Post on 14-Apr-2018
7/27/2019 LAPORAN TEMUBUAL AGENSI
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-temubual-agensi 1/13
PENGURUSAN KERJA SOSIAL
SKPW 2033
TAJUK :
TEMUBUAL ORGANISASI PERKHIDMATAN SOSIAL
DISEDIAKAN OLEH:
NOOR ADILAH BINTI ABDUL RASHID (A135939)
KHAIRUL NIQMAN BIN MD RAZIP (A137025)
ENGKU NUR FATIN AZWANI BINTI ENGKU AZMAN (A137112)
NOOR NABILAH BINTI MANSUR (A137608)
SUZIEYANA BINTI IDRIS (A137629)
NURAFIFAH BINTI RAZALI (A137970)
DISEDIAKAN UNTUK:
Dr. NOR BA’YAH ABDUL KADIR
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
7/27/2019 LAPORAN TEMUBUAL AGENSI
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-temubual-agensi 2/13
1.0 LATAR BELAKANG PERTUBUHAN KEBAJIKAN YUSEVIN MAHLIGAI
Pertubuhan kebajikan Yusevin Mahligai adalah salah satu agensi perkhidmatan sosial
yang mula bertapak sebagai penjaga kebajikan bagi yang memerlukan. Pertubuhan ini mula
digerakkan sekitar tahun 2004 apabila Dr M rajan selaku pengelola mula mengambil keputusan
untuk menubuhkan dan menggerakkan agensi ini. Beliau mengambil keputusan ini apabila wujud
satu peristiwa pergaduhan yang melibatkan seorang lelaki mabuk bersama anaknya dengan dua
lelaki dewasa. Pergaduhan itu terhenti apabila beliau menghampiri tempat kejadian tersebut.
Selepas kejadian berlaku, lelaki yang mempunyai anak itu memohon beliau untuk menjaga
anaknya kerana bekerja. Beliau mula berfikir dan memutuskan untuk berhenti bekerja dan
melibatkan diri dalam penjagaan kanak-kanak serta bermulanya pertubuhan kebajikan Yusevin
Mahligai (YM) Selangor Bandar Rinching, Semenyih. Bermula dengan 7 orang kanak-kanak
yang terabai dijaga dan bilangan penghuni Yusevin Mahligai semakin meningkat dari semasa ke
semasa. Ekoran daripada bilangan penghuni yang semakin meningkat, rumah kebajikan ini
dipindahkan ke Taman Maju 2, Kajang dan semakin berkembang seterusnya mempunyai
tambahan 2 buah unit rumah kebajikan untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki. Warga tua juga
diambil dan bilangannya juga turut bertambah. Pada hujung tahun 2010, pertubuhan ini telah
berkembang kepada 5 buah rumah dan penghuni seramai 70 orang termasuk kanak-kanak, warga
tua, sukarelawan, dan juga kakitangan-kakitangan. Dengan perkembangan yang drastik ini, kos
operasi, kos tanggungan dan juga kos penyelenggaraan juga telah meningkat dan sekarang
perbelanjaan yang perlu ditanggung adalah sekurang-kurangnya pihak pengurusan memerlukan
RM30,000 setiap bulan untuk meneruskan operasi. Perbelanjaan adalah sepenuhnya bergantung
daripada sumbangan pihak orang awam dan tidak menerima sebarang jenis bantuan daripada
pihak kerajaan.
7/27/2019 LAPORAN TEMUBUAL AGENSI
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-temubual-agensi 3/13
2.0 VISI DAN MISI PERTUBUHAN KEBAJIKAN YESUVIN MAHLIGAI
2.1 Visi Yesuvin Mahligai
Visi Yesuvin Mahligai adalah untuk menyediakan makanan, pakaian, dan tempat
tinggal untuk golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengira bangsa, agama, dan
keturunan.
2.2 Misi Yusevin Mahligai
Misi adalah untuk menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik yang telah
diabaikan. Justeru itu, pihak kami telah memikul tanggungjawab untuk memenuhi
keperluan asas mereka terdahulu iaitu memberikan mereka tempat tinggal, makanan
dan juga pakaian.
