaan. Debu,kulat, sesejenisserangga dan buluhaiwan bolehmenyebabkanserangan lelah ataualahan.
1. Susu ibu memberikan bayi andapemakanan sempurna danperlindungan dari jangkitan penyakit.
2. Bagi ibu yang menyusukan anak:elakkan arak dan dadah, kecuali jikadiarahkan oleh doktor. Beritahudoktor anda bahawa andamenyusukan anak sebelum diamemberikan preskripsi ubat-ubatan.
3. Jangan tinggalkan anak bersendiriandengan botol susu di dalammulutnya kerana dia mungkintercekik. Jangan benarkan anak tidurdengan botol susu dalam mulutnya.
4. Bancuh susu baru setiap kali anakmenyusu. Buang lebihan sususekiranya bayi tidak dapatmenghabiskan susu tersebut. Bakteriayang membiak di dalam lebihan susuboleh menyebabkan bayi jatuh sakit.
5. Panaskan botol susu denganmeletakkannya di dalam bekas berisiair panas.
6. Uji suhu susudenganmenitiskannyadi bahagiandalampergelangantangan.
7. Jangan sekali-kali memanaskan botolsusu di dalam ketuhar gelombangmikro. Ianya bahaya kerana air susumungkin lebih panas daripada
botolnya dan boleh melecurkanmulut bayi. Pemendapan wap panasdi dalam botol juga bolehmenyebabkan ia meletup.
8. Jika bayi anda menggunakan puting,yang tidak digalakkan kerana iaboleh merosakkan barisan gigi,pastikan pelindung puting cukupbesar dan tidak boleh dimasukkan kedalam mulut bayi.
9. Ajar anak duduk apabilamakan. Kunyah dan telanmakanan sebelum bercakapatau ketawa. Janganbenarkan anak andaberjalan, berlari ataubermain ketika ada makanandalam mulutnya.
Panduan Keselamatan ketika Makan
8
1. Apabila anda membeli alatpermainan, pastikan ianya sesuaidengan umur, minat dan kebolehananak.
2. Berikan kanak-kanak mainan yangsesuai dengan umurnya. Mainanuntuk kanak-kanak yang lebih tuamungkin merbahaya untuk kanak-kanak yang lebih muda.
3. Tanggal dan buang pembalutmainan sebelum ia diberikankepada anak.
4. Jangan biarkan mainan bersepah-sepah di tangga atau di atas lantai.Latih anak supaya menyimpanmainan mereka selepas selesaibermain dan sediakan tempatsimpanan yang selamat.
5. Pilih mainan yang bukan toksik dantidak boleh terbakar.
6. Pastikan bahagian mata, bulu,butang, cat dan lain-lain pada alatmainan tidak mudah tertanggal ataumenggelupas.
7. Elakkan mainan berikut:• Berbucu tajam atau mempunyai
kemasan yang kasar. • Bertali melebihi 30 sentimeter.• Mempunyai bahagian kecil yang
boleh ditanggalkan berukurankurang dari 5 sentimeter.
• Mempunyai tangkai ataupemegang yang panjang yangboleh dimasukkan ke dalammulut atau mencucuk mata.
• Diperbuat daripada bahan yangmudah pecah atau koyak.
• Mempunyai bulu atau rambutpanjang yang bolehmenyebabkan alahan.
• Mempunyai enjin atau kipasyang berputar.
8. Awasi kanak-kanak ketika merekabermain dan ajar merekabagaimana bermain dengan selamat(tidak boleh memukul satu samalain atau mencampak barang-barang dan sebagainya).
9. Pastikan bateri bagi mainandipasang dengan betul dan janganbenarkan kanak-kanak tidur denganmainan berbateri.
10. Periksa alat-alat permainan kanak-kanak dengan kerap. Baiki ataubuang mainan yang sudah rosakatau pecah.
PanduanKeselamatanAlat Mainan
9
Setiap hari bayi akan menjadisemakin peka dan tertarik kepadakeadaan sekelilingnya. Kebolehanuntuk bergerak dan sikap ingin tahuini akan membuka dimensi barudalam keselamatan kanak-kanak.Kaki yang bergoyang-goyang bolehmenyebabkan dia tersadung dan terjatuhdan tangan yang boleh mencapaimungkin akan mengambil barang-barangyang berbahaya. Pengawasan orangdewasa sangat penting dan tidak bolehditukarganti. Di samping itu, anda jugaboleh mengambil beberapa langkahmudah untuk menjadikan rumah andalebih selamat untuk si manja
1. Ibubapa perlu merangkak dari bilikke bilik dan melihat bilik tersebutdari mata kanak-kanak danmengenalpasti langkah keselamatanyang perlu diambil. Sesetengahkawasan mungkin memerlukankunci, selak atau kancing tambahandan sebagainya.
