Post on 05-Jan-2016
description
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………………………...
Nama Penulis :
Tarikh :
1
1. 0 PENGENALAN KONSEP
Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang
guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang
(1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial
yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di
dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru
juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru
harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan
sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok, bekerjasama
dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Dalam bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai pengajar.
Walau bagaimanapun dalam Islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja.
Mereka akan dipanggil dengan pelbagai panggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru
yang sebenar. Antara panggilan tersebut ialah al-Mu’allim, al-Murabbi, al-Mu’addib dan al-
Mursyid. Al-Mu’allim bermaksud menyampaikan ilmu yang benar. manakala al-Murabbi pula
merujuk kepada menjayakan proses tarbiah atau mendidik. Al-Mu’addib pula bermaksud
mengajar adab dan budi pekerti dan al-Mursyid yang bermaksud membentuk kepimpinan insan.
Ada era globalisasi ini, sistem pendidikan merupakan salah satu sistem terpenting
dalam membangunkan negara. Sistem pendidikan negara kita hanya boleh mencapai
matlamatnya apabila kita mampu menghasilkan guru yang berkualiti. Guru yang berkualiti akan
sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu pengajarannya. Guru memainkan peranan
penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu,
pemilihan teknik dan strategi pengajaran yang sesuai amat penting dalam mencapai objektif
pengajaran yang telah ditetapkan.
2
Secara umumnya, setiap murid mempunyai cara belajar yang tersendiri. Guru haruslah
mengenali dan memahami setiap anak muridnya. Guru sering meluahkan kekecewaan atas
sikap pasif murid menerima pengajaran mereka tanpa memikirkan bahawa murid juga mungkin
kecewa dengan pengajaran guru. Raiff (1992) menyatakan, memahami gaya pembelajaran
seseorang murid dengan cara terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaannya
dan kekecewaan murid tersebut. Dalam konteks memahami sifat murid, gaya pembelajaran
menjadi indicator bagaimana seseorang murid belajar dan cara belajar yang digemarinya. Gaya
pembelajaran seseorang murid memberikan maklumat tentang kognisi konteks dan kandungan
pembelajaran. Menurut Wan Zahid (1993), pelaksanaan Kurikulum (KBSR) dan Kurikulum
(KBSM) akan membawa kepada perubahan penekanan daripada pendekatan tradisional
kepada pendekatan baru dalam proses pembelajaran di sekolah, di mana beliau menegaskan
bahawa pembelajaran yang bertumpu kepada murid (child centered) mesti diamalkan dan
sebaliknya mengurangkan atau menghapuskan pembelajaran yang tertumpu pada guru
(teacher centered).
Dalam pembelajaran individu, Igham (1992) dan Wan Zahid (1993) mengesyorkan agar
para guru, murid dan ibu bapa memahami gaya pembelajaran dan menganggap perbezaan
yang ada pada diri seseorang murid itu merupakan satu keistimewaan dan mereka dapat
menggunakan keistimewaan itu secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Satu
pembelajaran yang teliti dan sistematik amat diperlukan memandangkan gaya belajar individu
merupakan satu aspek yang penting dalam pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila
kaedah, sumber dan program disesuaikan dengan gaya belajar murid, maka pencapaian
akademik dan sikap murid akan meningkat. Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara
satu dengan yang lain tanpa mengambil kira umur, status sosioekonomi atau IQ. Selari dengan
pendapat tersebut Wan Zahid (1993) menyarankan agar pengajaran dan pembelajaran
disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu.
Oleh itu, seseorang guru yang baik haruslah mengenali setiap pelajarnya khususnya
gaya pembelajaran mereka dan minat bagi memudahkan guru tersebut merangka rancangan
pengajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Selain itu, guru juga berperanan
penting dalam menimbulkan minat untuk belajar dalam diri setiap murid dengan
mengaplikasikan teknik pembelajaran yang sesuai.
