Post on 05-Oct-2021
KOMBINASI ELEMEN SENI DALAM ALIRAN KONSEPSUALISME
Halimah Binti Haji Yunus
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus)
2006
Ibsat Khidmat Maklumat Akaderpik OWIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK
UNIMAE
1006273476
KOMBINASI ELEMEN SENI DALAM ALIRAN KONSEPSUALISME
HALIMAH BINTI HAJI YUNUS
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
Seni Halus
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2006
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: KOMBINASI ELEMEM SENI DALAM ALIRAN
KONSEPSUALISME
SESI PENGAJIAN : 2003/2006
Saya HALIMAH BINTI HAJI YUNUS
mengaku membenarkan tesis/Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi
5. *sila tandakan[: ]
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan dimana di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan
Tan acrigah Penulis Tarikh: %ý pjýo1,2w-ý
Alamat Tetap: No 66 Kampung Haji Baki Blok `C', Lorong 16 93250 Kuching Sarawak
Tandatangan Penyelia Tarikh:
Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda *Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Projek bertajuk `Kombinasi Elemen Seni dalam Aliran Konsepsualisme' telah disediakan
oleh Halimah Binti Haji Yunus dan telah disediakan kepada Fakulti Seni Gunaan dan
Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Seni Halus).
Diterima untuk diperiksa oleh:
(EN. YAKUP BIN MOHD RAFEE)
Tarikh:
PENGESAHAN
Adalah dengan ini diakui disetai bertajuk `Kombinasi Elemen Seni dalam Aliran
Konsepsualisme' disediakan dan dikemukakan oleh Halimah Binti Haji Yunus sebagai
sebahagian dari keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan (kepujian) dalam
Program Seni Halus diterima.
Disahkan oleh :
(EN. YAKUP BIN MOHD RAFEE)
Tarikh:
Penyelia @ Pensyarah Seni Halus
(EN. ZULKALNAIN ZAINAL ABIDIN)
Ketua Program Seni Halus,
Tarikh :
(PROF. MADYA MOHD . FADHIL B. MORD ABD. RAHMAN)
Dekan Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak.
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan dalam disertai ini telah
digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan samada kepada
universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.
? 7" (HALIMAH BINTI HAJI YUNUS)
No, Matrik ; 10111
PusAt Khidmat Maklumat Akademi, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
KANDUNGAN
" Sekalung budi " Abstrak " Rasional " Sinopsis karya
" Objektif kajian
BAB 1
1.1 Pengenalan 1.2 Pernyataan masalah 1.3 Hipotesis 1.4 Kajian lepas 1.5 Metodologi
BAB 2
2.1 Isu kajian
Muka surat
III iv V
Vi
1-3 4--5 6--8 9 -10 11-12
2.1.1 Seni visual 13-15 2.1.2 Ciri - ciri formalistik dan prinsip seni
dalam seni visual 16 - 22 2.1.3 Seni Konsepsual 23 - 27
2.2 Karya artis yang mengaplikasikan elemen serta prinsip Formalistik dalam aliran konsepsual 28 - 33
BAB 3
" Kesimpulan dan keputusan
BAB 4
" Karya peribadi
o Siri satu
o Sid dua
34 - 35
36-39
40-41
Lampiran Lampiran karya peribadi
SekoCung 6adi
BismiClahirrakmanirraFiim. ..
