Post on 27-Nov-2015
description
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
1
Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini
TAJUK 2 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan mengenai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran bagi mencapai kemahiran pemikiran sejarah berasaskan pendekatan
berpusatkan murid.
Hasil Pembelajaran:
1. Mengenal pasti kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran sejarah
2. Menjelaskan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran sejarah
3. Mengaplikasi kaedah dan teknik
4. Merekabentuk satu kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
Sub Tajuk
(i) Kecerdasan pelbagai
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
2
Bahagian-bahagan kecerdasan pelbagai
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
3
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
4
Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan bagaimana
anda boleh mengaplikasikan kecerdasan pelbagai dalam proses pengajaran
dan pembelajaran anda.
Aktiviti
Kenalpastikan kecerdasan pelbagai yang ada dalam kalangan rakan anda berdasarkan senarai
semak dibawah:-
Bil Personal Kecerdasan Pelbagai1
2
3
4
5
Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
5
(ii) Pembelajaran Masteri
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
6
Cuba anda renung dan fikirkan mengapakan sistem pendidikan dahulu selagi tidak menguasai sesuatu topik tidak akan naik kelas.
Langkah-langkah melaksanakan pembelajaran masteri:-
1.Menentukan hasil pembelajaran
Hasil pembelajaran perlu ditentukan untuk memastikan apa yang perlu dikuasi oleh murid. Melalui penentuan hasil pembelajaran guru boleh merancangkan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan disamping bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran yang dibina juga akan membantu guru membina ujian formatif dan sumatif.
2.Menentukan pengajaran dan pembelajaran
Pada peringkat ini guru harus memikirkan kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan. antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan ialah inkuiri penemuan, konstruktivisme, pembelajaran koperatif dan lain-lain.
3.Menilai
Penilaian perlu dalam pembelajaran masteri kerana melalui ujian guru mengetahui pencapaian pelajarnya,mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai atau belum, mengesan sebab-sebab kelemahan pelajar dalam sesuatu unit pembelajaran, merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan
4.Merancang tindakan susulan
Tindakan susulan melibatkan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan bagaimana
anda boleh mengaplikasikan pembelajaran masteri dalam kelas sejarah
anda.
7
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
Aktiviti
.
Jelaskan langkah-langkah pembelajaran masteri yang boleh dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah bagi kelas yang anda ajari.
Jangan lupa ekses laman web yang berkenaan untuk mendalami kaedah ini.
(iii) Pembelajaran Kontekstual
Adakah anda mengerti apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran konstekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isii kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktivitii hands – on dan minds – on.
Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi “REACT”
Relating (Menghubungkait)
Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mestii menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah.
Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktivitii yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.
8
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAHExperiencing (Mengalami)
Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta - merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi p&p seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. Contoh murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin seterika tertanggal.
Applying (Mengaplikasi)
Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja. Contoh murid mempelajari teori dan konsep tuas. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak mempunyai jek. Murid itu boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.
Cooperating (Bekerjasama)
Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain - merupakan strategi p&p yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran bekerjasama di sekolah. Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali makmal. Penyelesaian amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.
Transferring (Memindahkan)
Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar. Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permaianan.
9
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAHMari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan kaedah-kaedah
yang telah anda pelajari. Kenalpasti perbezaan dan persamaan kaedah-
kaedah yang telah anda pelajari.
Aktiviti
.
Dalam kumpulan anda, bincangkan bagaimana anda boleh menggabungkan
pengalaman lalu untuk menghasilkan sesuatu idea yang
baru.
Jangan lupa ekses laman web yang berkenaan untuk mendalami kaedah ini. Juga hubungi pensyarah anda melalui e-mail untuk berbincang tentang sebarang kemusykilan yang bermain di minda anda.
10
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
(iv) Pembelajaran koperatif
Tak fahamlah apa maksud pembelajaran koperatif?
Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.
Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah.
Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti.
Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh struktur (dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan dengan isi kandungan. Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu – team building (kumpulan kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian Maklumat dan Kemahiran berkomunikasi.
11
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan struktur yang
digunakan oleh Kagan dalam pembelajaran koperatif yang
dikemukakannnya.
Struktur Pembelajaran Koperatif
Aktiviti
.
Dalam kumpulan, cuba anda laksanakan mana-mana struktur pembelajaran
koperatif yang disarankan oleh Kagan.
Jangan lupa ekses laman web yang berkenaan untuk mendalami kaedah ini. Juga hubungi pensyarah anda melalui e-mail untuk berbincangkan sebarang kemusykilan yang bermain di minda anda.
12
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
Selepas beberapa kaedah yang telah dipelajari, apa pula kaedah yang perlu saya pelajari?
