METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB...

26
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015 165 METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB KLASIK, KAJIAN TERHADAP KITAB TAFSIR NUR AL-IHSAN Luqman Hakeem Bin Rusdi ABSTRAK Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan Jawi klasik yang sukar untuk dibaca apatah lagi difahami oleh masyarakat kini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendedahkan metodologi perumian dan pentahqiqan terhadap kitab klasik di alam Nusantara ini. Tumpuan kajian dijalankan dengan merumi dan mentahqiq terhadap kitab Tafsir Nur al- Ihsan. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kepustakaan, análisis data terhadap buku-buku, makalah, artikel yang berkaitan dengan kitab-kitab klasik umpama kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Hasil kajian ini mendapati sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972 menepati untuk merumikan teks kitab berkenaan, beberapa kaedah perumian dan pentahqiqan juga turut diperolehi disamping pembetulan-pembetulan terhadap baris ayat al-Qur’an dan teks kitab berkenaan. Kesimpulan daripada kajian ini adalah kaedah sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu 1972 amat sesuai digunakan untuk merumikan teks Jawi kitab-kitab Melayu klasik, disamping memberikan nafas baru ianya juga menjadi lebih mudah dibaca dan difahami oleh generasi pada masa kini. PENGENALAN Perumian adalah satu proses mengalih tulisan iaitu daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi. Di dalam proses untuk merumikan terhadap Tafsir Nur al-Ihsan, penulis cenderung untuk menggunakan metodologi tertentu, iaitu sistem ejaan dan tulisan yang menggunakan kaedah penulisan mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2001), rasional pemilihan buku ini adalah kerana kandungan di dalamnya memuatkan

Transcript of METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB...

Page 1: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

165

METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB-

KITAB KLASIK, KAJIAN TERHADAP KITAB TAFSIR NUR

AL-IHSAN

Luqman Hakeem Bin Rusdi

ABSTRAK

Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip

tulisan Jawi klasik yang sukar untuk dibaca apatah lagi

difahami oleh masyarakat kini. Tujuan kajian ini

dijalankan adalah untuk mendedahkan metodologi

perumian dan pentahqiqan terhadap kitab klasik di alam

Nusantara ini. Tumpuan kajian dijalankan dengan

merumi dan mentahqiq terhadap kitab Tafsir Nur al-

Ihsan. Kajian ini dijalankan dengan kaedah

kepustakaan, análisis data terhadap buku-buku,

makalah, artikel yang berkaitan dengan kitab-kitab

klasik umpama kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Hasil kajian

ini mendapati sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia

1972 menepati untuk merumikan teks kitab berkenaan,

beberapa kaedah perumian dan pentahqiqan juga turut

diperolehi disamping pembetulan-pembetulan terhadap

baris ayat al-Qur’an dan teks kitab berkenaan.

Kesimpulan daripada kajian ini adalah kaedah sistem

Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu 1972 amat sesuai

digunakan untuk merumikan teks Jawi kitab-kitab

Melayu klasik, disamping memberikan nafas baru ianya

juga menjadi lebih mudah dibaca dan difahami oleh

generasi pada masa kini.

PENGENALAN

Perumian adalah satu proses mengalih tulisan iaitu daripada tulisan

Jawi kepada tulisan Rumi. Di dalam proses untuk merumikan terhadap

Tafsir Nur al-Ihsan, penulis cenderung untuk menggunakan metodologi

tertentu, iaitu sistem ejaan dan tulisan yang menggunakan kaedah

penulisan mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi

yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2001), rasional

pemilihan buku ini adalah kerana kandungan di dalamnya memuatkan

Page 2: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI

166

sistem ejaan dan tulisan terkini bahasa Malaysia yang mana mengikut

Pedoman Umum Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia (PUEBBM) 1972.

Selain mendatangkan definisi perumian, sistem ejaan dan sistem

penulisan bahasa Melayu Rumi, dalam kajian ini juga disertakan

maklumat ataupun metodologi perumian yang kesemuanya berteraskan

kepada buku-buku terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Seterusnya, kaedah pentahqiqan pula merupakan satu kaedah

bagaimana untuk mengenalpasti keabsahan dan keterbolehpakaian

sesuatu sumber itu diambil khususnya sumber yang berkaitan dengan

al-Hadith. Selain itu juga penulis akan membuat penambahbaikan

dengan meletakkan nombor ayat dan bilangan ayat dibawah tajuk

disamping memberikan definisi terhadap perkataan-perkataan yang

berasal daripada bahasa Arab. Untuk perkataan-perkataan bahasa

Melayu klasik, penulis akan sedaya upaya untuk merujuk berpandukan

kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat (2010), bagi

istilah-istilah bahasa Arab dan istilah-istilah fiqh, penulis akan merujuk

kepada Kamus Bahasa Arab-Melayu Dewan dan juga Kamus

Peristilahan Fiqh.

PERUMIAN

Menurut peristilahan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010) edisi

keempat, rumi bermaksud huruf atau abjad dalam bahasa Melayu dan

bahasa moden yang lain yang bermula dengan huruf A dan berakhir

dengan huruf Z, yang berasal daripada kerajaan Rom Kuno, huruf

Romawi, huruf Roman, huruf Latin. Manakala istilah merumikan pula

merujuk kepada menyalin mahupun menulis ke dalam tulisan Rumi,

perumian pula merujuk kepada perihal merumikan tulisan, sebagai

contoh merumikan tulisan Jawi. Setelah kita melihat pentakrifan-

pentakrifan terhadap maksud perkataan rumi diatas, maka menurut

pandangan penulis, perumian disini adalah bermaksud satu proses

mengalih tulisan daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi terhadap

kitab Tafsir Nur al-Ihsan dengan menggunakan metodologi tertentu

tanpa mengubah dan menukar makna dan isi kandungannya disamping

memperbaiki ejaan-ejaan yang tersalah dan memberikan kefahaman

setelah ianya dirumikan, proses perumian ini juga sedikit sebanyak

memperbaiki lagi sistem ejaan yang disesuaikan mengikut sistem

tulisan bahasa Malaysia masa kini.

Page 3: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

167

SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU (JAWI-RUMI)

Pada peringkat permulaan, usaha-usaha transliterasi Jawi-Rumi telah

dilakukan oleh beberapa orang sarjana terhadap tulisan Jawi klasik

dalam sebahagian daripada naskhah-naskhah Melayu ciptaan abad ke-

16 hingga ke-18. Daripada penelitian dan penerbitan semula manuskrip-

manuskrip, antara lain oleh C.O. Blagden1 (1930-1932), Ph.S. van

Ronkel2 (1908), W.G. Shellabear (1898) dan G.W.J. Drewes (1955),

sekadar contoh dapatlah dilihat disini tiga jenis transliterasi Rumi

daripada Jawi klasik iaitu: (Ismail Dahaman, 2007:222)

i) Ejaan Rumi menurut kaedah ejaan Belanda yang terdapat dalam

glosari Elbinck tahun 1604.

ii) Ejaan Rumi menurut kaedah ejaan Inggeris dalam transliterasi

daripada surat Ternate tahun 1521 dan 1522 serta manuskrip-manuskrip

abad ke-17 yang diselenggarakan oleh Shellabear (1898).

iii) Ejaan Rumi bahasa Indonesia dalam transliterasi daripada surat

Acheh tahun 1600 dan transliterasi teks Burda.