Bersyukur kehadrat Allah S. W. T kerana dengan izinNya maka dapatlah kajian ini
disiapkan seperti mana yang dikehendaki. Sesungguhnya peluang menimba ilmu
khasnya di Program Seni Halus Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS amat
berharga. Dikesempatan ini, ingin saya merakamkan penghargaan yang tidak terhingga
kepada pensyarah penyelia bagi projek akhir saya iaitu Encik Yakup Mohd. Rafee
"... encik memang sporting dan tak kedekut ilmu... ". Setiriggi - tinggi penghargaan juga
buat para pensyarah Program Seni Halus yang diketuai oleh Tuan Haji Zulkalnain, Encik
Wan Jamarul Abdullah Thani, Encik Awangko Hamdan dan Encik Anuar Ayob. "... kalian
memang hero Fine Art yang tiada tandingannya, saya beruntung menjadi anak didik
kalian ... hanya Allah yang dapat membalas budi kalian selama saya belajar di Unimas
ini... ". Buat insan yang tersayang iaitu ayahanda Tuan Haji Yunus bin Abeng, bonda
Hajah Perbanun bte. Mat, abang Awek, abang Man, abang Melly, kak Ani, Attan, Dedek
dan pak usu Zai, "... terima kasih banyak-banyak kerana begitu memahami, sentiasa
memberi dorongan serta semangat sepanjang pengajian saya di sini, kalian sentiasa di
hati dan kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. " Peluang ini juga saya ingin
menyampaikan berbanyak terima kasih kepada Midya (Kuya), Noza (Ustazah), Cath
(Wai Sulu), Mina(Sulu Injau), "... bestla bersahabat dengan korang. Korang banyak
tolong aku sepanjang pengajian kita. Aku takkan lupa budi kalian. " Buat rakan - rakan
sekelas tiada apa yang dapat saya nyatakan cuma, "... sesungguhnya ikatan diantara kita
bukan sekadar teman sekelas selama tiga tahun sahaja malah ia berkekalan hingga akhir
hayat ini. "... jangan lupa memori berjalan kaki satu Bangsar masa kita buat projek kat
KL tempoh hari. Kitajuga sama - sama muka slamber bila karya kena reject pensyarah
tapi bersemangat untuk mencapai tahap yang tertinggi cuma nasib belum menyebelahi
kita. Apa pun tahniah sebab berjaya mengharungi segala keperitan dalam Seni Halus ".
i
Turut diingati adik Hazrizan (Ejan), "... kakak beruntung dapat junior macam Ejan dan
terima kasih sebab banyak bantu akak dalam projek akhir ni. Semoga Ejan berjaya
dalam pengajian dengan cemerlang". Malah buat adik-adik junior Seni Halus yang
ringan tulang bantu akak dan rakan-rakan juga semoga sukses selalu. Tidak dilupai
Azrawani, Habsah Abdullah dan rakan - rakan yang banyak memberi dorongan sepanjang
saya menyiapkan PTA ini, terima kasih yang tidak terhingga. Buat staf-staf FSGK
terutama para juruteknik yang turut bekerja keras memberi kerjasama sepanjang PTA ini,
mereka yang terlibat secara langsung mahu pun sebaliknya sepanjang pengajian saya di
UNIMAS, terima kasih yang tidak terhingga dan semoga kita sentiasa dirahmatiNya.
ii
Abstrak
Dalam karya ini, apa yang ingin disampaikan ialah karya berbentuk konsepsual tetap
menggunakan elemen formalistik dalam pengucapan karya. Malah gabungan beberapa
elemen dan prinsip seni seperti ruang, kontras dan keseimbangan turut diaplikasikan.
Abstract
These art works are attempts to illustrate the capacity of exemplifying formalistic
elements in creating a conceptual art form.
III
Rasional
Berdasarkan kajian lepas, kebanyakan daripada rujukan adalah hanya tentang seni
konsepsual berfokuskan idea. Tidak terdapatnya huraian/rujukan yang menjurus/secara
langsung menyebut bahawa di dalam karya aliran konsepsual turnt diaplikasikan elemen
- elemen serta prinsip - prinsip formalistik. Menghasilkan karya aliran ini tidak semudah
visual yang dipaparkan kerana ia memerlukan pemerhatian serta pemahaman yang
mendalam.
iv
Sinopsis karya
Sebuah karya yang mengaplikasikan elemen-elemen serta prinsip-prinsip formalistik di
dalam karya aliran konsepsual pada catan. Konsep catan pada karya ini adalah dengan
pengadaptasian medium dari segi visual. Alternatif dipilih untuk pengucapan karya aliran
ini sememangnya bermain dengan visual yang kontras serta maksud yang tersirat pada
ayat "1 am not a painter but i want to be a visual artist" pada setiap permukaan kanvas
yang pelbagai saiz.
