Post on 05-Jul-2018
ISI KANDUNGAN
K ementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar (NRE)
melalui Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia (BPSM)
dengan kerjasama Kementerian
Kewangan Malaysia (MOF),
Kementerian Belia dan Sukan
(KBS), Kementerian Pertanian
dan Perindustrian Asas Tani
(MOA) dan Majlis AKRAB
Kebangsaan (MAK) telah
m e n g a n j u r k a n P r o g r a m
P s y c h o l o g y W e l l n e s s
Challenge: Keep Calm & Live
Healthy pada 18 April 2017
bertempat di Pusat Latihan
MARDI, Serdang. Program ini
melibatkan penyertaan seramai
278 pegawai dari pelbagai
Kementerian, Jabatan dan
Agensi.
Objektif program ini
diadakan adalah bertujuan untuk
mengetahui tahap kesihatan
p e s e r t a m e l a l u i U j i a n
K e c e r g a s a n J a s m a n i
Kebangsaan (UKJK): memberi
p e n d i d i k a n t e r h a d a p
kepentingan penyimpanan,
pelaburan serta perlindungan
d a l a m k e w a n g a n ; d a n
m e m b a n t u p e s e r t a
mengimbangi emosi, kognitif
dan tingkah laku ke arah minda
sihat.
T i g a e l e m e n
kesejahteraan psikologi menjadi
fokus di dalam tentang
Program Psychology Wellness
Challenge: Keep Calm & Live
Healthy ini iaitu kesihatan fizikal,
pengurusan kewangan dan
kesihatan mental. Peserta
didedahkan dengan i lmu
pengurusan kewangan oleh
pihak Amanah Saham Nasional
Berhad (ASNB), kesedaran
11
Psychology
Wellness
Challenge:
Keep Calm &
Live Healthy
Program
Pembangunan
Rakan
Pembimbing
(PPRP) Tahap 1
Tahun 2017
Imej dan
Penampilan
Pegawai Awam
Konsep STIFFIn
Tips Bina
Hubungan
dengan Rakan
Baru
1 ,& 2
1 & 4
5
6 & 7
8
PROGRAM PEMBANGUNAN RAKAN PEMBIMBING (PPRP) TAHAP 1 TAHUN 2017PROGRAM PEMBANGUNAN RAKAN PEMBIMBING (PPRP) TAHAP 1 TAHUN 2017
PSYCHOLOGY WELLNESS CHALLENGE: KEEP CALM & LIVE HEALTHYPSYCHOLOGY WELLNESS CHALLENGE: KEEP CALM & LIVE HEALTHY
tentang kesihatan mental oleh
pihak Hospital Putrajaya (HPj)
dan mengenal pasti tahap
kecergasan yang diselia oleh
barisan fasilitator dari Institut
Sukan Negara (ISN).
P r o g r a m i n i
mengap l i kas ikan konsep
Strategi Lautan Biru yang
mengikis pendekatan secara
‘silo’ dan berpegang kepada
prinsip kos rendah, berimpak
tinggi dan pelaksanaan pantas
serta mampan. Kos dapat
dikurangkan dengan jalinan
k e r j a s a m a d i a n t a r a
Kementerian dan mengagihkan
semula secara kreatif sumber
yang tidak digunakan dengan
optimum. Majlis penutup telah
dirasmikan oleh Timbalan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam
(Operasi), YBhg. Dato’ Nor
Inchun binti Mohd Salleh.
Tahn iah d iucapkan
kepada dua (2) orang pegawai
dari Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM)
kerana memenangi Anugerah
Emas yang telah melepasi
dengan cemerlang semua tahap
UKJK yang dijalankan.
Kesimpulannya, program
ini berjaya mencapai objektif
selaras dengan kod etika
Kementerian bagi melahirkan
warga NRE yang dapat
mengekalkan pentadbiran yang
bersih, cekap dan amanah
ke arah perkhidmatan yang
cemerlang, gemilang dan
terbilang.