Dari sinilah bermulanya titik tolak permulaan di mana proses perumian

mula dilakukan dari hari ke hari. Oleh itu, di dalam merumikan kitab

Tafsir Nur al-Ihsan, perlunya satu metodologi atau lebih tepat lagi satu

sistem ejaan yang praktikal dan terkini untuk merumikan teks-teks kitab

tafsir yang tersedia dengan skrip tulisan Jawi klasik. Terdapat beberapa

sistem yang telah tersedia dicipta diantaranya ialah:

Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)

Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang digunakan secara rasmi di semua

sekolah umum adalah sama dan seragam dengan semua yang digunakan

dalam kamus dan penerbitan karangan Wilkinson sendiri yang

dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir tahun 1940-an (Asmah Omar,

2008:92). Pedoman Ejaan Rumi Wilkinson dihasilkan berdasarkan

Kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun olehnya pada tahun 1903.

1 Manuskrip yang diterbitkan oleh beliau ialah dua pucuk surat yang dipercayai surat

dalam tulisan Jawi yang tertua pernah ditemukan iaitu surat dengan nama Sultan Abu

Hayat dari Ternate yang bertarikh 1521, beliau menyiarkan fotograf kedua-dua

dokumen tersebut dengan transliterasi Rumi beserta terjemahan bahasa Inggeris.

2 Antara manuskrip-manuskrip Jawi ciptaan abad ke-17 yang diterbitkan oleh beliau

termasuklah sepucuk surat perjanjian tentang harga lada yang ditulis di Acheh pada

tahun 1600. Fotografi teksnya yang asal yang mengandungi lebih kurang 135 perkatan

dalam 14 baris diterbitkan bersama-sama transliterasi Rumi dengan ejaan bahasa

Indonesia.

Page 4: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI

168

Wilkinson mengambil pendekatan transliterasi daripada Jawi kepada

Rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. (Ismail Dahaman,

2007:245). Dalam kaedah ini penulis melihat bahawasanya sistem ini

tidak sesuai di gunakan untuk merumikan kitab Tafsir Nur al-Ihsan,

memandangkan ianya dicipta berdasarkan bunyi dan ejaan sebutan

Inggeris.

Sistem Ejaan Rumi Za’ba (1940)

Sistem ejaan tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai “Sistem Ejaan

Rumi Za‟ba” walaupun mempunyai beberapa kelemahan, telah

digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan dalam urusan rasmi di

tanah air sejak tahun-tahun 40-an lagi. (Asmah Omar, 2008:92). Sistem

ejaan Rumi Za‟ba terus digunakan sehinggalah sistem ejaan Rumi

bahasa Melayu dikaji semula dan diselaraskan pada awal tahun 70-an.

(Ismail Dahaman, 2007:257). Sistem ejaan Za‟aba dilihat merupakan

satu sistem yang terkehadapan berbanding dengan sistem ejaan

Wilkinson kerana ianya dicipta oleh orang Melayu walaupun

mempunyai beberapa kelebihan dari segi pengejaannya berbanding

Ejaan Wilkinson, namun ianya juga tidak dirasakan sesuai untuk

dijadikan sistem bagi kajian terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan ini.

Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia (1943)

Ejaan Rumi yang dikenali Ejaan Fajar Asia ialah kaedah ejaan yang

terpakai dalam majalah dwi mingguan Fajar Asia yang diterbitkan di

Singapura bermula tahun 1943 di bawah Zainal „Abidin bin Ahmad

sebagai ketua pengarang. Ejaan ini digunakan pada zaman pendudukan

Jepun di Tanah Melayu, selepas berakhir pendudukan Jepun di Tanah

Melayu pada 1945 dan Tanah Melayu kembali kepada pemerintahan

British, ejaan ini terhenti penggunaannya dan Ejaan Za‟aba digunakan.

(Asmah Omar, 2008:93). Grafem yang digunakan dalam Fajar Asia

menunjukkan sedikit perbezaan sahaja daripada yang terdapat dalam

sistem ejaan Wilkinson dan dalam sistem ejaan Za‟ba. (Ismail

Dahaman, 2007:290). Walaupun sistem ejaan ini dilihat lebih baik

berbanding Ejaan Wilkinson dan Ejaan Za‟ba dari sudut grafem, namun

ianya juga tidak menepati untuk digunakan sebagai sistem ejaan di

dalam kajian terhadap Tafsir Nur al-Ihsan, kerana ianya masih lagi

tidak mempunyai pedoman dan transliterasi yang konsisten.

Page 5: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

169

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1972)

Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi

ialah perumusan dan pelaksanaan ejaan Rumi baru bagi bahasa Melayu

dan bahasa Indonesia tahun 1972. Ejaan Rumi baru yang terkenal

dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM)

di Malaysia dan Pedoman Edjaan Bahasa Indonesia Jang

Disempurnakan (PEBIJD) di Indonesia itu ialah hasil daripada

perancangan bahasa pada peringkat supranasional dalam bidang ejaan,

iaitu salah satu langkah permulaan dalam bidang perancangan bahasa

bagi negara-negara yang berbahasa Melayu di rantau ini. (Ismail

Dahaman, 2007:353). Penulis melihat Sistem Ejaan Rumi Baharu

Bahasa Malaysia 1972 (SERBBM) ini merupakan satu sistem yang

sesuai untuk digunakan di dalam penyempurnaan kajian terhadap kitab

Tafsir Nur al-Ihsan ini kerana ianya lengkap dan terkini diantara

kesemua sistem-sistem yang ada.

SISTEM EJAAN RUMI BARU BAHASA MALAYSIA 1972

(SERBBM)

Di dalam tahun 1900 sehingga 1959, pelbagai sistem ejaan dan tulisan

telah diperkenalkan. Perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu

bermula pada tahun 1902 di mana sistem-sistem ejaan tersebut diubah

suai dan disesuaikan dengan bunyi vokal dari masa ke masa. (Ismail

Dahaman, 2007:241-241). Pelbagai sistem ejaan yang dicipta dari

dahulu umpamanya Sistem Ejaan Rumi Wilkinson, Sistem Ejaan Rumi

Za’ba, Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia, Sistem Ejaan Rumi PBMUM dan

banyak lagi sistem-sistem ejaan yang dicipta bagi memudahkan dan

melestarikan setiap padanan Jawi ke dalam padanan Rumi. Setiap

sistem ejaan mempunyai kelebihannya tersendiri bermula daripada

sistem ejaan rumi Wilkinson sehinggalah sistem ejaan PBMUM, namun

kesemua sistem-sistem ejaan ini tidaklah lengkap dan sempurna dari

sudut padanan dan tidak mempunyai satu pedoman yang khusus apatah

lagi untuk digunakan di dalam metodologi perumian terhadap kitab

Tafsir Nur al-Ihsan ini.

Justeru itu, penulis cenderung untuk menggunakan Sistem Ejaan

Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972 (SERBBM) untuk merumikan

teks-teks kitab Tafsir Nur al-Ihsan ini. Relevan pengambilan Sistem

Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972 (SERBBM) ini sebagai

metodologi perumian terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan adalah penulis

menganggapnya sebagai satu sistem ejaan yang lengkap dan sempurna.