2. Apabila bayi boleh berdiri, keluarkanbantal dan alat permainan dari katilbayi. Bayi boleh memijaknya danmemanjat keluar dari katil bayi laluterjatuh.
3. Ubah ketinggian tilam katil bayi kearas terendah apabila bayi mula
berdiri. Ubahsuai juga ketinggianpalang atas katil bayi supaya diatidak boleh memanjat keluar.
4. Tukar tempat tidur kanak-kanakkepada katil biasa yang bersesuaianapabila dia mencapai ketinggian 87sentimeter atau jika tinggi palangatas katil bayi adalah kurangdaripada 75% ketinggian anak.
5. Alat bantuan berjalan kanak-kanakadalah berbahaya. Anda dinasihatkansupaya jangan menggunakannya.Dengan alat ini, bayi boleh bergerakdengan lebih laju dan mencapaibarang-barang di sekelilingnya. Bayimendapat kebolehan untuk bergeraksebelum dia bersedia dan inimenyebabkan bayi lebih cenderunguntuk mendapat kecederaan seriusseperti jatuh, terbakar dan melecur.Penggunaan alat bantuan berjalantidak akan membantu kanak-kanakbelajar berjalan dengan lebih cepatatau pantas.
ApabilaBayiMulaBergerak
10
15 Peraturan KeselamatanYang Boleh Anda Ajar
Apabila kanak-kanak mencecah usiaprasekolah, dia sudah menguasaipelbagai kemahiran dan kebolehan –bercakap, berjalan, berlari dan bermain.Kanak-kanak juga mula faham tentangsebab dan akibat. Luangkan masa bagimengajar dan menerangkan peraturankeselamatan kepadanya supaya dia fahamdan boleh mematuhi peraturan ini.1. Ajar kanak-kanak 15 Peraturan
Keselamatan.2. Ajar kanak-kanak untuk
menggunakan telefon.3. Ajar kanak-kanak supaya menelefon
nombor kecemasan hanya jikaberlaku kecemasan.
4. Ajar kanak-kanak supaya menghafalnama penuh, alamat rumah dannombor telefon.
5. Apabila dia sudah boleh membaca,tuliskan nota berikut dan lekatkanberhampiran telefon. Jika berlakukecemasan, kanak-kanak sepatutnyaboleh memberikan maklumat ini:
"Nama saya ______________________
Saya tinggal di ___________________
Nombor telefon saya ialah _________
Ada kecemasan di rumah."
Bila Kanak-kanakBoleh Memahami
1. Jangan cuba mengambil apa-apa jika tidak sampai dengan memanjat kerusiatau meja. Minta bantuan orang dewasa.
2. Jangan lari atau main apabila ada makanan dalam mulut atau memegang benda tajam dalam tangan.
3. Kemaskan alat permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan jatuh.4. Jangan buka tingkap sendiri. Jangan menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka.5. Jangan duduk atau berdiri di tempat yang tinggi dari lantai.6. Jangan berlari-lari atau bermain di tangga.7. Pegang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali
menggelongsor turun dari palang.8. Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas. 9. Jangan cuba mengangkat atau membawa terlalu banyak benda dalam satu masa.
10. Jangan bermain atau meletakkan beg plastik ke kepala.11. Jangan masuk ke dapur jika tidak ada orang dewasa bersama.12. Jangan bermain dengan wayar langsir atau bidai. Ia boleh menjerut leher dan
menyebabkan kamu tercekik.13. Jangan sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di
dalamnya.14. Jangan sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin. 15. Jangan lompat ke dalam air atau pergi berenang seorang diri.
11
Keselamatan diRuang Tamu
1. Tutup dan kunci pintu ke arah tanggadan hadang tangga dengan pagar.Pastikan pagar teguh dan tidakmudah roboh.
2. Wayar telefon, televisyen dansebagainya adalah berbahaya. Ikatdengan pita pelekat atau getah dangunakan alat memendekkan wayarbagi mengubahsuai kepanjanganwayar.
3. Letakkantelevisyen diatas permukaanyang kuat dantolak televisyenserapatmungkin kedinding.
4. Terdapat banyakbucu yangtajam di dalamruang tamu seperti meja dan rak.Gunakan penghalang bucu atau kainberpad untuk mengelakkan kecedera-an di kepala, lebam dan benjol.
