kesulitan mencapai perpaduan sebelum 1970

Post on 10-Jun-2015

3.135 views 3 download

Transcript of kesulitan mencapai perpaduan sebelum 1970

Faktor yang telah menyulitkan

proses pencapaian perpaduan di

Malaysia sebelum 1970

Oleh:Fazliana Mustafa KamarHafizah binti Abdullah

• Kemuncak masalah perpaduan di Malaysia bermula dengan tercetusnya rusuhan etnik pada 13 Mei 1969.

• Pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan telah memenangi majoriti kerusi parlimen dalam negeri- negeri di semenanjung.

• Parti- parti pembangkang yang memenangi beberapa kerusi pilihanraya-rancang perarakan kemenangan.

• Bilangan turut serta dalam perarakan meningkat menyebabkan perarakan tidak dapat dikawal.

• Keluarkan kata- kata kesat, tajam dan menyakitkan hati orang- orang Melayu.

• Rusuhan meragut nyawa.

Faktor-faktor

TEMPAT TINGGAL

PENDIDIKAN

PEKERJAAN

POLITIK

EKONOMI

TEMPAT TINGGAL

• Orang- orang melayu dan penduduk asli dibiarkan terbiar diperkampungan dan dipedalaman seperti sediakala.

• Alasannya adalah untuk mengekalkan corak hidup mereka yang unik dan menarik pada pandangan penjajah.

• Etnik- etnik pendatang terpisah dari segi tempat tinggal.

PENDIDIKAN• Setiap etnik mempunyai pendidikan dan sukatan pelajaran

masing- masing.

• Orang- orang melayu mendapat pendidikan aliran melayu dan arab.

• Peluang untuk memasuki sekolah Inggeris tidak terbuka kepada semua - golongan atasan.

• Sabah-Sarawak: anak orang Dayak tidak perlu diberi pendidikan kerana dianggap memusnahkan kebijaksanaan semulajadi mereka ( kebijaksanaan lisan)

PEKERJAAN

• Orang- orang Melayu dan penduduk asli dibiarkan terus menjalankan hidup yang mereka lakukan sejak turun temurun iaitu petani dan nelayan.

• Pendatang cina digalakkan bergiat dalam sektor ekonomi.

• Orang india-pekerja estet.

POLITIK• Perubahan imbangan kuasa adalah satu kenyataan yang

terpaksa diterima oleh orang- orang melayu dan penduduk asli.

• Kerumitan bertambah dengan penyertaan Sabah dan Sarawak dimana kesetiaan politik belum terbina pada awal tempoh kemerdekaan.

• Orang- orang melayu masih belum boleh terlalu bergantung kepada penduduk asli Sabah dan Sarawak untuk membawa majoriti penduduk asli disana sebagai pengimbang kepada kuasa politik orang- orang cina yang telah meningkat pada pilihanraya umum 1969.

EKONOMI

• Jurang yang jelas menunjukkan bahawa orang- orang melayu dan penduduk asli menguasai bidang mundur iaitu kerja yang banyak menggunakan tenaga dan berteknologi rendah.

• Kelompok cina menguasai sektor yang lebih maju, menggunakan teknologi moden dan mendatangkan pulangan lumayan.

• Ketidakseimbangan pendapatan berleluasa antara kelompok melayu dan bukan melayu.

• 3 jurang pendapatan yang berbeza.

• Begitu juga di sabah dan sarawak.

• Pemilikan harta berpihak kepada penduduk bukan asli negara.

• 1969- pemilikan syer syarikat kebanyakannya dimiliki oleh rakyat asing iaitu 62.1%.

- Orang cina = 22.8%- Melayu = 1.5%- India = 0.9 %