3.0 KLIEN YUSEVIN MAHLIGAI
Agensi Yusevin Mahligai merupakan sebuah agensi yang mana terlibat dalam memberi
bantuan kepada golongan atau mereka yang amat memerlukan. Agensi ini adalah salah satu
agensi yang menerima klien mereka tanpa wujud sebarang diskriminasi atau sifat pilih kasih
dan penerimaannya terhadap klien adalah dikatakan tidak terhad dan tidak menetapkan
sebarang syarat-syarat tertentu serta tidak mengutamakan mana-mana pihak sebagai contoh
anak yatim, warga emas dan sebagainya. Seawal penubuhan agensi ini, mereka hanya
mempunyai 7 orang penghuni yang mana kesemuanya terdiri daripada kanak-kanak yang
dikatakan terabai dan bilangan penghuni di Yesuvin Mahligai ini semakin meningkat dari
7/27/2019 LAPORAN TEMUBUAL AGENSI
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-temubual-agensi 4/13
masa ke semasa dan kini bilangan penghuni di agensi ini kian mencecah 85 orang yang mana
terdiri daripada 55 orang anak yatim dan selebihnya merupakan warga emas iaitu seramai 30
orang. Mereka ini masing-masing beragama Islam, Budha dan Hindu dan paling ramai ialah
mereka yang beragama Hindu atau kaum India. 55 orang anak yatim ini terdiri daripada
lelaki adalah seramai 26 orang dan 29 orang lagi adalah perempuan. Dinyatakan bahawa
mereka ini adalah berumur dalam lingkungan 5 hingga 17 tahun. Mengikut agensi Yesuvin,
anak-anak yatim yang berada dibawah perlindungannya dijaga sehingga mereka berumur 18
tahun dan bagi anak-anak yatim yang masih ingin berada di bawah jagaanya selepas berumur
18 tahun masih dibolehkan atau diterima.
4.0 INTERVENSI DAN PERKHIDMATAN YANG DIJALANKAN
Dari sudut intervensi, pelbagai bentuk intervensi yang telah dijalankan oleh agensi Yesuvin
antaranya menyediakan pendidikan formal iaitu menghantar anak-anak yatim ini ke sekolah
mengikut latar belakang mereka sebagai contoh, bagi yang beragama Islam atau Melayu, mereka
dihantar ke sekolah harian biasa dan bagi yang beragama Hindu, dihantar ke sekolah yang
mengikut aliran mereka bertempat di sekitar Kajang. Selain itu juga, pihak agensi menawarkan
pendidikan luar daripada persekolahan sebagai contohnya kelas tambahan. Kelas tambahan ini
adalah secara percuma yang mana sepenuhnya ditanggung oleh agensi ini. Kelas tamhanan ini
dikelola oleh 2 tenaga pengajar yang mana mereka ini mengajar secara sukarela yang terdiri
daripada guru Melayu dan Cina. Anak-anak yatim ini disediakan waktu jadual harian bagi
memudahkan pihak Yesuvin ini menguruskan mereka. Kanak-kanak ini juga disediakan aktiviti
7/27/2019 LAPORAN TEMUBUAL AGENSI
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-temubual-agensi 5/13
pada sebelah petang yang mana terlibat dengan aktiviti riadah seperti bermain bola, keluar ke
taman dan sebagainya.
Dari segi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, makanan, kesihatan dan
sebagainya. Pihak jabatan kebajikan turut membantu dalam menyediakan perkhidmatan ini. Dari
segi pengangkutan, agensi ini telah menyediakan 5 buah kenderaan bermotor seperti 2 buah
kereta dan 3 buah van untuk digunakan bagi memudahkan mereka bergerak dari satu tempat ke
satu tempat. Kenderaan ini juga digunakan untuk menghantar anak-anak yatim ini kesekolah
selain digunakan untuk menghantar makanan dari rumah ke rumah agensi ini. Dalam aspek
makanan pula, pihak agensi yang menyediakan makanan yang dimasak akan diagihkan makanan
tersebut ke rumah mengikut jadual yang telah ditetapkan dan makanan turut dihantar oleh pihak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke agensi ini mengikut masa-masa tertentu. Perkhidmatan
lain seperti kesihatan juga disediakan tetapi dalam keadaan yang bersederhana iaitu dengan cara
kakitangan agensi ini sendiri yang menghantar penghuni yang mempunyai masalah kesihatan ke
hospital dan tidak mempunyai pemeriksaan kesihatan secara berkala.
