konsep ketuhanan

Post on 29-May-2015

16.225 views 0 download

Transcript of konsep ketuhanan

KONSEP KETUHANAN

MENURUT AGAMA-AGAMA BESAR DUNIA

ISLAM

BUDDHA

HINDU

KRISTIAN

YAHUDISIKH

KETUHANAN

MENURUT ISLAM

LATAR BELAKANG AGAMA

Diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril pada malam 17 Ramadhan (6 Ogos 610Masehi).

Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun Gajah (20 April 571Masehi) dan wafat pada 13 Rabiulawal 11 Hijrah (7 Jun 633Masehi).

Latar belakang Agama

Firman Allah: “Bacalah dengan nama Tuhan kamu

yang menjadikannya. Ia menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang Maha Mulia, yang mengajar manusia menulis dengan pena. Tuhan yang mengajar manusia perkara-perkara yang tidak diketahuinya.

(Al-Alaq:1-5)

Samb..

TAUHIDBahasa: dari bahasa Arab diambil

dari perkataan “wahhada” yang bermaksud Esa.

Istilah: mengiktikad keEsaan Allah s.w.t pada zat, sifat dan perbuatanNya berdasarkan kepada dalil-dalil yang benar.

Samb..

TAUHID

Rububiyyah

Uluhiyyah

Asma Wa Sifat

Samb..

TAUHID RUBUBIYYAH

Rab = Tuhan Kepercayaan hanya Tuhan

Yang Esa yang Mencipta, memiliki dan mentadbir alam ini serta seluruh isinya.

Samb..

TAUHID ULUHIYYAHIlah = Tuhan

Penyerahan diri, memohon pertolongan dan memuja-muji dalam pengibadatan hanya kepada Tuhan Yang Esa, tidak kepada yang lain.

Samb..

Abu A’ala al-Maududi membahagikan Tauhid Uluhiyyah kepada 6 pengertian:

i. Tuhan menurut pengertian & kefahaman lazim.

ii. Tuhan sebagai pusat tumpuan atau matlamat pengabdian.

iii. Tuhan sebagai tempat mendapatkan perlindungan.

iv. Tuhan sebagai pusat tumpuan kecintaan.v. Tuhan sebagai sumber pemberi rezeki.vi. Tuhan sebagai sumber perundangan.

Samb..

TAUHID ASMA WA SIFATAsma = nama-nama, Sifat = sifat-sifat

Kepercayaan hanya Allah Yang Esa yang mempunyai segala sifat-sifat yang Maha Sempurna dan nama-nama Yang Mulia yang tidak ada persamaan dengan makhluk.

Samb..

Mengetahui dan memahami bahawa Allah s.w.t mempunyai 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil, 1 sifat harus dan 99 nama.

Dilarang membayangkan zat Allah s.w.t.Mengenal Allah melalui kefahaman

terhadap sifat-sifat dan nama-namaNya.

KETUHANAN MENURUT KRISTIAN

Latar belakang Agama

Asalnya adalah agama Nasrani yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa a.s.

Menurut Islam, agama Kristian telah muncul setelah kematian Nabi Isa a.s dengan berlaku beberapa perubahan dalam agama Nasrani.

Nabi Isa dikenali sebagai Jesus Kristus dalam agama Kristian berbangsa Bani Israel dan Galilea (keturunan Nabi Daud).

Beliau dilahirkan oleh Maryam seorang gadis suci yang belum pernah berkahwin.

Ketuhanan Menurut Kristian

Sebahagian besar penganut Kristian berpegang kepada konsep Tritunggal (Triniti) atau Tuhan mengandungi 3 oknum (peribadi) iaitu:i. Tuhan Bapa : Allah Pencipta Sekalian alam.ii. Anak Tuhan : Tuhan atau firman yang hidup bersama-sama manusia yang datang ke dunia sebagai ‘juruselamat’.iii. Ruhulkudus : “Roh Allah” yang boleh masuk ke dalam peribadi orang suci.

samb..

Dalam alKitab (Bibble) banyak memberikan kepastian bahawa Tuhan itu Esa:

“Hear O Israel: the Our God, the Lord is one. Love the Lord Your God with all your heart and with all your soul and with all your strengh”.

Samb..

Salib merupakan suatu yang dimuliakan dan dijadikan pusat tumpuan di dalam gereja.

Mempercayai bahawa Jesus Kristus mati disalib di atas kayu yang dipalang.

Kematiannya sebagai korban untuk menebus dosa manusia.

KETUHANAN MENURUT HINDU

Latar belakang Agama

Merupakan antara agama tertua di dunia.

Diberi nama sempena nama Sungai Sindu (Indus) tempat asal penganutnya.

Tidak ada sesiapa yang mengaku sebagai pencipta atau pengasasnya.

Samb..

Terdapat dua aliran:i. Aliran perbilangan (lebih

kuat dan luas penyebarannya)

ii. Aliran Keesaan

Samb..

