Elemen Seni Visual

download Elemen Seni Visual

of 26

Transcript of Elemen Seni Visual

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    1/19

    Elemen Seni Visual

    Unsur-Unsur Seni

    GarisanJalinan

    Rupa

    Bentuk

    Ruang

    Warna

    Garisan

    Garisan adalah salah satu elemen seni reka. Ia adalah kesan titik-titik yang berlanjutan

    dan bertindak sebagai titik yang bergerak, dihasilkan menggunakan alat atau media

    seni lukis. Garisan terdapat dimana-mana sahaja samada yang terhasil secara

    semulajadi atau dihasilkan oleh manusia. Garisan mempunyai pelbagai jenis sifat dan

    identiti yang tersendiri serta memberi pengertian yang berbeza-beza. Jenis-jenis

    garisan ini juga merujuk kepada sifat-sifat fizikal sesuatu garisan itu seperti kasar,

    halus, panjang, pendek, lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, putus dan sebagainya.

    Garisan juga mampu menyatakan sesuatu idea atau perasaan. Ia boleh bersifat statik

    atau aktif. Garisan menjelaskan secara visual sesuatu objek.Aplikasi pelbagai jenis

    garisan yang bersesuaian dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan corak serta

    menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    2/19

    LUKISAN

    Rembrandt-The Omval

    Albrecht Durer-Head of an Apostle

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    3/19

    Istilah daripada kamus The Oxford : The art of representing by line, delineation without

    color or with a single color; terjemahannya berbunyi lukisan ialah garisan yang

    membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang

    terhad. Lukisan adalah kerja kerja di peringkat awal dalam menghasilkan catan,

    cetakan, arca dan pelbagai lagi kerja kerja seni. Namun begitu, pengertian lukisan itu

    seringkali disalahertikan oleh kebanyakan orang yang menganggap bahawa lukisan

    dan catan adalah sama.

    Melukis dikatakan dapat memberi kesan terhadap diri individu dan keaslian karya

    kepada pengkarya. Ini adalah kerana, melukis kebiasaannya dilakukan secara spontan

    yang melibatkan gerak hati dan dizahirkan melalui gerak tangan. Melukis dengan kerap

    adalah merupakan latihan kemahiran melukis dimana pelukis akan dapat menghayati

    lukisannya. Pelukis agong, Albrecht Durer, dalam lukisannya yang bertajuk Head of an

    Apostle telah memperlihatkan penggunaan teknik garisan silang dalam karya tersebut.

    Penegasan adalah tertumpu kepada bahagian muka. Penggunaan garisan dapat

    memberikan kesan pada form dan ton. Sementara itu bagi pelukis Rembrandt dalam

    lukisannya yang bertajuk The Omval memperlihatkan penggunaan pelbagai jenis

    garisan. Garisan dalam karya tersebut memberi kesan perspektif dan membentuk

    lanskap yang men

    1.Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.

    2.Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan

    bidang.

    3.Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.

    4.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang

    dilukis secara teliti.

    5.Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.6.Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.

    7.Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).

    8.Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran

    manusia.

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    4/19

    SEJARAH LUKISAN

    Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.

    Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan

    pengembaraan.

    Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.

    Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej

    binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang

    hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai

    binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

    MEDIA

    Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan

    rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.

    Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh

    dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel

    dan warna air.

    Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi

    penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.

    Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan

    penggunaan pelbagai jenis garisan.

    TUJUAN PENGHASILAN

    Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur

    dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    5/19

    yang dilukis.

    Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya,

    lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan.

    Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam

    sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya,

    lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.

    Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui

    tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.

    JENIS LUKISAN

    1.Lukisan Figuratif

    Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    6/19

    Pautan

    2.Lukisan Fantasi

    Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    7/19

    3.Lukisan Ilustrasi

    Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan

    kepada audiens.

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    8/19

    4.Lukisan Kajian

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    9/19

    Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji.

    Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci

    5.Lukisan Kontour

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    10/19

    6.L

    ukisan Gesturea.Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan.

    b.Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.

    c.Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja

    mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    11/19

    7.Lukisan Teknikal

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    12/19

    Menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding

    yang tepat.

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    13/19

    8.Lukisan Kartun

    a. Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan

    watak-watak kartun

    b. Digambarkan melalui tema jenaka

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    14/19

    BAHAN DAN MEDIA

    PosPenggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi

    ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan

    yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan

    menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yan

    gmahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan.

    PENSEL

    Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk

    menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut

    nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B,1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk

    lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan

    garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai

    kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal

    berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh

    dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu

    banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar

    samar.

    ARANG

    Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara

    spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan

    atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang.

    Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang

    dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah

    disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi

    mengelakkan comotan.

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    15/19

    PEN DAKWAT

    Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti

    Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz.

    Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah

    kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan

    secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang

    diperlukan.

    PEN MATA BOLA

    Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi

    sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen

    yang sama.

    PEN FELT

    Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.

    CONTE CRAYON

    Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon

    adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.

    KRAYON LILIN

    Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa

    crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang

    menarik.

    PASTEL

    Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.

    BERUS

    Berus telah lama digunakan oleh pelukis pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    16/19

    melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis

    jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang

    tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

    FUNGSI DAN BENTUK LUKISAN

    Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara

    visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik titik lorekan dan gurisan

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    17/19

    digunakan untuk merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang

    rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni

    yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada

    lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran.

    Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan

    menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan

    meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan

    seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang

    terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan

    bahan dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan

    yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi

    maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik.

    Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau

    mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak

    semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang

    pelukis melukis objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan

    memperkembangkan lukisannya.

    PROSES PENGHASILAN LUKISAN

    1. Meneliti secara keseluruhan benda atau imej.

    2. Melihat kedudukan imej yang yang hendak dilukis mengikut aras mata.

    3. Melakar rupa asas benda atau imej yang hendak dilukis.

    4. Meneliti arah cahaya untuk menampakkan unsur ruang pada subjek yang

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    18/19

    dikehendaki

    serta memahami jarak sesuatu benda yang wujud dalam ruang perspektif

    5. Mengaplikasikan unsur seni reka seperti jalinan, bentuk dan tona warna serta

    prinsip seni reka seperti keseimbangan, penegasan, kesatuan, dan harmoni.

    Sifat dan jenis garisan dalam lukisan

    Sifat Garisan

    1. lembut

    2. kasar

    3. berserabut

    4. tajam

    5. menggerutu

    6. licin

    7. kesat

    8. lurus

    9. berduri

    10.rapuh

    11.tegas

    Jenis Garisan

    Antara jenis garisan yang sering digunakan dalam lukisan adalah seperti:

    1. horizontal

    2. vertical

    3. diagonal

  • 8/8/2019 Elemen Seni Visual

    19/19

    4. straight/ruled

    5. curved

    6. bent

    7. angular

    8. thin

    9. thick/wide

    10. interrupted (dotted, broken, dashed)

    11. blurred/fuzzy

    12. controlled

    13. freehand

    14. parallel

    15. hatching

    16. spiraling