(v) Pembelajaran Inkuiri Penemuan
Menurut Arends (1994) dalam bukunya Learning to Teach, pengajaran inkuiri dan pengajaran dan pembelajaran discovery ( penemuan) digunakan untuk membantu pelajar belajar berfikir. Proses pengajaran inkuiri-penemuan bukan sahaja dilaksanakan dalam pengajaran Sains dan Matematik tetapi dilaksanakan juga dalam bidang Sains Sosial termasuklah mata pelajaran Sejarah. Arends juga menjelaskan bahawa melalui kaedah inkuiri murid mempelajari cara menjana idea melalui soalan-soalan, kemudian mendapatkan jawapan atau memecahkan masalah tentang perkara yang ingin diketahui. akhirnya mereka membina idea atau teori sendiri berdasarkan penemuan baru diperoleh. Pengajaran secara inkuiri dapat membentuk pemikiran aras tinggi dan pemikiran aras tinggi adalah merupakan proses dan operasi intelek yang abstrak
Terdapat beberapa model pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah inkuiri. Antaranya ialah Model Inkuiri Sains Sosial dan Model Inkuiri Jurisprudential. Model Inkuiri Sains Sosial diperkenalkan oleh Massialas dan Cox ( dlm. Joyce dan Weil, 1986) bertujuan untuk mengajar murid bagaimana membuat refleksi ke atas masalah sosial. Melalui inkuiri ini pelajar belajar mendefinisikan masalah dan bekerjasama antara satu sama lain dalam melakukan penerokaan melalui pelbagai cara. Langkah pertama dalam model ini ialah guru mewujudkan situasi yang membingungkan tentang isu sosial dan menjelaskan tentang situasi tersebut. Contoh yang boleh diambil dalam konteks negara ini adalah seperti isu “rempit” . Seterusnya murid membuat hipotesis kenapa isu tersebut timbul. murid meneroka hipotesis dalam bentuk andaian, implikasi dan logik. Aktiviti seterusnya murid mengumpul data bagi menyokong hipotesis yang dibentuk. Akhir sekali murid membuat generalisasi dan penyelesaian masalah
Model Inkuiri Jurisprudential dihasilkan oleh Oliver dan Shaver (dlm. Joyce dan Weil, 1986) bagi membantu murid berfikir secara sistematik tentang isu-isu semasa. Mengikut model ini murid menjadikan isu sebagai soalan umum dan menganalisisnya. Model ini juga merupakan model pendidikan kewarganegaraan untuk mencari kebenaran. Proses inkuiri jurisprudential adalah berlandaskan aktiviti perdebatan. Mengikut model ini pengajaran dimulakan dengan orientasi kepada kes di mana guru memperkenalkan bahan dan mengenal pasti fakta. Kedua, murid menganalisis fakta kepada isu umum. murid memilih satu daripada isu tersebut untuk dibincangkan. Dalam perbincangan tersebut murid mengenal pasti nilai dan konflik nilai. Melalui perbincangan juga murid dapat memahami fakta secara mendalam dan dapat pula mentakrifkan soalan. Langkah seterusnya murid mengambil bahagian dalam perdebatan dan dalam perdebatan ini pelajar menyatakan pendirian mereka. Setelah selesai perdebatan, murid akan merenung kembali isu yang telah dibahaskan dan menentukan sebab-sebab mereka berpendirian sedemikian dan mengenal pasti beberapa pendirian yang sama. murid kemudiannya menguji andaian fakta dan menentukan sama ada fakta tersebut relevan atau yidak. Akhir sekali mereka menentukan kesan ramalan dan memeriksa kesahan fakta.
13
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAHTerdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dalam melaksanakan kaedah inkuiri-penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah sekolah rendah.
Langkah-Langkah Pengajaran Pembelajaran Inkuiri Penemuan
Aktiviti
.
Secara berkumpulan sediakan satu Rancangan Persediaan Mengajar Harian
sejarah menggunakan kaedah inkuiri penemuan.
Jangan lupa hubungi pensyarah anda jika terdapat sebarang kemusykilan.
Mengenal Pasti Masalah
Merancang Cara Penyelesaian
Mengumpul Maklumat
Mengkaji Maklumat
Membuat Rumusan
14
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
15
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH(vi) Pembelajaran Berbantukan Komputer
Komputer selalu digunakan untuk facebook, layari internet dan sebagainya. Apa pula Pembelajaran Berbantukan Komputer?
Mengikut Sander (1987), pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana pelajar- murid berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. oursund (1980) menyatakan bahawa PBK merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran kepada murid-murid, iaitu interaksi antara sistem komputer dengan murid - murid untuk membantu mereka tentang bahan yang telah dipelajari.
Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. PPBK dikenali di Malaysia, namun begitu di negara lain dikenali sebagaimana berikut:
Computer-Assisted Instruction (CAI) - Amerika Syarikat Computer-Aided Learning (CAL) - United Kingdom Computer-Based Learning (CBL) - negara-negara lain Computer-Aided/Assisted Language Learning
Rehat...
Apakah jenis atau teknik pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer?
Berdasarkan keberkesanan yang sedia diketahui maka, berikut ialah jenis atau teknik PPBK yang diadaptasi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Tutorial
Berguna untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun (Alessi dan Trollip, 1991) dan bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran. Pelajar boleh belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka jika tutorial dibangunkan dengan baik.
Tutorial turut digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990), pengukuhan dan penyelesaian masalah (Alessi & Trollip, 1985) serta untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks juga video dan audio yang mampu merangsang pelajar.
ii. Latih Tubi
Latih tubi dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar atau pengukuhan dan dilaksanakan secara kendiri. Pelajar diberi beberapa soalan manakala komputer akan memberi maklum balas berdasarkan jawapan mereka.
Alessi dan Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan yang sesuai secara pilihan rawak
16
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
iii. Permainan
PPBK yang semakin popular masa kini dengan mengguanakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat pelajar menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.
Dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran (MacFarlane & Sparrowhawk, 2002).
iv. Simulasi
Didefinisi sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi. Pelajar berpeluang untuk menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan memahami kesan sesuatu tindakan terhadap sesuatu sistem atau keadaan sebelum menghadapi sesuatu keadaan sebenar.
Pengunaan simulasi selepas sesuatu pengajaran akan mengukuhkan pemahaman pelajar dan dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mungkin diperolehi semasa pembelajaran sebenar.
v. Tunjuk Cara
Berguna untuk menunjukkan kepada pelajar sesuatu prosedur. Pelajar boleh memahami sesuatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar. Lebih-lebih lagi melibatkan sesuatu proedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan, berbahaya atau terlalu kompleks.
Aktiviti
.
Secara berkumpulan sediakan satu set soalan latih tubi secara online atau
tutorial.
Jangan lupa hubungi pensyarah anda jika terdapat sebarang kemusykilan. Juga layari laman sesawang yang berkenaan untuk mendapat info lanjut tajuk ini.
17
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
Sub Tajuk:
( v ) K a j i a n M a s a D e p a n
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Dalam erti kata yang lain, KMD ini merupakan satu disiplin ilmu untuk melihat masa depan melalui trend hinggalah kepada apa yang dapat dibayangkan akan berlaku melalui pelbagai bentuk dan cara yang dikesan.
.
Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan
Pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk mendidik generasi baru bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan KMD dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab. Menurut Kauffman dalam bukunya Teaching The Future (1977):
“ What we can and must do is to give our students an understanding of the most important issues, problems and opportunities they may face, teach them the skills they will need to continue to look ahead on their own; and prepare them to cope successfully with the dislocations and stresses of rapid change….”
18
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
Objektif Kajian Masa Depan
Komponen Kajian Masa Depan
Komponen KMD terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Asas Kajian Masa Depan dan Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan.
19
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
20
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAHPerancangan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran KMD
a.Perancangan Strategikb.Berpusatkan muridc.Aplikasi sebagai projek, kerja kukurikulum atau sepanjang hayatd.Isu dan tema yang relevane. Guru sebagai fasilitator
Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah
anda fahami berkenaan tajuk ini: Definisi KMD, Rasional Pengenalan
KMD, Objektif Kajian Masa Depan, Komponen Kajian Masa Depan dan
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan.
Aktiviti
Berdasarkan pendekatan KMD, berikan gambaran bentuk perpaduan rakyat Malaysia
menjelang tahun 2020?
Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.
Peringatan
Semasa membuat latihan ini dan seterusnya, perkara-perkara berikut
hendaklah diambil perhatian;
(i) Semua aktiviti yang berkaitan dengan latihan hendaklah dicatatkan dan
disimpan dalam portfolio.
(ii) Bahan-bahan rujukan mestilah dikepilkan dalam sebuah portfolio.
(iii) Bahan-bahan rujukan disusun mengikut tajuk-tajuk yang dipelajari.
