Post on 09-Aug-2015
description
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK
1
TUGASAN INDIVIDU
Soalan :
Pada pendapat anda sejauh manakah kerajaan Malaysia berjaya memupuk
keharmonian hubungan etnik dari segi ekonomi dan pendidikan.
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK
2
Soalan :
Pada pendapat anda sejauh manakah kerajaan Malaysia berjaya memupuk
keharmonian hubungan etnik dari segi ekonomi dan pendidikan.
1.0 Pengenalan
Sebagai rakyat Malaysia kita sewajarnya rasa bertuah kerana tinggal dalam negara
yang mempunyai pelbagai etnik, budaya dan agama namun masih mampu hidup
dalam keadaan aman dan damai. Semua ini adalah hasil daripada semangat
persefahaman yang terjalin kukuh sejak negara mencapai kemerdekaan, sikap
toleransi dan saling menghormati serta kesediaan untuk bertolak ansur,
bermuafakat demi kepentingan bersama. Kestabilan dan keharmonian yang
diwujudkan telah membolehkan negara terus maju membangun menuju landasan
yang cemerlang terutamanya mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.
Kepelbagaian kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua dan ia merupakan
sumber kekuatan. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai
bangsa dan kaum di negara kita bermula dengan apa yang dinamakan sebagai
kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak sosial adalah satu
persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan
musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris
dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955.
Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setia kawan serta
perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Permuafakatan
formula perkongsian kuasa telah dipersetujui oleh semua pihak sejak daripada dulu
lagi. Bertitik tolak daripada inilah keharmonian hubungan etnik di Malaysia berjaya
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK
3
dikekalkan oleh kerajaan yang memerintah sejak kemerdekaan 55 tahun lalu.
Sebagai kerajaan yang prihatin pelbagai aspek telah diberi perhatian untuk
mengekalkan keharmonian ini. Antara aspek yang amat diambil berat oleh kerajaan
untuk memupuk keharmonian hubungan etnik di Malaysia ialah aspek ekonomi dan
aspek pendidikan .
2.0 Keharmonian Hubungan Etnik Dari Segi Ekonomi
Di awal kemerdekaan kerajaan yang memerintah menghadapi cabaran untuk
memupuk keharmonian etnik dari aspek ekonomi. Hal ini kerana penguasaan
ekonomi rakyat ketika itu mengikut pekerjaan yang telah diaturkan oleh pihak
Inggeris sebelum merdeka. Etnik Melayu menguasai sektor pertanian yang
memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Etnik Cina
menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan
menggunakan teknologi moden. Etnik India terlibat dengan perladangan di estet
getah dan kelapa sawit. Wujud jurang pendapatan ketara di kalangan etnik. Masing-
masing cuba bersaing mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar.
Penguasaan ekonomi yang berbeza dan jurang pendapatan yang tidak seimbang
mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Hal ini menimbulkan
rasa tidak puas hati semua golongan etnik . Rentetan rasa tidak puas hati inilah
yang telah mencalitkan sejarah hitam negara dengan tragedi rusuhan kaum pada
13 Mei 1969. Menyedari kepentingan perpaduan kaum maka beberapa langkah
yang efisien telah dijalankan kerajaan bagi mengekalkannya keharmonian
hubungan etnik di Malaysia.
Oleh yang demikian, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
sebagai strategi ke arah mengukuhkan pendapatan dan ekonomi bumiputera
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK
4
Melayu dan seterusnya dapat mengurangkan jurang ekonomi dengan masyarakat
bukan Melayu. Pada pertengahan tahun 1970, DEB yang begitu bermakna telah
dilancarkan oleh Tun Abdul Razak. Implikasi dasar ini terletak pada matlamatnya
yang berbentuk serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa
mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan
kaum melalui kegiatan ekonomi. Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaan DEB (1970-
90), kerajaan berjaya meningkatkan ekonomi rakyat negara ini khususnya kaum
Melayu. Seterusnya keharmonian juga berjaya dipertahankan dan diperteguhkan
lagi
Kejayaan DEB memupuk keharmonian hubungan etnik ini diteruskan lagi dengan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991-2000 yang telah dilancarkan oleh Tun
Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada 17 Jun 1991. Antara
Objektif utamanya adalah untuk mewujudkan kestabilan negara bagi menjamin
kestabilan sosial dan politik serta pembangunan ekonomi yang berterusan melalui
pembangunan bandar dan luar bandar. Apabila berakhirnya DPN kerajaan
meneruskan lagi kecemerlangan ekonomi negara dengan Dasar Wawasan Negara
(DWN) 2001-2010. Dasar Wawasan Negara mempunyai tujuh teras utama bagi
memperkukuh daya saing dan daya tahan negara serta mewujudkan masyarakat
yang saksama bagi memastikan kestabilan dan perpaduan negara.
