Post on 12-Aug-2021
Page 1 of 16
MINIT MESYUARAT KHAS
JAWATANKUASA KECEMASAN DAN BENCANA (JKKB): COVID-19 DI UMT
Tarikh : 17 Mac 2020 (Selasa)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Dewan Senat, Canselori, UMT
Senarai
Kehadiran :
Lampiran Kehadiran
Page 2 of 16
MINIT
PERKARA/PENJELASAN
TINDAKAN
1/2/2020 ALUAN Y.BHG PENGERUSI
Y.Bhg Pengerusi dalam aluannya;
a) Memulakan mesyuarat dengan surah Al-Fatihah dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
b) Pengerusi memohon maaf kepada semua ahli kerana memanggil mesyuarat tergempar susulan pengumuman Perdana Menteri tentang Perintah Kawalan Pergerakan rakyat di Malaysia mulai 18 – 31 Mac 2020. Sehubungan itu, ianya kan menjejaskan beberapa operasi berkaitan akademik, pelajar, pengurusan dan lain-lain.
c) Ahli Jawatankuasa Kecemasan dan Bencana (JKKB) yang dilantik diharap berfungsi sebaiknya sepertimana ‘Term of Reference’ (dirujuk Manual Pelan Kesinambungan Perkhidmatan UMT).
Makluman
Makluman
Makluman
2/2/2020 TASK FORCE COVID-19
2.1/2/2020
2.2/2/2020
Pengaktifan Task Force Covid-19
a) Bermula tarikh 18 – 31 Mac 2020, UMT berada pada fasa kecemasan kerana bencana wabak Covid-19. Pihak pengurusan Tertingi UMT mengumumkan pengaktifan Pelan Tindakan Kecemasan.
b) Untuk tujuan tersebut, Jk Bilik Gerakan akan mula beroperasi di bawah tanggungjawab TNC HEPA. Bilik Gerakan ini akan beroperasi sepanjang krisis berlaku
c) Sehubungan itu, mesyuarat mencadangkan supaya Task Force Covid-19 UMT diaktifkan dan bertanggungjawab melaporkan segala tindakan/pemasalahan kepada Jk Bilik Gerakan Bencana. (Lampiran 1- Carta Task Force Covid-19)
Perkara Memerlukan Perhatian Sepanjang krisis ini perkara yang perlu diberi perhatian khusus oleh Task Force Covid-19 adalah persediaan dan penyelesaian perkara berikut;
i) Alternatif proses P & P – e-pembalajaran
Makluman
TNC HEPA
Semua Ketua Task Force
Makluman
Page 3 of 16
MINIT
PERKARA/PENJELASAN
TINDAKAN
ii) Penginapan pelajar dalam & luar kampus iii) Kesinmabungan penyelidikan iv) Urusan makan-minum pelajar v) Kebajikan pelajar antarabangsa vi) Kawalan keselamatan keluar-masuk kampus vii) Perkhidmatan kesihatan oleh PKU dalam UMT viii) Konsep ‘Work from Home’ ix) Keperluan dana bencana x) Pengurusan logistic/peralatan xi) Pengoperasian rumah kuarantin xii) Komunikasi, hubungan luar, data, laporan harian xiii) Pasukan petugas khas dan sukarelawan
3/2/2020 PELAN TINDAKAN KECEMASAN
3.1/2/2020
3.2/2/2020
Pusat Tanggungjawab(PTJ) Beroperasi Minima Pihak pengurusan UMT bersetuju supaya semua Pusat Tanggungjawab(PTJ) ditutup sementara dari beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Walaubagaimanapun, PTJ berikut kekal beroperasi pada tahap minimum di kampus:
i) Bahagian Keselamatan ii) Pusat Kesihatan Universiti iii) Kolej Kediaman iv) Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum v) Pusat Antarabangsa vi) Pusat Pembangunan dan Harta
Konsep ‘Work from Home’ Mesyuarat bersetuju ; a) Semua staf UMT adalah diwajibkan bekerja dari rumah (work
from home) mulai 18/3/2020 - 31/3/2020. Walau bagaimana pun staf hendaklah sentiasa boleh dihubungi dalam waktu pejabat dan bersedia hadir jika diarahkan.
b) Tiada elaun lebihan masa dibayar kepada staf yang dipanggil hadir bekerja.
c) Staf yang perlu hadir ke pejabat atas urusan seperti memberi makan ikan perlu mendapat kebenaran Bahagian Keselamatan UMT pada hari tersebut.
