Post on 04-Feb-2018
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
165
METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB-
KITAB KLASIK, KAJIAN TERHADAP KITAB TAFSIR NUR
AL-IHSAN
Luqman Hakeem Bin Rusdi
ABSTRAK
Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip
tulisan Jawi klasik yang sukar untuk dibaca apatah lagi
difahami oleh masyarakat kini. Tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk mendedahkan metodologi
perumian dan pentahqiqan terhadap kitab klasik di alam
Nusantara ini. Tumpuan kajian dijalankan dengan
merumi dan mentahqiq terhadap kitab Tafsir Nur al-
Ihsan. Kajian ini dijalankan dengan kaedah
kepustakaan, análisis data terhadap buku-buku,
makalah, artikel yang berkaitan dengan kitab-kitab
klasik umpama kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Hasil kajian
ini mendapati sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia
1972 menepati untuk merumikan teks kitab berkenaan,
beberapa kaedah perumian dan pentahqiqan juga turut
diperolehi disamping pembetulan-pembetulan terhadap
baris ayat al-Qur’an dan teks kitab berkenaan.
Kesimpulan daripada kajian ini adalah kaedah sistem
Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu 1972 amat sesuai
digunakan untuk merumikan teks Jawi kitab-kitab
Melayu klasik, disamping memberikan nafas baru ianya
juga menjadi lebih mudah dibaca dan difahami oleh
generasi pada masa kini.
PENGENALAN
Perumian adalah satu proses mengalih tulisan iaitu daripada tulisan
Jawi kepada tulisan Rumi. Di dalam proses untuk merumikan terhadap
Tafsir Nur al-Ihsan, penulis cenderung untuk menggunakan metodologi
tertentu, iaitu sistem ejaan dan tulisan yang menggunakan kaedah
penulisan mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi
yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2001), rasional
pemilihan buku ini adalah kerana kandungan di dalamnya memuatkan
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
166
sistem ejaan dan tulisan terkini bahasa Malaysia yang mana mengikut
Pedoman Umum Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia (PUEBBM) 1972.
Selain mendatangkan definisi perumian, sistem ejaan dan sistem
penulisan bahasa Melayu Rumi, dalam kajian ini juga disertakan
maklumat ataupun metodologi perumian yang kesemuanya berteraskan
kepada buku-buku terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seterusnya, kaedah pentahqiqan pula merupakan satu kaedah
bagaimana untuk mengenalpasti keabsahan dan keterbolehpakaian
sesuatu sumber itu diambil khususnya sumber yang berkaitan dengan
al-Hadith. Selain itu juga penulis akan membuat penambahbaikan
dengan meletakkan nombor ayat dan bilangan ayat dibawah tajuk
disamping memberikan definisi terhadap perkataan-perkataan yang
berasal daripada bahasa Arab. Untuk perkataan-perkataan bahasa
Melayu klasik, penulis akan sedaya upaya untuk merujuk berpandukan
kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat (2010), bagi
istilah-istilah bahasa Arab dan istilah-istilah fiqh, penulis akan merujuk
kepada Kamus Bahasa Arab-Melayu Dewan dan juga Kamus
Peristilahan Fiqh.
PERUMIAN
Menurut peristilahan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010) edisi
keempat, rumi bermaksud huruf atau abjad dalam bahasa Melayu dan
bahasa moden yang lain yang bermula dengan huruf A dan berakhir
dengan huruf Z, yang berasal daripada kerajaan Rom Kuno, huruf
Romawi, huruf Roman, huruf Latin. Manakala istilah merumikan pula
merujuk kepada menyalin mahupun menulis ke dalam tulisan Rumi,
perumian pula merujuk kepada perihal merumikan tulisan, sebagai
contoh merumikan tulisan Jawi. Setelah kita melihat pentakrifan-
pentakrifan terhadap maksud perkataan rumi diatas, maka menurut
pandangan penulis, perumian disini adalah bermaksud satu proses
mengalih tulisan daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi terhadap
kitab Tafsir Nur al-Ihsan dengan menggunakan metodologi tertentu
tanpa mengubah dan menukar makna dan isi kandungannya disamping
memperbaiki ejaan-ejaan yang tersalah dan memberikan kefahaman
setelah ianya dirumikan, proses perumian ini juga sedikit sebanyak
memperbaiki lagi sistem ejaan yang disesuaikan mengikut sistem
tulisan bahasa Malaysia masa kini.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
167
SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU (JAWI-RUMI)
Pada peringkat permulaan, usaha-usaha transliterasi Jawi-Rumi telah
dilakukan oleh beberapa orang sarjana terhadap tulisan Jawi klasik
dalam sebahagian daripada naskhah-naskhah Melayu ciptaan abad ke-
16 hingga ke-18. Daripada penelitian dan penerbitan semula manuskrip-
manuskrip, antara lain oleh C.O. Blagden1 (1930-1932), Ph.S. van
Ronkel2 (1908), W.G. Shellabear (1898) dan G.W.J. Drewes (1955),
sekadar contoh dapatlah dilihat disini tiga jenis transliterasi Rumi
daripada Jawi klasik iaitu: (Ismail Dahaman, 2007:222)
i) Ejaan Rumi menurut kaedah ejaan Belanda yang terdapat dalam
glosari Elbinck tahun 1604.
ii) Ejaan Rumi menurut kaedah ejaan Inggeris dalam transliterasi
daripada surat Ternate tahun 1521 dan 1522 serta manuskrip-manuskrip
abad ke-17 yang diselenggarakan oleh Shellabear (1898).
iii) Ejaan Rumi bahasa Indonesia dalam transliterasi daripada surat
Acheh tahun 1600 dan transliterasi teks Burda.
Dari sinilah bermulanya titik tolak permulaan di mana proses perumian
mula dilakukan dari hari ke hari. Oleh itu, di dalam merumikan kitab
Tafsir Nur al-Ihsan, perlunya satu metodologi atau lebih tepat lagi satu
sistem ejaan yang praktikal dan terkini untuk merumikan teks-teks kitab
tafsir yang tersedia dengan skrip tulisan Jawi klasik. Terdapat beberapa
sistem yang telah tersedia dicipta diantaranya ialah:
Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)
Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang digunakan secara rasmi di semua
sekolah umum adalah sama dan seragam dengan semua yang digunakan
dalam kamus dan penerbitan karangan Wilkinson sendiri yang
dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir tahun 1940-an (Asmah Omar,
2008:92). Pedoman Ejaan Rumi Wilkinson dihasilkan berdasarkan
Kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun olehnya pada tahun 1903.
1 Manuskrip yang diterbitkan oleh beliau ialah dua pucuk surat yang dipercayai surat
dalam tulisan Jawi yang tertua pernah ditemukan iaitu surat dengan nama Sultan Abu
Hayat dari Ternate yang bertarikh 1521, beliau menyiarkan fotograf kedua-dua
dokumen tersebut dengan transliterasi Rumi beserta terjemahan bahasa Inggeris.
