Post on 12-Jan-2016
description
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Mohd Hazmi Kasmin
Pusat Teknologi Maklumat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Jan 2014
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 2
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan ............................................................................................................... 4
1.1 Sejarah Joomla! .......................................................................................................... 7
1.2 Aplikasi Joomla! .......................................................................................................... 8
1.2.1 Joomla! hari ini dan masa hadapan. ..................................................................... 8
1.2.2 Spesifikasi bagi memasang Joomla! .................................................................... 9
1.3 Rujukan ...................................................................................................................... 9
2.0 Memasang Joomla! di Komputer Sendiri. ............................................................. 10
2.1 Pakej Perisian XAMPP bagi Windows ...................................................................... 10
2.1.1 Instalasi Pakej Xampp. ....................................................................................... 12
2.2 Pakej Perisian WAMP ............................................................................................... 15
2.2.1 Muat Turun WAMP ............................................................................................. 16
2.3 Windows Web Platform Installer ............................................................................... 19
2.4 Pemasangan Joomla! Di Komputer Peribadi............................................................. 21
2.4.1 Muat Turun Aplikasi Joomla! .............................................................................. 21
2.4.2 Menyediakan Pangkalan Data MySQL ............................................................... 23
2.4.3 Pemasangan Joomla!......................................................................................... 25
2.4.4 Konfigurasi Utama .............................................................................................. 26
2.4.5 Konfigurasi Pangkalan Data ............................................................................... 27
2.4.6 Ringkasan Pemasangan .................................................................................... 28
3.0 Mentadbir laman web Joomla! ............................................................................... 31
3.1 Menu Sisi Panel Kawalan ......................................................................................... 33
3.2 Menu Utama Joomla! ................................................................................................ 34
3.2.1 Menu System ..................................................................................................... 35
3.2.2 Menu Users ........................................................................................................ 39
3.2.3 Menu Menus ...................................................................................................... 40
3.2.4 Menu Content .................................................................................................... 43
3.2.5 Menu Components ............................................................................................. 44
3.2.6 Menu Extensions ................................................................................................ 45
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 3
4.0 Menggunakan Joomla! ........................................................................................... 51
4.1 Templat .................................................................................................................... 52
4.1.1 Kenapa Templat ................................................................................................. 53
4.1.2 Menguruskan Templat........................................................................................ 54
4.1.3 Memasang Templat ........................................................................................... 56
4.2 Pengurusan Artikel ................................................................................................... 59
4.2.1 Membina Kategori .............................................................................................. 60
4.2.2 Membina Artikel ................................................................................................. 61
4.3 Pengurusan Menu .................................................................................................... 64
4.3.1 Membina Menu .................................................................................................. 65
4.3.1 Menambah Item Menu ....................................................................................... 68
4.3.1.1 Jenis Item Artikel bagi Menu ........................................................................ 70
4.4 Pengurusan Modul.................................................................................................... 72
5.0 Penutup ................................................................................................................... 77
6.0 Indeks ...................................................................................................................... 78
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 4
1.0 Pengenalan
Pada asasnya menguruskan laman web memerlukan pengetahuan HTML atau Hypertext
Markup Language, suatu protokol yang membolehkan text dipaparkan menerusi pelayan
sesebuah laman web. Namun dengan menggunakan aplikasi pengurus kandungan
laman web Joomla!, jika ia sudah siap terpasang disesebuah laman web maka
pengetahuan cara menggunakan Joomla! sahaja yang diperlukan. Ini adalah disebabkan
aplikasi Joomla! telah dibangunkan sebagai sebuah pengurus kandungan laman web
yang mempunyai ciri-ciri media penulisan sebagaimana perisian Microsoft Word dan juga
pelbagai ciri yang membolehkan sesiapa juga menguruskan laman web dengan mudah
tanpa pengetahuan teknikal yang mendalam terhadap teknologi pembangunan laman
web.
Diantara ciri yang ketara adalah fungsi didalam memberi akses kepada suatu pasukan
atau jawatankuasa untuk terus membina kandungan sesebuah laman web dengan
bantuan minima daripada bahagian teknologi maklumat. Ini amat berbeza dengan laman
web tradisi yang mengkehendakkan setiap artikel perlu dikodkan kepada bahasa HTML
barulah ia berupaya dipaparkan di sesebuah laman web. Joomla! akan menukarkan
artikel penulisan biasa kepada kod HTML secara automatik.
Salah satu kelebihan penting menggunakan Joomla! adalah kerana bahagian pentadbir
Joomla! adalah berasaskan web sepenuhnya, oleh yang demikian walau dimana individu
yang mentadbir laman web tersebut berada, hanya dengan akses kepada internet beliau
berupaya mentadbir laman web tersebut tanpa perlu untuk pergi secara fizikal kepada
pelayan di mana laman web tersebut berada. Ini amat berguna kerana ia membolehkan
laman web ditadbir pada bila-bila masa sahaja dan dimana sahaja lokasi pentadbir itu
berada.
Rajah 1 menunjukkan laman web rasmi Joomla! iaitu http://www.joomla.org dan Rajah 2
pula menunjukkan contoh sebuah laman web yang dibangunkan menggunakan Joomla!.
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 5
Rajah 1 Laman Web Rasmi Joomla!, http://www.joomla.org
Rajah 2 Contoh Laman Web Menggunakan Joomla!.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 6
Rajah 3 dan Rajah 4 memberikan perbandingan diantara laman web tradisi dan laman
web dinamik menggunakan aplikasi pengurus kandugan seperti Joomla!.
Permintaan Pengguna
PenggunaPelayan web
Imej, video, HTML
Rajah 3 Laman Web Statik HTML
Permintaan Pengguna
PenggunaPelayan web
Joomla!
PHP
[templat]
Pengkalan DataImej, video, HTML
Rajah 4 Laman Web Dinamik Joomla!
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 7
1.1 Sejarah Joomla!
Joomla! adalah berasal daripada perisian Mambo yang dibina oleh para jurutera laman
web di sebuah syarikat di Australia bernama Miro Corporation. Namun disebabkan
terdapat percanggahan pendapat diantara pihak pengurusan Miro Corporation dan para
pembangun Mambo didalam memberikan lesen sumber terbuka sepenuhnya terhadap
aplikasi tersebut, maka lahirlah Joomla!, berasaskan daripada kod program Mambo oleh
beberapa orang pembangun utama yang keluar daripada syarikat tersebut.