5. Kunci pintu gelas longsor. Letakpelekat atau tampalan di pintu gelassearas mata kanak-kanak supaya diatidak berlari menerusi pintu dengantidak sengaja.
6. Elak dari menggunakan perabot yangberkaca atau mempunyai permukaankaca. Jika anda mempunyai mejakaca, salut bahagian kaca denganplastik kejap bagi mengelakkan kacadari pecah dan melukai anaksekiranya berlaku kemalangan.
7. Penuhkan laci dari bawah ke atasapabila kanak-kanak mula memanjat.Ini mengelakkan perabot dari terjatuhmenimpa dan memerangkap kanak-kanak.
8. Permaidani dan tikar yang tidakmelekap ke lantai adalah merbahayakerana kanak-kanak yang barubelajar berjalan boleh tergelincir danterjatuh. Letakkan alas getah dibawah permaidani.
9. Jangan tinggalkan dompet dan begtangan di atas lantai. Isikandungan dan talinyaboleh membahayakankanak-kanak kecil.
12
Keselamatandi dalam Dapur
Dapur memang nampak amat menarikkepada kanak-kanak, tetapi ia penuhdengan bahaya: wayar peralatan elektrik,cerek berisi air panas, kuali dan laciberisi pisau tajam.
1. Jangan benarkan anak masuk kedalam dapur.
2. Simpan peralatan tajam supaya tidakboleh diambil anak.
3. Pasangkunci ataupenghalangdi dalamlaci, almaridan pintu.
4. Pasangpenghadang di dapur memasak bagimenghalang kanak-kanak darimenyentuh api atau permuka-anpanas. Gunakan penutup tombolsupaya kanak-kanak tidak bolehmenyalakan api.
5. Wayar bergantung dari peralatanelektrik seperti pengisar dan periuknasi adalah berbahaya. Sorokkandengan penutup wayar atau pitapelekat.
6. Biasakan diri supaya memusingkanpemegang atau tangkai periuk ke
dalam berjauhandari hujung meja.Jangan sekali-kalimakan, minum,bawa ataumenyediakanmakanan atau minuman panassambil mendukung bayi.
7. Jauhkan makanan dan minumanpanas dari hujung meja.
8. Buang beg plastik dengan sertamerta. Tebuk lubang dan ikatsebelum anda membuangnya. Atau,simpan beg plastik di tempat yangselamat. Selain lemas, kanak-kanakjuga boleh tercekik jika termakancebisan plastik yangkecil.
9. Alas meja yangberjuntai bolehditarik denganmudah dan apa-apa barang di atasmeja boleh jatuhmenimpa bayi.Jika anda mahumenggunakanalas meja, kepitdengan penyepitatau klip.
13
1. Gunakan selak keselamatan ataupenutup tombol pintu bagimenghalang kanak-kanak dariterperangkap di dalam almari.
2. Rapatkan perabot yang goyah kedinding. Secara amnya, jika tinggiperabot lebih dari lebarnya, ia patutdirapatkan ke dinding.
3. Jauhkan katilbayi, katil danperabot daritingkap. Pasangjeriji di tingkapataupenghalangsupaya ia tidakboleh dibukamelebihi 10sentimeter.
4. Sentiasa tutup bakulsampah di dalam biliktidur. Jangan buangbarangan seperti begplastik, barang-barangkecil dan tajam di dalambakul sampah.
5. Jika anda menggunakankatil dua tingkat, jangan
benarkan kanak-kanak berusiakurang dari 6 tahun tidur di tingkat atas.
6. Pastikan kedua-dua katil di tingkatatas dan bawah mempunyaipenghadang di bahagian tepi danhujung katil.
7. Pastikan penghadang berukuransekurang-kurangnya 12 sentimeterdari atas tilam.
8. Pastikan tilam terletak rapi dankemas di dalam katil.
9. Jangan benarkan kanak-kanakbermain di atas katil dua tingkat.
10. Pasang alat pengesan asap di luarpintu. Bunyi amaran mesti cukupnyaring dan kuat supaya menjaga-kan anda apabila berada dalambilik. Uji pengesan asap dengankerap dan tukar bateri sekurang-kurangnya dua kali setahun.
11. Pastikan ada jalan keluar jikaberlaku kecemasan sepertikebakaran. Anda mesti adakan satujeriji tingkap yang boleh dibuka.Tetapkan tempat berkumpul bagikeluarga jika berlaku kecemasan.
