Post on 27-Jan-2016
description
L A K A R A N I N T E R A K T I F P R A
S I M U L A S I ( L I P S )
Manual
L A K A R A N I N T E R A K T I F P R A
S I M U L A S I ( L I P S )
Manual
Versi 1.0
Mohd. Amir bin Abdul Latip
Guru Malaysia
Dihasilkan oleh:
(25 Mac 2015)
Pendahuluan
Manual LIPS versi 1.0 disediakan bertujuan sebagai panduan kepada
pengguna-pengguna menggunakan perisian ini untuk tujuan pendidikan di
Malaysia.
Beberapa kemudahan tambahan telah ditambah dari masa ke
semasa bagi menjadikan perisian ini lebih banyak kegunaannya dan sebagai
persediaan kepada perisian-perisian yang akan datang.
Untuk memudahkan para pengguna memahami cara
menggunakan perisian ini, adalah disarankan ia diikuti dengan mecuba
sendiri perisian ini bagi setiap panduan yang disediakan.
Sebarang masalah atau kemusykilan tentang panduan ini boleh
lah berhubung terus dengan pengatur cara perisian ini melalui email,
amirlatip@gmail.com atau lawati laman sesawang,
http://www.inovasia.webs.com untuk melihat video, muat turun atau
mendapatkan maklumat terkini tentang perisian ini.
Diharapkan dengan manual ini para pengguna dapat
menggunakan perisian LIPS versi 4.0 sepenuhnya dan mendapat manfaat
sebanyak yang mungkin.
Pengatur cara perisian LIPS
Guru Malaysia
Mohd Amir bin Abdul Latip
“Berbakti Untuk Agama, Bangsa dan Negara”
Isi kandungan
5 Bahagian 1: Tetapan awal
5 Tetapan awal Microsoft Powepoint 2010
6 Mula LIPS
7 Bahagian 2: Komponen Paparan LIPS
7 Komponen Skrin Lakaran
8 Komponen Butang Kawalan Utama
10 Bahagian 3: Simulasi
10 Kawalan Titik Stesen (TS) dan Garis Ufuk (GU)
11 Kemudahan Permukaan Objek
11 kemudahan Menyerlah Garisan
11 kemudahan Label
12 Bahagian 4: Kemudahan Melukis
12 Melukis pada paparan Soalan Sedia Ada.
13 Langkah-langkah membina garisan
14 Langkah-langkah memadam garisan
15 Langkah-langkah menggunakan kemudahan Alatan
16 Melukis pada paparan Soalan Import
17 Langkah-langkah mengimport soalan
18 Bahagian 5: Kemudahan Merekod Lokasi Titik Stesen (TS) dan Garis Ufuk (GU)
18 Langkah-langkah Menyimpan Rekod Kedudukan Titik Stesen (TS) dan Garis Ufuk (GU)
19 Langkah-langkah Untuk Menunjukkan Semula Kedudukan Titik Stesen (TS) dan Garis
Ufuk (GU)
20 Langkah-langkah Untuk Memadam Rekod Kedudukan Titik Stesen (TS) Dan Garis Ufuk
(GU) Yang Telah Disimpan.
21 Bahagian 6: Kemudahan Cetak Paparan Skrin Lakaran
21 Langkah-langkah Untuk Mencetak Paparan Skrin Lakaran
22 Bahagian 7: Kemudahan Export Paparan Skrin Lakaran
22 Langkah-langkah Untuk Mengexport Paparan Skrin Lakaran
23 Bahagian 8: Kemudahan Demonstrasi Contoh Jalan Kerja Melukis Lukisan Perspektif.
23 Langkah-langkah Untuk menggunakan Kemudahan Demonstrasi.
24 Bahagian 9: Rekod Demo
24
25
Langkah-langkah untuk menggunakan Rekod Demo
Langkah-langkah untuk main semula data Rekod Demo
L I P S v e r s i 4 . 0
Tetapan awal bagi Powerpoint 2010
Langkah-langkah Tetapan Awal
01 Buka Powerpoint 2010
02 Klik File.
03 Klik Option.
04 Klik Trust Center.
05 Klik Trust Center Setting.
06 Klik Trusted Location.
07 Klik Add New Location.
08 Taip C:\LIPS \ di kotak Path.
09 Pilih Subfolders of this location are also trusted.
10 Klik OK, OK.
11
12
Simpan fail LIPS di dalam folder LIPS di lokasi C:\LIPS Bina Short Cut untuk fail LIPS di Desktop.