Semua Ketua PTJ berkaitan
Makluman
Pejabat Bendahari
Makluman
Page 4 of 16
MINIT
PERKARA/PENJELASAN
TINDAKAN
3.3/2/2020
3.4/2/2020
3.5/2/2020
Laluan Keluar Masuk Kampus Mesyuarat bersetuju;
a) Laluan keluar masuk kampus UMT hanya dibenarkan melalui pintu utama sahaja dan beroperasi 24 jam. Para pelawat (bukan warga UMT) adalah tidak dibenarkan masuk ke dalam kampus, kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan universiti.
b) Warga UMT ataupun pelawat yang telah mendapat
kebenaran masuk ke dalam kampus perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan Diri di pintu utama sebelum masuk ke kampus.
c) Bahagian Keselamatan perlu memastikan keselamatan kampus terpelihara sepanjang tempoh ini.
Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) Mesyuarat bersetuju;
a) Semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran(P&P) bermula 18 Mac 2020 hingga 4 April 2020 (mengambil kira cuti pertengahan semester) adalah ditangguhkan. Waktu P&P yang telah dijadualkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan diganti semula pada masa yang sesuai atau berdasarkan jadual akademik atau cuti antara semester.
b) Ketetapan ini adalah terpakai bagi semua pelajar asasi, diploma, ijazah dan pascasiswazah. Pendaftaran pelajar Asasi dan Diploma bagi Semester 3 ditangguhkan ke 5 April 2020.
Pelajar di Kolej Kediaman dan Penginapan Luar Mesyuarat bersetuju ;
a) Semua pelajar diminta untuk mengosongkan kolej kediaman dan pulang kerumah masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Pelajar akan bercuti sehingga 4 April 2020.
b) Sekiranya pelajar yang menghadapi masalah dan tidak dapat pulang, mereka hendaklah mengambil tindakan-
Bahagian Keselamatan
Bahagian Keselamatan
Bahagian Keselamatan
TNC A&A, Semua Dekan
Fakulti
Semua Dekan Fakulti,
Pengarah Institut, STEM
Kolej Kediaman
HEPA
Page 5 of 16
MINIT
PERKARA/PENJELASAN
TINDAKAN
3.6/2/2020
3.7/2/2020
3.8/2/2020
tindakanberikut: i) Melapor diri di pejabat Kolej Kediaman termasuk
pelajar penginapan luar.
ii) Mengehadkan pergerakan keluar atau masuk ke Kolej Kediaman atau penginapan luar.
iii) Sekiranya pelajar mempunyai apa-apa simptom,
mereka hendaklah terus merujuk kepada PKU.
c) Bahagian Penjanaan Pejabat Bendahari (Encik Ruhaifi) dipohon untuk mempastikan urusan pembekalan makan dan minum pelajar di Kolej Kediaman berjalan lancar.
Pelajar Antarabangsa di UMT Mesyuarat bersetuju;
a) Semua pelajar antarabangsa UMT yang berada di Malaysia perlu mendaftarkan diri di pejabat Kedutaan Negara masing-masing.
b) Kebajikan dan keselamatan pelajar antarabangsa perlu diberi perhatian dalam tempoh ini.
Operasi Pusat Kesihatan Universiti (PKU) Mesyuarat bersetuju;
a) Pusat Kesihatan Universiti (PKU) akan beroperasi secara minima untuk para pelajar sahaja pada waktu pejabat.
b) Selepas waktu pejabat, staf PKU akan bertugas atas panggilan (on-call) untuk kes kecemasan sahaja.
c) Sebuah rumah di Taman Permint dijadikan sebagai rumah kuarantin sepertimna dipersetujui dalam mesyuarat lepas. Kebajikan pelajar yang dikuarantin perlu diberi perhatian.
