Post on 12-Feb-2018
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
1
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JABATAN KASTAM DIRAJA
MALAYSIA PULAU PINANG (JKDMPP) PADA 16 & 17 APRIL 2013
1. SINOPSIS LAPORAN
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Pulau Pinang (JKDMPP) berbesar hati telah
menjemput saya sekali lagi; Norhardi bin Sabri, Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat
Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang (PTGPP) sebagai penceramah jemputan
untuk memberi pengajaran/ceramah berkenaan Pembangunan Sistem Web Based
Online menggunakan perisian pengaturcaraan komputer PHP (PHP Hypertext
Preprocesor) untuk membangunkan sistem & MySQL (My Structured Query Language)
sebagai rekabentuk pangkalan data.
Bengkel tersebut telah di adakan selama 2 hari pada 16 dan 17 April 2013 yang lalu
di Bilik Latihan Komputer Bukit Bendera, Tingkat 3, Kompleks Kastam Seberang Jaya,
Pulau Pinang yang dihadiri oleh pegawai-pegawai JKDMPP.
Jemputan ceramah kali ini merupakan sambungan dari jemputan sebelumnya untuk
sesi lanjutan (intermediate/advanced). Seramai 22 orang peserta telah berdaftar untuk
menyertai ke bengkel ini yang terdiri daripada wakil-wakil pegawai dari pelbagai
bahagian/cawangan dan unit Kastam di Pulau Pinang. Kebanyakan peserta yang hadir
dan terpilih mempunyai latar belakang pelbagai displin ICT.
Pada hari pertama, bengkel dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran
dan melaksanakan latihan ulangkaji ekspres terhadap kursus terdahulu sehingga waktu
makan tengahari. Setelah itu bengkel diteruskan di sesi sebelah petang pada jam 2.00
petang sehingga jam 5.00 petang.
Sesi ulangkaji ekspres di awal permulaan bengkel untuk refresh dan recall semula pelajaran semasa bengkel pertama terdahulu.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
2
Pada hari kedua, bengkel dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran
dan diteruskan dengan sambungan pelajaran kelmarinnya sehingga waktu minum pagi.
Sesi bengkel di hentikan seketika pada jam 10.00 pagi untuk memberi laluan sesi
bergambar dengan Timbalan Pengarah Kastam bersama penceramah dan para peserta
bengkel. Bengkel diteruskan sejurus selepas sesi bergambar dan minum pagi sehingga
waktu rehat. Sesi bengkel di sebelah petangnya di sambung pada jam 2.00 petang
sehingga 4.30 petang untuk memberi laluan kepada Majlis Penutup bengkel ini.
Sesi bergambar semua peserta bersama Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik, Penolong Kanan Pengarah Kastam II dan Penceramah.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
3
Ucapan penutup disampaikan oleh Tuan Mohamed Nawi bin Noor, Timbalan
Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik dan majlis penyampaian
cenderahati kepada penceramah.
Ucapan penutup disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik.
Majlis Penutup dan Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah oleh Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
4
2. SKOP BENGKEL
Kaedah pengajaran dalam bengkel ini adalah secara syarahan teoritikal, latihan
praktikal dan amali. Sesi bengkel ini menekankan kepada peserta teknik, panduan
membangunkan sesebuah sistem berasaskan web yang lebih selamat dan boleh
dionlinekan dan dapat di akses gunapakai di internet untuk manfaat jabatan, pelanggan,
umum dan masyarakat dalam persekitaran kondusif dan ramah pengguna.
Sesi pengajaran difokuskan dari aspek pangkalan data, pengemaskinian data dan
keselamatan sistem seperti log masuk & log keluar, verifikasi, validasi, kawalan level
akses, tapisan keselamatan halus dan kasar untuk semua input data.
3. SEKITAR BENGKEL
Para peserta sedang khusyuk dan sibuk menyiapkan latihan ulangkaji. Terdapat juga peserta yang
ingat-ingat lupa pelajaran lalu dengan pelbagai masalah dan ada peserta yang berjaya menyiapkannya dengan baik.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
5
Semua peserta sedang mengikuti pengajaran bagi pelajaran baru untuk sesi intermediat & advanced kali ini.
Penuh komited dan bersemangat membangunkan sistem walaupun di usia emas dan telah bersara.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
6
Sesi latihan amali dan semakan.