13 Buka semula perisian LIPS.
L I P S v e r s i 4 . 0
Pengguna-pengguna perisian Microsoft Office Powerpoint 2010 yang belum
menukar tetapan menerima fail dalam format .pptm perlulah mengikuti tetapan
awal seperti berikut:
Bahagian 1: Tetapan Awal
Gambarajah 2: Lokasi dan borang input
‘Trusted Location’
Gambarajah 1: Lokasi arahan ‘Option’,
‘Trust Center’ dan ‘Trusted Location’
5
L I P S v e r s i 1 . 0
Pengguna-pengguna yang telah melakukan tetapan awal dalam Microsoft
Powerpoint 2010, sudah boleh mula menggunakan perisian LIPS. Perisian
LIPS yang sudah dipasang berada di lokasi C:\LIPS. Klik pada perkataan LIPS
versi 1.0.ppsm untuk mengaktifkan perisian ini.
Berikut adalah paparan Mula untuk menggunakan perisian ini.
Klik butang Mula untuk masuk ke paparan utama perisian ini. Sekiranya butang
Mula tidak berfungsi, tetapan awal tidak sempurna. Semak semula tetapan
awal Powerpoint 2010.
Mula LIPS
Untuk keluar dari perisian, tekan butang X yang terletak di atas kanan di setiap
paparan.
Gambarajah 3: Butang Mula -Arahan Mula menggunakan LIPS
6
Bahagian 2: Komponen Paparan LIPS
Paparan muka utama LIPS versi 4.0 dibahagikan kepada 2 bahagian utama.
i. Bahagian Skrin Lakaran
ii. Bahagian Butang Kawalan Utama
Bahagian
Skrin
Lakaran
Bahagian Butang
Kawalan Utama
i. Bahagian Skrin Lakaran
Bahagian Skrin Lakaran adalah ruang di mana aktiviti lakaran dan aktiviti
simulasi dilakukan. Di dalam ruangan ini terdapat dua butang kawalan
lakaran, iaitu butang Stesen dan butang Garis Ufuk yang diaktifkan ketika
operasi simulasi diaktifkan. Aktiviti melakar boleh dilakukan dengan
menggunakan kemudahan Pensel yang telah diaktifkan.
Di dalam Skrin Lakaran, asasnya mempunyai beberapa petunjuk. Petunjuk
garisan Satah Gambar dilabelkan SG, garisan Garis Ufuk, GU,garisan
Garis Bumi, GB, Titik Stesen, TS dan Titik Lesap, TL.
Semasa mod Simulasi di aktifkan, garisan binaan dan garisan objek akan
dhasilkan. Butang Stesen dan butang Garis Ufuk boleh digunakan untuk
mengawal simulasi objek. Ruang pergerakan simulasi hanyalah di dalam
Skrin Lakaran sahaja.
Semasa mod Latihan Import, latar belakang bahagian Skrin Lakaran
dimuatkan dengan paparan soalan yang telah diimport dalam format PDF.
Butang Stesen dan butang Garis Ufuk tidak diaktifkan bagi membolehkan
aktiviti lakaran dilakukan tanpa gangguan kedua-dua butang tersebut.
L I P S v e r s i 4 . 0
Gambarajah 4: Paparan muka utama LIPS v3.0
7
L I P S v e r s i 4 . 0
i. Bahagian Butang Kawalan Utama
Di dalam bahagian Butang Kawalan Utama terdapat tiga item kawalan iaitu
butang, ruang maklumat dan ruang input.
Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan setiap item dengan label
masing-masing. Berikut adalah keterangan fungsi setiap item tersebut.
1. Butang Cetak - mencetak paparan Skrin Lakaran.
2. Butang Export - mengexport paparan Skrin Lakaran berformat PDF.
3. Butang Import - mengimport soalan berformat PDF.
4. Butang 1 - memadam / menyimpan / menunjukkan kedudukan titik
stesen dan kedudukan titik Lesap dalam rekod 1.
5. Butang 2 - memadam / menyimpan / menunjukkan kedudukan titik
stesen dan kedudukan titik Lesap dalam rekod 2.
6. Butang 3 - memadam / menyimpan / menunjukkan kedudukan titik
stesen dan kedudukan titik Lesap dalam rekod 3.
7. Butang 4 - memadam / menyimpan / menunjukkan kedudukan titik
stesen dan kedudukan titik Lesap dalam rekod 4.
8. Butang 5 - memadam / menyimpan / menunjukkan kedudukan titik
stesen dan kedudukan titik Lesap dalam rekod 5.
9. Butang Pensel – Mengaktifkan kemudahan pensel / Butang Garisan –
mengatifkan kemudahan memadam garisan / Butang Padam –
mengaktifkan kemudahan pensel.
Gambarajah 5: Set Butang Kawalan Utama
8
1
9
2
10
3
11 12 13 14
4
15
5
16
6
17
7
18
8
19
20 21
10. Ruang Input jenis pensel - memilih jenis garisan berdasarkan
kekerasan karbon pensel.
11. Butang Alatan - mengaktifkan kemudahan peralatan Sesiku.
12. Ruang Input Sudut Putaran Sesiku bersudut 45⁰ - memasukkan nilai
sudut putaran Sesiku bersudut 45⁰.
13. Ruang Input Sudut Putaran Sesiku bersudut 60⁰ - memasukkan nilai
sudut putaran Sesiku bersudut 60⁰ .
14. Butang Sudut - mengaktifkan kemudahan mencari sudut putaran bagi
kegunaan Sesiku.
15. Ruang Sudut Carian - memberi bacaan sudut yang telah dicari.
16. Butang Simulasi - mengaktifkan mod Simulasi.
17. Butang Label - mengatifkan kemudahan label pada Skrin Lakaran.
18. Butang Permukaan - menunjukkan permukaan pada rangka objek di
ruang skrin Lakaran.
19. Butang Padam/Simpan/Rekod - mengaktifkan kawalan memadam /
menyimpan / merekod kedudukan Titik Stesen dan Titik Lesap.
20. Ruang Panduan - memberi panduan ringkas kegunaan setiap item
kawalan utama.
21. Butang Demo – Mengaktifkan kemudahan demonstrasi contoh jalan
kerja melukis Lukisan Perspektif.
L I P S v e r s i 4 . 0
Gambarajah 5: Set Butang Kawalan Utama
9
1
9
2
10
3
11 12 13 14
4
15
5
16
6
17
7
18
8
19
20 21
Bahagian 3: Kemudahan Simulasi
Kemudahan Simulasi hanya boleh digunakan ketika Skrin Lakaran dalam
keadaan asal, iaitu tiada lukisan yang diimport. Untuk mengaktifkan kemudahan
Simulasi tekan butang Simulasi.
L I P S v e r s i 4 . 0
Bahagian
Skrin
Lakaran
Butang Simulasi
Di dalam mod Simulasi, terdapat 2 kawalan utama pada skrin yang boleh
digunakan.
i. Kawalan Titik Stesen (TS)
Tekan Butang Biru di dalam Skrin Lakaran untuk memulakan pergerakan
Titik Stesen (TS). Gerakan tetikus untuk mula memindahkan kedudukan
Titik Stesen (TS) ke lokasi yang dikehendaki di dalam Skrin Lakaran. Tekan
Butang Biru sekali lagi untuk menetapkan kedudukan Titik Stesen (TS)
yang baru.
ii. Kawalan Garis Ufuk (GU)
Tekan Butang Kuning di dalam Skrin Lakaran untuk memulakan pergerakan
garisan Garis Ufuk (GU). Gerakan tetikus untuk mula memindahkan
kedudukan garisan Garis Ufuk (GU) ke lokasi yang dikehendaki di dalam
Skrin Lakaran. Tekan Butang Kuning sekali lagi untuk menetapkan
kedudukan garisan Garis Ufuk (GU) yang baru.