Keselamatandi Bilik Tidur
14
Keselamatan diBilik Air1. Pastikan pintu ke bilik air dan tandas
sentiasa tertutup.2. Jangan benarkan anak pergi ke bilik
air atau tandas bersendirian. Sentiasapastikan anak ditemani orangdewasa. Jika boleh, pasang kunci dipenutup mangkuk tandas supayaanak tidak boleh terjatuh dan lemas.
3. Jangan sekali-kali tinggalkan anakbersendirian di dalambesen mandi atausebarang bekas berisiair seperti baldi, kolamatau tandas atas apasebab dan walausekejap manasekalipun. Kanak-kanak boleh lemas didalam air berukurankurang daripada 2.5sentimeter.
4. Apabila menyediakanmandian bayi, masukkan air sejukdahulu diikuti air panas. Jangantambah air semasa bayi berada didalam besen mandi. Jika anda perlumenambah air, keluarkan bayiterlebih dahulu. Uji suhu air sebelumanda memasukkan bayi kembali kedalam besen mandi.
5. Uji suhu mandian dengansiku anda. Suhu patutberasa suam dan selesa.Anda juga bolehmenggunakan termometertab mandi yang ada dijualdi pasaran.
6. Apabila memandikanbayi, pegang bayidengan sebelah tangan dangunakan tangan yang lagisebelah untuk memandikannya.
7. Gunakan alas getah atautuala sebagai alas di dalambesen mandi supaya bayi tidaktergelincir.
8. Jangan letakkan peralatan elektrikberdekatan sinki, besen mandi atautandas.
9. Tuang dan kosongkan bekas berisi airdengan serta-merta selepasmenggunakannya bagi mengelakkankanak-kanak lemas.
10. Letakkan besen dan baldi di tempatyang tidak boleh dicapai supayaanak tidak mengisikannya denganair.
11. Bekas yang berisi air seharusnyaditutup setiap waktu.
15
16
MengenalpastiKecemasan
JatuhJika anak anda terjatuh dan anda risaudia mengalami kecederaan di kepalaatau patah tulang, perhatikannya denganteliti bagi tanda-tanda berikut:
• Keliru
• Muntah-muntah lebih daripada satuatau dua kali
• Mengantuk dengan berlebihan atau
sukar untuk terjaga
• Hilang keupayaan yang bolehdilakukan oleh kanak-kanak sebelumterjatuh (seperti merangkak atauberjalan)
• Keluar darah atau lendiran daritelinga
• Berlaku sawan selepas terjatuh
• Anak mata tidak sama saiz
Apabila Anda TidakBerada di Rumah
Dengan kehidupan dan kerjaya yangsibuk, sesetengah ibubapa mungkin tidakboleh menjaga kanak-kanak sepenuhmasa. Ramai ibubapa akan menghantaranak mereka kepada pengasuh ataupusat asuhan kanak-kanak semasa waktubekerja. Ada ibubapa mengupah oranggaji yang tinggal bersama mereka ataumeninggalkan anak dengan nenek danatuknya. Di dalam buku ini, merekasemua akan dikenali sebagai ‘penjagakanak-kanak’. Keselamatan anakmenjadi tanggungjawab mereka apabilaanda tidak berada di sekeliling mereka.
1. Tinggalkan anak dengan orangdewasa yang bertanggungjawab.Kanak-kanak yang lebih tua tidaksepatutnya diberikan tanggungjawabuntuk menjaga adik yang lebih kecil.
2. Pastikan penjaga kanak-kanak turutmengamalkan tabiat keselamatanyang baik. Bincangkan aspek-aspekkeselamatan dengan mereka jika
anda rasa terdapat perkara yangboleh diperbaiki.
3. Berikan nombor telefon anda kepadapenjaga kanak-kanak supaya andaboleh dihubungi jika berlakukecemasan.
4. Jika kanak-kanak sakit dan perludiberi ubat, tuliskan masa dan dosubat yang perlu diambil. Beritahupenjaga kanak-kanak sekiranya andasudah memberi ubat kepada kanak-kanak sebelum meninggalkannyadengan mereka bagi mengelakkanterlebih dos.
5. Beritahu penjaga kanak-kanaksekiranya anak anda mempunyaisebarang masalah kesihatan yangmemerlukan perhatian seperti lelahdan sawan. Pastikan andamenerangkan apa yang perlu penjagalakukan sekiranya kanak-kanakmendapat serangan lelah atau sawan.
Jika dia mempunyai sebarang tanda-tanda di atas, bawa anak ke hospitaldengan segara.
Apa Yang Anda Perlu Lakukan DalamKecemasan
• Jika bengkak atau kulit merah,gunakan pek ais untukmengurangkan bengkak tetapiberhati-hati agar anda tidakmembekukan kulit bayi.