Nama Joomla! telah diambil daripada perkataan Swahili iaitu jumla yang membawa
maksud “all together” atau “as a whole” ataupun semua bersatu. Joomla! versi 1.0.0 telah
dilancarkan pada 16 September 2005 dibina berasaskan Mambo versi 4.5.2.3. Joomla!
adalah antara perisian pengurus kandungan laman web yang popular selain Wordpress
dan Drupal.
Rajah 5 Perbandingan Google Trend Menggunakan Katakunci Carian
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 8
1.2 Aplikasi Joomla!
Aplikasi web Joomla! boleh dimuat-turun daripada laman web rasmi Joomla! iaitu
http://www.joomla.org dan di laman web tersebut terdapat pelbagai ruang seperti forum
perbincangan di Joomla! Forum, pautan bagi memuat-turun aplikasi tambahan yang
dikenali sebagai extensions kepada Joomla! seperti Component, Module dan Plugins
dan juga berita berkaitan dengan Joomla! iaitu Joomla! Magazine.
1.2.1 Joomla! hari ini dan masa hadapan.
Para pembangun Joomla! telah memulakan operasi merombak rangka yang mendokong
Joomla! kepada sesuatu yang unik dan tidak lagi bergantung kepada kod-kod asal yang
diwarisi daripada Mambo. Rangka kerja baru ini telah menyebabkan lahirnya versi
Joomla! 1.5.0, 1.6, 1.7 dan yang terkini versi 2.5 yang lebih dinamik dan versatil dan
dilihat dapat meningkatkan lagi tahap keupayaan Joomla! dalam mendokong teknologi-
teknologi pembinaan laman web masa hadapan.
Joomla! versi 1.0 mula dibangunkan pada tahun 2005 dan sehingga tahun 2009 versi
stabil adalah Joomla! 1.0.15 dan pembangunan diberhentikan pada September 2009.
Versi Keterangan
1.0 Diberhentikan pada September 2009.
1.5 Versi stabil diperkenalkan pada Januari 2008 dan akan diberhentikan
pembangunan (End of Life, EOL) pada April 2012.
1.6 Versi stabil diperkenalkan pada Januari 2011
1.7 Versi stabil pada Julai 2011
2.5 Versi terkini Joomla! diperkenalkan pada Januari 2012 sebagai versi
Long Term Release (LTR) selepas versi 1.5 dan semua versi
sebelumnya dinasihatkan agar dinaiktaraf kepada versi 2.5.
3.2 Versi terbaru yang disarankan digunakan bagi laman web baru.
3.5 Versi terbaru dilancarkan pada Mac 2014.
Rajah 6 Garis Masa Versi Joomla
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 9
1.2.2 Spesifikasi bagi memasang Joomla!
Spesifikasi yang diperlukan untuk memasang aplikasi Joomla! adalah pelayan web
seperti Apache Web Server, perisian PHP dan pangkalan data MySQL. Kebanyakkan
syarikat yang memberi perkhidmatan pelayan laman web komersil pada kebiasaannya
sudah mempunyai spesifikasi ini dan juga mempunyai skrip khas yang boleh digunakan
bagi memasang Joomla! untuk kegunaan pembangunan laman web. Bagi membina
laman web menggunakan komputer peribadi, perisian XAMPP, WAMP atau Microsoft
Web Platform Installer boleh digunakan untuk menyediakan persekitaran untuk
pembangunan laman web dan aplikasi berasaskan web kerana ia memudahkan
pemasangan komponen asas Apache, PHP dan MySQL.
1.3 Rujukan
1. Joomla!, http://www.joomla.org
2. XAMPP, http://www.apachefriends.org
3. PHP, http://www.php.net
4. MySQL, http://www.mysql.org
5. Microsoft Web Platform Installer, WPI,
http://www.microsoft.com/web/downloads/platform.aspx
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 10
2.0 Memasang Joomla! di Komputer Sendiri.
Bagi tujuan pembangunan dan pembelajaran, adalah dinasihatkan agar memasang
Joomla! di komputer peribadi dahulu sehingga anda berpuashati dengan laman web
tersebut dan kemudiannya memindahkan ke pelayan sebenar. Terdapat beberapa cara
untuk menyediakan persekitaran pembangunan laman web di komputer peribadi. Pakej
perisian seperti XAMPP, WAMP dan Microsoft Web Platform Installer (WPI) boleh
digunakan untuk tujuan tersebut. Namun adalah diingatkan pakej ini adalah tidak sesuai
untuk dijadikan laman web utama kerana isu-isu sekuriti dan ia hanya sesuai untuk
proses pembangunan sahaja.
2.1 Pakej Perisian XAMPP bagi Windows
Rajah 7 Perisian XAMPP
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 11
Perisian XAMPP adalah suatu pakej yang mempunyai semua perisian-perisian bagi
membolehkan untuk membangunkan sebuah laman web. Ia mempunyai pelayan web
Apache, pengkalan data MySQL dan juga komponen PHP yang diperlukan bagi
membolehkan Joomla! digunakan untuk menguruskan kandungan laman web. Ia juga
mempunyai perisian phpMyAdmin bagi menguruskan pangkalan data MySQL. Kesemua
aplikasi yang digunakan adalah mempunyai lesen sumber terbuka oleh yang demikian
tiada lesen berbayar yang diperlukan. Ia boleh dimuat-turun melalui laman web rasmi
XAMPP iaitu http://www.apachefriends.org/ dan terdapat beberapa versi bagi kegunaan
pelbagai pengguna seperti versi Microsoft Windows, versi Linux, versi Mac OS X dan
versi Solaris.
XAMPP juga boleh dipasang di peranti USB mudahalih bagi memudahkan kerja-kerja
pembangunan laman web dan membolehkan pengguna mempunyai persekitaran
pembangunan bagi tujuan persembahan dan sebagainya. Pengguna hanya perlu
memuat-turun versi XAMPP Portable iaitu XAMPP USB Lite dan meletakkan kesemua
komponen yang diperlukan di dalam peranti USB dan komponen seperti Apache dan
MySQL diaktifkan apabile perlu sahaja.
