Post on 02-Jul-2015
description
Tajuk : Laporan analisis kesalahan bahasa di premis-premis awam.
1.0 Tujuan
Memenuhi keperluan sukatan pelajaran bagi subjek Bahasa Melayu 1
( Komunikasi Bertulis dan Ejaan).
2.0 Pengenalan
Dewasa ini, kesalahan bahasa semakin berleluasa. Kita dapat lihat pelbagai
kesalahan bahasa ini baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan.Namun, bagi
tugasan ini kami hanya ingin membincangkan kesalahan bahasa bagi aspek
tulisan.
Saban hari kita acap kali melihat papan-papan tanda yang memberi informasi
kepada kita. Namun, pernahkah kita terfikir bahawa papan-papan tanda itu
menggunakan bahasa yang betul ataupun tidak dari aspek kesalahan bahasa
seperti ejaan,ayat,Hukum D-M,struktur ayat,penggunaan bahasa asing,wacana
dan aspek-aspek yang lain. Secara hakikatnya banyak kesalahan bahasa
terdapat di papan tanda di premis-premis awam. Kesalahan yang acap kali
tertulis di papan-papan tanda ialah penggunaan imbuhan “di” sama ada
dirapatkan atau dijauhkan dengan perkataan yang mengikutinya. Sebagai
contohnya, “ Di larang merokok”.Apabila melihat ayat tersebut pasti ramai yang
mengatakan bahawa ayat tersebut betul walhal terdapat kesalahan bahasa.
Imbuhan “di” perlu dirapatkan dengan perkataan “larang”. Hal ini demikian
kerana, mengikut hukum tatabahasa, imbuhan “di” perlu dirapatkan dengan
perkataan yang mengikutinya sekiranya perkataan tersebut tergolong dalam kata
kerja.
Sebagai masyarakat yang mencintai bahasa kebangsaan kita perlulah peka
dengan kesalahan-kesalahan bahasa ini. Hal ini demikian kerana, bahasa jiwa
bangsa. Penciptaan papan-papan tanda ini di premis-premis awam ini haruslah
menggunakan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa serta memenuhi
kehendak penggunaan bahasa kebangsaan sebagai lambang citra negara
bangsa Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
3.0 Senario
Saban hari, kesalahan bahasa di premis-premis awam ini dilihat sebagai
“trend” masyarakat. Hal ini demikian kerana,pemilik premis-premis awam tidak
mengambil kira aspek kesalahan bahasa apabila meletakkan papan tanda di
premis mereka. Disebabkan itu, fenomena kesalahan bahasa di papan-papan
tanda di sekitar Malaysia semakin meningkat seperti cendawan tumbuh selepas
hujan.
Kesalahan bahasa ini banyak memberi kesan buruk kepada masyarakat
terutamanya para pelajar yang baru berjinak-jinak dengan subjek bahasa. Hal ini
demikian kerana, kesalahan bahasa ini menyebabkan mereka keliru dan akhirnya
tidak dapat skor dalam pembelajaran.Tambahan pula, masyarakat sudah terbiasa
dengan papan tanda yang salah sehinggakan tidak tahu yang mana betul dan
yang mana salah dari aspek penggunaan bahasa.
4.0 Objektif
4.1 Untuk mengenal pasti kesalahan – kesalahan bahasa yang terdapat di
premis-premis awam.
4.2 Untuk memartabatkan Bahasa Melayu dengan menggunakan hukum
bahasa yang betul.
4.3 Untuk memperbaiki kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat di premis-
premis awam.
4.4 Untuk memberi kesedaran kepada guru pelatih supaya tidak mengambil
ringan dalam aspek penggunaan bahasa.
4.5 Untuk memberi kesedaran kepada pemilik premis-premis awam
berkenaan dengan penggunaan bahasa yang betul.
5.0 Butiran kajian.
Jangka masa: Sebulan ( 02 Ogos 2010 – 01 September 2010)
Lokasi kajian: Sekitar semenanjung Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur
dan Pahang.
