Post on 12-Mar-2018
BAGAIMANA WANG ZAKAT DIAGIHKANLaporan Ringkas Aktiviti-Aktiviti Agihan Zakat Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tahun 2014
www.maiwp.gov.myfacebook.com/maiwp.hqfacebook.com/baitulmal.wp
Talian Bebas tolBaitulmal MAIWP1-800-88-5222
Hotline Skuad Jejak AsnafBaitulmal MAIWP012-518 3614 / 012-512 7614
2
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk
orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang
mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya,
dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan
orang-orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan
Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan.
(Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan
(yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana.
(At-Taubah:60)
2
3
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izinNya, laporan ringkas aktiviti-aktiviti agihan zakat MAIWP berjaya diterbitkan untuk tahun kedua.
Laporan ini insyaAllah akan disediakan pada setiap tahun bagi menerangkan kepada orang ramai mengenai aktiviti-aktiviti agihan yang dilaksanakan oleh MAIWP. Melalui laporan ringkas ini, penerangan aktiviti-aktiviti agihan yang dijalankan akan dapat disampaikan dengan lebih mudah dan padat khususnya kepada para pembayar zakat. Dengan cara ini, mereka dapat mengetahui ke manakah wang zakat yang dibayar oleh mereka dibelanjakan. Selain itu juga, menerusi laporan ini, mereka yang ingin memohon bantuan zakat dapat mengetahui bentuk-bentuk bantuan zakat yang boleh dipohon.
Adalah diharapkan agar para pembaca laporan ini dapat membantu MAIWP dengan menyebarluas maklumat yang dimuatkan seterusnya membolehkan MAIWP untuk meningkatkan lagi agihan zakat kepada mereka yang memerlukan.
Sekian, terima kasih
DATUK HAJI ZAINAL ABIDIN BIN JAFFARKetua Pegawai EksekutifMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
3
Pengurusan Zakat di Wilayah Persekutuan 5
Program Agihan Zakat Yang Dilaksanakan oleh MAIWP 6
Agihan Zakat MAIWP 2014 8
Agihan Zakat Menerusi Skim Bantuan Zakat 9
• Pembangunan Asnaf• Perumahan• Pendidikan• Ekonomi• Pembangunan Ummah
Agihan Zakat Secara Tidak Langsung Menerusi Institusi Pendidikan 17
• Darul Hannan• Tadika Islam• Sekolah Menengah Agama MAIWP• Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz• Institut Kemahiran Baitulmal• Institut Profesional Baitulmal• Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI• Darul Ilmi
Agihan Zakat Secara Tidak Langsung Menerusi Institusi Perlindungan dan Kebajikan 21
• Darul Kifayah• Dar Assaadah• Darul Hidayah
Agihan Zakat Secara Tidak Langsung Menerusi Penubuhan Prasarana di Bawah Kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan 23
• Kedai Rakyat MAIWP• Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia MAIWP- Hospital Putrajaya• Pusat Pembedahan Katarak MAIWP- Hospital Selayang• Pusat Gelandangan MAIWP- Kementerian Dalam Negeri
Pembinaan Masjid, Surau dan Sekolah Rendah Agama Di Wilayah Persekutuan Menggunakan Dana Zakat MAIWP 25
Agihan Makanan Percuma 27
Agihan Zakat di Luar Wilayah Persekutuan 28
Usaha Proaktif MAIWP Mencari Mereka Yang Memerlukan Melalui Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP 29
Kandungan
4
Maj
lis
Aga
ma
Isla
m W
ilay
ah P
erse
kutu
an
Pengurusan Zakat Di Wilayah Persekutuan
Pengurusan zakat di
Wilayah Persekutuan diuruskan
oleh MAIWP
MAIWP melantik Pusat Pungutan Zakat MAIWP
(PPZ-MAIWP) untuk menguruskankutipan zakat harta
Zakat yang dikutip oleh PPZ-MAIWP
diserahkan kepada MAIWP untuk
diagihkan menerusi pelbagai program
agihan
5
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
Bagaimana zakat diagihkan oleh MAIWP?
Program agihan zakat merupakan program utama MAIWP. Ia merupakan satu amanah para pembayar zakat yang dipikul oleh MAIWP. Wang zakat yang dibayar oleh mereka perlu diagihkan kepada golongan asnaf sepertimana yang ditetapkan oleh syara’ agar hasrat pembayar zakat tertunai.