Rajah 8 Muat Turun XAMPP
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 12
2.1.1 Instalasi Pakej Xampp.
Jadual 2.1 Instalasi Perisian XAMPP
Muat turun pakej tersebut
daripada laman web
http://www.apachefriends.org dan
kemudian pasangkan fail tersebut.
Sila ambil versi untuk Windows.
Sila pilih di mana anda ingin
memasang pakej Xampp tersebut.
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 13
Pilih instalasi yang bersesuaian
dengan kehendak anda.
Klik pada “Install” untuk
memulakan instalasi.
Proses instalasi bermula.
Proses selesai. Klik “Finish” dan
“Yes” bagi memulakan aplikasi
kawalan Xampp.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 14
Aplikasi kawalan Xampp yang
membantu dalam menghidupkan
pelayan Apache dan MySql.
Hidupkan MySQL dahulu diikuti
dengan Apache.
i) Klik “Start” bagi MySQL.
ii) Klik “Start” bagi Apache.
Untuk memastikan laman web
telah tersedia, sila taip
http://localhost pada ruangan
alamat laman web. Jika paparan
skrin seperti disebelah maka anda
adalah bersedia untuk membuat
instalasi Joomla!.
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 15
2.2 Pakej Perisian WAMP
Rajah 9 Perisian WampServer
Pakej WAMP boleh dimuat-turun daripada laman web rasmi di
http://www.wampserver.com/en/ dan pengguna boleh memilih samada ingin
menggunakan pakej WAMP 32 bits atau WAMP 64 bits. Bagi kegunaan di versi Windows
7 932bits), Windows XP dan ke bawah boleh menggunakan versi WAMP 32bits tetapi
jika menggunakan versi Windows 7 64bits maka perlu memilih WAMP 64bits.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 16
2.2.1 Muat Turun WAMP
Rajah 10 Paparan Muat Turun WAMP
Apabila menu “Download” dipilih, sila tekan penyataan “download it directly” kerana
borang yang peru diisi hanya opysen jika ingin mendapatkan maklumat terkini
perkembangan pakej WAMP. Sila ikut arahan yang diberikan bagi memasang pakej
WAMP tersebut.
Rajah 11 Paparan Skrin Utama WAMP Setup
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 17
Apabila pakej WAMP berjaya dipasang segala aturan bagi aplikasi tersebut boleh dibuat
menggunakan program yang boleh diakses di kanan bawah Task Bar bagi Windows.
Rajah 12 Tray icon Wampserver
Pakej WAMP berjaya dipasangkan dengan memastikan paparan skrin WAMP Server
ditayangkan pada alamat URL http://localhost di pelayar web.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 18
Rajah 13 Paparan http://localhost
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 19
2.3 Windows Web Platform Installer
Rajah 14 Skrin Windows Web Platform
Microsoft Web Platform Installer (WPI) adalah satu aplikasi yang membantu untuk
memasang aplikasi-aplikasi sumber terbuka di persekitaran Windows. Menggunakan
WPI membolehkan pemasangan aplikasi seperti Joomla!, Wordpress, phpBB dan
pelbagai lagi aplikasi untuk tujuan pembangunan di komputer peribadi sendiri.
Rajah 15 Skrin Web Platform Installer
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 20
Rajah 16 Skrin Instal WPI
WPI ini akan secara automatik memastikan segala aplikasi yang berkaitan untuk
membolehkan Joomla! digunakan akan dipasang bersama sebagaimana yang boleh
dilihat pada rajah diatas.
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 21
2.4 Pemasangan Joomla! Di Komputer Peribadi
2.4.1 Muat Turun Aplikasi Joomla!
Rajah 17 Laman Web Joomla, http://www.joomla.org
Layari laman web Joomla! di http://www.joomla.org dan kemudian tekan butang
“Download” sebagaimana yang ditunjukkan pada [A] di gambarajah di atas.
A
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 22
Bagi pemasangan Joomla! baru sila pilih untuk memuat-turun versi Joomla! 3.2.1 Full
Package [A] yang tekini manakala jika untuk menaiktaraf dari versi sebelumnya hanya
perlu memuat-turun versi naiktaraf sebagai contoh “3.2.x to 3.2.1 Upgrade Package” [B]
sebagaimana yang ditunjukkan di gambarajah di bawah.
Rajah 17 Skrin Muat-turun Joomla!
A
B
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 23
2.4.2 Menyediakan Pangkalan Data MySQL
Tatacara berikut ini adalah dengan menganggap bahawa XAMPP telah terpasang di
computer peribadi sendiri dan telah diletakkan pada lokasi c:\xampp serta Apache dan
MySQL telah diaktifkan. Sila buka pelayar web dan taipkan alamat http://localhost atau
http://127.0.0.1 bagi membuka laman web peribadi anda.
Rajah 18 Skrin Pengurusan XAMPP
Sila pilih phpMyAdmin pada menu sebelah kiri untuk membina pangkalan data bagi
digunakan oleh Joomla! kemudian klik pada tab “Database”.
phpMyadmin
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 24
Rajah 19 Tab Database phpMyAdmin
Kemudian taip “myjoomla” [A] dan tekan butang “Create” [B].
Rajah 20 Membina Pangkalan Data
Pangkalan data “myjoomla” boleh dilihat pada senarai di sebelah kiri.
A
B
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 25
Rajah 21 Pangkalan Data myjoomla
2.4.3 Pemasangan Joomla!
Sila extract fail Joomla! 3.2.1 Full Package yang telah dimuat-turn ke dalam direktori
c:\xampp\htdocs\myjoomla atau c:\wamp\www\myjoomla bagi yang menggunakan
wampserver.
Rajah 22 Skrin Windows Explorer
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 26
Dan buka alamat URL http://localhost/myjoomla bagi mengakses laman web Joomla!
tersebut.
2.4.4 Konfigurasi Utama
Rajah 23 Skrin Konfigurasi Utama
Di skrin ini konfigurasi seperti Site Language, Site Name, Description, Admin email,
Admin username, Admin Password dan samada Site Offline boleh ditetapkan.