Aktiviti Masjid UMT Mesyuarat dimaklumkan bahawa; Semua aktiviti keagamaan di Masjid UMT termasuk Solat Jumaat adalah ditangguhkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Kolej
Kediaman
Bahagian Keselamatan
PKU
Penjanaan Bendahari
Pusat Antarabangsa
Pusat Antarabangsa
PKU
PKU
PPH/PKU/ HEPA
PISM
Page 6 of 16
MINIT
PERKARA/PENJELASAN
TINDAKAN
3.9/2/2020
3.10/2/2020
3.11/2/2020
3.11/2/2020
Pergerakan. Komunikasi, hubungan dan data Mesyuarat bersetuju; Sepanjang tempoh ini, segala hal berkaitan komunikasi, hebahan, media, laporan harian perlu melalui Pusat Komunikasi Korporat sahaja. Talian Utama ('Hotline') Operasi di UMT Talian utama yang boleh dihubungi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah seperti berikut:
a) Bahagian Keselamatan: 09-6684118, 019-9593085 b) Pusat Kesihatan Universiti: 09-6684595, 019-9393261
(kecemasan sahaja) c) Kolej Kediaman: 012-9593950, 013-9571864,
013-7112106 d) Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum:
013-7988634 e) Pusat Antarabangsa: 09-6684356/4810, 017-9064733 f) Pusat Pembangunan dan Harta: 019-9904305,
019-9591343 g) Pusat Pengurusan Pengetahuan Teknologi dan
Komunikasi: 013-968 6134, 019-936 2935 h) Pejabat Pendaftar: 013-3783489, 019-9675510
Pekeliling Khas Covid-19 Kepada Warga UMT Selepas mesyuarat ini, pihak UMT akan mengeluarkan pekeliling khas kepada warga sebagai panduan semua (Rujuk Lampiran 2) Hal-hal Lain
a) Program Ijtima’ Jemaah Tabligh Ketua PTJ diharap dapat mengenalpasti mana-mana staf dan pelajar yang telah menghadiri atau mempunyai kontak rapat dengan individu yang menghadiri Program Ijtima’ Jemaah Tabligh di Masjid Sri Petaling pada 28 Feb – 3 Mac 2020 supaya melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Kerajaan yang berdekatan.
PKK
Makluman
Pendaftar / PKK
Semua Ketua PTJ
Page 7 of 16
MINIT
PERKARA/PENJELASAN
TINDAKAN
b) Proses Nyahkuman (Disinfeksi) Semua bahagian bangunan yang strategic di UMT seperti tombol pintu, pemegang pintu, 'handrail' dan sebagainya perlu menjalani proses pembersihan dan nyahkuman (disinfeksi). Proses ini perlu dijalankan seberapa segera.
PPH
4/2/2020 PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.15 pagi dengan bacaan surah Al-Asr dan Tasbih Kaffarah.
Makluman
Disediakan oleh :
………………………………………………. ASRUL AZANI BIN MAHMOOD Sekretariat Jawatankuasa Kecemasan dan Bencana Universiti Malaysia Terengganu Disahkan oleh :
……………………………………………………………………………………..