MAIWP bertindak secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam pengagihan zakat. Selain pengagihan zakat terus melalui skim-skim bantuan, zakat turut dimanfaatkan melalui operasi institusi pendidikan, perlindungan dan kebajikan yang ditubuhkan oleh MAIWP. Ia dikategorikan sebagai program agihan zakat secara tidak langsung di mana zakat dapat dimanfaatkan untuk memberi kesan yang lebih besar selain dapat digunakan untuk jangka masa panjang.
Program Agihan Zakat Yang Dilaksanakan oleh MAIWP
Pendahuluan
6
Maj
lis
Aga
ma
Isla
m W
ilay
ah P
erse
kutu
an
Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Zakat
1. Beragama Islam 2. Warganegara Malaysia 3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari tiga tahun4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
Pengiraan Had al-Kifayah
Had al-Kifayah merupakan pengiraan yang digunakan dalam menentukan kelayakan pemohon untuk menerima bantuan zakat. Ia mengambilkira keperluan asasi yang diperlukan oleh seseorang untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bagi setiap elemen keperluan asasi, satu kadar yang paling minimum diletakkan.
Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.
7
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
AGIHAN ZAKAT MAIWP 2014*
* Laporan belum diaudit
AGIHAN ZAKAT MENERUSI SKIM BANTUAN ZAKAT
1. Bantuan Kewangan Bulanan RM85.89 juta kepada 23,824 penerima
Membantu asnaf dengan menyalurkan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.
3. Bantuan Takaful Asnaf RM4,000 kepada 199 penerima
Melindungi asnaf (penerima Bantuan Kewangan Bulanan) dengan perlindungan takaful.
2. Bantuan Aidilfitri RM11.63 juta kepada 25,225 penerima
Meringankan beban asnaf dalam menampung perbelanjaan sempena bulan Ramadhan
dan Syawal.
Pembangunan Asnaf
9
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
4. Bantuan Perubatan RM18.07 juta kepada 2,604 penerima
Membantu asnaf yang tidak berkemampuan bagi menanggung kos rawatan perubatan.
6. Bantuan Perkahwinan RM4.99 juta kepada 2,925 penerima
Membantu asnaf yang ingin melangsungkan perkahwinan.
5. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
RM4.9 juta kepada 1,990 penerima
Membantu asnaf yang mempunyai tanggungan hutang akibat daripada aktiviti memenuhi keperluan asasi.
7. Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Orang Kurang Upaya (OKU)
RM7,000 kepada seorang penerima
Membantu OKU dengan memberikan bantuan deposit bagi membeli motorsikal untuk pergerakan harian dan menjana pendapatan secara kecil-kecilan.
10
Maj
lis
Aga
ma
Isla
m W
ilay
ah P
erse
kutu
an
8. Bantuan Ibnu Sabil RM0.42 juta kepada 1,488 penerima
Membantu asnaf yang menghadapi keputusan perbelanjaan samada tambang/ makanan dalam perbelanjaan/ penginapan untuk balik secara terpaksa ke satu-satu destinasi samada dalam atau luar negara.
10. Bantuan Guaman Syarie RM0.11 juta kepada 26 penerima
Membantu asnaf yang menghadapi masalah pendakwaan/ tuntutan kes
di Mahkamah Syariah.
9. Bantuan Kecemasan RM1.19 juta kepada 8,878 penerima
Membantu mereka yang menghadapi masalah dan memerlukan pertolongan serta merta/segera akibat terputusnya perbelanjaan sara hidup.
11. Bantuan Musibah RM1.43 juta kepada 775 penerima
Membantu meringankan beban mangsa-mangsa musibah seperti bencana alam, kemalangan jiwa, kecurian, rompakan dan seumpamanya.
11
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
Perumahan
Pendidikan
1. Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
RM5.49 juta kepada 2,940 penerima
Membantu asnaf yang tidak berkemampuan bagi membayar deposit/ sewa rumah.
1. Bantuan Am Persekolahan RM16.52 juta kepada 21,846
penerima
Meringankan beban ibu bapa yang tergolong dalam golongan asnaf dalam menanggung kos persekolahan anak-anak di peringkat sekolah rendah dan menengah.
