Post on 28-Jan-2017
i
LAPORAN KAJIAN
PENGESANAN
GRADUAN 2014
POLITEKNIK PORT DICKSON
DISEDIAKAN OLEH:
Unit Pengesanan Graduan PPD
ii
PENGHARGAAN
Unit Pengesanan Graduan (Tracer Study) Politeknik Port Dickson mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Jawatankuasa Tracer Study, Pusat Penyelidikan dan inovasi Politeknik, Jabatan
Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana panduan dan kerjasama mereka
dalam melaksanakan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Politeknik Port Dickson 2013.
Juga sekalung penghargaan diberikan kepada Tuan Haji Mohd Khairir Bin Mohd Ibrahim,
Pengarah Politeknik Port Dickson, En Charim Ibrahim, Timbalan Pengarah (Akademik ) Politeknik Port
Dickson , Tuan Haji asri bin Sarbun ,Timbalan Pengarah (Sokongan) Politeknik Port Dickson , Ketua-
Ketua Jabatan Politeknik Port Dickson, Pn Noraini Kamaruddin , Pegawai Peperiksaan Politeknik Port
Dickson dan semua Urusetia Konvokesyen Politeknik Port Dickson yang ke 23 di atas sokongan dan
kerjasama yang diberikan.
Akhir sekali tidak dilupakan semua graduan 2014 yang telah memberi maklumat dalam
menjayakan penulisan laporan ini. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi manfaat untuk
mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran di peringkat Politeknik KPM khususnya Politeknik Port
Dickson.
iii
AHLI JAWATANKUASA LAPORAN
KAJIAN PENGESANAN GRADUAN POLITEKNIK PORT DICKSON 2015
Penaung : Tuan Hj Mohd Khairi bin Ibrahim
Pengarah Politeknik Port Dickson
Pengerusi : En Charim Ibrahim
Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Port Dickson
Penasihat : En.Mohd Asri bin Sarbun
Timbalan Pengarah (Sokongan) Politeknik Port Dickson
Penulis : Mohd Hamdan Bin Abdul Razak – Penganalisis data Graduan
Nur Dalili Damia Binti Mohammad Azani- Pelatih DSK
Anis Nadhirah Binti Ab Rahman- Pelatih DSK
Nurul Syahira Farina Binti Hamzah- Pelatih DSK
Kaviarasi a/p Many-Pelatih DSK
Sumber data asas : Puan Noraini Kamaruddin - Data Unit Peperiksaan
Puan Amrah Mat Safri - Data Unit Peperiksaan
Puan Aina Md Noor - Data SPMP
Puan Nurliza bin Den - Data Hal-hal Pelajar
Puan Nirmala Arumugam – Data Biasiswa
iv
KANDUNGAN
Muka surat
Penghargaan ii
Ahli jawatankuasa iii
Kandungan iv-vi
Senarai Jadual vii-viii
Senarai Rajah viii
Ringkasan Eksekutif ix-x
1.0 HIGHLIGHTS KAJIAN PENGESANAN GRADUAN POLITEKNIK PORT DICKSON 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1
Statistik Graduan 3
Statistik Responden 4
Rasional dan Signifikan Kajian 5
1.3 Dapatan Utama Kajian 5
Kadar Employability 5
Status Responden 7
Pengalaman Responden Semasa Mengikuti Pengajian
di Politeknik Port Dickson 10
1.4 Kesimpulan 13
2.0 PENGENALAN 14
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Latar belakang kajian 15
2.3 Profil Graduan 16
Graduan dan Responden 16
2.4 Program Pengajian 17
2.5 Objektif Kajian 19
v
2.6 Rasional dan Signifikan Kajian 21
2.7 Limitasi dan Delimitasi Kajian 21
2.8 Metodologi Kajian 21
2.9 Kadar Respon/ Maklumbalas 22
2.10 Definasi Operasional 24
2.11 Kesimpulan 24
3.0 DAPATAN KAJIAN MENGENAI SISTEM PENGAJIAN DAN KUALITI
PENGAJIAN DI POLITEKNIK 25
3.1 Pengenalan 25
3.2 Penilaian terhadap Sistem Pengajian Politeknik 26
Kurikulum 26
Sistem Penilaian 26
3.3 Penilaian terhadap Kualiti Pengajian Politeknik 28
Pensyarah 28
Kemudahan Prasarana 29
Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya 31
3.5 Kesimpulan 31
4.0 DAPATAN KAJIAN MENGENAI STATUS RESPONDEN 32
4.1 Pendahuluan. 32
4.2 Status Responden. 32
4.3 Kadar Employability Mengikut Program Pengajian 33
Kadar Employability 33
4.4 Status Responden 33
4.5Kesimpulan 34
5.0 DAPATAN KAJIAN MENGENAI RESPONDEN YANG BEKERJA 35
5.1 Pengenalan 35
5.2 Responden berkerja mengikut jabatan dan program pengajian 35
5.3 Responden bekerja dalam kumpulan pekerjaan utama 37
5.4 Taraf dan Sektor Pekerjaan 37
5.5 Pendapatan bulanan Responden Bekerja (termasuk elaun) 40
vi
5.6 Sumber Maklumat Pekerjaan 41
5.7 Responden Bekerja Masih Mencari Pekerjaan 42
5.8 Sebab Utama Responden Bekerja Masih Mencari Pekerjaan 42
5.9 Kesimpulan 43
6.0 DAPATAN KAJIAN MENGENAI RESPONDEN BELUM BEKERJA 44
6.1 Pengenalan 44
6.2 Profil Responden Belum Bekerja 44
Jabatan Perdagangan. 45
Jabatan Kejuruteraan Awam 45
Jabatan Kejuruteraan Elektrik 46
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal 46
6.3 Sebab Utama Belum Bekerja 47
6.4 Kesimpulan 48
7.0 DAPATAN KAJIAN MENGENAI RESPONDEN MELANJUTKAN PENGAJIAN 49
7.1 Pengenalan 49
7.2 Profil Responden Melanjutkan Pelajaran. 49
Mod Pengajian 50
Jenis Institusi. 51
Sebab Utama Melanjutkan Pengajian. 52
7.3 Kesimpulan 52
8.0 DAPATAN KAJIAN MENGENAI RESEPONDEN BERKERJA SENDIRI 53
8.1 Pengenalan. 53
8.2 Profil Responden Bekerja Sendiri 53
8.3 Profil Responden Bekerja Sendiri Mengikut Program 54
8.4 Kesimpulan 55
Rujukan 56
vii
SENARAI JADUAL Muka surat
Jadual 1.1 Profil Graduan Politeknik Port Dickson dari tahun 1992-2013 2
Jadual 1.2 Profil Graduan Politeknik Port Dickson bagi Tahun, 2009, 2010, 2011 dan
2013 3
Jadual 1.3 Profil Responden Politeknik Port Dickson bagi Tahun 2009, 2010, 2011 dan
2013 4
Jadual 1.4 Kadar Employability Responden dari tahun 2009 hingga 2013 5
Jadual 1.5 Kadar Employability respoden mengikut Jabatan 6
Jadual 1.6 Kadar Employability Responden Politeknik Port Dickson Mengikut
Jabatan/Program Pengajian dan Peringkat Pengajian Tahun 2013 7
Jadual 1.7 Status Responden Politeknik Port Dickson Peringkat Diploma Tahun 2013
Mengikut Program Pengajian 9
Jadual 1.8 Status Responden Politeknik Port Dickson Peringkat Sijil Tahun 2013
Mengikut Program Pengajian 10
Jadual 1.9 Penilaian Responden Politeknik Port Dickson terhadap Sistem Pengajian
Tahun 2011, 2012 dan 2013. 11
Jadual 1.10 Penilaian Responden Politeknik Port Dickson terhadap Kualiti Pengajian
Tahun 2011, 2012 dan 2013. 12
Jadual 1.11 Penilaian Responden Politeknik Port Dickson terhadap Kualiti Pengajian
Tahun 2011, 2012 dan 2013 14
Jadual 2.1 Kadar Respon Mengikut Jabatan di Politeknik Port Dickson bagi Tahun
2008 hingga 2012 23
Jadual 2.2 Kadar Respon Lulusan Politeknik Port Dickson dari Tahun 2003 hingga
2013 24
Jadual 3.1 Tahap Kepuasan Responden Terhadap Dimensi Kurikulum, 2013 27
Jadual 3.2 Tahap Kepuasan Responden Terhadap Demensi Sistem Penilaian, 2013 27
Jadual 3.3 Tahap Kepuasan Responden Terhadap Pensyarah, 2013 28
Jadual 3.4 Penilaian Terhadap Prasarana 29
Jadual 3.5 Penilaian Terhadap Prasarana berdasarkan Skala Likert 30
Jadual 3.6 Penilaian Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya 31
Jadual 4.1 Kadar Employability Responden 2012 dan 2013 Mengikut Jabatan dan
Peringkat Pengajian 33
Jadual 4.2 Status Responden Mengikut Bulan Tamat Pengajian 34
Jadual 5.1 Peratusan Responden Tahun 2013 yang bekerja mengikut Program 36
viii
Pengajian
Jadual 5.2 Responden bekerja mengikut peringkat pengajian dan jantina 36
Jadual 5.3 Penyertaan Responden Bekerja Dalam Kumpulan Pekerjaan Utama, 2011 37
Jadual 5.4 Taraf pekerjaan responden mengikut Jabatan. 37
Jadual 5.5 Taraf Pekerjaan Responden Bekerja Mengikut Peringkat Pengajian, 2013 38
Jadual 5.6 Sektor Pekerjaan Responden Bekerja , 2013 38
Jadual 5.7 Sektor Ekonomi Responden Bekerja , 2013 39
Jadual 5.8 Pendapatan Bulanan Responden Bekerja, 2013 40
Jadual 5.9 Sumber Maklumat Pekerjaan 41
Jadual 5.10 Peratus Responden Bekerja Graduat Politeknik Yang Masih Mencari
Pekerjaan 42
Jadual 5.11 Sebab Utama Responden Bekerja Masih Mencari Pekerjaan 42
Jadual 6.1 Responden Belum Bekerja Mengikut Bulan Tamat Pengajian, Jantina,
Peringkat Pengajian. 45
Jadual 6.2 Profil Responden Diploma Belum Bekerja mengikut program pengajian
2013 46
Jadual 6.3 Profil Responden Belum Bekerja Menghadir Temuduga 47
Jadual 6.4 Sebab Utama Responden Belum Bekerja Mengikut Jabatan 48
Jadual 7.1 Responden Yang Melanjutkan Pengajian Mengikut Peringkat Pengajian
dan Jantina, 2013 50
Jadual 7.2 Responden Yang Melanjut Pengajian Mod Pengajian, 2013 50
Jadual 7.3 Responden Yang Melanjut Pengajian Mengikut Jenis Institusi Yang
Disertai, 2013 51
Jadual 7.4 Responden Yang Melanjut Pengajian Dalam Bidang Yang Sama Mengikut
Peringkat Pengajian, 2013 51
Jadual 7.5 Sebab Utama Responden Melanjutkan Pengajian Mengikut Peringkat 52
Jadual 8.1 Bekerja Sendiri, mengikut peringkat dan jantina 2013 54
Jadual 8.2 Responden Bekerja Sendiri Mengikut Bulan Tamat Pengajian, Jabatan, 54
SENARAI RAJAH Muka surat
Rajah 1.1 Profil Graduan Politeknik Port Dickson Mengikut Jabatan bagi Tahun, 2010,
2011, 2012 dan 2013 4
Rajah 1.2 Kadar Employability respoden mengikut Jabatan 7
Rajah 2.1 Jumlah Graduan Politeknik Port Dickson dari tahun 1992 hingga 2013. 18
ix
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pendahuluan
Politeknik merupakan pengeluar graduan teknikal dan vokasional terbesar di Malaysia. Politeknik
Port Dickson merupakan salah sebuah daripadanya yang telah mengeluarkan garaduan seramai 1605
orang pada tahun 2013 yang terdiri dari graduat Diploma dan graduat dari program sijil. Sebanyak 1511
orang responden atau 94.1% daripada graduan tersebut telah menyertai kajian ini. Fokus kajian ini ialah
destinasi graduan: graduan yang bekerja, melanjutkan pengajian, graduan yang belum bekerja, graduan
yang bekerja sendiri dan persepsi graduan terhadap pengajian di Politeknik Port Dickson.
1. Kajian mendapati sebanyak 62% responden telah berjaya mendapatkan pekerjaan di
pelbagai sektor. Seramai 11.5 % memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi manakala 1.1% dan 3.6% responden masing-masing memilih untuk meningkatkan
kemahiran dan sedang menunggu penempatan pekerjaan. Peratusan responden yang belum
bekerja adalah 21.8%.
2. Kadar bekerja graduan berdiploma adalah lebih tinggi daripada kadar bekerja graduan sijil.
Responden graduan berdiploma mencatatkan kadar bekerja 99.8% berbanding dengan 0.2%
kadar bekerja responden graduan sijil.