Ianya mempunyai suatu sistem ejaan, iaitu aturan-aturan ejaan dan

Page 6: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI

170

pengejaan yang kebaikannya mengatasi semua sistem ejaan Rumi yang

ada sebelum ini. (Ismail Dahaman, 2007:354). SERBBM mengatur

kaedah tentang abjad Rumi, pelambangan vokal, pelambangan

konsonan, penggunaan huruf, penyukuan kata, pelambangan diftong,

penulisan awalan, penulisan kata depan, penulisan partikel, penulisan

kata ganti singkat, penulisan kata majmuk, dan penulisan kata ulang

yang kesemuanya didekati daripada sudut perubahan atau pembaharuan

yang dilakukan berbanding dengan sistem-sistem ejaan lama. (Asmah

Omar, 2008:93). Selain daripada itu, SERBBM adalah satu sistem

terbaik di Malaysia di bawah olahan dan pantauan Dewan Bahasa dan

Pustaka kerana ianya disusun dan segala sistemnya diolah berdasarkan

kepada Pedoman Umum Ejaan Baru Bahasa Malaysia (PUEBBM)3,

dan segala senarai lengkap pengejaan kata diterbitkan dalam Daftar

Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (DERBM) oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka pada tahun 1981.

PADANAN HURUF JAWI-RUMI

Diantara permasalahan untuk merumikan sesuatu ejaan adalah

ketiadaan satu sistem pedoman ataupun padanan yang sesuai atau

disesuaikan dengan bunyi sesuatu vokal dan abjad. Untuk merumikan

kitab Tafsir Nur al-Ihsan yang tersedia dengan sistem tulisan Jawi maka

perlunya diketahui padanan ejaan Jawi-Rumi yang terkini.

Sesungguhnya abjad Jawi bahasa Melayu sekarang mengandungi 37

huruf bentuk tunggal yang tersusun sebagaimana Jadual 3.1: (DBP,

2008:78-79)

Jadual 3.1 Padanan Huruf Jawi-Rumi

Huruf Jawi Nama Padanan Rumi

Alif a ا

Ba b ب

Ta t ت

Ta marbutah t/h ة

Sa (tha) s, (th) ث

Jim j ج

3 Pedoman Umum Ejaan Baru Bahasa Malaysia adalah terbitan Dewan Bahasa dan

Pustaka bagi pihak Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran

Malaysia, Kuala Lumpur, cet.1, 1975, hlm.54.

Page 7: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

171

Ca c چ

Ha (ha) h, (h) ح

Kha (khO) kh خ

Dal d د

Zal (Dhal) z, (dh) ذ

Ra (rO) r ر

Zai z ز

Sin s س

Syin sy, (sh) ش

Sad (sOd) s, (s) ص

Dad (dOd) d, (d) ض

Ta (tO) t, (t) ط

Za (zO) z, (z) ظ

,Ain (ʕain) awal:a,i,u akhir:k ع

(‟)

Ghain gh غ

Nga ng ڠ

Fa f ؼ

Pa p ڤ

Qaf k,q, (q) ؽ

Kaf k ؾ

Ga g ڬ

Lam l ؿ

Mim m ـ

Nun n ف

Wau w,u,o ك

Va v ۏ

Ha h ق

Page 8: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI

172

Hamzah awal:gugur ء

akhir:k,(‟)

Ya y,i,e taling م

Ye (ye) e pepet ل

akhir ny

nya a ڽ

Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka 2001

Catatan 1: Huruf di dalam tanda kurung ialah padanan untuk

transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi dan padanan untuk mengeja

istilah khusus daripada bahasa Arab.

Catatan 2: Huruf ۃ (ta marbutah) disepadankan dengan huruf Rumi h

dan t, dan t bagi padanan transliterasi. (DBP, 2001:71-72)

METODOLOGI PERUMIAN JAWI-RUMI

Sesungguhnya di dalam membuat padanan huruf dan cara menulis ejaan

terhadap tulisan Jawi dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan, didapati secara

keseluruhannya ianya sesuai dengan padanan-padanan huruf Jawi-Rumi

sebagaimana padanan diatas, namun terdapat beberapa permasalahan di

dalam memadankan huruf-huruf Jawi yang kadangkala boleh

mempunyai dua padanan huruf Rumi, ataupun boleh membawa kepada

makna dan sebutan yang lain. Diantara cara penulisan perumian yang

digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

Perumian terhadap Huruf Hamzah

Perumin huruf-huruf yang melibatkan huruf hamzah yang ditulis

sebagai pemisah antara dua huruf vokal ketika mana ditulis di dalam

tulisan Jawi, maka padanan Rumi bagi hamzah samada ai,au dan ui, di

tengah kata yang berpola KVVK. Contohnya sebagaimana Jadual 3.2:

Jadual 3.2 Perumian huruf hamzah

Ejaan Jawi Padanan Rumi

pais ڤاءيس

aib عاءيب

paus ڤاؤس

buih بوءيه

Page 9: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

173

ghaib غاءيب

i) Istilah Serapan daripada Bahasa Arab

Istilah serapan ialah istilah ataupun kata atau perkataan atau istilah

serapan yang berasal daripada bahasa Arab yang mengandungi huruf

hamzah ditulis seperti kedudukannya dalam bahasa sumber. Contohnya

sebagaimana Jadual 3.3:

Jadual 3.3 Istilah serapan daripada bahasa Arab

Ejaan Jawi Padanan Rumi

wuduk كضوء

imlak امالء

ikhfak اخفأ

anbia انبيأ

makmum مأمـو

ii) Huruf hamzah yang bertemu huruf vokal alif waw dan ya

Huruf hamzah yang bertemu huruf vokal alif, waw dan ya di tengah

kata terutamanya kata terbitan dan kata majmuk, maka padanan Rumi

yang sesuai adalah dengan memadankannya dengan ejaan ai, au dan ui.

Contohnya sebagaimana Jadual 3.4:

Jadual 3.4 Huruf hamzah bertemu vokal alif, waw dan ya

Ejaan Jawi Padanan Rumi

setiausaha ستياءكسها

iaitu يأيت

tatausaha تاتأكسها

pancaindera ڤنچأيندرا

Page 10: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI

174

Huruf ta-marbutah dalam Kata Serapan daripada Bahasa Arab

Huruf ta-marbutah iaitu ۃ (huruf ta simpul), dalam kata serapan

daripada bahasa Arab melambangkan fonem [t] atau [h] sebagai

kelainan sebutan (sekiranya kelainan sebutan tidak membezakan

makna). Contohnya sebagaimana Jadual 3.5:

i) Bunyi [t] dengan ejaan ta marbutah (ۃ):

Jadual 3.5 Huruf ta marbutah

Ejaan Jawi Padanan Rumi

adat عادة

aurat عورة

tabiat طبيعة

ii) Bunyi [h] dengan ejaan ta marbutah (ۃ):

Ejaan Jawi Padanan Rumi

fatihah فاحتة

madrasah مدرسة

surah سورة

iii) Bunyi [t] atau [h] dengan ejaan ta marbutah (ۃ):

Ejaan Jawi Padanan Rumi

akibat/akibah عاقبة

hidayat/hidayah هداية

kaifiat/kaifiah كيفية

musibat/musibah مصيبة

Pengejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab

Page 11: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

175

Di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan sememangnya terdapat banyak

penggunaan perkataan-perkataan yang diambil daripada bahasa Arab.

