Post on 20-Feb-2018
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
1/125
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
2/125
RINGKASAN EKSEKUTIF
Laporan ini disediakan untuk mengupas kemajuan dan perkembangan industri
automotif peringkat dunia dan Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi telah mengadakan
satu program yang bernas melibatkan pakar dan ilmuan dari institusi pengajian tinggi yang
menyumbang ke arah penambahbaikan sama ada industri auotomotif mahu pun pendidikan
kejuruteraan automotif. Inisiatif ini juga melibatkan banyak bidang kajian dan pengajian yang
ditawarkan di Malaysia oleh pembekal pendidikan. Laporan ini membentangkan
perkembangan industri dan pendidikan kejuruteraan automotif dewasa ini secara global dan
tempatan. Cadangan dan panduan digariskan di sini untuk diambil kira oleh pihak yang
berkenaan dalam membangunkan polisi terkait dengan bidang automotif terutama dalam
pendidikan tinggi kejuruteraan automotif.
Industri automotif peringkat global berkembang pesat. Fokus diberi dalam bentuk
kelestarian indsutri tersebut dan menumpu kepada kehendak pelanggan. Kajian dan
penyelidikan meliputi bidang yang memberi keutamaan kepada bagaimana industri itu boleh
menampung kekangan yang ada terutama dalam reka bentuk dan persekitaran. Liputan
penumpuan seperti penerokaan bahan api lestari, pengurangan gas rumah hijau, pengurangan
kandungan gas beracun hasil pembakaran, keselamatan penumpang dan kenderaan,
pengurusan trafik dan prasarana yang cekap, pengurangan tahap kebisingan dan kitaran
semula bahan pembuatan kenderaan menjadi tajuk utama. Peningkatan bilangan kenderaan
oleh negara pengeluar terus berlaku dan ini disusuli dengan reka bentuk dan pembuatan
komponen yang tinggi kualiti. Ini berlaku untuk memastikan keperluan keselamatan dan
persekitaran dijamin. Hasilnya rangkaian bekalan terus memacu dan meningkatkan mutu
barangan. Pembangunan teknologi automotif berkembang dengan kajian mendalam dan
berterusan memberi fokus kepada teknologi rangkaian enjin, reka bentuk, telemetri,
keselamatan dan ergonomik. Teknologi juga berkembang dengan penggunaan kaedah
pembuatan termaju, mematuhi tahap kebisingan, getaran dan kelasakan; mengemukakan
struktur dan bahan baharu; reka bentuk aerodinamik serta kejuruteraan trim dan akhir sekali
teknologi pendingin udara kenderaan bermotor. Sesungguhnya teknologi pada masa akan
datang terus dipacu dengan penggunaan ilmu pengkomputeran dalam kawalan kenderaan dan
reka bentuk.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
3/125
Malaysia merupakan negara yang terlibat dalam pengeluaran dan pembuatan
kenderaan. Ini dizahirkan oleh polisi yang baik dan berteraskan kepada pelan perindustrian
induk dan dimantapkan dengan dasar automotif dengan menyertai program tranformasi
ekonomi yang menerapkan model ekonomi baru. Justeru itu menjadikan negara ini sebagai
hub pendidikan tinggi dalam bidang automotif mesti dijalankan seiring dengan penyediaan
tenaga mahir dan pakar. Pemerkasaan pengajian dan program baru mesti dilihat dalam
konteks menyediakan sumber dan modal insan. Pelbagai kursus sedia ada dan baharu mesti
disebarkan supaya tenaga kerja berpengetahuan dalam bidang ini. Graduan berkualiti dalam
bidang automotif mempunyai peluang besar dalam alam pekerjaan. Inisiatif baharu perlu juga
diberi penekanan dalam bidang bukan kejuruteran terkait dengan industri automotif.
Keterlibatan beberapa kementerian, agensi, badan berkanun serta badan bukan-
kerajaan mesti dipertingkatkan. Selama ini input dari komponen tersebut jarang dilakukan
walaupun organisasi mereka merupakan pengguna teknologi kenderaan dan auotomotif yang
besar. Industri automotif sokongan juga mempunyai peranan dalam pembangunan negara
kerana persaingan akan terus berlaku dengan sengitnya. Oleh yang demikian keupayaan
negara dalam memperluas dan memantapkan program akademik serta kemahiran harus
menjadi tunjang kepada nadi penguasaan dan inovasi industri automotif. Beberapa contoh
penawaran program akademik oleh pembekal pendidikan dalam dan luar negara diberi.
Menurut kajian dan fakta, industri automotif akan terus menjadi permainan yang
menguntungkan. Impak positif adalah rakyat sejahtera dengan banyaknya peluang untuk
memajukan diri dan negara. Di sini syor yang dikemukakan dalam format tujuan dan saranan.
Secara umum syor adalah menjurus kepada suasana penambahbaikan dan memperkasakan
bidang pengajian akademik dan kemahiran. Tahap keilmuan, kemahiran dan intelek modal
insan negara ini boleh memberi kesan kepada pembangunan industri ini. Kerjasama antara
pembekal pendidikan, pengukuhan prasarana, meningkatkan kualiti program dan graduan
serta penglibatan aktif syarikat, industri dan pihak berkuasa dengan pelaksanaan aktiviti yang
bermakna merupakan ramuan untuk Malaysia terus lestari dan mampu menerajui bidang
kejuruteraan automotif.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
4/125
i
Laporan KajianHala Tuju
Automotif Negara
Disediakan Oleh
Jemaah Dekan-Dekan Kejuruteraan Automotif IPTA
Jun 2013
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
5/125
ii
PENGHARGAAN
Assalamulaikum warahmatullahiwabarakatu, Salam Sejahtera dan Salam Satu
Malaysia.
Alhamdullilah segala puji bagi Allah, kerana dengan izinNya laporan kajian ini
telah berjaya diterbitkan. Ini adalah hasil daripada percambahan minda yang
melibatkan tenaga ahli akademik daripada empat buah universiti iaitu Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM),
Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM). Rakaman terima kasih kepada ahli Jemaah Dekan-dekan Fakulti
Kejuruteraan Automotif, keempat-empat universiti yang terlibat dan kepada ahli
jawatankuasa bertindak kajian hala tuju bidang automotif yang telah bekerjasama
mencurah tenaga untuk menghasilkan laporan kajian. Rakaman terima kasih juga
kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana telah memberikan
kepercayaan dan sokongan kepada Jemaah Dekan-Dekan Kejuruteraan
Automotif dalam menghasilkan laporan ini.
Objektif utama penghasilan laporan ini adalah untuk menyediakan hala tuju
automotif negara dan perancangan pengajian bidang Kejuruteraan Automotif di
Malaysia. Diharapkan laporan ini akan dapat dijadikan panduan oleh pihak yang
berkepentingan (Kerajaan dan Agensi yang berkepentinganyang berkaitan)
dalam mengetahui maklumat penting berkaitan hala tuju automotif di Malaysia
daripada sudut program pengajian tinggi dan maklumat sampingan yang lain.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
6/125
iii
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA
AHLI-AHLI JEMAAH DEKAN-DEKAN
1) Profesor Dr. Ir. Azhar bin Abdul AzizUniversiti Teknologi Malaysia (Pengerusi)
2) Profesor Dr. Md. Razali bin AyobUniversiti Teknikal Malaysia, Melaka
3) Profesor Dr. Hj. Rosli bin Abu BakarUniversiti Malaysia Pahang
4) Prof. Madya Dr. Amir Akramin ShafieUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
AHLI-AHLI JAWATANKUASA BERTINDAK
1) Dr. Musthafah bin Mohd.TahirUniversiti Teknikal Malaysia, Melaka (Setiausaha)
2) Dr. Muhamad Zahir bin HasanUniversiti Teknikal Malaysia, Melaka
3) Prof. Madya Dr. Pakharudin bin Mohd.SaminUniversiti Teknologi Malaysia
4) Prof. Madya Dr. Kamarul Baharin bin TawiUniversiti Teknologi Malaysia
5)Dr. Srithar a/l RajooUniversiti Teknologi Malaysia
6) Dr. Sany Izan IhsanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia7) Dr. Fadly JashiDarsivanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
8) Dr. Rizalman bin MamatUniversiti Malaysia Pahang
9) Dr. Abdul Adam bin AbdullahUniversiti Malaysia Pahang
10) Dr. Mohd Farid bin Muhammad SaidUniversiti Teknologi Malaysia
11) En. Mazlan bin SaidUniversiti Teknologi Malaysia
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
7/125
iv
KANDUNGAN
PENGHARGAAN ii
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA iii
KANDUNGAN iv
1.0 PENGENALAN 1
2.0 PERKEMBANGAN INDUSTRI AUTOMOTIF DI
PERINGKAT GLOBAL 3
2.1 Unjuran Senario Automotif Dunia sehingga 2020 3
2.2 Pembangunan Teknologi Automotif sehingga 2050 4
2.3 Rangkaian Bekalan Automotif 8
2.3.1 Reka bentuk (nilai tambah tinggi) 9
2.3.2 Bahan Mentah (nilai tambah rendah) 9
2.3.3 Komponen/bahagian automotif (nilai tambah sederhana) 10
2.3.4
Pemasangan (nilai tambah sederhana) 10
2.3.5 Pemasangan (nilai tambah tinggi) 10
2.3.6 Pengedaran dan Jualan (nilai tambah tinggi) 10
2.4 Pemacu Rangkaian Nilai Industri Automotif 10
2.5 Teknologi Kejuruteraan Automotif Utama 11
2.5.1 Keperluan Teknologi Rangkaian Kuasa 11
2.5.2 Reka bentuk Automotif dan Pemprosesan Bahan 12
2.5.3 Telemetri 13
2.5.4 Ergonomik dan Keselamatan Kenderaan 14
2.5.5 Kaedah Pembuatan Termaju 14
2.5.6
Kebisingan, Getaran and Kelasakan 16
2.5.7
Struktur dan Bahan 16
2.5.8 Aerodinamik 17
2.5.9 Kejuruteraan Trim 182.5.10 Pendingin Udara Kenderaan Bermotor 18
3.0 PERKEMBANGAN INDUSTRI AUTOMOTIF
MALAYSIA 21
3.1 Pengenalan 21
3.2 Prospek Industri Automotif di Malaysia 24
3.3
Penggerak Industri Automotif di Malaysia 24
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
8/125
v
3.3.1 Jumlah Pendapatan dan Pengeluaran Kenderaan 25
3.4 Ekosistem Pembangunan Industri Automotif Negara 27
3.4.1 Dasar Baru Automotif Negara 27
3.4.2 Teras Dasar Automotif Negara 28
3.4.3 Model Ekonomi Baru (MEB) 30
3.4.4 Program Transformasi Ekonomi 31
3.4.5 Koridor Pembangunan Ekonomi Malaysia 31
3.4.6
Pelan Induk Industri Ketiga 32
4.0 PERANAN IPT DALAM PENJANAAN MODAL INSAN
INDUSTRI AUTOMOTIF 34
4.1 Malaysia Sebagai hub Pembelajaran Tinggi Serantau 34
4.1.1Melahirkan Graduan dan Tenaga Pakar 36
4.2 Penyediaan Tenaga kerja yang Berkemahiran 36
4.3 Statistik Kemasukan Graduan dalam Bidang Automotif 38
4.4
Penyediaan Kursus Jangka Pendek 42
4.5 Memperkukuhkan Pengajian di Bidang Kejuruteraan Automotif 43
4.5.1 Menyediakan Tenaga Akademik yang Berpengetahuan Tinggi 43
4.5.2 Prasarana yang Serba Lengkap 44
4.5.3 Penglibatan dan Sokongan Industri 45
4.5.4 Meningkatkan Minda dan Kreativiti Bakal Graduan 45
4.6 Graduan dalam Bidang Automotif 45