3. Peranan Politeknik Port Dickson sebagai pembekal tenaga kerja bidang teknikal dan vokasioanl
di realisasikan dengan 28.8% responden yang bekerja tergolong dalam kumpulan pekerjaaan
juruteknik dan profesional berkaitan, 22.5% dalam kumpulan pekerja perkeranian sokongan dan
12.9% dalam kumpulan kerja profesional. 49.6% responden yang bekerja adalah bertaraf tetap
dan 27.6% responden bekerja secara kontrak.
4. 48.2% responden yang bekerja mendapat pendapatan bulanan (termasuk elaun) dalam
lingkungan RM1,001 hingga RM 1,500. Manakala 22.3% daripada responden yang bekerja
mendapat pendapatan di atara RM1,500 hingga RM2,000.
x
5. Seramai 173 orang responden telah melanjutkan pengajian yang mana 42.8% daripada mereka
melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam, 30.1% melanjutkan pengajian di
Institusi Pengajian Tinggi Swasta manakala 13.3% melanjutkan pengajian di politeknik KPM.
6. Terdapat seramai 330 orang (21.8%) responden yang belum bekerja, majoritinya dari bulan
tamat pengajian Disember 2011 iaitu sebanyak 56.2%. Peratusan tertinggi responden yang
belum bekerja datangnya dari responden Diploma sains kesetiausahaan (DSK) iaitu 11.8%.
7. Kajian turut mencatatkan 8 orang (0.9%) responden Politeknik Port Dickson telah bekerja sendiri.
75% daripada responden yang bekerja sendiri terdiri daripada responden Diploma Kejuruteraan
Awam.
8. Dalam aspek kurikulum, item-item yang berkaitan adalah kesesuaian kandungan pengajian,
Imbangan komponen teori dan amalan/aplikasi, program latihan industri/ praktikum dan mata
pelajaran wajib ko-kurikulum. Responden dari setiap Jabatan menyatakan mereka berpuas hati
terhadap kurikulum Politeknik Port Dickson min di antara 4.19 hingga 4.53 dari skala 1 hingga 5.
9. Bagi tenaga pengajar, item berikut: Berpengetahuan teori dan praktikal yang seimbang,
interaksi dengan pelajar, inovatif dan kreatif dalam pengajaran, keupayaan menghubungkait
pengajaran dengan amalan terkini industri, pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan,
penyampaian kuliah, kelayakan dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan
nggeris dan lain-lain memperolehi penilaian min keseluruhan bagi setiap Jabatan di antara
4.19 hingga 4.59.
10. Keyakinan responden terhadap sistem pengajian di Politeknik Port Dickson diukur berdasarkan
kesediaan meraka mencadangkan kepada orang lain atau keluarga supaya melanjutkan
pengajian di Politeknik Port Dickson. Dapatan menunjukkan 93.8%(1418 orang) bersedia untuk
mencadangkan kepada orang lain atau keluarga supaya melanjutkan pengajian di Politeknik Port
Dickson.
1
BAB 1
KAJIAN PENGESANAN GRADUAN POLITEKNIK PORT DICKSON: HIGHLIGHTS
1.1 Pendahuluan
Bahagian ini akan membincangkan dapatan utama berdasarkan analisa yang telah dilakukan
dengan melihat sejauh mana ia mencapai objektif kajian. Dapatan kajian ini adalah berdasarkan
maklumbalas yang diterima daripada 1511 orang responden yang merupakan 94.1% daripada jumlah
keseluruhan graduan dalam tahun 2014. Perbandingan juga buat dengan dapatan kajian-kajian lepas.
Kajian ini diharap dapat mengenal pasti aspek-aspek penting yangperlu diberi perhatian dalam usaha
untuk menghasilkan modal insan yang mampu dipasarkan selaras dengan transformasi Politeknik Port
Dickson.
1.2 Latar Belakang Kajian
Jumlah graduan Politeknik Port Dickson dari 1992 hingga 2013 adalah berjumlah 29,728 di mana
jumlah graduan meningkat dari tahun ke tahun. Jumlah graduan tertinggi datangnya dari Jabatan
Kejuruteraan Elektrik iaitu 8,551dan diikuti dengan jumlah graduan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
iaitu 8,329 orang, Jabatan Kejuruteraan Awam 7,049 dan Jabatan Perdagangan sebanyak 5,799.
2
Jadual 1.1 Profil Graduan Politeknik Port Dickson dari tahun 1992-2013
Tahun
Konvokesyen
Tahun
Lulusan
Kej.
Awam
Kej.
Elektrik
Kej.
Mekanikal Perdagangan Jumlah
1993 1992 130 84 92 55 361
1994 1993 165 160 109 144 578
1995 1994 187 228 229 149 793
1996 1995 176 214 281 99 770
1997 1996 192 233 331 123 879
1998 1997 157 245 301 163 866
1999 1998 152 295 295 117 859
2000 1999 154 321 317 170 962
2001 2000 215 392 341 177 1125
2002 2001 272 478 464 164 1378
2003 2002 319 426 365 236 1346
2004 2003 350 401 405 239 1395
2005 2004 336 365 386 254 1341
2006 2005 395 443 365 271 1474
2007 2006 447 502 334 323 1606
2008 2007 512 438 497 293 1740
2009 2008 427 509 533 451 1920
2010 2009 539 629 536 481 2185
2011 2010 562 700 549 448 2259
2012 2011 549 688 579 484 2300
2013 2012 513 482 546 445 1986
2014 2013 300 318 474 513 1605
Jumlah 7049 8551 8329 5799 29728
3
Statistik Graduan
Jadual 1.2 memaparkan bilangan dan peratusan graduan Politeknik Port Dickson mengikut
jantina, peringkat pengajian, bulan tamat pengajian, dan Jabatan tahun 2011, 2012 dan 2013. Bilangan
graduan tahun 2013 adalah seramai 1,605 orang iaitu menurun sebanyak 19.2% berbanding dengan
graduan tahun 2012.
Jadual 1.2 Profil Graduan Politeknik Port Dickson bagi Tahun, 2010, 2011, 2012 dan 2013
Profil
Graduan
2010 2011 2012 2013
Freq. % Freq. %
Freq. % Freq. %
Jantina:
Lelaki 1288 57.0 1319 57.35 1210 60.9 930 57.9
Perempuan 971 43.0 981 42.65 776 39.1 675 42.1
Peringkat
Pengajian:
Diploma 1857 82.2 1968 85.57 1930 97.2 1,599 99.6
Sijil 402 17.8 332 14.43 56 2.8 6 0.4
Bulan Tamat
Pengajian:
Jun 1250 55.3 942 40.96 1052 53.18 706 44.0
Disember 1009 44.7 1358 59.04 934 46.82 899 56.0
Jabatan
Kejuruteraan
Awam 562 24.9 549 23.87
513 25.83 300 18.69
Kejuruteraan
Elektrik 700 31.0 688 29.91 482 24.27 318 19.81
Kejuruteraan
Mekanikal 549 24.3 579 25.17 546 27.49 474 29.53
Perdagangan 448 19.8 538 21.05 445 22.41 513 31.96
4
0
100
200
300
400
500
600
700
2010 2011 2012 2013
562
700
549
448
549
688
579
538 513
482
546
445
300 318
474
513
KEJURUTERAAN AWAM
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PERDAGANGAN
Rajah1.1 Profil Graduan Politeknik Port Dickson Mengikut Jabatan bagi Tahun, 2010, 2011, 2012 dan
2013
5
Statistik Responden
Berdasarkan Jadual 1.3 didapati responden lelaki pada tahun 2013 lebih ramai berbanding
responden perempuan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Responden yang mengikuti
peringkat pengajian diploma meningkat dari 98% pada tahun 2012 kepada 99.7% pada tahun 2013.
Walaubagaimanapun jumlah responden yang mengikuti peringkat pengajian sijil pula menurun dari 2%
pada tahun 2012 kepada 0.3% pada tahun 2013. Responden yang menamatkan pengajian mereka sesi
Jun dan Disember 2013 menurun berbanding dengan sesi Jun dan Disember 2012 Responden dari
Jabatan Perdagangan menunjukkan peratusan yang tertinggi pada tahun 2013 iaitu 33%. Pada tahun
2012 majoriti reponden (50%) mendapat HPNM di antara 2.50 hingga 2.99 yang mana peratusan ini
meningkat sebanyak 10.8% jika dibandingkan dengan tahun 2011.
Jadual 1.3 Profil Responden Politeknik Port Dickson bagi Tahun 2009, 20010, 2011 dan 2013
Profil Responden
2010 2011 2012 2013
Freq. % Freq. % Freq. % Freq. %
Jantina:
Lelaki 1110 54.0 1024 53 968 57.0 854 56.5
Perempuan 947 46.0 908 47 729 43.0 657 43.5
Peringkat
Pengajian:
Diploma 1722 83.7 1759 91 1668 98 1506 99.7
Sijil 335 16.3 173 9 29 2 5 0.3
Bulan
Tamat
Pengajian:
Jun 1133 55.1 1142 59 782 46.1 662 43.8
Disember 924 44.9 790 41 915 53.9 849 56.2
Jabatan: Kej Awam 532 25.9 545 28 469 27.64 281 18.6
Kej Elektrik 596 29.0 478 25 403 23.75 298 19.7
Kej Mekanikal 489 23.8 445 23 431 25.40 433 28.7
Perdagangan 440 21.4 464 24 394 23.22 499 33.0
Himpunan
Purata Nilai
Mata:
3.50 - 4.00 339 16.5 312 16.1 120 7 34 2.3
3.00 - 3.49 916 44.5 811 42.0 659 39 724 47.9
2.50 - 2.99 776 37.7 758 39.2 855 50 644 42.6
2.00 - 2.49 26 1.3 51 2.6 63 4 109 7.2
Jumlah Responden 2057 100.0 1932 100 1697 100 1511 100
6
Rasional dan Signifikan Kajian
Dapatan kajian dapat memberikan makluman tentang employability responden selepas mereka
menamatkan pengajian di Politeknik Port Dickson. Dapatan kajian juga boleh dijadikansebagai penanda
aras (benchmark) dalam menentukan prestasi pemberian latihan dan kemahiran teknikal dan vokasional
yang dijalankan di Politeknik Port Dickson. Selain itu, aspek penting yang perlu diberi perhatian juga
dikenal pasti supaya graduan dapat memenuhi kehendak dan keperluan industri dan semua pihak yang
berkepentingan (stakeholders).
1.3 Dapatan Utama Kajian
Objektif utama kajian pengesanan graduan dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan dan
kecekapan program pendidikan teknikal dan vokasional terutama dalam memenuhi keperluan industri
atau majikan. Dapatan utama kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:
Kadar Employability
Pengiraan kadar employability untuk kajian ini dibuat berdasarkan dari pengiraan Kadar
employability = %((Bilangan responden graduat Politeknik Port Dickson bekerja+ Melanjutkan Pengajian+
Meningkatkan kemahiran + Menunggu penempatan)/(Jumlah responden).
Jadual 1.4 Kadar Employability Responden dari tahun 2009 hingga 2013
Tahun Konvokesyen 2010 2011 2012 2013 2014
Tahun Tamat Pengajian 2009 2010 2011 2012 2013
*Employability= (Bekerja + Melanjutkan
Pengajian + Meningkatan Kemahiran + Menunggu
Penempatan)/ Jumlah Responden
73.0 70.8 76.9 77.1 78.2
Bekerja 1194 1111 1166 960 937
Melanjutkan Pengajian 146 270 295 290 173
Meningkatkan Kemahiran 37 24 1 23 17
Menunggu Penempatan Pekerjaan 59 52 23 36 54
Tidak Bekerja 532 600 447 388 330
Jumlah Responden 1968 2057 1932 1697 1511
7
Berdasarkan Jadual 1.4 kadar employability responden yang tamat pengajian pada tahun 2013
adalah paling tinggi iaitu 78.2% diikuti oleh responden yang tamat pengajian pada tahun 2012 iaitu
77.1%. Kadar responden yang tamat pengajian pada tahun 2013 meningkat sebanyak 1.1% jika
dibandingkan dengan tahun sebelumnya.
Jadual 1.5 Kadar Employability respoden mengikut Jabatan
Jabatan Kadar Employability
Kejuruteraan Awam 79.4
Kejuruteraan Elektrik 76.8
Kejuruteraan Mekanikal 79.4
Perdagangan 77.2
Keseluruhan 78.2
Jadual 1.5 menunjukkan kadar employability tertinggi adalah dari Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Awam iaitu 79.4% diikuti oleh Jabatan Perdagangan iaitu 77.2%
dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik 76.8%.