6.0 Senarai kesalahan bahasa di premis-premis awam.
6.1 Kesalahan ejaan.
6.2 Kesalahan ejaan lama masih tedapat dalam Bahasa Melayu.
6.3 Kesalahan penggunaan bahasa asing.
6.4 Kesalahan dekat jauh.
6.5 Kesalahan ayat.
6.6 Kesalahan wacana
6.7 Kesalahan Hukum DM
7.0 Analisis kesalaan bahasa.
7.1 Kesalahan ejaan.
7.11
Kesalahan bagi papan tanda di atas ialah kesalahan ejaan “upi kentang”.
Ejaan yang sepatutnya ialah “ubi kentang”.
7.12
Kesalahan pertama bagi papan tanda dia atas ialah kesalahan ejaan “bawan
beesar”. Ejaan yang betul ialah “bawang besar”.
Kesalahan kedua ialah penggunaan huruf „r‟. Sepatutnya huruf „r’ di atas
ditulis dengan huruf kecil kerana bukan di permulaan ayat dan bukannya kata
nama khas
7.13
Kesalahan pertama bagi papan tanda di atas ialah kesalahan ejaan bagi
perkataan “beratuh”. Ejaan yang betul bagi perkataan “beratuh” ialah
“beratur”.
Kesalahan kedua bagi papan tanda di atas ialah kesalahan ejaan “fotostap”.
Ejaan yang betul bagi perkataan “fotostap” ialah “fotostat”.
Kesalahan ketiga ialah menggunakan simbol “&” bagi mewakili perkataan
“dan”.
7.14
Kesalahan bagi papan tanda di atas ialah kesalahan ejaan bagi perkataan
“menggambil”. Ejaan yang betul ialah “mengambil”
7.15
Kesalahan pertama bagi papan tanda di atas ialah kesalahan ejaan bagi
perkataan “injin”. Ejaan yang betul bagi perkataan “injin” ialah “enjin”.
Kesalahan kedua pula ialah kesalahan penggunaan bahasa.papan tanda di
atas seharusnya di tulis “matikan enjin” bukannya “hentikan injin”.
Kesalahan yang ketiga ialah kesalahan aspek semantik. Gambar yang
ditunjukkan oleh papan tanda tidak menunjukkan unsur semantik yang betul. Hal
ini demikian kerana gambar menunjukkan dilarang merokok. Gambar yang betul
sepatutnya diletakkan gambar enjin kereta.
7.16
Papan tanda di atas salah mengeja perkataan “ pasaraya”. Ejaan yang betul
ialah “ pasar raya”. Ejaan bagi perkataan “pasar” dan “raya” mestilah di
jarakkan.Menurut buku “Nama Khas Dan Iklan” muka surat 45, penulisan rangkai
kata atau kata majmuk,iaitu seperti yang dijelaskan dalam buku Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu (1993) menghendaki supaya perkataan yang membentuk
frasa dua perkataan atau lebih ditulis secara terpisah. Oleh itu, ejaan seperti
“PASARAYA” salah kerana tidak mengeja secara terpisah.
7.17
Papan tanda di atas sala mengeja perkataan “Warong”. Ejaan yang betul
ialah “Warung”.
7.18
Kesalahan pertama bagi papan tanda di atas ialah kesalahan ejaan. Papan
tanda di atas salah mengeja perkataan “Romadhan”. Ejaan yang betul ialah
“Ramadhan”.
7.2 Kesalahan ejaan lama yang masih terdapat dalam Bahasa Melayu.
7.21
Papan tanda dia atas menggunakan ejaan lama iaitu “lapuran”. Ejaan
yang betul ialah “laporan”.
7.22
Papan tanda di atas salah mengeja perkataan “mesjid” kerana
mengeja dengan menggunakan bahasa Melayu lama. Ejaan yang betul ialah
“ masjid”.
7.23
Papan tanda di atas salah mengeja perkataan “kampong”. Ejaan yang
betul ialah “kampung”.
7.24
Papan tanda di atas salah mengeja perkataan “setor” kerana
mengekalkan ejaan lamanya. Ejaan yang betul ialah “stor”.
7.25
Kesalahan bagi papan tanda dia atas ialah penggunaan ejaan lama
bagi perkataan “bilek”. Ejaan yang betul ialah “bilik”.