Kawalan Titik Stesen (TS) dan Garis Ufuk (GU)
Gambarajah 6: Kawalan Titik Stesen (TS) dan Garis Ufuk (GU)
10
L I P S v e r s i 4 . 0
Kemudahan Permukaan Objek
Kemudahan Permukaan objek hanya boleh digunakan dalam mod Simulasi.
Tekan Butang Permukaan untuk menunjukkan permukaan pada rangka objek
yang telah dihasilkan dengan kemudahan Simulasi. Untuk tidak mengaktifkan
kemudahan ini, tekan sekali lagi Butang Permukaan. Kemudahan ini juga tidak
aktif sekiranya Butang Titik Stesen (TS) dan Butang Garis Ufuk (GU) diaktifkan
semula.
Kemudahan Menyerlah Garisan
Kemudahan menyerlah garisan adalah bertujuan untuk menonjolkan garisan-
garisan binaan yang dipilih. Tekan mana-mana garisan binaan untuk
menyerlahkan garisan-garisan tersebut dengan menukarkan warna dan
saiznya. Tekan garisan yang sama untuk mengembalikan garisan yang dipilih
kepada warna dan saiz garisan binaan yang asal.
Kemudahan Label
Kemudahan label adalah bertujuan untuk memberikan panduan nama-nama
bagi setiap elemen di dalam Skrin Lakaran. Kemudahan ini boleh diaktifkan
dengan menekan Butang Label. Gerakan tetikus di atas mana-mana elemen di
dalam Skrin Lakaran untuk menunjukkan label masing-masing. Untuk tidak
mengaktifkan kemudahan ini, tekan sekali lagi Butang Label.
Gambarajah 7: Butang Permukaan - Kawalan prermukaan bongkah
11
Butang
Permukaan
Bahagian 4: Kemudahan Melukis
Kemudahan melukis mempunyai 2 bahagian, iaitu:
i. Melukis pada paparan Soalan Sedia Ada.
ii. Melukis pada paparan Soalan Import.
L I P S v e r s i 4 . 0
Untuk mula melukis pada paparan Soalan Sedia Ada, Skrin Lakaran
perlulah di letakan dalam mod Soalan Sedia Ada iaitu tidak
mengaktifkan mod Simulasi dan tiada Soalan Import.
Butang Simulasi tidak aktif
Butang
Import
tidak aktif
Gambarajah 3: Mod Soalan Sedia Ada
Untuk membina garisan, sila ikuti langkah-langkah membina garisan
dalam penerangan seterusnya.
i. Melukis pada paparan Soalan Sedia Ada.
Gambarajah 8: Mod Soalan Sedia Ada
12
1. Tekan Butang Pensel untuk mengaktifkan Butang Garisan.
Butang Pensel Butang Garisan
Langkah-langkah membina garisan:
L I P S v e r s i 4 . 0
Simbol pensel (lihat Gambarajah 6)
ditunjukkan di Skrin Lakaran.
2. Tekan simbol yang kecil di tepi Ruang
Input Jenis Pensel untuk membuat
pilihan jenis pensel yang hendak
digunakan.
Gambarajah 10: Simbol Pensel
Gambarajah 9: Butang Garisan diaktifkan
Gambarajah 12: Bina Garisan
3. Tekan simbol tangan di bawah simbol pensel untuk mengaktifkan
kemudahan pensel. Gerakan tetikus untuk memilih kedudukan
mula garisan. Tekan simbol tangan untuk menetapkan kedudukan
mula garisan. Gerakan tetikus semula untuk memilih kedudukan
akhir pensel. Tekan sekali lagi simbol tangan untuk menetapkan
kedudukan akhir garisan.