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 27
2.4.5 Konfigurasi Pangkalan Data
Rajah 24 Skrin Konfigurasi Pangkalan Data
Pada skrin ini konfigurasi seperti
Database Type [MySQLi],
Host Name [localhost],
Username [root],
Password [ ],
Database Name [myjoomla],
Table prefix
akan ditetapkan.
A
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 28
2.4.6 Ringkasan Pemasangan
Rajah 25 Skrin Gambaran Keseluruhan Pemasangan
Skrin memaparkan ringkasan pemasangan Joomla! dan juga memberikan pilihan untuk
menyediakan laman web dengan Sampel Data [A], Brochure English(GB) Sample
Data dan untuk meneruskan pemasangan Joomla!, sila tekan butang Install [B].
A
B
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 29
Rajah 26 Skrin Proses Pemasangan Joomla!
Rajah 27 Skrin Pemasangan Joomla!
A
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 30
Rajah 27 menunjukkan pemasangan Joomla! selesai dan anda pelu menekan butang
Remove Installation Folder [A] bagi menyempurnakan tugas.
Rajah 28 Skrin Laman Web MyJoomla!
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 31
3.0 Mentadbir laman web Joomla!
Skrin pentadbir bagi Joomla! boleh diakses melalui alamat web seperti berikut
“http://localhost/administrator” atau “http://www.yoursite.com/administrator” dengan
menambahkan “administrator” dibelakang alamat web laman web tersebut. Rajah 29
menunjukkan contoh skrin Log Masuk ke laman web pentadbir Joomla!.
Rajah 29 Skrin Log Masuk Laman Pentadbir Joomla!
Bagi proses log masuk pengguna perlu menaip Kata nama [A] dan Kata laluan [B] dan
menekan butang Log in [C].
A
B
C
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 32
Rajah 30 Skrin Utama Laman Pentadbir Joomla!
Skrin Utama laman web pentadbir Joomla! juga dikenali sebagai Skrin Panel Kawalan
mengurustadbir segala operasi berkaitan dengan laman web. Pada asasnya ia
mempunyai Menu Utama [A], Menu Sisi [B] dan Ruang Makluman [C]. Lihat Rajah 30.
B
A
C
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 33
3.1 Menu Sisi Panel Kawalan
Menu Sisi Panel Kawalan Joomla! merupakan akses capaian pantas terhadap menu-
menu utama yang paling biasa digunakan dalam menguruskan sebuah laman web. Ia
memudahkan pengguna membuat operasi asas dalam menggunakan Joomla!.
Jadual 3.1 Penerangan Menu Sisi
Menu Sisi Penerangan
Add New Article – membina artikel baru
Article Manager – menguruskan artikel
dengan menyenaraikan segala artikel yang
telah dibina.
Category Manager – mecipta kategori bagi
artikel.
Media Manager – membuat proses berkaitan
dengan gambar seperti muat naik media dan
sebagainya.
Menu Manager – menbina, mengemaskini dan
menguruskan menu Joomla!
Module Manager – menyusun atur modul
Joomla! mengikut templat.
User Manager – Pengurus Pengguna
bertujuan membina pengguna baru,
memadamkan dan memberikan tahap akses.
Global Configuration – skrin konfigurasi bagi
keseluruhan laman web tersebut.
Template Manager – skrin bagi menguruskan
templat bagi laman web.
Language Manager – skrin pengurusan
bahasa.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 34
Install Extension – skrin bagi memuatnaik
komponen Joomla!
File Browser – skrin pengurusan fail,
memerlukan pemasangan komponen JCE
Editor bagi membolehkan menu ini diwujudkan.
Checking Joomla! – membuat semakan
berkaitan dengan versi Joomla! yang terkini.
Checking Extensions – membuat semakan
berkaitan dengan komponen-komponen
didalam Joomla!.
Jadual 2.2 di atas menerangkan serba ringkas bagi skrin utama laman web pentadbir
Joomla! dan Menu Sisi tersebut adalah capaian pantas bagi menguruskan laman web
dan setiap menu tersebut boleh juga diakses melalui Menu Utama di sebelah atas skrin
utama pentadbir sebagaimana [A] dalam Rajah 30.
3.2 Menu Utama Joomla!
Menu utama pentadbir Joomla! merupakan komponen utama yang membolehkan
Joomla! diuruskan dengan berkesan. Di sini terdapat beberapa komponen utama iaitu
Menu Pengurusan Sistem, Menu Pengurusan Pengguna, Menu Pengurusan Menu
Joomla!, Menu Pengurusan Isi Kandungan, Menu Pengurusan Komponen, Menu
Pengurusan Komponen Tambahan dan Menu Bantuan.
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 35
3.2.1 Menu System
Rajah 31 Menu Pengurusan Sistem Joomla!
Menu System atau Menu Pengurusan Sistem Joomla! adalah diantara menu paling
utama didalam membuat konfigurasi keseluruhan kepada laman web dari segi perkara
asas berkaitan dengan pelayan dan Joomla! dan juga dalam mengetahui setiap tetapan
yang perlu bagi memastikan bahawa Joomla! akan berjalan dengan lancar.
Jadual 3.2 memberi penerangan ringkas berkaitan dengan Menu Pengurusan Sistem
Joomla!.
Jadual 3.2 Menu Pengurusan Sistem Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 36
Menu Pengurusan Sistem Joomla! Penerangan
Control Panel Laman utama skrin pentadbir
Global Configuration Skrin konfigurasi laman web seperti Site
Name, Penetapan Default Editor, dan
sebagainya.
Memberi akses terus kepada skrin semua
penetapan “Options” bagi setiap komponen
didalam Joomla!. Lihat Rajah 32.
Global Check-in Menu bagi membolehkan segala kunci
atau lock dilepaskan.
Clear Cache Membersihkan segala Cache yang elah
disimpan oleh komponen atau Joomla!.
Purge Expired Cache Membersihkan Cache yang telah luput
tarikh.
System Information Makluman berkaitan dengan Pelayan dan
Joomla! seperti versi,
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 37
Rajah 32 Skrin Global Configuration
Rajah 32 menunjukkan :
[A] Konfigurasi keseluruhan Joomla!
[B] Capaian pentas kepada menu “Options” setiap komponen Joomla!