2 Antara manuskrip-manuskrip Jawi ciptaan abad ke-17 yang diterbitkan oleh beliau
termasuklah sepucuk surat perjanjian tentang harga lada yang ditulis di Acheh pada
tahun 1600. Fotografi teksnya yang asal yang mengandungi lebih kurang 135 perkatan
dalam 14 baris diterbitkan bersama-sama transliterasi Rumi dengan ejaan bahasa
Indonesia.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
168
Wilkinson mengambil pendekatan transliterasi daripada Jawi kepada
Rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. (Ismail Dahaman,
2007:245). Dalam kaedah ini penulis melihat bahawasanya sistem ini
tidak sesuai di gunakan untuk merumikan kitab Tafsir Nur al-Ihsan,
memandangkan ianya dicipta berdasarkan bunyi dan ejaan sebutan
Inggeris.
Sistem Ejaan Rumi Za’ba (1940)
Sistem ejaan tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai “Sistem Ejaan
Rumi Za‟ba” walaupun mempunyai beberapa kelemahan, telah
digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan dalam urusan rasmi di
tanah air sejak tahun-tahun 40-an lagi. (Asmah Omar, 2008:92). Sistem
ejaan Rumi Za‟ba terus digunakan sehinggalah sistem ejaan Rumi
bahasa Melayu dikaji semula dan diselaraskan pada awal tahun 70-an.
(Ismail Dahaman, 2007:257). Sistem ejaan Za‟aba dilihat merupakan
satu sistem yang terkehadapan berbanding dengan sistem ejaan
Wilkinson kerana ianya dicipta oleh orang Melayu walaupun
mempunyai beberapa kelebihan dari segi pengejaannya berbanding
Ejaan Wilkinson, namun ianya juga tidak dirasakan sesuai untuk
dijadikan sistem bagi kajian terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan ini.
Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia (1943)
Ejaan Rumi yang dikenali Ejaan Fajar Asia ialah kaedah ejaan yang
terpakai dalam majalah dwi mingguan Fajar Asia yang diterbitkan di
Singapura bermula tahun 1943 di bawah Zainal „Abidin bin Ahmad
sebagai ketua pengarang. Ejaan ini digunakan pada zaman pendudukan
Jepun di Tanah Melayu, selepas berakhir pendudukan Jepun di Tanah
Melayu pada 1945 dan Tanah Melayu kembali kepada pemerintahan
British, ejaan ini terhenti penggunaannya dan Ejaan Za‟aba digunakan.
(Asmah Omar, 2008:93). Grafem yang digunakan dalam Fajar Asia
menunjukkan sedikit perbezaan sahaja daripada yang terdapat dalam
sistem ejaan Wilkinson dan dalam sistem ejaan Za‟ba. (Ismail
Dahaman, 2007:290). Walaupun sistem ejaan ini dilihat lebih baik
berbanding Ejaan Wilkinson dan Ejaan Za‟ba dari sudut grafem, namun
ianya juga tidak menepati untuk digunakan sebagai sistem ejaan di
dalam kajian terhadap Tafsir Nur al-Ihsan, kerana ianya masih lagi
tidak mempunyai pedoman dan transliterasi yang konsisten.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
169
Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1972)
Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi
ialah perumusan dan pelaksanaan ejaan Rumi baru bagi bahasa Melayu
dan bahasa Indonesia tahun 1972. Ejaan Rumi baru yang terkenal
dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM)
di Malaysia dan Pedoman Edjaan Bahasa Indonesia Jang
Disempurnakan (PEBIJD) di Indonesia itu ialah hasil daripada
perancangan bahasa pada peringkat supranasional dalam bidang ejaan,
iaitu salah satu langkah permulaan dalam bidang perancangan bahasa
bagi negara-negara yang berbahasa Melayu di rantau ini. (Ismail
Dahaman, 2007:353). Penulis melihat Sistem Ejaan Rumi Baharu
Bahasa Malaysia 1972 (SERBBM) ini merupakan satu sistem yang
sesuai untuk digunakan di dalam penyempurnaan kajian terhadap kitab
Tafsir Nur al-Ihsan ini kerana ianya lengkap dan terkini diantara
kesemua sistem-sistem yang ada.
SISTEM EJAAN RUMI BARU BAHASA MALAYSIA 1972
(SERBBM)
Di dalam tahun 1900 sehingga 1959, pelbagai sistem ejaan dan tulisan
telah diperkenalkan. Perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu
bermula pada tahun 1902 di mana sistem-sistem ejaan tersebut diubah
suai dan disesuaikan dengan bunyi vokal dari masa ke masa. (Ismail
Dahaman, 2007:241-241). Pelbagai sistem ejaan yang dicipta dari
dahulu umpamanya Sistem Ejaan Rumi Wilkinson, Sistem Ejaan Rumi
Za’ba, Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia, Sistem Ejaan Rumi PBMUM dan
banyak lagi sistem-sistem ejaan yang dicipta bagi memudahkan dan
melestarikan setiap padanan Jawi ke dalam padanan Rumi. Setiap
sistem ejaan mempunyai kelebihannya tersendiri bermula daripada
sistem ejaan rumi Wilkinson sehinggalah sistem ejaan PBMUM, namun
kesemua sistem-sistem ejaan ini tidaklah lengkap dan sempurna dari
sudut padanan dan tidak mempunyai satu pedoman yang khusus apatah
lagi untuk digunakan di dalam metodologi perumian terhadap kitab
Tafsir Nur al-Ihsan ini.
Justeru itu, penulis cenderung untuk menggunakan Sistem Ejaan
Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972 (SERBBM) untuk merumikan
teks-teks kitab Tafsir Nur al-Ihsan ini. Relevan pengambilan Sistem
Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972 (SERBBM) ini sebagai
metodologi perumian terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan adalah penulis
menganggapnya sebagai satu sistem ejaan yang lengkap dan sempurna.
Ianya mempunyai suatu sistem ejaan, iaitu aturan-aturan ejaan dan
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
170
pengejaan yang kebaikannya mengatasi semua sistem ejaan Rumi yang
ada sebelum ini. (Ismail Dahaman, 2007:354). SERBBM mengatur
kaedah tentang abjad Rumi, pelambangan vokal, pelambangan
konsonan, penggunaan huruf, penyukuan kata, pelambangan diftong,
penulisan awalan, penulisan kata depan, penulisan partikel, penulisan
kata ganti singkat, penulisan kata majmuk, dan penulisan kata ulang
yang kesemuanya didekati daripada sudut perubahan atau pembaharuan
yang dilakukan berbanding dengan sistem-sistem ejaan lama. (Asmah
Omar, 2008:93). Selain daripada itu, SERBBM adalah satu sistem
terbaik di Malaysia di bawah olahan dan pantauan Dewan Bahasa dan
Pustaka kerana ianya disusun dan segala sistemnya diolah berdasarkan
kepada Pedoman Umum Ejaan Baru Bahasa Malaysia (PUEBBM)3,
dan segala senarai lengkap pengejaan kata diterbitkan dalam Daftar
Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (DERBM) oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun 1981.