4.7 Meningkatkan Kualiti Graduan 47
4.8 Peluang Pekerjaan dalam Sektor Automotif 47
4.9 Bidang Tugas Jurutera dan Juruteknik Automotif 48
4.9.1
Jurutera Automotif 49
4.9.2 Juruteknik Automotif 50
5.0 KEMENTERIAN DAN BADAN SOKONGAN 51
5.1 Pengenalan 51
5.2 Kementerian yang Terlibat 51
5.2.1 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 51
5.2.2 Kementerian Tenaga, Tenaga Hijau dan Air (KeTTHA) 52
5.2.3 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 53
5.2.4
Kementerian Pengangkutan 545.2.5 Kementerian Sains, Teknologi dan inovasi 54
5.2.6 Kementerian Pertahanan 55
5.2.6.1 Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan 56
5.2.7 Badan-badan Berkanun 57
5.2.7.1 Malaysian Industry-Government Group for HighTechnology (MIGHT) 57
5.2.7.2 Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) 575.2.7.3 Malaysia Green Technology Corporation 58
5.2.8 Institut Automotive Malaysia (MAI) 58
5.2.9 Institut Penyelidikan Perindustrian dan Piawaian Malaysia (SIRIM) 59
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
9/125
vi
5.3 Badan-badan Swasta 59
5.3.1 Malaysia Automotive Association (MAA) 59
5.3.2 Motorcycle and Scooter Assembler (MASAAM) 60
5.3.3 Malaysia Automotive Components (MACPMA) 61
5.3.4 Industri Pertahanan Malaysia 62
5.3.5 Badan Badan Lain 63
6.0 PERKEMBANGAN INDUSTRI AUTOMOTIF
SOKONGAN 64
6.1 Pengenalan 64
6.2 Syarikat-syarikat Peneraju Bidang Automotif 65
6.2.1 Syarikat Pengeluar dan Pemasang Kenderaan 65
6.2.2 Syarikat Pembekal Utama 67
6.2.3 Syarikat Pengedar Utama 70
6.3 Unjuran Keperluan Tenaga Manusia di dalam Sektor Automotif 70
6.3.1
Jumlah Peluang Pekerjaan dalam Industri Automotif 71
6.3.2 Jumlah Pengeluaran dan Jualan 72
6.3.3 Jumlah Pendapatan untuk Jualan, Import dan Eksport Komponen
Kenderaan 756.3.4 Dominasi Pengeluar Automotif di Pasaran ASEAN 75
6.4 Peranan Syarikat-Syarikat Berkaitan 77
7.0 SAINGAN DI DALAM DAN LUAR NEGARA 80
7.1 Pengenalan 80
7.2
Saingan Dalam Negara 80
7.3 Saingan Luar Negara 82
7.3.1 India 82
7.3.1.1 Industri Automotif di India 827.3.1.2 IPT India yang Menawarkan Program Automotif di
Peringkat Sarjana Muda 84
7.3.2 Australia 85
7.3.2.1 Industri Automotif di Australia 857.3.2.2 IPT Australia yang Menawarkan Program Automotif di
Peringkat Sarjana Muda 85
7.3.3
Thailand 86
7.3.3.1 Industri Automotif di Thailand 877.3.3.2 IPT Thailand yang Menawarkan Program Automotif di
Peringkat Sarjana Muda 87
7.3.4 Indonesia 89
7.3.4.1 Industri Automotif di Indonesia 897.3.4.2 IPT Indonesia yang Menawarkan Program Automotif di
Peringkat Sarjana Muda 93
7.3.5 China 93
7.3.5.1 Industri Automotif di China 94
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
10/125
vii
7.3.5.2 IPT China yang Menawarkan Program Automotif diPeringkat Sarjana Muda 95
7.4 Program Kejuruteraan Automotif di Negara Maju 95
8.0 KESIMPULAN 96
8.1 Rumusan Kajian 96
8.1.1 Halatuju Industri Automotif Global 968.1.2 Status Industri Automotif Di Malaysia 97
8.1.3 Program Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif di IPTA 98
8.1.4 Badan-badan Berkanun dan Industri Sokongan Automotif 99
8.1.5 Perkembangan Industri Sokongan Automotif 100
8.1.6 Saingan Program Sarjana Muda dari Luar Negara 101
8.2 Cadangan: Hasil Penemuan dan Saranan 101
8.2.1 Meningkatkan Kualiti dan Pengawalan Bilangan Program. 101
8.2.2
Pengukuhan Prasarana dan Kualiti Tenaga Akademik / Sokongan 102
8.2.3 Konsolidasi dan Kerjasama di antara IPT yang terlibat 103
8.2.4 Mempergiatkan Aktiviti Pemasaran Program Dalam dan Luar Negara 104
8.2.5 Meningkatkan Kualiti dan 'Softskill' Pelajar Sebelum Bergraduat 104
8.2.6 Mewujudkan Jawatankuasa Kerjasama Industri-Universiti untuk
memastikan program sentiasa relevan dengan keperluan semasa 106
RUJUKAN 107
LAMPIRAN 1 109
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
11/125
1
1.0
PENGENALAN
Bidang Automotif adalah satu bidang yang agak baru di Malaysia.
Industri ini hanya bermula pada tahun 1985 dengan penubuhan syarikat kereta
nasional. Namun begitu, bidang dan industri automotif merupakan satu industri
yang agak penting lagi strategik dalam sektor pembuatan di Malaysia pada masa
ini. Berbanding dengan industri lain, bidang automotif telah dikenal pasti dapat
mempercepatkan proses perindustrian bagi mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020. Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan
bersepadu (integrated capabilities) dalam bidang automotif, termasuklah
keupayaan mereka bentuk, operasi pembuatan berskala besar dan penglibatan
pengilang tempatan dalam pembekalan komponen kenderaan. Pasaran industri
ini juga semakin pesat berkembang dengan bilangan jualan melebihi 500,000
buah kenderaan pada tahun 2010. Dengan nisbah 200 kenderaan penumpang
bagi 1000 penduduk, Malaysia menduduki di antara tangga teratas sebagai
negara yang kadar pemilikan kenderaan yang tinggi di rantau Asia.
Dasar dan sokongan kerajaan adalah tertumpu ke arah bagaimana
industri automotif boleh membantu menyumbang kepada peningkatan ekonomi
negara yang mampan. Salah satu elemen penting dalam menjayakan
transformasi industri automotif ialah menyediakan sumber manusia yang mahir
lagi terlatih. Malaysia juga berhasrat untuk menjadi hab pendidikan automotif di
rantau Asia. Bagi tujuan ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
mengarahkan Jemaah Dekan Kejuruteraan supaya menyediakan satu lapuran
mengenai Halatuju bidang Automotif di Malaysia. Tujuan laporan ini adalah
untuk mengenal pasti perancangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) supaya
bergerak selari dengan pertumbuhan bidang ini di dalam industri masa kini.
Jemaah Dekan dari empat buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang
menawarkan program Diploma sehingga Ijazah Doktor Falsafah bagi kursus
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
12/125
2
Kejuruteraan Automotif, telah dibentuk. IPTA yang terlibat adalah UTM,
UIAM, UTeM dan UMP. Satu jawatan kuasa bertindak telah dilantik bagi
mengkaji hala tuju bidang automotif. Ahlinya terdiri daripada staf akademik dari
empat buah IPTA yang tersebut di atas.
Bagi mencapai hasrat kerajaan supaya industri automotif menjadi
penyumbang kepada peningkatan ekonomi negara, satu kajian terhadap hala tuju
bidang automotif ini dilihat amat penting dan perlu digariskan dengan segera.
Antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:
1.Memberi maklumat yang komprehensif tentang beberapa aspek
seperti kurikulum pengajian, aktiviti pengajian dan
pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan, prasarana,
pertindihan program dan sebagainya.
2.
Menyediakan pangkalan data yang khusus dalam bidang ini dan
boleh dijadikan rujukan oleh pelbagai pihak dalam memenuhi
kehendak Dasar Automotif Negara.
3.Menyelaraskan pengajian di bidang kejuruteraan automotif
sejajar dengan perkembangan semasa khasnya kepada keperluan
industri automotif di Malaysia.
4.
Isu akreditasi, penarafan dan kawalan kualiti kepada program-
program di IPT. Di samping, mengenal pasti sama ada program
di IPT menyokong keperluan tenaga mahir di bidang ini.
5.Sebagai rujukan kepada soalan-soalan yang sering ditimbulkan
oleh pihak industri mengenai keperluan tenaga mahir bagi
memenuhi keperluan pelaburan asing pada masa akan datang.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
13/125
3
2.0
PERKEMBANGAN INDUSTRI
AUTOMOTIF DI PERINGKAT GLOBAL
2.1 Senario Automotif Dunia sehingga 2020
Secara umumnya pakar-pakar industri automotif berpendapat bahawa
pembangunan sektor ini akan berkembang mengikut landasan semasa. Kadar
pertumbuhan akan lebih pantas disebabkan oleh pertumbuhan penduduk dan
pengukuhan ekonomi dunia secara keseluruhannya. Penggerak utama (main
players) industri automotif di peringkat global akan terus melabur dalam
pelbagai sistem baru yang mengintegrasikan unsur-unsur keselamatan dengan
teknologi mesra alam, selari dengan keperluan perundangan tempatan yang
mendorong kepada pembangunan kedua-dua bidang utama ini.
Teknologi maklumat (Information Technology) akan menerajui
teknologi-teknologi lain di dalam mencorakkan pembangunan kejuruteraan
automotif di masa akan datang. Ia akan mempengaruhi bagaimana sesuatu
kenderaan itu akan berada di pasaran, memberi pelbagai informasi yang
diperlukan oleh pengguna dan begitu juga memperbaiki pengurusan trafik pada
masa akan datang.
Persaingan akan menyebabkan usaha ke arah konsolidasi di antara
syarikat pengeluar gergasi automotif terhasil. Ini adalah sebagai salah satu
langkah perkongsian bijak, memandangkan industri ini akan lebih kompetitif,
inovatif dan memerlukan pelaburan yang banyak, khasnya dalam
membangunkan model dan teknologi-teknologi baru. Kenderaan bermotor akan
terus berada di atas jalan raya dalam jangka masa yang agak panjang dan akan
digandingkan dengan sistem dorongan baharu yang lebih cekap dan mesra alam
seperti hibrid (hybrid), sel bahan api (fuel cell) dan elektrik (electric). Teknologi
dan reka bentuk akan terus meningkat dengan pantas. Di samping itu, kenderaan
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
14/125
4
penumpang akan lebih bersifat mesra pengguna dan terus menjadi mod
pengangkutan yang paling disukai oleh pengguna khasnya di negara ekonomi
baru seperti China, Rusia, Brazil dan India.
2.2 Pembangunan Teknologi Automotif sehingga 2050
Kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar automotif di Eropah,
Amerika Syarikat dan Jepun menjangkakan secara umumnya perubahan
landskap teknologi akan dipengaruhi oleh tujuh faktor utama iaitu:
Tujuh faktor yang dimaksudkan adalah:
(i) Penerokaan bahan api lestari
(ii)
Pengurangan gas rumah hijau
(iii) Pengurangan kandungan gas beracun hasil pembakaran
(iv) Keselamatan penumpang dan kenderaan
(v)
Pengurusan trafik dan prasarana yang cekap
(vi) Pengurangan tahap kebisingan
(vii) Kitaran semula bahan pembuatan kenderaan
Faktor-faktor ini adalah disebabkan oleh permintaan pengguna di
seluruh dunia yang semakin menitikberatkan kepada:
(a) keberkesanan penggunaan tenaga,
(b) keselamatan , dan
(c) pemeliharaan alam sekitar.
