Post on 06-Feb-2018
KISAH QARUN DI TELAN BUMI. ( LELAKI 2012 )
Assalamualaikum wtw. Terima kasih pengacara majlis.Para Hakim, guru-guru dan rakan-
rakan
1. Siapakah Qarun?..........
Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76 :
“Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa ”
Qarun bin Yashhar bin Qahath bin Lawa bin Ya`aqub. Berketurunan Bani
Israel dan sepupu kepada Nabi Musa.Qarun dikenali sebagai ‘al-Munawwir’
kerana perawakannya yang tampan dan An Nur kerana suara yang
merdu ketika membaca kitab Taurat. Qarun miskin tetapi rajin berkerja, warak
dan alim.
Beliau sentiasa berfikir dan gigih berusaha untuk menambah pendapatan. Kerajinannya ini
menjadi contoh kepada kaum Nabi Musa A.S. “Bagaimana caranya …agar aku mendapat
rezeki yang bayak?”Qarun meminta kepada Nabi Musa mendoakannya menjadi kaya raya.
Qarun tidak jemu bermunajat. Akhirnya doanya dimakbulkan Allah.
Rakan-rakan
Rajin berusaha pasti berjaya. NKRA pendidikan yang diperkenalkan Negara memacu kita
berusaha kearah kejayaan untuk mencapai Sekolah Berprestasi tinggi.
2.Qarun berjaya mencipta emas. Ha…apalagi, kekayaannya mula melimpah
ruah.Kehidupannya yang mewah menjadikannya mula tamak, sombong dan bangga diri.
Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76 :
“Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan
zalim terhadap mereka”
Islam melarang keras umatnya bersifat sombong dan tamak.Kematian Muamar Gaddafi
menjadi pengajaran kepada mereka yang angkuh dengan kekuasaan.
3. Surah Al-Qasas ayat 79 :
“Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya”
“Ha…Ha…Ha…Aku kaya! Sekarang aku telah kaya raya. Kau! Kau! Mari ikut aku!”
Si Qarun semakin angkuh.
Ada yang mula memujanya. ( Nasyid )
Orang miskin dianggap menyusahkan sahaja.
Perintah Allah sudah dilupa
Nabi Musa menyeru kepada Qarun agar kembali beriman kepada Allah. Baginda meminta
Qarun menunaikan zakat jika mahu rezekinya berkat Emmm…“Ya…Ya…Ya…! aku sedang
mengira jumlah yang akan dikeluarkan” alasan Qarun.
Sekali…, dua kali…, tiga kali…, dan banyak kali Nabi Musa menyeru dan mengingatkan
Qarun.
“ Harta ku…adalah milikku………..Sedekah…amal jariah……Ahhh.. peduli apa!! ”Qarun mula
lupa akan perintah Allah. Seruan dan nasihat Nabi Musa tidak dipedulikan.
Rakan-rakan,
Zakat menyucikan harta.Menteri Besar kita menggalakkan pembayaran zakat melalui
pemotongan gaji untuk peningkatan kutipan zakat. Marilah kita membantu mereka yang
kurang berdaya.
4.Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 78:
“Berkata Qarun dengan sombongnya, “Aku diberi kekayaan ini hanyalah disebabkan
pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”
Qarun terus berdebat dengan Nabi Musa. Beliau cuba mempengaruhi kaum Nabi Musa
dengan menabur fitnah. Beliau mengatakan bahawa Nabi Musa mahu merampas hartanya.
Seorang pelacur diupah untuk mengaku berzina dengan Nabi Musa. Ish… Ish…. Ish…….
melampau sungguh Qarun ini….
Hari ini fitnah banyak disebarkan melalui blog-blog, FB, email dan sebagainya. Janganlah
kita tergolong didalam golongan ini kerana fitnah itu besar dosanya.
5.Dengan sabar , Baginda menghadapinya
Fitnah diselidiki untuk membersihkan nama ( Syair )
Allah menggerakkan wanita ceritakan segalanya
Qarun mengupah untuk memalukan baginda
Mamandangkan sikap Qarun yang tidak dapat dibendung lagi, maka Nabi Musa berdoa agar
Qarun diperingatkan Allah.
Surah Al-Qasas ayat 81:
“Lalu Kami timbuskan dia bersama rumahnya dalam tanah, maka tidak dia mendapat
golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah.”
Akhirnya, tamatlah riwayat Qarun. Beliau ditelan bumi bersama pengikut dan hartanya di
sebuah kawasan dalam daerah al-Fayyum, Mesir. Kaum Bani Israil yang dahulunya ingin menjadi seperti Qarun lantas bersyukur kepada Allah di atas pengaturan yang sebaik-baiknya kepada mereka.
Rakan-rakan…..
Begitulah akhirnya Allah memewahkan rezeki kepada yang dikehendakinya dan Dia jugalah
yang menyempitkannya.. Gempa bumi di Jepun dan banjir besar di Thailand pada tahun
lepas jadikan pengajaran.
Harta hanya hiasan dunia
Zakat bagi mereka yang berada ( pantun )
Janganlah tamak atas rezekinya
Kisah Qarun ditelan bumi ambil ibrohnya.
Sekian assalamualaikum wbt ( MZAR ACS 2012 )