PADANAN HURUF JAWI-RUMI
Diantara permasalahan untuk merumikan sesuatu ejaan adalah
ketiadaan satu sistem pedoman ataupun padanan yang sesuai atau
disesuaikan dengan bunyi sesuatu vokal dan abjad. Untuk merumikan
kitab Tafsir Nur al-Ihsan yang tersedia dengan sistem tulisan Jawi maka
perlunya diketahui padanan ejaan Jawi-Rumi yang terkini.
Sesungguhnya abjad Jawi bahasa Melayu sekarang mengandungi 37
huruf bentuk tunggal yang tersusun sebagaimana Jadual 3.1: (DBP,
2008:78-79)
Jadual 3.1 Padanan Huruf Jawi-Rumi
Huruf Jawi Nama Padanan Rumi
Alif a ا
Ba b ب
Ta t ت
Ta marbutah t/h ة
Sa (tha) s, (th) ث
Jim j ج
3 Pedoman Umum Ejaan Baru Bahasa Malaysia adalah terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka bagi pihak Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Kuala Lumpur, cet.1, 1975, hlm.54.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
171
Ca c چ
Ha (ha) h, (h) ح
Kha (khO) kh خ
Dal d د
Zal (Dhal) z, (dh) ذ
Ra (rO) r ر
Zai z ز
Sin s س
Syin sy, (sh) ش
Sad (sOd) s, (s) ص
Dad (dOd) d, (d) ض
Ta (tO) t, (t) ط
Za (zO) z, (z) ظ
,Ain (ʕain) awal:a,i,u akhir:k ع
(‟)
Ghain gh غ
Nga ng ڠ
Fa f ؼ
Pa p ڤ
Qaf k,q, (q) ؽ
Kaf k ؾ
Ga g ڬ
Lam l ؿ
Mim m ـ
Nun n ف
Wau w,u,o ك
Va v ۏ
Ha h ق
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
172
Hamzah awal:gugur ء
akhir:k,(‟)
Ya y,i,e taling م
Ye (ye) e pepet ل
akhir ny
nya a ڽ
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka 2001
Catatan 1: Huruf di dalam tanda kurung ialah padanan untuk
transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi dan padanan untuk mengeja
istilah khusus daripada bahasa Arab.
Catatan 2: Huruf ۃ (ta marbutah) disepadankan dengan huruf Rumi h
dan t, dan t bagi padanan transliterasi. (DBP, 2001:71-72)
METODOLOGI PERUMIAN JAWI-RUMI
Sesungguhnya di dalam membuat padanan huruf dan cara menulis ejaan
terhadap tulisan Jawi dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan, didapati secara
keseluruhannya ianya sesuai dengan padanan-padanan huruf Jawi-Rumi
sebagaimana padanan diatas, namun terdapat beberapa permasalahan di
dalam memadankan huruf-huruf Jawi yang kadangkala boleh
mempunyai dua padanan huruf Rumi, ataupun boleh membawa kepada
makna dan sebutan yang lain. Diantara cara penulisan perumian yang
digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
Perumian terhadap Huruf Hamzah
Perumin huruf-huruf yang melibatkan huruf hamzah yang ditulis
sebagai pemisah antara dua huruf vokal ketika mana ditulis di dalam
tulisan Jawi, maka padanan Rumi bagi hamzah samada ai,au dan ui, di
tengah kata yang berpola KVVK. Contohnya sebagaimana Jadual 3.2:
Jadual 3.2 Perumian huruf hamzah
Ejaan Jawi Padanan Rumi
pais ڤاءيس
aib عاءيب
paus ڤاؤس
buih بوءيه
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
173
ghaib غاءيب
i) Istilah Serapan daripada Bahasa Arab
Istilah serapan ialah istilah ataupun kata atau perkataan atau istilah
serapan yang berasal daripada bahasa Arab yang mengandungi huruf
hamzah ditulis seperti kedudukannya dalam bahasa sumber. Contohnya
sebagaimana Jadual 3.3:
Jadual 3.3 Istilah serapan daripada bahasa Arab
Ejaan Jawi Padanan Rumi
wuduk كضوء
imlak امالء
ikhfak اخفأ
anbia انبيأ
makmum مأمـو
ii) Huruf hamzah yang bertemu huruf vokal alif waw dan ya
Huruf hamzah yang bertemu huruf vokal alif, waw dan ya di tengah
kata terutamanya kata terbitan dan kata majmuk, maka padanan Rumi
yang sesuai adalah dengan memadankannya dengan ejaan ai, au dan ui.
Contohnya sebagaimana Jadual 3.4:
Jadual 3.4 Huruf hamzah bertemu vokal alif, waw dan ya
Ejaan Jawi Padanan Rumi
setiausaha ستياءكسها
iaitu يأيت
tatausaha تاتأكسها
pancaindera ڤنچأيندرا
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
174
Huruf ta-marbutah dalam Kata Serapan daripada Bahasa Arab
Huruf ta-marbutah iaitu ۃ (huruf ta simpul), dalam kata serapan
daripada bahasa Arab melambangkan fonem [t] atau [h] sebagai
kelainan sebutan (sekiranya kelainan sebutan tidak membezakan
makna). Contohnya sebagaimana Jadual 3.5:
i) Bunyi [t] dengan ejaan ta marbutah (ۃ):
Jadual 3.5 Huruf ta marbutah
Ejaan Jawi Padanan Rumi
adat عادة
aurat عورة
tabiat طبيعة
ii) Bunyi [h] dengan ejaan ta marbutah (ۃ):
Ejaan Jawi Padanan Rumi
fatihah فاحتة
madrasah مدرسة
surah سورة
iii) Bunyi [t] atau [h] dengan ejaan ta marbutah (ۃ):
Ejaan Jawi Padanan Rumi
akibat/akibah عاقبة
hidayat/hidayah هداية
kaifiat/kaifiah كيفية
musibat/musibah مصيبة
Pengejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
175
Di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan sememangnya terdapat banyak
penggunaan perkataan-perkataan yang diambil daripada bahasa Arab.
Justeru itu, untuk memudahkan pengalihan tulisan daripada Jawi (Arab)
kepada Rumi, satu kaedah untuk mengeja kata serapan daripada bahasa
Arab yang berupa istilah khusus adalah dengan dieja seperti ejaaan asal
dalam bahasa Arab. Contohnya sebagaimana Jadual 3.6:
Jadual 3.6 Pengejaan kata serapan daripada bahasa Arab
Ejaan Jawi Padanan Rumi
wuduk كضوء
wuquf كقوؼ
tayamum تيمم
sujud سجود
zakat زكاة
hadith (hadith) حديث
Selain itu juga huruf alif maqsurah (ى) yang melambangkan bunyi
vokal [a] dalam ejaan asal bahasa Arab dikekalkan demikian dalam
ejaan Jawi dan dieja dengan vokal [a] dalam Rumi. Contohnya:
Ejaan asal Arab Ejaan Jawi Padanan Rumi
Musa موسى موسى
Isa عيسى عيسى
Allah ta‟ala اهلل تعاىل اهلل تعاىل
dakwa دعول دعول
fatwa فتول فتول
takwa تقول تقول
Penulisan Kata Ulang
Di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan, terdapat banyak kata ulang yang
digunakan oleh pengarang di dalam memberikan penerangan dan
penafsirannya terhadap ayat-ayat al-Quran, maka metodologi penulisan
di dalam menulis perkataan-perkataan yang diulang adalah seperti
Jadual 3.7:
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
176
i) Kata ulang penuh ditulis dengan mengunakan tanda angka dua
Arab, iaitu (٢) dalam Jawi manakala untuk tulisan Rumi ianya ditulis
dengan tanda sempang (-). Kata ulang penuh termasuklah kata ulang
semu dan kata ulang jamak. Penulisan kata ulang semu adalah seperti
berikut:
Jadual 3.7 Penulisan kata ulang.