7.26
Papan tanda di atas salah mengeja perkataan “perabut”. Ejaan yang
betul ialah “perabot”. Hal ini demikian kerana, “perabut” merupakan ejaan
lama.
7.27
Papan tanda di atas salah mengeja perkataan “letrik”. Ejaan yang
betul ialah “elektrik”.
7.28
Papan tanda di atas salah mengeja perkataan “tulin”. Ejaan yang betul
iala “tulen”.
7.3 Kesalahan bahasa asing
7.31
Kesalahan pertama bagi papan tanda di atas ialah mencampurkan
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Perkataan “PARKING” seharusnya
ditulis “tempat meletak kenderaan”.Kesalahan kedua ialah penulisan “yang
ke 53”. Penulisan yang betul ialah “yang ke-53”.
Kesalahan ketiga ialah menggunakan singkatan bagi perkatan “MLM”.
Pembetulannya bagi perkataan “MLM” ialah “MALAM”.
Kesalahan yang seterusnya ialah kesalahan ayat. Sepatutnya
perkataan “peserta‟‟ perlu hadir sebelum perkataan “Human graphic”. Ayat
yang betul ialah “KEPADA SEMUA PESERATA “HUMAN GRAPHIC” YANG
KE-53 YANG BELUM LAGI MENDAPAT BARANGAN PERALATAN
DIMINTA BERADA DI TEMPAT MELETAK KENDERAAN B2A PADA JAM
8.3O MALAM”.
7.32
Kesalahan papan tanda di atas ialah penggunaan perkataan Bahasa
Inggeris “lorrry” dalam Bahasa Melayu. Pembetulan bagi perkataan “lorry”
ialah “lori”. Ayat yang betul ialah “lori sewa”.
7.33
Kesalahan papan tanda di atas ialah mencampurkan bahasa.Perkataan
“non muslim” seharusnya ditulis sebagai “ bukan islam”.
7.34
Kesalahan papan tanda di atas ialah penggunaan perkataan Bahasa
Inggeris di dalam ayat Bahasa Melayu. Perkataan “housemate” seharusnya
dibetulkan menjadi “ teman serumah”.
Kesalahan kedua ialah dari segi gaya penulisan “tercari2”. Cara
penulisan yang betul ialah “tercari-cari”.
7.35
Kesalahan papan tanda di atas ialah ejaan “club” ditulis dalam Bahasa
Inggeris. Ejaan yang betul ialah “kelab”.
7.36
Kesalahan papan tanda ini ialah dari aspek pencampuran Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu. Perkataan “time” seharusnya ditulis sebagai
“ waktu”.
7.37
Papan tanda ini salah kerana menggunakan perkataan Bahasa Inggeris
“offer”. Perkataan “offer” perlu digantikan dengan perkataan “tawaran”.
Selain itu, struktur ayat juga perlu diubah menjadi “ Tawaran kek
bulat”.
7.38
Kesalahan pertama papan tanda ini ialah menggunakan perkataan
Bahasa Inggeris “full time”. Perkataan yang sepatutnya digunakan ialah
“sepenuh masa”.
Kesalahan kedua ialah dari aspek gaya penulisan “sekurang2nya”.
Gaya penulisan yang betul ialah “ sekurang-kurangnya”.
7.39
Kesalahan papan tanda ialah mencampurkan bahasa. “Pantry” seharusnya
ditulis sebagai „„pantri”.
7.40
Kesalahan gambar ini ialah mencampurkan Bahasa Melayu dengan Bahasa
Inggeris. “ ARAS BASEMENT” sepatutnya ditulis sebagai “ARAS BAWAH”.
7.4 Kesalahan dekat jauh.
7.41
Kesalahan papan tanda di atas ialah menjarakkan ejaan “di-larang”.
Kata “di-larang” adalah salah dari segi ejaan iaitu sepatutnya kata “di” dan
“larang” adalah dirapatkan dan bukannya diletakkan tanda sempang untuk
menjadi kata kerja “dilarang”. Ayat yang betul bagi papan tanda ini “Dilarang
merokok”.