22
MASA
WANG
TENAGA
MASA
WANG
TENAGA
MASA
WANG
TENAGA
Peserta bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi),
YBhg. Dato’ Nor Inchun binti Mohd Salleh dan barisan VIP dari Kementerian yang terlibat.
Fakta
Psychology Wellness: Keep
Calm & Live Healthy:
“Seramai 83 peserta
mendapat Anugerah Emas
dan kebanyakannya
berumur 40 hingga 60
tahun”
Anugerah
Gaya Hidup Aktif: 16
Jantung Emas: 3
Anugerah Gangsa: 70
Anugerah Perak: 32
Anugerah Emas: 18
33
Peserta sedang mendengar taklimat kewangan
yang disampaikan oleh pegawai dari ASNB.
Peserta sedang menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dibantu barisan fasilitator dari
Institut Sukan Malaysia (ISN).
Penjelasan rumusan Ujian Kecergasan Jasmani
Kebangsaan (UJKK) yang disampaikan oleh ketua
fasilitator.
Antara peserta dari NRE yang berjaya mendapat Anugerah Emas berdasarkan Ujian
Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UJKK) yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dato’ Nor Inchun binti Mohd Salleh.
Kaunter pendaftaran ASB dibuka kepada semua
yang hadir untuk membuka akaun ASB 2 dan
RM10 diberi secara percuma ke dalam akaun. Antara ujian dan peralatan
yang digunakan dalam UKJK.
44
Program Pembangunan Rakan Pembimbing
(PPRP) Tahap 1 Tahun 2017
Kementerian melalui Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia
(BPSM) telah menganjurkan Program
Pembangunan Rakan Pembimbing
(PPRP) Tahap 1 Tahun 2017 pada
29 hingga 31 Mac 2017 bertempat
di Dewan Podium A, Menara KBS,
Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Program ini melibatkan penyertaan
seramai 50 pegawai yang telah dipilih
dari Kementerian, Jabatan dan
Agensi.
Program ini dijalankan khusus
bagi melantik ahli baru AKRAB yang
terdiri daripada wakil Kementerian,
Jabatan dan Agensi terutamanya
calon dari negeri. Pencalonan
pegawai adalah bagi mereka yang
memenuhi kriteria yang digariskan
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) dan Garis Panduan AKRAB
NRE.
Objektif program ini diadakan
adalah bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada peserta
berkaitan peranan dan fungsi
kaunseling dan bimbingan dalam
perkhidmatan awam di samping
dapat mengimplementasikan
pekeliling perkhidmatan berkaitan
psikologi iaitu Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005.
Peserta telah dapat memahami asas
bimbingan dan asas-asas teori
membimbing serta konsep-konsep
di dalam bimbingan.
Program ini dikendalikan oleh
Pegawai Psikologi dari JPA. Di
antara slot-slot yang dilaksanakan
ialah:
Pengenalan dan Teknik
Bimbingan;
Kemahiran Asas
Menolong;
Mendiagnosis Masalah
dalam
Bimbingan; dan
Latih Amal: Bimbingan
Individu.
Di akhir program,
para peserta menjalani
penilaian bagi melihat tahap
pemahaman para peserta
terhadap apa yang telah
mereka pelajari sepanjang
program dijalankan.
Program ini akan terus
dimanfaatkan sebagai
saluran yang berkesan ke
arah memperkasa peranan
AKRAB sebagai agen
perubahan dalam sektor
awam. Peranan ahli
AKRAB dapat
merealisasikan aspirasi
negara di samping memberi
fokus kepada usaha-usaha
melahirkan sumber tenaga manusia
yang kompeten, berketerampilan dan
produktif dalam mendokong agenda
transformasi negara.
Kesimpulannya,
program ini berjaya
mencapai objektif selaras
dengan matlamat dan
aspirasi Kementerian dalam
menghadapi cabaran
menerajui peranan dan
fungsi AKRAB di setiap
Jabatan di bawah NRE.
Komunikasi dua hala berlangsung
antara para peserta dan
penceramah.
Penceramah memberi latihan gerak
kerja kepada calon Rakan
Pembimbing.