Jadual 2.1 secara umumnya menerangkan sasaran dan penerapan
teknologi yang cuba dicapai oleh sebilangan besar pengeluar kenderaan
penumpang dan pengangkutan darat, dari tahun 2020-2050. Sasaran ini adalah
usaha untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin mendesak dan
memenuhi perundangan tempatan (local legislation) dalam melestarikan mod
pengangkutan darat secara menyeluruh.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
15/125
5
Ketujuh-tujuh faktor di atas akan mencorakkan perubahan besar terhadap
teknologi kenderaan dalam tempoh 10 sehingga 30 tahun yang akan datang. Banyak
syarikat di dunia khasnya Volkswagen, General Motors, Chrysler, Toyota, Hyundai
and Honda kini telah membuat pelaburan yang besar (kewangan, kepakaran dan
penyelidikan) ke arah memenuhi syarat ini, di samping memberi saingan yang sengit
kepada rakan saingan. Usaha ini disokong oleh pelbagai industri sokongan yang
mengeluarkan pelbagai peralatan automotif di atas permintaan syarikat pengeluar.
Sumber:Future Road Technology Research (FURORE)
Jadual 2.2 pula menunjukkan kedudukan terkini pengeluar kenderaan
terbesar di peringkat global. Statistik ini telah mengambil kira pengeluaran
Jadual 2.1: Unjuran hala tuju teknologi automotif 2020-2050
Car Trucks Buses
Fuel 2020: Achieve EU target 20% substitute fuel, fuel/combustion optimisedtogether, significant depot fueled fleet (e.g. bus) using CNG and H2
2030: Route map to sustainable transport identified and enacted
CO2/GHG 2020: 95gm/km2030: 80 gm/km
2020: - 10% ontoday
2020: - 40 on today
Emissions 2020: 50% EU IV + PM0.1 control
2020: understading thetrue needs of the localgovernment achieved
2020: < 25% of EUIV, inclusion of
unregulatedcomponents, local
control
2020: < 25% ofEU IV, inclusion
of unregulatedcomponents, local
control
Safety 2020: Road death reductionof 75%
2030-2050: Inroduction toAutonomous driving
Traffic 2020: Telematic and traffic management enable congestion and stress-free highway driving
Noise 2020: Adequate noise level to the ambient. Holistic approach for realworld noise reduction2030-2050: Further reduction in urban noise towards WHO targets
Recycling 2020: 85% introduction of useable cradle-to-grave analysis standard
2040: 95% by weight, low-environmental impact of disposal of the last5%
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
16/125
6
kenderaan berat, kenderaan ringan komersial serta bas di samping kenderaan
penumpang.
Dengan perkembangan politik dan ekonomi yang stabil, permintaan
kenderaan pengangkutan awam (kereta dan bas) akan meningkat di negara
membangun seperti di benua Afrika, Asia dan Amerika Latin. Industri automotif
dijangka akan mempunyai permintaan yang tinggi di dalam sedekad dua yang
akan datang. Malaysia kini berada di tangga ke-22, dan bersaing rapat dengan
Indonesia.
Sumber: International Organisation of Motor Vehicle Manufacturing,2010
Jadual 2.2: Negara dan bilangan kenderaan pada 2010
Kedudukan Negara Bilangan Kenderaan yang di
keluarkan
1 China 18,264,667
2 Japan 9,625,940
3 USA 7,761,443
4 Germany 5,905,985
5 South Korea 4,271,941
6 Brazil 3,648,358
7 India 3,536,783
8 Spain 2,387,900
9 Mexico 2,345,124
10 France 2,227,742
11 Canada 2,071,026
12 Thailand 1,644,513
13 Iran 1,599,454
14 Russia 1,403,244
15 United Kingdom 1,393,463
16 Turkey 1,097,554
17 Czech Republic 1,076,38518 Poland 869,736
19 Italy 857,359
20 Argentina 716,540
21 Indonesia 704,715
22 Malaysia 567,715
23 Negara-negara lain 2,200,000 (anggaran)
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
17/125
7
Rajah 2.1 menunjukkan kadar pengeluaran tahunan mengikut statistikantarabangsa. Pengeluaran dijangka akan berkembang pada kadar 3% setahun
sehingga tahun 2020. Jadual 2.3 pula menunjukkan pengeluaran daripada 13
syarikat gergasi automotif dunia pada tahun 2010 mengikut statistik yang
terkumpul.
Secara umumnya, di dunia kini terdapat lebih dari 800 juta kenderaan
penumpang dan pengangkutan ringan yang telah menggunakan lebih dari 1trilion liter bahan api petrol dan diesel setahun berdasarkan statistik tahun 2007.
Automobil merupakan satu bentuk pengangkutan yang utama di kebanyakan
negara maju di dunia. Berdasarkan satu kajian yang terkini, satu pertiga
keperluan kenderaan bermotor akan datang dari negara-negara Brazil, Rusia,
India dan China (BRIC) menjelang 2014. Indonesia dan Iran dijangka akan
berkembang dengan pesat dalam pasaran automotif. Negara membangun yang
Sumber: International Organisation of Motor Vehicle Manufacturing,2010
Rajah 2.1:Pengeluaran kenderaan penumpang dari 1997 ke 2010
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
18/125
8
lain dilaporkan mempunyai permintaan yang mengatasi pasaran tradisional
seperti Amerika, Jepun dan Eropah. Mengikut kajian yang dibuat oleh perunding
antarabangsa, J.D. Power Ltd., kelompok negara membangun akan memonopoli
51% kenderaan ringan menjelang 2010. Kajian ini juga menunjukkan
permintaan dari negara membangun seperi Vietnam, Cambodia dan Filipina
akan terus meningkat pada masa akan datang.
Sumber: International Organisation of Motor Vehicle Manufacturing,2010
2.3
Rangkaian Bekalan Automotif
Rajah 2.2 berikut menunjukkan proses di dalam pengeluaran sesuatu
kereta dari peringkat reka bentuk dan penerimaan bahan mentah sehingga
peringkat penjualan kereta kepada pengguna. Turutan ini dikenali sebagai
rangkaian bekalan automotif (Automotive Supply Chain) yang diamalkan oleh
pengeluar automotif global.
Jadual 2.2: Syarikat pengeluar kenderaan terbesar di dunia 2010
Kumpulan Bilangan kenderaan
yang dikeluarkan
Toyota 8,557,351
GM 8,476,192
Volkswagen 7,341,065
Hyundai Motor 5,764,918
Ford 4,988,031
Nissan 3,982,162
Honda 3,643,057
PSA 3,605,524
Suzuki 2,892,945
Renault 2,716,286
Fiat 2,410,021
Daimler AG 1,940,465
Chrysler 1,578,488
Tata 1,011,343
Proton 172,360
Rongcheng HM 81,300
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
19/125
9
2.3.1 Reka bentuk (nilai tambah tinggi)
Setelah melakukan penyelidikan terhadap apa yang pengguna perlukan
maka pengeluar akan mencipta model yang menjurus kepada citarasa pengguna.
Sebelum ini proses mereka bentuk mengambil masa sekurang-kurangnya lima
tahun. Dengan menggunakan kemudahan komputer dan pelbagai perisian yang
berkaitan, sesebuah prototaip dan kereta konsep (concept car) dapat dihasilkan
dalam masa kurang dari tempoh setahun.
2.3.2
Bahan Mentah (nilai tambah rendah)
Bahan mentah merujuk kepada bahan seperti getah, kaca, keluli, plastik
dan aluminium. Sejak beberapa tahun yang lepas, kos bahan mentah telah
meningkat dengan tingginya, dan punca kepada masalah ini adalah peningkatan
harga minyak dan harga getah. Di samping itu, kebanyakan pengeluar sudah
menggunakan bahan seperti aluminium dan plastik dengan meluas di dalam
Reka
bentuk
Bahan
mentah
Komponen
Pemasangan
Pemasaran
Edaran &
Jualan
Rajah 2.2: Rangkaian bekalanautomotif
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
20/125
10
mengurangkan berat automobil, yang turut menyumbang ke arah penjimatan
penggunaan tenaga.
2.3.3
Komponen/bahagian automotif (nilai tambah sederhana)
Tayar, cermin dan sistem beg udara merupakan sebahagian contoh
komponen automotif. Segmen ini terbahagi kepada tiga pengeluar iaitu (a)
pengeluar peralatan asal, (b) pembuat alat ganti dan (c) pengedar alat ganti.
2.3.4
Pemasangan (nilai tambah sederhana)
Pengeluar akan berusaha untuk mengurangkan kos pengeluaran
sebanyak yang mungkin. Trend terkini menunjukkan pengurangan kos akan
melibatkan pengurangan komponen, mengurangkan pembaziran dan
pencemaran, dan penghantaran komponen dan bahagian kenderaan dalam jangka
masa yang diperlukan (just-in-time basis).
2.3.5 Pemasaran (nilai tambah tinggi)
Pemasaran merupakan satu proses yang penting di dalam rangkaian
nilai tambah kerana ia merupakan asas kepada penilaian penggunaan kepada
sesuatu produk. Pengeluar kenderaan dan pengedar bekerja rapat di peringkat
kebangsaan, serantau dan tempatan di dalam merangka strategi jualan.
2.3.6 Edaran dan Jualan (nilai tambah tinggi)
Setelah pengeluaran selesai, automobil dihantar ke pengedar ke seluruh
tempat, dalam dan luar negara. Pengedar kini mengamalkan konsep 3S Sales,
Spare-partsdan Service.
2.4 Pemacu Rangkaian Nilai Industri Automotif
Industri automotif telah berganjak daripada pengeluar komponen
kepada pemasangan komponen yang diperolehi dari pelbagai sumber pembekal.
Kini industri automotif telah bergerak ke arah memenuhi keperluan pelanggan,
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
21/125
11
seperti yang diamalkan oleh syarikat Toyota (model Scion) dan Volkswagen
(model Golf) di mana mereka membenarkan pembeli memilih beberapa ciri
kenderaan sebelum mereka membeli.
Penggabungan beberapa syarikat gergasi dunia seperti Volvo dengan
Chrysler, dan Nissan dengan Renault, telah mendorong syarikat-syarikat lain
untuk fokus kepada bidang kepakaran teras manakala semua komponen
diperolehi daripada pembekal luar untuk penjimatan kos pengeluaran. Dengan
kaedah ini, industri automotif telah membuka peluang kepada perkembangan
sektor industri kecil dan sederhana (IKS).
2.5 Teknologi Kejuruteraan Automotif Utama
Terdapat beberapa bidang khusus yang perlu dikuasai oleh pengeluar
kenderaan dalam usaha bersaing di peringkat antarabangsa dan bertahan di
peringkat global pada masa akan datang. Selain daripada penguasaan pasaran,
teknologi merupakan kunci utama yang memberi kelebihan untuk berada di
barisan hadapan industri ini. Teknologi yang dimaksudkan adalah seperti yang di
terangkan di bawah:
2.5.1
Keperluan Teknologi Rangkaian Kuasa
Rangkaian kuasa (powertrain) adalah sistem penghantaran kuasa dari
enjin hingga ke roda yang memacu kenderaan. Secara ringkasnya ia dipanggil
enjin dan transmisi. Enjin mewakili sistem yang memberikan kuasa kepada
kenderaan dan transmisi yang menyalurkan kuasa ke roda. Buat masa ini enjin
pembakaran dalam (Internal Combustion Engines, ICE) masih lagi merupakan
sistem yang mendominasi industri automotif dunia. Manakala sistem
penghantaran kuasa didominasi oleh sistem transmisi manual dan automatik.