Jika diperhatikan semua dasar-dasar berkaitan ekonomi yang dibuat oleh kerajaan
sedikit pun tidak mengabaikan aspek keharmonian hubungan etnik. Hal ini kerana
kerajaan sedar tanpa keharmonian hubungan etnik sudah pasti semua dasar yang
dilancarkan boleh dijayakan. “ Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang kaum
yang sentiasa hidup dalam aman dan harmoni, penuh dengan perasaan saling
menghormati dan bertoleransi. YAB Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah
menekankan bahawa perkara ini tercapai bukanlah secara kebetulan tetapi
menerusi pengurusan hubungan etnik berlandaskan perkongsian kuasa dalam
pembentukan kerajaan dan penumpuan kepada pengurusan ekonomi yang mampan
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK
5
serta pembahagian ekonomi yang seimbang. ” [Ucapan Tun Abdullah Ahmad
Badawi, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 - 2010), contohnya tumpuan tidak
hanya diberikan kepada Industri berteraskan k-ekonomi tetapi turut memberi
perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai modal insan .
Dalam konteks ini, Islam Hadhari dijadikan kerangka kerja untuk meningkat kualiti
modal insan yang tidak hanya meliputi etnik Melayu atau masyarakat Islam tetapi
juga semua rakyat Malaysia. Berdasarkan pencapaian yang dicapai dalam bidang
ekonomi ini jelaslah kebijaksanaan perancangan yang dibuat oleh kerajaan yang
berterusan ini telah memakmurkan negara seterusnya membolehkan rakyat
Malaysia hidup dalam suasana yang harmoni.
3.0 Keharmonian Hubungan Etnik Dari Segi Pendidikan
Dalam aspek pendidikan pula kerajaan telah membuat pelbagai langkah bagi
memupuk keharmonian hubungan etnik di negara ini. Sejak merdeka kerajaan telah
berusaha untuk memupuk perpaduan dan keharmonian kaum bagi tujuan
kemakmuran negara. Jika sebelum merdeka sistem pendidikan memperlihatkan
tentang dominasi mengikut kepentingan etnik masing-masing. Pelajar Melayu
menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa
Melayu. Pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan menggunakan bahasa
pengantaraan Mandarin. Akhir sekali pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan
menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda ini
menyebabkan interaksi antara etnik amat terhad dan interaksi hanya tertumpu
dalam kumpulan etnik yang sama. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK
6
memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Hal ini kerana setiap etnik
, cuba mempertahankan bahasa ibunda mereka . Termasuklah mengamalkan
sistem pendidikan yang berbeza. Justeru itu, kerajaan telah membentuk satu dasar
pendidikan bersepadu yang sesuai untuk semua etnik dalam usaha mengatasi
cabaran ini .
Pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha untuk
menyatupadukan murid-murid dari semua kumpulan etnik ke dalam satu sistem
pelajaran yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Umumnya, dalam pendidikan usaha memupuk keharmonian dan
persefahaman disalurkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Oleh itu
kerajaan telah menggariskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Seterusnya
semua kurikulum , sukatan pelajaran yang sama kandungannya diajarkan kepada
semua murid yang berlainan etnik ini. Kerajaan juga berjaya memupuk keharmonian
hubungan etnik melalui aspek pendidikan dengan menerapkan nilai-nilai perpaduan
antara sesama kaum contohnya dalam pembelajaran sivik , moral dan kenegaraan.
