Post on 31-Oct-2014
description
Tentukan MatlamatKenalpasti ObjektifRancang Aktiviti PengajaranPilih Media PengajaranBina Alat Pengukuran
Laksana PengajaranKaji Semula Instruksi
MOHD AZLI BIN YEOP[M20092001082]
TUGASAN 2 - Pengajaran Berbantu Bahan Berasaskan Elektronik & WebMOHD AZLI BIN YEOP [M20092001082]Sarjana Pendidikan Rekabentuk Instruksional dan TeknologiFakluti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
Model Reiser & Dick (1996)
Sumber : Ubahsuai dari Robert A. Reiser and Walter Dick, Instructional Palnning (2nd. ed.), Allyn & Bacon, Massachusetts, 1996.
Perancangan pengajaran :
Menggunakan Model Pendekatan Sistematik (Reiser dan Dick, 1996)
1. Mengenalpasti matlamat pengajaran
Matlamat pengajaran boleh didapati daripada huraian sukatan pelajaran, taksiran
keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah pengajaran dalam
bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan pelajaran.
Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran. Matlamat yang
penting ialah dari segi hasilan pembelajaran sebenar pelajar iaitu matlamat dari
perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar dalam pembelajaran.
Untuk mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4, tajuk yang dipilih ialah Tawaf,
dalam bab ibadah haji, matlamat pengajaran ialah pelajar seharusnya dapat
memahami konsep dan cara melaksanakan ibadah Tawaf.
2. Menganalisa pelajar
Pengetahuan/kemahiran sedia ada yang berkaitan akan membantu pelajar
menguasai pelajaran baru yang akan dipelajari. Ciri-ciri umum pelajar seperti umur,
jantina, bakat, sikap, gaya pembelajaran perlu diketahui untuk merancang reka
bentuk pengajaran.
Pelajar hendaklah dianalisa sebelum pengajaran guru bermula. Analisis pelajar juga
boleh dibuat melalui ujian pencapaian supaya dapat membezakan kebolehan pelajar
yang mempunyai pencapaian pembelajaran yang berbeza.
MOHD AZLI BIN YEOP[M20092001082]
Bagi proses pembelajaran yang di rancang ini, pelajar telah dikenalpasti. Di mana
pencapaian pelajar didapati mempunyai tahap dan gaya pembelajaran yang hampir
sama. Pelajar telah mempunyai asas pengetahuan tawaf melalui pembelajaran lalu.
Pelajar juga mempunya tahap literasi penggunaan komputer dan rangkaian internet
yang baik
3. Mengenalpasti objektif
Objektif adalah merupakan pernyataan yang terperinci bagi matlamat
pendidikan/hasil pembelajaran. Tiga komponen utama bagi mana-mana objektif
ialah perilaku pelajar yang diharapkan, keadaan semasa perilaku ini dilaksanakan
dan piawaian atau kriteria yang mesti dicapai oleh pelajar.
Hasil pembelajaran yang diharapkan untuk tajuk Tawaf ialah
:1ارس . طواففغرتين مثاتاكن .1مثاتاكن روكون طواف ..2مثاتاكن فركارا سنة طواف.3
:2ارس ممهمي كسالهن يغ سريغ دالكوكن سماس.1
منونايكن عبادة طواف حاج دان عمرة. :3ارس
منرغكن ادب سوفن سماس مغرجاكن عبادة.1طواف حاج دان عمرة.
4. Merancang aktiviti pengajaran
Langkah berikut ialah mengenal pasti strategi yang akan digunakan dalam
pengajaran serta memilih media yang sesuai digunakan untuk mencapai hasil
pembelajaran.
Strategi pengajaran mencakupi aktiviti sebelum pengajaran, persembahan
maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan aktiviti susulan.
Suatu rancangan pengajaran akan diperluaskan atau diringkaskan berdasarkan
sama ada pengajaran itu disediakan untuk pelajar yang kurang pandai,
berkebolehan sederhana atau pandai. Ianya adalah penting bahawa keseluruhan
rancangan pengajaran disediakan bagi membolehkan pelajar dapat mencapai
sesuatu objektif pembelajaran yang telah ditentukan.