• Perhatikan anak dengan teliti selama24 jam selepas terjatuh ataukepalanya terhantuk untuk sebarangperubahan dalam tingkahlaku.
• Jika anak anda tidak bolehmenggerakkan bahagian yangtercedera, gunakan bahan yang keras dan kuat (seperti kayu atausuratkhabar yang sudah digulungkemas) untuk membuat anduh (lihatbahagian Bantuan Kecemasan).
Tercekik• Apabila tekak atau kerongkong anak
tersumbat, dia akan batuk,tercungap-cungap atau hampirmuntah.
• Jika anak tidak berbunyi, berhentibernafas dan biru, bertindak dengancepat kerana dia mungkin tercekik.
• Kanak-kanak kecil biasanya tercekikkerana tertelan bahagian mainanyang boleh ditanggalkan ataubarang-barang kecil yang biasa
dijumpai di rumah (duitsyiling, butang, getahpemadam, barang kemas
dan sebagainya).
Apa Yang Anda Perlu Lakukan
Bagi kanak-kanak kecil
• Letakkan kanak-kanak di atas pehaanda, kepala ke bawah.
• Tepuk di antara tulang belikat.
• Jika tepukan tidak berhasil, gunakantujahan abdomen tetapi hanya jikaanda sudah dilatih berbuat demikian.
• Jika tidak, mulakan CPR (lihatbahagian CPR)
Untuk bayi
• Pangku bayi di lengan anda.
• Tepuk di antara tulang belikat, tetapijangan sekuat tepukan bagi kanak-kanak kecil.
• Ulang sehingga bahan yangmenyebabkan bayi tercekik terkeluar.
• Jika bayi tidak sedarkan diri, mulakan CPR (lihat bahagian CPR).
• JANGAN SEKALI-KALI menggunakantujahan abdomen.
Kebakaran & Melecur• Punca-punca biasa kanak-kanak
terbakar dan melecur: Cecair panasseperti kopi atau teh; botol susu yangtelah dipanaskan di dalam ketuhargelombang mikro atau dapur; percikanapi atau habuk rokok; air mandianyang terlalu panas (suhu melebihi 120°F), bermain di tempat orangmemasak, seperti di kenduri.
• Kebakaran dan melecur boleh jadiringan atau serius:
a. Kebakaran tahap pertama: Kulitkemerah-merahan dan bengkak,hanya melibatkan lapisan kulitluaran.
b. Kebakaran tahap kedua: Kulitmelepuh, kemerah-merahan,bengkak dan kesakitan. Lapisan
17
18
atas kulit terbakar dan lapisankedua turut rosak.
c. Kebakaran tahap ketiga: Nampakkeputihan dan hangus; meliputisemua lapisan kulit. Kerosakansaraf yang teruk mungkinmenyebabkan tiada rasa sakit.
Apa Yang Anda Perlu Lakukan
Kebakaran/melecur ringan• Gunakan air sejuk pada bahagian
yang melecur.
• Tanggalkan sebarang pakaian daribahagian yang terbakar atau melecur tetapi JANGAN tanggalkanpakaian atau apa sahaja yangmelekat ke kulit.
• Tutup bahagian terbakar dengan kainyang bersih, ringan dan tidak berbulu.
• JANGAN sapukan krim atau minyak.
Kebakaran/melecur serius• Panggil bantuan kecemasan atau
ambulans.
• Baringkan anak.
• Tutup bahagian yang terbakardengan tuala yang telah direndam di dalam air sejuk untukmenghentikan proses terbakar.
• Jangan letakkan ais di bahagianterbakar. Ia boleh menyebabkankerosakan tisu.
• Alihkan tuala basah tadi dan tutupbahagian terbakar dengan kain yangbersih dan kering.
• Periksa dan tuliskan kadar pernafasandan nadi setiap 10 minit semasamenanti kedatangan ambulans.
Kebakaran elektrik• Tutup aliran elektrik dengan serta-
merta.
• Panggil bantuan kecemasan atauambulans.
Lemas• Berlaku apabila bayi atau kanak-
kanak berada di dalam air yangterlalu dalam atau apabila merekaterperangkap dengan muka merekaterendam di dalam air.
• Tindakbalas semulajadi bagi kanak-kanak ialah panik dan meronta-ronta,berhenti atau cuba menahan nafas.
• Apabila dia bernafas semula, diamenyedut air dan lemas.
Apa Yang Anda Perlu Lakukan
• Jika tiada nadi atau kanak-kanaktidak bernafas, mulakan CPR (lihatbahagian CPR) serta-merta danpanggil ambulans.