Aliran perbilangan Percaya setiap satu kekuatan tabi’ie (air, api,

sungai, gunung dll) sama ada memberi faedah atau memudaratkan perlu dipuji, menganggapnya mempunyai roh dan jiwa lalu mendekatinya melalui perbuatan-perbuatan ibadah dan persembahan korban.

Akhirnya mempercayai wujudnya tuhan dan dewa yang berbilang yang memberi kesan dalam kehidupan manusia.

Samb..

Antara nama-nama tuhan yang terkemuka iaitu:

-Varuna di langit

-Indra di udara

-Agni di bumi

Samb..

Aliran Keesaan Mengumpulkan tuhan-tuhan di dalam satu

tuhan sahaja iaitu Brahma. Bagaimanapun penganut Hindu menamakan

tuhan dengan tiga nama mengikut tugas tuhan tersebut (konsep Trimurti):

i. Brahma (pencipta)

ii. Vishnu (pemelihara)

iii. Siva (pemusnah)

Samb..

Brahma ialah nama tuhan dalam bahasa Sanskrit.

Brahma merupakan tuhan yang wujud dengan zatnya, tiada dapat diketahui oleh pancaindera dan tidak diketahui oleh akal.

Brahma merupakan punca segala makhluk dan tiada terbatas, asli, azali, bersendiri, darinya alam ini wujud.

Samb..

Dalam Kitab Bajapanaburana menjelaskan seorang sami telah mengadap dan bertanya kepada tuhan Brahma, Vishnu dan Siva: “yang mana di antara kamu tuhan yang sebenar?” Mereka semua menjawab:…

Samb..

…”Ketahuilah wahai sami, bahawa di antara kami tidak ada perbezaan langsung. Tuhan yang satu lahir dengan tiga rupa mengikut tugas-tugasnya iaitu mencipta, memelihara dan membinasakan, tetapi sebenarnya dia adalah satu. Sesiapa yang menyembah salah satu dari yang tiga maka seolah-olah dia menyembah mereka semua atau menyembah yang tunggal maha tinggi”.

Samb..

Sebahagian orang Hindu menganggap patong tuhan adalah tuhan mereka dan sebahagiannya pula menganggap ia sebagai simbol tuhan.

KETUHANAN MENURUT KETUHANAN MENURUT BUDDHABUDDHA

Latar belakang agama…

Aliran agama yang berkembang pada abad ke 6 SM.

Mempunyai hubungan erat dan persamaan dengan agama Hindu dari aspek prinsip-prinsipnya.

Tidak bertitik tolak dari Tuhan, hubunganNya dengan alam dan seluruh isinya.

Memberi tumpuan kepada aspek etika dan ajaran-ajaran moral.

Samb..

Diasaskan oleh Siddharta anak raja kerajaan Kosala. Berasaskan kepada empat peristiwa yang telah beliau

menyaksikan di luar istana iaitu:

-seorang yang sagat tua usianya.

-seorang yang sedang menderita sakit.

-mayat yang sedang diusung untuk dibakar.

-seorang fakir yang meminta-minta. Beliau menyedari bahawa dunia penuh penderitaan,

kesedihan dan kesengsaraan.

Samb..

Beliau meninggalkan istana bagi mencari kebenaran dan kedamaian hidup.

Berpuasa, bermeditasi dsbnyaBeliau mengetahui kebahagiaan dan

kegembiraan hidup semasa bermeditasi di bawah pokok Bodhi.

Samb..

Tidak membincangkan tentang ketuhanan. Menimbulkan berbagai pandangan sama ada ia

sebagai sebuah agama atau aliran falsafah. Walau bagaimanapun wujud kepercayaan

kepada perkara-perkara ghaib. Antaranya:

-Konsep Nirvana

-Kepercayaan terhadap roh dan hantu.

-Konsep dewa-dewa.

KETUHANAN MENURUT SIKH

Latarbelakang agama…

Telah dianuti oleh penduduk di utara india berhampiran Pakistan (daerah Punjab).

Dicipta oleh seorang bernama Nanak.Agama yang mempersatukan pelbagai

unsur dua agama besar di India iaitu Hindu dan Islam serta tambahan-tambahan oleh Guru Nanak dan tokoh-tokoh yang mendahuluinya.

Samb..

Guru Nanak dilahirkan dalam keluarga berbangsa Hindu yang menerima pengaruh Islam.

Beliau banyak terpengaruh dengan ajaran dan sajak ciptaan Kabir (seorang yang banyak belajar tentang Islam dan Hindu)

Samb..

Tuhan dikenali dengan nama “Nam” yang bererti ‘Nama’ Tuhan yang esa.

Dalam rumah ibadat tidak ada berhala kerana ajarannya melarang menyembah berhala.

Titik pusat bagi rumah ibadat ialah buku suci (Adi Granth) yang dibaca dengan irama dan nada yang indah.

Kesimpulan

Secara umumnya semua agama mempercayai kewujudan Tuhan berasaskan kepercayaan masing-masing, yang berkuasa mengatasi kuasa makhluk yang hidup di muka bumi.

sekian