Rajah 1.2 Kadar Employability respoden mengikut Jabatan
79%
77% 79%
77%
KEJURUTERAAN AWAM
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PERDAGANGAN
8
Jadual 1.6 Kadar Employability Responden Politeknik Port Dickson Mengikut
Jabatan/Program Pengajian dan Peringkat Pengajian Tahun 2013
Jabatan Program Pengajian *Kadar
Employability
Kejuruteraan
Awam
Kejuruteraan Awam 78.8
Seni Bina 80.2
Kejuruteraan
Mekanikal
Kejuruteraan Mekanikal 78.0
Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) 77.4
Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) 79.6
Kejuruteraan Mekatronik 84.6
Kejuruteraan
Elektrik
Kejuruteraan Elektrik 74.3
Kejuruteraan Elektronik 70.8
Kejuruteraan Elektronik (Komputer) 86.4
Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) 78.0
Perdagangan
Akauntansi 81.0
Pemasaran 70.7
Sains Kesetiausahaan 78.0
Keseluruhan 78.2
9
Berdasarkan Jadual 1.6 didapati program Diploma yang mendapat peratusan tertinggi iaitu 86.4% ialah
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang mana hampir semua responden bagi program tersebut
telah mendapat kerja sebelum menghadiri konvokesyen di Politeknik pada bulan Mac 2014. Manakala
kadar employability yang paling rendah adalah dari Program pengajian Pemasaran iaitu 70.7%.
Dapatan ini adalah penting terutama dalam usaha untuk meningkatkan marketability dan
employability graduan Politeknik Port Dickson. Kadar employability mengikut program pengajian perlu
diteliti kerana kadar ini menggambarkan marketability graduan bagi setiap program pengajian yang
ditawarkan di politeknik KPM. Secara tidak langsung, kadar employability setiap program pengajian ini
juga menggambarkan kerelevanan program pengajian dalam memenuhi kehendak dan keperluan industri
di pasaran kerja. Langkah-langkah perlu diambil bagi meningkatkan kadar employability graduan secara
keseluruhan. Penekanan dalam aspek Keusahawanan perlu diberi perhatian memandangkan usaha
kerajaan bagi meningkatkan penyertaan graduan menjadi usahawan dan mengambil peluang daripada
keadaan ekonomi semasa. Penubuhan Unit CISEC (Corporate Industrial Services and Employability
Centre) juga diharap dapat membantu menambahkan nilai tambah pelajar kita sebelum melangkah kaki
ke alam pekerjaan.
Status Responden
Jadual 1.7 menunjukkan status responden selepas konvokesyen Politeknik Port Dickson pada
Mac 2014. Responden teramai bagi peringkat pengajjian yang telah berkerja adalah dari Jabatan
Perdagangan di mana hasil dapatan menunjukkan sebanyak 120 orang responden dari program
pengajian kesetiausahaan telah bekerja, dan responden yang paling rendah adalah responden dari
program pengajian Kejuruteraan Elektronik iaitu 1.71% sahaja.
10
Jadual 1.7 Status Responden Mengikut Program Pengajian, 2013
Program Pengajian Bekerja
Melanjutkan Pengajian
Meningkatkan Kemahiran
Menunggu Penempatan
Belum Bekerja Jumlah
Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus
AKAUNTANSI 103 10.99 40 23.12 0 0 10 18.52 36 10.91 189
KEJURUTERAAN AWAM 111 11.85 11 6.36 0 0 4 7.41 34 10.3 160
KEJURUTERAAN ELEKTRIK 83 8.86 18 10.4 2 11.76 7 12.96 38 11.52 148
KEJURUTERAAN ELEKTRONIK 16 1.71 0 0 0 0 1 1.85 7 2.12 24
KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER) 23 2.45 9 5.2 2 11.76 4 7.41 6 1.82 44
KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI) 58 6.19 1 0.58 1 5.88 4 7.41 18 5.45 82
KEJURUTERAAN MEKANIKAL 80 8.54 18 10.4 0 0 5 9.26 29 8.79 132
KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF) 69 7.36 9 5.2 4 23.53 7 12.96 26 7.88 115
KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN) 72 7.68 6 3.47 3 17.65 5 9.26 22 6.67 108
KEJURUTERAAN MEKATRONIK 40 4.27 20 11.56 4 23.53 2 3.7 12 3.64 78
PEMASARAN 74 7.9 17 9.83 0 0 3 5.56 39 11.82 133
SAINS KESETIAUSAHAAN 120 12.81 17 9.83 0 0 1 1.85 39 11.82 177
SENI BINA 88 9.39 7 4.05 1 5.88 1 1.85 24 7.27 121
Jumlah 937 100 173 100 17 100 54 100 330 100 1511
11
Pengalaman Responden Semasa Mengikuti Pengajian di Politeknik Port Dickson
Tahap kepuasan responden terhadap sistem pengajian di Politeknik Port Dickson dinilai
berdasarkan maklum balas mereka terhadap kurikulum dan sistem penilaian sebagaimana tertera dalam
Jadual 1.9 Program latihan industri mendapat penilaian yang paling tinggi (min = 4.41, Sisihan Piawai,
SP5 = 1.06). Aktiviti kokurikulum tahun 2012 mendapat penilaian yang paling rendah (min 4.07 dan
SP=0.86) berbanding min pada 2013 ( min=4.22, SP=1.11 ). Penilaian keseluruhan terhadap Kurikulum
meningkat sedikit dari min=4.24 pada tahun 2012 kepada min=4.28 pada tahun 2013.
Aspek sistem penilaian yang mendapat penilaian yang paling tinggi ialah pemarkahan
peperiksaan iaitu min= 4.38 SP=1.05. Namun secara keseluruhan penilaian terhadap Sistem Penilaian
turut menurun dari min=4.29 kepada min=4.28 pada tahun 2013.
Jadual 1.9 Penilaian Responden Politeknik Port Dickson terhadap Sistem Pengajian Tahun 2011
hingga 2013
Item 2011 2012 2013
Kurikulum Min SP Min SP Min SP
Kesesuaian kandungan pengajian 4.30 0.74 4.27 0.76 4.24 0.76
Imbangan komponen teori dan amali/aplikasi 4.26 0.76 4.26 0.79 4.19 0.78
Program latihan industri/praktikum (jikaberkaitan) 4.51 0.85 4.34 0.75 4.41 1.06
Aktiviti kokurikulum 4.20 0.91 4.07 0.86 4.22 1.11
Penilaian Keseluruhan terhadap Kurikulum 4.32 0.81 4.24 0.79 4.28 0.75
Sistem Penilaian
Mantap (telus,adil dan mudah difahami) 4.26 0.75 4.25 0.77 4.18 0.80
Pemarkahan kerja kursus (tugasan/ujian/amali, dll) 4.33 0.74 4.32 0.76 4.27 0.77
Pemarkahan peperiksaan 4.39 0.79 4.30 0.78 4.38 1.05
Penilaian Keseluruhan terhadap Sistem Penilaian 4.33 0.76 4.29 0.77 4.28 0.77
Nota:*Sisihan Piawai
SKLALA: Amat tidak memuaskan 1 2 3 4 5 Amat memuaskan
12
Jadual 1.10 menunjukkan aspek penilaian responden terhadap kualiti pensyarah pada tahun 2011 hingga
2013. Penilaian yang paling tinggi bagi pensyarah pada tahun 2010 ialah kemahiran berbahasa Melayu. (min = 4.57,
SP = 0.65). Penilaian terhadap bahasa Inggeris sedikit menurun pada tahun 2011 (min = 4.27, SP = 0.77). Penilaian
ini menurun disebabkan penggunaan semula dwi bahsa dalam penilain akhir pada tahun berkenaan. Penilaian
keseluruhan terhadap kemudahan prasarana menunjukkan peurunan iaitu dari min=4.05 kepada min=4.02 pada
tahun 2012.
Jadual 1.10 Penilaian Responden Politeknik Port Dickson terhadap Pensyarah Kualiti Tahun 2011, 2012 dan 2013
Item 2011 2012 2013
Pensyarah Min SP Min SP Min SP
Berpengetahuan praktikal dan teori yang seimbang 4.35 0.72 4.32 0.75 4.26 0.756
Interaksi dengan pelajar 4.35 0.73 4.35 0.74 4.28 0.749
Inovasi/ kreativiti dalam pengajaran 4.33 0.72 4.30 0.75 4.24 0.771
Keupayaan menghubungkaitkan pengajaran atau penyeliaan dengan
amalan terkini dalam industri
4.33 0.74 4.33 0.77 4.25 0.764
Pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan terkini 4.35 0.72 4.33 0.76 4.27 0.748
Penyampaian kuliah 4.36 0.78 4.32 0.76 4.31 0.949
Interaksi atas talian (online interaction) 4.19 1.176
Kelayakan 4.42 0.69 4.07 0.92 4.32 0.739
Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu 4.57 0.65 4.53 0.69 4.59 1.085
Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris 4.27 0.77 4.31 0.79 4.25 0.785
Kualiti sistem penasihatan akademik 4.36 1.031
Tenaga pengajar mudah dihubungi di luar waktu kuliah/formal 4.22 1.079
Penasihat akademik 4.44 1.135
Penilaian Keseluruhan terhadap Pensyarah 4.37 0.72 4.32 0.77 4.31 0.73
13
Jadual 1.10 Penilaian Responden Politeknik Port Dickson terhadap Pensyarah Kualiti Tahun 2011,
2012 dan 2013
2011 2012 2013
Kemudahan Prasarana Min SP Min SP Min SP
Perpustakaan 4.25 0.817 4.22 0.81 4.08 0.845
Makmal (komputer,sains,studio,dapur, bengkel,dll) 4.14 0.97 4.04 0.88 4.04 1.153
Kemudahan bilik kuliah/tutorial 4.24 0.87 4.17 0.82 4.10 0.989
Kemudahan sukan 4.10 0.94 4.03 0.89 4.03 1.082
Kemudahan kafetaria/kantin 4.04 0.95 4.04 0.89 3.97 0.909
Kemudahan penginapan 4.15 1.03 4.09 0.89 4.10 1.146
Kemudahan pengangkutan 3.93 1.22 3.79 1.02 3.97 1.367
Kemudahan pusat/klinik kesihatan 3.83 1.29 3.86 1.00 3.97 1.190
Kemudahan tempat letak kenderaan 3.85 1.08 3.88 1.04 3.83 1.010
Keselamatan kampus 3.98 0.99 4.07 0.90 3.94 0.939
Pembelajaran bersepadu atas talian 4.12 1.260
Kemudahan kedai buku kampus 4.01 1.385
Kemudahan ruang belajar yang kondusif 4.03 0.999
Kemudahan ICT di kampus 3.86 1.169
Penilaian Keseluruhan terhadap Kemudahan Prasarana 4.05 1.02 4.02 0.91 4.00 0.86
Jadual 1.11 menunjukkan taburan kepuasan responden terhadap perkhidmatan bimbingan dan
kerjaya. Sejumlah lima item digunakan bagi menilai persepsi responden terhadap kualiti perkhidmatan
bimbingan kerjaya. Item-item ini mengukur tahap kepuasan responden terhadap perkhidmatan bimbingan
kerjaya berdasarkan aspek maklumat mengenai peluang pekerjaan dan kerjaya, bantuan dalam
kemahiran menghadiri temuduga, bantuan dalam penyediaan memohon pekerjaan, bantuan dalam
mendapatkan pekerjaan dan maklumat dalam melanjutkan pengajian. Aspek yang mendapat penilaian
yang paling tinggi daripada responden tahun 2012 ialah aspek penyediaan memohon pekerjaan
(min=4.32, SP=0.79) diikuti aspek bantuan dalam kemahiran menghadiri temuduga (min = 4.26, SP =
0.79) diikuti oleh aspek mengenai maklumat dan peluang perkerjaan dan kerjaya (min = 4.14, SP = 0.82).
Secara keseluruhannya, penilaian terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya terdapat penurunan dari
tahun 2011 dari min=4.23 pada tahun 2011 kepada min=4.16 pada tahun 2012.
14
Jadual 1.11 juga menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dari pengajian.
Sejumlah 10 item digunakan bagi menilai persepsi responden terhadap kemahiran/ pengetahuan yang
diperolehi semasa pengajian. Item-item ini mengukur tahap kepuasan responden terhadap kemahiran
penggunaan ICT, kemahiran berbahasa Inggeris, Melayu dan bahasa ketiga, kemahiran berkomunikasi
interpersonal, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
analitikal/ menganalisis, bekerja secara kumpulan/ team work, penerapan dan pengamalan nilai-nilai
positif dan pendedahan kepada pengetahuan am dan isu semasa. Aspek yang mendapat penilaian yang
paling tinggi daripada responden tahunan 2013 ialah aspek kemahiran berbahasa melayu (min = 4.76,
SP = 0.58) dan diikuti bekerja secara berkumpulan (min = 4.34, SP = 0.71). Secara keseluruhannya,
semua item penilaian terhadap kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi semasa pengajian
menunjukkan tahap kepuasan yang lebih baik dari tahun 2009 hingga 2013 dimana nilai skor melebihi 4.