7.42
Papan tanda di atas ini salah di dalam penggunaan “di”. “Di larang
membuang sampah di merata-rata tempat” adalah tergolong di dalam
kesalahan penggunaan “di” yang sepatutnya dirapatkan dengan kata kerja
membuang dan sepatutnya ditulis dengan “Dilarang membuang sampah di
merata-rata tempat”
7.43
Papan tanda di atas ini salah di dalam penggunaan “di”. “Di larang
membuang puntung rokok di merata-rata tempat” adalah tergolong di
dalam kesalahan penggunaan “di” yang sepatutnya dirapatkan dengan kata
kerja membuang dan sepatutnya ditulis dengan “Dilarang membuang
puntung rokok di merata-rata tempat”.
7.44
Papan tanda ini terdapat kesalahan penggunaan “di” iaitu “di” di dalam
kata “dibawah umur” perlu dijarakkan dengan “bawah” kerana bawah
menunjukkan unsur kata nama yang merujuk tempat bukannya kata kerja yang
perlu dirapatkan. Pembetulannya ialah “ di bawah umur ”.
7.45
Papan tanda di atas salah mengeja perkataan “LEBUHRAYA”. Ejaan yang
betul ialah dengan menjarakkan kata “LEBUH” dengan “RAYA” menjadi “
LEBUH RAYA”. Menurut buku “Nama Khas Dan Iklan” muka surat 45, penulisan
rangkai kata atau kata majmuk,iaitu seperti yang dijelaskan dalam buku
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993) menghendaki supaya perkataan yang
membentuk frasa dua perkataan atau lebih ditulis secara terpisah. Oleh itu, ejaan
seperti “PASARAYA” salah kerana tidak mengeja secara terpisah.
7.46
Papan tanda ini terdapat kesalahan penggunaan “di”. Kata “di” di dalam
kata “disini” perlu dijarakkan dengan kata “sini” kerana sini menunjukkan kata
nama yang menunjukkan tempat bukannya kata kerja yang perlu dirapatkan.
Pembetulannya ialah “ di sini ”. Ayat yang betul “ DILARANG MAKAN DI
SINI”.
7.47
Papan tanda ini terdapat kesalahan penggunaan “di”. Kata “di” di dalam
kata “DIHADAPAN” perlu dijarakkan dengan kata “HADAPAN” kerana hadapan
menunjukkan kata nama bukannya kata kerja yang perlu dirapatkan.
Pembetulannya ialah “DI HADAPAN ”.
7.48
Papan tanda ini terdapat kesalahan penggunaan “di”. Kata “di” di dalam
kata “disini” perlu dijarakkan dengan kata “sini” kerana sini menunjukkan kata
nama yang meujuk tempat bukannya kata kerja yang perlu dirapatkan.
Pembetulannya ialah “ di sini ”. Ayat yang betul “Sila Ambil/ Letak Troli Anda
Di sini
7.5 Kesalahan ayat
7.51
“PENGAJARAN & PEMBELAJARAN” salah kerana sepatutnya ditulis
“PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN”.
7.52
Papan tanda ini salah kerana salah menulis perkataan “Alat2
Perkebunan” dan “Bahan2 Binaan”. Pembetulan bagi kedua-dua perkatan ini
ialah “Alat-alat perkebunan” dan “Bahan-bahan Binaan”.
7.53
Papan tanda ini salah kerana salah mengeja perkataan “m‟gemas”
dengan menyingkatkan ejaannya. Ejaan yang betul ialah “mengemas”.
7.54
Terdapat kesalahan ayat dalam gambar di atas. “Barang tidak boleh
ditukarkan selepas tiga hari di beli” sepatutnya ditulis sebagai “ Barang tidak
boleh ditukarkan selepas tiga hari tempoh pembelian”.
7.55
Ayat dalam gambar di atas salah kerana tidak menghadirkan kata sendi nama
“ke” di hadapan kata “dalam”. Berdasarkan rujukan muka surat 266 buku
Tatabahasa Dewan, kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama
atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan tempat. Ayat dalam gambar di
atas menunjukkan frasa nama tempat iaitu tong sampah sebagi tempat untuk
membuang sampah.