3
1.1 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) ialah satu model pendekatan pembelajaran
secara kolaboratif yang berfokus kepada suatu projek atau persembahan suatu tugasan melalui
pembelajaran masalah atau sebaliknya. Namun, hasil akhir biasanya ialah suatu produk atau
persembahan sesuatu tugasan. Aktiviti pembelajaran PBP biasanya lebih panjang, merentas
disiplin dan mengintegrasikan amalan sebenar. Dalam kaedah PBP, murid akan meneroka,
membuat pertimbangan, menginterpretasikan dan mensintesiskan maklumat dengan cara yang
lebih bermakna. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam
mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek.
Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan
tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya
melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskan
projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek
sebagai cara murid memperoleh ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta
amalan penerokaan oleh murid.
Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William
Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang
dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan
berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi
pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.
Perkataan 'projek' yang digunakan dalam kajian ini merupakan kata kunci utama
dalam istilah pembelajaran berasaskan projek. Menurut Moursund (2003), pelajaran
berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan
4
pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada pelajar
lain, guru dan pihak lain. Di dalam bilik darjah, pengembangan kreativiti memerlukan
persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan guru sebagai pemudah cara
(Craft, 2000). Walau bagaimanapun, projek pembangunan produk kreatif melibatkan masa lama
dan jadual waktu anjal (Moursund, 2003).
Menurut Rowe, 2004, guru sepatutnya mengembangkan kreativiti pelajar dengan
membangkitkan perasaan ingin tahu dan memperbanyakkan aktiviti kemahiran praktikal
(hands-on) dan penyelesaian masalah secara berpasukan melalui strategi penerokaan dan
penemuan.
Craft, (2003), pula menyatakan bahawa, Sebenarnya guru-guru menyedari kepentingan
kreativiti dalam pendidikan, tetapi mereka menghadapi dilema, kerana pemupukan kreativiti
memerlukan masa lama dan anjal, sedangkan mereka terikat dengan kurikulum dan pedagogi
yang disarankan.
Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu
bidang atau domain interdisiplinari. Projek pelajar boleh dilaksanakan secara berpasukan
kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepada diri mereka.
Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian menunjukkan strategi
pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada pembelajaran secara individu
(Johnson dan Johnson, 1999).
Dalam kaedah ini, pelajar biasanya diberi kebebasan untuk memilih. Tema bagi
projeknya, dipilih dari senarai tema yang disediakan. Dari situ, pelajar mengumpul segala
maklumat dan bahan yang berkaitan projek yang akan dijalankan. Untuk melakukan ini, pelajar
mungkin terpaksa menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas. Tema dipilih
sedemikian supaya penyatu paduan antara beberapa disiplin boleh berlaku. Dengan cara ini,
projek dapat meluaskan skop pemikiran pelajar.
Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah memahami
isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah ini, pelajar akan
dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam suatu situasi
sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Biasanya pelajar akan menjalankan projek
selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Dengan menjalankan kerja-kerja projek
ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di samping mengembangkan potensi
5
diri mereka secara global dan menyeluruh, selain mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang
baru dikuasai.
Kaedah projek ini adalah berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaran
murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Dengan hal
yang demikian, kaedah projek ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti
permainan, kerja praktikal, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat
menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi yang
sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan.
Menurut Norasmah Othman & Shuki Osman (2009), Kaedah projek merupakan kaedah
yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah ini pelajar
akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-
aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan,
kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru berupaya
menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti dalam
bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan, sama ada secara berseorangan
ataupun berkumpulan.
Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea
konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui
kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah
menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk- tajuk
yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara
mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak sebagai
pembimbing.
Kaedah pembelajaran berasaskan projek ini menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu
melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan uji kaji
aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi
peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat
pengamatan dan penanggapan secara berkesan.