Tulisan Jawi Tulisan Rumi
٢انام Anai-anai
٢البه Labah-labah
٢سيا Sia-sia
٢كوڤو Kupu-kupu
٢اليب Labi-labi
٢سومڤه Sumpah-sumpah
ii) Penulisan kata ulang jamak adalah seperti contoh berikut:
Jadual 3.7 Penulisan kata ulang.
Tulisan Jawi Tulisan Rumi
٢باءيق Baik-baik
٢بوكو Buku-buku
٢انق Anak-anak
٢ڠاكؿ Ulang-ulang
٢تيڤ Tiap-tiap
٢بسر Besar-besar
iii) Apabila bahagian kata yang diulang itu berubah bentuknya,
tanda sempang digunakan sebagai tanda ulangan di dalam tulisan Rumi
dan bukannya dengan menggunakan teknik penomboran (2) atau ditulis
dengan menyambungan terus sebagaimana yang digunakan dalam Jawi
lama khususnya di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Kata ulang jenis ini
termasuklah kata ulang berimbuhan dan kata ulang berentak. Contoh-
contoh adalah sebagaimana berikut:
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
177
3.7 Penulisan kata ulang.
Tulisan Jawi Tulisan Rumi
ڽ٢اخري Akhir-akhirnya
٢برجالن Berjalan-jalan
Mudah-mudahan مودمهدهن
Semata-mata مستمات
Selama-lama سلملما
٢برچيتا Bercita-cita
٢فڠبرا Berangan-angan
٢ڠداكؿ Diulang-ulang
Penulisan Gabungan Kata
Seterusnya selain daripada itu juga, terdapat satu sistem tulisan Jawi di
dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan yang mana apabila ianya dirumikan
nanti tidak menepati sistem tulisan bahasa Melayu masa kini,
sebagaimana yang telah dikemaskinikan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka. Maka dengan itu, satu sistem telah dibuat dengan meletakkan
kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk rangkai
kata istilah khusus dan kata majmuk, ditulis terpisah antara satu sama
lain. Contohnya sebagaimana Jadual 3.8:
Jadual 3.8 Penulisan gabungan kata.
Tulisan Jawi Tulisan Rumi
Oleh kamu اكليهكامو
مريكئتله \مريكئت Mereka itu/ mereka itulah
معصيتكندم \لڤسكندم Lepaskan dia/ maksiatkan dia
مڬدنال \اكاندكو Akan dikau/ dan lagi
لينچرڬترڠم Yang tergelincir
ددكؽڠم Yang duduk
أمڤتڠم Yang empat
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
178
Bagi tulisan-tulisan seperti diatas maka penulis cenderung untuk
memisahkannya, walaupun tulisan asal dalam tulisan Jawi dalam kitab
Tafsir Nur al-Ihsan ditulis dengan bersambung, begitu juga terhadap
kata yang menggunakan „yang’ (يڠ), ditulis dengan renggang iaitu tidak
disambungkan sebagaimana contoh diatas.
Penulisan Kata Ganti Singkat
Terdapat empat kata ganti singkat iaitu kau, ku, mu dan nya, yang
kesemuanya merupakan bentuk terikat dalam Ejaan Rumi Baru (ERB).
Terdapat dua cara menulis bentuk-bentuk ini iaitu:
i) Perkataan ku, kau dan nya yang berfungsi sebagai akhiran ditulis
serangkai dengan kata yang mendahuluinya, contohnya: rumahku,
rumahmu, rumahnya, menemuiku, menemuinya, menemuimu,
daripadaku, daripadanya, daripadanmu.
ii) Huruf pertama pada mu dan nya yang berfungsi sebagai ganti
nama Tuhan ditulis dengan huruf besar dan disempangkan daripada kata
yang mendahuluinya, misalnya: hamba-Mu, rahmat-Nya, perlindungan-
Nya dan lain-lain.
Penulisan Partikal
Partikal yang ditetapkan aturan tentang cara penulisan dalam ERB ialah
lah, kah, tah dan pun. Dalam PUEBM ketiga-tiga lah, kah dan tah
disatukan dengan kata yang mendahuluinya tanpa menggunakan tanda
sempang seperti dalam ejaan Za‟aba, misalnya: adalah, ambillah,
apakah, kenapakah dan bilakah. PUEBM menetapkan dua cara menulis
partikel pun yang berdasarkan fungsinya. Partikel pun yang ditulis
terpisah daripada kata yang mendahuluinya ialah pun yang pada
mulanya berfungsi atau bererti ”juga”, misalnya: ”Apa pun boleh
terjadi.” dan ”Dia pun pergi”. Pun yang diserangkaikan dengan kata
yang mendahuluinya ialah yang berfungsi sebagai komponen yang
membentuk kata hubung yang terhad bilangannya yang dalam PUEBM
disenaraikan sejumlah 13 kata, termasuk adapun, ataupun,
bagaimanapun, sungguhpun dan walaupun.
Penulisan Huruf
Di dalam merumuskan aturan tentang penulisan huruf besar (huruf
kapital) dan huruf miring (huruf italik atau huruf condong), penulis
akan menggunakan tulisan condong atau italik terhadap kalimah-
kalimah bahasa Arab, kalimah-kalimah bahasa Arab yang telah
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
179
terasimilasi dengan bahasa Melayu dan termuat di dalam Kamus Dewan
tidak ditulis dengan condong bahkan hanya ditulis seperti biasa dan
hanya menggunakan transliterasi Arab/Jawi-Rumi untuk memudahkan
ianya disebut. Terhadap penulisan huruf besar, penulis cenderung
menggunakan seperti kebiasaannya sebagaimana yang terdapat pada
Sistem Ejaan Bharu Bahasa Malaysia yang berpandukan kepada buku
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, umpamanya seperti berikut:
(PUEBM,1987:11-14)
i) Huruf besar digunakan bagi huruf pertama kata awal ayat.
ii) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.
iii) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan
yang berhubungan dengan kitab suci dan nama Allah, termasuk kata
ganti untuk Allah.
iv) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama gelaran
kehormatan, keturunan dan keagamaan yang diikuti nama orang seperti
Nabi Muhammad, Imam Syafi’e dan lain-lain.
v) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama
orang, seperti: Khalid al-Walid, Siti A’isyah, Ummu Salamah, Abdullah
bin Salam dan lain-lain.
vi) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa,
suku bangsa dan bahasa, seperti: bangsa Melayu,kaum Quraisy, bani
Quraizah, bani Jan dan lain-lain.
vii) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama tahun,
bulan, hari, hari raya dan peristiwa sejarah seperti: tahun Hijrah, tarikh
Masehi, bulan Ogos, bulan Maulud, hari Jumaat dan lain-lain.