A
B
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 38
Rajah 33 Contoh Skrin System Information
Skrin System Information memberikan maklumat penting berkaitan dengan versi pelayan,
versi Joomla!, versi Pangkalan Data, Tetapan PHP, Tetapan yang dibuat di Global
Configuration, Directory Permission iaitu tahap akses direktori di dalam pelayan dan
maklumat PHP yang dicapai menggunakan fungsi phpinfo().
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 39
3.2.2 Menu Users
Rajah 34 Menu Pengguna Joomla!
Jadual 3.3 Menu Pengguna Joomla!
Menu Pengguna Joomla! Penerangan
User Manager Mencipta, memadam, mengubahsuai tahap akses
pengguna.
Groups Mencipta, memadam, mengubahsuai tahap akses
kumpulan bagi pengguna.
Access Levels Akses kepada tahap pengguna.
User Notes Nota kepada pengguna skrin pentadbir
User Note Categories Kategori nota
Mass Mail Users Menghantar mekluman kepada semua pengguna
skrin pentabir
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 40
3.2.3 Menu Menus
Rajah 35 Menu Pengurusan Menu
Menu Pengurusan Menus ini adalah dimana Menu dicipta, dikemaskini dan dipadam
mengikut kesesuaian laman web. Lihat Rajah 36 contoh bagaimana menu dipaparkan di
laman web dan Rajah 37 bagaimana ia dibina di Menu Pengurusan Menus.
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 41
Rajah 36 Contoh Paparan Menu
Rajah 36 menunjukkan contoh paparan menu Main Menu [A] yang telah dibina didalam
Menu Pengurusan Menus sebagaimana yang dipaparkan oleh Rajah 37.
A
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 42
Rajah 37 Contoh Paparan Menu Pengurusan Menus
Rajah 37 menunjukkan nama menu Main Menu [A] dan item yang ada didalam menu
tersebut [B].
A B
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 43
3.2.4 Menu Content
Rajah 38 Paparan Menu Isi Kandungan / Content
Jadual 3.4 Menu Isi Kandungan Joomla!
Menu Content Joomla! Penerangan
Article Manager Mencipta, memadam, mengubahsuai artikel.
Category Manager Mencipta, memadam, mengubahsuai kumpulan
bagi artikel.
Featured Articles Penetapan artikel Fitur yang dipaparkan dimuka
hadapan laman.
Media Manager Skrin pentadbir media
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 44
3.2.5 Menu Components
Rajah 39 Paparan Menu Komponen / Components
Paparan Menu Komponen Joomla! adalah menu capaian kepada komponen Joomla!
seperti Banner, Contacts, Messaging, Search, Weblinks dan pelbagai lagi menu yang
berkaitan dengan operasi Joomla!. Menu ini akan bertambah mengikut pertambahan atau
instalasi yang dibuat oleh pengguna. Sebagai contoh JCE Editor pada Rajah 39 di atas
adalah menu yang wujud selepas Komponen JCE Editor dipasang dan ia tidak datang
secara automatik dengan pemasangan Joomla!.
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 45
3.2.6 Menu Extensions
Rajah 40 Paparan Extensions
Jadual 3.5 Menu Extensions Joomla!
Menu Extensions Joomla! Penerangan
Extension Manager Skrin Pengurus Extensions. Lihat Rajah 41.
Module Manager Mencipta, memadam, mengurus Modul Joomla!.
Lihat Rajah 42.
Plugin Manager Mencipta, memadam, mengurus Plugins Joomla!.
Lihat Rajah 43.
Template Manager Mencipta, memadam, mengurus Templates
Joomla!. Lihat Rajah 44.
Language Manager Mencipta, memadam, mengurus languages atau
bahasa yang dipaparkan di laman web.
Lihat Rajah 45.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 46
Rajah 41 Paparan Pengurus Extensions
Pengurus Extensions akan membantu dalam menguruskan komponen Joomla! [A] bagi
seperti memasang, mengemaskini, memadam dan juga mencari komponen yang tidak
dipasang melalui Pengurus Extensions ini menggunakan fungsi Discover. Bagi proses
pemasangan komponen Joomla! pengguna perlu memuat-turun komponen dan mencari
komponen tersebut di komputer pengguna [B] dan menekan butang “Upload & Install” [C]
bagi membuat proses pemasangan.
A
B
C
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 47
Rajah 42 Paparan Pengurus Modules
Rajah 42 menunjukkan skrin Pengurus Modules yang berfungsi dalam menguruskan
modul Joomla! seperti membina, mengubahsuai, memaparkan dan memadam modul
tersebut [A] dan juga menyelaraskan susun atur modul-modul [B] seperti Modul Log
Masuk dan Modul Main Menu berpandukan kepada templat yang digunakan dan dengan
mengubahkan kedudukan atau Position bagi modul tersebut, pengguna boleh mengubah
kedudukan modul mengikut kesesuaian sebuah laman web.
A
B
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 48
Rajah 43 Paparan Pengurus Plugins
Skrin Pengurus Plugins akan membantu dalam menguruskan Plugins seperti
mengemaskini, mengaktif atau tidak mengaktifkan Plugins [A] yang telah dipasang di
Joomla!. Plugins berfungsi sebagai enjin automatik yang membantu operasi Joomla! [B]
seperti enjin carian, membantu proses pengesahan Log Masuk pengguna, membantu
paparan emel daripada carian Spam melalui fungsi Email Cloaking dan pelbagai lagi
fungsi asas Joomla! seperti navigasi dan sebagainya.
A
B
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 49
Rajah 44 Paparan Pengurus Templates
Skrin Pengurus Templat adalah skrin yang menguruskan templat yang terpasang di
Joomla! seperti penetapan templat lalai, mengemaskini dan ubahsuai templat, membuat
duplikasi, dan memadamkan templat [A]. Di skrin ini juga senarai segala templat yang
dipasang di Joomla! boleh dilihat [B].
A
B
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 50
Rajah 45 Paparan Pengurus Language
Skrin Pengurus Bahasa atau Language ini akan membantu dalam menguruskan bahasa
yang akan digunakan di laman web. Bahasa baru boleh dipasangan [A] dan diuruskan
mengikut kesesuaian pengguna [B].