Walau bagaimanapun, hala tujupowertrainsekarang adalah ke arah sistem yang
lebih efisien dan mesra alam, menjimatkan bahan api, kompak, ringan serta
nisbah kuasa kepada berat (power to weight ratio) yang lebih besar. Antara
teknologi penghantaran kuasa terkini yang dibangunkan termasuklah
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
22/125
12
Homogeneous Charge Compression Ignition (HCCI), Gasoline Direct Injection
(GDI), Variable Valve Timing(VVT), Variable-geometry Turbocharger (VGT),
(Variable Compression Ratio (VCR), Variable Intake Manifold (VIM), cylinder
deactivation, Exhaust Gas Recirculation (EGR), rawatan gas ekzos, teknologi
pancitan commonrail, kenderaan elektrik, hibrid dan sel , Continuos Variable
Transmission (CVT), Dual Clutch Transmission (DCT) dan transmisi kompak
(6/7speed). Dunia sekarang ini juga sedang giat memajukan teknologi bahan api
alternatif antaranya gas asli, bahan api bio (biodiesel and bioethanol) dan bahan
api yang dirumus semula (low sulphur and synthetic fuel). Oleh yang demikian,
pendekatan yang proaktif adalah sangat penting dari semua agensi termasuk
kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi serta pengeluar untuk bersama-
sama memajukan teknologi automotif negara. Tanpa usaha yang komprehensif,
sukar untuk negara bersaing dengan pesaing yang lain.
2.5.2
Reka bentuk Automotif dan Pemprosesan Bahan
Nilai estetik di bidang automotif merupakan salah satu aspek penting
yang boleh menyebabkan meningkatnya jualan sesebuah model kereta. Ini
melibatkan bidang aerodinamik untuk sesebuah reka bentuk. Stail Automotif(Automotive Styling) lebih banyak melibatkan tenaga kerja pereka bentuk
berbanding jurutera. Namun demikian pereka bentuk dan jurutera harus
menjalankan tugas bersama memandangkan bukan semua rekaan automotif
boleh dihasilkan dengan praktikal dan dengan bajet yang terhad. Bidang stail
automotif menjadi salah satu daripada hala tuju automotif memandangkan
industri automotif tidak boleh mengambil risiko yang besar sekiranya reka
bentuk sesebuah model kereta tidak diminati atau terlalu ketinggalan zaman
hingga menyebabkan industri tersebut menanggung kerugian yang besar. Jika
dibandingkan dua puluh tahun sebelum ini, reka bentuk automotif telah banyak
berubah dari reka bentuk yang mempunyai bucu-bucu yang tajam dan terlalu
kepetakkan kepada reka bentuk yang lebih aerodinamik. Perubahan ini dibantu
oleh sistem komputer yang semakin canggih dan perisian-perisian reka bentuk
berbantu komputer (Computer Aided Design, CAD) yang dapat memenuhi
spesifikasi pereka bentuk.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
23/125
13
Bidang proses bahan industri automotif harus sentiasa menjalankan
aktiviti penyelidikan supaya bahan-bahan terkini sentiasa digunakan pada kereta.
Teknologi hijau (Green technology) pada masa sekarang ini sering dijadikan
bahan bualan di forum-forum dan seminar-seminar. Untuk menjadikan industri
automotif lebih kompetitif kemungkinan besar sebahagian dari bahan kereta
harus dihasilkan daripada bahan yang biodegradasi (biodegradable) untuk
melestarikan alam semula jadi. Cabaran-cabaran industri automotif adalah untuk
memikirkan apakah cara yang sesuai untuk menghasilkan komponen-komponen
kereta dari bahan-bahan ini dan adakah proses pembuatan sekarang harus dilihat
dan dikaji semula. Sekiranya demikian mesin-mesin yang sedia ada harus diganti
dan proses pembuatan yang konvensional mesti ditukar kepada proses
pembuatan bahan rencam yang lebih sesuai untuk menghasilkan bahan-bahan
biodegradasi tersebut.
2.5.3
Telemetri
Telemetri merujuk kepada teknologi yang membolehkan pengukuran
parameter secara jarak jauh dibuat selain dari proses penerimaan pelbagai
maklumat penting secara tanpa wayar. Dalam konteks pembangunan automotifia merujuk kepada perolehan informasi daripada pelbagai bahagian dalam
sesebuah kenderaan. Di samping itu, maklumat sebenar diperolehi dapat
dipaparkan untuk kemudahan pengamatan pemandu. Industri telemetri automotif
telah dianggarkan mencecah nilai perniagaan sejumlah USD50 bilion di
peringkat global (Telecompaper, Netherlands) menurut statistik tahun 2010.
Telemetri dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian penting seperti(a) Drivers aid (contoh Head-up display), (b) Infotainment, (c) Engine Health
Monitoring, (d) Tyre Conditioning System, (e) Battery Health Monitoring, (f)
Vehicle Safety, (g) Embedded System dan (h) Signal Conditioning & Sensors.
Penggunaan telemetri membolehkan pemandu sentiasa mendapat maklum balas
keadaan kenderaan yang sedang dipandu. Ini merupakan konsep yang dikenali
sebagai kenderaan pintar (intelligent/smart vehicle). Di samping itu, ia dapat
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
24/125
14
mengelakkan permasalahan kerosakan, kemalangan, dan meningkatkan mutu
pemanduan pengguna secara keseluruhannya.
2.5.4
Ergonomik dan Keselamatan Kenderaan
Ergonomik ditakrif sebagai aplikasi pengetahuan dalam bidang
mengenai keperluan dan keselesaan manusia semasa menggunakan sesebuah
sistem dengan sepenuhnya. Sebelum membangunkan sesebuah model baharu
kereta, ciri ergonomik terutamanya reka bentuk dalaman diambil kira. Selain
daripada itu, ciri keselamatan sesebuah model kenderaan juga diberi penelitian.
Keselamatan pemandu dan penumpang di dalam kenderaan adalah ciri
yang tidak boleh dikompromi. Kebolehtahanan-perlanggaran (Crashworthiness)
ditakrif sebagai sejauh mana sesebuah kenderaan itu dapat melindungi
penumpang apabila berlakunya kemalangan. Ini merupakan salah satu ciri
penting yang diambil kira oleh pereka bentuk kenderaan yang kontemporari dan
bakal pembeli sesebuah model kenderaan. Model kenderaan yang terkini akan
dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti beg udara, sistem brek anti
kekunci, pelindung kecederaan kepala, dan sistem kawalan kestabilan elektronik.
Secara keseluruhannya, telemetri, ergonomik dan ciri keselamatan pada
kenderaan merupakan tiga aspek terpenting dalam mereka bentuk sesebuah
model. Bidang ini juga berkembang dengan pesat dan diberi penekanan khusus
dalam industri automotif.
2.5.5
Kaedah Pembuatan Termaju
Dalam sesuatu proses pemasangan kenderaan, terdapat empat proses
umum yang digunakan iaitu stamping, body shop, mengecat dan pemasangan
akhir. Proses pemasangan ini melibatkan banyak mesin dan juga robot bagi
memudah, mempercepat dan mengurus kualiti produk agar seragam dan
memenuhi piawaian. Dalam usaha meningkatkan produktiviti, kuantiti dan
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
25/125
15
kualiti kereta yang dikeluarkan pengilang kereta harus melalui proses yang
menggunakan kaedah teknologi pembuatan termaju.
Kaedah pembuatan termaju ini telah dipelopori oleh syarikat ternamaseperti Mercedes Benz, Volkswagen, Ford, Toyota dan Chrysler. Kereta
keluaran dari kilang yang mempunyai unsur sebegini akan mempamerkan ciri-
ciri pengeluaran kereta seperti berikut:
(a)
ciri reka bentuk yang tinggi,
(b)berteknologi tinggi,
(c)mempunyai ciri inovasi,
(d)
mampu dimiliki,
(e)jumlah pengeluaran yang banyak dan
(f) dapat memenuhi keperluan masyarakat setempat.
Teknologi pembuatan terkini termasuklah CAD, Computer Aided
Engineering (CAE) dan Computer Aided Manufacturing (CAM) di samping
menggunakan kaedah pengkomputeran berprestasi tinggi (High Performance
Computer, HPC) bertujuan untuk pemodelan, simulasi dan analisis. Ia juga harus
menggunakan kaedah robotik termaju dan sistem pengeluaran pintar yang lain
dalam meningkatkan pengeluaran. Untuk pemantauan proses, unsur automasi
dan kejuruteraan kawalan akan memberi kelebihan kepada pengeluaran kereta
mengikut permintaan semasa.
Kilang yang disifatkan sebagai menerap teknologi pembuatan termaju
pula perlu menggunakan kaedah teknologi terkini dan mempamerkan proses
yang mesra alam. Dengan meluasnya penggunaan bahan-bahan baharu yang
bukan logam, (seperti bahan komposit dan plastik) kaedah pembuatan termaju
bagi tujuan pembentukan, memotong dan menyambung perlu diwujudkan.
Kilang sebegini perlu berkeupayaan mengeluarkan komponen yang pelbagai
bentuk dan dalam kuantiti yang diperlukan tanpa menjejaskan keseluruhan
pengeluaran kilang. Di samping itu, kilang boleh diubahsuai mengikut
permintaan produk semasa. Teknologi pembuatan termaju ini, membolehkan
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
26/125
16
pengeluar menyediakan model kenderaan dalam bilangan yang disasarkan dalam
satu tahun.
2.5.6
Kebisingan, Getaran dan Kelasakan
Tahap kebisingan, getaran dan kelasakan (Noise, Vibration and
Harshness, NVH) penumpang merupakan salah satu faktor yang memberi daya
tarikan kepada pengguna kenderaan. Penumpang begitu sensitif kepada
kebisingan semasa pemanduan dan juga getaran yang timbul hasil pemanduan
kenderaan. Oleh itu faktor ini merupakan salah satu faktor dorongan kepada
pemilihan sesuatu kenderaan. Banyak syarikat pengeluar utama telah membuat
banyak pelaburan dalam kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan dalam
usaha mengurangkan faktor ini bagi faedah pengguna.
Terdapat dua jenis NVH yang telah dikenal pasti iaitu NVH dalaman
dan NVH luaran. NVH dalaman adalah tahap ketidakselesaan yang dialami oleh
penumpang dalam kabin sesuatu kenderaan, manakala NVH luaran pula
disebabkan oleh kebisingan yang terhasil oleh kenderaan semasa pemanduan.
Selalunya, pemandu mengalami getaran yang terhasil daripada gegaran stering,
kerusi pemandu, lantai dan pedal.
Banyak masalah timbul daripada kesan NVH dan ia berpunca dari
enjin, roda, permukaan jalan, brek dan udara. Kebisingan dari sistem pendingin
udara dan aksesori enjin juga boleh berlaku. Ini mungkin disebabkan kaedah
pemasangan komponen, ketiadaan pemantauan, pengesanan semasa proses
pemasangan dan kurang kawalan kualiti yang rapi.
2.5.7
Struktur dan Bahan
Struktur sesebuah kenderaan adalah penting dalam menentukan
keselesaan, pemanduan, keselamatan dan kos penggunaan bahan api kenderaan
tersebut. Pada masa sekarang, kebanyakan struktur dan bahan yang digunakan
masih berunsurkan logam. Tidak dinafikan bahan-bahan tersebut telah banyak
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
27/125
17
menyumbang kepada perkembangan industri automotif dunia. Sejak
kebelakangan ini banyak dibincangkan mengenai kelestarian alam semula jadi
dan kenaikan harga bahan api seperti petrol dan diesel. Salah satu bidang kajian
struktur dan bahan adalah bahan rencam yang mesra alam dan biodegradasi.
