KHIDMAT SOKONGAN

Post on 28-Jun-2015

1.079 views 8 download

Transcript of KHIDMAT SOKONGAN

KHIDMAT SOKONGAN

Khidmat Sokongan (Kolaborasi) dalam Pemulihan

• Menurut Sher dan Baur (1991)

Khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas,guru, ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa.

Kepentingan Khidmat Sokongan dalam Pemulihan

Individu

• Individu daripada kumpulan pelbagai disiplin adalah satu unit yang berfungsi dalam penaksiran murid-murid khas yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

• Kumpulan ini akan bergabung tenaga dalam menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid berkeperluan khas (Reynolds & Elaine 1990)

• Menurut Terry Overton (1992),kumpulan pelbagai disiplin adalah satu kumpulan yang berfungsi untuk mengenalpasti masalah murid bagi memastikan keberkesanan program pendidikan tersebut.

• Khidmat sokongan ini dapat membantu ibu bapa dan guru-guru khas dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang penuh bermakna, sesuai dan menyeronokkan.

Pasukan pelbagai disiplin

Pertubuhan bukan

kerajaanJurupulih

fizikal

Komuniti

Perubatan

Sukarelawan

Jabatan Kebajikan

MasyarakatJurupulih cara kerja

Psikologi

Kaunselor

Persatuanibu bapa

Jurupulih pertuturan

Rakan sebaya

Intervensi awal

Audiologi

Organisasi atau agensi yang menawarkan perkhidmatan

• Agensi atau badan-badan terdiri dari badan Kerajaan, Swasta dan Badan Berkanun.

• Kementerian Pelajaran Malaysia• Jabatan Pendidikan Khas• Program Latihan Pendidikan Khas• Sekolah Pendidikan Khas• Sekolah Percantuman atau Integrasi• Kelas Inklusif• Sekolah Vokasional

Kementerian Kesihatan

• Program-program imunisasi• Institusi Kesihatan Umum• Bahagian Pembangunan Kesihatan

Keluarga

Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

• Perkhidmatan pendaftaran orang berkeperluan khas

• Program pemulihan dalam komuniti• Pemberian geran kepada pertubuhan

sukarela• Pemberian elaun,geran pelancaran, alat

anggota palsu kepada orang berkeperluan khas

• Sukan bagi orang berkeperluan khas

Badan-badan Bukan Kerajaan atau NGO

• TASPUTRA• NURY• Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAMPAM)• Pusat Down Syndrome KIWANIS• Persatuan Orang Buta Malaysia (POBM)• Rumah Orang Cacat• Malaysian Care• Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal• MFD• NASOM- Persatuan Austima Kebangsaan Malaysia• WING’s• Salvation Army• Lion’s Club• Rotary Club dan lain-lain lagi.

Persatuan Kebangsaan Austime Malaysia (NASOM)

• Mengesan dan menjalankan rawatan, pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak austime.

• Memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga kanak-kanak austime serta memberi penerangan kepada ibu bapa, para profesional dan orang ramai.

TASPUTRA PERKIM

• TASPUTRA berperanan memberi asuhan-asuhan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak cacat anggota dan mental.

• Mereka diberi latihan kekuatan mental dan fizikal.

NURY

• Satu pertubuhan yang memberi perkhidmatan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak bermasalah dan sebagainya.

• Memainkan peranan dalam memberi kursus pembangunan keluarga dan anak-anak bagi melahirkan anak-anak cemerlang.

• Ia juga turut mengadakan program UTERO iaitu rangsangan janin dalam kandungan serta kursus pengasas untuk program NURY.

Cleft Lip and Palate Association of Malaysia

• CLAPAM menganjurkan program-program terapi pertuturan bagi murid-murid sumbing bibir dan lelangit.

• Memberi khidmat sokongan kepada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis

• Pusat ini merupakan salah satu pusat pemulihan dalam komuniti bukan kerajaan yang bertujuan membantu murid-murid down syndrome mendapat pelajaran serta latihan kemahiran hidup sebelum mereka dihantar ke sekolah khas kerajaan.

Persatuan Orang Buta Malaysia

• POBM menjalankan aktiviti seperti mengesan murid-murid buta untuk didaftar dan dirujuk, menjalankan program tindakan awal ‘early intervention’, menjalankan program pra sekolah, memberi nasihat kepada ibu bapa dan menjalankan program penglihatan terhad.

Rumah Orang Cacat Convent Bukit Nanas

• Rumah ini ditubuhkan pada tahun 1977 oleh Persatuan Pekak Selangor bagi membantu murid-murid cacat pendengaran.

• Murid-murid ini diajar mempelajari Bahasa Melayu Kod Tangan.

Malaysian Care

• Malaysia Care telah mewujudkan Pusat Taman Asuhan bagi murid-murid cacat pendengaran di sekolah-sekolah khas.

• Mereka dibantu oleh guru-guru dari Sekolah Wisma Harapan,Brickfields,Kuala Lumpur.

Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah

Persekutuan• ditubuhkan bagi menyediakan pendidikan dan

latihan kepada kanak-kanak terencat akal. • Program pusat ini adalah berdasarkan

program perkhidmatan sekolah khas yang berperanan melatih murid-murid menjadi orang berdikari dan menyumbang kepada Negara dengan menerusi rancangan pengajaran dan pembalajaran yang sistematik dan mempunyai cirri-ciri tersendiri.

Kumpulan Pelbagai Disiplin

Guru Biasa dan Guru Khas

• Guru biasa dan guru khas menjadi sumber rujukan kepada ibu bapa dan pakar-pakar perubatan dalam menaksir kategori murid-murid berkeperluan khas.

Ibu bapa

• Ibu bapa merupakan pelapor yang baik dalam membantu pakar-pakar perubatan menaksir kategori murid-murid berkeperluan khas

Perkhidmatan Audiologi

• boleh didapati di hospital-hospital kerajaan, hospital swasta dan badan-badan NGO.

• Hanya tertumpu kepada ujian pendengaran melalui konduksi udara dan tulang sahaja kepada murid-murid bermasalah pendengaran

• Ujian ini adalah untuk mengesan tahap

pendengaran atau kerosakan pendengaran setiap murid-murid perlu bagi membolehkan mereka dibekalkan dengan alat bantuan pendengaran.

Perkhidmatan Terapi Pertuturan

• boleh didapati di hospital-hospital kerajaan, swasta dan badan-badan NGO.

• Kakitangan-kakitangan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkembangan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa murid-muirid terbabit.

• Terapis pertuturan akan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik untuk membantu murid-murid gagap, sumbing dan murid-murid yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur.

Perkhidmatan Pediatrik

• bertanggungjawab untuk menjalankan diagnostik dan merawat panyakit murid-murid.

• Perkhidmatan ini juga bolah mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetik, prenatal dan postnatal.

SEKIAN,TERIMA KASIH