V
Objektif
" Pengolahan idea bersesuaian dengan visual melalui penerapan elemen - elemen
serta prinsip - prinsip formalistik
" Anjakan paradikma dalam menghasilkan karya - karya seni bersesuaian dengan
era globalisasi
" Pengaplikasian elemen- elemen serta prinsip - prinsip formalistik pada karya
konsepsual
V1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
"Kombinasi elemen formalistik dalam aliran konsepsualisme masa kini"
memperkatakan tentang gabungan atau cantuman sama ada secara teori atau
praktikal dalam karya berbentuk dua atau tiga dimensi. Pemilihan tajuk tersebut
adalah sesuai kerana ia ada mengabungkan elemen seni yang selama ini kita
dapat lihat pada penghasilan sesebuah karya yang terdiri daripada pelbagai aliran
seperti aliran konsepsualisme. Bertitik tolak dengan kekreatifan seseorang
pengkarya maka gabungan setiap elemen formalistik ( warna, garisan, ruang,
bentuk, jalinan, rupa ) ini dapat melahirkan sesebuah karya seni yang menarik
malah tidak dinafikan memiliki maksud - maksud yang tersirat. Ini dapat
dibuktikan melalui kata - kata seorang daripada artis konsepsual yang terkenal
iaitu Marcel Duchamp, sesuatu gerakan seni moden yang sebenarnya adalah
kerana apabila segelintir daripada artis dapat berkarya tentang apa yang mereka
fikirkan patut mereka lakukan dan terbuka untuk semua orang.
"And then there is that one-man art movement, Marcel Duchamp -for me a truly
modern movement because it implies that each artist can do what he thinks he ought to -
a movement for each person and open for everybody. "
Willem de Kooning, 1951
I
Impak daripada berlakunya anjakkan paradikma dalam dunia seni masa
kini amat jelas. Para seniman telah beralih kepada mendominasikan idea dalam
karya mereka. Karya daripada Redza Piyadasa banyak menggunakan aliran
ini, contohnya karya bertajuk "Keagongan Landskap Malaysia", 1972, media
campuran. Karya beliau bertemakan pemandangan Malaysia yang mana beliau
menggunakan gaya seolah - olah menceritakan apa yang perlu ada dalam
sesebuah karya. Beliau menggunakan gaya kontraktif. Begitu juga yang berlaku
dengan seorang lagi artis barat yang terkenal dengan konsepsual beliau iaitu
Joseph Kosuth, "One and Three Chairs ", 1965. Walaupun karya nampak ringkas
dan mudah namun seni visual yang dipaparkan itu adalah bermain dengan idea
yang hendak disampaikan. Setiap unsur di dalam karya mengandungi maksud
, yang tersirat dan perlukan penjelasan daripada Si Pengkarya itu sendiri atau
pemahaman oleh pemerhati itu sendiri.
Penghasilan sesuatu karya seni adalah juga pelbagai sama ada mengikut
aliran dunia seni itu sendiri atau mengikut aliran zaman di sesebuah tempat
tersebut. Karya seni tidak dihasilkan seperti yang ingin dilihat, tetapi dihasilkan
untuk dilihat. Penyampaian seni tampak terdiri daripada beberapa bentuk dan
gaya seperti lukisan, catan, seni persembahan dan seni yang berorientasikan
kontemporari seperti seni video dan seni video digital. Apa juga penghasilan
sesuatu karya seni itu, elemen formalistiknya tetap ada. Pengkarya sesungguhnya
tidak boleh lari dari perkara ini. Dunia seni masa kini semakin mengalami anjakan
paradikma dari segi pengolahannya.