Hasilnya pelajar daripada etnik yang berbeza telah dipupuk dengan perpaduan ,
keharmonian dan kerjasama sesama kaum dalam masyarakat majmuk di negara ini.
Menyedari kepentingan perpaduan kaum ini juga kerajaan telah mewujudkan
Sekolah Wawasan. Antara tiga tujuan penubuhan Sekolah wawasan iaitu
mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berasal daripada latar
belakang yang berlainan. Kedua memupuk semangat integrasi dalam kalangan
pelajar yang pelbagai aliran . Ketiga melahirkan generasi yang mempunyai sikap
toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu. Oleh itu dapatlah dikatakan konsep sekolah wawasan ini adalah untuk
memelihara perpaduan kaum yang dipupuk sejak awal lagi iaitu dalam kalangan
kanak-kanak. Institusi pendidikan dengan corak perpaduan kaum ini membantu
masyarakat untuk saling mengenali dan menghormati kebudayaan serta adat resam
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK
7
kaum-kaum yang lain. Pelaksanaan Sekolah Wawasan ini sememangnya
merupakan satu strategi kerajaan Malaysia yang berjaya mengharmonikan
masyarakat Malaysia yang multietnik sifatnya. Walaupun kini hanya lima sahaja
Sekolah Wawasan yang telah ada tetapi melihat kepada kejayaan ini adalah wajar
kerajaan meluaskan konsep Sekolah wawasan ini di seluruh Malaysia termasuk
Sabah dan Sarawak.
Kesimpulan
Dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk ini keharmonian hubungan
etnik amatlah penting untuk dipelihara dan dipertahankan. Kerajaan yang
memerintah memainkan peranan yang besar untuk meneruskan kesinambungan
keharmonian ini supaya tidak diganggu gugat oleh anasir-anasir dalam dan luar
negara yang sentiasa mencari peluang untuk meleburkan keharmonian yang
dikecapi ini. Menurut bekas Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad , “
Bangsa Malaysia merupakan satu bangsa yang bersatu padu ; mempunyai satu
masa depan yang sama dan dikongsi bersama ; sejahtera dan bersatu padu antara
wilayah atau kumpulan etnik ; hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan
cara yang sebenar dan adil serta kesetiaan , politik dan kebaktiannya bertumpu
kepada bangsa tersebut ”. Sehubungan itu kerajaan yang memerintah perlulah
mengagihkan kekayaan ekonomi negara kepada semua rakyat tanpa mengira
kaum. Pengagihan yang adil akan membolehkan semua etnik merasai
kesenangannya . Justeru itu akan dapat menghapuskan perasaan iri hati terhadap
kesenangan kaum lain dan akhirnya akan dapat melahirkan masyarakat yang
harmoni dan saling menolong antara satu sama lain. Sistem pendidikan perlu
sentiasa dikemas kini supaya generasi yang akan lahir nanti tahu sejarah dan boleh
meneruskan kesinambungan keharmonian hubungan etnik di negara ini.
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK
8
Akhir sekali , kemakmuran , perpaduan , keharmonian negara ini bergantung
sepenuhnya kepada kerajaan yang memerintah. Semua dasar yang telah dibuat dan
yang akan dilaksanakan diharapkan dapat memasukkan elemen keharmonian
hubungan etnik . Hal ini bagi membolehkan negara ini terus maju ke hadapan tanpa
mengabaikan aspek keharmonian rakyatnya yang berbilang etnik ini. Gagasan
1Malaysia yang dibawa oleh kerajaan perlu dihayati oleh segenap lapisan
masyarakat yang berbilang ini. Telah terbukti semua dasar kerajaan ini telah
membawa keharmonian dalam negara ini. Sehubungan dengan itu juga kerajaan
yang memerintah perlu juga mendengar pandangan rakyat yang berbilang etnik ini
agar apa yang dirancang diterima dengan baik oleh semua etnik . Ungkapan “
Bersatu teguh bercerai roboh ” besar ertinya dalam mewujudkan keharmonian dan
perpaduan dalam negara yang tercinta ini. Semoga keharmonian ini akan kekal
selamanya.