Bagi tajuk yang telah dipilih, perancangan aktiviti adalah seperti berikut :
MOHD AZLI BIN YEOP[M20092001082]
i. Pelajar dibenarkan bersoal-jawab dengan guru model keratan enjin edaran
ii. Pelajar menjawab soalan secara interaktif dalam MS Powerpoint dan
lembaran kerja dari guru.
5. Memilih media pengajaran (PENGGUNAAN TEKNOLOGI)
Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan media, panduan guru dan panduan
ujian boleh dibina dan disediakan. Keputusan untuk membina bahan baru
bergantung kepada objektif atau hasilan pembelajaran, bahan yang sedia ada dan
kemampuan organisasi dari segi kepakaran dan kewangan.
Media pengajaran adalah sebahagian daripada pelan pengajaran. Ianya adalah
sebagai alat (selain guru, buku teks, dan bahan bercetak tambahan) yang
menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Ianya bertujuan untuk menghasilkan
proses pengajaran & pembelajaran yang menarik dan bermakna sekaligus
membantu pencapaian matlamat pembelajaran.
Sebagaimana perancangan dan ciri-ciri yang dinyatakan, proses pengajaran bagi
Tawaf, media yang digunakan guru merupakan bahan BBM yang diolah dan
dimanipulasi dari laman-laman web yang berkaitan di samping bahan/ slide
persembahan yang dibina oleh guru sendiri. Berikut merupakan senarai
bahan/media yang digunakan:
i. Klip video Tawaf. Sumber dari
ii. Animasi pergerakan enjin - edaran 4 lejang. sumber dari
iii. Slaid MS Powerpoint sebagai BBM yang menerangkan cara membuat
pusingan tawaf. ( Dibina oleh guru )
iv. Perisian MS Power point untuk digunakan oleh pelajar menjawab soalan
interaktif. ( Dibina oleh guru )
i. Sebagai set induksi, guru menayangkan ‘klip video
animasi’ berkaitan ibadah tawaf.
ii. Guru membuat penerangan sambil menayangkan slaid
dan animasi tawaf.
iii. Perbincangan kumpulan dan secara kolaboratif.
iv. Pelajar secara berkumpulan mengakses maklumat
berkaitan topik dari internet sebagai aktiviti
pengukuhan.
MOHD AZLI BIN YEOP[M20092001082]
v. Aktiviti pengukuhan oleh pelajar - secara berpasangan melayari internet
merujuk sumber lain yang berkaitan tajuk. ( Alamat laman web disediakan
oleh guru )
6. Membina alat penilaian
Kepentingan ujian dalam mereka bentuk pengajaran ialah ujian yang menekankan
fakta yang menunjukkan butiran yang penting untuk membekalkan pelajar suatu
penilaian tentang kemajuan dalam menguasai objektif pembelajaran.
Keputusan ujian akan memberikan maklumat kepada guru berhubung dengan kualiti
pengajaran yang telah disampaikan dan tahap pencapaian pelajar. Hasil ujian juga
mampu menjadi rujukan kepada guru untuk menilai proses pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Ujian/penilaian yang dijalankan untuk tajuk pembelajaran ini ialah :
i. Soalan interaktif MS Powerpoint - dijawab secara berpasangan.
ii. Lembaran kerja (soalan dibina oleh guru berpandukan isi pelajaran yang
diajar) - dijawab secara individu.
7. Melaksanakan pengajaran
Sebagaimana yang telah dibincangkan, dalam melaksanakan pengajaran yang
berjaya, ianya hendaklah dimulakan dengan perancangan yang teliti di mana
pengenalpastian matlamat pembelajaran yang khusus mengikut sukatan pelajaran,
perancangan aktiviti, pemilihan media yang tepat & berkesan, satu set alat
pengukuran bagi mengukur pencapaian pelajar dan kawalan/bimbingan guru yang
baik.
Untuk proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Tawaf ini, satu set Skema Kerja
dan Rancangan Pengajaran telah dibina sebagai panduan bagi membantu guru
menjayakannya.
8. Menyemak semula pengajaran
a. Penyemakan objektif/matlamat hendaklah dilakukan melalui pemerhatian
/penilaian guru yang dikumpulkan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari pemerhatian/penilaian tersebut
lakukan langkah-langkah seterusnya iaitu untuk melaksanakan pemulihan atau
pengayaan dalam pembelajaran murid.