2
Karya - karya yang dihasilkan tidak hanya menggunakan pigmen warna
pada kanvas malah sekarang dengan adanya kemajuan sains dan teknologi maka
dunia seni turut mengalami perubahan sama ada dari segi bentuk mahu pun gaya
pengolahannya. Penghasilan karya yang berfokuskan idea sememangnya semakin
berkembang kini. Masyarakat semakin didedahkan kepada bentuk seni yang
dianggap seiring dengan kemajuan negara kini. Malah seni tidak hanya dapat
dihasilkan oleh mereka yang dikatakan "dilahirkan berbakat" untuk menghasilkan
karya namun boleh diceburi oleh masyarakat dengan adanya daya kreativiti untuk
mengintepretasikan sesuatu idea. Bukanlah pula bermakna untuk menghasilkan
sesuatu karya seni itu boleh di `hentam kromo', tapi penguasaan ilmu
pengetahuan tentang seni juga adalah penting.
Modenisasi dan era grobalisasi sebagai prasyarat dan prasembah kepada
situasi seni tampak pasca moden kepada satu premis universal.. Cantuman yang
hololistik, bersepadu dan multidimensi iaitu sains dan seni. Pengaplikasian ini
sebagai laluan penyelesaian dalam merepresentasi dan naratif "I am not a painter
but 1 want to be a visual artist ", bahasa yang berupaya mengekspresi emosi,
visual yang mengutamakan unsur - unsur tampak sebagai subjek dalam
menyampaikan idea ciptaan seni yang semakin berkembang. Elemen formalistik
tetap dibincangkan dan jelaslah yang elemen tersebut mampu berfungsi walau apa
juga pendekatan yang pengkarya gunakan.
3
1.2 Pernyataan masalah
Sesungguhnya masyarakat membuat intepretasi tentang seni merupakan
sesuatu yang tidak ada faedahnya masih berlaku. Persoalan "apakah seni" tetap
masih bermain di fikiran mereka malah turut berlaku dikalangan pengkarya
sendiri. Berkaitan hala tuju seni dan masa depan tradisi, seni juga dianggap
sebagai medium sahaja. Karya seni yang terbaik terletak pada kreativiti
pengolahan bahan - bahan dan pengutaraan isu - isu sosial terkini. Maka
seandainya penguasaan teknikal lemah, karya kurang berjaya. Penghasilan karya
yang berfokuskan idea merupakan satu pendekatan yang mampu mengubah
persepsi masyarakat tentang seni. Seni masa kini bukan sekadar membincangkan
tentang isu - isu sosial malah telah dipelbagaikan.
Gaya penyampaian idea tersebut tidak hanya menggunakan teknik -
teknik konvensional seperti catan, palitan pigmen warna di atas permukaan
kanvas. Unjuran daripada itu maka seni turut bergerak seiring dengan era
kehidupan kini. Seni juga dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja 'tanpa mengabaikan
elemen formalistiknya serta memiliki ilmu pengetahuan tentang seni. Anjakkan
paradikma ini berlaku sedemikian juga akibat ilmu pengetahuan yang mendalam
tentang seni.
4
t'usat Khidmat Maklumat Akadcmik tAVIVERSiTi MALAYSIA SARAWAK
Walaupun aliran konsepsualisme ini telah lama di wujudkan namun
pengkaji tetap masih mengalami kesukaran untuk mendapatkan maklumat.
Rujukan begitu terhad malah kurangnya pendedahan tentang hasil - hasil karya
yang mengunakan aliran ini yang membuat pengkaji berminat untuk turut mencari
apakah penyebabnya dan sekurang - kurang dapat mengurang kerumitan akan
datang. Pendedahan kepada masyarakat juga perlu agar mereka tidak
menambahkan lagi persepsi negatif tentang seni ini. Konsepsual ini jika kita lihat
sememangnya nampak ringkas dan mudah untuk dihasilkan namun keterangan
dari segi idea yang sangat kompleks.
Pengolahan idea bukannya dibuat - buat tetapi kebijaksanaan dari segi
pengolahan visual amat penting. Sememangnya pengadaptasian elemen - elemen
seni tidak ditonjolkan seperti dalam karya catan yang konvensional namun jika
diamati maka pengadaptasian tersebut turut ada digunakan. Bukanlah seni jika
elemen - elemen tersebut tidak diterapkan bersama karya.