Tanda Baca
SERBBM juga mengandungi rumusan tentang aturan penggunaan tanda
baca yang dianggap sebagai satu komponen penting dalam sistem ejaan
bahasa Melayu. Terdapat sejumlah 16 jenis tanda baca sebagaimana
yang terdapat di dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu
(PUEBM), tanda-tanda baca tersebut adalah: tanda titik (.), tanda koma
(,), tanda koma bertitik (;), tanda titik bertindih (:), tanda sempang (-),
tanda pisah (-), tanda elipsis (...), tanda tanya (?), tanda seru (!), tanda
kurung ((...)), tanda kurung siku ([...]), tanda petik (”...”), tanda petik
tunggal (‟...‟), tanda garis miring (/), dan tanda penyingkat (‟). (DBP,
2007:385). Di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan, sememangnya hampir
kesemua teks tidak diletakkan tanda baca khususnya tanda titik dan
koma yang mana ianya menyukarkan untuk pembacaan dan
pemahaman, justeru itu kajian ini akan meletakkan tanda baca
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
180
khususnya tanda titik dan koma dan tanda-tanda yang lain yang
dirasakan perlu
PENTAHQIQAN
Menurut peristilahan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010) edisi
keempat perkataan tahqiq atau tahkik bermaksud pengesahan sesuatu
kebenaran dengan bukti, manakala perkataan mentahkikkan membawa
maksud membuktikan kebenarannya, membenarkan, mengesahkan,
menyunting sesuatu karya. Seterusnya istilah pentahkikan merujuk
kepada proses mentahkikkan sesuatu maklumat. Manakala menurut Dr
Fahmi Sa‟ad dan Dr Tilal Majzub menyatakan bahawa makna tahqiq
dari segi bahasa ialah membenarkan, mensabitkan yang hak, dan
menghukum sesuatu, dan mensahihkannya. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr.
Tilal Majzub, 1993:18). Setelah melihat kepada definisi-definisi tahqiq
diatas maka dapat dilihat bahawasanya proses pentahqiqan ini
melibatkan satu proses penyelidikan yang luas yang mana ianya
melibatkan pengesahan, pensabitan, pensahihan, penghukuman dan
banyak lagi, namun disini bolehlah dirumuskan bahawasanya
pentahqiqan itu bermaksud menyelidiki setiap fakta dan maklumat yang
terkandung di dalam sesebuah kitab mahupun manuskrip dan
dibuktikan kebenarannya dengan mendatangkan hujah-hujah dan dalil
yang nyata disamping memudahkan dan memperkemas terhadap
perolehan data dengan meletakkan nota kaki dan sebagainya, maka
pentahqiqan terhadap kajian ini hanya menjurus mengeluarkan hadith-
hadith di dalamnya dan meletakkan sumber asal peletakan hadith
berkenaan disamping meletakkan nama dan nombor ayat al-Quran
untuk memudahkan lagi rujukan.
KAEDAH-KAEDAH PENTAHQIQAN
Sebelum memulakan penulisan oleh seseorang pentahqiq itu terhadap
penelitian dan uji kaji terhadap sesebuah kitab mahupun manuskrip,
pentingnya untuk mereka yang ingin mentahqiq mengetahui selok-
belok ataupun peringkat-peringkat pentahqiqan kerana dengannya
tugasan akan menjadi lebih mudah disamping hasil yang diperolehi
lebih tepat, diantara peringkat-peringkat pentahqiqan tersebut ialah:
(Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:30)
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
181
Memotong Nas dan Membahagi Berdasarkan Perenggan
Sesuatu yang penting di dalam pentahqiqan, sebagaimana yang
diketahui sebelum ini, ialah membangkitkan nas yang lepas yang
bermanfaat dan menghidupkannya untuk memberi manfaat yang besar
kepada kebanyakan manusia, iaitu membentangkan kitab sebagaimana
yang diinginkan oleh pengarangnya. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal
Majzub, 1993:31). Di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan sememangnya
terdapat banyak nas-nas syara‟ yang dijadikan dalil oleh pengarang
kitab iaitu Haji Muhammad Sa‟id, namun penelitian dan fokus kajian
ini hanya tertumpu terhadap hadith-hadith yang dinyatakan oleh beliau.
Sesungguhnya bukanlah daripada tujuan dan matlamat tahqiq
ini semata-mata untuk mentahsin uslub pengarang dan memperbetulkan
kesilapannya, tetapi semestinya bagi seseorang pentahqiq itu untuk
mencari dan mengikat nas-nas yang terdapat padanya, namun jika
didapati bahawasanya kedudukan nas-nas tersebut tidak tersusun, maka
hendaklah sewajarnya bagi pentahqiq itu menyusunnya, umpamanya
membahagikannya kepada bab-bab dan fasal-fasal, kemudian
membahagikan pula setiap bab dan fasal berkenaan kepada peranggan-
perenggan, dan menyusun perenggan-perenggan tersebut supaya ianya
kelihatan cantik. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:31).
Untuk kajian terhadap manuskrip sememangnya perlu untuk
membahagikan kepada bab-bab tertentu dan tajuk-tajuk kecil supaya
ianya kelihatan kemas dan mudah dibaca, namun untuk kajian terhadap
kitab seperti kitab Tafsir Nur al-Ihsan, sememangnya pengarang telah
sedia membahagikan bab-bab dan tajuk-tajuk tertentu untuk
memudahkan pembacaan, namun dari satu sudut yang lain, penulis akan
melakukan penambahbaikan dari sudut teknikal yang lain umpamanya
meletakkan jumlah ayat disetiap perbahasan tajuk-tajuk kecil iaitu
bermaksud tajuk perbahasan ini bermula daripada ayat berapa hingga ke
ayat berapa dan dinyatakan juga nama surah berkenaan, umpamanya
seperti berikut:
( (Tegah ambil lain bangsa tempat rahsia) )
(Surah Ali-Imran ayat 118-122)
( أيػها الذين آمنوا ال تػتخذكا بطانةن من دكنكم يا ) Hai segala orang Mukmin
jangan kamu ambil orang buat tempat rahsia itu daripada bangsa lain kamu
daripada Yahudi dan Munafiqin (ال يألونكم خباال) tiada ditaksir mereka itu
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
182
akan kamu pada berbuat fasad bagi kamu binasa ( كدكا ما عنتم) cita-cita
mereka itu akan kelemahan mudharat kamu (قد بدت البػغضاء من أفػواههم) sungguh telah zahir berseteru itu daripada segala mulut...