Bahan ini lebih ringan dan dapat mengurangkan penggunaan bahan api.
Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang bahan rencam akan
melibatkan satu anjakan paradigma. Inisiatif sebegini perlu kepada pertukaran
banyak mesin-mesin pembuatan konvensional dan kemahiran tinggi di kalangan
tenaga kerja harus dikaji semula. Sebagai langkah jangka masa panjang, institusi
penyelidikan harus meneroka bahan-bahan rencam biodegradasi dan membuat
simulasi kebolehtahanan-perlanggaran bagi bahan-bahan tersebut. Penyelidikan
bidang ini merupakan aspek yang penting kerana melibatkan keselamatan
pemandu dan penumpang semasa kemalangan.
2.5.8 Aerodinamik
Aerodinamik adalah satu aspek penting yang melibatkan reka bentuk
luaran kenderaan untuk mengurangkan daya seret angin ketika kenderaan
dipandu pada halaju tinggi. Kenderaan berciri aerodinamik, boleh menambah
nilai estetik dan dapat mengurangkan penggunaan bahan bakar. Penyelidikan
bidang aerodinamik melibatkan penggunaan terowong angin dan kaedah
pengkomputeran dinamik bendalir (computational fluid dynamic, CFD) untuk
memperbaiki pekali seretan sesebuah model kereta yang ingin dibangunkan.
Industri automotif dapat membantu penyelidikan ini denganmembekalkan model-model terbaharu kepada universiti supaya hasil
penyelidikan lebih terperinci dengan menggunakan terowong angin dan simulasi
komputer dapat dijalankan.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
28/125
18
2.5.9 Kejuruteraan Trim
Trim pada industri automotif memainkan peranan penting dalam
memberi nilai tambah estatik bagi dalaman dan luaran kereta. Kejuruteraan trim
melibatkan warna, pemilihan bahan plastik, fabrik, kulit, karpet dan sebagainya.
Penyelidikan ini juga melibatkan pemilihan kontras warna, corak dan tekstur
yang boleh menjadikan reka bentuk dalaman kereta yang unik dan selesa kepada
pemandu dan penumpang. Ilham daripada bidang fesyen, hiasan dalaman rumah
dan arkitektur, reka bentuk yang dibuat mesti mempunyai ciri-ciri terkini yang
memenuhi tema dan konsep bersesuaian dengan model kenderaan tersebut.
Fungsi ergonomik yang banyak melibatkan penggunaan gajet papan pemuka
(dashboard gadgetry) seperti Global Positioning System (GPS), pemain MP3,radio dan TV kereta adalah termasuk dalam bidang kejuruteraan trim.
Kajian pasaran industri dapat mengenal pasti reka bentuk dalaman dan
luaran terkini dan citarasa yang akan datang. Pada masa ini, penyelidikan harus
dijalankan bagi menerokai teknologi penyalutan. Sebelum ini, cat kenderaan
menggunakan basecoat/clearcoat berunsurkan urethane. Kini teknologi
penyalutan melibatkan cat berasaskan air. Penggunaan teknologi salutan iniadalah selamat digunakan menurut piawaian Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (OSHA).
Salah satu teknik terbaru dalam teknologi penyalutan automotif adalah
penyalutan elektrik (e-coating). Penyalutan kaedah elektrik melibatkan
penggunaan elektrik untuk menyalut cat pada badan kenderaan dan dikenali
sebagai deposisi elektro (electrodeposition). Teknik ini menggunakan konsep catyang memanjangkan kualiti jangka hayat cat kenderaan.
2.5.10
Pendingin Udara Kenderaan Bermotor
Bidang dan industri pendingin udara kenderaan bermotor (Motor
Vehicle Air Conditioning, MVAC) adalah salah satu ruang yang mana Malaysia
boleh terokai pada masa akan datang. Walaupun terkenal dengan ekspot
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
29/125
19
barangan elektrik yang termasuk peti sejuk dan sistem pendingin udara tetapi
pembangunan unit pendingin udara untuk kenderaan masih lagi pada tahap lama.
Teknologi MVAC amat bergantung kepada negara luar. Satu tindakan
bersepadu mesti diambil bagi menyambut cabaran dan keperluan yang penting
ini.
Pasaran MVAC meliputi julat segmen sekecil-kecil kenderaan
hinggalah kepada kenderaan berat termasuk kegunaan tentera serta gerabak
kereta api. Masalah yang sering timbul dalam industri ini ialah harga yang
kompetitif dan fungsi sistem yang menarik. Adalah dilihat bahawa bagi
mengatasinya, kolobarasi adalah kunci utama. Cabaran ini dilihat dari dua aspek
penting iaitu:-
(a)
Pembangunan kenderaan oleh syarikat pengeluar dan
(b)Pembangunan teknologi jangka panjang oleh institusi penyelidikan
dan universiti.
Teknologi yang mesti dibangunkan haruslah meliputi fungsi sistem
separa automatik dan automatik penuh. Ini termasuklah sistem kawalan, sistem
zon, penderia (sensor) yang lebih baik dan sistem agihan udara bersih dalam
ruang kerja yang sempit. Cabaran ini ditambah dengan adanya reka bentuk baru
untuk kenderaan moden berkonsepkan teknologi kenderaan-kenderaan elektrik
dan hibrid. Satu lagi aktiviti yang perlu diambil kira adalah penggunaan bahan
pendingin udara mesra alam (tiada kandungan unsur klorin). Sejak tahun 2011,
banyak pihak terutama negara-negara Kesatuan Eropah (European Union, EU)
memperkenalkan karbon dioksida (CO2) sebagai ganti kepada bahan pendingin
udara untuk MVAC. Bahan pendingin udara semasa adalah R-134a. Bahankeluaran (emission) dari penggunaan R-134a ini akan dilihat dengan lebih
terperinci kerana bilangan pengeluaran kenderaan akan bertambah pada masa
akan datang. Setiap kenderaan yang dikeluarkan akan mempunyai sistem
MVAC.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
30/125
20
Penyelidikan yang berkaitan dan harus ditangani oleh pengeluar dan
pemasang kenderaan termasuklah sistem pemasangan (MVAC system
assembly), sirip-tiub (tube-fin), pemeluwap aliran selari (parallel flow
condensers), penyejat berlapis (laminated evaporator), pemasangan pemanas
(heater assembly), hos (hose) dan komponen-komponen penukar haba (heat
exchanger components). Lain-lain bidang penyelidikan yang mesti diberi
tumpuan adalah pengujian dan simulasi dalam persekitaran semua-cuaca (all-
weather environment), stesyen kerja bagi pereka bentuk berbantu komputer
(CADworkstation), imbasan laser dan pengaratan dalaman (internal corrosion).
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
31/125
21
3.0
PERKEMBANGAN INDUSTRI
AUTOMOTIF MALAYSIA
3.1 Pengenalan
Malaysia menerokai industri Automotif selepas merdeka dengan
bermulanya pembinaan beberapa kilang pemasangan kenderaan seperti Volvo,
Bedford dan BMC dan kilang pemasangan kereta pada penghujung tahun 60an
yang tertumpu di sekitar lembah Kelang. Perkembangan Malaysia selaku sebuah
negara membangun yang berteraskan komoditi utama (getah, kepala sawit dan
bijih timah) pada ketika itu, telah melihatkan sektor pengangkutan darat
berkembang dengan pesatnya sehinggalah tahun 80an. Melihat akan prospek
industri pengangkutan yang berkembang dengan pesat ini maka kerajaan telah
melancarkan projek kereta nasional dan motosikal nasional dalam usaha
memberi nilai tambah dan penguasaan teknologi. Ini juga selari dengan usaha
giat oleh kerajaan di dalam pembinaan prasarana iaitu lebuh raya, dalam usaha
merangsang ekonomi negara. Projek kereta dan motosikal nasional diilhamkan
dengan tujuan menjadikan Malaysia sebagai pemain di dalam industri berat dan
berteknologi tinggi di rantau Asia Tenggara dan dunia satu ketika nanti.
Dengan terlaksananya Wawasan 2020, maka peranan industri
Automotif akan lebih penting kerana ia berupaya menjana pendapatan negara
yang besar di samping memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat
tempatan. Bagi memastikan industri ini berada di atas landasan pelaksanaan
yang tepat maka kerajaan telah memperincikan lagi roadmap industri berat
negara di dalam Pelan Induk Industri (Industrial Master Plan) yang kini di
dalam fasa ketiga pelaksanaannya.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
32/125
22
Pada pertengahan tahun 80an sehingga penghujung tahun 90an Proton,
Perodua, Modenas telah berkembang pesat dan telah memonopoli pasaran
kenderaan empat dan dua-roda tempatan. Namun demikian, pasaran negara
adalah terlalu kecil dan kelestarian industri Automotif memerlukan penerokaan
ke pasaran luar negara. Pada ketika yang sama Malaysia selaku negara ASEAN
adalah pelopor kepada AFTA (ASEAN Free Trade Agreement) yang
membolehkan penembusan pasaran di antara negara-negara ASEAN tanpa
perlindungan dan tarif yang berganda. Dengan insentif dan perlindungan yang
ketat, syarikat-syarikat seperti Proton, Perodua, Inokom dan Modenas meraih
faedah yang banyak di dalam pasaran kenderaan tempatan dari tahun 1985
sehingga tahun 2000. Dengan pelaksanaan AFTA pasaran Malaysia terdedah
kepada kemasukan kenderaan dan komponen dari negara ASEAN yang lain,
khasnya Thailand. Oleh itu, untuk terus kekal bersaing syarikat-syarikat
tempatan harus menerima hakikat akan persaingan yang sengit dari pemain-
pemain lain yang turut berminat dengan pasaran besar Automotif negara,
khasnya bagi segmensaloon. Di awal tahun 2000, persaingan di antara Malaysia
dan Thailand agak ketara di dalam menarik pelabur dalam sektor ini. Thailand
yang lebih liberal dengan ekosistem pelaburan, telah membuka peluang kepada
banyak syarikat asing melabur di negara itu. Malaysia dengan dasar
perlindungan kepada syarikat tempatan dan isu ekuiti syarikat terpaksa akur
dengan daya tarikan negara Thailand.
Menyedari akan hakikat dan permasalahan ini maka kerajaan telah
merangka Dasar Automotif Negara (National Automotive Policy) yang secara
umumnya memberi satu panduan di dalam merangsang pertumbuhan industri ini
agar dapat bersaing di arena antarabangsa; dengan mengambil kira kekuatan
yang sedia ada, usaha-usaha pengukuhan, galakkan, rakan kongsi dan juga
insentif. Syarikat seperti Proton, Perodua dan Modenas disarankan membuat
pelaburan yang besar kepada Penyelidikan dan Pembangunan (Research and
Development, R&D) untuk pembangunan produk yang bertemakan
keberkesanan kos (cost-effective) dan berpusatkan pelanggan (customer-
centered). Syarikat-syarikat pembuat komponen dan sokongan disarankan
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
33/125
23
mencari rakan kongsi yang boleh membuka ruang dan mencari pasaran di
peringkat global.