Disediakan oleh :
Zainor Din bin Abu Hasan
PPG Jun 2011.
Unit BMM 3 - IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK
9
Abdullah Sani Yahaya. (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang PTS Pub & Distributor
Dr Zaid b Ahmad ( 2006 ). Hubungan Etnik Di Malaysia. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Fadzilah, b. A. (1996). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTSPub &
Distributor Sdn. Bhd.
Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. (1995). Siri Perpaduan Negara. Pendidikan ke
arah Perpaduan. Petaling Jaya : Penerbit Setiamas
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Rancangan Integrasi Murid untuk
Perpaduan (RIMUP). Dasar Pelaksanaan Rimup 2008.
Perpaduan melalui bahasa kebangsaan: PPSMI dalam jangka panjang boleh
melupuskan BM sebagai bahasa tamadun A. Aziz Deraman Sinar Harian
10.06.2009
Sheela, A. (1993). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sufean, H. (2002). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tajul Ariffin, N. (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tengku, A. (1990). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec
=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1023&pub=umno2010&sec=Renc
ana&pg=ru_10.htm
http://www.bharian.com.my/articles/BahayajiwaPerlembagaandicabuli/Article/
http://umatmuhammad.blogspot.com/2007/08/siapa-hindraf-mahu-tuntut-hapuskan-hak.html
http://theunspinners.blogspot.com/2010/07/hak-melayu-bumiputera-tidak-boleh.html
REFLEKSI
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK
10
Bismilahirrahmanirrahim dan Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah
saya ZAINOR DIN ABU HASAN – 700620045013 unit ( BMM 3 ) menyiapkan
tugasan KERJA KURSUS PROJEK HUBUNGAN ETNIK ( WAJ 3106 ) yang
diberikan kepada semua guru Program Pensiswazahan Guru PPG Jun 2011.
Tugasan ini meminta saya membuat kerja secara berkumpulan . Oleh itu saya telah
membuatnya bersama dengan saudara ANUAR BIN MD.YATIM ( 701123045113 )
dan saudara ZAMRI BIN JABAR @ M SANAT( 720605015981 ). Setelah
memahami tajuk tugasan, kami telah berbincang dan membahagikan kerja yang
patut dibuat bagi memudahkan kami menyiapkan tugasan ini .
Proses pertama tugasan ini menghendaki saya terpaksa mencari sumber-sumber
releven tentang peristiwa –peristiwa yang berkaitan dengan hubungan etnik di
Malaysia. Sehubungan dengan itu kami telah membahagikan tugasan ini. Saya telah
memilih tajuk berkaitan hak keistimewaan orang Melayu untuk dibincangkan. Proses
mencari maklumat ,saya buat melalui internet . Hal ini demikian inilah cara yang
paling mudah untuk mendapatkan maklumat. Melalui carian di arkib-arkib akhbar
dapatlah saya mengumpulkan bahan untuk tugasan pertama ini. Kemudian dalam
tugasan individu pula saya diminta menulis esei kejayaan kerajaan Malaysia
memupuk hubungan etnik dari aspek ekonomi dan pendidikan. Tugasan
memerlukan saya meneliti apakah dasar-dasar kerajaan selama ini dapat memupuk
keharmonian di negara ini. Melalui bacaan bahan-bahan yang diperoleh akhir dapat
juga tugasan ini disiapkan .
Menyiapkan tugasan ini merupakan cabaran baru kepada saya . Dengan tempoh
masa yang singkat , masalah jarak perhubungan dengan rakan kumpulan
menyebabkan saya terpaksa bekerja keras untuk menyiapkannya. Namun dengan
semangat setia kawan , saling membantu dan sedia dibantu akhirnya saya bertekad
menyiapkan tugasan ini sebagaimana yang dikehendaki. Saya bersyukur kerana
dengan adanya teknologi terkini seperti email , “ facebook ” maka perbincangan
dapat dibuat walaupun saya tinggal berjauhan dengan rakan sekumpulan.