Diantara kerasionalan penambahbaikan ini adalah untuk
memudahkan lagi kepada para pembaca mahupun penulis mengingat
mahupun mengetahui akan isi kandungan penting terhadap skop
perbahasan sesuatu surah dan ayat tertentu khususnya. Selain daripada
itu juga penulis cenderung untuk meletakkan bila turunnya surah
berkenaan disamping meletakkan bilangan nombor surah dalam al-
Quran, umpamanya seperti berikut:
(4)Surah al-Nisa’ Madaniyyah
Diturunkan selepas surah al-Mumtahanah
(Seratus tujuh puluh lima atau enam atau tujuh ayat)
Bismillahirahmanirahim ( نػفس يا أيػها الناس اتػقوا ربكم الذم خلقكم من Hai segala manusia takut oleh kamu akan tuhan kamu yang menjadi ia (كاحدة
akan kamu daripada diri yang satu Adam dengan kamu taat akan Dia dan
jangan kamu maksiatkan Dia (ها زكجها Dan menjadi ia daripadanya (كخلق منػ
Adam itu isterinya Hawa daripada satu tulang rusuk Adam yang kiri dalam
syurga dengan tiada berasa Adam ( هما رجاال كثرينا كنساء كبث منػ ) Dan
menghembur ia daripada keduanya akan beberapa laki-laki yang banyak dan
perempuan yang banyak kata setengah ulama‟ tiada mati Adam hingga lihat
Adam hingga lihat anak cucu cicit empat puluh ribu...
Rasional kaedah ini dilakukan adalah untuk memudahkan
kepada para pembaca mahupun penulis mengingati akan kedudukan
bilangan surah-surah tertentu di dalam susunan al-Quran yang sebenar,
selain daripada itu juga, peletakan bila diturunkan sesuatu surah itu juga
memudahkan dan menambahkan lagi pengetahuan bagi sesiapa yang
merujuk kitab Tafsir Nur al-Ihsan ini apabila ianya dicetak kelak.
Apabila menemukan oleh seseorang pentahqiq itu terhadap nas-nas
yang tidak ada padanya tajuk perbahasan mahupun rujukan padanya,
maka hendaklah diletakkan tajuk perbahasan bagi setiap fasal dan tajuk-
tajuk cabang bagi setiap perenggan supaya ianya mudah difahami dan
kelihatan cantik, begitu juga terhadap tanda-tanda bacaan seperti alamat
istifham dan ta’ajub. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:31),
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
183
namun ianya hanya boleh dilakukan terhadap kajian yang berbentuk
manuskrip, sedangakan kitab Tafsir Nur al-Ihsan telah sedia terhasil
sebagai sebuah kitab dan kandungan di dalamnya telah siap diletakkan
tajuk-tajuk perbahasan dan diletakkan perenggan-perenggan, namun
terdapat banyak di beberapa tempat, ketiadaanya peletakan nokhtah
sebagai tanda berenti selain huruf-huruf Jawi yang tiadanya titik dan
kalimah-kalimah tertentu yang tidak jelas kerana masalah cetakan,
namun terhadap masalah ini, penulis akan meletakkan tanda nokhtah di
tempat yang dirasakan sesuai dan terhadap huruf-huruf Jawi yang tiada
titik dan kalimah tidak jelas, maka penulis akan meletakkannya sesuai
dengan kesesuaian ayat dan perbahasan dengan merujuk kembali
kepada kitab asal iaitu kitab Tafsir Jalalayn ataupun kitab Hasiyah al-
Allamah al-Sawi ala Tafsir al-Jalalayn, dengan itu masalah kesukaran
pembacaan terhadap teks Jawi yang tidak mempunyai titik huruf dalam
kitab Tafsir Nur al-Ihsan dapat diatasi setelah ianya dirumikan.
Penelitian terhadap Nas dan Menguatkannya
Sesungguhnya langkah yang mula-mula untuk membuat penelitian
terhadap nas-nas yang khususnya terhadap kajian manuskrip ialah
menuliskan semula dengan tulisan sebagaimana meletakkan penulis
akan tulisannya, ini kerana tujuannya adalah untuk menjaga kehormatan
dan sebagai sifat amanah, akan tetapi kebiasaan seseorang pentahqiq itu
akan menulis sebagaimana tulisan yang diketahuinya pada hari ini. (Dr.
Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:32), namun berbeza pula
sebagaimana kajian yang dilakukan oleh penulis terhadap kitab Tafsir
Nur al-Ihsan, di dalam kajian ini, penulis telah membuat pengalihan
tulisan daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, ianya bukanlah
bertujuan untuk merosakkan sistem tulisan pengarang mahupun
menidakkan tulisan Jawi, namun ianya tidak lain adalah bertujuan untuk
memudahkan dan memperkemas kitab Tafsir Nur al-Ihsan disamping
pengekalan terhadap norma-norma keaslian dan keklasikannya. Kaedah
yang terbaru di dalam penelitian terhadap jenis tulisan dan baris iaitu
tambahan harkat kepada sesuatu kalimat, sebagaimana pada hari ini
dengan merujuk kitab-kitab asma’ yang telah sedia dibukukan. Sebagai
contohnya pertukaran perkataan سليمن ditulis sebagai سليماف dan
pertukaran perkataan يس kepada ياسني dan sesungguhnya ianya adalah
untuk memelihara baris terhadap sesuatu perkataan yang mana jika
tersalah baris akan membawa kepada makna yang berbeza. Begitu juga
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
184
terhadap baris ayat-ayat hadith dan syair yang akan mempunyai
pelbagai makna jika diletakkan baris yang berlainan. (Dr. Fahmi Sa‟ad
dan Dr. Tilal Majzub, 1993:32), sesungguhnya terdapat banyak
perkataan-perkataan yang diambil daripada bahasa Arab di dalam kitab
Tafsir Nur al-Ihsan, di dalam penafsirannya juga perkataan-perkataan
dengan tulisan Jawi yang mana ianya hampir sama penggunaannya
dengan bahasa Arab dari segi perletakan baris, justeru itu ianya akan
menjadi mudah untuk disebut setelah ianya dirumikan, kerana sistem
rumi mengeja beserta siap dengan baris apatah lagi apabila ianya
disertakan dengan transliterasi huruf, oleh itu salah satu kepentingan
dan kelebihan perumian terhadap kajian ini adalah ianya boleh dibaca
dengan mudah. Selain itu juga seseorang pentahqiq itu juga perlu
sentiasa menyemak dan memperbetulkan nas-nas yang terkandung di
dalamnya atau kaedah ini lebih sesuai dipanggil sebagai kaedah takhrij,
iaitu proses dimana seseorang merujuk kembali setiap nas-nas yang
digunakan oleh pengarang kitab yang tidak disebutkan sumbernya
kepada rujukan sumber asalnya dan dinyatakan di dalam nota kaki atau
hasiyah sama ada ianya berlaku penambahan atau pengurangan
mahupun perbezaan dari segi lafaz. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal
Majzub, 1993:34). Sesungguhnya kajian terhadap takhrij hadith ini,
ianya merupakan satu kaedah meneliti sumber asal hadith-hadith untuk
menentukan perletakan sesuatu hadith, sama ada ianya hadith mahupun
bukan, kesahihan mahupun kedaifan sesuatu hadith itu untuk dijadikan
hujah. Penulis telah menyelidiki setiap metodologi pentahqiq
khususnya metodologi yang digunapakai oleh para muhaqqiq untuk
mentahqiq kitab-kitab tafsir antaranya ialah sebagaimana berikut:
Sebagaimana yang dilakukan tahqiq terhadap kitab Tafsir
Manahil ’Irfan fi ’Ulum al-Quran yang dikarang oleh al-Allamah
Syeikh Muhammad Abd al-Azim al-Zarqani oleh Abu al-Fadhl Ahmad
bin Ali al-Dimyati. Di dalam mukadimah pentahqiq berkenaan telah
dinyatakan manhaj yang digunakan untuk mentahqiq kitab berkenaan
dan ianya terbahagi kepada 5 perkara utama iaitu: (Ahmad Ali, 2001:5)
1- Mengeluarkan ayat-ayat, iaitu tafsiran pengarang kitab.