15
Jadual 1.11 Penilaian Responden Politeknik Port Dickson terhadap Kualiti Pengajian Tahun 2011, 2012 dan 2013
Item 2011 2012 2013
Bimbingan Kerjaya Min SP Min SP Min SP
Maklumat mengenai peluang pekerjaan & kerjaya 4.27 0.85 4.14 0.82 4.15 1.001
Bantuan dalam kemahiran menghadiri temuduga 4.38 0.82 4.26 0.79 4.25 1.026
Bantuan dalam penyediaan memohon pekerjaan (resume, dll) 4.24 0.91 4.32 0.79 4.36 1.086
Bantuan dalam mendapatkan pekerjaan 4.10 0.99 4.04 0.91 4.05 1.112
Maklumat dalam melanjutkan pengajian 4.17 0.94 4.05 0.88 4.11 1.094
Proses pengambilan pekerja dalam kampus oleh majikan 3.95 1.423
Penilaian Keseluruhan Terhadap Bimbingan Kerjaya 4.23 0.90 4.16 0.84 4.12 0.95
Kemahiran/ Pengetahuan yang Diperolehi dari Pengajian
Kemahiran penggunaan ICT 4.43 0.79 4.28 0.78 4.29 0.774
Kemahiran berbahasa Melayu 4.83 0.50 4.81 0.53 4.76 0.583
Kemahiran berbahasa Inggeris 3.47 0.73 3.48 0.73 3.54 0.705
Kemahiran komunikasi interpersonal 4.15 0.73 4.15 0.71 4.12 0.733
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif 4.20 0.71 4.19 0.68 4.16 0.724
Kemahiran menyelesaikan masalah 4.19 0.72 4.19 0.71 4.15 0.716
Kemahiran analitikal/menganalisis 4.14 0.72 4.13 0.72 4.11 0.731
Bekerja secara berkumpulan/team work 4.41 0.69 4.38 0.70 4.34 0.712
Penerapan dan pengamalan nilai-nilai positif 4.38 0.68 4.34 0.69 4.30 0.709
Pendedahan kepada pengetahuan am dan isu semasa 4.24 0.74 4.23 0.73 4.21 0.732
Penilaian Keseluruhan terhadap Kemahiran/Pengetahuan yang
Diperolehi
4.24 0.70 4.22 0.70 4.15 0.55
1.4 Kesimpulan
Dapatan utama yang dipaparkan dalam bahagian ini adalah berdasarkan ringkasan daripada
analisis yang dijalankan. Hasil analisis secara terperinci dibentangkan dalam bab-bab seterusnya.
16
BAB 2
PENGENALAN
2.1 Pendahuluan
Penubuhan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1969 adalah
bertujuan untuk melatih bakal pekerja separa professional bagi menampung keperluan sumber manusia
dalam jurusan teknikal, perdagangan dan perkhidmatan. Keunggulan Politeknik Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam menyediakan pendidikan peringkat sijil dan diploma dalam jurusan tersebut telah terbukti
berdasarkan kepada penemuan yang diperolehi melalui projek Kajian Graduan Politeknik Kementerian
Pendidikan Malaysia yang mula dijalankan pada Jun 1997 hingga Disember 1999. Pembiayaan peringkat
awal kajian ini adalah di bawah Pinjaman Bank Dunia (Loan No. 3571 MA) dengan menggunakan
khidmat nasihat perunding IDP Education, Australia dan kepakaran tempatan. Ia juga dibantu oleh
pegawai-pegawai dari Bahagian Pengesanan Graduan dan Alumni (BPGA) Jabatan Pengajian Politeknik
dan Kolej Komuniti dan Tracer Study Counterparts. Tracer Study Counterparts merupakan para
pensyarah di setiap Politeknik yang telah dilatih bagi menjalankan kajian pengesanan graduan di
Politeknik masing-masing.
Kajian pengesanan graduan yang berbentuk tinjauan ini dijalankan secara berkala bertujuan
untuk menilai pencapaian objektif dan visi pendidikan teknikal dan vokasional di politeknik Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian ini mengumpulkan dan menganalisis data yang diperlukan bagi
mendapatkan maklumat bagi merancang dan membangunkan modal insan, mendapatkan maklum balas
tentang program pengajian yang dijalankan dan menjayakan penambahbaikan yang berterusan di
politeknik KPM. Dapatan kajian juga dilaporkan bagi tujuan meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan
dalam pengurusan sistem pengajian di politeknik di samping memberikan maklumat kepada pihak yang
mempunyai kepentingan (stakeholders) seperti kerajaan, ibu bapa, bakal pelajar, kaunselor kerjaya,
graduan dan alumni, pelabur dan pihak industri.
17
2.2 Latar Belakang Kajian
Menurut Samsudin Bardan dari Malaysian Employers Federation (MEF), keperluan untuk
bertindak balas terhadap perubahan pasaran yang terhasil dari globalisasi dan liberalisasi perdagangan
menyebabkan syarikat bersaing mendapatkan modal insan yang berkualiti tinggi. Terdapat keperluan
untuk menyesuaikan diri dan berubah mengikut perubahan dalam teknologi baru supaya syarikat boleh
kekal berdaya saing. Majikan memerlukan graduan yang berupaya menjalankan tugas dengan baik dan
menyumbang kepada organisasi sebaik sahaja diambil bekerja. Pekerja perlu mempunyai pelbagai
kemahiran (multi-skilled) dan mampu menjalankan pelbagai kerja (multi-tasks). Majikan lebih
mengutamakan kelayakan yang relevan dengan kehendak kerja, graduan yang mempunyai pengalaman
kerja, graduan yang berupaya untuk bekerja secara bersendirian, proaktif dan mempunyai pemikiran
kritis dan analitis dan mampu bekerja secara berkumpulan. Majikan juga lebih menyukai graduan yang
mempunyai kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran ICT. Graduan perlu
mempunyai penguasaan kemahiran komputer dengan belajar bukan hanya program asas. Graduan perlu
bersedia untuk bekerja sendiri dan menjadi usahawan bagi menghadapi fenomena peluang kerja yang
terhad (Samsudin, 2007). Kajian ini mengkaji kerelevanan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi
dari pengajian di politeknik di samping mengenal pasti tahap kemampuan dan keupayaan responden
dalam menjalankan kerja mereka.
Berdasarkan SKPG, sasaran kajian adalah semua graduan Politeknik Port Dickson yang layak
menghadiri majlis konvokesyen. Graduan diberi tempoh untuk melengkapkan soal selidik secara online di
laman web http://graduat.moe.gov.my SKPG online ini dapat meningkatkan kadar respons,
mengurangkan keperluan tenaga manusia dan kos, di samping dapat menyediakan data yang berkualiti
untuk dianalisis. Data yang diperolehi daripada SKPG tahun 2012 ini melibatkan seramai 1697 orang
graduan Politeknik Port Dickson.
18
2.3 Profil Graduan
Graduan dan Responden
Rajah 2.1 memaparkan graduan Politeknik Port Dickson dari tahun 1992 hingga
2013. Pada tahun 2013 jumlah graduan adalah 1605 dan sehingga kini Politeknik Port Dickson telah
melahirkan sebanyak 29728 lulusan dari empat Jabatan Akademik.
Rajah 2.1: Jumlah Graduan Politeknik Port Dickson dari tahun 1992 hingga 2013.
361 578
793 770
879 866 859
962 1125
1378 1346
1395 1341
1474 1606
1740 1920
2185 2259
2300 1986
1605
0 500 1000 1500 2000 2500
1992199319941995199619971998199920002001200220032004200520062007200820092010201120122013
Bil. Pelajar
19
2.4 Program Pengajian
Terdapat sebanyak 37 program pengajian peringkat diploma dan 31 program pengajian peringkat
sijil ditawarkan di politeknik KPM jabatan seperti tersenarai di bawah:
Jabatan/ Kursus Perdagangan
Diploma Akauntansi
Diploma Pemasaran ditawarkan di Politeknik Port Dickson
Diploma Sains Kesetiausahaan
Diploma Insurans
Diploma Kewangan dan Perbankan
Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan)
Diploma Pengajian Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)
Sijil Pemprosesan Data
Sijil Pengajian Perniagaan
Sijil Penyimpanan Kira
Jabatan/ Kursus Kejuruteraan Awam
Diploma Kejuruteraan Awam
Diploma Seni Bina
Sijil Kejuruteraan Awam ditawarkan di Politeknik Port Dickson
Sijil Seni Bina
Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
Diploma Teknologi Berasaskan Kayu
Diploma Ukur Bahan
Diploma Ukur Tanah
Sijil Perancang Bandar dan Wilayah
Sijil Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
Sijil Teknologi Berasaskan Kayu
Sijil Ukur Bahan
Sijil Ukur Tanah
20
Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Awam Pembinaan)
Jabatan/ Kursus Kejuruteraan Mekanikal
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Diploma Kejuruteraan Mekatronik ditawarkan di Politeknik Port Dickson
Sijil Kejuruteraan Mekanikal
Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Penyelenggaraan Mekanikal)
Jabatan/ Kursus Kejuruteraan Perkapalan
Diploma Kejuruteraan Perkapalan
Jabatan/ Kursus Kejuruteraan Elektrik
Diploma Kejuruteraan Elektrik
Diploma Kejuruteraan Elektronik
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) ditawarkan di Politeknik Port Dickson
Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
Jabatan/ Kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Diploma Teknologi Maklumat
Sijil Teknologi Maklumat
21
Jabatan/ Kursus Rekabentuk Dan Komunikasi Visual
Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian
Diploma Rekabentuk Grafik
Diploma Rekabentuk Industri
Sijil Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian
Sijil Rekabentuk Grafik
Sijil Rekabentuk Industri
Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Rekaan Fesyen dan Pakaian)
Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Rekabentuk Grafik)
Jabatan/ Kursus Teknologi Makanan
Diploma Teknologi Makanan
Sijil Teknologi Makanan
Jabatan/ Kursus Hospitaliti
Diploma Pengurusan Hotel dan Katering
Diploma Pengurusan Pelancongan
Sijil Pengurusan Hotel dan Katering
Sijil Pengurusan Pelancongan
Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Hotel dan Katering)
Jabatan/ Kursus Teknologi Petrokimia
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Petroleum)
Sijil Kejuruteraan Elektronik (Petroleum)
Sijil Kejuruteraan Kimia dan Proses
Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum)
22
2.5 Objektif Kajian
Objektif utama kajian pengesanan graduan dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan dan
kecekapan program pendidikan teknikal dan vokasional di Politeknik Port Dickson terutama dalam
memenuhi keperluan industri atau majikan. Secara khususnya, kajian ini dijalankan bagi mencapai
objektif berikut:
a) Mengenal pasti kadar employability responden berdasarkan program pengajian,
jabatan, peringkat pengajian dan bulan tamat pengajian.
b) Mengenal pasti status responden mengikut program pengajian, jabatan dan peringkat
pengajian.
c) Mengenal pasti tahap kepuasan responden terhadap sistem pengajian (kurikulum dan sistem
penilaian) di politeknik.
d) Mengenal pasti tahap kepuasan responden terhadap kualiti pengajian di politeknik dari aspek
pensyarah, kemudahan prasarana, perkhidmatan bimbingan kerjaya dan kemahiran/
pengetahuan yang diperolehi.
e) Mengenal pasti tahap keberkesanan sistem pengajian dan kesediaan diri.
f) Mengenal pasti tahap keyakinan responden terhadap sistem pengajian Politeknik Port Dickson.
g) Mengenal pasti taraf pekerjaan, tahap pendapatan bulanan termasuk elaun responden dan
sektor pekerjaan mengikut program dan peringkat pengajian.
h) Mengenal pasti sektor ekonomi pekerjaan responden berdasarkan jabatan.
i) Mengenal pasti cara/ kaedah responden mendapat maklumat mengenai pekerjaan.
23
j) Mengenal pasti tahap kemampuan menyesuaikan diri di tempat kerja, kebolehan menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan, keyakinan melaksanakan tugas, kebolehan bekerja
berpasukan dan tahap kemahiran berkomunikasi responden bekerja.
k) Mengenal pasti penilaian dan tahap kepuasan responden bekerja terhadap pekerjaan semasa.
l) Mengenal pasti purata tempoh masa bagi mencari kerja selepas tamat pengajian.
m) Mengenal pasti sebab utama responden bekerja masih mencari pekerjaan mengikut jabatan,
taraf pekerjaan dan pendapatan bulanan termasuk elaun responden.
n) Mengenal pasti sebab-sebab utama responden tidak/ belum bekerja mengikut jabatan.
o) Mengenal pasti tahap responden melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama atau berkaitan
dengan program yang telah diikuti di Politeknik Port Dickson.
p) Mengenal pasti sebab-sebab utama responden melanjutkan pelajaran mengikut
jabatan dan peringkat pengajian.