Peperiksaan PPRP Tahap 1
dijalankan di akhir program.
*0.05 dari 1.5 juta penjawat awam didapati menghidapi penyakit mental. Selain tekanan
kerja (overload) atau di tempat kerja (persekitaran), pasangan dan keluarga turut
menyumbang masalah sehingga pesakit kambuh dan tewas. Usia separuh abad
(generasi Baby Boomers) mencatatkan peningkatan pesakit mental di kalangan
penjawat awam.
- Kajian Dr. Faizah Dotty Rahim, INTURA.
*80’ 000
55
Pegawai awam pada setiap masa hendaklah menjaga imej dan penampilan diri. Ini kerana setiap pegawai awam bukan hanya membawa nama baik dirinya, malahan juga per-khidmatan awam itu sendiri. Imej di sini bermaksud keperibadian atau watak seseorang sebagaimana yang terpapar pada pandangan atau tanggapan orang lain. Manakala penampilan pula bermaksud bagaimana pembawaan diri seseorang itu di hadapan orang lain.
Menarik dan kemas pada pandangan mata Dengan penampilan diri yang baik, anggota perkhidmatan awam akan kelihatan lebih menarik dan kemas semasa berurusan dengan pelanggan mahupun rakan sekerja.
Selesa untuk diri dan
pelanggan Pakaian yang kemas dan menarik pastinya mem-buatkan seseorang itu selesa dengan dirinya dan orang lain juga akan merasa selesa semasa berurusan dengannya. Begitu juga sebaliknya, apabila kita berpakaian selekeh dan berbau yang tidak menyenangkan, pastinya menyebabkan pelanggan yang berurusan dengan kita merasa tidak selesa.
Bagi sebahagian besar pegawai awam menjaga imej dan penampilan diri bukanlah perkara yang sukar dilakukan, namun begitu masih terdapat segelintir yang masih tidak menjaga imej dan penampilan kerana kalah pada cabaran-cabaran yang mendatang.
Antara cabaran untuk menjaga imej dan penampilan diri adalah : Mementingkan diri sendiri
Lebih mengutamakan kepentingan diri berbanding nama baik perkhidmatan awam. Pada mereka ini, apa yang menyukakan hati mereka itu lebih penting dari masalah imej perkhidmatan awam. Contohnya, jika mereka menghabiskan masa kerja dengan berbual, itu adalah lebih seronok dilakukan dari membuat kerja mereka. Tambahan pula mereka berpandangan apa salahnya berbual-bual sekiranya kerja pejabat yang diberi telah pun selesai. Sedangkan setiap perbuatan kita semasa bekerja akan diperhatikan oleh orang sekeliling.
Tidak ambil kisah dengan pandangan orang lain
Ada juga pegawai awam yang memang tidak ambil kisah pandangan orang lain. Contohnya, mereka yang berpakaian menjolok mata dengan alasan itu hak mereka dan tidak kisah sekiranya dipandang buruk oleh orang lain. Ini bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan bahawa anggota perkhidmatan awam itu hendaklah sentiasa menjaga imej perkhidmatan awam walau di mana sahaja kita berada.
Tidak tahu bagaimana menjaga imej dan
penampilan diri Sebahagian dari pegawai awam pula, bukannya tidak mahu menjaga imej dan penampilan diri tetapi sebaliknya tidak tahu bagaimana cara terbaik. Untuk itu mereka ini perlu dibantu dengan tunjuk ajar rakan sekerja atau menghadiri kursus-kursus jabatan seperti penjagaan imej diri dan 1Serve.
PENGENALAN
KEPENTINGAN
CABARAN
PENJAGAAN IMEJ DAN PENAMPILAN DIRI
Pandangan positif Anggota perkhidmatan awam yang berimej positif akan bercakap dengan lemah lembut, melakukan kerja dengan teratur, menepati masa dan hormat kepada pelanggan akan mendapat pujian dan dipandang positif oleh pelanggan.