2- Mentakhrij hadith dan hukum dan apa yang berkaitan
dengannya dengan menggunakan kaedah hadith.
3- Meneliti nas dan menguatkannya.
4- Melakukan terjemah atau penerangan dan tambahan maklumat
kepada sesuatu perkara yang dirasakan perlu umpamanya seperti
biodata, tarikh, dan sejarah.
5- Menafsirkan perkataan-perkataan yang susah atau janggal.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
185
Begitu juga kaedah yang dilakukan keatas kitab al-Itqan fi
’Ulum al-Quran karangan al-Imam al-Hafiz Jalaluddin Abd al-Rahman
al-Suyuti yang telah ditahqiq oleh Muhammad Abu al-Fadhl Ibrahim.
Pada mukadimah tersebut dinyatakan bahawasanya jalan tahqiq yang
akan di lakukannya ialah dengan meneliti nas-nas samada nas dari al-
Quran mahupun hadith, menyatakan nama dan nombor ayat al-Quran
dan diletakkan di nota kaki, memberikan definisi pada kalimah tertentu
dan lain-lain lagi. (Abu al-Fadhl Ibrahim, 1967:11). Seterusnya, begitu
juga yang dilakukan terhadap kitab al-Jami’ li Ahkam al-Quran yang
dikarang oleh Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-
Qurtubi yang ditahqiq oleh Dr. Muhammad Ibrahim al-Hafnawi dan Dr.
Mahmud Hamid Uthman. Dalam mukadimah yang dinyatakan oleh
beliau, mereka menggariskan sepuluh kaedah yang dilakukan oleh
mereka di dalam mentahqiq kitab Imam al-Qurtubi dan empat kaedah
daripadanya menyamai sebagaimana pentahqiq yang lain, sebagaimana
yang penulis akan lakukan iaitu: (Ibrahim al-Hafnawi & Mahmud
Hamid Uthman, 1996:10-11)
1- Meneliti ayat-ayat al-Quran. Terkadang banyak ayat-ayat al-
Quran yang tersalah baris dan ini akan mengubah makna ayat.
2- Takhrij ayat al-Quran dengan menisbahkannya kepada surah dan
bilangannya.
3- Takhrij hadith-hadith dan menyatakan sumber asalnya.
4- Mensyarahkan atau memberikan makna terhadap lafaz-lafaz
yang asing atau susah.
Manakala 6 lagi kaedah tahqiq yang tidak dilakukan oleh penulis
terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan ialah sebagaimana berikut:
1- Takhrij qiraat.
2- Takhrij athar.
3- Tahqiq hukum-hukum dan pandangan-pandangan yang
dinyatakan dalam kitab.
4- Mengeluarkan syawahid syair.
5- Menterjemah atau memberikan perincian terhadap sesuatu
perkara yang penting seperti nama, tarikh dan istilah-istilah tertentu
yang dirasakan perlu.
6- Merujuk setiap sumber terhadap nas-nas yang dinyatakan oleh
pengarang kitab.
Maka setelah penulis meneliti kaedah pentahqiqan khususnya
pentakhrijan keatas hadith-hadith di dalam kitab tafsir berkenaan,
penulis mendapati ianya merupakan kaedah yang sesuai untuk
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
186
digunakan memandangkan mereka tergolong sebagai golongan yang
mempunyai pengalaman dan ilmu yang tinggi dalam bidang
pentahqiqan ini. Apabila diketahui bahawasanya seseorang pengarang
kitab itu menyatakan atau meletakkan rujukan kepada sesebuah kitab
tertentu, maka seseorang pentahqiq itu perlu merujuk kembali kepada
kitab berkenaan sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang.
Umpamanya terhadap ayat-ayat al-Quran, hadith-hadith Nabawiyyah,
syair-syair dan amthal, seseorang pentahqiq itu perlu merujuk kembali
bilangan dan nombor ayat al-Quran dan nama surah berkenaan.
Sebegitu juga terhadap sumber hadith, amthal dan sebagainya perlu
dirujuk kembali daripada mana datangnya ia. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr.