5.0 SUMBER KEWANGAN
Seperti yang dinyatakan pihak agensi, sumber kewangan yang diterima sebahagian
besarnya adalah daripada pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sumber kewangan yang disalurkan ini digunakan sebaik mungkin oleh agensi Yesuvin
Mahligai ini bagi mengelakkan sumber kewangan ini mencukupi untuk menampung
penghuni yang ada. Sumber-sumber kewangan lain turut diperolehi dan disalurkan oleh
pihak-pihak tertentu bagi meringankan beban pihak agensi ini untuk memudahkan dalam
7/27/2019 LAPORAN TEMUBUAL AGENSI
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-temubual-agensi 6/13
segala urusan dan terus menyediakan perkhidamatan untuk penghuni agensi ini. Sumbangan
peribadi juga turut diterima dan kebanyakannya sumber yang diterima adalah daripada
golongan korperat dan sebagainya. Sumber kewangan lain yang diterima adalah daripada
jiran yang berdekatan dan di antara mereka ini, ada yang memberi dan menyalurkan sumber
kewangan untuk mengadakan majlis-majlis seperti hari jadi dan sebagainya untuk anak-anak
yatim di pusat jagaan ini. Selain itu juga, agensi ini turut aktif dalam mencari alternatif lain
dalam mendapatkan sumber kewangan selain daripada bantuan yang dihulurkan. Dinyatakan
juga bahawa, agensi Yesuvin Mahligai ini tidak mengharapkan bantuan daripada saudara
mara yang menghantar anak-anak yatim ini. Bagi anak-anak yatim yang boleh melanjutkan
pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT), pihak JKM akan membantu dan menanggung
segala kos pembelajaran mereka.
6.0 PERHUBUNGAN DENGAN KOMUNITI
Semenjak agensi Yesuvin Mahligai ini ditubuhkan, hubungan dengan komuniti adalah
dikatakan sangat baik dan tidak mendapat sebarang masalah atau tentangan daripada pihak luar
atau komuniti. Pusat jagaan ini diterima baik oleh pihak setempat. Kunjungan daripada pihak
setempat juga banyak diterima dan jiran-jiran yang berdekatan menerima mereka dengan
seadanya dan secara lebih terbuka tanpa ada sebarang masalah. Jiran setempat turut memberi dan
berkongsi makanan serta makan bersama penghuni Yusevin Mahligai ini. Anak-anak yatim ini
diterima baik oleh penduduk setempat dan aktiviti riadah di waktu petang dilakukan bersama
mereka. Selain itu juga, pihak-pihak luar seperti pelajar-pelajar kolej turut mengadakan aktiviti
kemasyarakatan di pusat jagaan ini. Jiran-jiran setempat juga ada yang mengadakan jamuan
7/27/2019 LAPORAN TEMUBUAL AGENSI
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-temubual-agensi 7/13
makan, hari jadi kepada penghuni pusat jagaan ini terutama kepada anak-anak yatim disini. Ini
menggambarkan bahawa Yesuvin Mahligai ini diterima dan berhubung baik dengan komuniti.
7.0 RUJUKAN PENGGUNA
Individu yang dirujuk kepada pusat jagaan Yesuvin Mahligai ini seperti anak yatim perlulah
melalui atau dirujuk Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) terlebih dahulu sebelum didaftarkan
dibawah pusat jagaan ini. Setelah melalui pihak JKM, keputusan akan dibuat untuk pengambilan
anak yatim sama ada diluluskan ataupun sebaliknya.
8.0 SUMBER-SUMBER LUAR YANG DIGUNAKAN AGENSI
Jabatan kebajikan masyarakat (JKM) merupakan salah satu sumber luar yang digunakan
agensi Yesuvin Mahligai sebagai tempat rujukan masalah seperti kewangan dan sebagainya. Hal
ini kerana, lebih memudahkan segala pengurusan mengenai kebajikan disamping JKM yang
sememangnya menjaga dan berkait rapat dengan kebajikan masyarakat. Selain itu juga,
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga digunakan oleh agensi ini sebagai sumber luar.
