Post on 13-Apr-2016
description
Q
UNIT 1 : KEMAHIRAN SAINTIFIK
KEMAHIRAN PROSES SAINS
Memerhati
Kemahiran proses sains memerhati ialah proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena dengan menggunakan sebahagian atau semua deria iaitu :
i. Rasa ii. Lihat iii.Sentuh iv. Bau v. Dengar
2. Mengelas
Kemahiran proses sains mengelas ialah menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama.
3. Mengukur dan menggunakan nombor
Mengukur dan menggunakan nombor ialah kemahiran membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan alat berunit piawa atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan.
Contoh alat pengukur ialah pembaris dan silinder penyukat
4. Meramal
Meramal ialah proses menjangka sesuatu peristiwa yang akan berlaku. Ramalan adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data.
5. Membuat Inferens
Membuat inferens ialah membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.
6. Berkomunikasi
Berkomunikasi ialah menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual atau rajah.
KEMAHIRAN MANIPULATIF
Terdapat lima kemahiran manipulatif, iaitu :
1) Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul
2) Mengendalikan specimen dengan betul dan selamat
3) Melakar specimen, peralatan, dan bahan sains dengan tepat
4) Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
5) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat