Post on 31-Dec-2014
description
KLASIFIKASI TULANG
TULANG PANJANG• Tulang yang ukuran panjangnya lebih
daripada lebarnya.
• Mempunyai batang badan atau DIAFISIS yang bersifat lurus, padat dan berbonggol di bahagian hujung.
• Semua tulang panjang adalah tulang keras.
• Contoh tulang:
Humerus, radius, ulna, femur, tibia, fibula dan falanks.
CONTOH TULANG PANJANG
TULANG PENDEK
• Berbentuk kiub
• Ukuran panjang dan lebarnya hampir sama atau tiada banyak perbezaan.
• Terdapat banyak di pergelangan tangan dan kaki.
• Kebanyakan tulang pendek terdiri daripada tulang lembut.
• Contoh : tarsus, karpus & patela
CONTOH TULANG PENDEK
TULANG LEPER
• Berbentuk nipis dan rata.
• Fungsi : melindungi organ-organ lembut.
• Contoh : Rusuk, ileum, sternum, skapula dan tengkorak.
CONTOH TULANG LEPER
TULANG LEPER DI TENGKORAK
TULANG TAK SAMA BENTUK
• Tidak boleh diklasifikasikan sebagai tulang panjang, pendek atau leper.
• Mempunyai banyak cuaran.
• Contoh : vertebra dan pelvis.
CONTOH TULANG TAK SAMA BENTUK
Tulang pelvis
TULANG VERTEBRA
STRUKTUR TULANG PANJANG• Terdiri daripada 3 bahagian iaitu EPIFISIS,
DIAFISIS & PERIOSTEUM.• Tulang panjang tumbuh secara memanjang dan
diameter (lebar).• Tulang panjang ada 2 epifisis dan 1 diafisis. • Hampir semua permukaan tulang dilapisi
PERIOSTEUM ( selaput tisu)• Bahagian yang berartikulasi dengan tulang lain
tidak dilapisi periosteum.• Permukaan tulang yang berartikulasi diselaputi
oleh kartilej.
STRUKTUR TULANG PANJANG
• EPIFISIS
-Terletak di hujung tulang panjang.
- Bahagian hujung yang hampir dengan
paksi tengah tubuh ialah EPIFISIS
PROKSIMAL.
- Bahagian hujung yang jauh daripada
paksi tengah tubuh ialah EPIFISIS
DISTAL.
- Bahagian luar epifisis diselaputi rawan
(kartilej).
• DIAFISIS
- merupakan bahagian badan tulang.
- terdiri daripada tulang padat
- diselaputi oleh tisu berfiber periosteum.
- mengandungi kaviti medulari di bahagian
tengahnya.
- kaviti medulari – bahagian berongga,
mengandungi tisu adipos untuk
menyimpan lemak dan membentuk
sumsum kuning.
• Bahagian diafisis yang bertemu epifisis dinamakan sebagai garisan epifisis – sisa rawan daripada pertumbuhan tulang.
• PERIOSTEUM
- merupakan tisu penyambung
- menyelaputi permukaan luar tulang
panjang KECUALI bahagian rawan.
- mengandungi osteoblas, osteoklas, fiber
saraf, salur darah dan limfatik.
- menghasilkan sel-sel untuk membesar
secara diameter & banyak salur darah.
- tempat lekatan tendon otot pada tulang.
PERKEMBANGAN TULANG• Pembentukan tulang berlaku sebelum
kelahiran & pertumbuhan tulang berlaku selepas kelahiran manusia.
• Tulang manusia terdiri daripada 2 jenis tisu keras iaitu RAWAN & TULANG PADAT.
PEMBENTUKAN TULANG• Proses pembentukan tulang bermula
daripada peringkat embrio sehingga kita dewasa.
PEMBENTUKAN TULANG PERINGKAT EMBRIO
• PROSES PEMBENTUKAN TULANG atau OSIFIKASI TULANG bermula dari peringkat embrio sehingga dewasa.
• P1 – tulang terbentuk daripada rawan hialin.• P2 – rawan hialin diselaputi sepenuhnya oleh
OSTEOBLAS (sel pembentuk tulang).• P3 – salur darah dan osteoblas masuk ke
bahagian tengah rawan hialin – membentuk PUSAT OSIFIKASI PRIMER (pertama) untuk membentuk tisu tulang lembut.
• P4 – OSTEOKLAS (sel penghakis tulang), akan menghakis tisu rawan perlahan-lahan sehingga terbentuk KAVITI MEDULARI.
• P5 – proses yang sama berlaku di bahagian epifisis tulang dan membentuk PUSAT OSIFIKASI TULANG SEKUNDER (kedua).
OSIFIKASI TULANG
TUMBESARAN TULANG
• Selepas kelahiran, rawan hialin akan bertukar menjadi tulang KECUALI rawan artikulasi & plat epifisis.
• Proses pembentukan rawan baru terjadi di luar permukaan luar rawan artikulasi & permukaan plat epifisis.
• Pada masa yang sama – rawan lama & kaviti medulari dihakis dan digantikan dengan kandungan tulang.
• Tulang juga tumbuh secara melebar.
• Ini disebabkan oleh :
- penambahan tisu pada bahagian luar
epifisis oleh osteoblas.
- pemusnahan bahagian dalam tulang oleh
osteoklas.
• Proses ini dikawal oleh hormon tumbesaran.
• Proses ini akan berhenti apabila kita meningkat remaja.