5
I
1.3 Hipotesis
Seni konsepsual sebenarnya telah lama wujud di barat iaitu sejak tahun
1960-an lagi. Pelbagai teknik digunakan untuk menyampaikan idea
konsepsualisme ini oleh para pengkarya, namun yang paling ketara
kebanyakannya menggunakan teknik yang meletakkan sesuatu objek yang telah
siap seperti kerusi (oleh Joseph Kosuth), dan "A roadsign near the Overthorpe
turn, Middleton Cheney, England. Polaroid photograph" oleh Michael dan Mel.
Seni konsepsual ini sebagaimana yang kita maklum penekanan terhadap idea amat
diutamakan. Ini dapat kita lihat bagaimana para pengkarya menyampaikan setiap
karya mereka walaupun menggunakan objek - objek yang telah siap namun
pengolahan idea memang jelas. Contoh karya yang terawal menggunakan aliran
ini adalah daripada Marcel Duchamp bertajuk "Fountain "(Readymade). Ini dapat
kita lihat melalui kata - kata daripada Roberta Smith dalam buku bertajuk
"Concepts of modem art",
"... Duchamp posited his Readymades (art as idea), or what one
writer has called `his infinitely stimulating conviction that art can
be made out of anything ", m/s 257.
6
Melalui kajian ini, kita dapat lihat betapa seni konsepsual tersebut dapat
diaplikasikan dengan menggunakan elemen - elemen formalistik yang
digabungkan dengan teknologi seperti cahaya dan pigmen warna. Malah
penggunaan teks sebagai satu daripada motif yang hendak disampaikan oleh
pengkaji juga tidak dinafikan. Pengkaji menggunakan unsur warna pada teks yang
bukannya menggunakan teknik catan konvensional. Pengkaji secara tidak
langsung cuba mengenengahkan bahawa aliran konsepsual ini dapat memberi satu
anjakkan paradikma dalam menghasilkan seni visual tanpa mengabaikan unsur -
unsur formalistik.
Walaupun seni adalah dipersembahkan semata-mata objek estetik yang
berkomunikasi dengan penonton, namun ia juga boleh berfungsi sebagai media
maklumat yang kreatif tanpa mengabaikan elemen-elemen seni. Elemen seni
adalah perkara yang terpenting dalam menghasilkan karya seni Karya tersebut
akan hilang keintelektualannya sekiranya elemen-elemen ini diabaikan. Tidak
dinafikan karya-karya konsepsual hanya menggunakan medium yang telah sedia
ada namun kemantapan karya tersebut adalah pada pengadaptasian setiap elemen
formalistik tadi.
7
Teknik penyampaian sesebuah karya sememangnya ringkas namun isu
yang di sampaikan adalah berat selalunya dan yang mengekalkan nilai-nilai
kesenian pada karya tersebut adalah dengan adanya penerapan elemen-elemen
seperti ruang, warna, imbangan, garisan, kontra dan sebagainya. Kekreatifan
penyampaian karya adalah bergantung kepada pengkarya agar karya tersebut
dapat memberi impak yang pelbagai kepada pemerhati.
Tidak dinafikan bahawa seni aliran ini dapat memberi peluang kepada
sesiapa sahaja yang tidak mahir menggunakan teknik konvensional dalam
penghasilan catan, arca dan sebagainya kerana seni bukan sekadar untuk orang
yang pro seni sahaja namun seni juga adalah untuk masyarakat.
8
1.4 Kajian lepas
Seni konsepsual sememangnya satu daripada aliran/gerakan seni yang
telah lama dipraktikkan di barat. la telah wujud dalam tahun 1960-an lagi.