Justeru itu, untuk memudahkan pengalihan tulisan daripada Jawi (Arab)

kepada Rumi, satu kaedah untuk mengeja kata serapan daripada bahasa

Arab yang berupa istilah khusus adalah dengan dieja seperti ejaaan asal

dalam bahasa Arab. Contohnya sebagaimana Jadual 3.6:

Jadual 3.6 Pengejaan kata serapan daripada bahasa Arab

Ejaan Jawi Padanan Rumi

wuduk كضوء

wuquf كقوؼ

tayamum تيمم

sujud سجود

zakat زكاة

hadith (hadith) حديث

Selain itu juga huruf alif maqsurah (ى) yang melambangkan bunyi

vokal [a] dalam ejaan asal bahasa Arab dikekalkan demikian dalam

ejaan Jawi dan dieja dengan vokal [a] dalam Rumi. Contohnya:

Ejaan asal Arab Ejaan Jawi Padanan Rumi

Musa موسى موسى

Isa عيسى عيسى

Allah ta‟ala اهلل تعاىل اهلل تعاىل

dakwa دعول دعول

fatwa فتول فتول

takwa تقول تقول

Penulisan Kata Ulang

Di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan, terdapat banyak kata ulang yang

digunakan oleh pengarang di dalam memberikan penerangan dan

penafsirannya terhadap ayat-ayat al-Quran, maka metodologi penulisan

di dalam menulis perkataan-perkataan yang diulang adalah seperti

Jadual 3.7:

Page 12: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI

176

i) Kata ulang penuh ditulis dengan mengunakan tanda angka dua

Arab, iaitu (٢) dalam Jawi manakala untuk tulisan Rumi ianya ditulis

dengan tanda sempang (-). Kata ulang penuh termasuklah kata ulang

semu dan kata ulang jamak. Penulisan kata ulang semu adalah seperti

berikut:

Jadual 3.7 Penulisan kata ulang.

Tulisan Jawi Tulisan Rumi

٢انام Anai-anai

٢البه Labah-labah

٢سيا Sia-sia

٢كوڤو Kupu-kupu

٢اليب Labi-labi

٢سومڤه Sumpah-sumpah

ii) Penulisan kata ulang jamak adalah seperti contoh berikut:

Jadual 3.7 Penulisan kata ulang.

Tulisan Jawi Tulisan Rumi

٢باءيق Baik-baik

٢بوكو Buku-buku

٢انق Anak-anak

٢ڠاكؿ Ulang-ulang

٢تيڤ Tiap-tiap

٢بسر Besar-besar

iii) Apabila bahagian kata yang diulang itu berubah bentuknya,

tanda sempang digunakan sebagai tanda ulangan di dalam tulisan Rumi

dan bukannya dengan menggunakan teknik penomboran (2) atau ditulis

dengan menyambungan terus sebagaimana yang digunakan dalam Jawi

lama khususnya di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Kata ulang jenis ini

termasuklah kata ulang berimbuhan dan kata ulang berentak. Contoh-

contoh adalah sebagaimana berikut:

Page 13: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

177

3.7 Penulisan kata ulang.

Tulisan Jawi Tulisan Rumi

ڽ٢اخري Akhir-akhirnya

٢برجالن Berjalan-jalan

Mudah-mudahan مودمهدهن

Semata-mata مستمات

Selama-lama سلملما

٢برچيتا Bercita-cita

٢فڠبرا Berangan-angan

٢ڠداكؿ Diulang-ulang

Penulisan Gabungan Kata

Seterusnya selain daripada itu juga, terdapat satu sistem tulisan Jawi di

dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan yang mana apabila ianya dirumikan

nanti tidak menepati sistem tulisan bahasa Melayu masa kini,

sebagaimana yang telah dikemaskinikan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka. Maka dengan itu, satu sistem telah dibuat dengan meletakkan

kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk rangkai

kata istilah khusus dan kata majmuk, ditulis terpisah antara satu sama

lain. Contohnya sebagaimana Jadual 3.8:

Jadual 3.8 Penulisan gabungan kata.

Tulisan Jawi Tulisan Rumi

Oleh kamu اكليهكامو

مريكئتله \مريكئت Mereka itu/ mereka itulah

معصيتكندم \لڤسكندم Lepaskan dia/ maksiatkan dia

مڬدنال \اكاندكو Akan dikau/ dan lagi

لينچرڬترڠم Yang tergelincir

ددكؽڠم Yang duduk

أمڤتڠم Yang empat

Page 14: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI

178

Bagi tulisan-tulisan seperti diatas maka penulis cenderung untuk

memisahkannya, walaupun tulisan asal dalam tulisan Jawi dalam kitab

Tafsir Nur al-Ihsan ditulis dengan bersambung, begitu juga terhadap

kata yang menggunakan „yang’ (يڠ), ditulis dengan renggang iaitu tidak

disambungkan sebagaimana contoh diatas.

Penulisan Kata Ganti Singkat

Terdapat empat kata ganti singkat iaitu kau, ku, mu dan nya, yang

kesemuanya merupakan bentuk terikat dalam Ejaan Rumi Baru (ERB).

Terdapat dua cara menulis bentuk-bentuk ini iaitu:

i) Perkataan ku, kau dan nya yang berfungsi sebagai akhiran ditulis

serangkai dengan kata yang mendahuluinya, contohnya: rumahku,

rumahmu, rumahnya, menemuiku, menemuinya, menemuimu,

daripadaku, daripadanya, daripadanmu.

ii) Huruf pertama pada mu dan nya yang berfungsi sebagai ganti

nama Tuhan ditulis dengan huruf besar dan disempangkan daripada kata

yang mendahuluinya, misalnya: hamba-Mu, rahmat-Nya, perlindungan-

Nya dan lain-lain.

Penulisan Partikal

Partikal yang ditetapkan aturan tentang cara penulisan dalam ERB ialah

lah, kah, tah dan pun. Dalam PUEBM ketiga-tiga lah, kah dan tah

disatukan dengan kata yang mendahuluinya tanpa menggunakan tanda

sempang seperti dalam ejaan Za‟aba, misalnya: adalah, ambillah,

apakah, kenapakah dan bilakah. PUEBM menetapkan dua cara menulis

partikel pun yang berdasarkan fungsinya. Partikel pun yang ditulis

terpisah daripada kata yang mendahuluinya ialah pun yang pada

mulanya berfungsi atau bererti ”juga”, misalnya: ”Apa pun boleh

terjadi.” dan ”Dia pun pergi”. Pun yang diserangkaikan dengan kata

yang mendahuluinya ialah yang berfungsi sebagai komponen yang

membentuk kata hubung yang terhad bilangannya yang dalam PUEBM

disenaraikan sejumlah 13 kata, termasuk adapun, ataupun,

bagaimanapun, sungguhpun dan walaupun.