TUMBESARAN TULANG
KEPERLUAN MINERAL, VITAMIN DAN HORMON
• Osifikasi tulang memerlukan mineral (kalsium & fosforus), hormon dan vitamin D.
Kalsium fosfat • Terbentuk akibat tindak balas kalsium• Membentuk tulang keras
Hormon • hormon pertumbuhan dan hormon seks
membantu menguatkan tulang.• Hormon paratiroid menjana proses
hakisan kalsium apabila kalsium dalam darah berkurangan.
• Hormon kalsitonin meningkatkan penghantaran kalsium dalam darah ke tisu tulang.
• Kesan – kandungan kalsium dalam darah berkurangan.
Vitamin D
• Membantu penyerapan kalsium.
• Boleh didapati daripada cahaya matahari, diet dan makanan tambahan.
• Kesan kekurangan
- proses penyerapan kalsium berkurangan
- tubuh akan menggunakan simpanan
kalsium dalam tulang – akibatnya –
melemahkan tulang sedia ada &
menghalang pembentukan tulang baru.
- kalsium kurang – mengakibatkan
penyakit OSTEOPOROSIS (pereputan
tulang).
JENIS – JENIS SENDI
• Sendi – tempat pertemuan tulang-tulang atau kartilej dengan tulang.
• Sendi dibahagikan mengikut fungsi, struktur & pergerakan.
• JENIS SENDI BERDASARKAN FUNGSI :
- SINARTROSIS (tidak boleh gerak)
- AMFIATROSIS ( boleh gerak sedikit)
- DIATROSIS ( boleh bergerak bebas)
SENDI SINARTROSIS
• Sendi yang boleh bergerak sedikit atau tidak boleh bergerak langsung.
• Kebanyakan sendi jenis ini berfiber.
• Contoh : sendi yang terdapat di antara tulang-tulang tengkorak.
JENIS SENDI BERDASARKAN FUNGSI
SENDI AMFIATROSIS• Sendi yang boleh bergerak dengan terhad.
• Kebanyakan sendi ini mempunyai rawan (kartilej)
• Sendi antara tulang belakang (vertebra)
SENDI DIATROSIS
• Sendi yang bebas bergerak.
• Kebanyakan sendi ini juga mempunyai rawan di bahagian sendi.
• Contoh : sendi lutut
JENIS SENDI BERDASARKAN STRUKTUR
• Terbahagi kepada tiga jenis :
- sendi berfiber (fibrous joint)
- sendi berawan (cartilagenous joint)
- sendi sinovial (diatrosis)
SENDI BERFIBER
- Kedudukan tulang rapat, tiada
rongga & dipisahkan tisu
penyambung
- tidak membenarkan
sebarang pergerakan.
- Contoh : Tempat
sambungan sendi di
tengkorak.dinamakan
sutura.
Contoh Sendi Berfiber
SENDI BERAWAN
-Tulang bersambung
dengan rawan hialin.
- Membenarkan pergerakan
yang terhad sahaja.
SENDI SINOVIAL
- dikenali juga sebagai sendi diatrosis.
- hujung tulang diselaputi oleh rawan
hialin dan kapsul cecair (membran
sinovial)
-Membran sinovial merembeskan
cecair sinovial untuk melicinkan
pergerakan.
- fungsi cecair sinovial adalah untuk
memelihara sel kartilej dan mengurangkan
kesan geseran antara dua tulang.
- Di luar membran sinovial ada ligamen
yang memegang kedua-dua tulang yang
berartikulasi.
Sendi Sinovial • Sendi Engsel
- di bahagian siku, pergelangan kaki &
falanks.
- pergerakannya melibatkan satu paksi
sahaja seperti engsel pintu.
• Sendi Paksi
- di bahagian leher (tengkorak berartikulasi dengan turus vertebra pada sendi ini)
• Sendi Gelongsor
- terbentuk daripada tulang rata.
- pergerakannya tidak ada paksi
- contoh: karpus dan tarsus.
• Sendi Pelana
- terdapat di pangkal ibu jari.
- membolehkan pergerakan ibu jari ke
hadapan, ke belakang dan pergerakan
rotasi yang terhad.
• Sendi Lesung
- sendi paling bebas bergerak.
- contoh : pinggul dan bahu
• Sendi Kondil
- membolehkan pergerakan melalui 2
paksi.
- contoh pergerakan : fleksi, ekstensi, sisi
ke sisi.
- terdapat di pangkal jari dengan
metakarpus.
JENIS-JENIS SENDI SINOVIAL
JENIS-JENIS PERGERAKAN
• Ada 2 posisi rujukan bagi pergerakan iaitu:
a) kedudukan biasa
b) kedudukan anatomi
• Kedudukan anatomi adalah kedudukan terbaik sebagai pusat rujukan untuk menjelaskan jenis-jenis pergerakan.
JENIS-JENIS PERGERAKAN
PERGERAKAN LINEAR• Berlaku secara mendatar ke hadapan atau
ke belakang dan ke kiri atau ke kanan.
PERGERAKAN PUTARAN• Melibatkan semua bahagian objek
bergerak mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu pusat atau paksi putaran.
GERAKAN PUTARAN
PERGERAKAN BERSUDUT
• Suatu pergerakan yang berkeadaan lurus tetapi masih bersudut..
• Melibatkan seluruh bahagiannya bergerak dari satu kedudukan kepada kedudukan lain.
GERAKAN BERSUDUT
PERGERAKAN KHUSUS
• Pergerakan yang tiada taranya pada satu atau dua sendi sahaja.
PERGERAKAN KHUSUS