2.6 Rasional dan Signifikan Kajian
Dapatan kajian dapat memberikan maklumat tentang employability responden selepas mereka
menamatkan pengajian di Politeknik Port Dickson. Dapatan kajian juga boleh dijadikan sebagai penanda
aras (benchmark) dalam menentukan prestasi pemberian latihan dan kemahiran teknikal dan vokasional
yang dijalankan di politeknik KPM umumnya. Berdasarkan analisis yang dijalankan, dapatan kajian dapat
digunakan bagi membentuk cadangan-cadangan dan syor-syor yang dapat digunakan sebagai panduan
dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta perancangan dan pembentukan dasar
dalam sistem pendidikan di Politeknik Port Dickson.
2.7 Limitasi dan Delimitasi Kajian
Kajian ini dijalankan menggunakan soal selidik berdasarkan SKPG. SKPG ini dibentuk bagi
kegunaan graduan IPTS, IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti. Oleh itu, sesetengah pilihan jawapan yang
24
diberikan mungkin tidak berapa sesuai bagi graduan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian
ini juga dijalankan secara online bagi memudahkan capaian. Oleh itu, kajian ini terhad kepada responden
yang mempunyai akses kepada internet dan responden yang mempunyai rekod di pangkalan data
sahaja.
2.8 Metodologi Kajian
Populasi Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson Tahun 2013 adalah
semua graduan Politeknik Port Dickson yang lulus dan mendapat sijil dan diploma masing-masing pada
tahun 2013. Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson ke 21 untuk lulusan 2012 ini telah diadakan
pada 4 Sidang melibatkan empat jabatan iduk iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan
Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Perdagangan. Majlis konvokesyen di
adakan di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh Ke Bawah
Kaus Yang Teramat Mulia Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak Bin Dohak, Undang Luak Sungei Ujong,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Graduan telah dimaklumkan untuk mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan IPT 2013 secara
on-line yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia diantara 4 hingga 6 minggu sebelum
majlis konvokesyen. Maklumat yang diperolehi akan dikumpulkan dan dianalisis setelah kesemua
politeknik selesai mengadakan majlis konvokesyen masing-masing. Data juga diedarkan kepada semua
politeknik untuk dianalisis mengikut keperluan politeknikmasing-masing.
Data responden kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 18.5 dan
Excel. Hasil output akan digunakan oleh counterparts tracer study untuk tujuan penulisan laporan
samada peringkat politeknik atau peringkat nasional. Laporan dibuat dengan berdasarkan garis panduan
yang disediakan oleh Bahagian Pengesanan Graduan dan Alumni, Jabatan Pengajian Politeknik KPM.
25
2.9 Kadar Respon
Jadual 2.1 menunjukkan Jabatan Perdagangan memperolehi kadar respon yang tinggi pada
tahun 2013 iaitu 97.27% diikuti dengan Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan respon sebanyak 93.71%.
Kadar respon yang paling rendah pada tahun 2013 adalah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu
sebanyak 91.35%.
Jadual 2.1 Kadar Respon Mengikut Jabatan di Politeknik Port Dickson bagi Tahun 2009 hingga
2013
Jabatan
Kadar
Respons
2009
Kadar
Respons
2010
Kadar
Respons
2011
Kadar
Respons
2012
Kadar
Respons
2013
Kejuruteraan Awam 90.0 94.7 86.89 91.42 93.67
Kejuruteraan Elektrik 84.9 85.1 79.36 83.61 93.71
Kejuruteraan Mekanikal 89.7 89.1 76.86 78.94 91.35
Perdagangan 97.3 98.2 95.87 88.54 97.27
Jumlah 90.1 91.1 84.00 85.40 94.14
26
Seramai 1511 orang reponden daripada 1605 orang graduan telah melengkapkan Kajian
Pengesanan Graduan IPT 2012 secara online untuk Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik
Port Dickson 2013. Kadar respon bagi lulusan 2013 meningkat sebanyak 8.7% berbanding dengan tahun
sebelumnya. Maklumat ini boleh di lihat dalam Jadual 2.2.
Jadual 2.2 Kadar Respon Lulusan Politeknik Port Dickson dari Tahun 2003 hingga 2013
Lulusan /Laporan Bilangan
Graduan
Bilangan
Responden
Kadar
Respon
Laporan 2004/(Lulusan 2003) 1342 981 73.0%
Laporan 2005/(Lulusan 2004) 1395 752 54.0%
Laporan 2006/(Lulusan 2005) 1474 1379 93.5%
Laporan 2007/(Lulusan 2006) 1606 1448 90.2%
Laporan 2008/(Lulusan 2007) 1740 1570 90.2%
Laporan 2009/ (Lulusan 2008) 1920 1754 91.4%
Laporan 2010/(Lulusan 2009) 2185 1968 90.1%
Laporan 2011(Lulusan 2010) 2259 2057 91.1%
Laporan 2012(Lulusan 2011) 2300 1932 83.7%
Laporan 2013(Lulusan 2012) 1986 1697 85.4%
Laporan 2014( Lulusan 2013) 1605 1511 94.1%
27
2.10 Definisi Operasional
Kadar Employability merujuk kepada agihan responden bekerja, menunggu
penempatan, meningkatkan kemahiran dan melanjutkan pengajian, dibandingkan
dengan keseluruhan responden dinyatakan dalam bentuk peratusan.
Kadar respons merujuk kepada bilangan responden yang telah mengisi soal selidik
dengan lengkap dibandingkan dengan bilangan keseluruhan graduan yang menamatkan pengajian
dalam tahun 2011 dan dinyatakan dalam peratusan.
Jabatan/ Kursus merujuk kepada jabatan akademik di politeknik KPM atau bidang
pengkhususan sebagaimana yang dinyatakan dalam buku Laporan Tahunan Jabatan
Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.
Peringkat Pengajian dalam kajian ini merujuk kepada peringkat pengajian responden iaitu sama ada
peringkat Diploma ataupun Sijil Bulan Tamat Pengajian dalam kajian ini merujuk kepada bulan responden
menamatkan pengajian mereka iaitu sama ada dalam bulan Jun atau bulan Disember.
Program Pengajian merujuk kepada kursus pengajian yang diikuti oleh responden kajian.
Sistem Pengajian merujuk kepada kurikulum dan sistem penilaian dipoliteknik KPM.
Kualiti Pengajian merujuk kepada kualiti pengajian di politeknik dari aspek pensyarah, kemudahan
prasarana, perkhidmatan bimbingan kerjaya dan kemahiran/ pengetahuan yang diperolehi.
2.11 Kesimpulan
Kajian pengesanan graduan yang berbentuk tinjauan ini dijalankan secara berkala bertujuan
untuk menilai pencapaian objektif dan visi pendidikan teknikal dan vokasional di Politeknik Port Dickson.
Kajian ini mengkaji kerelevanan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dari pengajian di politeknik
di samping mengenal pasti tahap kemampuan dan keupayaan responden dalam menjalankan kerja
mereka. Diharap dapatan kajian dapat membantu dalam pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran serta perancangan dan pembentukan dasar dalam sistem pendidikan di Politeknik Port
Dickson khususnya.
28
BAB 3
DAPATAN KAJIAN MENGENAI SISTEM PENGAJIAN DAN
KUALITI PENGAJIAN POLITEKNIK
3.1 Pengenalan
Bahagian ini membincangkan mengenai persepsi responden terhadap sistem pengajian dan
kualiti pengajian di Politeknik Port Dickson. Tahap kepuasan responden terhadap sistem pengajian
politeknik dinilai dari aspek kurikulum dan sistem penilaian. Aspek kesediaan responden untuk
mencadangkan kepada orang lain atau keluarga supaya melanjutkan pengajian di Politeknik Port Dickson
turut diambil kira. Tahap kualiti pengajian pula dinilai melalui maklum balas responden terhadap
pensyarah, kemudahan prasarana, bimbingan kerjaya dan kemahiran/ pengetahuan yang diperolehi dari
pengajian serta persepsi responden terhadap keberkesanan sistem pengajian dan kesediaan diri juga
dikaji.
3.2 Penilaian terhadap Sistem Pengajian Politeknik
Kurikulum
Tahap kepuasan responden dalam sistem pengajian politeknik dinilai berdasarkan maklum balas
terhadap kesesuaian kandungan pengajian, imbangan komponen teori dan amali/aplikasi, program
latihan industri,aktiviti kokurikulum, matapelajaran wajib politeknik, kepelbagaian matapelajaran
kokurikulum danmenyediakan pelajar untuk menghadapi dunia luar. Secara keseluruhannya, responden
mencatatkan kepuasan yang paling tinggi terhadap program latihan industri yang memberi manfaat
dalam mendapatkan pekerjaan (min = 4.28, Sisihan Piawai, SP5 = 0.75). Penilaian terdapat kurikulum
secara keseluruhan dapat dilihat melalui Jadual 3.1.
Jadual 3.1 Tahap Kepuasan Responden Terhadap Dimensi Kurikulum, 2013
29
Tahap Kepuasan Responden Terhadap Dimensi Kurikulum (Kandungan Pengajian Secara Keseluruhan)
Min SP
Kesesuaian kandungan pengajian 4.24 0.755
Imbangan komponen teori dan amalan/aplikasi 4.19 .781
Program latihan industri/praktikum (jika berkaitan) 4.41 1.06
Mata pelajaran wajib ko-kurikulum 4.22 1.106
Mata pelajaran wajib universiti/institusi 4.31 1.050
Kepelbagaian matapelajaran kokurikulum yang diatawarkan 4.24 1.029
Menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan 4.37 1.027
Latihan Industri telah memberi manfaat kepada saya dalam mendapatkan pekerjaan bersesuaian
4.53 1.175
Tahap Kepuasan Keseluruhan Responden Terhadap Kurikulum (Kandungan Pengajian Secara Keseluruhan)
4.28 0.75
Sistem Penilaian
Tahap kepuasan responden berkaitan sistem penilaian di Politeknik Port Dickson pula dinilai
berdasarkan maklum balas responden terhadap kemantapan sistem (dari segi ketelusan, keadilan dan
mudah difahami), pemarkahan kerja kursus (tugasan, ujian, amali dan sebagainya) dan pemarkahan
peperiksaan. Tahap kepuasan responden menunjukkan nilai min yang paling tinggi iaitu min=4.38, SP=
1.05. bagi sistem pemarkahan perperiksaan. Ini menunjukkan responden amat berpuas hati terhadap
permarkahan peperiksaan.
Jadual 3.2 Tahap Kepuasan Responden Terhadap Demensi Sistem Penilaian, 2013
Tahap Kepuasan Responden Terhadap Sistem Penilaian Min SP
Mantap (telus, adil dan mudah difahami) 4.18 0.796
Pemarkahan kerja kursus (tugasan/ujian/amali,dll)
4.27 0.766
Pemarkahan peperiksaan 4.38 1.051
Tahap Kepuasan KeseluruhanResponden Terhadap Sistem Penilaian
4.28 0.77
30
3.3 Penilaian terhadap Kualiti Pengajian Politeknik
Pensyarah
Sejumlah tiga belas item digunakan bagi menilai persepsi responden terhadap kualiti pensyarah. Item-item
ini mengukur tahap kepuasan responden terhadap pensyarah dari aspek pengetahuan praktikal dan teori yang
seimbang, interaksi dengan pelajar, inovasi dan kreativiti dalam pengajaran, keupayaan menghubungkait pengajaran
dengan amalan terkini industri, pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan terkini, penyampaian kuliah,
kelayakan, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,
kualiti sistem penasihatan akademik, tenaga pengajar mudah dihubungi diluar waktu kuliah dan penasihatan
akademik. Aspek yang mendapat penilaian yang paling tinggi daripada responden ialah Kemahiran berkomunikasi
dalam bahasa Melayu pensyarah. Responden bagi item tersebut adalah mempunyai min sebanyak 4.59,dan
SP=1.08) . Respon yang terendah dari penilaian responden adalah interaksi atas talian dengan nilai min sebanyak
4.19 dengan SP=1.17.
