Nota Hannan Part 1
-
Upload
hannan-hassim -
Category
Documents
-
view
82 -
download
8
description
Transcript of Nota Hannan Part 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Visi (Matlamat jangka panjang): Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi (Matlamat jangka pendek / apa yang perlu dilakukan bagi mendapat Visi):
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara.
Matlamat:
Bangsa Malaysia setia, bersatupadu.
Insan yang seimbang.
Sedia sumber tenaga manusia (workforce).
Pendidikan untuk semua warganegara.
SPP: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (1/1/1974)
Syor dari Suruhanjaya Diraja Aziz bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji dan syarat-syarat
perkhidmatan mereka serta kakitangan sekolah yang lain (berasingan daripada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA - Perkhidmatan Pelajaran).
VISI SPP: Peneraju Transformasi Modal Insan Perkhidmatan Pendidikan
MISI SPP: Melantik dan Mengekalkan Bakat Terbaik Dalam Perkhidmatan Pendidikan Melalui
Pengurusan Perkhidmatan Yang Transformatif
OBJEKTIF SPP: Memastikan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan
Persekutuan dalam urusan pelantikan, perkhidmatan, tatatertib dan naik
pangkat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif
Nama ydp agong sekarang yang ke 14?
Al-Sultan Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam
Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Tuanku Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun
bilakah tun dr mahathir dilantik menjadi PM?
-10 Julai 1981
1
Berikan Nama Menteri Pendidikan dan Timbalan.
Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid
Dato' P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Senator Tuan CHong Sin Woon
Senarai Perdana Menteri Malaysia.
Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaan dan juga Bapa Malaysia)
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (Bapa Pembangunan)
Tun Hussein bin Dato' Onn (Bapa Perpaduan)
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Bapa Pemodenan)
Tun Abdullah bin Ahmad Badawi (Bapa Pembangunan Modal Insan)
Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (Bapa Transformasi)
Timbalan: Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi
Kementerian Pengajian Tinggi: Men : Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh
Tim: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Mengapa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan
menjadi KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA?
Dapat melaksanakan dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan, di
samping berkongsi sumber dan kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk
melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita.
Usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila
kepakaran daripada semua peringkat pendidikan digembleng secara lebih menyeluruh untuk
menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan Negara.
Penggabungan itu tidak menyebabkan pertindihan antara sekolah rendah, menengah dan
universiti kerana masing-masing mempunyai pelan pembangunan sendiri kecuali aspek
kepimpinan yang diletakkan di bawah satu kementerian dengan mempunyai dua menteri dan dua
timbalan menteri.
Berapa kali majlis raja2 bersidang?
2
Majlis ini bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun, selama tiga hari. Raja-raja
dan Yang di-Pertua Negeri diiringi oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Persidangan
dipengerusikan oleh raja yang terkanan dan setiausahanya ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-
raja.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V- Tengku Muhammad Faris Petra Timbalan Yang di-
Pertuan Agong.
Apakah maksud lambang Harimau yang ada pada Lambang Jata Negara?
Harimau yang berada di dua sebelah melambangkan kewibawaan Malaysia.
Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.
Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor,
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
1. Huraikan perkara penting dalam FPK.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
Unsur-Unsur Penting FPK
Menjadi warganegara Malaysia yang baik
Unsur intelek
Unsur rohani dan emosi
Unsur jasmani
Memperkembangkan potensi individu
Menyeluruh dan bersepadu
Insan yang seimbang
Kepercayaan kepada Tuhan
Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan.
3
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di
Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara
sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara
jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia
daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.
FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-
dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan
merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu
yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan
hasrat dan cita-cita negara.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi
juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan
bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia
secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan
masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan
berbakti.
2. Nyatakan prinsip dalam rukun negara? Apakah maksud rukun negara?
RUKUN NEGARA (1970)
1) Kepercayaan Kepada Tuhan (pentingnya pegangan agama)
2) Kesetiaan Kepada Raja & Negara (Ketua Negara: Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan
Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan - rakyat hendaklah menumpukan
4
sepenuh taat setia)
3) Keluhuran Perlembagaan (Memuliakan perundangan yang tertinggi - menghargai serta
memahami maksud & latar belakang penggubalannya)
4) Kedaulatan Undang-Undang (Menjunjung Perlembagaan: perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara)
5) Kesopanan dan Kesusilaan (berdisiplin serta bermoral/beradab tinggi menjamin keamanan)
3. Huraikan Matlamat wawasan 2020. Apakah yang perlu dilakukan oleh Msia utk capai
Wawasan 2020 dan Sebab Malaysia mahu capai Wawasan 2020.
9 Cabaran :
1) Negara Malaysia bersatu berkongsi matlamat.
2) Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju.
3) Masyarakat demokratik yang mengamalkan satu bentuk persefahaman matang.
4) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
5) Mewujudkan masyarakt majmuk liberal dan bertolak ansur.
6) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, penyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi.
7) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
8) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
9) Mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Huraian:
1) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama:
Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan
kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri
daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada
negara.
5
2) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan
keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang
telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti
dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua
potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
3) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang
mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang,
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara
membangun.
4) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan
warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika
paling tinggi.
5) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada
masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
7) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak
berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang
kukuh.
8) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat
yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan
wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
6
9) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan
kental.
4. JPU
JPU: JADUAL PENENTUAN UJIAN
Bina soalan mengikut kriteria yang ditentukan (senang, sukar, sangat sukar) - Bloom's
Taxonomy
Hurai domain pencapaian yang hendak diukur.
Panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kerangka pembinaan item soalan ujian (pelan ujian) dikenali sbg test blueprint.
Kerangka JPU disediakan dlm btk matriks - paksi tegak mengandungi kandungan /
topik yg diuji dan paksi mendatar ialah aras kemahiran yg akan diuji.
Menentukan bidang, pemberatan yang akan diberi dalam sesuatu ujian
5. Apa beza KBSR dan KSSR?
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)
Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga
bidang :
Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembang
diri Individu
Reka bentuk kurikulum berasaskan enam
tunjang :
Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan,
Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi
Ketrampilan diri
Bahan kurikulum:
Sukataan pelajaran
Bahan Kurikulum:
Dokumen Standard Kurikulum
Reka bentuk kurikulum: Reka bentuk kurikulum:
7
Linear Modular
Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)
Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
*Senarai Subjek Teras, Wajib & Tambahan
KBSR
Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul
Elektif.
Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Mata pelajaraan Teras dan Elektif
*Senarai Subjek KSSR Tahap 1 Mengikut
Modul
* Senarai Subjek KSSR Tahap 2
Elemen
Memahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif
Elemen
Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi
Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explisit.
Fokus:
3M (Membaca, menulis dan mengira)
Fokus:
4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)
6. 16 mei adalah hri guru.apa signifikan pemilihan tarikh 16 mei itu?
Apakah objektif utama perayaan Hari guru? Apakah tema sambutan Hari Guru
2016 iaitu sambutan bagi kali ke 45?
Guru: Pembina Negara Bangsa
Sebenarnya, tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam
tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative
Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of
the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi
Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
8
OBJEKTIF HARI GURU:
Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan
integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru
dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,
persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan
mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
7. Apakah fungsi utama Persatuan Ibu Bapa dan Guru?
Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan
persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:
membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan
di Sekolah;
meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara
Sekolah dengan masyarakat setempat;
meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang
kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan
Tujuan-tujuan Persatuan 9
untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan
murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan
keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan
maklumat mengenai pendidikan;
untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara
satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada
amnya; dan
untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah
kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran
8. Mengapa PPSMI dimansuhkan?
PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, 2003)
1) UNESCO: pelajar mudah belajar dalam bahasa Ibunda.
2) Penurunan pencapaian gred ABC bagi kohot pertama sepenuh PPSMI sek rendah.
3) Laporan Trends in Math Science Study (TIMSS, 2007): Pencapaian merosot, tempat ke10
(2003) ke-20 (2007) bagi Math, dan Sains dari ke-20 kepada ke-21.
4) Jurang melebar sekolah bandar dan luar bandar.
5) Hanya sekitar 25% guru profisensi BI pada Tahap Cemerlang dan Baik (dan terlalu sikit
guna BI sepenuhnya semasa mengajar Sains & Math)
6) Peningkatan penguasaan BI semasa perlaksanaannya terlalu sikit, tidak lebih dari 3%
Pemansuhan PPSMI Secara Berperingkat (Soft-Landing)
10
Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa bagi Tahun 4 akan
dilaksana pada 2012, 2013 dan 2014; Tahun 5 pada 2013, 2014 dan 2015 dan Tahun 6 (2014,
2015 dan 2016) – BM sepenuhnya selepas tahun tersebut.
9. 11 Anjakan PPPM beserta usaha kerajaan merealisasikan anjakan tersebut.
Pilih 1 daripada anjakan PPPM dan bincangkan.
Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025:
1) Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.
2) Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3) Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4) Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5) Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6) Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.
7) Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8) Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9) Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10) Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11) Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan turut akan dilaksana dalam tempoh
13 tahun menerusi tiga gelombang:
1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan
memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih
fleksibel.
Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk 11
membolehkan mereka bersaing di peringkat global, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti
kebangsaan.
1) Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik dan sains dengan
standard antarabangsa
Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KSSM) dan semakan semula kurikulum
sekolah rendah (KSSR) pada 2017
Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan
terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016
Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang
2020
Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6+
tahun, disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional
sebagi persediaan untuk pekerjaan
Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan
keperluan khusus
2) Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan
sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas
Peralihan
Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris
Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi
pendedahan terhadap Bahasa Inggeris
Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025
3) Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai
prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017
12
Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras
nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017
Memperkembangan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan
murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform
Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara
jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi
4) Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan
Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30%
teratas
Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu
dan latihan berasaskan sekolah
Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan
mengurangkan beban pentadbiran
Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016
Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang
khusus menjelang 2016
Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan
mulai 2025
5) Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap sekolah
Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses
perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai 2013, dengan lebih
sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan
kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid
6) Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan
Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan
dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014
13
Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti
pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan
sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar
Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015,
bermula dengan Sabah dan Sarawak
7) Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet
bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013
Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan
perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran
kritikal pada 2013
Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri
untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus
8) Mentranformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian
Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet
dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013
Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada
PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014
Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama
mulai 2013
Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016
9) Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana
penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS)
Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum
setempat dan kualiti guru mulai 2016
1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin
untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa
14
Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan
melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur
10) Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi
program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan
kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)
Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi, dengan mengagihkan peruntukan kepada
bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru
11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan
Pembangunan Pendidikan mulai 2013
Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan
Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklumbalas
daripada pihak berkepentingan dan mengambilkira perkembangan persekitarannya
10. Apakah PIPP? Apakah perbezaan pipp & pppm?
6 teras PIPP (PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN) 2006-2010 (RMK-9)
Teras 1: Membina Negara Bangsa
Teras 2: Membangunkan Modal Insan
Teras 3: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
11. LINUS?
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi
maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi. Kelas LINUS adalah merupakan
penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca Dan Menulis (KIA2M)
untuk Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006
15
Definisi LINUS:
LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”.LINUS merupakan program
intervensi yang dirangka untuk membolehkan muridmemperoleh asas literasi (bahasa Malaysia)
dan asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum
menguasai kemahiranmembaca, menulis dan mengira (3M).
Definisi Literasi:
Definisi literasi adalah “keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat
tunggal dan ayat majmuk (dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
Definisi Numerasi:
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang
mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
12. Apakh pbezaan LINUS dgn pmulihan?
Pemulihan KBSR
- dalam kelas biasa
- bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari
KIA2M (fokus kepada literasi) ( telah digantikan dengan program LINUS)
- oleh BPK
- bantu murid tahap 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)
- dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan
- gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya
- Bahasa Melayu
PROTIM
- program pemulihan 3M (membaca, menulis dan mengira)
- membantu murid tahun 4 - 6 menguasai 3M
- tahun 6 - dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR
- gagal praujian - murid PROTIM
- BM dan Matematik 16
Kelas Inklusif/ Integrasi pendidikan pemulihan
Kelas Inklusif/Integrasi adalah dikenali sebagai pendidikan bagi kanak-kanak
berkeperluan khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalangkan mereka
untuk berkembang. Ini bermaksud tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah
atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas.
Kanak-kanak berkeperluan khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam
kelas kanak-kanak biasa Mereka boleh belajar di dalam kelas biasa dan guru pemulihan
bertindak sebagai guru reso atau sumber. Murid pemulihan boleh merujuk kepada guru
pemulihan sekiranya mereka menghadapi kesulitan semasa belajar di dalam kelas.
13. Tema bajet 2016?Apakah manfaat kepada pendidikan dalam bajet 2016?
Tema Bajet 2016: Mensejahtera Kehidupan Rakyat
1. Bantuan sekolah RM100 diberikan kepada anda dengan syarat pendapatan isi rumah
anda tidak lebih RM3,000 sebulan
2. Bagi Pelajar pengajian tinggi, Program Baucar Buku 1Malaysia BB1M bernilai
RM250 setiap seorang hanya akan sah di kedai buku yang terpilih sahaja
14. apakah matlamat 1Malaysia. Bagaimana kamu mendukung slogan (rakyat
ddhulukn pncapaian diutamakan)?
• 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian
yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara
sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju
kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan
semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini
dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada
17
perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan
berjalan dengan lebih lancar.
7. HURAIAN
• 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan hubungan
rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling
mempercayai antara kaum.
• 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat
jujur, kebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan
tanggungjawab kepada negara.
• 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.
Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam
merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan
yang terbaik kepada rakyat.
• Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga
dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimpin yang bekerja
dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua
lapisan masyarakat.
• Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata
paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi
dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan
tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
• Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi
kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malaysia merupakan
sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman
politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa
Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli
dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan
mendapat pembelaan kerajaan yang sewajarnya.18
• 1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan
rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain.
Keupayaan membina Negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti,
kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
• Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia,
iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan,
kebijaksanaan dan budaya inovasi.
15. Apakah kwajaran pelaksanaan Standard Guru Malaysia?
Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut
dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada
warganegara Malaysia kini dan akan datang
Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:
Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan
mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,
Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan
lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan
pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan
lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang
dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan
perguruan diwujudkan, dan
Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan
Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard
am pendidikan tinggi.
19
16. Adakah kamu pernah terlibat Program Latihan Khidmat Negara? Apakah tujuan
itu?
Objektif
Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
Mempunyai 4 modul iaitu modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter,
modul khidmat komuniti.
17. Apa itu PBS? Berikan pendapat anda tentang pelaksanaan pbs di sekolah. Apa
pandangan anda berkenaan dengan SPPBS?adakah anda terlibat dan pernah
mengisinya?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-
guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Komponen PBS terdiri daripada akademik dan bukan akademik. Pentaksiran
akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, manakala
pentaksiran bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.
20
1) Sistem P&P (pengajaran dan pembelajaran) dalam bilik darjah menjadi agak terhad.
– Bila adanya system PBS,guru seolah dikerah untuk menghabiskan satu-satu topik dengan
segera agar ujian PBS dapat dijalankan.Tambahan lagi,guru tidak dapat menerangkan
kesemua subtopik kerana tidak semua subtopik akan diuji dalam ujian PBS.