2. Bantuan Membina / Membaiki Rumah / Deposit Rumah
RM1.57 juta kepada 121 penerima
Membantu asnaf yang kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi membina/ membaiki/ deposit membeli rumah kos rendah.
12
Maj
lis
Aga
ma
Isla
m W
ilay
ah P
erse
kutu
an
3. Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan
RM5.87 juta kepada 22,732 penerima
Membantu meringkan beban perbelanjaan ibu/bapa yang termasuk dalam golongan asnaf untuk membeli kelengkapan persekolahan menjelang musim persekolahan yang baru.
5. Bantuan Persediaan IPT RM3.01 juta kepada 3,024
penerima
Membantu pelajar-pelajar yang mendapat tawaran menyambung pengajian ke sekolah berasrama penuh dan institusi pengajian tinggi bagi perbelanjaan awal sebelum melapor diri.
2. Bantuan Am Pelajaran IPT RM29.02 juta kepada 9,085
penerima
Membantu pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi yang termasuk dalam keluarga asnaf untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
4. Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam dan Luar Negara
RM6.77 juta kepada 329 penerima
Memberi biasiswa pendidikan untuk menaja kos pengajian pelajar-pelajar cemerlang daripada peringkat diploma hingga ijazah kedoktoran.
13
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
9. Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran RM1.3 juta kepada 297 penerima
Menyalurkan sumbangan kepada para penghafaz Al-Quran sebagai insentif untuk meneruskan usaha menghafaz Al-Quran.
7. Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
RM11.25 juta kepada 4,544 penerima
Membantu pelajar-pelajar PICOMS yang kurang berkemampuan untuk menampung kos pengajian & sara hidup.
6. Bantuan Tuisyen RM46,047 kepada 85 penerima
Membantu pelajar-pelajar daripada keluarga asnaf mengikuti kelas-kelas tuisyen.
8. Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal
RM11.56 juta kepada 2,726 penerima
Membantu pelajar-pelajar IPB yang kurang berkemampuan untuk menampung kos pengajian & sara hidup.
14
Maj
lis
Aga
ma
Isla
m W
ilay
ah P
erse
kutu
an
1. Bantuan Perniagaan RM6.16 juta kepada 1,974
penerima
Membantu peniaga-peniaga kecil mengembangkan perniagaan.
3. Bantuan Deposit Van/ Bas Sekolah
RM40,000 kepada 4 penerima
Membantu pemandu van/bas sekolah yang termasuk dalam golongan asnaf untuk memiliki van/bas yang dalam keadaan baik untuk aktiviti menjana pendapatan dengan pemberian bantuan deposit bagi membeli van/ bas sekolah.
2. Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi RM0.8 juta kepada 178 penerima
Membantu pemandu-pemandu teksi yang yang termasuk dalam golongan asnaf untuk memiliki teksi sendiri dengan pemberian bantuan deposit bagi membeli teksi.
Ekonomi
15
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
4. Bantuan Pertanian RM78,343 kepada 13 penerima
Membantu asnaf yang terlibat dalam pertaniaan untuk mengembangkan aktiviti pertanian mereka.
2. Bantuan Ar-Riqab
Membantu memerdekakan orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan (Dipertimbangkan mengikut permohonan).
Pembangunan Ummah
1. Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan (NGO) & Institusi Pendidikan
RM119.35 juta
Membantu NGO, masjid, surau dan institusi pendidikan untuk menjalankan aktiviti dakwah dan keagamaan.
16
Maj
lis
Aga
ma
Isla
m W
ilay
ah P
erse
kutu
an
AGIHAN ZAKAT SECARA TIDAK LANGSUNG MENERUSI INSTITUSI PENDIDIKAN
1. Taska Darul Hannan• Merupakan sebuah
institusi penjagaan dan pendidikan harian bagi kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun.
• Beroperasi di dua lokasi iaitu di dalam kawasan IKB, Jalan Perkasa, Taman Maluri, Kuala Lumpur dan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
• 2014:- Sebanyak RM75,716 zakat dibelanjakan bagi pengurusan
dan operasi.- Bilangan kanak-kanak 67 orang.