Pada tahun 2010 kerajaan telah melancarkan Model Ekonomi Baru(New Economic Model, NEM) dengan tujuan membawa negara keluar daripada
perangkap golongan berpendapatan sederhana (trapped in the middle-income
bracket). Ini bermakna sebahagian besar rakyat negara ini diklasifikasikan
berpendapatan sederhana. Fenomena ini tidak membantu negara di dalam
mencapai status sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Oleh itu,
sebahagian dari mekanisme NEM ialah pelaksanaan beberapa projek ETP (Entry
Point Projects) yang boleh mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan
mengalihkan situasi ini ke arah negara berpendapatan tinggi. Salah satu
mekanisme NEM ini ialah pembukaan beberapa koridor ekonomi yang kini
terdapat lima kesemuanya. Tiga daripada koridor ini, iaitu Koridor Ekonomi
Pantai Timur (East Coast Economic Region, ECER), Koridor Ekonomi Utara
(Northern Corridor Economic Region, NCER) dan Koridor Tenaga Boleh
Diperbaharui Sarawak (Sarawak Corridor for Renewable Energy, SCORE)
mempunyai industri Automotif sebagai penggerak utama kepada pertumbuhan
koridor ekonomi ini.
Sehingga kini industri Automotif menyumbang sebanyak RM 15 bilion
setahun kepada pendapatan kasar negara (KDNK). Dengan pelaksanaan projek
kereta nasional Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai
kebolehan mereka bentuk dan menghasilkan kenderaan sendiri dan menguasai
pelbagai teknologi yang berkaitan dengannya. Industri Automotif di Malaysia
kini telah mewujudkan sebanyak 350,000 peluang pekerjaan bagi anak tempatan
di dalam pelbagai jawatan. Sesungguhnya industri ini telah dikenal pasti untuk
terus memacu ekonomi Malaysia pada masa akan datang. Oleh itu, industri
automotif memerlukan pelbagai bantuan dan sokongan agar ia terus kekal
sebagai penyumbang besar kepada ekonomi negara.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
34/125
24
3.2 Prospek Industri Automotif di Malaysia
Prestasi industri automotif negara setakat ini mencecah pengeluaran
tahunan melebihi 500,000 kenderaan yang mana ini tidak termasuk kenderaan
berat dan motosikal. PROTON dan PERODUA pada tahun 2010 telah
menguasai pasaran kenderaan bermotor sebanyak 61% dan kini mempunyai
rangkaian vendor tempatan melebihi lima ratus buah syarikat. Pengeluaran
automotif di Malaysia dijangka meningkat sekali ganda menjelang 2020 seiring
dengan unjuran bahawa rantau Asia Pasifik akan menjadi pengeluar utama
automotif menjelang hujung abad ini. Ini menunjukkan bahawa industri
automotif harus diberikan sokongan yang sewajarnya kerana ia berpotensi
memberi pulangan yang besar kepada pendapatan negara dan sebagai pemangkinkepada beberapa sektor industri berat yang lain. Kilang baru PROTON di
Tanjung Malim, Perak di lengkapi dengan tahap automasi yang tinggi,
menggunakan teknologi robotik dan di rekabentuk untuk kadar pengeluaran
yang tinggi lagi cekap.
Negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan United Kingdom
adalah negara-negara utama pengimport kereta dari Malaysia. Pengeluarautomotif terkemuka seperti Mercedes, Suzuki, Ford, General Motors, Mazda,
Nissan dan Mitsubishi menggunakan produk automotif dari Malaysia
berdasarkan kualiti dan harga yang berpatutan yang dikeluarkan di Malaysia.
Kerajaan juga mengambil langkah melaksanakan penstrukturan semula
pasaran industri automotif dengan menggalakkan peneraju utama mengeluarkan
kereta di dalam jumlah yang besar untuk memenuhi keperluan pengguna.Kerajaan juga memberi insentif dalam bentuk potongan cukai sebanyak 50%
kepada industri automotif tempatan ke arah mencapai objektif ini. Tarif ke atas
kenderaan yang diimport dari negara-negara ASEAN dikurangkan dari 20% ke
15%. Cukai eksais juga telah dikurangkan.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
35/125
25
3.3 Penggerak Industri Automotif di Malaysia
Industri automotif seperti yang dimaklumkan merupakan salah satu
sektor teras negara yang mempunyai 4 pengeluar, 8 pemasang kenderaan, 9
pemasang motosikal serta lebih dari 600 syarikat pemasang komponen yang
menampung pengeluar utama. Industri automotif kini menggunakan tenaga kerja
tempatan melebihi 300,000 orang tenaga manusia dari pelbagai bidang kerja.
3.3.1
Jumlah Pendapatan dan Pengeluaran Kenderaan
Industri automotif merupakan salah satu sub-sektor dalam aktiviti
ekonomi perindustrian pembuatan yang dinamakan sebagai kelengkapan
kenderaan. Sektor automotif menjadi penyumbang terbesar kepada aktiviti
kelengkapan kenderaan berbanding pembuatan kapal, sub-sektor pembaikan
kapal dan kapal terbang.
Pelaburan negara pula dalam bidang ini adalah sebanyak RM2.2 bilion
dengan import/eksport bernilai RM5.5 bilion. Nilai perdagangan bagi tahun
2010 meningkat ke 12% berbanding tahun 2009, dengan jumlah pendapatan
meningkat dari RM458 juta ke RM480 juta dalam sektor automotif. Jumlah
jualan bagi tahun 2010 mencatat kenaikan sebanyak 12.7% (605,156 buah)
berbanding tahun 2009 dengan jumlah keseluruhan kenderaan penumpang
meningkat sebanyak 11.8%. Sehingga kini pengeluar kereta tempatan masih
menguasai lebih dari 60% penguasaan pasaran. Bagi kenderaan komersil pula
pertumbuhan yang kuat disaksikan dengan peningkatan sebanyak 21.8% pada
tahun 2010.
Rajah 3.1 di bawah menunjukkan indeks pengeluaran perindustrian.
Industri pembuatan pula dibahagi kepada industri berorientasikan eksport dan
domestik. Daripada data atau graf di bawah, jelas menunjukkan kepentingan
industri automotif yang digolongkan di dalam sektor pembuatan dan
kelengkapan pengangkutan. Begitu juga sebahagian daripada komponennya
termasuk dalam produk elektrik dan elektronik.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
36/125
26
(a) Jumlah Pengeluaran Perindustrian
(b) Industri Pembuatan Berorientasikan Eksport
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
37/125
27
(c) Industri Pembuatan Berorientasikan Domestik
3.4 Ekosistem Pembangunan Industri Automotif Negara
3.4.1
Dasar Baru Automotif Negara (New National Automotive Policy,
NNAP)
Dasar Baru Automotif Negara antara lain diperkenalkan bagi mengkaji
semula langkah-langkah yang perlu untuk menghadapi cabaran-cabaran
globalisasi, liberalisasi dan persaingan yang meningkat. Oleh yang demikian
kerajaan telah menyenaraikan objektif rangka dasar automotif nasional untuk
merangsang pertumbuhan sektor automotif negara. Lima objektif utama Dasar
Baru Automotif Negara adalah:-
(a)
Untuk menggalakkan sektor automotif yang kompetitif
dan berdaya maju, terutamanya pembuat kereta nasional
(b)Untuk menjadi hab serantau bagi pembuatan, pemasangan
dan pengedaran kenderaan automotif
Sumber:Jabatan Statistik Malaysia
Rajah 3.1 (a), (b) & (c): Indeks pengeluaran perindustrianMalaysia mengikut sektor
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
38/125
28
(c)Untuk meningkatkan nilai tambah dan keupayaan
tempatan di dalam sektor automotif
(d)Untuk menggalakkan pembuat kenderaan dan vendor
komponen Malaysia yang berorientasikan eksport
(e)
Untuk menggalakkan penyertaan bumiputera yang
kompetitif dan meluas di dalam sektor pembuatan,
pengedaran dan pengimportan kenderaan serta di dalam
pembuatan komponen
Merujuk kepada dasar automotif negara bagi penggalakkan
pertumbuhan sektor automotif yang kompetitif, berdaya maju (serta
meningkatkan nilai tambah dan keupayaan tempatan), laporan ini
membentangkan beberapa bahagian penting yang menjadi sebahagian daripada
hala tuju automotif negara.
3.4.2
Teras Dasar Automotif Negara
Teras kepada Dasar Automotif Negara (National Automotive Policy,
NAP) yang digubal oleh pihak kerajaan disimpulkan sebagai berikut:
(a)Bantuan dan insentif diberi oleh pihak kerajaan di dalam
menyumbang kepada ekonomi mampan. Pihak kerajaan
akan terus memupuk dan membantu perkembangan sektor
automotif melalui pakej geran dan insentif. Sumbangan
kepada perkembangan ekonomi lestari mesti berkait
dengan jenis dan tahap aktiviti yang mempunyai nilai
tambah yang tinggi. Ia juga perlu kompetitif danmenyumbang kepada pasaran tempatan dan eksport di
dalam persekitaran yang bebas. Tahap bantuan semestinya
boleh dikorelasikan dengan sumbangan kepada ekonomi
negara dan nilai tambah. Penekanan adalah kepada
penjualan, pemasaran dan perkhidmatan selepas jualan
dan pengurangan pengimportan kenderaan. Bantuan
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
39/125
29
kepada industri akan dikhususkan kepada dana pelarasan
(Adjustment Fund) dan geran penyelidikan dan
pembangunan.
(b)Peningkatan skala melalui rasionalisasi di dalam usaha
untuk meningkatkan daya kompetitif industri automotif
negara. Menggalakan syarikat-syarikat di Malaysia
membentuk syarikat gergasi di dalam memastikan ia dapat
bertahan dan bersaing dengan syarikat lain di dunia.
Kerajaan menggalakkan rasionalisasi di dalam sektor
automotif tempatan di dalam usaha mengurangkan tenaga
kerja yang tidak terlatih dan menjadikan ia lebih
kompetitif.
(c)Penggalakan perhubungan strategik dengan rakan kongsi
bertaraf dunia di dalam perkongsian yang bersifat
menang-menang, di dalam usaha mempercepatkan daya
saingan beberapa peneraju utama di Malaysia.
(d)Hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab dan peneraju
utama dalam aktiviti yang bersifat pelengkap di dalam
industri ini.
Hasil dari pelaksanaan dasar ini, kerajaan mengekalkan dua pengeluar
kenderaan automotif nasional sahaja, yang dibantu oleh beberapa pengeluar
antarabangsa (rakan kongsi dengan syarikat tempatan). Usaha ini akan
meningkatkan pengeluaran kenderaan dan pada masa yang sama akan
merasionalisasikan (rationalization) model-model yang dipasang untuk pasaran
tempatan dan antarabangsa.
Ekoran dari perkembangan ini, sektor pembuatan komponen akan
menjadi lebih menyerlah kerana mereka akan berada dalam bilangan kerja yang
lebih kecil. Akan tetapi penghasilan komponen dijangka meningkat ke jumlah
yang besar serta mempunyai jaringan yang banyak di peringkat global. Proses
liberalisasi yang diusahakan secara mampan akan mengurangkan skop
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
40/125
30
pengimport, walau bagaimanapun pengedar akan menerima faedah dalam bentuk
peningkatan jualan secara pukal.
NAP memberi garis panduan yang jelas dan telus untuk semua yangterlibat dalam industri ini untuk merangka pelan tindakan bagi menghadapi masa
hadapan yang mencabar.
3.4.3
Model Ekonomi Baru
Model ini telah meletakkan strategi seperti berikut di dalam usaha
kerajaan untuk memastikan industri automotif relevan kepada pertumbuhan
ekonomi Malaysia:
(a) Memberi pembaharuan kepada sektor swasta
(b)
Peningkatan kualiti tenaga kerja tempatan dan pengurangan
tenaga buruh asing
(c)
Mewujudkan ekonomi domestik yang kompetitif
(d) Mengukuhkan sektor awam
(e) Tindakan yang tegas, telus dan mesra pasaran
(f) Membangunkan infrastruktur yang berasaskan pengetahuan
(g) Mengukuhkan sumber ekonomi yang sedia ada
(h) Memastikan pertumbuhan yang mampan dan lestari
NEM bertujuan menangani dua isu penting yang dihadapi oleh negara.