9.0 KELEMAHAN AGENSI DAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang diperoleh, Pertubuhan Yesuvin Mahligai ini
boleh dikatakan masih terdapat kelemahan-kelemahan tertentu yang mana perlu kepada
penambahbaikan supaya kehidupan penghuni di Yesuvin Mahligai ini terus selesa dan sejahtera.
Kelemahan yang dapat dilihat pertamanya ialah kekurangan dalam kemudahan infrastruktur
salah satu contoh yang boleh diambil ialah kemudahan untuk aktiviti riadah. Ini menyebabkan
7/27/2019 LAPORAN TEMUBUAL AGENSI
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-temubual-agensi 8/13
kanak-kanak di pusat jagaan ini menghadapi satu kekangan bagi mereka sekiranya aktiviti seperti
ini dijalankan. Kelemahan seperti kekurangan infrastruktur seperti ini perlu diselesaikan bagi
memastikan perjalanan aktiviti kanak-kanak atau anak-anak yatim di pusat jagaan ini dapat
berjalan dengan lancar. Selain itu juga, didapati bahawa, tempat atau keadaan di pusat jagaan ini
dikatakan kebersihannya adalah tidak memuaskan. Ini membolehkan penghuni di sini mudah
mengalami masalah kesihatan tambahan pula dengan kurangnya pemantauan terhadap kesihatan.
Penambahbaikan dalam kebersihan perlu dilakukan dengan kadar yang segera supaya penghuni
disini dapat terus hidup dengan selesa. Hal Ini kerana, kebersihan merupakan aspek yang paling
penting terutamanya dalam keadaan yang saling berkongsi tempat. Kelemahan lain yang dapat
dilihat ialah, perbelanjaan harian kanak-kanak di sini untuk ke sekolah dikatakan tidak
mencukupi. Perbelanjaan yang kurang atau tidak mencukupi boleh menjejaskan pendidikan
kanak-kanak di pusat jagaan ini. Oleh itu, masalah-masalah seperti ini perlu diselesaikan dengan
segera supaya tidak menjejaskan kehidupan penghuni di Yesuvin Mahligai ini.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Pertubuhan kebajikan Yesuvin Mahligai ini merupakan satu
pertubuhan yang boleh dipandang tinggi dan perlu diberi sokongan sepenuhnya dari semua aspek
malah satu penghargaan setinggi-tingginya perlu diberikan serta perlu disama tarafkan dengan
agensi-agensi kebajikan lain yang bertapak di negara ini. Hal ini kerana, pertubuhan ini mampu
membela nasib meraka yang memerlukan, dan yang dianggap kurang bernasib baik walaupun
dalam keadaan yang serba kekurangan malah pertubuhan ini mempunyai wawasan mereka
tertentu. Pertubuhan ini juga perlu dikekalkan atau diteruskan operasinya supaya mereka yang
kurang bernasib baik diluar sana dapat terus dibela. Sokongan daripada semua pihak tidak kira
7/27/2019 LAPORAN TEMUBUAL AGENSI
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-temubual-agensi 9/13
sokongan berbentuk kewangan, tenaga atau pun dalam bentuk lain amat diperlukan kerana
adalah tanggungjawab bersama dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik tanpa
mengira agama, bangsa dan keturunan. Ini boleh disama ertikan dengan ungkapan mulia yang
digunakan oleh pertubuhan ini malah dianggapkan sebagai satu kepercayaan bahawa ‘apa yang
kamu berikan kepada orang lain, Tuhan juga akan memberi kepada kamu’.
RUJUKAN
Pertubuhan Kebajikan Yusevin Mahligai
No. 10-1, Jalan Jasmin 3, Taman Jasmin
43000 Kajang, Selangor.
7/27/2019 LAPORAN TEMUBUAL AGENSI
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-temubual-agensi 10/13
LAMPIRAN
7/27/2019 LAPORAN TEMUBUAL AGENSI
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-temubual-agensi 11/13
7/27/2019 LAPORAN TEMUBUAL AGENSI
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-temubual-agensi 12/13
7/27/2019 LAPORAN TEMUBUAL AGENSI
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-temubual-agensi 13/13