2. Tadika Islam• Pada 1 Januari
2009, operasi dan pentadbiran Tadika Islam diserahkan sepenuhnya kepada MAIWP.
• Sehingga kini, terdapat sebanyak 80 buah Tadika Islam MAIWP di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
• Para pelajar Tadika Islam MAIWP mampu khatam Al-Quran seawal usia 6 tahun
• 2014:- Sebanyak RM3.65 juta zakat dibelanjakan bagi
pengurusan dan operasi- Bilangan pelajar 6,036 orang
17
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
3. Sekolah Menengah Agama MAIWP
• Mula beroperasi pada 22 Januari 2007 yang mana merupakan sebuah sekolah berasrama dan semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama sepanjang sesi persekolahan diikuti di Labuan pada 15 April 2011.
• Pembukaan SMA-MAIWP di Wilayah Persekutuan Labuan menjadikannya sekolah menengah agama pertama di Labuan.
• SMA-MAIWP Kuala Lumpur beroperasi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur yang dibina menggunakan peruntukan zakat sebanyak RM116.06 juta manakala SMA-MAIWP Labuan beroperasi di Sekolah Rendah Agama Islam Al-Mustaqim di Kampung Lubuk Temiang Labuan.
• 2014:
- Bilangan pelajar 633 orang
4. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)
• Mula beroperasi pada 3 Januari 2011 di bangunan Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA-MAIWP) di Bandar Tun Razak, Cheras,
• Menekankan pembelajaran dalam bidang akademik dan hafazan al-Quran.
• Beroperasi di dalam blok kawasan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Cheras
• 2014:- Sebanyak RM1.03 juta zakat dibelanjakan bagi
pengurusan dan operasi- Bilangan pelajar 211 orang
18
Maj
lis
Aga
ma
Isla
m W
ilay
ah P
erse
kutu
an
5. Institut Kemahiran Baitulmal• Ditubuhkan pada
tahun 1991 bertujuan untuk membantu membasmi kemiskinan di kalangan keluarga Islam di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan dengan memberikan latihan kemahiran kepada anak-anak keluarga fakir dan miskin
• Beroperasi di Jalan Perkasa, Taman Maluri, Kuala Lumpur .
• Kursus-kursus yang ditawarkan di IKB adalah:- Kursus Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki dan
Wanita- Kursus Seni Lukis dan Seni Reka - Kursus Kejuruteraan Elektrik- Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan - Kursus Teknologi Binaan Bangunan
• 2014:- Sebanyak RM2.42 juta zakat dibelanjakan bagi
pengurusan dan operasi- Bilangan pelajar 101 orang
6. Darul Ilmi• Merupakan sebuah
pusat pendidikan dan pengajian yang berteraskan agama bagi umat Islam yang berumur 55 tahun ke atas.
• Dibuka pada 12 Mac 2012 dengan menggunapakai
19
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
konsep pusat pengajian Islam secara moden dan bukan berkonsepkan pusat jagaan warga emas.
• Beroperasi di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur
• 2014:- Bilangan penuntut 20 orang
7. Institut Profesional Baitulmal (IPB)
• Ditubuhkan pada tahun 1992
• Beroperasi di Lot 1363, Jalan Perkasa Off Jalan Kampung Pandan
• Pelajar-pelajar menerima bantuan zakat MAIWP melalui Bantuan Am Pelajaran IPB
• Menawarkan kursus peringkat diploma dan sijil profesional dalam bidang perniagaan, perakaunan dan perniagaan
• 2014:- Bilangan pelajar 1,805 orang
8. Kolej Sains Perubatan Antarabangsa PUSRAWI (PICOMS)
• Ditubuhkan pada tahun 2003
• Kampus induk beroperasi di Taman Batu Muda, Caves.
• Pelajar-pelajar menerima bantuan zakat MAIWP melalui Bantuan Am Pelajaran PICOMS.
20
Maj
lis
Aga
ma
Isla
m W
ilay
ah P
erse
kutu
an
• Menawarkan kursus peringkat diploma dalam:- Diploma Farmasi- Diploma Sains Perubatan:- Diploma Kesihatan PersekitaranDiploma Fisioterapi- Diploma Pembantu Perubatan- Diploma Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan- Diploma Terapi Cara Kerja- Diploma Pengurusan Hotel
• 2014:- Bilangan pelajar 4,191 orang.