6
Melalui aktiviti PBP, enam kemahiran di atas boleh diperoleh dan seterusnya melahirkan
individu yang produktif dan berkesan. Ini kerana dalam aktiviti PBP murid merancang dan
melaksanakan aktiviti projek mengikut perancangan yang peluang murid belajar bagaimana
menggunakan sumber terhad, masa, ruang, dan ahli. Namun perlu diingat, aktiviti PBP yang
dirancang perlu dijajarkan dengan kurikulum atau sukatan pelajaran. PBP tulen adalah
kompleks, mendalam, berdisiplin ketat dan berintegrasi. Empat prinsip yang perlu diberi
perhatian dalam melaksanakan PBP ialah:
Empat Prinsip
Menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat murid untuk menyiapkan
projek selama dua hingga empat minggu atau lebih, bergantung kepada berapa rumit
projek tersebut.
Menyediakan soalan kompleks yang akan mewujudkan keperluan murid untuk
mengetahui dan menyokong projek dengan aktiviti dan maklumat baru yang akan
membantu mendalami projek tersebut.
Mempunyai perancangan, draf, penanda aras, dan persembahan murid kepada panel
yang pakar yang mungkin terdiri daripada ibu bapa dan/atau masyarakat.
Menyediakan masa yang sesuai untuk penilaian dan maklum balas tentang
kandungan projek, secara oral dan komunikasi bertulis, kerja sepasukan, pemikiran
kritis dan kemahiran penting yang lain.
7
1.2 Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka sendiri.
Seorang pengkaji, Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek
yang merangkumi:
Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai
Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran
Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi
Menggunakan kaedah pengalaman ‘hands-on’
Memberi pemahaman yang tinggi
Boleh dirujuk oleh semua pelajar
Melibatkan pelbagai mod komunikasi
Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri
Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri
Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan
yang baru dengan yang lama
Pembelajaran merentasi kurikulum
Guru sebagai fasilitator.
Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan.
Dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil
yang siap.
8
Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
.
2.0 STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF GURU DI SEKOLAH RENDAH
Berdasarkan pengalaman menjalani latihan mengajar di salah sebuah sekolah di daerah
Tamparuli, saya telah sempat membuat pemerhatian terhadap cara pengajaran guru di sekolah
berkenaan. Setiap guru mempunyai cara pengajaran yang berbeza-beza, khususnya guru
veteran dan guru baharu. Namun begitu, saya mendapati kebanyakan guru yang mengajar di
sekolah tempat saya berpraktikum mempunyai semangat yang tinggi dan menggunakan
strategi pengajaran yang berkesan dan menarik. Kebanyakan guru-guru di sekolah tersebut
mengaplikasikan pengajaran inovatif dalam kelas. Cara penyampaian ilmu mereka
membuatkan saya tertarik untuk mengaplikasikannya semasa mengajar di sekolah kelak.
Antara strategi pengajaran inovatif yang diamalkan oleh guru di sekolah berkenaan ialah
melalui strategi Pembelajaran Berasaskan Projek. Strategi ini banyak digunakan dalam
mengajar murid-murid di sekolah berkenaan. Secara ringkasnya, guru melibatkan pelajar dalam
aktiviti atau projek yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau
mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari (dan dalam proses memberikan bimbingan, strategi
mempermudah tugasan atau bantuan/ scaffolding yang membolehkan mereka
menyempurnakan aktiviti dengan jayanya).
9
Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah
berkenaan. Aktiviti Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek yang dilaksanakan oleh guru di
sekolah berkenaan ialah:
Antara aktiviti pembelajaran berasaskan projek yang dijalankan oleh guru-guru di
sekolah berkenaan ialah folio. Berdasarkan pengalaman pemerhatian terhadap hasil kerja
murid tahun lima, saya mendapati kebanyakan murid diminta membuat folio Pendidikan Seni
Visual oleh guru mata pelajaran mereka. Folio tersebut mengandungi himpunan kerja-kerja
Pendidikan Seni Mereka contohnya hasil catan, capan, lukisan, anyaman dan sebagainya.
Himpunan hasil kerja seperti ini sememangnya baik untuk mengajar murid menghargai setiap
hasil kerja yang mereka hasilkan. Melalui pembinaan folio ini, murid akan bergerak sendiri untuk
mendapatkan maklumat. Murid akan menggunakan laman sesawang bagi mendapatkan
10
Folio
Lawatan
Persembahan budaya
Penyiasatan Uji Kaji
Gotong- Royong
maklumat, secara tidak langsung aktiviti pembinaan folio membantu meningkatkan kemahiran
murid mendapatkan maklumat. Pembinaan folio ini juga merangsang persaingan sihat dalam
kalangan murid. Oleh itu, murid akan menjadi lebih kreatif dan berinovasi dalam membina folio
yang terbaik.