A
B
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 51
4.0 Menggunakan Joomla!
Beberapa perkara perlu diketahui dalam membolehkan pengguna mempelajari
bagaimana menggunakan Joomla! dengan baik. Diantara perkara tersebut adalah
Templat, Kategori, Artikel, Menu dan Modul. Lihat Jadual 4.1.
Jadual 4.1 Topik Berkaitan Joomla!
Tajuk Penerangan
Templat Templat mengawal susunatur sesebuah laman web. Ia
mengintegrasi isi kandungan laman web iaitu artikel-artikel yang
dibina, modul-modul yang menjadi rangka laman web dan
bagaimana ia dipaparkan kepada pelawat laman web tersebut.
Kategori Setiap laman web yang dibangunkan dengan menggunakan
Joomla! mempunyai cara bagi memaparkan dan menyimpan isi
kandungan dengan teratur. Cara yang paling mudah adalah
dengan penggunaan kategori dan sub-kategori dan Joomla!
memberikan pelbagai cara penggunaan kategori mengikut setiap
komponen didalamnya.
Artikel Artikel atau isi kandungan merupakan asas sesebuah laman web.
Menu Menu pula adalah sistem navigasi sesebuah laman web dan
susunatur yang baik membudahkan pelawat mencari isi
kandungan laman web dengan cepat dan efisien.
Modul Setiap paparan laman web Joomla! adalah pada asasnya suatu
fitur yang dipanggil Modul Joomla!. Susunaturnya dikawal oleh
Templat dan ia boleh diolah mengikut kehendak pembina laman
web dalam mempersembahkan sebuah laman web yang teratur
dan menarik. Diantara modul yang biasa disebuah laman web
adalah seperti Modul Log masuk, Modul Carian, Modul Banner,
Modul Menu, Modul Berita Terkini dan pelbagai modul lagi.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 52
4.1 Templat
Templat merupakan pengawal susunatur sebuah laman web yang menggunakan
Joomla!. Ia diuruskan oleh komponen Joomla! yang dipanggil pengurus templat atau
Template Manager.
Rajah 46 Contoh Templat Web Joomla!
Rajah 46 menunjukkan contoh modul didalam susunatur sebuah templat seperti Modul
Tajuk atau Title [A], Modul Carian [B], Modul Menu [C], Modul Banner [D], Modul Tepi
Kanan atau Side [E], Modul Artikel Utama [F] dan Modul Log Masuk [G].
A
C
B
D E
F
G
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 53
4.1.1 Kenapa Templat
Joomla! adalah suatu aplikasi yang memudahkan pengguna didalam pelbagai cara dan
salah satunya adalah dengan penggunaan templat dalam menguruskan susunatur laman
web. Menggunakan templat memudahkan pentadbir laman web disamping memberikan
nilai estetik dan membuatkan laman web lebih menarik. Ia juga bertujuan agar setiap
komponen, modul dan plugins boleh diletak dan dialih pada bila-bila masa mengikut
susunatur sesebuah templat.
Membina laman web memerlukan perancangan terperinci seperti dimana Menu perlu
diletak, apa Font yang sesuai untuk digunakan, apakah stail susunan artikel dan
sebagainya. Jika membina laman web secara tradisi setiap laman yang dibina perlu
dibuat satu persatu, namun dengan menggunakan Joomla!, komponen templat
memudahkan membina laman web yang sekata dan tetap mengikut satu templat bagi
semua halaman di laman web tersebut.
Secara amnya dengan penggunaan templat, pentadbir dan pengurus laman web akan
boleh menumpukan kepada pengisian isi kandungan laman web dan tidak asyik
terbelenggu oleh rekabentuk laman web sahaja.
Joomla! mempunyai templat yang datang semasa instalasi, iaitu bagi laman pentadbir
templat dengan nama ISIS dan Harthor, manakala templat bagi laman web adalah
Protostar dan Beez 3. Rajah 46 menunjukkan penggunakan templat laman web
Protostar.
Jadual 4.2 Ciri-ciri Utama Templat
Ciri-ciri Penerangan
Susunatur Memberikan susunatur konsisten sebuah laman web.
Skema Warna Memberikan skema warna yang piawai.
Imej dan Efek Imej Banner, efek Menu mudah dikawal.
Font Font yang sama keseluruhan web.
Kesesuaian Pelayar Web Web yang berlainan boleh diselaraskan dengan mudah.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 54
4.1.2 Menguruskan Templat
Pengurus Templat atau Template Manager adalah tempat bagi menguruskan templat
bagi tujuan konfigurasi atau menukar dari satu templat kepada yang lain. Ia boleh dicapai
dengan membuat log masuk kepada laman pentadbir dan mengakses menu Template
Manager.
Rajah 47 Akses Template Manager Joomla!
Jika menu bagi Template Manager Rajah 47 [A] tidak dapat dilihat ada kemungkinan
pengguna bukan seorang Super Administrator. Rajah 48 pula menunjukkan skrin
Pengurus Templat atau Template Manager dan ia menyenaraikan semua templat yang
telah dipasang.
A
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 55
Rajah 48 Skrin Pengurus Templat Joomla!
Butang-butang operasi [A] adalah bagi menetapkan templat semasa, mengemaskini
templat, membuat duplikasi dan memadam templat berkenaan.Templat semasa yang
digunakan adalah dengan melihat tanda bintang [B] ditanda pada templat
berkenaan.
Walaupun templat semasa atau default perlu ditetapkan, pengguna boleh menetapkan
pada bila-bila masa agar Menu tertentu menggunakan templat tertentu dengan memilih
templat tersebut dan menekan butang Edit dan menetapkan menu yang mana perlu
menggunakan templat tersebut.
Sebagai contoh, templat semasa adalah Protostar tetapi pengguna menetapkan artikel
“About Us” menggunakan templat Beez3, maka di tab Menu Assignment ia boleh
ditetapkan. Lihat Rajah 49.
B
A
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 56
Rajah 49 Skrin Kemaskini Style Templat
4.1.3 Memasang Templat
Pemasangan templat boleh dilakukan dengan menggunakan Extension Manager yang
juga adalah tempat dimana komponen-komponen lain Joomla! dipasang.
Lihat Rajah 50.