• Jika anak anda terendam di dalam air dengan cukup lama dan dia sukar bernafas, kulit bertukar birudan antara sedar atau tidak, panggilambulan serta-merta.
Keracunan• Anda perlu mengesyaki keracunan
jika anda mendapati bayi andaberada berdekatan dengan bekaskosong atau bekas terbuka berisibahan-bahan toksik.
• Perhatikan perubahan tingkahlaku,bibir atau tangan yang melecur ataukemerah-merahan, muntah-muntah,nafas yang berbau seperti bahankimia, kesukaran bernafas atausawan.
• Jika anda mengesyaki anak tertelanracun atau kulit dan tangannyaterkena racun, alihkannya darisumber racun dan panggil pusatracun terdekat. Berikan maklumattentang racun, jumlah yang tertelandan perubahan fizikal kepada kanak-kanak.
Apa Yang Anda Perlu Lakukan
Jika bahan kimia terkena kulit• Cuci sebarang lebihan bahan kimia
di kulit dengan air yang banyak. • Gunakan pertimbangan anda untuk
sama ada menelefon doktor atauambulans. Beri maklumat tentangbahan kimia tersebut.
Jika tertelan racun• Periksa, dan jika perlu, pastikan
ruang pernafasan tidak tersumbat dan anak boleh bernafas.
• Jika anak tidak sedarkan diri, periksa
pernafasan dan nadi dan bersediauntuk memberikan CPR (lihatbahagian CPR).
• Gunakan pertimbangan anda untuksama ada menelefon doktor atauambulans. Beri maklumat tentangbahan kimia tersebut.
• Jika bibir kanak-kanak melecurakibat bahan yang menghakis, berikanak-kanak minum air atau sususedikit demi sedikit dengan kerap.
• Jangan cuba buat anak muntah jikabeliau telah termakan minyak tanahatau bahan yang volatil.
Kandungan PetiKecemasan
Pastikan barang-barang berikut ada di dalam peti kecemasan anda:
Selepas anda melengkapkan peti kecemasan:
• Baca buku panduan supaya anda faham dan tahu bagaimana menggunakan barang-barang di dalam peti itu. (Jika kanak-kanak boleh memahami, baca buku ini bersama-sama).
• Simpan peti kecemasan di tempat yang tidak boleh dicapai anak tetapi senangdijumpai oleh orang dewasa.
• Periksa peti kecemasan dari masa ke semasa. Gantikan barang-barang yang tiada atauyang sudah sampai tarikh luput.
1. Buku panduankecemasan
2. Kain pembalut kasayang disteril dan kapas
3. Pita pelekat4. Kain pembalut luka
pelbagai saiz 5. Pembalut luka elastik 6. Kain pengelap
antiseptik7. Krim antibiotik 8. Cecair antiseptik (seperti
hidrogen peroksida,acriflavine, gentian
violet, atauchlorhexidine)
9. Krim hidrokortisona(1%)
10. Paracetamol11. Preskripsi ubat-ubatan
tambahan (jika andasedang bersiap-sediauntuk melancong)
12. Penyepit kecil 13. Gunting yang tajam 14. Pin keselamatan 15. Pek sejuk mudah-buang 16. Losyen kalamin
17. Kain lap beralkohol ataualkohol etil
18. Termometer 19. Sarung tangan plastik
(sekurang-kurangnya 2 pasang)
20. Lampu suluh dan bateritambahan
21. Senarai nomborkecemasan
22. Selimut (disimpanberdekatan petikecemasan)
19
20
1. Mula-mula, cari objek yang kerasdan tegap seperti kayu atausuratkhabar yang telah digulungdengan kejap.
2. Letakkan objek bersebelahandengan bahagian badan yangcedera.
3. Balut pita di sekeliling objek danbahagian badan supaya kedua-duanya bercantum.
4. Letakkan anduh di posisi di manabahagian badan dijumpai.Maksudnya, jangan cubameluruskan atau mengalihkanbahagian yang cedera.
5. Ubahsuai supaya anduh lebihpanjang dari bahagian yang cedera.
Cuba elakkan sendi atas dan bawahbahagian ini dari bergerak. Kadang-kadang, ia mustahil dilakukankerana kedudukan kecederaantidak membenarkan.
6. Selepas anduh diletakkan di posisiyang sesuai, ikat dengan talipinggang atau cebisan kain supayaia kemas dan tidak bergerak. Untukmemastikan peredaran darah tidakterhenti, jangan buat simpulan matiatau ikat dengan terlalu ketat dankuat.