Selain itu, sekolah ini ada menganjurkan satu lawatan ke sekolah lain melalui aktiviti
kokurikulum iaitu sempena hari perayaan ‘Thinking Days’ bagi persatuan tunas puteri. Aktiviti ini
mendedahkan murid dengan cara berkomunikasi dengan rakan sebaya daripada sekolah lain.
Aktiviti kokurikulum seperti lawatan ini sebenarnya sangat membantu dalam memberikan murid
pengalaman sebenar dan ilmu pengetahuan mengenai perayaan tersebut. Sebelum lawatan
tersebut dijalankan, carta organisasi ahli jawatankuasa telah dibentuk bagi memudahkan
pengurusan hal-hal lawatan. Aktiviti lawatan ini dapat mendedahkan murid dengan pengalaman
dan ilmu pengetahuan baharu. Pelaksanaan aktiviti lawatan ini membolehkan murid mengambil
bahagian dalam carta organisasi ahli jawatankuasa pelaksana yang dinaungi oleh guru di
sekolah.
Secara tidak langsung, murid dapat mempelajari selok-belok pengurusan aktiviti yang
teratur dan berorganisasi. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat belajar untuk mengurus dan
mendapatkan maklumat tambahan mengenai tempat yang akan mereka lawati. Guru haruslah
memainkan peranan penting dalam aktiviti lawatan ini. Guru perlu memastikan murid mendapat
maklumat dan pengalaman yang berguna semasa mengikuti aktiviti lawatan. Contohnya guru
menyediakan soalan-soalan yang perlu dijawab oleh murid agar matlamat utama lawatan tidak
tersasar. Murid diminta merekodkan dan membuat catatan mengenai ilmu pengetahuan yang
mereka peroleh semasa lawatan dan seterusnya membuat perkongsian ilmu dengan rakan-
rakan bagi memastikan semua ahli kumpulan mendapat maklumat baharu. Oleh itu, aktiviti
lawatan ini merupakan salah satu Pembelajaran Berasaskan Projek yang sangat membantu
dalam meningkatkan ilmu pengetahuan murid.
Penyiasatan Uji Kaji adalah salah satu contoh aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek
yang terdapat dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Antara aktiviti penyiasatan uji kaji yang
dijalankan di dalam kelas ialah uji kaji penanaman biji benih. Menurut salah seorang guru,
aktiviti seperti ini sangat membantu murid dalam memahami kitaran hidup tumbuh-tumbuhan.
Berdasarkan hasil temu bual terhadap guru tersebut, saya mendapati guru tersebut
menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat uji kaji tersebut. Antara bahan-
11
bahan yang diperlukan ialah kapas, kacang hijau, besen dan air. Hasil setiap murid akan
dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk pengawasan pertumbuhan benih tersebut. Hal
ini juga disebabkan makmal sains di sekolah tersebut tidak boleh digunakan atas sebab-sebab
tertentu. Oleh itu, hasil eksperimen tersebut tidak boleh di simpan di dalam makmal.
Berdasarkan aktiviti tersebut, saya mendapati aktiviti penyiasatan uji kaji tersebut sangat
berkesan. Saya sempat meninjau hasil eksperimen tersebut, dan mendapati hanya sebilangan
kecil yang tidak berjaya menjaga biji benih tersebut. Namun begitu, murid-murid memahami
tindak balas tumbuhan terhadap air dan matahari. Guru subjek sains tersebut ada menyatakan
bahawa aktiviti sains seperti ini memudahkan pemahaman murid tentang sesuatu konsep yang
cuba diajarkan. Pendapat beliau ternyata benar kerana murid-muridnya dapat menerangkan
proses pertumbuhan bijih benih dengan betul dan dapat menerangkan faktor-faktor
pertumbuhan bijih benih. Pembelajaran Berasaskan Projek melalui aktiviti penyiasatan uji kaji
sememangnya menggunakan jangka masa yang lama dan perlu melalui beberapa prosedur.