Penulisan Huruf

Di dalam merumuskan aturan tentang penulisan huruf besar (huruf

kapital) dan huruf miring (huruf italik atau huruf condong), penulis

akan menggunakan tulisan condong atau italik terhadap kalimah-

kalimah bahasa Arab, kalimah-kalimah bahasa Arab yang telah

Page 15: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

179

terasimilasi dengan bahasa Melayu dan termuat di dalam Kamus Dewan

tidak ditulis dengan condong bahkan hanya ditulis seperti biasa dan

hanya menggunakan transliterasi Arab/Jawi-Rumi untuk memudahkan

ianya disebut. Terhadap penulisan huruf besar, penulis cenderung

menggunakan seperti kebiasaannya sebagaimana yang terdapat pada

Sistem Ejaan Bharu Bahasa Malaysia yang berpandukan kepada buku

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, umpamanya seperti berikut:

(PUEBM,1987:11-14)

i) Huruf besar digunakan bagi huruf pertama kata awal ayat.

ii) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.

iii) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan

yang berhubungan dengan kitab suci dan nama Allah, termasuk kata

ganti untuk Allah.

iv) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama gelaran

kehormatan, keturunan dan keagamaan yang diikuti nama orang seperti

Nabi Muhammad, Imam Syafi’e dan lain-lain.

v) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama

orang, seperti: Khalid al-Walid, Siti A’isyah, Ummu Salamah, Abdullah

bin Salam dan lain-lain.

vi) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa,

suku bangsa dan bahasa, seperti: bangsa Melayu,kaum Quraisy, bani

Quraizah, bani Jan dan lain-lain.

vii) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama tahun,

bulan, hari, hari raya dan peristiwa sejarah seperti: tahun Hijrah, tarikh

Masehi, bulan Ogos, bulan Maulud, hari Jumaat dan lain-lain.

Tanda Baca

SERBBM juga mengandungi rumusan tentang aturan penggunaan tanda

baca yang dianggap sebagai satu komponen penting dalam sistem ejaan

bahasa Melayu. Terdapat sejumlah 16 jenis tanda baca sebagaimana

yang terdapat di dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu

(PUEBM), tanda-tanda baca tersebut adalah: tanda titik (.), tanda koma

(,), tanda koma bertitik (;), tanda titik bertindih (:), tanda sempang (-),

tanda pisah (-), tanda elipsis (...), tanda tanya (?), tanda seru (!), tanda

kurung ((...)), tanda kurung siku ([...]), tanda petik (”...”), tanda petik

tunggal (‟...‟), tanda garis miring (/), dan tanda penyingkat (‟). (DBP,

2007:385). Di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan, sememangnya hampir

kesemua teks tidak diletakkan tanda baca khususnya tanda titik dan

koma yang mana ianya menyukarkan untuk pembacaan dan

pemahaman, justeru itu kajian ini akan meletakkan tanda baca

Page 16: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI

180

khususnya tanda titik dan koma dan tanda-tanda yang lain yang

dirasakan perlu

PENTAHQIQAN

Menurut peristilahan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010) edisi

keempat perkataan tahqiq atau tahkik bermaksud pengesahan sesuatu

kebenaran dengan bukti, manakala perkataan mentahkikkan membawa

maksud membuktikan kebenarannya, membenarkan, mengesahkan,

menyunting sesuatu karya. Seterusnya istilah pentahkikan merujuk

kepada proses mentahkikkan sesuatu maklumat. Manakala menurut Dr

Fahmi Sa‟ad dan Dr Tilal Majzub menyatakan bahawa makna tahqiq

dari segi bahasa ialah membenarkan, mensabitkan yang hak, dan

menghukum sesuatu, dan mensahihkannya. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr.

Tilal Majzub, 1993:18). Setelah melihat kepada definisi-definisi tahqiq

diatas maka dapat dilihat bahawasanya proses pentahqiqan ini

melibatkan satu proses penyelidikan yang luas yang mana ianya

melibatkan pengesahan, pensabitan, pensahihan, penghukuman dan

banyak lagi, namun disini bolehlah dirumuskan bahawasanya

pentahqiqan itu bermaksud menyelidiki setiap fakta dan maklumat yang

terkandung di dalam sesebuah kitab mahupun manuskrip dan

dibuktikan kebenarannya dengan mendatangkan hujah-hujah dan dalil

yang nyata disamping memudahkan dan memperkemas terhadap

perolehan data dengan meletakkan nota kaki dan sebagainya, maka

pentahqiqan terhadap kajian ini hanya menjurus mengeluarkan hadith-

hadith di dalamnya dan meletakkan sumber asal peletakan hadith

berkenaan disamping meletakkan nama dan nombor ayat al-Quran

untuk memudahkan lagi rujukan.

KAEDAH-KAEDAH PENTAHQIQAN

Sebelum memulakan penulisan oleh seseorang pentahqiq itu terhadap

penelitian dan uji kaji terhadap sesebuah kitab mahupun manuskrip,

pentingnya untuk mereka yang ingin mentahqiq mengetahui selok-

belok ataupun peringkat-peringkat pentahqiqan kerana dengannya

tugasan akan menjadi lebih mudah disamping hasil yang diperolehi

lebih tepat, diantara peringkat-peringkat pentahqiqan tersebut ialah:

(Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:30)

Page 17: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

181

Memotong Nas dan Membahagi Berdasarkan Perenggan

Sesuatu yang penting di dalam pentahqiqan, sebagaimana yang

diketahui sebelum ini, ialah membangkitkan nas yang lepas yang

bermanfaat dan menghidupkannya untuk memberi manfaat yang besar

kepada kebanyakan manusia, iaitu membentangkan kitab sebagaimana

yang diinginkan oleh pengarangnya. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal

Majzub, 1993:31). Di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan sememangnya

terdapat banyak nas-nas syara‟ yang dijadikan dalil oleh pengarang

kitab iaitu Haji Muhammad Sa‟id, namun penelitian dan fokus kajian

ini hanya tertumpu terhadap hadith-hadith yang dinyatakan oleh beliau.

Sesungguhnya bukanlah daripada tujuan dan matlamat tahqiq

ini semata-mata untuk mentahsin uslub pengarang dan memperbetulkan

kesilapannya, tetapi semestinya bagi seseorang pentahqiq itu untuk

mencari dan mengikat nas-nas yang terdapat padanya, namun jika

didapati bahawasanya kedudukan nas-nas tersebut tidak tersusun, maka

hendaklah sewajarnya bagi pentahqiq itu menyusunnya, umpamanya

membahagikannya kepada bab-bab dan fasal-fasal, kemudian

membahagikan pula setiap bab dan fasal berkenaan kepada peranggan-

perenggan, dan menyusun perenggan-perenggan tersebut supaya ianya

kelihatan cantik. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:31).

Untuk kajian terhadap manuskrip sememangnya perlu untuk

membahagikan kepada bab-bab tertentu dan tajuk-tajuk kecil supaya

ianya kelihatan kemas dan mudah dibaca, namun untuk kajian terhadap

kitab seperti kitab Tafsir Nur al-Ihsan, sememangnya pengarang telah

sedia membahagikan bab-bab dan tajuk-tajuk tertentu untuk

memudahkan pembacaan, namun dari satu sudut yang lain, penulis akan

melakukan penambahbaikan dari sudut teknikal yang lain umpamanya

meletakkan jumlah ayat disetiap perbahasan tajuk-tajuk kecil iaitu

bermaksud tajuk perbahasan ini bermula daripada ayat berapa hingga ke

ayat berapa dan dinyatakan juga nama surah berkenaan, umpamanya

seperti berikut:

( (Tegah ambil lain bangsa tempat rahsia) )

(Surah Ali-Imran ayat 118-122)

( أيػها الذين آمنوا ال تػتخذكا بطانةن من دكنكم يا ) Hai segala orang Mukmin

jangan kamu ambil orang buat tempat rahsia itu daripada bangsa lain kamu

daripada Yahudi dan Munafiqin (ال يألونكم خباال) tiada ditaksir mereka itu

Page 18: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI

182

akan kamu pada berbuat fasad bagi kamu binasa ( كدكا ما عنتم) cita-cita

mereka itu akan kelemahan mudharat kamu (قد بدت البػغضاء من أفػواههم) sungguh telah zahir berseteru itu daripada segala mulut...