Tilal Majzub, 1993:35)
Menyediakan Nota Kaki
Sesungguhnya penyediaan nota kaki merupakan juzuk yang penting di
dalam proses pentahqiqan, menyebutkan padanya kesilapan bahasa
mahupun penerangan terhadap maknanya yang mana kadang-kadang
sesuatu perkataan itu mempunyai banyak maknanya. Selain itu juga
kepentingan perletakan nota kaki adalah untuk menjelaskan
kemusykilan khususnya berkaitan nas-nas, pentafsiran dan lafaz-lafaz
susah yang mana terkadang pengarang menggunakan istilah-istilah
tertentu. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:42). Sebagai
contohnya beberapa kesilapan yang dikesan terhadap kitab Tafsir Nur
al-Ihsan ialah kesalahan ejaan terhadap perkataan (حديث كچيل) (hadith
kecil) yang sepatutnya ianya adalah (حدث كچيل) (hadas kecil), penulis
beranggapan ianya merupakan satu kesalahan setelah mengambil kira
perbahasan tajuk dan melihat akan kesinambungan tajuk berikutnya
yang membicarakan tentang bersuci iaitu hadas kecil dan hadas besar
sebagaimana contoh berikut yang telah dirumikan:
( ( Hukum wuduk ) )
Hadas kecil ( الصالة يا أيػها الذين آمنوا إذا قمتم إىل ) Hai segala mereka yang
beriman apabila kamu hendak berdiri pada sembahyang dan berhadas ( فاغسلوا (كجوهكم كأيديكم إىل المرافق كامسحوا برءكسكم كأرجلكم إىل الكعبػني maka basuh oleh kamu akan segala muka kamu dan dua tangan kamu hingga
dua siku dan sapu oleh kamu dengan kepala kamu dan kaki kamu hingga dua
mata kaki empat anggota wudhu‟ dan diambil daripada sunat wajib niat dan
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
187
tertib jadi enam fardhu wudhu‟ wajib sapu sekalian kepala pada Imam Malik
dan Imam Ahmad. Wajib sering pada Imam Abu Hanifah dan barang yang
dinama sapu pada Imam Syafi‟e. (Muhammad Sa‟id: 210)
( ( Hukum Junub ) )
Hadas besar (كإف كنتم جنبنا فاطهركا) dan jika ada kamu junub maka bersuci
kamu dengan mandi junub niat angkat hadas besar dan merata air bulu dengan
kulit. (Muhammad Sa‟id: 211)
Selain itu juga penulis akan meletakkan pada bahagian nota kaki
akan nombor ayat dan nama surah sebagai salah satu kaedah tahqiq dan
bukannya diletakkan nombor diakhir ayat di dalam perenggan kerana
ianya dirasakan menjadikan perenggan tidak kemas dan tidak teratur,
disamping meneliti nas-nas ayat al-Quran yang didatangkan di dalam
kitab Tafsir Nur al-Ihsan berdasarkan panduan kepada Tafsir Pimpinan
al-Rahman, kerana penulis mendapati terdapat ayat-ayat al-Quran yang
diletakkan salah baris dan tertinggal perkataan, namun penulis
beranggapan ianya bukanlah kelemahan mahupun kecuaian pengarang
kitab bahkan ianya lebih kepada kesalahan sistem cetakan sebagai
contohnya:
( رهاكلما نضج لناهم جلودنا غيػ ت جلودهم بد ) tiap-tiap terbakar kulit mereka
itu kami ganti akan mereka itu kulit yang lain satu saat seratus kali ganti
dengan kembali kepada jalan yang mula belum terbakar ( ليذكقوا العذاب) supaya merasa mereka itu akan azab Allah (( ا ٦٥) إف الله كاف عزيزنا حكيمن )
bahawasanya Allah ta‟ala itu amat mulia kekerasan tiada lemah akan dia suatu
lagi amat hakim pada makhluknya. (Muhammad Sa‟id:173)
Teks diatas merupakan teks yang telah dirumikan oleh penulis
dan telah disemak dan diperbetulkan kesalahan barisnya, kesalahan
asalnya ialah terdapat kesalahan baris pada kalimah ( لناهم iaitu pada (بد
kitab Tafsir Nur al-Ihsan ianya ditulis sebagai (لناهم dengan (بد
mengkasrahkan huruf ba yang pada asalnya ianya berbaris fathah.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
188
Menulis Muqadimah
Sebelum seseorang pentahqiq itu memulakan terhadap pentahqiqan
nas-nas, perlunya untuk menulis muqadimah di awal permulaan kitab,
ianya dilihat sebagai panduan dan maklumat terhadap pembaca
terhadap perbahasan tahqiq dan sebagai bukti kesungguhan, kebenaran
dan kesahihan terhadap kajian yang dijalankan. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan
Dr. Tilal Majzub, 1993:44). Sesungguhnya tiada had tertentu yang
khusus untuk meletakkan muqadimah, namun selalunya ianya
diletakkan sebagai ringkasan sahaja dan kadang-kadang ada juga yang
panjang. Diantara tiga perkara penting yang perlu ada pada muqadimah
ialah takrif atau definisi tentang kitab mahupun manuskrip dan
kepentingannya, seterusnya perlu dinyatakan manhaj pentahqiq iaitu
kaedah yang digunakan dalam pelaksanaan pentahqiqan tersebut dan
yang terakhir perlu dinyatakan akan kesungguhan dan semangat
pentahqiq berkenaan komitmennya terhadap kajian berkenaan. (Dr.
Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:44). Selain itu juga perlu
dimasukkan ke dalam muqadimah ialah pengenalan tentang pengarang
kitab berkenaan, keluarganya, pendidikannya, kecenderungannya, guru-
gurunya yang mana dia belajar dan juga suasana persekitaran dan
zaman masa kehidupan pengarang kitab. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal
Majzub, 1993:44). Perbahasan terhadap pengarang kitab Tafsir Nur al-
Ihsan ini penulis telah letakkannya di dalam satu bab iaitu bab kedua
daripada kajian ini, begitu juga pengenalan terhadap kitab, metodologi
penafsiran, metodologi kitab dan lain-lainnya.
KESIMPULAN
Sesungguhnya penggunaan Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa
Malaysia 1972 (SERBBM) di dalam kajian perumian ini adalah kerana
ianya merupakan satu sistem terkini dan terbaik yang mana ianya
diadaptasi dan merupakan satu sistem penambahbaikan daripada
sistem-sistem yang ada di Malaysia khususnya terhadap Sistem Ejaan
Rumi Za’ba. Selain daripada itu juga, pemilihan SERBBM 1972 adalah
disebabkan ianya mengandungi satu pedoman khusus iaitu Pedoman
Umum Ejaan Baharu Bahasa Melayu (PUEBBM) yang mana ianya
disusun dan diolah berdasarkan pedoman tersebut, dan segala senarai
lengkap perkataan dimuatkan di dalam Daftar Ejaan Rumi Bahasa
Melayu (DERBM) disamping menggunakan pedoman umum ejaan
Jawi-Rumi yang telah sedia terdapat di dalamnya. Kaedah pentahqiqan
yang dilakukan adalah sebagaimana kaedah yang dilakukan oleh
kebanyakan ahli tahqiq kitab tafsir yang berwibawa khusunya
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
189
mengikuti kaedah pentahqiqan terhadap kitab Tafsir Jami’ al-Ahkam,
Tafsir Manahil Irfan, Tafsir Itqan fi Ulum al-Quran dan banyak lagi.
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim.
Asmah, Omar, Ensiklopedia Bahasa Melayu, 2008, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), 2001, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), 2008, edisi kedua,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Daftar Ejaan Rumi-Jawi, 1988, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Daftar Ejaan Rumi Baru, 1991, Brunei Darussalam, Dewan Bahasa dan
Pustaka Brunei.
Fahmi Sa‟id & Tilal Majzub. 1993, Tahqiq al-Mahtutat baina al-
Nazariyah wa al-Tadbiq. Beirut, cAlim al-Kitab.
Hashim, Hj Musa. 1999. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail, Dahaman. 2007. Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, 2006, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Sa‟id, 1391H.Tafsir Nur al-Ihsan, Maktabah wa Matbuah
al-Hadi wa Auladuhu
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, 1987, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan, 1986, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Qurtubi, Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari, 1996. Al-
Jami‟ li Ahkam al-Qur‟an. Jil.1. Muhammad Ibrahim al-
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
190
Hafnawi &Mahmud Hamid Uthman (pnthq). Kaherah: Dar al-
Hadis.
Al-Suyutiyy, Jalal al-Din cAbd al-Rahman bin Abi Bakr. 1967. Al-
Itqan fi Ulum al-Qur‟an. Jil.1. Muhammad Abu al-Fadhl
Ibrahim (pthq.). Kaherah: Maktaba Dar al-Turath.
Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur‟an.
Al-Zarqani, Muhammad Abd al-Azim, 2001, Manahil al-Irfan fi Ulum
al-Qur‟an, jil 1, Abu al-Fadhl Ahmad bin Ali al-Dimyati (pthq),
Kaherah, Dar al-Hadis.