Aktiviti ini menggalakkan murid untuk berusaha mencari jalan penyelesaian bagi memastikan
projek mereka berjaya. Secara tidak langsung, pembelajaran melalui aktiviti penyiasatan
menggalakkan murid berfikiran lebih kritis dan berinovatif dalam menyelesaikan masalah.
Semasa menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut, saya sempat mengikuti salah
satu aktiviti pembelajaran berasaskan projek iaitu ‘Hari Prasekolah’. Antara aktiviti yang
diadakan semasa hari prasekolah ialah pertandingan fesyen kanak-kanak, pertandingan
nyanyian dan pertandingan menari. Kebanyakan peserta pertandingan tersebut adalah terdiri
daripada murid prasekolah yang berumur dalam lingkungan lima hingga enam tahun. Saya
berasa kagum dengan persembahan yang dibuat oleh kanak-kanak tersebut kerana mampu
membuat persembahan yang teratur dan berani berdiri di hadapan khalayak ramai pada usia
yang muda. Antara aktiviti yang menarik minat saya ialah pertandingan menari. Saya mendapati
rata-rata murid prasekolah tersebut mengingati langkah tarian yang diajar oleh guru mereka dan
mampu menari dengan seragam tanpa bimbingan dari pada guru mereka.
Berdasarkan pemerhatian tersebut, saya dapat membuat generalisasi bahawa latihan
berulang kali dapat membantu murid mudah mengingati sesuatu konsep atau ilmu yang
diajarkan. Melalui aktiviti pembelajaran berasaskan projek ini, murid prasekolah mengalami
sendiri situasi autentik. Projek ini juga dapat membantu murid-murid yang terlibat lebih berani
semasa berhadapan dengan orang ramai dan melatih mereka berdisiplin serta belajar
bekerjasama sebagai satu kumpulan. Selain itu, Persembahan Budaya memerlukan persiapan
yang rapi bagi menjayakan aktiviti ini. Murid perlu membuat latihan yang secukupnya dan
12
mengingati peranan yang telah diberikan kepada mereka. Secara tidak langsung, ia
merangsang mereka belajar teknik mengingat secara berkesan. Guru prasekolah mereka
sememangnya pakar dalam melatih dan mengawal murid yang dalam usia kecil seperti itu.
Hasil pemerhatian terhadap cara pengajaran guru di sekolah berkenaan, saya
mendapati ramai guru yang menggunakan inovasi dalam pengajaran mereka walaupun tidak
menggunakan strategi pengajaran berasaskan projek. Antara aktiviti pengajaran yang paling
menarik minat saya ialah aktiviti mata pelajaran sejarah yang dijalankan oleh salah seorang
guru di sekolah tersebut. Guru tersebut menggunakan pelbagai teknik pengajaran semasa
mengajar sejarah. Contohnya teknik lakonan, membuat reka bentuk model kubu dan banyak
lagi. Guru gemar mengajar dengan cara santai dan mengamalkan pembelajaran di luar bilik
darjah. Contohnya, murid diberi kebebasan untuk mengekplorasi kawasan sekolah bagi
mencari maklumat. Murid kelihatan sangat gembira mengikuti pengajaran beliau dan masa
mata pelajaran sejarah sememangnya masa yang ditunggu-tunggu bagi murid-muridnya.
Saya juga mendapati sesetengah guru di sekolah ini gemar menggunakan TMK
pengajaran mereka. Contohnya, guru mata pelajaran Bahasa Inggeris tahun enam gemar
mengajar menggunakan bantuan LCD bagi membantu murid memahami isi pelajaran yang
cuba disampaikan. Murid ternyata lebih berminat untuk belajar dengan adanya paparan slaid
dan video yang menarik. Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan oleh guru tersebut sememangnya sesuai dalam pembelajaran abad 21. Penggunaan
TMK dalam pengajaran sememangnya tidak asing lagi. Menurut salah seorang guru berkenaan,
beliau dan menubuhkan satu kumpulan telegram yang mana memudahkannya untuk
perkongsian maklumat dengan murid-muridnya. Rata-rata murid tahun enam tersebut memiliki
telefon pintar oleh itu, penubuhan kumpulan telegram kelas telah memudahkan perkongsian
maklumat antara guru dengan murid.