– Sebelum memberikan ujian PBS kepada pelajar,guru terlebih dahulu menyediakan evidens
(soalan-soalan yang akan diuji).Kemudian,guru juga akan menyemak kertas evidens
berkenaan.Selepas itu,aktiviti merekod dan dokumentasikan pencapaian.Persoalannya
disini ,”Bagaimanakah seorang guru dapat menghabiskan kesemua kerja berkenaan dalam
masa berada disekolah agak terhad…takkan nak bawa balik rumah kot….kat rumah lagi
banyak kerja lebih-lebih lagi kepada guru yang sudah berkeluarga?!”
2) Masalah Pelajar
– Ketidakhadiran pelajar ke sekolah bukanlah satu masalah yang agak asing lagi.Bagaimana
hendak memberikan ujian PBS jika pelajar tersebut tidak hadir…takkan nak tunggu semua
pelajar hadir baru nak buat ujian…ataupun buat ujian berasingan untuk pelajar berkenaan..kan
dah buang masa lagi.
– Selepas menyemak ujian PBS berkenaan, guru juga dikehendaki merekodkan pencapaian
pelajar ke dalam sistem.Bagaimana pula jika pelajar berpindah ke sekolah lain?.Tidakkah ini
akan menyusahkan para guru sahaja.So,dipendekkan cerita PBS ini tidak begitu efektif dan
praktikal.
3) Buang waktu dan pembaziran kertas.
– Ujian PBS yang dijalankan sudah memakan waktu P&P.So,agak merugikan untuk proses P&P
yang sewajarnya.Jika dibandingkan dengan peperiksaan awam (UPSR,PMR,SPM dan
STPM),guru akan lebih serius untuk mengajar dan tidak memikirkan mengenai PBS
sahaja.Maka,para pelajar juga akan lebih bermotivasi tinggi untuk belajar.
– Ujian PBS seperti juga ujian-ujian bulanan yang kadang-kala dijalankan kadang-kala
sebaliknya.Dah namanya ujian,sudah tentu melibatkan banyak kertas.Bagaimana jika tidak
Bukankah sudah berlaku pembaziran disitu…di era yang kian membangun ini,takkan lah kita
masih melakukan pembaziran kertas lagi?
21
18. Pilih 1 agenda dlm NKRA. Bincangkan. Apa perbezaan NKRA & NKEA?
NKRA – National Key Result Area
NKRA yang ketiga – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi
tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan.
Sub-NKRA 1: Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan
berkemampuan:
1. · Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian
Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. · Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3. · Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. · Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. · Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan
pedalaman
6. · Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7. · Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi
· NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
· Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun
mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
· *Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran,
masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai
pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi
dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
22
Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi
- Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
· Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi
dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-
masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
- Menghasilkan pelajar yang cemerlang
· Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi
personaliti unggul dalam semua bidang
- Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
· Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap
yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.
Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di
Malaysia:
23
NKEA dan NKRA adalah dirujuk kepada penumpuan serta pelaksanaan projek dan program-
program pembangunan tertentu oleh agensi-agensi kerajaan berdasarkan keperluan, harapan dan
keutamaan rakyat. Hasil yang diperolehi daripada pelaksanaan projek dan program-program
pembangunan dalam bidang-bidang tertentu ini dijangka akan mengatasi masalah utama yang
dihadapi oleh rakyat malah memenuhi harapan mereka dan keutamaan rakyat. Usaha-usaha
khusus ini juga dijangka akan mempercepatkan proses transformasi kerajaan dan
memperkasakan keseluruhan ekonomi negara.
NKEA adalah bidang –bidang pembangunan ekonomi yang dikenalpasti berpotensi untuk terus
maju. Sebagai permulaanya , kerajaan telah menetapkan 12 bidang utama ekonomi Negara
(NKEA). Antara bidang yang dikenal pasti adalah sektor Perkhidmatan dan sektor Pertaniamn
yang bernilai tinggi termasuk sektor Minyak dan gas, Minyak sawit dan produk berkaitan,
Pemborongan dan peruncitan, Pelancongan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),
Perkhidmatan pendidikan, Elektrik dan elektronik, Perkhidmatan perniagaan, Penjagaan
kesihatan swasta, Pertanian dan Greater Kuala Lumpur.
24
Manakala, Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Results Area (NKRA) adalah
bidang –bidang khusus yang akan diberi tumpuan oleh agensi pelaksana kerajaan, malah sasaran
bagi setiap NKRA ditetapkan lebih awal supaya agensi pelaksana mencapai sasarannya dalam
satu waktu tertentu yang di tetapkan.