Selai itu, ayat ini juga salah kerana tidak mengunakan kata perintah seperti
sila dan tolong. Hal ini demikian kerana,merujuk Tatabahasa Dewan muka surat
256 kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak
balas terhadap perintah. Dalam ayat di atas perintah mrujuk kepada perintah
membuang sampah ke dalam tong sampah.
Ayat yang betul bagi gambar ini ialah “ Sila buang sampah ke dalam tong
sampah” atau “Tolong buang sampah ke dalam tong sampah”.
7.56
Gambar di atas salah kerana mengunakan perkataan “sisa-sisa
makanan”. Seperti yang kita ketahui perkataan sisa sudah menunjukkan maksud
jamak. Oleh hal yang demikian tidak perlulah ditulis sebagai “sisa-sisa
makanan”.
Selain itu, ayat ini juga dikatakan salah kerana tidak menghadirkan kata
sendi nama “ke” di hadapan kata “dalam”. Berdasarkan rujukan muka surat 266
buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata
nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan tempat. Frasa nama tempat
dalam ayat di atas merujuk kepada sinki.
Tambahan pula, ayat di atas tidak menghadirkan imbuhan mem- dihadapan
kata “buang”. Sepatutnya kata “buang” perlu diperbaiki menjadi “membuang”.
Ayat yang betul ialah “ Jangan membuang sisa makanan ke dalam sinki”
7.57
Kesalahan papan tanda di atas ialah tidak meletakkan titik (.) selepas
perkataan “ NO”. Perkataan “NO” merupakan singkatan daripada perkataan
“nombor”. Oleh itu, titik perlu hadir selepas perkataan “NO”. Ayat yang betul
“ GERAI NO.17”.
7.58
Kesalahan pertama bagi papan tanda di atas adalah menyingkatkan
perkataan “Biri2”. Ejaan yang betul bagi “Biri2” ialah “Biri-biri”.
Kesalahan kedua papan tanda adalah menyingkatkan perkataan “utk”.
Ejaan yang betul ialah “Untuk”.
7.6 Kesalahan Hukum D-M
7.61
Kesalahan yang pertama ialah kesalahan Hukum D-M iaitu “Pre-Raya
Promosi” sepatutnya ditulis sebagai “Promosi Praraya”. Menurut buku Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga,D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam
peraturan ini unsur yang diterangkan iaitu “promosi” menjadi inti yang hadir pada
kedudukan pertama dan unsur menerangkan iaitu “praraya” merupakan unsur
penerang yang hadir pada kedudukan kedua.
Kesalahan yang kedua ialah “Pre-Raya”. Dalam bahasa Melayu awalan yang
dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu pre- yang membawa pengertian sebelum
atau syarat kepada sesuatu yang mengikutnya hendaklah ditulis sebagai “pra”
seperti yang ditulis di dalam Tatabahasa dewan muka surat 305.
Kesalahan yang ketiga ialah huruf “r” pada perkataan raya tidak perlu ditulis
dengan huruf besar kerana raya bukanlah kata nama khas.
Kesalahan yang keempat, oleh sebab raya tidak perlu ditulis dengan huruf besar,
tanda sempang tidak diperlukan untuk memisahkan awalan pra dengan raya.
7.62
Kesalahan papan tanda ini ialah kesalahan hukum D-M iaitu “KONSORTIUM
BAS EKSPRESS” sepatutnya ditulis sebagai “BAS EKSPRESS KONSORTIUM”.
Unsur yang hendak diterangkan (D) ialah “BAS EKSPRESS”, manakala unsur yang
menerangkan (M) ialah “KONSORTIUM”.
9.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, masalah kesalahan tatabahasa di premis-premis awam dapat di
atasi sekiranya semua pihak memainkan peranan. Usaha yang dicadangkan
hendaklah di ambil kira agar kesalahan tidak lagi berulangan. Masyarakat perlu
bekerjasama dengan kerajaan demi mencapai matlamat yang di inginkan.
Masalah kesalahan tatabahasa tidak dapat di atasi sekiranya tiada usaha yang
bersungguh-sungguh daripada semua pihak.
Laporan disediakan oleh, 1 September 2010
......................................
Anis Syafiqah Binti Mohamed Noor
.......................................
Nurul Husna Ab. Rahman