Jadual 3.3 Tahap Kepuasan Responden Terhadap Pensyarah, 2013
Tahap Kepuasan Responden Terhadap Pensyarah Min SP
Berpengetahuan teori dan praktikal yang seimbang 4.26 0.756
Interaksi dengan pelajar 4.28 0.749
Inovatif dan kreatif dalam pengajaran
4.24 0.771
Keupayaan menghubungkaitkan pengajaran/penyeliaan dengan amalan terkini industry
4.25 0.764
Pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan terkini
4.27 0.748
Penyampaian kuliah dan kualiti pengajaran
4.31 0.949
Interaksi atas talian (online interaction)
4.19 1.176
Kelayakan 4.32 0.739
Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu
4.59 1.085
Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
4.25 0.785
Kualiti sistem penasihatan akademik
4.36 1.031
Tenaga pengajar mudah dihubungi di luar waktu kuliah/formal
4.22 1.079
Penasihat akademik
4.44 1.135
Tahap Kepuasan Keseluruhan Responden Terhadap Pensyarah 4.31 0.73
31
Kemudahan Prasarana
Jadual 3.3 menunjukkan taburan kepuasan responden terhadap kemudahan prasarana di
Politeknik Port Dickson. Sejumlah 13 item digunakan mengukur tahap kepuasan responden terhadap
kemudahan prasarana seperti perpustakaan, makmal, bilik kuliah/ tutorial, kemudahan sukan, kafeteria/
kantin, penginapan, pusat/ klinik kesihatan, tempat letak kenderaan dan keselamatan kampus, ruang
belajar yang kondusif dan kemudahan ICT dikampus. Secara keseluruhannya item-item aspek
kemudahan prasarana ini mendapat penilaian yang sederhana bagi kemudahan pengangkutan,
perkhidmatan kesihatan, kemudahan tempat letak kenderaan, keselamatan kampus dan kemudahan ICT
kampus dengan nilai nilai min antara 3.83 hingga 4.12. Aspek yang mendapat penilaian yang paling
tinggi adalah kemudah perpustakaan nilai min 4.08.
Jadual 3.4 Penilaian Terhadap Pasarana
Tahap Kepuasan Responden Terhadap Prasarana Min SP
Perpustakaan (kemudahan & perkhidmatan secara keseluruhan) 4.08 0.845
Makmal (komputer,sains),studio,dapur,bengkel,dll 4.04 1.153
Kemudahan dewan kuliah / bilik tutorial 4.10 0.989
Kemudahan sukan/rekreasi 4.03 1.082
Kemudahan kafetaria / kantin 3.97 0.909
Kemudahan penginapan 4.10 1.146
Kemudahan pengangkutan 3.97 1.367
Kemudahan pusat / klinik kesihatan 3.97 1.190
Kemudahan tempat letak kenderaan 3.83 1.010
Keselamatan kampus 3.94 0.939
Pembelajaran bersepadu atas talian 4.12 1.260
Kemudahan kedai buku kampus 4.01 1.385
Kemudahan ruang belajar yang kondusif 4.03 0.999
Kemudahan ICT di kampus 3.86 1.169
Tahap Kepuasan Keseluruhan Responden Terhadap Prasarana
4.00 0.86
32
Jadual 3.5 Penilaian Terhadap Prasarana berdasarkan Skala Likert
Item Penilaian Terhadap Prasarana Amat
Memuaskan Memuaskan Sederhana
Tidak Memuaskan
Amat Tidak Memuaskan
Tidak Berkaitan
Perpustakaan (kemudahan & perkhidmatan secara keseluruhan)
0.7 2.8 19.1 42.2 35.3 0.7
Makmal (komputer,sains),studio,dapur,bengkel,dll 1.2 4.5 24.2 37.8 30.4 2.0
Kemudahan dewan kuliah / bilik tutorial 0.9 3.1 19.9 41.4 33.8 1.0
Kemudahan sukan/rekreasi 1.0 4.4 23.6 38.9 30.7 1.5
Kemudahan kafetaria / kantin 1.2 4.2 23.0 39.4 32.2 1.2
Kemudahan penginapan 1.1 3.5 21.9 39.6 31.7 2.2
Kemudahan pengangkutan 2.2 6.9 25.3 37.2 24.9 3.6
Kemudahan pusat / klinik kesihatan 1.9 5.0 25.3 37.7 28.1 2.1
Kemudahan tempat letak kenderaan 3.2 6.4 22.8 39.8 27.8 3.2
Keselamatan kampus 1.6 5.2 22.0 39.8 31.4 1.6
Pembelajaran bersepadu atas talian 1.5 3.9 22.0 39.6 29.8 3.2
Kemudahan kedai buku kampus 1.9 6.4 26.0 36.1 25.7 3.9
Kemudahan ruang belajar yang kondusif 0.9 3.7 22.5 41.0 31.0 0.9
Kemudahan ICT di kampus 2.6 6.4 26.8 36.3 26.4 1.5
33
Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya
Jadual 3.6 di sebelah menunjukkan taburan kepuasan responden terhadap perkhidmatan
bimbingan dan kerjaya. Sejumlah tujuh item digunakan bagi menilai persepsi responden terhadap kualiti
perkhidmatan bimbingan kerjaya. Item-item ini mengukur tahap kepuasan responden terhadap
perkhidmatan bimbingan kerjaya berdasarkan aspek maklumat mengenai peluang pekerjaan dan kerjaya,
bantuan dalam kemahiran menghadiri temuduga, bantuan dalam penyediaan memohon pekerjaan,
bantuan dalam mendapatkan pekerjaan, maklumat dalam melanjutkan pengajian. Peluang pekerjaan
dalam kampus dan proses pengambilan pekerja dalam kampus oleh majikan. Aspek yang mendapat
penilaian yang paling tinggi daripada responden ialah aspek bantuan dalam penyediaan memohon
pekerjaan. Nilai min yang dicapai bagi aspek tersebut adalah 4.36 dengan nilai sisihan piawai adalah
1.08. Secara keseluruhannya, aspek perkhidmatan bimbingan kerjaya mendapat penilaian yang baik
daripada responden (Min=4.12)
Jadual 3.6 Penilaian Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya
Tahap Kepuasan Responden Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya Min SP
Maklumat mengenai peluang pekerjaan & kerjaya 4.15 1.001
Bantuan dalam kemahiran menghadiri temuduga 4.25 1.026
Bantuan dalam penyediaan memohon pekerjaan 4.36 1.086
Bantuan dalam mendapatkan pekerjaan 4.05 1.112
Bantuan dalam melanjutkan pengajian 4.11 1.094
Peluang pekerjaan dalam kampus 3.95 1.407
Proses pengambilan pekerja dalam kampus oleh majikan 3.95 1.423
Tahap Kepuasan Keseluruhan Responden Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya 4.12 0.95
3.5 Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kurikulum yang diguna pakai di Politeknik Port Dickson adalah sesuai
dari segi kandungan serta mempunyai komponen teori dan amali/ aplikasi yang seimbang. Responden juga berpuas
hati dengan program latihan industri dan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Politeknik. Maklumbalas yang
diperolehi daripada responden menunjukkan bahawa mereka berpuas hati dengan kemantapan sistem penilaian,
pemarkahan kerja kursus dan pemarkahan peperiksaan. Tahap kepuasan responden terhadap kualiti pensyarah,
kemudahan prasarana dan kemahiran/ pengetahuan yang diperolehi adalah agak tinggi dibandingkan dengan tahap
kepuasan responden yang sederhana terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya.
34
BAB 4
DAPATAN KAJIAN MENGENAI STATUS RESPONDEN
4.1 Pengenalan
Kajian ini juga dibuat bagi mendapatkan maklumat mengenai status responden iaitu sama ada
responden bekerja, melanjutkan pelajaran, meningkatkan kemahiran, menunggu penempatan atau belum
bekerja. Seterusnya, kadar mendapat pekerjaan (employability) bagi responden mengikut program
pengajian dikira berdasarkan kepada bilangan responden yang bekerja dibahagikan dengan bilangan
responden bagi setiap program pengajian.
4.2 Status Responden
Responden bekerja meliputi responden yang mempunyai maklumat pekerjaan, maklumat majikan
dan pendapatan manakala responden melanjutkan pelajaran meliputi responden yang mendaftar untuk
melanjutkan pelajaran selepas tamat pengajian di Politeknik KPM. Responden tidak bekerja meliputi
responden yang tidak mempunyai maklumat pekerjaan, maklumat majikan dan pendapatan. Responden
yang meningkatkan kemahiran meliputi mereka yang mengikuti Skim Latihan Siswazah
Menganggur(SLSM), Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah(SUTKS), Skim Latihan Graduan, Program
Peningkatan Kemahiran Industri (INSEP) dan lain-lain.
35
4.3 Kadar Employability Mengikut Program Pengajian
Kadar Employability
Berdasarkan Jadual 4.1 di bawah menunjukkan kadar employability responden mengikut jabatan
dan peringkat pengajian. Responden tahun 2012 Jabatan kejuruteraan Awam mencatatkan kadar
employability yang tertinggi iaitu sebanyak 74.4%. Manakala responden tahun 2012 pula dari Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal pula mencatatkan kadar employability yang paling tinggi iaitu 80.3% . Secara
perbandingan dapat dilihat terdapat peningkatan kadar employability responden tahun 2012 berbanding
dengan responden tahun 2013.
Jadual 4.1 Kadar Employability Responden 2012 dan 2013 Mengikut Jabatan dan
Peringkat Pengajian
Jabatan Kadar Employability
2012 2013
Kejuruteraan Awam 74.4 79.4
Kejuruteraan Elektrik 76.7 76.8
Kejuruteraan Mekanikal 80.3 79.4
Perdagangan 77.4 77.2
Keseluruhan 77.1 78.2
4.4 Status Responden
Jadual 4.2 menunjukkan status responden semenjak meninggalkan Politeknik Port Dickson
mengikut sesi tamat pengajian. Hasil dapatan menunjukkan 389 responden pada sesi tamat pengajian
Jun 2013 telah bekerja berbanding dengan hanya 548 sahaja responden pada sesi tamat pengajian
Disember 2013. Keadaan ini menunjukkan kadar employability bagi sesi tamat pengajian Jun 2013
adalah 58.76&%.
36
Jadual 4.2 Status Responden Mengikut Bulan Tamat Pengajian
Status
Bulan Tamat Pengajian
Jun Disember Jumlah
Keseluruhan Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Bekerja 389 58.76 548 64.55 937
Melanjutkan Pengajian
61 9.21 112 13.19 173
Meningkatkan Kemahiran
4 0.60 13 1.53 17
Menunggu Penempatan
33 4.98 21 2.47 54
Belum Bekerja 175 26.44 155 18.26 330
Jumlah 662 100.00 849 100.00 1511
4.5 Kesimpulan
Secara keseluruhan, 62.01% daripada responden adalah bekerja, 21.84% tidak bekerja
manakala 11.45% daripada responden melanjutkan pelajaran dan 3.57% responden adalah sedang
menunggu penempatan dan meningkatkan kemahiran. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mempunyai
kadar employability yang paling tinggi iaitu 79.4%. Reponden lelaki pula mempunyai kadar employability
yang lebih tinggi berbanding dengan responden perempuan Bagi peringkat pengajian, responden
peringkat Sijil mempunyai kadar employability yang paling tinggi. Selain itu, kadar employability bagi
responden yang menamatkan pengajian dalam bulan Disember 2013 adalah lebih tinggi dibandingkan
dengan responden yang menamatkan pengajian dalam bulan Jun 2013.
37
BAB 5
DAPATAN KAJIAN MENGENAI RESPONDEN YANG BEKERJA
5.1 Pengenalan
Bab ini memaparkan dapatan kajian mengenai responden yang bekerja yang terdiri daripada 937
orang responden iaitu 62.01% daripada jumlah keseluruhan responden. Responden bekerja dikelaskan
mengikut taraf pekerjaan, pendapatan bulanan termasuk elaun, sektor pekerjaan, sektor ekonomi dan
sumber maklumat kerjaya. Selain itu, dapatan kajian mengenai sebab utama masih mencari pekerjaan
juga dibincangkan. Bab ini juga membincangkan keupayaan dan kemampuan responden bekerja
melaksanakan pekerjaan dan penilaian responden terhadap pekerjaan semasa mereka dan sejauh
manakah program pengajian berkaitan dengan pekerjaan responden.
5.2 Responden berkerja mengikut jabatan dan program pengajian
Jadual 5.1 menunjukkan responden yang paling ramai telah bekerja adalah dari
responden Jabatan Kejuruteraan Perdaganganl iaitu 499 orang. Jumlah responden bekerja yang paling
rendah adalah dari Jabatan Kejuruteraan Awam iaitu 281 orang.
Jadual 5.1 Peratusan Responden Tahun 2013 yang bekerja mengikut Program Pengajian
Program Pengajian Bilangan Peratus
Jabatan Kejuruteraan Awam 281 18.60
Jabatan Kejuruteraan Elektrik 298 19.72
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal 433 28.66
Jabatan Perdagangan 499 33.02
Jumlah 1511 100
38
Jadual 5.2 di bawah menunjukkan peratusan responden peringkat diploma yangberkerja adalah
jauh lebih tinggi iaitu 99.62% berbanding dengan hanya 0.38% responden dari peringkat sijil yang telah
bekerja. Dari peratusan responden peringkat diploma yang bekerja 100% adalah terdiri dari responden
perempuan manakala selebihnya iaitu 99.62% datangnya dari responden lelaki.
