Minggu 5 elemen seni.

Post on 04-Jul-2015

3.018 views 8 download

description

Nota SSR 3013 Minggu ke-5 (1 Disember 2012)...

Transcript of Minggu 5 elemen seni.

Asas Seni Visual

Pengenalan asas Seni Visual

RUPA

RUPA & WARNA

jALINAN

ASAS BENTUK

ahmad zakii anwar

cOLOR

ZAINAL ABIDIN MUSA

ARCA

Arca ikon bulu tangkis karya Claes Oldenburg dan Coosje van Bruggen di hadapan Muzium Nelson-Arkins, bandar raya Kansas

TOKOH-TOKOH UKIRAN

• 1.Encik Latiff bin Long

Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir.

Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga yang mempunyai enam keturunan tukang kayuyang handal.

Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih tersimpan di istanaRaja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima pengajaran ukiran kayudari bapanya sejak berumur lima tahun.

Beliau pernah memenangi pertandingan Kraftangan ukiran kayusemasa bersekolah.

Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan UkiranKayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara.

Kini Latiff Longadalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir tumbuh Kelantan dan banyakmenerima tempahan dari dalam dan luar negara.

ANTARA TOKOH UKIRAN

• Tuan Haji Wan Su bin Othman

• Wan Mustafa Wan Su,

• Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wok, Latif Long,

• Allahyarham Abd. Rahman Long AllahyarhamNik Rashidin Nik Hussin

ANTARA TOKOH AWAL SENI VISUAL

• Peter Harris• Mohamed Hoessein Enas• Yong Mun Sen• Dzulkifli Buyung • Redza Piyadasa• Latiff Mohidin• Chuah Thean Teng• Tay Hooi Keat

Difinasi Garisan

Ruang Warna

Kesan dan Fungsi Garisan

• Kita boleh menggunakan garisan untuk menggambarkan bentuk, rupa, ton, jalinan dan ruang pada hasil karya.

• Pelbagai alat dan media yang boleh digunakan untuk menghasilkan garisan dengan kesan yang berbeza. Sebagai contoh arang, pastel, berus dan dakwat boleh menghasilkan kesan kasar, pensil pula garisan nipis dan marker pen menghasilkan garisan tebal. Kedudukan garisan juga boleh menggambarkan sesuatu emosi atau gambaran dalam sesebuah karya. Contohnya

• garisan melintang memberi kesan tenang,• garisan menegak menunjukkan sesuatu yang teguh dan stabil,

• garisan berpenjuru menggambarkan seolah sesuatu pergerakan sedang berlaku (lihat GAMBAR PERSPEKTIF di atas) dan

• garisan pancaran menggambarkan wujud suatu tenaga.

sambungan

Olahan garisan

• Olahan garisan boleh menimbulkan nilai ton dengan cara garisan yang dilukis nipis dan jarak-jarak memperlihatkan ton cerah.

• Manakala garisan yang dilukis rapat dan tebal pula menghasilkan ton gelap.

• Ton sangat penting untuk menghasilkan kesan cahaya dan bayang pada sesuatu objek. Ia berfungsi untuk menimbulkan bentuk objek yang dilukis (Ching & Juroszek, 1998).

Garisan membentuk perspektif

CONTOH

Ruang, objek dan perspektif

Garisan boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai teknik seperti teknik gosokan, koyak dan tampal, anyaman, tiupan straw, pualaman dan pen teknikal.Jenis-jenis garisan pula ialah garisan nipis, garisan kasar, garisan tebal, garisan berlingkar, garisan berbulu, garisan pancaran, garisan putus-putus, garisanberalun, garisan titik-titik, garisan berserabut, garisan berduri dan garisan zig-zag.

TEKNIK PENGHASILAN GARISAN

Olahan garisan - sambung

Olahan garisan boleh menunjukkan sesuatu benda yang bergerak seperti garisan beralun berfungsi menggambarkan pergerakan ombak. Manakala garisan berlingkar pula menggambarkan pergerakkan air hasil daripada titisan air ke dalam sebuahbekas. Garisan juga boleh menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai fungsi seperti corak pada badan harimau berfungsi sebagai penyamaran dengan alam sekeliling. Gambar di bawah menunjukkan satu lagi contoh garisan pada fauna.

Karya Johari Said – “Katak ingin menjadi lembu” – Jenis cetakan Kayu

Garisan menunjukkan ruang

Kesan garisan yang terdapat pada permukaan juga boleh menghasilkan jalinan seperti garisan pada kelarai bukan sahaja mewujudkan corak malah mengurangkan kesan licin pada permukaan tikar. Garisan dalam lukisan dapat mewujudkan kesan ruang perspektif iaitu garisan halus menunjukkan ruang jauh dan garisan kasar dan besar pula ruang dekat. Gambar di bawah menunjukkan kegunaan garisan dalam ruang.

RUPA

• Hasil pertemuan di antara dua titik iaitu titik permulaan dengan penghujung titik dalam satu garisan dan menghasilkan satu kawasan.

• Sifat rupa ialah mempunyai permukaan yang rata dan berbentuk dua dimensi.

• Rupa yang terdapat di sekeliling kita terbahagikepada dua jenis iaitu rupa geometrik dan rupa organik.

