Post on 14-Dec-2015
description
PENGENALAN
SRK Seri Indera sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), telah
beberapa kali menjalankan program jalinan dan jaringan dengan sekolah-sekolah lain
sama ada di dalam dan di luar negara. Program-program seperti ini banyak memberi
pendedahan kepada murid-murid dan guru-guru tentang budaya belajar dan budaya
kerja yang kadangkala berbeza. Sekolah ini juga turut menjalankan aktiviti-aktiviti
yang melibatkan kerjasama dengan masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan.
Program Jalinan Ilmu Bersama IPTA ini merupakan satu program yang
mendapat kerjasama daripada Universiti Utara Malaysia (UUM). Program sehari ini
dirancang dengan tujuan untuk memberi ilmu dan motivasi kepada semua guru dan
kakitangan SRK Seri Indera. Di samping itu, pihak sekolah mengambil kesempatan
ini untuk memberi penerangan tentang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan
Sarana Ibu Bapa dan Sekolah secara lebih mendalam.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan penghayatan kerja sebagai ibadah dalam kalangan guru dan
kakitangan SRKSI.
2. Membantu memantapkan lagi pemahaman guru-guru tentang SKPM, Sarana Ibu
Bapa dan Sarana Sekolah.
3. Merapatkan jalinan dan kerjasama antara sekolah dengan agensi lain.
MATLAMAT
1. Meningkatkan mutu kerja semua guru dan kakitangan SRKSI pada masa akan
datang.
2. Memupuk kesedaran tentang perlunya bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk
kecemerlangan sekolah.
TARIKH
Ahad 10 November 2013
MASA
8.30 pagi hingga 4.45 petang
TEMPAT
Universiti Utara Malaysia
PENCERAMAH
Dr Bashir bin Aziz (UUM)
SASARAN
Semua guru dan kakitangan SRK Seri Indera.
ANGGARAN PERBELANJAAN
Seperti di Lampiran A
TENTATIF PROGRAM
Seperti di Lampiran B
PERJALANAN PROGRAM
Peserta program bertolak dari SRK Seri Indera lebih kurang pada pukul 7.45
pagi dengan menaiki bas. Sebaik sahaja sampai di Dewan Konvensyen, Universiti
Utara Malaysia, para peserta terus mendaftar dan diberi taklimat oleh tuan guru besar,
Encik Ghazali bin Kasim.
Slot pertama bermula jam 830 pagi. Penceramah yang juga pensyarah fakulti
pengajian Islam UUM Dr. Ahmad Bashir bin Aziz, telah mengisi slot ini dengan
ceramah bertajuk “Asas Pembinaan Amanah dan Integriti”. Dr Ahmad Bashir dalam
ceramahnya menekankan betapa perlunya setiap individu sedar dan tahu bagaimana
membentuk diri menjadi insan yang beramanah dan mempunyai integriti dalam setiap
tugas, tindakan dan perlakuannya. Penyampaian Dr. Ahmad Bashir yang bersahaja
tetapi menarik serta diselang seli dengan jenaka, menjadikan tempoh dua jam
dirasakan terlalu singkat.
Selepas rehat dan kudapan selama lebih kurang 30 minit, program diteruskan
dengan slot kedua pada jam 11.00 pagi oleh Penolong Kanan 1 SRK Seri Indera,
Encik Ahmad Shapri bin Salamat. Slot ini lebih kepada taklimat dan penerangan
mengenai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Guru-guru didedahkan
mengenai isi kandungan SKPM versi Oktober 2013. Slot ini memakan masa lebih
kurang 2 jam, sebelum para peserta berehat dan makan tengah hari pada jam 1.00
petang.
Slot terakhir bertajuk “Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah” disampaikan
oleh Encik Ghazali bin Kasim, guru besar SRK Seri Indera. Slot ini memberi
gambaran bagaimana pihak ibu bapa dan pihak guru boleh berperanan dan
bekerjasama untuk pembangunan dan peningkatan sekolah. Slot ini tamat pada jam
4.00 petang. Selepas minum petang, para peserta dibawa melawat sekitar kawasan
UUM, sebelum bertolak balik lebih kurang pukul 5.00 petang.
RUMUSAN
Program ini dilihat telah berjaya menarik tumpuan para peserta yang hadir.
Berdasarkan respons dan soal jawab yang diberi dalam setiap slot, program ini telah
sedikit sebanyak memberi impak yang positif kepada semua peserta dalam usaha
meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah, di samping memberi motivasi dan
suntikan semangat kepada guru-guru dan kakitangan sekolah untuk terus menunaikan
tanggungjawab yang diamanahkan.
Disediakan oleh; Diluluskan oleh;
Maznah
( MAZNAH BT HARUN ) (GHAZALI BIN KASSIM)
Setiausaha LDP Guru Besar
Lampiran A
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN
BIL BUTIRAN JUMLAH ( RM )
1 Makanan & Minuman
RM 12.00 x 68 guru / stafRM 12.00 x 1 penceramah
816.00 12 .00
2 Bahan Program ( Kertas A4 / Alat Tulis )
RM 500.00 500.00
3. Bayaran Penceramah ( Gred DG41 )
RM120.00 x 2 jam 240.00
JUMLAH 1568.00
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI INDERAKANGAR, PERLIS
Ahad 10 November 2013 Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
SEKITAR PROGRAM JALINAN ILMU BERSAMA IPTA
Lampiran B
JADUAL PROGRAM JALINAN ILMU BERSAMA IPTA
AHAD 10 NOVEMBER
2013
7.30 PG – 8.30 PG
8.30 PG – 10.30 PG
10.30 PG – 11.00 PG
11.00 PG – 12.30 TGH
12.30 tgh – 2.30 PTG
2.30 PTG – 4.00 PTG
4.00 PTG – 4.30 PTG
4.30 PTG – 5.00 PTG
BERTOLAK DARI SRK
SERI INDERA KE UUM
CERAMAH ”ASAS
PEMBINAAN AMANAH DAN
INTEGRITI”(Dr. Ahmad
Bashir bin Aziz - UUM)
KUDAPAN
STANDARD KUALITI
PENDIDIKAN MALAYSIA
(En Ahmad Shapri bin Salamat – PK1
SRKSI)
MAKAN TENGAH
HARI DAN REHAT
SARANA IBU BAPA DAN SARANA
SEKOLAH (En Ghazali bin
Kassim – GB SRKSI)
MINUM PETANG
LAWATAN SEKITAR UUM
DAN BERTOLAK BALIK