Peserta yang mengalami masalah ketika membuat latihan dan error
dibantu oleh penceramah dan dibetulkan bersama.
Semakan peserta yang telah berjaya menyiapkan latihan dengan sistem dapat berfungsi dengan baik.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
7
Para peserta sedang menyelesaikan sistem yang
dibangunkan
Peserta yang telah berjaya menyiapkan sistem digalakkan untuk membantu peserta lain yang mempunyai error dan masalah.
Penceramah sentiasa bertanya kepada peserta
untuk menguji kefahaman peserta terhadap pelajaran
yang disampiakan.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
8
4. KESIMPULAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL
Dari jemputan sebagai penceramah ini dapatlah saya terus menyumbang ilmu
serta kepakaran saya kepada orang lain dan pengalaman memberi ceramah di
jabatan lain untuk dimanfaatkan secara bersama ilmu yang dimiliki di samping
mengasah diri saya sendiri dalam menajamkan kemahiran dan kecekapan dalam
bidang ini di mana terdapat ralat-ralat dan masalah sistem yang belum pernah
dijumpai sebelum ini dapat dikenalpasti dan diselesaikan bersama dalam sesi
bengkel seperti ini.
Sesi bengkel jemputan luar seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
imej PTGPP yang mendapat jemputan dari jabatan lain menggunakan kepakaran
ICT yang ada dari PTGPP. Bengkel seperti ini juga akan diteruskan untuk jabatan-
jabatan lain yang mengundang jemputan di samping dilaksanakan di PTGPP seperti
biasa.
Apa yang dapat menarik, para peserta begitu teruja dan penuh minat mengikuti
bengkel ini sehingga ke tahap proaktif dan ada juga yang berputus asa kerana ralat
dan error tidak dapat diselesaikan sendiri dan penceramah memberi semangat dan
harapan dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam membangunkan
sesebuah sistem dengan penuh sabar, yakin dan berusaha kerana usaha
merupakan tangga kepada kejayaan.
Para peserta juga mencadangkan agar di adakan sesi bengkel akan datang dan
dibuat secara berterusan yang melibatkan tambahan fungsi-fungsi dan kemudahan
lain dalam konteks MIS (Management Information System) yang lebih ramah
pengguna, kemasukan fungsi DSS (Decision Support System), ES (Expert System),
AIS (Accounting Information System) dan kepintaran buatan (Artificial Intelligent)
dan melibatkan server sebenar. Peserta juga mencadangkan agar di adakan
bengkel Keselamatan ICT yang melibatkan keselamatan siber dan Etic Hackers.
Laporan disediakan oleh: NORHARDI BIN SABRI Penceramah Bengkel Pembangunan Sistem Web Based Online – PHP & MySQL Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang 10 MEI 2013
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
9
5. LAMPIRAN
A. KAD NAMA PENYELARAS BENGKEL
B. PENGAJARAN UNTUK MENYEDIAKAN LOG MASUK SISTEM
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
10
C. SURAT BENGKEL
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
11
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
12
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
13
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
14
D. TENTATIF BENGKEL
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
15
E. HANDOUT COURSE OUTLINE BENGKEL
1. Setting fail index.php
2. Kemaskini Data.
3. Kawalan level akses dan setting pada sistem.
4. Laman daftar pengguna sistem.
5. Tapisan keselamatan penghantaran ($_POST) dan penerimaan data ($_GETS).
6. Pengesahan medan (field validation).
7. Log masuk sistem.
8. Log keluar sistem.
9. Verifikasi akses sistem.
10. Reset katalaluan.
11. Tukar katalaluan.
12. Muat naik (upload) fail ke server.
13. Tambahan fungsi carian data.
a. Carian berdasarkan tarikh.
b. Carian berdasarkan bulan dan tahun.
14. Pembangunan laman laporan ringkas.
15. Pengurusan server sistem
a. Upload fail sistem aplikasi ke server.
b. Setting, konfigurasi import pangkalan data ke server.
c. Test run sistem di server.
*Tertakluk kepada pindahan/perubahan/tambahan/penyingkiran item-item kursus.
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
16
F. CONTOH SISTEM UNTUK LATIHAN DALAM KURSUS
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP
17