Sebelum ini para sarjana barat khasnya telah pun menulis buku berkaitan tentang
perkembangan aliran seni ini namun tidak dinafikan ia masih terhad dan
kesukaran untuk mendapatkan sumber-sumber rujukan tambahan/lain bagi tujuan
pembelajaran masih berlaku, terutama untuk membuat rujukan dalam
pengaplikasian elemen - elemen serta prinsip - prinsip seni. Antara buku - buku
yang ada menceritakan tentang seni aliran ini seperti "Concepts of modert art"
terbitan Nikos Stagos, New York, "Conceptual Art and Painting" oleh Charles
Harrison, dan "Contemporary Art 1965-1990", "Conceptual art: a critical
anthology" terbitan Alberro dan Blake Stimson. Kebanyakan yang disampaikan
melalui buku - buku tersebut adalah menceritakan tentang perkara utama seni
konsepsual tersebut iaitu idea. Penyampaian tentang pengaplikasian elemen -
elemen serta prinsip - prinsip formalistik adalah tidak secara langsung. la
terpulang kepada keprihatinan pemerhati itu sendiri. Keadaan ini adalah tidak
begitu sesuai terutama bagi mereka yang "cetek" tentang seni yang mana melihat
seni itu sekadar visual dan beranggapan seni itu adalah mengarut dan tidak
mempunyai makna serta panduan dalam penghasilannya.
9
Unjuran daripada itu maka wujudnya dilema di kalangan para pembaca
dan peminat seni amnya dan khasnya bagi mereka yang berminat terhadap seni
aliran konsepsual ini untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa seni aliran
ini tidak hanya menggutamakan idea malah "paradaban" dalam menghasilkan
karya (pengaplikasian elemen formalistik) tetap dikekalkan sama ada secara
langsung atau sebaliknya.
Sesungguhnya seni aliran ini adalah menarik kerana pengaplikasian idea
dengan pelbagai bentuk. Tidak dinafikan seni konsepsual ini majoritinya
menggunakan aspek semiotik untuk mengolah sesuatu karya tersebut. Adalah
diharapkan dengan adanya kajian ini maka dilema terhadap pengaplikasian
elemen formalistik pada karya - karya konsepsual tidak lagi berlaku malah karya
berbentuk konsepsual juga tidak lagi dianggap mudah.
Bertitik tolak daripada perkara - perkara tersebut maka timbul perasaan
untuk mengetahui seni konsepsual serta pengaplikasian elemen - elemen
formalistik dalam pengucapan karya ini secara lebih mendalam . Lebih - lebih
lagi apabila melihat karya - karya seperti "Keagongan Landskap
Malaysia ", 1972, media campuran oleh Redza Piyadasa, "One and Three
Chairs", 1965 oleh Joseph Kosuth dan "Afghan Massacre" 2002, dakwat atas
kanvas. Walaupun karya berbentuk konstraktif namun cara pengkarya
melakarkan dan meletakkan "subjek matter" masih menampakkan penggunaan
elemen formalistik.
10
1.5 Metodologi
Metodologi merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat dan keputusan penyelidikan . la termasuklah mengetengahkan bukti
untuk menyokong hipotesis yang dibuat. Beberapa kaedah tersebut dianggap
dapat membantu dalam mencapai hasrat kajian.
Pendekatan secara historikal amat sesuai kerana dapat memberi gambaran
awal sejarah kewujudan aliran konsepsual ini dalam dunia seni. Kebanyakan
rujukan yang dilakukan adalah di kalangan para artis barat. Dalam aliran
konsepsual ini, tidak ramai artis tempatan yang aktif. Namun, terdapat seorang
yang popular dengan penggunaan aliran ini iaitu Redza Piyadasa.
Dalam menghasilkan penulisan ini, sumber rujukan diperolehi daripada
hasil tulisan dan pendapat beberapa artis tampak khasnya yang menggunakan
aliran ini sebagai karya. Tidak dinafikan kebanyakan daripada artis rujukan
tersebut (sama ada contoh karya atau pun bahan bacaan) adalah dari barat seperti
Joseph Kosuth, Ian Wilson, Dan Graham, Adrian Piper, Robert Barry, Roberta
Smith serta beberapa orang lagi artis barat. Bahan - bahan rujukan juga diperolehi
daripada lawatan akademik ke Balai Seni Lukis Negara, galeri - galeri seni di
sekitar Kuala Lumpur serta pameran-pameran karya seni daripada artis-artis
tempatan seperti Redza Piyadasa, Shamsuri Mohamed dan Rohaizam.
11