Guru Pendidikan Muzik di sekolah berkenaan turut mengamalkan pengajaran inovatif di
sekolah. Antara aktiviti yang menarik minat saya dalam pengajarannya ialah, beliau tidak
membataskan kelangsungan pengajaran pendidikan muzik di dalam kelas. Beliau lebih suka
membawa anak-anak muridnya belajar di ruangan yang luas. Beliau menggunakan dewan
terbuka sekolah untuk mengajar murid-muridnya mengenai seni muzik. Aktiviti Pendidikan
Muzik yang sangat menarik perhatian saya ialah aktiviti menari ‘Ball Dance’. Cara penyampaian
beliau yang bersahaja dan cara berkomunikasi beliau sememangnya sangat menarik. Murid-
murid teruja mengikuti pengajarannya sehinggakan terdapat beberapa orang guru yang turut
13
turun belajar menari tarian yang diajarkannya. Guru prasekolah mereka sememangnya pakar
dalam melatih dan mengawal murid yang dalam usia kecil seperti itu.
Berdasarkan pemerhatian ke atas cara pengajaran guru-guru di sekolah berkenaan,
saya dapat membuat kesimpulan bahawa kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
tidak bergantung pada bahan atau alat yang digunakan sebaliknya guru tersebut yang
memainkan peranan penting dalam menjayakan sesi pengajarannya. Guru haruslah
mengamalkan ciri-ciri pengajaran inovatif dalam pengajarannya. Antara ciri-ciri pengajaran
inovatif yang boleh diamalkan di dalam kelas ialah kreatif dan inovatif. Guru yang kreatif akan
dapat mengintegrasikan pelbagai bahan, kaedah dan teknik dalam penyampaiannya. Guru
tersebut juga haruslah mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Daya imaginasi dapat mencerna
minda murid dan dilatih untuk berfikir secara global.
Selain itu, guru haruslah mempunyai unsur kecindan. Unsur kecindan ialah kata-kata
atau perlakuan yang berunsurkan jenaka serta tidak keterlaluan yang mampu menimbulkan
keseronokan. Selain itu, guru juga harus bijak memilih dan mengaplikasikan media pengajaran
dalam kelas. Media yang menarik boleh terdiri daripada bahan yang berbentuk visual (video),
audio, teks atau grafik. Guru juga perlu menggunakan strategi pengajaran yang meliputi
pendekatan, teknik dan kaedah penyampaian yang sesuai. Tambahan lagi, guru haruslah
memahami kehendak, tabiat, sikap, tingkah laku yang merangkumi aspek kekuatan dan
kelemahan muridnya mengikut tahap umur masing-masing.
Kesimpulannya, pengajaran guru di sekolah rendah haruslah mengaplikasikan strategi
pengajaran inovatif. Pengaplikasian strategi pengajaran inovatif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas dapat menjamin keberkesanan kejayaan mencapai objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan. Oleh itu, guru haruslah menerapkan ciri-ciri pengajaran
inovatif dalam diri bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan pengajaran dan
pembelajarannya di dalam kelas.
14
RUJUKAN
Abdullah Hasan dan Ainon Mohd (2007). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, Kuala Lumpur:
Zafar Sdn. Bhd.
L. Ramaiah (1999). Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini, Selangor Darul Ehsan :
Cetakrapi Sdn. Bhd.
Mohd Yusof Abdullah et al (2009). Pengetahuan Pedagogi Guru, Kota Kinabalu, Sabah :
Gayawara Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Puchong Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan :Pedagogi, Kuala Lumpur: Heinemann (
Malaysia ).
Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki Bin Miskom (2010) Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Sosial : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Teuku Iskandar (2008). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka
15
16