Mula Garisan
Akhir Garisan
Ruang Input Jenis Pensel
Gambarajah 11: Ruang
Input Jenis Pensel
Simbol Pensel
Simbol Tangan
Untuk memadam garisan yang telah dibina sila ikuti langkah-langkah
memadam garisan.
13
1. Tekan Butang Garisan untuk mengaktifkan kemudahan Padam.
Butang Padam Butang Garisan
Langkah-langkah memadam garisan:
L I P S v e r s i 4 . 0
Gambarajah 13: Butang Padam diaktifkan
2. Tekan mana-mana Garisan Binaan yang hendak
di padam untuk memadam garisan tersebut.
Hanya garisan yang dilukis sahaja boleh
dipadam.
Gambarajah 9:
Padam Garisan
3. Tekan butang Padam untuk tidak mengaktifkan
kemudahan Padam
Butang Pensel Butang Padam
Gambarajah 14: Butang Padam tidak diaktifkan
Untuk menggunakan kemudahan set Sesiku sila ikuti langkah-langkah
mengaktifkan kemudahan Alatan.
14
1. Tekan Butang Alatan untuk mengaktifkan kemudahan Alatan.
Butang Alatan
Langkah-langkah menggunakan kemudahan Alatan:
L I P S v e r s i 4 . 0
Gambarajah 15: Butang Alatan
2. Sesiku bersudut 45⁰, sesiku bersudut 60⁰ dan sesiku T ditunjukan di
dalam Skrin Lakaran.
Sesiku
bersudut 60⁰
Sesiku
bersudut 45⁰
Sesiku T
Gambarajah 16: Kemudahan Alatan
3. Tekan simbol Tangan di dalam Sesiku bersudut 45⁰ untuk
menggerakan sesiku tersebut. Gerakkan tetikus untuk memindahkan
kedudukan sesiku tersebut. Tekan simbol yang sama sekali lagi
untuk menetapkan kedudukan sesiku tersebut.
4. Tekan simbol Tangan di dalam Sesiku bersudut 60⁰ untuk
menggerakan sesiku tersebut. Gerakkan tetikus untuk memindahkan
kedudukan sesiku tersebut. Tekan simbol yang sama sekali lagi
untuk menetapkan kedudukan sesiku tersebut.
5. Tekan Sesiku T untuk menggerakan sesiku tersebut. Gerakkan tetikus
untuk memindahkan kedudukan sesiku tersebut. Tekan sesiku yang
sama sekali lagi untuk menetapkan kedudukan sesiku tersebut.
15
L I P S v e r s i 4 . 0
Untuk mula melukis pada paparan Soalan Import, soalan yang
hendak digunakan perlulah diimport terlebih dahulu. Ikut langkah-
langkah mengimport soalan. Manakala, untuk menggunakan
kemudahan Alatan ikuti langkah-langkah menggunakan Alatan.
Setelah menggunakan kemudahan Soalan Import, untuk menutup
mod Soalan Import ikuti langkah-langkah menutup Soalan Import.
ii. Melukis pada paparan Soalan Import
Gambarajah 17: Mod Soalan Import
Gambarajah 18: Kemudahan dalam mod Soalan Import
16
1. Tekan butang Import untuk membuka Borang Buka Fail.
Butang Import
Gambarajah 19: Butang Soalan Import diaktifkan.
Langkah-langkah mengimport soalan :
L I P S v e r s i 4 . 0
Butang Soalan
Gambarajah 20: Borang Buka Fail – mencari fail soalan yang hendak diimport
2. Cari soalan yang hendak diimport menggunakan kemudahan borang
buka fail.
3. Pilih soalan yang hendak diimport. Tekan butang OK untuk mengimport
soalan yang telah dipilih.