21
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
(xii) Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Konstruktivisme merupakan satu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula dari pengetahuan dan pengalaman yang disimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid. Dalam proses pembelajaran, maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan sebahagian daripada struktur kognitif di dalam minda. Dalam erti kata yang lain, pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasinya kepada situasi baru dan mengintegrasi pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Ciri-Ciri Kaedah Pengajaran Konstruktivisme
Bebas mengemukakan pandangan
Menghormati pandangan alternatif rakan-rakan
Berpusatkan pelajar
Aplilasi kemahiran saintifik dan berfikir
Renung kembali proses pembelajaran yang telah dilaksanakan
Kelebihan Kaedah Pengajaran Konstruktivisme
Guru merupakan penolong, pemudah cara dan perancang
Menerapkan nilai koperatif dan kolaboratif dalam diri murid
Penekanan kepada alat bantu mengajar yang menarik
Penguasaan teknik lisan dan bukan lisan
Kelemahan Kaedah Pengajaran Konstruktivisme
Menjadi penghalang kepada kefahamn konsep dalam pembelajaran kerana tidak
selaras dengan pandangan saintifik
Ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir menilai sendiri teori
pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri
22
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
Cuba anda renung dan fikirkan apa yang anda faham mengenai
pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran sejarah.
Mari kita rehat sebentar..cuba anda renung dan fikiran apa yang telah anda
belajar dan fahami dari pembacaan sebelum ini.
Aktiviti
Berdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, jelaskan langkah-langkah
kerajaan Malaysia dalam mewujudkan perpaduan Kaum selepas tragedi 13 Mei
1969.
Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.
23
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
Sub Tajuk: (vii) Pembelanjaran Kendiri
Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita bertemu sekali lagi melalui sub-tajuk Pembelajaran Kendiri. Adalah diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan memahami s u b - t a j u k i n i dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah yang berkaitan
Fasilitator
Jurulatih
Kaunselor
Guru
Galak murid berinteraksi sesama sendiri
Galak murid berinteraksi sesama sendiri
Wujud environmen pembelajaranWujud environmen pembelajaran
Bantu murid tentang pelbagai strategi
Bantu murid tentang pelbagai strategi
Galak murid berinteraksi sesama sendiri
Galak murid berinteraksi sesama sendiri
Membantu dan membimbing murid di mana perlu
Membantu dan membimbing murid di mana perlu
24
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
Cuba anda renung dan fikirkan apa yang anda faham mengenai
konsep pembelajaran kendiri.
Mari kita rehat sebentar... Setelah mengetahui konsep asas ini, anda
dikehendaki merangka langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk
membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan.
Aktiviti
Berdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, huraikan faktor-faktor yang boleh
menyebabkan pembelajaran kendiri ini mencapai objektifnya.
Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.
Murid
Memperoleh kemahiran belajar untuk belajar
Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari
Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pemeblajaran sendiri
Belajar mengikut keperluan dan gaya pemebelajaran sendiri
Mentaksir sendiri pencapaian mereka
25
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
Sub-tajuk: ( ix ) Simulasi
Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita bertemu sekali lagi melalui sub-tajuk Simulasi. Adalah diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan memahami s u b - t a j u k i n i dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah yang berkaitan.
Kaedah Simulasi merupakan suatu kaedah pembelajaran yang memerlukan kecerdasan penakkulan seseorang tentang sesuatu peristiwa sebenar di alam nyata tetapi diimplementasikan dalam bilik darjah dalam bentuk yang seolah-olah situasi sebenar.
Tujuan Simulasi
Untuk menguasai kemahiranBertuturMenyusun ayatSebutan yang tepat
Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritisBerfikirMenyusun idea
26
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
Sebelum Simulasi
Objektif ditentukan
Kemahiran yang menjadi fokus utama
Penerapan nilai
Penilaian yangakan digunakan
Pengukuhan danpengayaan
Alatan yangdigunakan
Semasa Simulasi
Set Induksi
Membina sikap positif
Kaitan isi pelajaran dengan aspek afektif
Situasi sebenar dalam bilik darjah
Mempelbagai aktivitipembelajaran
27
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
Selepas Simulasi
Berbincang tentang masalah yang dikemukakan
Menulis laporan tentang masalah yang telah dikenalpasti
Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi
Menyediakan carta aliran untuk menjelaskan konsep
Kelebihan Simulasi
Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka.Menarik dan seronok, membawakan suasana pembelajaran yang berkesan.Berlatih untuk berlakon dalam gaya yang betul.Dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar.Kesempatan untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap dari negative kepada positif.Banyak situasi luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah.Bakat lakonan dapat diasah.
28
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
Mari kita rehat sebentar...cuba anda imbas kembali dan fikirkan apa yang telah
anda belajar sebelum ini.
Aktiviti
Berdasarkan kepada pembacaan dan rujukan anda, rancangkan satu simulasi untuk
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tajuk yang sesuai.
Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.
Kelemahan Simulasi
Perasaan gugup dan gelisah bagi sesiapa yang tidak berpengalaman berlakon.Prestasi pelakon yang kurang menarik boleh membosankan dan kemungkinan akan menjadi bahan ejekan.Hanya murid-murid yang berlakon sahaja lebih memahami situasi yang digambarkanPenilaian dan rumusan tidak mudah dilakukan.