AGIHAN ZAKAT SECARA TIDAK LANGSUNG MENERUSI INSTITUSI PERLINDUNGAN DAN KEBAJIKAN
1. Darul Kifayah• Ditubuhkan pada
20 Ogos 1983 bagi menjaga kebajikan anak-anak yatim di Wilayah Persekutuan termasuk anak-anak asnaf.
• Beroperasi di Lot 28188 Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur yang mampu menampung seramai lebih kurang 500 orang pelajar serta memberi kemudahan dan tempat tinggal yang lebih sempurna dan selesa.
• Prasarana ditambahbaik dengan penambahan beberapa blok bangunan dan masjid menggunakan dana zakat sebanyak RM20.6 juta.
• 2014:- Sebanyak RM1.3 juta zakat dibelanjakan bagi pengurusan
dan operasi- Bilangan pelajar 326 orang
21
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
• Akan ditubuhkan di Labuan dan proses pembinaan sedang berjalan dengan kos pembinaan menggunakan peruntukan zakat sebanyak RM25.96 juta.
2. Dar Assaadah• Ditubuhkan pada 2 Ogos
1985 yang bertujuan memberi perlindungan dan bimbingan kepada golongan remaja dan keluarga tersasar arah.
• Beroperasi di Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh
• 2014:
- Bilangan pelatih 61 orang.
3. Darul Hidayah• Merupakan sebuah
asrama yang menyediakan kemudahan perlindungan kepada saudara muslim lelaki.
• Bangunan baru sedang dibina oleh MAIWP di Jalan Sentul menggunakan dana zakat sebanyak RM24.99 juta.
22
Maj
lis
Aga
ma
Isla
m W
ilay
ah P
erse
kutu
an
AGIHAN ZAKAT SECARA TIDAK LANGSUNG MENERUSI PENUBUHAN PRASARANA DI BAWAH KERJASAMA STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
1. Kedai Rakyat MAIWP (KRM)• Menawarkan harga
barangan pada harga 30% hingga 40% lebih rendah daripada harga pasaran dan akan turut dapat dimanfaatkan oleh golongan asnaf untuk mendapatkan barangan keperluan harian
• KRM pertama dibuka di Presint 5, Putrajaya
2. Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia MAIWP-Hospital Putrajaya• Dibuka dengan
kerjasama Kementerian Kesihatan bagi membantu mengatasi masalah kesesakan wad bersalin di Hospital Putrajaya.
• Beroperasi di Fasa 8R3, Presint 8, Putrajaya.
• MAIWP membelanjakan RM3.26 juta zakat bagi menampung kos pengubahsuaian dan pembelian peralatan
23
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
3. Pusat Pembedahan Katarak MAIWP - Hospital Selayang• Dibuka dengan kerjasama
Kementerian Kesihatan bagi membantu mempercepatkan senarai menunggu pesakit katarak untuk menjalani rawatan dan pembedahan.
• Beroperasi di No. 11-11C, Jalan 3/3C, Sri Utara, Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur.
• MAIWP membelanjakan RM9.8 juta zakat bagi pembelian bangunan, pengubahsuaian dan pembelian peralatan.
4. Pusat Gelandangan MAIWP- Kementerian Dalam Negeri• Merupakan kerjasama
antara MAIWP dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menubuhkan Pusat Gelandangan MAIWP-KDN.
• Dalam kerjasama ini, MAIWP menyediakan sebuah bangunan milik MAIWP setinggi 3 tingkat di Lot 316, Jalan Ipoh untuk dijadikan pusat gelandangan tersebut. Manakala KDN menjalankan operasi sepenuhnya dengan menanggung semua kos penyelenggaraan, utiliti dan keselamatan.
• Bangunan tersebut kini dalam proses penyelenggaraan dan pengubahsuaian dan dijangka beroperasi dalam tempoh terdekat.
• Pusat ini akan dijadikan penempatan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur dan diharap dapat membantu mengurangkan masalah gelandangan.