4. Tekan butang OK untuk mengimport soalan yang telah dipilih.
17
Bahagian 5: Kemudahan Merekod Lokasi Titik Stesen
(TS) dan Garis Ufuk (GU)
Kemudahan merekod kedudukan lokasi Titik Stesen (TS) dan Garis Ufuk (GU)
adalah untuk membuat perbandingan lukisan perspektif yang dihasilkan dengan
kedudukan kedua-dua elemen dilokasi yang berbeza.
L I P S v e r s i 4 . 0
Kemudahan ini hanya boleh digunakan dalam mod Simulasi dalam paparan
mod Soalan Sedia Ada. Sila rujuk penerangan Kemudaha Simulasi untuk
menukar Skrin Lakaran dalam mod Simulasi. Berikut adalah langkah-langkah
untuk menggunakan kemudahan tersebut.
1. Tekan butang Rekod untuk mengaktifkan butang Simpan.
Butang Rekod Butang Simpan
Gambarajah 21: Butang Simpan diaktifkan.
2. Tekan butang bernombor 1 untuk menyimpan kedudukan semasa Titik
Stesen (TS) dan Garis Ufuk (GU) ke dalam rekod 1.
4. Untuk menyimpan kedudukan yang baru, ulangi langkah 2-3 pada butang
bernombor yang lain pula. Ada 5 butang bernombor disediakan untuk
menyimpan 5 kedudukan yang berbeza.
Butang Rekod 1
Gambarajah 22: Butang Rekod 1 diaktifkan.
Butang Rekod 1
Langkah-langkah Menyimpan Rekod Kedudukan Titik Stesen (TS) dan
Garis Ufuk (GU)
3. Tekan butang OK.
Gambarajah 23: Butang OK.
18
5. Untuk menggantikan kedudukan ke dua-dua elemen di lokasi yang
berbeza, ulangi langkah 2 pada butang bernombor yang hendak
digantikan.
L I P S v e r s i 4 . 0
Langkah-langkah Untuk Menunjukkan Semula Kedudukan Titik Stesen
(TS) dan Garis Ufuk (GU)
1. Tekan butang Simpan untuk mengaktifkan butang Tunjuk.
Butang Simpan Butang Tunjuk
Gambarajah 24: Butang Tunjuk Rekod diaktifkan.
2. Tekan butang bernombor 1 untuk menunjukkan kedudukan Titik Stesen
(TS) dan Garis Ufuk (GU) yang telah disimpan di dalam rekod 1.
4. Untuk menunjukkan kedudukan lain yang telah disimpan, ulangi langkah
2-3 pada butang bernombor yang lain pula. Ada 5 butang bernombor
disediakan untuk menunjukkan 5 kedudukan yang berbeza.
Gambarajah 25: Butang Rekod 1 diaktifkan.
Butang Rekod 1
3. Tekan butang OK.
Gambarajah 26: Butang OK.
19
Langkah-langkah Untuk Memadam Rekod Kedudukan Titik Stesen (TS)
Dan Garis Ufuk (GU) Yang Telah Disimpan.
1. Tekan butang Tunjuk untuk mengaktifkan butang Padam.
Butang Tunjuk Butang Padam
Gambarajah 27: Butang Padam Rekod diaktifkan.
2. Tekan butang bernombor 1 untuk memadam kedudukan Titik Stesen
(TS) dan Garis Ufuk (GU) di dalam rekod 1.
4. Untuk memadam rekod kedudukan yang lain, ulangi langkah 2 - 3 pada
butang bernombor rekod aktif yang lain pula.
Butang Rekod 1
Gambarajah 28: Butang Rekod 1 tidak diaktifkan.
Butang Rekod 1
3. Tekan butang OK.
Gambarajah 29: Butang OK.
L I P S v e r s i 4 . 0
20
Bahagian 6: Kemudahan Cetak Paparan Skrin Lakaran
Kemudahan cetak digunakan untuk mencetak soalan dan skema bagi tujuan
latihan berdasarkan paparan Skrin Lakaran semasa. Untuk menggunakan
kemudahan Cetak sila ikuti langkah-langkah berikut.