Oleh: Elinawati Maria binti Marzuki
Pegawai Psikologi (Kanan) NRE
U jian personaliti bukanlah satu kaedah yang baru dan bidang
bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Ujian ini dilakukan dengan kepercayaan bahawa personaliti seseorang cenderung untuk mempengaruhi sikap, emosi, motivasi, keupayaan dan kelemahan individu tentang sesuatu perkara. Kepentingan personaliti apabila tret bagi seseorang individu itu dikatakan bersifat tekal dan berbeza dengan sikap yang bersifat sementara. Ketekalan personaliti individu memungkinkan jangkaan-jangkaan tertentu dilakukan dari segi pekerjaan, pelajaran, sukan, pasangan, keluarga dan kehidupan. Ini disebabkan personaliti individu itu akan membuatkan individu berkelakuan secara konsisten dalam pelbagai situasi, konflik dan suasana. Ujian personaliti ini boleh diperolehi dengan menggunakan konsep STIFIn.
Konsep STIFIn adalah dengan memetakan 5 bahagian otak manusia bagi menentukan salah satu bahagian yang dominan disebut sebagai Mesin Kecerdasan melalui ujian STIFIn. Ujian STIFIn ini merupakan satu ujian yang dilakukan pada kesemua hujung jari tangan individu. Cap jari berkaitan mengandungi susunan garisan, merupakan informasi mengenai saraf dan dianalisa seterusnya dengan menghubungkan ciri belahan otak yang dominan. Belahan otak ini mengandungi peranan sebagai sistem operasi dan sekali gus menentukan Personaliti Bio-Metrik individu.
Ciri Belahan otak tersebut dibahagikan kepada lima (5) bahagian yang utama iaitu Sensing, Thinking, Intuiting, Feeling dan Insting, yang diringkaskan menjadi STIFIn. Saraf di hujung jari itu menentukan bahagian otak individu yang paling dominan seterusnya membongkar kekuatan, kelebihan personaliti Bio-Metrik dan
kelemahan individu yang menjalani ujian ini. Konsep
STIFIn yang mudah, tepat dan praktikal dapat membantu individu mengenali kehebatan dan kelemahan diri dan fokus kepada kehebatan diri yang sesuai untuk ditonjolkan.
Setiap Mesin Kecerdasan
pula mempunyai pemacu (pilot) personaliti. Ianya ada 2 iaitu introvert dan extrovert. Mesin Kecerdasan yang sudah ada pemacunya disebut sebagai sikap. Ini disebabkan Mesin Kecerdasan dan pemacunya adalah sumber dari genetik, maka sikap pun menjadi sikap tetap yang tidak berubah atau Personaliti Genetik.
Atas kehebatan konsep
STIFIn ini, ahli AKRAB di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengadakan Kursus Pengukuhan Jati Diri pada 16 hingga 18 November 2016 di Bangi Golf Resort, Bangi Selangor menggunakan konsep STIFIn berasaskan ujian cap jari bagi mengambil ujian fingerprint STIFIn ini untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri dalam memperkasakan organisasi.
Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Hutan JPSM dengan kerjasama ahli AKRAB JPSM dengan melibatkan
30 orang peserta. Sebanyak enam (6) slot pengisian telah dilaksanakan meliputi kenali personaliti diri, memperkasakan potensi diri, mengenal pasti isu-isu permasalahan personaliti, gabungan personaliti yang bersesuaian, peningkatan daya tahan diri dalam pengurusan stress dan kesihatan terapi diri.
Kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan potensi diri ahli AKRAB dalam memantapkan pengurusan organisasi di masa hadapan.
Secara keseluruhannya kursus ini telah berjaya dapat memberi nilai tambah kepada nilai peribadi peserta, meningkatkan keyakinan diri, mewujudkan sikap positif dan berkemampuan mengawal emosi dalam merasionalkan diri.
Personaliti individu dikategorikan mengikut penggunaan bahagian otak yang paling dominan dan ia dikesan melalui cap jari.