7. Periksa dengan kerap selepasanduh dibuat dan pastikanperedaran darah tidak terganggu.
8. Dapatkan bantuan perubatan.
Bagaimana Membuat Anduh
Anduh ialah bantuan kecemasan untuk jangkamasa pendek bagi bahagian badanyang tercedera. Ia bertujuan melindungi bahagian yang tercedera dari kecederaanyang lebih teruk semasa menunggu bantuan kecemasan tiba. Adalah penting bagianda memeriksa peredaran darah dari masa ke semasa setelah menganduhbahagian yang tercedera.
Berikut ialah bagaimana membuat anduh:
ResusitasiKardiopulmonari (CPR)CPR boleh menyelamatkan nyawa anak jika jantungnya berhenti berdegup atau diaberhenti bernafas atas sebarang sebab – lemas, keracunan, tidak dapat bernafas atautercekik. Ia boleh dilakukan dengan jayanya jika diberikan serta-merta apabilajantung berhenti berdegup atau berhenti bernafas.
Tanda-tanda amaran yang menunjukkan CPR mungkin diperlukan:• Tiada tindakbalas dan tidak bernafas.• Kesukaran bernafas yang tenat.• Bibir atau kulit berwarna biru.• Berdehit dengan teruk.• Air liur meleleh atau kesukaran menelan sambil bernafas.• Pucat yang amat sangat.
21
(Gerakkan bahu anak danpanggil namanya)
TIADA TINDAKBALAS• Minta pertolongan• Terlentangkan anak• Dongakkan kepala serta
angkat dagunya
ADATINDAKBALAS(Buka mata, bangun,menangis)
Rehatkan anak
ADAPERNAFASAN
Baringkan anak mengiringdan tunggu pertolongansampai
ADA NADI
Teruskan pernafasansehingga pertolongansampai
(Lihat, dengar dan rasa udarahidung atau mulut)
TIADA PERNAFASAN
Beri dua pernafasan ke dalammulut dan hidung anak
(Rasa nadi di sebelah kananatau kiri leher)
TIADA NADI
Mulakan tekanan dada 100kali seminit dan beri satupernafasan bantuan bagi setiap 5 tekanan. (5 tekanan: 1 pernafasan)Teruskan 20 kitaran
Periksa nadi setiap beberapaminit. Teruskan hinggapertolongan sampai
PASTIKAN RESPONS
PERNAFASAN
PEREDARAN DARAH
Nombor Kecemasan /Polis dan ambulans 999Jabatan Bomba 994Panggilan kecemasan dari telefon bimbit 112Pusat Racun Negara 04-6570 099Ambulans St. John – Kuala Lumpur 03-9200 4755– Lembah Kelang 03-3371 5005
Hospital Kerajaan /WILAYAH PERSEKUTUANKuala Lumpur Hospital 03-2692 1044Putrajaya Hospital 03-8888 0080
SELANGORTengku Ampuan Rahimah
Hospital 03-3372 3333Kajang Hospital 03-8736 3333Banting Hospital 03-3187 1333Sungai Buloh Hospital 03-6156 1321Sabak Bernam Hospital 03-3216 3333
PERLISKangar Hospital 04-976 3333
KEDAHAlor Setar Hospital 04-730 3333Sungai Petani Hospital 04-421 3333Kulim Hospital 04-490 3333Langkawi Hospital
04-966 3039PULAU PINANGPulau Pinang Hospital 04-229 3333Seberang Jaya Hospital 04-398 3333Bukit Mertajam Hospital 04-538 3333Balik Pulau Hospital 04-866 9333
PERAKIpoh Hospital 05-253 3333Taiping Hospital 05-808 3333Kuala Kangsar Hospital 05-776 3333Tanjung Malim Hospital 05-459 8146Sri Manjung Hospital 05-688 1333Teluk Intan Hospital 05-621 3333
NEGERI SEMBILANSeremban Hospital 06-7623 3333Port Dickson Hospital 06-662 6333
MELAKAMelaka Hospital 06-282 2344
JOHORSultanah Aminah Hospital 07-223 1666Muar Hospital 06-952 1901Batu Pahat Hospital 07-434 1999Segamat Hospital 07-943 3333Kluang Hospital 07-772 3333
PAHANGTengku Ampuan Afzan Hospital 09-513 3333Pekan Hospital 09-422 3333
TERENGGANUKuala Terengganu Hospital 09-623 3333Dungun Hospital 09-844 3333Besut Hospital 09-697 1200
KELANTANKota Baharu Hospital 09-748 5533Pasir Mas Hospital 09-790 9333