5.2 Responden bekerja mengikut peringkat pengajian dan jantina
Peringkat Pengajian
Jantina
Jumlah Lelaki Perempuan
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Diploma 529 99.62
406 100
935
Sijil 2 0.38
0 0
2
Jumlah 531 100
406 100
937
39
5.3 Responden bekerja dalam kumpulan pekerjaan utama
Jadual 5.3 menunjukkan penyertaan responden Politeknik Port Dickson yang bekerja dalam
kumpulan pekerjaan utama. Kebanyakkan responden iaitu 28.8% responden berkerja dalam kumpulan
Juruteknik dan Profesional berkaitan dengan bidang mereka dan diikuti dengan responden dalam
kumpulan pekerja perkeranian dan sokongan iaitu sebanyak 22.5%.
Jadual 5.3 Penyertaan Responden Bekerja Dalam Kumpulan Pekerjaan Utama, 2013
Kumpulan Pekerjaan Utama Bilangan Peratus
Pengurus 35 3.7
Profesional 121 12.9
Juruteknik dan Profesional Berkaitan 270 28.8
Pekerja Perkeranian Sokongan 211 22.5
Pekerja Perkhidmatan dan Jualan 108 11.5
Pekerja Mahir bidang Pertanian dan Perikanan 4 0.4
Pekerja Kraftangan dan Perdagangan Berkaitan 101 10.8
Operator Kilang dan Mesin dan Juru Pasang 19 2
Pekerjaan Asas 68 7.3
Jumlah 937 100
40
5.4 Taraf dan Sektor Pekerjaan
Dapatan kajian juga mendapatkan maklumat tentang taraf pekerjaan responden mengikut
Jabatan (lihat Jadual 5.4). Analisa menunjukkan bahawa 49.63% responden telah mendapat pekerjaan
tetap di mana yang paling ramai iaitu 465 orang. Jumlah pelajar yang bekerja sendiri adalah amat kecil
iaitu sebanyk 18 orang sahaja.
Jadual 5.4 Taraf pekerjaan responden mengikut Jabatan.
Taraf Pekerjaan Bilangan Peratus
Tetap 465 49.63
Sementara 259 27.64
Kontrak 187 19.96
Bekerja dengan keluarga 8 0.85
Bekerja Sendiri 18 1.92
Jumlah 937 100
Jadual 5.5 pula menunjukkan taraf pekerjaan responden bekerja mengikut peringkat pengajian.
Jadual menunjukkan bahawa peratusan tertinggi iaitu 49.73% datangnya dari responden peringkat
diploma yang telah berkerja secara tetap. Manakala respoden peringkat sijil tiada berkerja secara tetap.
Jika di lihat dalam jadual di bawah terdapat responden peringkat diploma dan sijil yang bekerja sendiri
yang mana ianya menyumbang sebanyak 0.86% dari keseluruhan.
Jadual 5.5 Taraf Pekerjaan Responden Bekerja Mengikut Peringkat Pengajian, 2013
Taraf Pekerjaan
Peringkat Pengajian
Diploma Sijil
Jumlah
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Tetap 465 49.73
0 0
465
Kontrak 258 27.59
1 50
259
Sementara 186 19.89
1 50
187
Bekerja Sendiri 8 0.86
0 0
8
Bekerja dengan keluarga 18 1.93
0 0
18
Jumlah 935 100
2 100
937
41
Responden bekerja turut ditanya tentang sektor pekerjaan mereka. Jadual 5.6 menunjukkan
61.2% responden bekerja dalam sektor swasta tempatan dan diikuti dengan sector pekerjaan Swasta
Multinasional/asing iaitu sebanyak 17.9%.
Jadual 5.6 Sektor Pekerjaan Responden Bekerja , 2013
Sektor Pekerjaan Bilangan Peratus
Kerajaan 34 3.60
Badan Berkanun 13 1.40
Swasta Multinasional 168 17.90
Swasta Tempatan 573 61.20
Perusahaan Sendiri 96 10.20
Lain-lain 10 1.10
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) 13 1.40
Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) 30 3.20
Jumlah 937 100
Jadual 5.7 pula menunjukkan sektor ekonomi responden berkerja, peratusantertinggi datangnya dari
sektor pembuatan iaitu sebanyak 19.64% diikuti dengan sector pembinaan 17.29% manakala sektor yang
paling kurang diceburi oleh responden dalam dunia pekerjaan ialah sektor perlombongan dan hartanah
iaitu 0.11%.
42
Jadual 5.7 Sektor Ekonomi Responden Bekerja , 2013
Sektor Ekonomi Bilangan Peratus
Pertanian, Perhutanan dan Perikanan 10 1.07
Perlombongan dan Pengkuarian 1 0.11
Pembuatan 184 19.64
Bekalan Elektrik, Gas, Stim dan Penyaman Udara. 46 4.91
Bekalan Air,Pembetungan, Pengurusan Sisa dan Aktiviti-aktivi 9 0.96
Pembinaan 162 17.29
Perdagangan Jual Borong dan Jual Runcit, Pembaikan Kenderaan 43 4.59
Pengangkutan dan Penyimpanan 37 3.95
Penginapan dan Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan Makanan 33 3.52
Maklumat dan Komunikasi 40 4.27
Kewangan dan Insurans / Aktiviti Takaful 41 4.38
Aktiviti Hartanah 12 1.28
Profesional, Aktiviti Saintifik dan Teknikal 52 5.55
Pentadbiran dan Aktiviti Perkhidmatan Sokongan 21 2.24
Pentadbiran Awam dan Pertahanan; Keselamatan Sosial Wajib 8 0.85
Pendidikan 26 2.77
Kesihatan Manusia dan Aktiviti Kerja Sosial 11 1.17
Seni, Hiburan dan Rekreasi 5 0.53
Aktiviti Perkhidmatan Lain 162 17.29
Aktiviti Isi Rumah Sebagai Majikan Bagi Personel Domestik Ak 34 3.63
Jumlah 937 100
43
5.5 Pendapatan bulanan Responden Bekerja (termasuk elaun)
Dari Jadual 5.8, dapat diperhatikan bahawa peratusan pendapatan bulan responden yang
tertinggi adalah di antara RM1,001 hingga RM1,500 iaitu sebanyak 48.24%%. terdapat empat orang
responden memperolehi gaji bulanan tertinggi iaitu RM5,001 ke atas.
Jadual 5.8 Pendapatan Bulanan Responden Bekerja, 2013
Pendapatan Bulanan (termasuk elaun) Bilangan Peratus
RM500 ke bawah 13 1.39
RM501 - RM1000 193 20.60
RM1001 - RM1500 452 48.24
RM1501 - RM2000 209 22.31
RM2001 - RM2500 50 5.34
RM2501 - RM3000 13 1.39
RM3001 - RM5000 3 0.32
RM5001 dan ke atas 4 0.43
Jumlah 937 100
44
5.6 Sumber Maklumat Pekerjaan
Majoriti daripada responden bekerja iaitu 0.75% mengetahui mengenai pekerjaan mereka melalui
rakan/ keluarga dan sumber maklumat yang kedua tertinggi adalah daripada internet iaitu sebanyak
25.19%. hanya 0.11% sahaja dari responden yang menerima bantuan dari Unit Kaunseling/Kerjaya.
Jadual 5.9 Sumber Maklumat Pekerjaan
Sumber Maklumat Pekerjaan Bilangan Peratus
Internet 236 25.19
Media cetak 68 7.26
Media elektronik 20 2.13
Unit Kaunseling / Kerjaya 1 0.11
Jabatan Tenaga Rakyat 46 4.91
Agensi Pekerjaan 17 1.81
Pesta Kerjaya 9 0.96
Rakan / Keluarga / Pensyarah 54 5.76
Tawaran daripada Majikan semasa Latihan Industri 25 2.67
Tawaran daripada penaja pengajian 18 1.92
Memang sudah bekerja sebelum menyambung pengajian 408 43.54
Rakan/ Keluarga 7 0.75
Pensyarah 28 2.99
Jumlah 937 100
45
5.7 Responden Bekerja Masih Mencari Pekerjaan
Secara keseluruhan majoriti responden bekerja masih mencari pekerjaan. Jadual 5.10 di bawah
menunjukkan peratusan responden bekerja yang masih mencari pekerjaan. Dapatan menunjukkan 62%
responden masih lagi mencari pekerjaan lain manakala 38% tidak lagi mencari pekerjaan lain.
Jadual 5.10 Peratus Responden Bekerja Graduat Politeknik Yang Masih Mencari Pekerjaan
Adakah anda masih mencari pekerjaan lain pada masa ini? Bilangan Peratus
Ya 581 62
Tidak 356 38
Jumlah 937 100
46
5.8 Sebab Utama Responden Bekerja Masih Mencari Pekerjaan
Di antara sebab-sebab utama responden bekerja masih mencari pekerjaan ialah untuk
mndapatkan gaji yang lebih tinggi (15.9%), mencari kerja tetep (11.95%), mencari pekerjaan yang setraf
dengan kelayakan (15.47%), mencari pekerjaan yang berkaitan degan bidang pengajian (12.59%) dan
mencari pekerjaan lebih mencabar (2.77%).
Jadual 5.11 Sebab Utama Responden Bekerja Masih Mencari Pekerjaan
Sebab Mencari Pekerjaan Lain Bilangan Peratus
Mencari pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan 145 15.47
Mendapat gaji yang lebih tinggi 149 15.90
Pekerjaan sekarang tidak sesuai 14 1.49
Mencari pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian 118 12.59
Mencari pekerjaan yang lebih mencabar 26 2.77
Mencari pekerjaan tetap 112 11.95
Lain-lain 15 1.60
Tiada Maklumat 358 38.21
Jumlah 937 100
5.9 Kesimpulan
Responden yang bekerja yang terdiri daripada 937 orang responden iaitu 62.01% daripada
jumlah keseluruhan responden. Seramai 49.63% responden keseluruhan mempunyai taraf pekerjaan
tetap. Majoriti responden bekerja (22.31%) mempunyai pendapatan bulanan termasuk elaun antara
RM1,001 hingga RM1,500. Majoriti responden bekerja iaitu 5.76% mengetahui mengenai pekerjaan
mereka melalui rakan/ keluarga/ pensyarah mereka dan 7.26% melalui media cetak. Majoriti responden
bekerja iaitu 62% masih mencari pekerjaan lain. Antara sebab utama responden masih mencari
pekerjaan adalah bagi mendapatkan pekerjaan tetap, mencari pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan
dan mencari pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian.
47
BAB 6
DAPATAN KAJIAN MENGENAI RESPONDEN BELUM BEKERJA
6.1 Pengenalan
Bahagian ini membincangkan profil responden yang belum bekerja. Antara ciriciri yang
dikemukakan ialah bulan tamat pengajian, jantina, peringkat pengajian, program pengajian , dan
pencapaian akademik responden mengikut Jabatan. Selain itu, aspek-aspek lain yang dibincangkan ialah
sebab utama mereka belum bekerja dan sama ada mereka pernah menghadiri temuduga atau tidak.
6.2 Profil Responden Belum Bekerja
Secara keseluruhan, seramai 388 orang (22.86%) responden daripada jumlah keseluruhan
responden (1,511 orang) adalah belum bekerja. Ianya terdiri daripada 53% dari pelajar sesi Jun dan
47%% daripada sesi Disember. Seramai 56.06% responden yang belum bekerja ini terdiri daripada lelaki
manakala 43.94% adalah perempuan. Seramai 99.7% daripada responden belum bekerja ini adalah
pelajar Diploma dan hanya 0.3% sahaja pelajar sijil yang masih belum bekerja. Ini dapat dilihat di dalam
Jadual 6.1 berikut.
Jadual 6.1 Responden Belum Bekerja Mengikut Bulan Tamat Pengajian, Jantina, Peringkat Pengajian.
Bulan Tamat Pengajian Bilangan Peratus
Jun 175 53
Disember 155 47
Jumlah 330 100
48
Jadual 6.1 Responden Belum Bekerja Mengikut Jantina, 2013
Jadual 6.1 Responden Belum Bekerja Mengikut Peringkat Pengajian, 2013
Peringkat Pengajian Bilangan Peratus
Diploma 329 99.70
Sijil 1 0.30
Jumlah 330 100
Jabatan Kejuruteraan Awam
Daripada jumlah keseluruhan responden belum bekerja Jabatan Kejuruteraan Awam iaitu
seramai 57 orang, 10% terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Awam dan 7.3% responden Seni Bina.
Jadual di bawah menunjukkan profil responden belum bekerja mengikut program pengajian dan jabatan.
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Daripada jumlah keseluruhan responden belum bekerja Jabatan Kejuruteraan Elektrik iaitu
seramai 97 orang, 56.4% terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Elektrik dan 11.5% responden pelajar
Kejuruteraan Elektronik serta 1.8% pelajar Kejuruteraan Elektronik(komputer). Jadual di bawah
menunjukkan profil responden belum bekerja mengikut program pengajian dan jabatan.