Ruangan di Pusat Gelandangan yang sedang diubahsuai
24
Maj
lis
Aga
ma
Isla
m W
ilay
ah P
erse
kutu
an
PEMBINAAN MASJID, SURAU DAN SEKOLAH RENDAH AGAMA DI WILAYAH PERSEKUTUAN MENGGUNAKAN DANA ZAKAT MAIWP
Zakat yang dibayar oleh pembayar zakat turut digunakan bagi pembinaan/penambahbaikan masjid, surau dan sekolah rendah agama yang menjadi syiar kepada umat Islam.
Telah Siap
1. Sekolah Menengah Agama MAIWP, Bandar Sri Permaisuri2. Sekolah Rendah Agama Abu Dzar Al-Ghifari, Jinjang3. Surau Jumaat An-Najah4. Surau Kampung Limau, Kerinchi
Sekolah Menengah Agama MAIWP yang telah siap dibina
25
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
Dalam Proses Pembinaan
1. Masjid Jamek Alam Shah2. Masjid Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan3. Masjid Bukit Jalil, Alam Sutera4. Masjid Ubudiyyah Segambut Dalam5. Masjid Abu Hurairah, Jalan Ipoh6. Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan7. Masjid Ibnu Khaldun, Pekan Sungai Besi8. Masjid Baitul Aman, Jalan Damai Ampang9. Masjid Taman Koperasi Polis Fasa 110. SRA Al-Jamiyah, Air Panas Setapak11. SRA Al-Qurtubi, Segambut12. SRA Presint 11, Putrajaya13. Masjid Cina, Jalan Davis14. Surau Jumaat Ampat Tin, PPR Batu Muda15. Surau Jumaat Hidayatul Makmur, Jalan Klang Lama16. Sekolah Rendah Agama (SRA) Saidina Hamzah, Kampung
Batu Muda.17. SRA Al-Mahmudiah, Segambut Luar18. SRA PPR Batu Muda, Gombak
Masjid Jamek Alam Shah yang sedang giat dibangunkan
26
Maj
lis
Aga
ma
Isla
m W
ilay
ah P
erse
kutu
an
AGIHAN MAKANAN PERCUMA
Dana zakat turut dimanfaatkan oleh MAIWP melalui aktiviti agihan makanan percuma. Ia dijalankan setiap hari di perkarangan ibu pejabat Baitulmal MAIWP. Selain itu juga, MAIWP turut menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi menguruskan Kedai Makan Asnaf 1Malaysia yang beroperasi di Jalan Ipoh.
Pada tahun 2014, sebanyak RM5.15 juta zakat telah dibelanjakan bagi tujuan ini.
Kedai Makan Asnaf 1Malaysia yang beroperasi di Jalan Ipoh
27
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
AGIHAN ZAKAT DI LUAR WILAYAH PERSEKUTUAN
Zakat turut diagihkan oleh MAIWP kepada asnaf di luar Wilayah Persekutuan. Ia dilaksanakan oleh MAIWP melalui Yayasan Taqwa. Pada tahun 2014, Yayasan Taqwa telah mengagihkan sebanyak RM6.64 juta.
Agihan zakat oleh Yayasan Taqwa dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Pendidikan, Dakwah, Kebajikan, Kecemasan & sosial.
28
Maj
lis
Aga
ma
Isla
m W
ilay
ah P
erse
kutu
an
USAHA PROAKTIF MAIWP MENCARI MEREKA YANG MEMERLUKAN MELALUI SKUAD JEJAK ASNAF BAITULMAL MAIWP
• Dilancarkan pada 16 Februari 2012 bertujuan menjejaki asaf yang tercicir daripada menerima bantuan zakat di seluruh Wilayah Persekutuan.
• Skuad turun padang pada setiap minggu di lokasi yang dikenalpasti terdapat mereka yang hidup dalam kedhaifan dan kesukaran selain berdasarkan laporan media dan orang ramai.
• Sehingga 2014, seramai 1,591 asnaf telah berjaya dijejaki.
29
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
31
Bagaim
ana Wang Zakat D
iagihkan
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUANAras 1, 7, 8-11, Bangunan Perkim, No 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.Tel : 03-4047 9444 Faks : 03-4044 9444
www.maiwp.gov.my pro@maiwp.gov.my @MAIWPHQ hqmaiwp facebook.com/maiwp.hqfacebook.com/baitulmal.wp