Manual permohonan guru kelas-sbp-kawalan

Post on 20-Jun-2015

597 views 6 download

Transcript of Manual permohonan guru kelas-sbp-kawalan

MANUALPENGEMASKINIAN

MAKLUMAT AKADEMIKMURID BAGI

PERMOHONANKE SEKOLAH BERASRAMA

PENUH (SBP) DAN SEKOLAHKAWALAN

KEMENTERIANPELAJARAN MALAYSIA

PENGGUNA :GURU KELAS

1. PENDAHULUAN

Modul Pengemaskinian Maklumat Akademik Murid bagiPermohonan ke Sekolah Berasrama Penuhdan SekolahKawalan adalah merupakan aplikasi berasaskan webyang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumatdengan kerjasama Bahagian Pengurusan SekolahBerasrama Penuh, Bahagian Pengurusan Sekolah Hariandan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian PelajaranMalaysia. Modul ini digunakan untuk mengemaskinimaklumat akademik murid yang membuat permohonanke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh danSekolah Kawalan Kementerian Pelajaran.

2. TUJUAN PANDUAN

Tujuan panduan ini disediakan adalah untuk memudahdan membantu guru kelas membuat permohonan murid-murid beliau ke Sekolah Berasrama dan Sekolah Kawalanmelalui Aplikasi Permohonan ini.

3. CAPAIAN SISTEM

Aplikasi Permohonan ini boleh dicapai melalui mana-manakomputer yang mempunyai kemudahan internet. PautanAplikasi Permohonan ini diletakkan pada PortalKementerian Pelajaran Malaysia seperti di bawah:

http://apdm.moe.gov.my

4. PANDUAN PENGGUNA4.1. Menu Utama

4.1.1. Muka Depan

Arahan:

Guru Kelas memasukkan Id dan Katalaluan seperti yangtelah didaftarkan untukAplikasi Pangkalan Data Murid.

4.1.2. Paparan Guru Kelas

Arahan :

Klik pada Menu Sekolah Kawalan dan senarai murid akandipaparkan.

4.1.2 Permohonan baru

Bagi membuat permohonan untuk murid, cari nama muriddan klik Menu Permohonan Baru pada baris nama murid.

Paparan Permohonan

Klik pada Butang Permohonan Baru bagi membuatpermohonan.

Terdapat 5 segmentasi yang perlu diisi oleh pemohon :

a) Paparan Pilihan Jenis Sekolah

Setelah memilih sekolah yang dipohon, sila klik butangseterusnya>>>

b) Paparan Maklumat Murid

Lengkapkan semua maklumat yang dikehendaki.Kemudian klik butang seterusnya>>>

c) Paparan Maklumat Kokurikulum

Lengkapkan semua maklumat yang dikehendaki.Kemudian klik butang seterusnya>>>

d) Paparan Maklumat Ibubapa dan Penjaga

Lengkapkan semua maklumat yang dikehendaki.Kemudian klik butang seterusnya>>>

e) Paparan Maklumat Tambahan

Bagi Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh,terdapat 1 segmen maklumat tambahan yang perludiisi.

Lengkapkan semua maklumat yang dikehendaki.Kemudian klik butang Teruskan>>>

Paparan Butiran Permohonan.

Paparan ini memaparkan butiran yang telah dimasukkanoleh Guru Kelas bagi tujuan semakan.

Sekiranya terdapat sebarang pengemaskinian, klik pada menudi setiap segmen.Namun sekiranya tiada sebarangpengemaskinian, klik pada butang serah dokumen untukmencetak permohonan dan pastikan cetakan permohonanmendapat tandatangan pengakuan dari ibubapa/ penjagaterlebih dahulu sebelum menyerahkannya untuk pengesahanoleh Guru Besar/ PK2.

PERHATIAN :

a)Sila Semak Dengan Teliti Maklumat YangTelah Dimasukkan

b)Pengemaskinian tidak boleh dibuat setelahcetakan dibuat

Status PermohonanPaparan dibawah menunjukkan maklumat bagisetiap segmentasi telah diisi dan kemaskini bolehdilakukan dengan memilih segmentasi yangperlu dikemaskini.

Bagimembuatpengemaskinianakademikmurid,carinamamuriddanklikpautanakademikpadabarisnamamurid.

a) PaparanMaklumatAkademik

Status Permohonan

Paparan dibawah menunjukkan maklumatbagi setiap segmentasi telah diisi dankemaskini boleh dilakukan dengan memilihsegmentasi yang perlu dikemaskini.

Permohonan selesai.

4.1.3 Permohonan yang diisi oleh Pemohon

Sekiranya permohonan telah dibuat oleh pemohon , gurukelas hanya perlu mengemaskini akademik murid.

Bagi membuat pengemaskinian akademik murid, carinama murid dan klik menu akademik pada baris namamurid.

a) Paparan Maklumat Akademik

Arahan :

Masukkan maklumat akademik yang diperlukan dan klikbutang serah.

Guru Kelas juga boleh melihat maklumat-maklumat yangtelah diisi oleh pemohon/murid dengan memilih menu-menu yang disediakan seperti di bawah.

a) Paparan Pilihan Jenis Sekolah

b) Paparan Maklumat Kokurikulum

c) Paparan Maklumat Ibubapa/Penjaga

d) Paparan Maklumat Tambahan