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 57
Rajah 50 Skrin Pengurusan Extension
Melalui Skrin Pengurus Extension pengguna boleh memasang pelbagai komponen
Joomla! seperti Templat, Plugins, Komponen-komponen khas Joomla!, Pakej Bahasa
dan juga Pakej Upgrade bagi Joomla! dalam proses naik versi Joomla!.
Ada 3 cara yang boleh digunakan dalam penggunaan Pengurus Extensions :
i. Muatnaik Pakej Fail
ii. Memasang dari Direktori di dalam pelayan
iii. Memasang dari laman web lain
Opsyen i) adalah yang paling mudah kerana pengguna tidak perlu untuk membuat
tetapan atau konfigurasi tertentu. Pengguna hanya perlu memilih pakej yang ingin
dipasang daripada komputer peribadi pengguna dan kemudian menekan butang Upload
File and Install. Lihat Rajah 51.
A
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 58
Rajah 51 Skrin Pemasagan Komponen dan Extensions
A
B
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 59
4.2 Pengurusan Artikel
Artikel atau isi kandungan merupakan perkara asas didalam membina sebuah laman web
dan Joomla! memudahkan operasi berkaitan dengan pengurusan isi kandungan kerana
ia mempunyai fungsi dalaman pengurusan dokumen yang tidak memerlukan ia dipasang
dimana-mana cukup hanya dengan menggunakan pelayar internet sahaja seperti
Microsoft Internet Explorer, Google Chrome atau Mozilla Firefox.
Rajah 52 Skrin Pengurusan Isi Kandungan
Bagi membina artikel, pengguna perlu membina kategori bagi artikel tersebut terlebih
dahulu bagi memudahkan pencarian kembali dikemudian hari dan juga agar
penyimpanan artikel lebih teratur dan sistematik. Rajah 53 menunjukkan bahawa artikel
dengan tajuk Intro, Visi & Misi dan Carta Organisasi perlu diletak dibawah kategori yang
dinamakan Mengenai Kami. Oleh yang demikian, kategori perlu dibina terlebih dahulu
sebelum sesebuah artikel ditulis. Lihat Rajah 54.
A
B
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 60
4.2.1 Membina Kategori
Bagi membina kategori yang betul dan teratur gambaran keseluruhan bagi kesemua
artikel perlu dibuat sebagaimana yang ditunjukkan pada Rajah 53 dibawah.
Rajah 53 Contoh Isi Kandungan
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 61
Rajah 54 Contoh Pengurus Kategori Artikel
4.2.2 Membina Artikel
Artikel boleh dibina dengan mengakses skrin pengurus artikel dan disini operasi
berkaitan dengan artikel boleh dibuat.
A
B
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 62
Rajah 55 Contoh Pengurus Artikel
Rajah 55 di atas menunjukkan Skrin Pengurus Artikel yang membolehkan operasi
seperti membina artikel, mengemaskini, menerbitkan artikel bagi paparan pelawat,
membuat nyahterbit, menjadikan sesuatu artikel sebagai artikel muka depan dan
sebagainya [A]. Bahagian [B] pula menunjukkan senarai artikel yang telah ditulis dan
boleh diuruskan kembali dengan menekan tetikus kepada tajuk artikel [C] tersebut. Bagi
membina artikel baru pengguna perlu menekan butang New [D] dan skrin sebagaimana
Rajah 56 akan dipaparkan.
A
B
C
D
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 63
Dalam membina artikel baru, beberapa perkara penting diperlukan seperti Tajuk Artikel
[A], Isi Kandungan Artikel [B], Kategori [C], Terbit atau tidak [D], Papar Muka Depan [E],
Tahap Paparan [F], Operasi Artikel [G] dan Opsyen lain [H].
Rajah 56 Membina Artikel Baru
Apabila telah selesai menulis artikel tersebut, tekan butang Save untuk menyimpan,
Save & Close untuk menyimpan dan keluar dari skrin ini, Save & New bagi menyimpan
dan membuka skrin baru bagi menulis artikel lain atau Cancel jika tidak ingin untuk
menyimpan artikel.
A
B
C
E
D
F
G
H
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 64
4.3 Pengurusan Menu
Setelah berjaya membina artikel, penggunaan menu yang betul akan membantu
memaparkan artikel tersebut untuk mudah dicari dan dibaca oleh pelawat laman web.
Menu adalah diuruskan oleh Pengurus Menu atau Menu Manager. Lihat Rajah 57.
Rajah 57 Akses Pengurus Menu
Rajah 58 menunjukkan carta alir didalam pembinaan sesuatu menu. Pengguna perlu
membina Modul Menu di skrin Pengurus Menu atau Menu Manager : Menus terlebih
dahulu kemudian perlu memasukkan item-item di Menu Manager : Menu Items. Dan
kemudian perlu menetapkan kedudukan atau letak atur menu tersebut di laman web
menggunakan Pengurus Modul atau Modul Manager.
A
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 65
Rajah 58 Carta Alir Pembinaan Menu
4.3.1 Membina Menu
Rajah 59 menunjukkan Skrin Pengurus Menu yang memaparkan senarai menu [A] yang
telah dibina dan segala operasi seperti membina menu baru, memadam menu,
mengemaskini menu dan membina semula struktur menu di laman web [B]. Bagi
membina menu baru, pengguna perlu menekan Butang New iaitu membina modul menu
tersebut terlebih dahulu. Skrin paparan pembinaan modul menu sebagaimana Rajah 60
boleh dilihat.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 66
Rajah 59 Skrin Pengurus Menu
Rajah 60 Skrin Tambah Menu
B
A
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 67
Setelah proses menambah menu dibuat sebagaimana Rajah 60, jika kembali ke skrin
Pengurus Menu maka boleh dilihat menu tersebut tersenarai sebagaimana Rajah 61 [B]
di bawah.
Rajah 61 Skrin Pengurus Menu
Apabila tajuk Main Menu Rajah 61 [A] di atas ditekan menggunakan tetikus, skrin akan
memaparkan item-item yang terdapat didalam Main Menu. Menu Items merupakan
kesemua menu yang akan dipaparkan di laman web mengikut lokasi modul yang telah
ditetapkan. Sebagaimana Rajah 62, bahagian [A] merupakan operasi bagi menambah,
memadam, mengubahsuai dan menerbit item bagi menu tersebut. Manakala bahagian
[B] pula menyenaraikan item-item bagi menu dan memberi penerangan berkenaan
status penerbitan, tajuk item, bahasa bagi item, tahap akses, nombor id dan juga
susunan item samada menaik atau menurun. Susunan ini boleh diperbetulkan mengikut
kehendak dengan menggunakan operasi di bahagian [C].