1. Tekan butang Cetak untuk mengaktifkan Borang Cetak.
Butang Cetak
Langkah-langkah Untuk Mencetak Paparan Skrin Lakaran
L I P S v e r s i 4 . 0
Gambarajah 30: Butang Cetak.
2. Masukkan jumlah salinan cetak di ruang Input Jumlah Salinan.
3. Untuk meneruskan proses cetak, Tekan butang Cetak di Borang Cetak.
4. Untuk membatalkan proses cetak, tekan butang Batal di Borang
Cetak.
Gambarajah 31: Borang Cetak.
5. Tekan butang OK di Borang Makluman Cetak.
Gambarajah 32: Borang Makluman Cetak.
21
Bahagian 7: Kemudahan Export Paparan Skrin Lakaran
Kemudahan Export digunakan untuk mengexport soalan dan skema bagi tujuan
simpanan latihan berdasarkan paparan Skrin Lakaran semasa. Untuk
menggunakan kemudahan Export sila ikuti langkah-langkah berikut.
1. Tekan butang Export untuk mengaktifkan Borang Export.
Butang Export
Langkah-langkah Untuk Mengexport Paparan Skrin Lakaran
L I P S v e r s i 4 . 0
Gambarajah 32: Butang Export.
2. Masukkan nama fail baru yang hendak diexport di dalam ruangan
Nama.
3. Untuk meneruskan proses export, Tekan butang Simpan di Borang
Cetak.
5. Tekan butang OK di Borang Makluman Export.
Gambarajah 33: Borang Export.
4. Untuk membatalkan proses export, tekan butang Batal di Borang
Export.
Gambarajah 33: Borang Export.
22
Bahagian 8: Kemudahan Demo
Kemudahan Demo adalah berfungsi untuk menunjukkan demonstrasi contoh
jalan kerja melukis Lukisan Perspektif. Untuk menggunakan kemudahan ini sila
ikuti langkah-langkah berikut.
1. Tekan butang Demo untuk mengaktifkan kemudahan demonstrasi
contoh jalan kerja melukis Lukisan Perspektif.
Butang Demo
Langkah-langkah Untuk menggunakan Kemudahan Demonstrasi
L I P S v e r s i 4 . 0
Gambarajah 33: Butang Demo.
2. Demonstrasi tersebut ditunjukkan di dalam Skrin Lakaran.
23
Bahagian 9: Kemudahan Rekod Demo
Kemudahan Demo Demo adalah berfungsi untuk merekod jalan kerja melukis
Lukisan Perspektif. Untuk menggunakan kemudahan ini sila ikuti langkah-
langkah berikut.
1. Aktifkan kemudahan Alatan. Kemudian, tekan butang Rekod Demo
untuk mengaktifkan kemudahan merekod jalan kerja melukis yang
dibina.
Butang Rekod
Demo
Langkah-langkah Untuk menggunakan Kemudahan Demonstrasi
L I P S v e r s i 4 . 0
Gambarajah 34: Butang Rekod Demo.
2. Masukkan nama dalam ruangan Nama Fail.
24
3. Tekan butang Rekod di sebelah label Objek untuk merekod
kedudukan objek alatan yang diguna.
4. Tekan butang Rekod di sebelah label Masa untuk merekod kategori
jarak masa yang diperlukan.
5. Tekan butang Rekod di sebelah label Nota untuk merekod catatan
ringkas.
Gambarajah 35: Borang Kawalan Rekod Demo.
1. Aktifkan kemudahan Alatan. Kemudian, tekan butang Rekod Demo
untuk mengaktifkan kemudahan merekod jalan kerja melukis yang
dibina.
Butang Rekod
Demo
Langkah-langkah Untuk main semula data Rekod Demo
L I P S v e r s i 4 . 0
Gambarajah 34: Butang Rekod Demo.
2. Pilih nama fail dalam ruangan Carian Fail.
3. Tekan butang Pilih.
4. Tekan butang Main.
25
Gambarajah 35: Borang Kawalan Rekod Demo.