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK
11
Hampir sebulan lebih kami cuba untuk menyiapkan kerja kursus ini. Bagi saya , ini
satu cabaran dalam meningkatkan lagi ilmu . Menyiapkan tugasan ini memberikan
satu input berkenaan kepelbagaian etnik di negara ini. Kepelbagaian etnik ini
menyebabkan kerajaan menghadapi banyak cabaran untuk mengekalkan
keharmonian negara. Melalui tugasan ini juga saya dapati pelbagai pihak sama ada
dalam dan di luar negara cuba untuk menggugat keharmonian yang kita telah kecapi
ini. Oleh itu sebagai pendidik amatlah penting bagi saya mengajar anak-anak didik
saya agar dapat menjadi rakyat yang sentiasa menjaga keharmonian hubungan
etnik ini. Sebagai mana yang diharapkan oleh kerajaan agar semua lapisan
masyarakat menjaga keharmonian , perpaduan supaya negara boleh terus dipacu
ke hadapan tanpa perselisihan antara kaum ini. Diharapkan agar tragedi 13 Mei
1969 menjadi pengajaran bagi kita dalam mengejar kemajuan aspek hubungan etnik
perlu juga di ambil berat khususnya oleh pihak kerajaan yang memerintah.
Oleh itu , sebagai guru kita perlu ada pengetahuan mengenai sosiobudaya anak
didik kita yang berbilang etnik supaya pengajaran dan pembelajaran dapat di
sampaikan dengan lebih menyeluruh kepada semua pelajar. Pemahaman tentang
sosiobudaya juga membolehkan guru merancang proses pembelajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan latar belakang pelajar. Jika guru tidak peka
terhadap kelas sosial , kepercayaan , bahasa dan adat resam sesuatu etnik maka
sudah tentu guru akan menghadapi kesukaran untuk menjalankan tugasan.
Akhirnya akan menyebabkan proses integrasi sosial juga sukar dijayakan dalam
masyarakat yang berbilang etnik.
Selepas menyiapkan tugasan ini barulah saya menyedari betapa sukarnya pihak
kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian etnik di negara yang kita
sayangi ini. Dewasa ini banyak pihak cuba untuk menunjukkan kehebatan mereka
dengan memainkan isu-isu yang berkaitan kontrak sosial yang telah dipersetujui
selepas kita merdeka. Hal ini jika tidak ditangani dengan baik akan menjadi barah
yang boleh menghancurkan negara satu hari nanti. Walaupun ada yang
diperjuangkan itu ada betulnya tetapi kerajaan harus bijak menanganinya seperti
kata pepatah menarik rambut di atas tepung , rambut jangan putus tepung jangan
berselerak. Sehubungan dengan itu sebagai pendidik kita wajar berjalan seiringan
WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK
12
dengan dasar kerajaan yang mempertahankan keharmonian hubungan etnik ini.
Semoga anak-anak didik kita nanti menjadi rakyat yang tahu bagaimana untuk
menjaga hubungan etnik dalam masyarakat yang berbilang kaum ini.
Untuk itu , saya mengakui banyak perkara yang masih perlu saya pelajari untuk
menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik saya. Saya amat berharap agar ilmu
yang saya peroleh ini dapat diaplikasikan sepenuhnya dengan sebaik mungkin
untuk memberi manfaat kepada anak-anak didik saya nanti . Insya-Allah.
Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah yang bertanggungjawab
untuk KKP ini iaitu Encik Abd Khalid Osman atas bimbingan dan panduan yang
telah diberikan sewaktu saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya, tanpa tunjuk
ajar daripada pihak tuan ,sudah tentu tugasan ini tidak dapat disempurnakan
dengan jayanya. Terima kasih daun keladi, budi mu tuan akan sentiasa diingati
selalu.
Akhir kata, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan mahupun
kekurangan dalam penghasilan tugasan ini. Sesungguhnya segala keburukan dan
kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri dan segala kebaikan itu hanya
daripada Allah semata-mata.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
EN. ZAINOR DIN BIN ABU HASAN
PPG JUN 2011
BMM3