Diantara kerasionalan penambahbaikan ini adalah untuk

memudahkan lagi kepada para pembaca mahupun penulis mengingat

mahupun mengetahui akan isi kandungan penting terhadap skop

perbahasan sesuatu surah dan ayat tertentu khususnya. Selain daripada

itu juga penulis cenderung untuk meletakkan bila turunnya surah

berkenaan disamping meletakkan bilangan nombor surah dalam al-

Quran, umpamanya seperti berikut:

(4)Surah al-Nisa’ Madaniyyah

Diturunkan selepas surah al-Mumtahanah

(Seratus tujuh puluh lima atau enam atau tujuh ayat)

Bismillahirahmanirahim ( نػفس يا أيػها الناس اتػقوا ربكم الذم خلقكم من Hai segala manusia takut oleh kamu akan tuhan kamu yang menjadi ia (كاحدة

akan kamu daripada diri yang satu Adam dengan kamu taat akan Dia dan

jangan kamu maksiatkan Dia (ها زكجها Dan menjadi ia daripadanya (كخلق منػ

Adam itu isterinya Hawa daripada satu tulang rusuk Adam yang kiri dalam

syurga dengan tiada berasa Adam ( هما رجاال كثرينا كنساء كبث منػ ) Dan

menghembur ia daripada keduanya akan beberapa laki-laki yang banyak dan

perempuan yang banyak kata setengah ulama‟ tiada mati Adam hingga lihat

Adam hingga lihat anak cucu cicit empat puluh ribu...

Rasional kaedah ini dilakukan adalah untuk memudahkan

kepada para pembaca mahupun penulis mengingati akan kedudukan

bilangan surah-surah tertentu di dalam susunan al-Quran yang sebenar,

selain daripada itu juga, peletakan bila diturunkan sesuatu surah itu juga

memudahkan dan menambahkan lagi pengetahuan bagi sesiapa yang

merujuk kitab Tafsir Nur al-Ihsan ini apabila ianya dicetak kelak.

Apabila menemukan oleh seseorang pentahqiq itu terhadap nas-nas

yang tidak ada padanya tajuk perbahasan mahupun rujukan padanya,

maka hendaklah diletakkan tajuk perbahasan bagi setiap fasal dan tajuk-

tajuk cabang bagi setiap perenggan supaya ianya mudah difahami dan

kelihatan cantik, begitu juga terhadap tanda-tanda bacaan seperti alamat

istifham dan ta’ajub. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:31),

Page 19: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

183

namun ianya hanya boleh dilakukan terhadap kajian yang berbentuk

manuskrip, sedangakan kitab Tafsir Nur al-Ihsan telah sedia terhasil

sebagai sebuah kitab dan kandungan di dalamnya telah siap diletakkan

tajuk-tajuk perbahasan dan diletakkan perenggan-perenggan, namun

terdapat banyak di beberapa tempat, ketiadaanya peletakan nokhtah

sebagai tanda berenti selain huruf-huruf Jawi yang tiadanya titik dan

kalimah-kalimah tertentu yang tidak jelas kerana masalah cetakan,

namun terhadap masalah ini, penulis akan meletakkan tanda nokhtah di

tempat yang dirasakan sesuai dan terhadap huruf-huruf Jawi yang tiada

titik dan kalimah tidak jelas, maka penulis akan meletakkannya sesuai

dengan kesesuaian ayat dan perbahasan dengan merujuk kembali

kepada kitab asal iaitu kitab Tafsir Jalalayn ataupun kitab Hasiyah al-

Allamah al-Sawi ala Tafsir al-Jalalayn, dengan itu masalah kesukaran

pembacaan terhadap teks Jawi yang tidak mempunyai titik huruf dalam

kitab Tafsir Nur al-Ihsan dapat diatasi setelah ianya dirumikan.

Penelitian terhadap Nas dan Menguatkannya

Sesungguhnya langkah yang mula-mula untuk membuat penelitian

terhadap nas-nas yang khususnya terhadap kajian manuskrip ialah

menuliskan semula dengan tulisan sebagaimana meletakkan penulis

akan tulisannya, ini kerana tujuannya adalah untuk menjaga kehormatan

dan sebagai sifat amanah, akan tetapi kebiasaan seseorang pentahqiq itu

akan menulis sebagaimana tulisan yang diketahuinya pada hari ini. (Dr.

Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:32), namun berbeza pula

sebagaimana kajian yang dilakukan oleh penulis terhadap kitab Tafsir

Nur al-Ihsan, di dalam kajian ini, penulis telah membuat pengalihan

tulisan daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, ianya bukanlah

bertujuan untuk merosakkan sistem tulisan pengarang mahupun

menidakkan tulisan Jawi, namun ianya tidak lain adalah bertujuan untuk

memudahkan dan memperkemas kitab Tafsir Nur al-Ihsan disamping

pengekalan terhadap norma-norma keaslian dan keklasikannya. Kaedah

yang terbaru di dalam penelitian terhadap jenis tulisan dan baris iaitu

tambahan harkat kepada sesuatu kalimat, sebagaimana pada hari ini

dengan merujuk kitab-kitab asma’ yang telah sedia dibukukan. Sebagai

contohnya pertukaran perkataan سليمن ditulis sebagai سليماف dan

pertukaran perkataan يس kepada ياسني dan sesungguhnya ianya adalah

untuk memelihara baris terhadap sesuatu perkataan yang mana jika

tersalah baris akan membawa kepada makna yang berbeza. Begitu juga

Page 20: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI

184

terhadap baris ayat-ayat hadith dan syair yang akan mempunyai

pelbagai makna jika diletakkan baris yang berlainan. (Dr. Fahmi Sa‟ad

dan Dr. Tilal Majzub, 1993:32), sesungguhnya terdapat banyak

perkataan-perkataan yang diambil daripada bahasa Arab di dalam kitab

Tafsir Nur al-Ihsan, di dalam penafsirannya juga perkataan-perkataan

dengan tulisan Jawi yang mana ianya hampir sama penggunaannya

dengan bahasa Arab dari segi perletakan baris, justeru itu ianya akan

menjadi mudah untuk disebut setelah ianya dirumikan, kerana sistem

rumi mengeja beserta siap dengan baris apatah lagi apabila ianya

disertakan dengan transliterasi huruf, oleh itu salah satu kepentingan

dan kelebihan perumian terhadap kajian ini adalah ianya boleh dibaca

dengan mudah. Selain itu juga seseorang pentahqiq itu juga perlu

sentiasa menyemak dan memperbetulkan nas-nas yang terkandung di

dalamnya atau kaedah ini lebih sesuai dipanggil sebagai kaedah takhrij,

iaitu proses dimana seseorang merujuk kembali setiap nas-nas yang

digunakan oleh pengarang kitab yang tidak disebutkan sumbernya

kepada rujukan sumber asalnya dan dinyatakan di dalam nota kaki atau

hasiyah sama ada ianya berlaku penambahan atau pengurangan

mahupun perbezaan dari segi lafaz. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal

Majzub, 1993:34). Sesungguhnya kajian terhadap takhrij hadith ini,

ianya merupakan satu kaedah meneliti sumber asal hadith-hadith untuk

menentukan perletakan sesuatu hadith, sama ada ianya hadith mahupun

bukan, kesahihan mahupun kedaifan sesuatu hadith itu untuk dijadikan

hujah. Penulis telah menyelidiki setiap metodologi pentahqiq

khususnya metodologi yang digunapakai oleh para muhaqqiq untuk

mentahqiq kitab-kitab tafsir antaranya ialah sebagaimana berikut:

Sebagaimana yang dilakukan tahqiq terhadap kitab Tafsir

Manahil ’Irfan fi ’Ulum al-Quran yang dikarang oleh al-Allamah

Syeikh Muhammad Abd al-Azim al-Zarqani oleh Abu al-Fadhl Ahmad

bin Ali al-Dimyati. Di dalam mukadimah pentahqiq berkenaan telah

dinyatakan manhaj yang digunakan untuk mentahqiq kitab berkenaan

dan ianya terbahagi kepada 5 perkara utama iaitu: (Ahmad Ali, 2001:5)

1- Mengeluarkan ayat-ayat, iaitu tafsiran pengarang kitab.

2- Mentakhrij hadith dan hukum dan apa yang berkaitan

dengannya dengan menggunakan kaedah hadith.

3- Meneliti nas dan menguatkannya.

4- Melakukan terjemah atau penerangan dan tambahan maklumat

kepada sesuatu perkara yang dirasakan perlu umpamanya seperti

biodata, tarikh, dan sejarah.

5- Menafsirkan perkataan-perkataan yang susah atau janggal.

Page 21: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

185

Begitu juga kaedah yang dilakukan keatas kitab al-Itqan fi

’Ulum al-Quran karangan al-Imam al-Hafiz Jalaluddin Abd al-Rahman

al-Suyuti yang telah ditahqiq oleh Muhammad Abu al-Fadhl Ibrahim.

Pada mukadimah tersebut dinyatakan bahawasanya jalan tahqiq yang

akan di lakukannya ialah dengan meneliti nas-nas samada nas dari al-

Quran mahupun hadith, menyatakan nama dan nombor ayat al-Quran

dan diletakkan di nota kaki, memberikan definisi pada kalimah tertentu

dan lain-lain lagi. (Abu al-Fadhl Ibrahim, 1967:11). Seterusnya, begitu

juga yang dilakukan terhadap kitab al-Jami’ li Ahkam al-Quran yang

dikarang oleh Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-

Qurtubi yang ditahqiq oleh Dr. Muhammad Ibrahim al-Hafnawi dan Dr.

Mahmud Hamid Uthman. Dalam mukadimah yang dinyatakan oleh

beliau, mereka menggariskan sepuluh kaedah yang dilakukan oleh

mereka di dalam mentahqiq kitab Imam al-Qurtubi dan empat kaedah

daripadanya menyamai sebagaimana pentahqiq yang lain, sebagaimana

yang penulis akan lakukan iaitu: (Ibrahim al-Hafnawi & Mahmud

Hamid Uthman, 1996:10-11)

1- Meneliti ayat-ayat al-Quran. Terkadang banyak ayat-ayat al-

Quran yang tersalah baris dan ini akan mengubah makna ayat.

2- Takhrij ayat al-Quran dengan menisbahkannya kepada surah dan

bilangannya.

3- Takhrij hadith-hadith dan menyatakan sumber asalnya.

4- Mensyarahkan atau memberikan makna terhadap lafaz-lafaz

yang asing atau susah.

Manakala 6 lagi kaedah tahqiq yang tidak dilakukan oleh penulis

terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan ialah sebagaimana berikut:

1- Takhrij qiraat.

2- Takhrij athar.

3- Tahqiq hukum-hukum dan pandangan-pandangan yang

dinyatakan dalam kitab.

4- Mengeluarkan syawahid syair.

5- Menterjemah atau memberikan perincian terhadap sesuatu

perkara yang penting seperti nama, tarikh dan istilah-istilah tertentu

yang dirasakan perlu.

6- Merujuk setiap sumber terhadap nas-nas yang dinyatakan oleh

pengarang kitab.

Maka setelah penulis meneliti kaedah pentahqiqan khususnya

pentakhrijan keatas hadith-hadith di dalam kitab tafsir berkenaan,

penulis mendapati ianya merupakan kaedah yang sesuai untuk

Page 22: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI

186

digunakan memandangkan mereka tergolong sebagai golongan yang

mempunyai pengalaman dan ilmu yang tinggi dalam bidang

pentahqiqan ini. Apabila diketahui bahawasanya seseorang pengarang

kitab itu menyatakan atau meletakkan rujukan kepada sesebuah kitab

tertentu, maka seseorang pentahqiq itu perlu merujuk kembali kepada

kitab berkenaan sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang.

Umpamanya terhadap ayat-ayat al-Quran, hadith-hadith Nabawiyyah,

syair-syair dan amthal, seseorang pentahqiq itu perlu merujuk kembali

bilangan dan nombor ayat al-Quran dan nama surah berkenaan.

Sebegitu juga terhadap sumber hadith, amthal dan sebagainya perlu

dirujuk kembali daripada mana datangnya ia. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr.

Tilal Majzub, 1993:35)

Menyediakan Nota Kaki

Sesungguhnya penyediaan nota kaki merupakan juzuk yang penting di

dalam proses pentahqiqan, menyebutkan padanya kesilapan bahasa

mahupun penerangan terhadap maknanya yang mana kadang-kadang

sesuatu perkataan itu mempunyai banyak maknanya. Selain itu juga

kepentingan perletakan nota kaki adalah untuk menjelaskan

kemusykilan khususnya berkaitan nas-nas, pentafsiran dan lafaz-lafaz

susah yang mana terkadang pengarang menggunakan istilah-istilah

tertentu. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:42). Sebagai

contohnya beberapa kesilapan yang dikesan terhadap kitab Tafsir Nur

al-Ihsan ialah kesalahan ejaan terhadap perkataan (حديث كچيل) (hadith

kecil) yang sepatutnya ianya adalah (حدث كچيل) (hadas kecil), penulis

beranggapan ianya merupakan satu kesalahan setelah mengambil kira

perbahasan tajuk dan melihat akan kesinambungan tajuk berikutnya

yang membicarakan tentang bersuci iaitu hadas kecil dan hadas besar

sebagaimana contoh berikut yang telah dirumikan:

( ( Hukum wuduk ) )

Hadas kecil ( الصالة يا أيػها الذين آمنوا إذا قمتم إىل ) Hai segala mereka yang

beriman apabila kamu hendak berdiri pada sembahyang dan berhadas ( فاغسلوا (كجوهكم كأيديكم إىل المرافق كامسحوا برءكسكم كأرجلكم إىل الكعبػني maka basuh oleh kamu akan segala muka kamu dan dua tangan kamu hingga

dua siku dan sapu oleh kamu dengan kepala kamu dan kaki kamu hingga dua

mata kaki empat anggota wudhu‟ dan diambil daripada sunat wajib niat dan

Page 23: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

187

tertib jadi enam fardhu wudhu‟ wajib sapu sekalian kepala pada Imam Malik

dan Imam Ahmad. Wajib sering pada Imam Abu Hanifah dan barang yang

dinama sapu pada Imam Syafi‟e. (Muhammad Sa‟id: 210)