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Daripada jumlah keseluruhan responden belum bekerja Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu
seramai 107 orang, 8.8% terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Mekanikal, 7.9% pelajar Kejuruteraan
Mekanikal (Automotif) , 3.6% pelajar Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik) dan 6.7% pelajar Kejuruteraan
Mekanikal(Pembuatan) . Jadual di bawah menunjukkan profil responden belum bekerja mengikut
program pengajian dan jabatan.
Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 185 56.06
Perempuan 145 43.94
Jumlah 330 100
49
Jabatan Perdagangan
Secara terperinci, profil responden belum bekerja dibincangkan mengikut program pengajian dan
jabatan/ kursus seperti berikut. Jabatan Perdagangan Daripada jumlah keseluruhan responden belum
bekerja Jabatan Perdagangan iaitu seramai 114 orang, 10.9% terdiri daripada 36 orang pelajar
akauntansi, 39 orang pelajar pemasaran dan 39 orang pelajar kesetiausahaan. Jadual di bawah
menunjukkan profil responden belum bekerja mengikut program pengajian dan jabatan.
Jadual 6.2 Profil Responden Diploma Belum Bekerja mengikut program pengajian 2013
Program Pengajian Bilangan Peratus
Kejuruteraan Awam 33 10
Seni Bina 24 7.3
Jumlah 57 17.3
Kejuruteraan Elektrik 53 56.4
Kejuruteraan Elektronik 38 11.5
Kejuruteraan Elektronik (Komputer) 6 1.8
Jumlah 97 69.7
Kejuruteraan Mekanikal 29 8.8
Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) 22 6.7
Diploma kejuruteraan elektronik (komunikasi) 18 5.5
Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)) 26 7.9
Kejuruteraan Mekatronik 12 3.6
Jumlah 107 32.5
Pemasaran 39 11.8
Sains Kesetiausahaan 39 11.8
Akauntasi 36 10.9
Jumlah 114 34.5
50
Jadual 6.3 menunjukkan profil responden yang belum bekerja pernah menghadiri temuduga atau
tidak. Dapatan menunjukkan responden seramai 110 pelajar belum penah menghadiri temuduga dan
sejumlah 19 pelajar telah mengadiri lebih dari 6 temuduga.
Jadual 6.3 Profil Responden Belum Bekerja Menghadir Temuduga
Pernahkah anda menghadiri temuduga Bilangan Peratus
Ya 213 64.55
Tidak 110 33.33
Tiada Maklumat 7 2.12
Jumlah 330 100
Kekerapan Menghadiri Temuduga BIalngan Peratus
1 hingga 5 kali 194 58.78
6 hingga 10 kali 19 5.76
Jumlah 213 64.54
6.3 Sebab Utama Belum Bekerja
Secara keseluruhan, majoriti responden yang belum bekerja iaitu 66.36% menyatakan mereka
sedang mencari pekerjaan. Seramai 9.7% responden yang belum bekerja menyatakan mereka
menunggu penempatan melanjutkan pengajian. Seramai 5.45% responden menyatakan mereka tidak
bekerja kerana kerja yang ditawarkan tidak sesuai, 4.85% responden menyatakan mereka tidak bekerja
kerana tanggungjawab terhadap keluarga. Selain itu, seramai 1.52% responden menyatakan mereka
tidak bekerja kerana kurang keyakinan untuk memasuki dunia pekerjaan, 5.76% ingin berehat dan 0.61%
menyatakan masalah kesihatan.
51
Jadual 6.4 Sebab Utama Responden Belum Bekerja Mengikut Jabatan
Sebab Utama Belum Bekerja Bilangan Peratus
Sedang mencari pekerjaan 219 66.36
Kerja yang ditawarkan tidak sesuai 18 5.45
Tanggungjawab terhadap keluarga 16 4.85
Kurang keyakinan diri untuk memasuki dunia pekerjaan 5 1.52
Lain-Lain 10 3.03
Memilih untuk tidak bekerja 4 1.21
Tidak berminat untuk bekerja 3 0.91
Ingin berehat 19 5.76
Masalah kesihatan 2 0.61
Menunggu Penempatan melanjutkan pengajian 32 9.70
Enggan berpindah ke tempat lain 2 0.61
Jumlah 330 100
6.4 Kesimpulan
Secara keseluruhan, 34.5% responden adalah tidak bekerja di mana 53% menamatkan
pengajian dalam bulan Jun manakala 47% menamatkan pengajian dalam bulan Disember 2014. Seramai
56.06% responden yang tidak bekerja ini terdiri daripada lelaki manakala 43.94% adalah perempuan.
Seramai 64.6% daripada responden tidak bekerja ini pernah menghadiri temuduga manakala 33.3% tidak
pernah menghadiri temuduga.
52
BAB 7
DAPATAN KAJIAN MENGENAI RESPONDEN MELANJUTKAN PELAJARAN
7.1 Pengenalan
Bahagian ini membincangkan mengenai profil responden melanjutkan pelajaran, sebab utama
mereka melanjutkan pelajaran dan sama ada mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama
sebagaimana bidang pengajian mereka di Politeknik Port Dickson atau tidak.
7.2 Profil Responden Melanjutkan Pelajaran
Responden Politeknik Port Dickson yang melanjutkan pelajaran terdiri daripada 173 orang
daripada keseluruhan jumlah responden seramai 1,605 orang. Dapatan dari Jadual 7.1 mencatatkan
sebanyak 99.4% responden peringkat Diploma melanjutkan pengajian manakala hanya 0.6% dari
responden peringkat Sijil melanjutkan pengajian. Responden lelaki mencatatkan bilangan yang ramai
melanjutkan pengajian iaitu 95 orang.
Jadual 7.1 Responden Yang Melanjutkan Pengajian Mengikut Peringkat Pengajian dan Jantina,
2013
Peringkat Pengajian
Jantina
Jumlah Peratus Lelaki Perempuan
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Diploma 94 98.9 78 100 172 99.4
Sijil 1 1.1 0 0 1 0.6
Jumlah 95 100.0 78 100 173 100.0
53
Mod Pengajian
Jadual 7.2 menunjukkan mod pengajian responden yang melanjutkan pengajian. Kesemua
pelajar melanjutkan pengajian pelajaran secara sepenuh masa terdiri daripada 100 % responden.
Jadual 7.2 Responden Yang Melanjut Pengajian Mod Pengajian, 2012
Jenis Mod Pengajian Bilangan Peratus
Pengajian Dalam Kampus 173 100
Jumlah 173 100
Jenis Institusi
Jadual 7.3 menunjukkan jenis Institusi di mana responden melanjutkan pengajian. 42.77%
responden yang melanjutkan pelajaran telah melanjutkan pengajian pelajaran di Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA). Ini jelas menunjukan IPTA adalah pilihan utama pelajar Politeknik Port Dickson.
Namun terdapat juga responden melanjutkan ke luar Negara iaitu seramai 1 orang.Jadual 7.3
Responden Yang Melanjut Pengajian Mengikut Jenis Institusi Yang Disertai, 2013
Bilangan Peratus
IPTA 74
IPTS 52 30.06
Politeknik 23 13.29
Institusi Latihan (Kementerian Sumber Manusia) 2 1.16
Institusi Kemahiran (Kementerian Belia Sukan) 1 0.58
Institusi Pendidikan MARA 1 0.58
IPT Lain 3 1.73
Tiada maklumat 17 9.83
Jumlah 173 100
54
Jadaual 7.4 menunjukan 70.5% pelajar yang melanjutkan pengajian adalah dalam bidang yang
sama. Namun terdapat 34 responden memilih untuk menukar bidang setelah melanjutkan pelajaran.
Jadual 7.4 Responden Yang Melanjut Pengajian Dalam Bidang Yang Sama Mengikut Peringkat
Pengajian, 2013
Bidang Berkaitan Bilangan Peratus
Ya 122 70.5
Tidak 34 19.7
Tiada maklumat 17 9.8
Jumlah 173 100
Sebab Utama Melanjutkan Pengajian
Secara keseluruhannya, sebab utama responden melanjutkan pengajian adalah untuk
meningkatkatkan tahap kelayakan akademik (32.4%) dan diikuti oleh untuk mendapatkan prospek
pekerjaan yang lebih baik.(15.6%). Terdapat 4 orang responden yang melanjutkan pengajian disebabkan
oleh kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.
Jadual 7.5 Sebab Utama Responden Melanjutkan Pengajian Mengikut Peringkat
Sebab Utama Anda Melanjutkan Pengajian Bilangan Peratus
Minat yang mendalam mencari ilmu 26 15
Meningkatkan tahap kelayakan akademik 56 32.4
Dorongan keluarga 12 6.9
Prospek kerjaya yang lebih baik 27 15.6
Meningkatkan peluang mendapat pekerjaan 28 16.2
Sukar mendapat pekerjaan yang bersesuaian 4 2.3
Belum bersedia memasuki dunia pekerjaan 3 1.7
tiada maklumat 17 9.8
Jumlah 173 100
55
7.3 Kesimpulan
Responden yang melanjutkan pelajaran terdiri daripada 290 orang atau 17.09% daripada
keseluruhan jumlah responden seramai 1511 orang. Kesemua responden yang melanjutkan pelajaran
mereka secara sepenuh masa. Majoriti responden peringkat Diploma yang melanjutkan pelajaran
(49.3%) melanjutkan pelajaran manakala 50.7% responden peringkat Sijil melanjutkan pelajaran. Selain
itu, kebanyakkan responden (81.03%) melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama atau berkaitan
dengan program yang telah diikuti. Kajian ini juga mengenal pasti bahawa sebab utama responden
melanjutkan pelajaran ialah bagi meningkatkan tahap kelayakan akademik.
56
BAB 8
DAPATAN KAJIAN : RESPONDEN BEKERJA SENDIRI
8.1 Pengenalan
Bahagian ini merupakan aspek baru yang sentuh dalam kajian ini iaitu profil responden yang
bekerja sendiri. Antara ciri-ciri yang dikemukakan ialah bulan tamat pengajian, jantina, peringkat
pengajian, program pengajian , dan pencapaian akademik responden.
8.2 Profil Responden Bekerja Sendiri
Secara keseluruhan, seramai 8 orang responden daripada jumlah keseluruhan responden yang
bekerja mengambil cabaran untuk bekerja sendiri. Daripada jadual 8.1 jumlah responden diploma yang
menjadi usahawan adalah seramai 8 orang dan selebihnya adalah responden sijil. Jumlah responden
lelaki lebih ramai bekerja sendiri iaitu sebanyak 75% manakala hanya 25% adalah dari responden
perempuan diperingkat diploma..
Jadual 8.1 Responden Bekerja Sendiri, mengikut peringkat dan jantina 2013
Peringkat Pengajian
Jantina Jumlah
Lelaki Perempuan
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Diploma 6 75% 2 25% 8
Jumlah 6 100% 3 100% 8
57
8.3 Profil Responden Bekerja Sendiri Mengikut Program
Dalam Jadual 8.2 di dapati dari keseluruhan responden yang bekerja sendiri 25% adalah terdiri
dari responden yang tamat pada Jun manakala 75% datangnya dari responden yang tamat Disember.
Responden yang berkerja sendiri 75% iaitu seramai 6 orang datangnya dari Jabatan Kejuruteraan Awam
dan hanya 1 orang dari Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang berkerja sendiri..
Jadual 8.2 Responden Bekerja Sendiri Mengikut Bulan Tamat Pengajian, Jabatan, 2013
Bulan Tamat Pengajian Bilangan Peratus
Jun 2 25
Disember 6 75
Jumlah 8 100
Jabatan Bilangan Peratus
Jabatan Kejuruteraan Awam 6 75
Jabatan Kejuruteraan Elektrik 1 12.5
Jabatan Perdagangan 1 12.5
Jumlah 8 100
8.4 Kesimpulan
Hanya sejumlah kecil sahaja responden Politeknik Port Dickson yang menceburkan diri dalam
perniangaan sendiri. Jika dilihat dari peratusan keseluruhan responden hanya 0.85% sahaja responden
yang bekerja sendiri dari 62.01% responden yang bekerja. Jumlah responden yang bekerja sendiri
terdapat sedikit peningkatan berbanding dengan tahun yang lalu.
58
Rujukan
Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian TinggiMalaysia.
Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduatvi Politeknik 2007: RelevanKompetitf Progresif.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Tahun 2006.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Tahun 2005.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Tahun 2004.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Tahun 2003.
Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson 2003.
Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson 2004.
Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson 2005.
Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson 2006.
Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson 2007.
Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson 2008.
Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson 2009.
Politeknik Port Dickson, Buku Konvokesyen ke 19.
Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2009
Politeknik Port Dickson, Buku Konvokesyen ke 20.
Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson 2010.
Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2010
Politeknik Port Dickson, Buku Konvokesyen ke 21.
Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson 2011.
Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2011
Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson 2012.
Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson 2013.
http://www.polipd.edu.my/v1/sites/default/files/SoalSelidikKPGManual.xls
http://graduat.mohe.gov.my/skpg1/