A
B
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 68
Rajah 62 Skrin Menu Items Bagi Main Menu
4.3.1 Menambah Item Menu
Item bagi setiap modul menu boleh dibuat pada skrin Pengurus Item Menu, sebagai
contoh boleh dilihat dengan membuat kemaskini kepada modul Menu Bawah dalam
Rajah 61 [B]. Sila tekan butang New pada Skrin Menu Items bagi Menu Bawah
sebagaimana Rajah 63. Paparan Rajah 64 pula memaparkan skrin penambahan menu
baru bagi Menu Bawah.
A
B C
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 69
Rajah 63 Skrin Menu Items Bagi Menu Bawah
Rajah 64 Skrin New Menu Item Bagi Menu Bawah
A
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 70
4.3.1.1 Jenis Item Artikel bagi Menu
Menu bagi paparan jenis artikel memberikan pelbagai opsyen bagaimana artikel itu akan
dipaparkan. Rajah 65 menunjukkan jenis item manakala Rajah 66 merupakan contoh
menu bagi article dengan jenis Category Blog.
Rajah 65 Skrin New Menu Item Bagi Menu Bawah
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 71
Rajah 66 Contoh Skrin Menu Item Jenis Category Blog
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 72
4.4 Pengurusan Modul
Modul merupakan antara komponen Joomla! yang paling penting dalam membina laman
web yang menarik. Ia berkait rapat dengan penggunaan templat kerana ia memaparkan
perkara seperti Menu, Log Masuk, Artikel-artikel dan pelbagai perkara lagi. Bagi
membolehkan modul Joomla! ini digunakan dengan baik, pengguna atau pentadbir laman
web perlu mengetahui dengan betul lokasi di mana modul tersebut perlu diletak dan
salah satu cara paling mudah adalah dengan mengaktifkan prebiu bagi lokasi modul
dengan mengakses opsyen di Pengurus Template. Lihat Rajah 67.
Rajah 67 Template Manager Options
Setelah mengaktifkan status tersebut kepada Enabled seperti Rajah 67 [A], lokasi modul
boleh dilihat dengan menggunakan alamat web seperti http://localhost/?tp=1, iaitu
menambah kod ?tp=1 pada akhir laman web tersebut.
A
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 73
Rajah 68 Lokasi Modul
Setelah mengetahui kedudukan modul di templat, maka dengan mudah untuk mengubah
susun atur modul pada bila-bila masa yang dikehendaki. Sebagai contoh jika ingin
memindahkan lokasi sedia ada Modul Log Masuk pada lokasi terkini Position-7 di Rajah
68 [B] kepada Position-8 [C], maka pengguna yang menjadi pentadbir perlu membuka
Pengurus Modul atau Module Manager sebagaimana Rajah 69 [A] dan mencari Modul
Log Masuk sebagaimana Rajah 70 [A] dan kemudian menukarkan Position modul
tersebut kepada yang baru sebagaimana Rajah 71 [A].
A
B
C
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 74
Rajah 69 Skrin Menu Module Manager
Rajah 70 Skrin Pengurus Modul
A
A B
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 75
Rajah 71 Skrin Pengurus Modul
Setelah posisi bagi modul tersebut ditukar kepada yang baru, jika laman web dilihat
semula, Modul Log Masuk sekarang akan bertukar ke posisi baru iaitu Position-8
disebelah kiri. Lihat Rajah 72.
A
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 76
Rajah 72 Skrin Template Preview
Perkara yang sama boleh dilakukan ke atas setiap modul didalam Joomla!. Ini
memberikan kuasa bagi pengguna dalam mentadbir sesebuah laman web dengan lebih
mudah dan menjadikan laman web tersebut lebih menarik dan tidak terkongkong kepada
satu paparan yang statik sahaja.
A
Membina Laman Web Menggunakan Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 77
5.0 Penutup
Joomla! memudahkan pengguna yang telah diberikan tugas sebagai penadbir dalam
menguruskan sebuah laman web tanpa perlu mengetahui dengan mendalam segala
askpek teknikal dalam membangunkan laman web. Skrin pentadbiran Joomla!
mempunyai fungsi yang sama sebagaimana membina dan menerbitkan sebuah majalah.
Setiap pengguna yang menjadi ahli jawatankuasa pengurusan sesebuah lama wen boleh
diberikan tugas bagi mentadbir mengikut tahap seperti Pengarang, Pengolah, Penerbit
dan sebagainya mengikut apa yang ditentukan oleh jawatankuasa tersebut.
Oleh yang demikian, jika ahli jawatankuasa tersebut menjalankan tugas dengan baik,
laman web tersebut akan sentiasa penuh dengan berita terkini dan menjadi tarikan bagi
pelawat untuk kembali bertandang melihat laman web tersebut dengan lebih kerap.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM 78
6.0 Indeks
A
Add New Article, 33
Article Manager, 33
Artikel, 51
C
Category Blog, 69, 70
Category Manager, 33
Checking Joomla!, 34
D
Database Type, 27
E
Extension Manager, 45, 56
F
File Browser, 34
G
Global Configuration, 33
H
Host Name, 27
I
Install Extension, 34
J
JCE Editor, 34, 44
jumla, 7
K
Kategori, 51
L
Language Manager, 33
log masuk, 31, 54
M
Media Manager, 33
Menu, 51
Menu Bawah, 67
Menu Items, 63
Menu Manager, 33
Menus, 2, 40, 41, 42, 63
Modul, 51
Module Manager, 33
Muatnaik Pakej Fail, 57
P
Pangkalan data, 24
Pengurus Artikel, 61
Pengurus Modules, 47
Pengurus Templat, 49, 54, 55
phpMyAdmin, 11, 23, 24
S
Sampel Data, 28
Skrin Panel Kawalan, 32
T
Templat, 2, 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57
Template Manager, 33, 45, 52, 54, 71
U
User Manager, 33
W
WAMP, 2, 9, 10, 15, 16, 17