KONSEP KONSEP
66
Oleh: Mazuraa Marzuki & Nur Farhana Ahmad
AKRAB JPSM
77
Pengesanan personaliti peserta melalui cap jari
Pengagihan kumpulan mengikut personaliti peserta
Peserta yang terlibat dalam Kursus Pengukuhan Jati Diri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Keputusan kumpulan personaliti yang dikesan melalui cap jari
88
Saya masih ingat
ketika menghadiri
satu kursus anjuran
ibu pejabat.
Penceramah ada
mengatakan
kepada kami
semua wajib
melaksanakan 3K
semasa sesi
“ice-breaking”;
KOMUNIKASI,
KOMUNIKASI, dan
KOMUNIKASI.
Namun bagaimana
sekiranya anda
ialah personaliti
Introvert? Di sini
saya kongsi 5 tips
psikologi yang unik
dalam membina
hubungan dengan
rakan baru dan
juga orang lain.
Hangatkan tangan sebelum bersalaman
Ingat nama semua orang
Perkataan meminta tolong yang tepat
Tetap tenang semasa berhadapan dengan emosi
Postur tepat untuk
lebih kuasa
1 Tapak tangan yang sejuk sering dikaitkan dengan ketidakpercayaan.Oleh itu, pastikan anda
mengosok-gosok tangan seperti orang Eskimo untuk memberi kesan yang maksimun kepada rakan
baru anda.
2 Jika anda ingin menjadi popular di antara rakan sekerja, biasakan untuk memanggil orang lain dengan
nama penuh mereka. Seseorang pasti merasa sangat istimewa apabila anda memanggil mereka
dengan nama penuh yang jarang-jarang disebut oleh orang lain.
3 Penggunaan perkataan yang tepat pada waktu meminta tolong akan membuat orang lain lebih mudah
untuk memberi bantuan. Caranya, katakan "Saya memerlukan bantuan/kepakaran anda saat ini” agar
orang yang berkenaan merasa diperlukan.
4
5 Postur tubuh tegak dan terbuka akan memberikan kita untuk lebih mempercayai diri. Bahasa badan ini juga sangat berguna dalam kehidupan peribadi dan juga di tempat kerja.
Pengaruh persekitaran Anggota perkhidmatan awam juga terdedah kepada pengaruh persekitaran negatif. Kadang kala mereka terdorong untuk mengikuti tingkah laku negatif rakan sekerja atau orang-orang sekeliling yang mereka kenali. Oleh kerana itu, organisasi perlu memastikan pesekitaran kerja sentiasa positif dan pegawai awam juga perlu sentiasa berwaspada agar tidak terikut-ikut dengan pengaruh negatif di sekeliling mereka.
Kekurangan sumber kewangan Cabaran lain yang dihadapi oleh p e g a w a i a w a m a d a l a h kekurangan sumber seper t i kewangan. Bagi sesetengah orang m e n j a g a i m e j d a n penampilan diri memerlukan sumber kewangan yang baik untuk membeli pakaian, peralatan diri atau rumah. Ini adalah pandangan yang salah. Untuk membentuk imej dan penampilan diri positif t idak memerlukan sumber kewangan yang banyak. Contohnya, untuk berpakaian cukuplah pakaian itu
bersih dan kemas. Tidak perlulah membeli pakaian yang mahal. Kadang kala pakaian yang mahal juga tidak menonjolkan imej positif sekiranya perlakuan negatif yang ditonjolkan.
Kesimpulannya, penjagaan imej dan penampilan diri amat penting untuk ang-gota perkhidmatan awam untuk lebih dihormati oleh orang sekeliling. Anggota perkhidmatan awam yang berimej dan berpenampilan positif pastinya membantu menaikkan martabat dan nama baik Perkhidmatan Awam Malaysia.
Ketika ada klien atau kawan yang marah kepada kita. Berusahalah untuk tetap tenang. Sikap anda akan menurunkan emosi mereka dan lihat hasilnya nanti. Kebiasaannya, merekalah yang akan meminta maaf terlebih dahulu.
Oleh: Muhammad Faizal Fadly bin Saari Pegawai Psikologi, NRE