Pertamanya, Malaysia sekian lama berada dalam kelompok yang disifatkan
sebagai negara berpendapatan sederhana. Ia kini berhasrat menuruti negara jiran
seperti Singapura, Taiwan dan Korea yang berada di dalam kelompok negaraberpendapatan tinggi. Keduanya, ekonomi Malaysia baru pulih dari krisis
kewangan dan krisis ekonomi satu pengalaman pahit yang ingin dielakkan
disebabkan oleh pengaruh ekonomi besar dunia.
Malaysia yang kini mempunyai penduduk seramai 28 juta orang
mempunyai potensi yang besar untuk meningkatkan pasaran dan ekonomi
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
41/125
31
tempatannya. Walau bagaimanapun, pasaran tempatan sahaja tidak mencukupi
untuk mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Untuk itu,
langkah tambahan yang dirangka oleh kerajaan adalah:
(a)
Pengurangan jurang pendapatan di antara pendapatan rendah
dan tinggi
(b)
Pelaksanaan ekonomi hijau iaitu penggunaan teknologi hijau,
tenaga boleh diperbaharui yang akan memberi peluang baru
kepada pendapatan negara.
(c) Peningkatan kualiti pengangkutan dalam bentuk
pembangunan prasarana pengangkutan awam dan
persendirian.
3.4.4 Program Transformasi Ekonomi
Program Transformasi Ekonomi atau lebih dikenali sebagai Economic
Transformation Program(ETP) adalah salah satu inisiatif rangsangan di bawah
model ekonomi baru negara. Salah satu instrumen yang digunakan ialah
pelaksanaan beberapa projek yang berteraskan teknologi dan tenaga yang
memerlukan sumbangan besar para jurutera.
3.4.5 Koridor Pembangunan Ekonomi Malaysia
Kini terdapat 5 Koridor Pembangunan Ekonomi Malaysia yang
dibentuk untuk merangsang ekonomi dalam usaha mencapai matlamat Wawasan
2020. Koridor-koridor tersebut ialah:
(a) Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR)
(b) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
(c)
Wilayah Ekonomi Utara(NCER)
(d) Wilayah Pembangunan Sabah (Sabah Development Corridor,
SDC) dan
(e) Wilayah Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE)
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
42/125
32
Pada keseluruhannya kelima-lima koridor ini menerima pelaburan
sejumlah RM250 bilion untuk memajukan pelbagai bidang industri. Di antara
kelima-lima koridor yang tersenarai ini, terdapat tiga koridor yang berkait-rapat
dengan industri automotif. Koridor-koridor ini ialah NCER, ECER dan SCORE
dan menerima pelaburan sebanyak RM150 bilion, iaitu lebih dari 50% jumlah
pelaburan di dalam lima koridor yang terlibat.
3.4.6 Pelan Induk Industri Ketiga (IMP3)
Sejak dari awal 1970an Malaysia telah mencapai pertumbuhan ekonomi
yang memberangsangkan dengan pelbagai pelaburan luar negara yang banyak.
Namun demikian, pertumbuhan sektor domestik masih lagi di tahap yang rendah
walaupun pelbagai dasar digubal untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya
saing di antara negara-negara membangun, khasnya di rantau Asia Tenggara.
Memahami akan kelemahan ini kerajaan telah melaksanakan pelan induk
industri atau Industrial Master Plan (IMP) yang kini memasuki fasa ketiga.
Secara umumnya IMP3 mengandungi unsur-unsur bagi meningkatkan lagi
bilangan dan daya kompetitif sektor industri kecil dan sederhana (IKS),
meningkatkan pelaburan asing, peningkatan rangkaian nilai (upgrading valuechain), pembentukan industri-industri yang bernilai tinggi dan sebagainya.
IMP3 mengandungi penekanan strategik dan langkah dasar
pembangunan yang komprehensif di dalam bidang berikut, khasnya bagi
pengukuhan sektor automotif:
(a)
Peningkatan perdagangan luar
(b)
Peningkatan pelaburan
(c) Pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS)
(d)
Penjenamaan
(e) Pembangunan dalam sektor pembuatan
(f) Pengukuhan keupayaan domestik
(g)
Peningkatan keperluan tenaga manusia
(h) Pembangunan teknologi kritikal dan ICT
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
43/125
33
Pembangunan teknologi dan industri automotif negara di bawah IMP3
secara umumnya dilihat dapat menyumbang kepada:
(a) Pengukuhan dan kesedaran kepada perubahan haluan dan
faedah menerapkan teknologi baru.
(b)
Peningkatan perhubungan antarabangsa di dalam
pembangunan teknologi melalui perolehan pengetahuan baru.
(c) Merangsang peningkatan kerjasama di antara pengusaha
tempatan dan antarabangsa serta mempercepatkan
penyerapan dan penggunaan teknologi baru.
(d) Mengintegrasikan syarikat-syarikat tempatan di dalam
rangkaian pembekalan global.
(e) Meningkatkan pelaburan luar dan dalam negara (Foreign and
Domestic Direct Investment) melalui pemindahan dan
pembangunan teknologi automotif tempatan.
(f) Mewujudkan program pembangunan modal insan untuk
menampung keperluan perkembangan teknologi, khasnya di
sektor pembuatan automotif.
(g)
Mengukuhkan pembangunan institusi (institutional support)yang akan mempercepatkan pembangunan teknologi dan
pembangunan industri automotif setempat.
Langkah maju ke hadapan untuk industri automotif negara
memerlukan komitmen dari semua pihak. Ini berasaskan kepada
adanya kerangka ekosistem yang meliputi pelbagai aspek seperti
NEM, ETP, NAP, wilayah-wilayah ekonomi dan IMP. Kejayaanini akan tercapai dengan perlaksanaan yang tersusun dan secara
bersepadu.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
44/125
34
4.0
PERANAN IPTA DALAM PENJANAAN
MODAL INSAN INDUSTRI AUTOMOTIF
4.1 Malaysia Sebagai Hub Pembelajaran Tinggi Serantau
Sejak mencapai kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah menghantar
ramai warganegara yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat
Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) ke luar negara. Ketika
itu tempat pengajian dalam negara adalah amat terhad.
Dalam sedekad yang lalu terdapat peningkatan yang mendadak bilangan
universiti dan kolej swasta bagi memenuhi permintaan pelajar (yang ingin
mengikuti pelbagai program pengajian) di Malaysia. Pertumbuhan ini
disebabkan oleh hasrat kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai destinasi
pilihan pengajian di rantau Asia. Walaupun bilangan IPTS meningkat, masih
terdapat ramai warga Malaysia yang melanjutkan pengajian mereka ke luar
negara khasnya ke Britain, Amerika Syarikat dan Australia. Kesannya, banyak
pengaliran wang keluar daripada negara. Keadaan ini boleh diperbaiki dengan
menyediakan lebih banyak tempat belajar di IPTA dan IPTS di Malaysia (rujuk
Jadual 4.1).
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menetapkan sasaran untuk
mengambil seramai 100,000 penuntut dalam pelbagai jurusan pada 2010.
Kebanyakan IPTA dan IPTS telah menyambut hasrat ini dan terdapat lebih
200,000 penuntut dari pelbagai buah negara mengikuti pelbagai program yang
ditawarkan oleh IPT. Jadual 4.2 menunjukkan corak peningkatan pelajar asing di
Malaysia sejak 3 tahun kebelakangan dan tahun 2010.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
45/125
35
Negara 2003 2008 2009 2010
Asia 27068 51888 61481 60367
Afrika 2702 14578 15950 21067
Eropah 399 875 1351 820
Amerika Utara 86 134 175 252
Amerika Selatan 7 58 42 251
Oceania 78 266 333 169
Lain-lain 561 1365 1418 3997
Jumlah 30407 69164 80750 86923
Sumber: Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia
Jadual 4.1: Statistik Penghantaran Pelajar Malaysia ke Luar Negara2009-2010
Negara 2009 2010
Australia 17311 20493
China 2114 2792
India 2175 2175
Indonesia 5844 5588
Jepun 1584 1526
Mesir 8611 8611
New Zealand 1672 2305
Rusia 2621 2621
Taiwan 40 5133
United Kingdom 5265 13796
Amerika Syarikat 5942 6100
Jumlah 58963 79254
Sumber: Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia
Jadual 4.2: Pelajar Asing di Malaysia pada tahun 2008 - 2010
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
46/125
36
4.1.1 Melahirkan Graduan dan Tenaga Pakar
Pada peringkat global, industri automotif telah berkembang dengan
pantas mengikut peredaran masa dan keperluan pengguna. Konsolidasi dalam
pengeluaran barangan automotif, harga yang kompetitif dan perkongsian bijak di
antara pengeluar automotif ternama telah membolehkan industri tersebut
mengeluarkan kenderaan dengan jumlah yang besar dan berkualiti pada kos
yang rendah.
Menyedari hal ini, Malaysia berhasrat untuk menjadi peneraju industri
automotif terbesar di rantau Asia Tenggara. Industri automotif di Malaysia telah
berkembang dengan rangsangan industri sokongan seperti pembangunan produk
dalam sub-bidang automotive electronics, sub-components infotainment systems
dan auxiliary systems. Kemajuan industri sokongan juga mempengaruhi
permintaan sebilangan besar tenaga mahir yang mempunyai kemahiran sains,
teknologi dan kejuruteraan tempatan.
4.2 Penyediaan Tenaga Manusia yang Berkemahiran
Malaysia telah mengalami pertumbuhan ekonomi ekoran kejayaan
polisi kerajaan dalam menarik pelaburan luar. Pertumbuhan yang pesat ini
mewujudkan bidang-bidang industri baru, sekali gus meningkatkan keperluan
tenaga kerja berkemahiran tinggi. Peluang pekerjaan pada masa akan datang
dijangka akan dimonopoli oleh sektor swasta, berbanding dengan sektor awam
iaitu dalam nisbah 4:1. Ini merupakan salah satu ciri yang dipamerkan oleh
negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah Barat.
Sektor awam mahupun swasta memerlukan lebih ramai tenaga kerja
dalam jurusan teknikal, seperti kejuruteraan bagi meningkatkan produktiviti dan
daya saing. Bidang kejuruteraan telah dikenal pasti sebagai pemangkin aktiviti
bagi badan-badan kerajaan dan swasta. Salah satu bidang kejuruteraan yang
sedang berkembang pesat adalah kejuruteraan automotif. Lebih ramai pakar
diperlukan dalam bidang kejuruteraan automotif. Untuk mencapai strategi secara
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
47/125
37
berkesan kemahiran teknikal diperlukan dan disusuli dengan kemahiran
mengurus.
Perkembangan teknologi Malaysia telah berubah daripada intensiftenaga kerja (labour-intensive) kepada ekonomi berasaskan pengetahuan
(knowledge-based economy). Sumber tenaga manusia yang berpengetahuan akan
lebih menyumbang dari segi daya-produktiviti. Kompetensi yang bersesuaian
akan memudahkan graduan menyesuaikan diri dalam pasaran pekerjaan semasa.
Sektor automotif dan pembuatan adalah sebahagian daripada teras
perindustrian negara. Ia merangkumi sinergi di antara pengeluar utamakenderaan dan kepada Industri Kecil Sederhana (IKS) yang mengeluarkan
bahan-bahan dan komponen yang diperlukan oleh sektor automotif dan
pembuatan. Antara kaedah bagi menjayakan transformasi industri automotif
ialah meningkatkan sumber manusia profesional & sub-profesional yang mahir
dan terlatih.