Dalam pada itu, kerajaan juga memperkenalkan kaedah Petunjuk Keberhasilan Pencapaian
Negara atau National Key Performance Index (KPI) pada 27 Julai 2009 untuk menilai
pencapaian sasaran yang ditetapkan bagi setiap NKRA
25
19. GTP (Program Transformasi Kerajaan)
Ilham YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pelaksanaannya di bawah bidang
kuasa Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), GTP adalah berdasarkan prisip
1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Struktur GTP
Struktur GTP adalah intuitif: mengenalpasti bidang yang memerlukan perhatian yang lebih dan
tumpuan kepada bidang-bidang tersebut. Melalui perundingan menyeluruh dengan pihak
berkepentingan, daripada kementerian-kementerian kepada rakyat, kerajaan telah tampil dengan
7 tonggak utama yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Selain
itu, GTP juga mengandungi komponen MKRA yang diwujudkan bagi menangani matlamat
pembangunan yang tidak termasuk dalam NKRA.
Setelah selesainya pelaksanaan dalam fasa pertama perubahan– atau lebih dikenali sebagai GTP
1.0 – setiap NKRA telah melaporkan perubahan yang ketara dalam bidang masing-masing.
26
GTP 1.0: Fasa Pertama
Fasa pertama GTP yang bermula pada tahun 2010 hasil pengenalan Bidang Keberhasilan Utama
Negara dan Kementerian (NKRA dan MKRA). Sebagai pembukaan kepada keseluruhan GTP,
matlamat serta merta GTP adalah untuk menangkap penurunan dalam NKRA dan menyemai
benih ke atas perubahan pemikiran yang akan menjadi asas kepada program transformasi yang
seterusnya.
GTP 1.0 juga memainkan peranan penting dalam membantu Kerajaan mengukur keberkesanan
terhadap pendekatan yang disasarkan, dan membantu kami untuk lebih memahami bagaimana
cara terbaik untuk mencapai sasaran bagi keseluruhan GTP. Petunjuk Prestasi Utama Negara
(NKPI) boleh diukur daripada GTP 1.0, sasaran setiap NKRA, telah diperkenalkan untuk
membantu mengukur kejayaan setiap inisiatif itu dengan menyediakan piawaian sebenar dan
boleh diukur untuk menilai kejayaan bagi setiap fasa.
GTP 2.0: Meningkatkan perubahan
Hampir semua akaun, program perintis GTP 1.0 adalah satu kejayaan cemerlang berdasarkan
daripada hasilnya yang boleh dilihat disini. GTP 2.0 yang secara rasminya bermula pada 2013,
menyasarkan untuk memperdalamkan dan meningkatkan inisiatif transformasi yang dimulakan
pada fasa pertama. GTP 2.0 akan meluaskan dan meningkatkan inisiatif-inisiatif dalam GTP 1.0
yang terbukti berkesan dan memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru yang akan meneruskan lagi
arus perubahan.
GTP 3.0: Untuk masa hadapan dan seterusnya
Fasa terakhir GTP, yang akan dijalankan dari 2015 hingga 2020, akan memanfaatkan perubahan
yang dihasilkan oleh dua fasa sebelumnya untuk mewujudkan struktur pentadbiran inovatif yang
menjadi pusat kepada rakyat. Struktur ini akan menyokong aktiviti ekonomi lain yang akan
membawa Malaysia kepada status Negara maju.
Perubahan secara beransur-ansur dalam tumpuan GTP adalah penting untuk proses tranformasi
ini yang membenarkan setiap pihak berkepentingan untuk membina asas yang baik bagi setiap
langkah perjalanannya. Langkah-langkah ini juga dinilai serentak untuk memastikan
keberkesanan atau menukar strategi bagi menghadapi cabaran baru.
27
20. Statistik
Bilangan Sekolah
Peringkat Bilangan Sekolah
Rendah 7769
Menengah 2404
Jumlah 10173
Data EMIS 31 Januari 2016
Bilangan Guru
Peringkat Jumlah
Rendah 238073
Menengah 181747
Jumlah 419820
21. Apakah ciri2 sekolah bestari?
SEKOLAH BESTARI
Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya bukan hanya
untuk mereka yang pintar cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau
miskin mencapai POTENSI sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya
pembelajaran yang berlainan Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina
dalam sistem pendidikan
28
Bilangan Murid (Enrolmen)
Peringkat Jumlah
Prasekolah 196077
Rendah 2704046
Menengah 2220679
Jumlah 5120802
Sekolah Bestari pula yang diperkenalkan pada tahun 1999 sebagai menyokong aspirasi
Wawasan 2020 dalam mewujudkan sebuah generasi baru modal insan yang pemikir serta celik
teknologi bagi menghadapi cabaran era maklumat serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan
global menerusi aplikasi utama MSC Malaysia
Ciri-ciri: Budaya Pengajaran dan Pembelajaran Bestari
Sekolah Bestari Sekolah Biasa
Budaya kaya ilmu
Berfikiran Kritis dan kreatif
Berpusatkan pelajar
Akses kendiri
Kadar kendiri
Terarah kendiri
Konteks global
Penggunaan kemudahan teknologi
dalam pengajaran dan
pembelajaran
Pemerolehan Fakta
Berasaskan memori
Berpusatkan guru
Konteks setempat
Buku teks
Sistem Pengurusan
Sekolah Bestari Sekolah Biasa
Pengurusan Berasaskan teknologi
maklumat secara sepadu bagi
melicinkan proses-proses kerja
Kolaborasi antara agensi pusat dan
sekolah
Kemudahan IT dapat membantu
pehak pengurusan membuat
keputusan secara pantas dengan
adanya kemudahan akses kepada
maklumat dan perhubungan dengan
Berasaskan cara kerja 'manual' dan
terpisah
29
pihak-pihak yang boleh membantu
Sistem Pentaksiran
Sekolah Bestari Sekolah Biasa
Pentaksiran lebih berbentuk tidak
formal dan berterusan dan berfungsi
sebagai pelengkap kepada proses
pengajaran dan pembelajaran
Fokus pentaksiran ialah untuk
mendapat maklumat berkaitan dengan
perkembangan pelajar untuk
memudahkan tindakan
Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk
soalan berdasarkan tujuan pentaksiran
dan objektif matapelajaran diutamakan
Tumpuan pentaksiran ialah perkara atau
elemen yang ingin dibentuk dalam
pelajar menerusi hasrat dan kandungan
kurikulum
Prestasi pelajar dilaporkan menerusi
kriteria yang menerangkan tahap
pencapaian pelajar.