Contoh Rupa

Rupa organik pada bendabuatan manusia

Rupa organik pada alam semulajadi

Rupa geometrik pada arca

Sifat Rupa

Sifat rupa geometrik adalah rupa yang mempunyai sudut, direka dengan sengaja seperti rupa bulat, segi empat, tiga segi dan sebagainya. Sifat rupa organik adalah rupa yang bebas, tidak bersudut seperti rupa manusia, binatang, buah-buahan dansebagainya. Kita juga boleh melihat rupa secara rupa positif dan rupa negatif

3 cara rupa boleh diubah

• Rupa boleh diubah-ubah dengan beberapa cara. Sebagai contoh, rupa asal ditambah dengan rupa lain di bahagian sisi rupa asal.

• Kedua, rupa asal dipotong sedikit dan cara ini juga dinamakan cara luakan.

• Ketiga pula ialah menindanrupa asal dengan rupa yang lain.

Rupa – Muka taip, simbol dan corak

• Rupa juga mempunyai hubung kait dengan bidang seni grafik iaitu penciptaan muka taip dan lambang. Muka taip adalah jenis-jenis rupa bentuk huruf. Rupa muka taip paling asas ialah huruf blok 3x5 unit.

• Lambang adalah bentuk objek yang diolah menjadi rupa yang ringkas. Ia juga dikenali sebagai simbol yang berfungsi memberi arahan kepada pengguna seperti simbol restoran menggunakan rupa sudu dan garfu.

• Rupa yang disusun berulang kali akan menghasilkan corak.

Aliran dan Tema Sejagat

• Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia yang mengambil hal benda untuk diperkatakan. Cth; membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur kosmos seperti bulan, matahari bintang dan sebagainya.

• Idea yang berbagai- keunikan ciptaan berlaku dan mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman.

• Wujudnya “Non-objective art”, ‘Minimal art” misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan.

Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian

• Asas ciptaan dalam bidang M&MB - cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain.

• Bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, kereta api malah jambatan dan objek-objek gunaan lain - keperluan asas sebuah masyarakat dan negara.

• Idea datang - desakan untuk mengguna & utk mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Tercipta bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan dan menyelesaikan masalah manusia

• Semakin aktif dan proaktif – manusia mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku?

• Pemerhatian dan Kajian Visual• Pemerhatian dan kajian visual - dilakukan dari

kesedaran dan kualiti tampak yang tinggi- kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya.

• Frank Barron dan Irvin Child, artis mempunyai keupayaan tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir, mengurus maklumat visual berbanding bukan artis.

• Norman Meier (1930) pula mengatakan bahawa artis boleh menyelesaikan pelbagai kemahiran-kemahiran seni.

• J.P. Guilford, artis dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa berbanding dengan tukang dan pereka bentuk.

Perubahan Cara Bekerja

• Pelukis tidak hanya menggunakan satu teknik dan kaedah. Jika selama ini artis menggunakan satu kaedah sahaja, dia seharusnya mengubah kepada kaedah lain untuk mendapatkan keunikan penghasilan. Membuat percubaan yang tidak putus-putus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.

Penerokaan Simbol dan Makna

• Pelukis akan mencari dan mengkaji ilham-ilham baru. Penerokaan yang tidak henti-henti akan menemukan dapatan yang lebih kreatif dan bermakna. Amalan membuat penyelesaian masalah, membuat inkuiri penemuan akan lebih memaknakan lagi hasil penerokaan kajian.

• Bahan terbuang yang diguna pakai semula.• Benda-benda daripada alam sekitar seperti

buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya.

• Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam dan sebagainya.

• Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Membuat Penerokaan dan Eksperimentasi Bahan

Sambungan Membuat Penerokaan dan Eksperimentasi Bahan

• M&MB memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna. Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan?

• Memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek.• Memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan

manusia.• Memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan

melalui deria pendengaran.• Memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk

kegunaan harian, permainan dan peragaan.• Memerhati dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi

ruang sebenar.

Model lembu,bekas pensil dan model kucing dibina dan dibentuk menggunakan papier mache

• Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.

• Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.

• Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.

• Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.

• Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan.

• Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.

Kesesuaian M&MB - Hasil Rekaan Tiga Dimensi

Sambungan• Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek

sebenar.• Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk

rekaan dan binaan.• Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan

binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.

• Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya.

• Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan.

• Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.

KEPENTINGAN M&MB

• Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi

• Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

• Mengenali Pelbagai Bentuk Asas

Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi

• Kejelasan dan kefahaman dalam persepsi pelajar tentang seni tiga dimensi akan memberikan suatu kefahaman dan kejelasan untuk terus belajar dan berkarya. Pelajar akan mengenal dan mengesan ciri-ciri objek tiga dimensi antaranya:

• Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.• Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.• Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik,

membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.

• Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.• Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna,

imbangan dan kesatuan yang menarik.• Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.• Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

• Kesesuaian topik, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan.

• Membuat “tumbnail-print” sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek.

• Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.

• Pilih teknik membuat yang sesuai. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur.

Sambungan• Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan

pahat dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawasi dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat di samping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu.

• Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.

• Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun.

• Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

Mengenali Pelbagai Bentuk Asas• Bentuk asas terdiri daripada bentuk :

- organik dan geometri. • Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu,

bergerigis, berkeluk-keluk, berjurai, lembik dan berbagai lagi. Ia mungkin berupa sotong, burung, pokok, buah-buahan, binatang, gunung-ganang dan berbagai lagi.

• Bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus, keras dan padu. Ia mungkin berupa bangunan, kotak, bola, piramid, kun dan lain-lain lagi.

Bentuk Geometri