Jadual 4.3 menunjukkan jumlah tenaga manusia yang terlibat dalamsektor pembuatan mengikut kelulusan.
Jadual 4.3: Bilangan Pekerja dalam Sektor PembuatanMengikut Kelulusan pada tahun 2009
Kelulusan Jumlah %
Ijazah universiti dan ke atas 111,755 6.6
Diploma / STPM atau yang setaraf 198,065 11.7
SPM / SPMV atau yang setaraf dan ke bawah 1,383,334 81.7
Jumlah 1,693,154 100
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia
Jumlah pekerja berkelulusan SPM/SPMV atau setaraf adalah seramai
1,383,334 orang atau 81.7%. Pekerja berkelulusan Diploma/STPM atau setaraf
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
48/125
38
198,065 orang (11.7%) dan pemegang Ijazah universiti dan ke atas adalah
seramai 111,755 orang (6.6%). Ini menunjukkan bahawa corak perkembangan
pekerjaan dalam sektor pembuatan, khasnya industri automotif mempunyai
kelulusan SPM/SPMV atau setaraf sahaja.
Perbezaan ketara ini memerlukan semakan semula perancangan terawal.
Justeru, struktur industri mesti dilihat semula untuk mengukuhkan sektor
pembuatan dan menarik pelaburan dari luar. Rancangan baru untuk
pembangunan sumber manusia telah disediakan bagi memenuhi kehendak dan
keperluan sektor pembuatan. Kemahiran pekerja-pekerja industri mesti
ditingkatkan supaya kemahiran yang dimiliki selaras dengan keperluan era
teknologi tinggi.
4.3 Statistik Kemasukan Graduan dalam Bidang Automotif
Jadual 4.4 menunjukkan jumlah kemasukan pelajar kejuruteraan ke
IPTA. Ia menunjukkan pertambahan sebanyak 11.3% pada tahun 2009
berbanding tahun 2008, pada jumlah bagi peringkat Diploma, Sarjana Muda,
Sarjana, dan Doktor Falsafah. Jumlah keluaran graduan kejuruteraan di IPTA
juga bertambah pada tahun 2008 dan 2009 iaitu sebanyak 9.2%. Bagaimanapun,
terdapat perbezaan antara tahun 2008 dan tahun 2009 iaitu jumlah kemasukan
pelajar dan keluaran graduan. Sehubungan dengan itu, perancangan harus diatur
dalam meningkatkan taraf kelulusan dan kemahiran tenaga pekerja dalam sektor
pembuatan terutama sektor automotif.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
49/125
39
Jadual 4.5, menunjukkan jumlah kemasukan pelajar ke program
kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Data tahun 2010
menunjukkan pertambahan kemasukan pelajar di peringkat sarjana muda iaitu
10.2% berbanding dengan keluaran graduan teknikal. Walau bagaimanapundengan perubahan status kepada universiti penyelidikan, UTM mula
mengurangkan bilangan program ijazah sarjana muda mulai tahun 2010 (rujuk
kepada Jadual 4.9). Ini secara langsung mengurangkan pengambilan bilangan
pelajar peringkat sarjana muda.
Sumber: Universiti Teknologi Malaysia
Jadual 4.4: Pelajar Kejuruteraan IPTA Tahun 2008-2010
Jumlah
Kemasukan
Enrolmen
Pelajar
Keluaran
Graduan
Tahun 2008 2009 2008 2009 2008 2009
Diploma 3531 4639 13750 11882 3292 4213
Sarjanamuda
13637 14120 49355 47617 10052 10390
Sarjana 1934 2440 4344 5745 821 881
PhD 440 597 1452 1822 98 97
Jumlah 19549 21796 68944 67106 14264 15581
Sumber: Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia
Jadual 4.5: Pelajar Kejuruteraan di UTM tahun 2010
Peringkat
Pengajian
Jumlah
Kemasukan
Enrolmen
Pelajar
Keluaran
Graduan
Diploma 471 1872 562
Sarjana muda 2969 13853 2695Sarjana 882 2231 734
PhD 296 970 36
Jumlah 4618 18926 4027
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
50/125
40
Pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah pula menunjukkan
pertambahan yang baik. Kemasukan pelajar berbanding keluaran graduan pada
tahun yang sama sebanyak 87.8% (atau 8 kali ganda) manakala jumlah
kemasukan pengajian peringkat Diploma sahaja yang menunjukkan penurunansebanyak 16.1%. Bilangan purata pelajar yang terawal untuk program sarjana
muda kejuruteraan automotif di UTM adalah 40 orang dengan kelayakan
Kumulatif Nilai Mata 3.84 (cumulative point average, CPA). Setakat ini UTM
telah melahirkan seramai lebih daripada 600 graduan dan lebih daripada 80%
terlibat secara langsung dalam pelbagai sektor industri automotif.
Jadual 4.6: Pelajar Kejuruteraan di UIAM tahun 2010
Peringkat
Pengajian
Jumlah
Kemasukan
Enrolmen
Pelajar
Keluaran
Graduan
Diploma 0 0 0
Sarjana muda 1018 4189 914
Sarjana 129 426 70
PhD 28 95 13
Jumlah 615 4569 790
Sumber: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Jadual 4.7: Pelajar Kejuruteraan di UTeM tahun 2010
Peringkat
Pengajian
Jumlah
Kemasukan
Enrolmen
Pelajar
Keluaran
Graduan
Diploma 317 801 234
Sarjana muda 1485 4474 948
Sarjana 122 209 20PhD 7 16 1
Jumlah 1931 5500 1203
Sumber: Universiti Teknikal Malaysia Melaka
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
51/125
41
Sumber: Universiti Malaysia Pahang, 2012
Jadual 4.6, 4.7 dan 4.8 adalah dari UIAM, UTeM dan UMP yang
menawarkan program kejuruteraan automotif. Pengurangan pengambilan pelajar
untuk program kejuruteraan dari sebuah IPTA dijangka memberi faedah kepada
IPTA yang lain. Manakala, Jadual 4.9, 4.10 dan 4.11 menunjukkan jumlah
kemasukan pelajar, bilangan pelajar sesuatu masa dan graduan bagi keempat-
empat IPTA yang terlibat.
Jadual 4.9: Pengambilan pelajar mengikuti program SarjanaMuda Kejuruteraan Automotif 2008-2010
Tahun UTM UIAM UTeM UMP Jumlah
2008 43 21 78 67 209
2009 49 44 79 80 252
2010 46 108 80 46 280
2011* 30 140 75 50 295
Jadual 4.10: Jumlah pelajar yang mengikuti program Sarjana MudaKejuruteraan Automotif 2008-2010
Tahun UTM UIAM UTeM UMP Jumlah
2008 240 314 276 246 1076
2009 240 344 281 271 1136
2010 250 392 313 161 1116
2011* 220 380 300 180 1080
Jadual 4.8: Pelajar Kejuruteraan di UMP tahun 2010
Peringkat
PengajianJumlah
KemasukanEnrolmen
PelajarKeluaran
Graduan
Diploma 125 480 145
Sarjana muda 1305 4531 717
Sarjana 43 126 8
PhD 9 53 0
Jumlah 1482 5190 870
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
52/125
42
Jadual 4.11: Graduan program Sarjana Muda KejuruteraanAutomotif 2008-2010
Tahun UTM UIAM UTeM UMP Jumlah2008 57 65 67 44 233
2009 40 65 72 55 232
2010 48 67 71 65 251
2011* 40 68 65 55 228
* -anggaran
Sumber: Daripada empat IPTA terbabit ,2012
Angka ini menunjukkan bahawa graduan yang dapat dilahirkan olehIPTA yang terlibat adalah sekitar 240 orang setahun. Bilangan ini kecil
berbanding dengan tenaga kerja yang wujud dalam industri automotif. Kini
negara memerlukan sekitar 350,000 orang pekerja. Menurut pakar industri,
unjuran bilangan jurutera automotif, mekanikal dan elektrik/elektronik adalah
sekitar 2500 orang.
4.4
Penyediaan Kursus Jangka Pendek
Selaras dengan matlamat kerajaan yang sentiasa mengharapkan
pembentukan individu yang kompeten, berkualiti dan berinovasi, pelbagai
program latihan jangka pendek dihasilkan untuk memenuhi keperluan negara dan
perkembangan teknologi semasa. Kursus jangka pendek merupakan kursus yang
ditawarkan kepada pekerja industri bertujuan meningkatkan kemahiran tenaga
kerja. Latihan yang diberi ada kaitannya dengan aplikasi peralatan. Latihan
kemahiran berteknologi tinggi adalah untuk meningkatkan kemahiran pekerjasektor awam dan swasta. Objektif dan fungsi utama penyediaan kursus jangka
pendek ialah:
1.
Mengendalikan kursus-kursus kemahiran teknikal sepenuh
masa atau separuh masa kepada pekerja sektor industri.
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
53/125
43
2. Menyediakan kemudahan penyewaan peralatan dan mesin
serta khidmat nasihat teknikal kepada agensi awam, swasta,
industri atau individu.
3.
Memberi latihan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerjamelalui perkongsian teknologi, kepakaran dan maklumat.
Terdapat juga institusi kerajaan yang menawarkan kursus jangka pendek
untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja seperti Jabatan Tenaga Manusia
menubuhkan Institut Latihan Perindustrian (ILP) untuk memberi latihan teknikal
secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan
sekolah bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran di dalam bidang
tertentu. Objektif ILP adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir untuk
memenuhi sektor perindustrian, meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja
industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih berkesan ke
arah pembangunan negara dan memudahkan para lepasan sekolah mendapat
pekerjaan melalui latihan kemahiran perindustrian yang sistematik. Terdapat
empat ILP yang menawarkan kursus automotif iaitu di ILP Kuala Lumpur, ILP
Jitra, ILP Pasir Gudang dan ILP Labuan.
4.5 Memperkasakan Pengajian Kejuruteraan Automotif
4.5.1
Menyediakan Tenaga Akademik yang Berpengetahuan Tinggi
Melihat kepada perkembangan semasa, sosioekonomi dunia telah
berubah ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai nadi kepesatan bidang
perindustrian. Justeru itu, pembangunan negara perlu menjurus kepada
pembentukan ciri penyelidikan dan menonjolkan nilai penciptaan dan inovasi
teknologi dalam penghasilan produk automotif di Malaysia. Selaras dengan itu,
matlamat kerajaan adalah untuk membangun dan memantapkan keupayaan
menyelidik dan berinovasi supaya mampu bersaing di peringkat global.
Menjelang 2020, sekurang-kurangnya enam universiti akan mencapai status
Universiti Penyelidikan, 20 pusat kecemerlangan akan mendapat pengiktirafan
antarabangsa dan 10% daripada hasil penyelidikan akan dikomersialkan. Di
samping itu, IPT juga akan menyumbang kepada pencapaian sasaran kerajaan
7/24/2019 Laporan Kajian Hala Tuju Automotif
54/125
44
iaitu seramai 100 penyelidik, saintis dan jurutera (researcher, scientist &
engineer, RSE) bagi setiap 10,000 tenaga kerja sebagai usaha meningkatkan
kedudukan negara dalam indeks keupayaan inovasi.
Jadual 4.12: Bilangan staf akademik mengikut kelulusantertinggi di IPTA (2010)
Bil IPTA Kedoktoran Sarjana Sarjana Muda
1 UTM 440 320 98
2 UIAM 125 52 29
3 UTeM 7