( ( Hukum Junub ) )

Hadas besar (كإف كنتم جنبنا فاطهركا) dan jika ada kamu junub maka bersuci

kamu dengan mandi junub niat angkat hadas besar dan merata air bulu dengan

kulit. (Muhammad Sa‟id: 211)

Selain itu juga penulis akan meletakkan pada bahagian nota kaki

akan nombor ayat dan nama surah sebagai salah satu kaedah tahqiq dan

bukannya diletakkan nombor diakhir ayat di dalam perenggan kerana

ianya dirasakan menjadikan perenggan tidak kemas dan tidak teratur,

disamping meneliti nas-nas ayat al-Quran yang didatangkan di dalam

kitab Tafsir Nur al-Ihsan berdasarkan panduan kepada Tafsir Pimpinan

al-Rahman, kerana penulis mendapati terdapat ayat-ayat al-Quran yang

diletakkan salah baris dan tertinggal perkataan, namun penulis

beranggapan ianya bukanlah kelemahan mahupun kecuaian pengarang

kitab bahkan ianya lebih kepada kesalahan sistem cetakan sebagai

contohnya:

( رهاكلما نضج لناهم جلودنا غيػ ت جلودهم بد ) tiap-tiap terbakar kulit mereka

itu kami ganti akan mereka itu kulit yang lain satu saat seratus kali ganti

dengan kembali kepada jalan yang mula belum terbakar ( ليذكقوا العذاب) supaya merasa mereka itu akan azab Allah (( ا ٦٥) إف الله كاف عزيزنا حكيمن )

bahawasanya Allah ta‟ala itu amat mulia kekerasan tiada lemah akan dia suatu

lagi amat hakim pada makhluknya. (Muhammad Sa‟id:173)

Teks diatas merupakan teks yang telah dirumikan oleh penulis

dan telah disemak dan diperbetulkan kesalahan barisnya, kesalahan

asalnya ialah terdapat kesalahan baris pada kalimah ( لناهم iaitu pada (بد

kitab Tafsir Nur al-Ihsan ianya ditulis sebagai (لناهم dengan (بد

mengkasrahkan huruf ba yang pada asalnya ianya berbaris fathah.

Page 24: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI

188

Menulis Muqadimah

Sebelum seseorang pentahqiq itu memulakan terhadap pentahqiqan

nas-nas, perlunya untuk menulis muqadimah di awal permulaan kitab,

ianya dilihat sebagai panduan dan maklumat terhadap pembaca

terhadap perbahasan tahqiq dan sebagai bukti kesungguhan, kebenaran

dan kesahihan terhadap kajian yang dijalankan. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan

Dr. Tilal Majzub, 1993:44). Sesungguhnya tiada had tertentu yang

khusus untuk meletakkan muqadimah, namun selalunya ianya

diletakkan sebagai ringkasan sahaja dan kadang-kadang ada juga yang

panjang. Diantara tiga perkara penting yang perlu ada pada muqadimah

ialah takrif atau definisi tentang kitab mahupun manuskrip dan

kepentingannya, seterusnya perlu dinyatakan manhaj pentahqiq iaitu

kaedah yang digunakan dalam pelaksanaan pentahqiqan tersebut dan

yang terakhir perlu dinyatakan akan kesungguhan dan semangat

pentahqiq berkenaan komitmennya terhadap kajian berkenaan. (Dr.

Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:44). Selain itu juga perlu

dimasukkan ke dalam muqadimah ialah pengenalan tentang pengarang

kitab berkenaan, keluarganya, pendidikannya, kecenderungannya, guru-

gurunya yang mana dia belajar dan juga suasana persekitaran dan

zaman masa kehidupan pengarang kitab. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal

Majzub, 1993:44). Perbahasan terhadap pengarang kitab Tafsir Nur al-

Ihsan ini penulis telah letakkannya di dalam satu bab iaitu bab kedua

daripada kajian ini, begitu juga pengenalan terhadap kitab, metodologi

penafsiran, metodologi kitab dan lain-lainnya.

KESIMPULAN

Sesungguhnya penggunaan Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa

Malaysia 1972 (SERBBM) di dalam kajian perumian ini adalah kerana

ianya merupakan satu sistem terkini dan terbaik yang mana ianya

diadaptasi dan merupakan satu sistem penambahbaikan daripada

sistem-sistem yang ada di Malaysia khususnya terhadap Sistem Ejaan

Rumi Za’ba. Selain daripada itu juga, pemilihan SERBBM 1972 adalah

disebabkan ianya mengandungi satu pedoman khusus iaitu Pedoman

Umum Ejaan Baharu Bahasa Melayu (PUEBBM) yang mana ianya

disusun dan diolah berdasarkan pedoman tersebut, dan segala senarai

lengkap perkataan dimuatkan di dalam Daftar Ejaan Rumi Bahasa

Melayu (DERBM) disamping menggunakan pedoman umum ejaan

Jawi-Rumi yang telah sedia terdapat di dalamnya. Kaedah pentahqiqan

yang dilakukan adalah sebagaimana kaedah yang dilakukan oleh

kebanyakan ahli tahqiq kitab tafsir yang berwibawa khusunya

Page 25: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

189

mengikuti kaedah pentahqiqan terhadap kitab Tafsir Jami’ al-Ahkam,

Tafsir Manahil Irfan, Tafsir Itqan fi Ulum al-Quran dan banyak lagi.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Asmah, Omar, Ensiklopedia Bahasa Melayu, 2008, Kuala Lumpur,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), 2001, Kuala

Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), 2008, edisi kedua,

Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daftar Ejaan Rumi-Jawi, 1988, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Daftar Ejaan Rumi Baru, 1991, Brunei Darussalam, Dewan Bahasa dan

Pustaka Brunei.

Fahmi Sa‟id & Tilal Majzub. 1993, Tahqiq al-Mahtutat baina al-

Nazariyah wa al-Tadbiq. Beirut, cAlim al-Kitab.

Hashim, Hj Musa. 1999. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail, Dahaman. 2007. Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, 2006, Kuala Lumpur, Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Sa‟id, 1391H.Tafsir Nur al-Ihsan, Maktabah wa Matbuah

al-Hadi wa Auladuhu

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, 1987, Kuala Lumpur, Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan, 1986, Kuala Lumpur,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Qurtubi, Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari, 1996. Al-

Jami‟ li Ahkam al-Qur‟an. Jil.1. Muhammad Ibrahim al-

Page 26: METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITAB- KITAB …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI

190

Hafnawi &Mahmud Hamid Uthman (pnthq). Kaherah: Dar al-

Hadis.

Al-Suyutiyy, Jalal al-Din cAbd al-Rahman bin Abi Bakr. 1967. Al-

Itqan fi Ulum al-Qur‟an. Jil.1. Muhammad Abu al-Fadhl

Ibrahim (pthq.). Kaherah: Maktaba Dar al-Turath.

Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur‟an.

Al-Zarqani, Muhammad Abd al-Azim, 2001, Manahil al-Irfan fi Ulum

al-Qur‟an, jil 1, Abu al-Fadhl Ahmad bin Ali al-Dimyati (pthq),

Kaherah, Dar al-Hadis.