PROFESOR DATO’ DR NOR AIENI BINTI HAJI MOKHTAR
Naib Canselor
Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Kecemasan dan Bencana
Universiti Malaysia Terengganu
Page 8 of 16
HADIR: Profesor Dato` Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar - Pengerusi Naib Canselor
Profesor Ir. Dr. Noor Azuan bin Abu Osman
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Profesor Madya Dr. Hafiz bin Zakariya
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Alumni)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA)
Dr. Fahirah Syaliza binti Mokhtar
Pejabat Penasihat Undang-Undang
Tuan Haji Abu Hassan Ghazali
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah
Profesor Dr. Mohd Shaladdin bin Muda
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial
Profesor Madya Dr. Marinah binti Mohd Ariffin
Fakulti Sains dan Sekitaran Marin
Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Rosni bin Othman
Fakulti Pengajian Maritim
Profesor Ts. Dr. Muhammad Suzuri bin Hitam
Pusat Pengurusan Pengetahuan dan Teknologi Komunikasi
Profesor Dr. Aziz bin Ahmad
Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan
Profesor Madya Dr. Hasrizal bin Shaari
Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan
Profesor Madya Dr. Ahmad Faisal bin Mohamad Ayob
Pusat Antarabangsa
Profesor Madya Dr. Mohd Nazli bin Mohd Nor
Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko
Page 9 of 16
Profesor Madya Dr. Laili binti Haji Che` Rose
Pusat Asasi STEM
Dr. Arnie binti A. Rahim
Pusat Kesihatan Universiti
Encik Mohd Nor Shokri bin Hj. Abd. Rahman
Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum
Dr. Nik Aziz bin Nik Ali
Kolej Kediaman
ChM. Asrul Azani bin Mahmood
Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan
Encik Aisamuddin bin A. Jalil
Bahagian Keselamatan
Encik Mohd Kamri bin Mamat
Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan
Cik Norazlina binti Abdul Aziz
Fakulti Sains dan Sekitaran Marin
Puan Nor Ziana binti Husin
Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan
TIDAK HADIR (DENGAN KENYATAAN): Profesor Dr. Mazlan bin Abd. Ghaffar
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Profesor Dr. Fauziah binti Haji Abu Hasan
Pro Naib Canselor (Jaringan Industri dan Strategik)
Pejabat Pro Naib Canselor (Jaringan Industri dan Strategik)
Tuan Haji Zukiferee bin Ibrahim
Pejabat Pendaftar
Puan Azizah binti Hasan
Pejabat Bendahari
Ir. Haji Mohd Zaideen bin Yusoff
Pusat Pembangunan dan Harta
Page 10 of 16
Prof. Dr. Md Lazim bin Abdullah
Ketua Pegawai Maklumat
Pusat Data dan Pembangunan Digital
Profesor Dr. Mohd Effendy bin Abd. Wahid
Fakulti Perikanan dan Sains Makanan
Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
Profesor Dato’ Dr. Mohd Tajuddin bin Abdullah
Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari
Profesor Dr. Mhd Ikhwanuddin @ Polity bin Abdullah
Institut Akuakultur Tropika dan Penyelidikan Perikanan
Profesor Dr. Yeong Yik Sung
Institut Bioteknologi Marin
Profesor Madya Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Akhir
Institut Oseanografi dan Sekitaran
Profesor Dr. Hamdan bin Suhaimi
Pusat Pengurusan Akademik dan Kualiti
Dr. Haji Riswadi bin Azmi
Pusat Islam Sultan Mahmud
Encik Syirfan Indra Mitra Surya bin Hussin
Pusat Komunikasi Korporat
Prof. Madya Dr. Zalailah binti Salleh
Bahagian Audit Dalam
Encik Zainudin bin Mamat
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Pejabat TNC HEPA)
Puan Nor Faizah binti Adam Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
TURUT HADIR : Encik Mohd Izham bin Mohd A. Wahid Canselori
Page 11 of 16
Puan Faezah binti Salleh Pejabat Pendaftar Encik Shahrul Jama bin Othman Pejabat Pendaftar Puan Hasmadiana binti Che Mohamad Aasdik Pejabat Pendaftar Encik Mohd Faizal bin Mohd Noor Pejabat Pembangunan dan Harta Dr. Rabiei bin Mamat
Pusat Pengurusan Pengetahuan dan Teknologi Komunikasi
Profesor Madya Dr. Salisa binti Abdul Rahman Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik Encik Muhammad Syahrunizan bin Abdul Rashid Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari Puan Solihah binti Ahmad Institut Akuakultur Tropika dan Penyelidikan Perikanan
Encik Suhairi bin Mazelan Institut Akuakultur Tropika dan Penyelidikan Perikanan
Encik Zulkarni bin Ismail Institut Bioteknologi Marin Encik Mohd Zulkamal bin Radzi Institut Oseanografi dan Sekitaran Encik Muhamad Safre bin Muhamad Sani Pusat Data dan Pembangunan Digital Cik Nur Aaminah binti Azhar Pejabat Komunikasi Korporat Ustazah Faizah binti Ismail Pusat Islam Sultan Mahmood
Page 12 of 16
LAMPIRAN 1
Page 13 of 16
LAMPIRAN 2
Page 14 of 16
Page 15 of 16
Page 16 of 16