Hospital Swasta / JOHORJohor Specialist Hospital 07-223 7811Puteri Spec. Hospital 07-223 3377Century Med. Centre (J) 07-331 1722Southern Hospital 07-431 7333Pelangi Medical Centre 07-333 1263Hospital Penawar 07-252 1800Medical Specialist Centre (JB) 07-224 3888Pusat Pakar Kluang Utama 07-771 8999
KEDAHKlinik Mata & Pembedahan
Sandhu 04-421 5089Kedah Medical Centre 04-730 8878Putra Medical Centre 04-734 2888Metro Specialist Hospital 04-423 8888Strand Hospital & Retirement
Home Sdn Bhd 04-442 8888
KELANTANPusat Rawatan Islam An-Nisa 09-744 6023Kota Bharu Medical Centre 09-743 3399Perdana Specialist Hospital 09-745 8000
MELAKAHospital Pantai Ayer Keroh 06-231 9999Mahkota Medical Centre 06-281 3333The Southern Hospital 06-283 5888
NEGERI SEMBILANN.S.Chinese Mat.Hospital 06-762 2104Columbia Asia Medical Centre 06-601 1988Nilai Cancer Institute 06-850 0999
PAHANGS.T.Chong Mat. & Surgery 09-567 2928Kuantan Specialist Hospital 09-567 8588Kuantan Medical Centre 09-514 2828
PERAKHospital Fatimah 05-545 5777Ipoh Specialist Hospital 05-251 8777Kinta Medical Centre 05-254 2166Hospital Pantai-Putri 05-548 4333Pusat Pakar Rajindar Singh 05-621 1112Apollo Medical Centre 05-805 6000
PULAU PINANGPenang Adventist Hospital 04-226 1133Mount Miriam Hospital 04-890 7044Gleneagles Medical Centre 04-227 6111Loh Guan Lye Spec. Centre 04-228 8501Peace Medical Centre 04-226 6032Lam Wah Ee Hospital 04-657 1888Bagan Spec. Centre 04-332 2800Bukit Mertajam Specialist
Hospital 04-538 7577Island Hospital 04-228 8222Hospital Pantai Mutiara 04-643 3888Hope Children Hospital 04-228 6557Srigim Medical Centre 04-829 9188Tanjung Medical Centre 04-226 2323
SABAHSabah Medical Centre 088-424 333Damai Spec. Centre 088-222 922
SARAWAKNormah Medical Spec. Centre 082-440 055Timberland Medical Centre 082-234 466Columbia Asia Medical Centre 085-428 621Miri City Medical Centre 085-426 622
SELANGORAssunta Hospital 03-7782 3433Pantai Klang Specialist Centre 03-3372 5222Tun Hussein Onn National
Eye Hospital 03-7956 1511Subang Jaya Medical Centre 03-5634 1212Ampang Puteri Specialist
Hospital 03-4270 2500Damansara Specialist Hospital 03-7722 2692Selangor Medical Centre 03-5543 1111QHC Medical Centre 03-5631 7730Sri Kota Medical Centre 03-3373 3636Arunamari Specialist
Medical Center 03-3324 3288Sunway Medical Centre 03-7491 9191Kelana Jaya Medical Centre 03-7805 2111Damansara Women's Specialist
Centre 03-7729 3199Darul Ehsan Medical Centre 03-5880 8868Damai Service Hospital
(Melawati) 03-4108 9900
WILAYAH PERSEKUTUAN – KUALA LUMPURSelayang Hospital 03-6136 7788Sentosa Medical Centre 03-4043 7166Tung Shin Hospital 03-2072 1655Pantai Medical Centre 03-2282 5077Lourdes Medical Centre 03-4042 5335Dato' Dr. Harnam ENT Clinic 03-4041 0092Sambhi Clinic & Nursing Home 03-2692 4594Damai Service Hospital 03-4043 4900Pusat Rawatan Islam 03-4041 4922Roopi Medical Centre 03-4042 3766Pusat Pakar Tawakal 03-4023 3599Pantai Cheras Medical Centre 03-9132 2022Taman Desa Medical Centre 03-7982 6500Gleneagles Intan Medical Centre 03-4257 1300Cheras Geriatric Centre 03-9132 5223Apollo TTDI Medical Centre 03-7726 6911Poliklinik Kotaraya 03-4108 4622Sentul Hospital 03-4041 6962Imran Ear Nose & Throat
Specialist Hospital 03-2274 0599Hospital Pantai Indah 03-4278 2727
Hospital universitiUniversiti Malaya Medical Centre 03-7956 4422Hospital UKM 03-9173 3333Hospital USM 09-766 3000