Bentuk soalan
Tumpuan yang lebih diberi
pentaksiran sekolah
Prestasi pelajar dilaporkan
menerusi markah dan gred
Peperiksaan setara diberikan
kepada semua murid tanpa mengira
kebolehan.
22. Apa itu Permata? Siapa yang layak masuk Permata?
Permata Negara merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh penggerak utamanya iaitu
Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Program PERMATA Negara merupakan Program Asuhan
dan Didikan Awal kepada Kanak-kanak yang menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang
asuhan dan didikan awal khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.
30
Pendekatan ini menekankan kepada pembinaan keupayaan kanak-kanak untuk meransang
minda dengan menggunakan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami sendiri
(experimentation, exploration and experential) melalui permainan ataupun learning is fun. Ia
adalah satu pendekatan yang bersesuaian dan menyeronokkan bagi kanak-kanak berikut teknik-
teknik asuhan dan didikan yang diaplikasikan adalah sesuai dengan fitrah semulajadi kanak-
kanak. Permata Negara mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata
Negara,Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Permata
Kurnia.
Asuhan dan pendidikan kanak-kanak pada peringkat awal bertujuan mengembangkan
potensi setiap anak PERMATA Negara dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan
komunikasi.Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk
kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:
Berumur satu hingga empat tahun
Menetap di pinggir atau luar bandar
Keluarga berpendapatan rendah
Berbilang kaum dan agama
23. Apakah konsep sekolah cemerlang?
Kecemerlangan sesebuah sekolah akan dinilai berdasarkan Dokumen Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia ( SKPM ) yang disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Berdasarkan SKPM itu sesebuah sekolah akan dinilai oleh
Jemaah Nazir berdasarkan 8 elemenyang ditetapkan iaitu :
Gaya kepimpinan pengurusan sekolah – Pengetua / Guru Besar sebagai ketua pentadbir.
Penetapan dan perlaksanaan hala tuju – visi dan misi sekolah.
Kemahiran komunikasi – perkongsian idea dan maklumat.
Kemahiran merancang – perancangan strategik , taktikal dan operasi.
Kemahiran memotivasi dan mengerakkan warga sekolah.
Kemahiran membuat keputusan.
Kepimpinan instruksional.
Perkongsian kepimpinan.
31
Gaya kepimpinan.
menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan
meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Untuk mencapai hasrat tersebut
kepimpinan sekolah hendaklah :
1) Mengamalkan gaya kepimpinan berkesan.
2) Memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah
3) Menerajui penyediaan perancangan strategik.
4) Mewujudkan perkongsian tanggungjawab untuk memupuk kesedaran
tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.
Penetapan dan perlaksanaan hala tuju.
Visi dan misi sekolah menjadi dokumen penting sebagai penetapan dan perlaksanaan hala
tuju.
Visi adalah matlamat yang hendak dicapai dan misi merupakan penerangan yang lebih
jelas , tersusun dan realistik.
Kemahiran berkomunikasi.
mengamalkan komunikasi berkesan untuk berkongsi idea dan menyalurkan maklumat
kepada pihak – pihak yang berkepentingan.
Teknologi maklumat merupakan saluran yang berkesan untuk menyampaikan maklumat.
Pihak sekolah seharusnya mempunyai halaman blognya sendiri atau halaman facebook.
Teknologi internet memudahkan pihak sekolah menyalurkan maklumat dan berkongsi
idea dengan orang lain.
Kemahiran memotivasikan dan menggerakkan warga sekolah.
Kepimpinan sekolah harus berusaha dan merancang bagaimana hendak memotivasikan
dan mengerakkan warga sekolah mencapai matlamat yang ditetapkan.
32
Kejayaan sesebuah sekolah terletak kepadahubungan yang erat antara pihak pentadbir
dengan guru – guru , pelajar dan pihak ibubapa pelajar serta PIBG sekolah.
Kepimpinan melalui teladan , konsep kekeluargaan dalam organisasi , sekolah
penyayang adalah diantara beberapa contoh konsep yang boleh diamalkan.
Keharmonian dan keceriaan seluruh warga sekolah adalah kunci kepada kejayaan. Warga
sekolah seronok dan ceria semasa melaksanakan tanggungjawab mereka. Tidak nampak
ketegangan atau tekanan yang melampau dalam proses pengurusan.
Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Sebarang keputusan atau tindakan hendaklah dibuat secara adil dan saksama berdasarkan
peraturan dan pusat tanggungjawab yg diberi.
Pentadbir harus faham dan jelas setiap peraturan yang diadakan berdasarkan Perintah
Am Kerajaan , Pekeliling Kementerian dan Ektika Profesion Keguruan.
Kepimpinan instruksional.
Kepimpinan sekolah menerajui perlaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya pelajar.
Persekitaran sekolah yang kondusif dan ceria menjadi daya tarikan kepada pelajar untuk
seronok berada di sekolah. Program 3K harus digerakkan supaya ianya mencapai
matlamat tersebut.
Persekitaran pembelajaran yang menarik dan pelbagai menjadikan pelajar seronok
belajar. Penggunaan LCD dan perisisan Power Point serta CD yang dibekalkan oleh
pihak Biro Buku Teks boleh digunakan secara optimum. Makmal komputer dan Lap Top
yang diberikan harus digunakan sepenuhnya.
Teknik pengajaran – didik hibur amat berkesan jika digunakan secara efektif.
Perkongsian Kepimpinan.
Agihan tanggungjawab harus adil dan seimbang kepada keseluruhan warga sekolah dan
tidak membebankan satu pihak sahaja.
Bersaing secara positif dan mengelakkan prajudis serta buruk sangka.
Idea dan saranan dari staf bawahan harus diterima secara terbuka dan difikirkan serta
diimplimentasikan jika ianya baik untuk kemajuan sekolah lalu.
33
24. Sejauh mana anda tahu sekolah Integrasi?tujuan?
KONSEP SEKOLAH INTEGRASI
Program sekolah-sekolah berjiran menekankan penglibatan dan kerjasama sekolah-sekolah
berkenaan, dalam:
Perkongsian dan penggembelingan tenaga
Pengalaman dan kepakaran yang ada
Penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah
Penggabungan kegiatan-kegiatan ko-kurikulum (yang mana sesuai)
KRITERIA-KRITERIA SEKOLAH INTEGRASI
Tiap-tiap satu sampel sekolah percubaan program initerdiri daripada sebuah sekolah dari
aliran SK/SRK,sebuah dari SRJK(C) dan sebuah dari SRJK(T)
Model I adalah terdiri daripada ketiga-tiga buah sekolah yang berada dalam satu kawasan
yang sama.
Model II terdiri daripada sekolah-sekolah yangberhampiran antara satu sama lain dalam
satu kawasan(yang membolehkan program ini dilaksanakan.)
OBJEKTIF PENUBUHANSEKOLAH INTEGRASI
Peningkatan pergaulan, kesefahaman, bekerjasama,tolong menolong dan toleransi di
antara sekolah-sekolahberkenaan secara sedar dan terancang.
Penggunaan kemudahan dan peralatan ketiga-tigasekolah secara bersama dengan
maksima.
Peningkatan penyertaan murid-murid dan guru-guru dari ketiga-tiga buah sekolah dalam
kegiatan-kegiatan ko-kurikulum secara bersama.
MATLAMAT PENUBUHAN SEKOLAH INTEGRASI
34
Salah satu matlamat pendidikan negara ialah perpaduan.Sekolah sebagai salah satu agen bagi
menyatupadukan murid-murid, boleh memainkan peranan yang lebih berkesan, jika program
kegiatan pendidikan dijalankan bersama antara tiga aliran sekolah iaitu SK/SRK, SRJK(C)dan
SRJK(T).
Program ini juga akan dapat memberi peluang kepada sekolah-sekolah berkenaan itu berkongsi
mengguna dan mengadakan kemudahan dan peralatan. Dengan cara demikian, murid-murid dari
sekolah/sekolah-sekolah berkenaan akan dapat menikmati kemudahan yang tidak terdapat di
sekolahnya sendiri di samping menikmati kemudahan bersama.
25. Mengapa kerajaan memperkasa sekolah kebangsaan?
Teras ketiga dalam PIPP 2006-2010. Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah
Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah sebagai:
Wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum dari peringkat awal persekolahan.
Tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat
Saling bekerjasama antara satu sama lain
Bertoleransi tinggi
Melahirkan rakyat yang patriotisme dan setia menyumbang kepada kesejahteraan
negara
Ciri-ciri SK perkasa ialah
Infrastruktur lengkap dan berkualiti.
Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.
Beraspirasi nasional.
Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Pencapaian akademik cemerlang.
Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.
Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.
Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.
Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.
35
26. syarat kemasukan ke asrama pnuh telah dipinda, sebutkan apakah syarat tersebut
dan pada tarikh bila ianya dipinda?
27. Mengapa kia2m jadi 3m kemudian menjadi 4m?
2M
membaca dan menulis
Bahasa Melayu
3M
Membaca, menulis dan mengira
Bahasa Melayu dan Matematik
4M
Membaca, menulis, mengira dan menaakul
Menaakul ialah kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar itu
membuat keputusan berdasarkan akal dan logik. Malah, boleh memahami sebab dan
akibat
KSSR
28. Apa yang anda tahu ttg 1M1S?
Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah.
Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat
untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru
dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti
sukan sekolah sepanjang tahun.
Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di
kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu
Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. 36
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina
kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan,
prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program
Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu
ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan
adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas,
dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam
mendokong semangat 1 Malaysia.
Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk:
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan
murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat
yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:
1. Kehadiran;
2. Jawatan Serta Sumbangan;
3. Penglibatan; dan
4. Pencapaian.
29. Apakah laporn PISA terhadap pendidikn negara? Kenapa?
o Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student
Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation
and Development).
o Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia
mula menyertainya pada tahun 2009.
37
o Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap
keupayaan membaca, Sains dan Matematik.
o Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-
ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice).
o Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan
PIRLS. TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and
Science Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading
Literacy Study.
o Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini.
Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek
Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.
o Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea,
Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah negara-
negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia,
terutamanya sistem pendidikan negara Finland.
o Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas
menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.
o Dikatakan ada 3 faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar yang
tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza daripada
format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan guru dalam
menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar pengetahuan.
Untuk itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi bagi mengatasi
masalah ini.
1. KSSR / KSSM
Elemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan teknologi 38
maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) diperkenalkan pada
tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah
Menengah) pada tahun 2017.
2. i-Think
Kerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran dengan
menggunakan 8 Peta Pemikiran i-Think. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah, dan
dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.
3. Kajian Susulan
KPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang pada Ujian
PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan sebagai amalan terbaik
pengajaran.
4. PPPM
Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan penandaaras kepada
pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik, Sains dan Membaca.
Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan menambahkan bilangan
soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
5. Task Force TIMSS dan PISA
Pasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi tumpuan dalam meningkatkan kemahiran berfikir
aras tinggi dalam kalangan murid dan guru.
Task Force PISA dan TIMSS pula telah ditubuhkan selepas mendapat arahan YAB Menteri
Pelajaran dalam Mesyuarat JPP dan diketuai oleh BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum).
30. Apakah teras perkhidmatan cemerlang?
TERAS PERKHIDMATAN AWAM
39
Etika Perkhidmatan Awam telah dilancarkan pada tahun 1979 melalui Buku Perkhidmatan
Cemerlang dan bertujuan:
Mengekal dan memelihara kepercayaan terhadap tugas yang diberikan.
Memupuk tanggungjawab bersama, mengeratkan perhubungan dengan kakitangan dan
mewujudkan suasana yang sihat dan cekap dalam perkhidmatan.
Membentuk sikap dan pembawaan anggota Perkhidmatan Awam bersesuaian dengan
semangat Rukunegara.
Tujuh Teras Etika Perkhidmatan cemerlang adalah:
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Bekerja dengan penuh muhibbah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama
Oleh yang demikian, kefahaman terhadap Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam amatlah penting
kerana ianya:
I. Menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku
anggota Perkhidmatan Awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah sebagai
pekerja negara.
II. Memberi penyatuan dan penyelarasan di antara anggota-anggota Perkhidmatan Awam
sebagai institusi utama yang memberi sumbangan kepada pembangunan tamadun
masyarakat.
III. Merupakan standard mutlak bagi mendorong anggota Perkhidmatan Awam berkhidmat
dengan ikhlas dan berkesan.
Adalah wajar nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam dijelaskan secara terperinci dan
mendalam meliputi apa yang telah dinamakan sebagai Tonggak Duabelas (The Twelve Pillars)
iaitu:
1. Menghargai Masa
40
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemuliaan Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berkhidmat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta
31. Dasar pandang ke Timur..knapa wujudnya dasar ni?
Dasar “Pandangan Ke Timur” Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri
pada masa tersebut mempunyai pelbagai matlamat yang hendak dicapai melalui dasar
ini. Matlamat ini amat penting bagi kerajaan Malaysia memperbaiki sosial ekonomi pada
masa tersebut
Matlatamat utama yang hendak diserapkan adalah mengambil contoh nilai-nilai baik dari
negara Jepun, di samping itu memelihara nilai-nilai ketimuran kebanyakan masyarakat
Jepun mempunyai sikap yang positif dalam nilai-nilai yang baik seperti rajin, tekun,
gigih serta kuat berkerja untuk kepentingan negara mereka.
Amalan ini secara tidak langsung jika diterapkan ke dalan penjawat awam atau
masyarakat Malaysia secara tidak langsung akan memberi impak yang positif dari segi
ekonomi dan juga sahsiah masyarakat dalam membangunkan negara ini.
Selain itu juga, nilai-nilai baik yang diterapkan melalui adat ketimuran ini juga
disebabkan keruntuhan moral di barat dari segi moral, ini menyebabkan dasar “Pandang
Ke Timur” ini di rangka untuk dilaksanakan sebagai salah satu dasar di Malaysia.
41
Dasar “Pandang Ke Timur” juga menghapuskan pemikiran rakyat Malaysia pada masa
tersebut memandang tinggi kepada dunia Barat. Rakyat Malaysia pada masa tersebut
rasa rendah diri kerana dunia barat lebih maju dari segi ekonomi, pendidikan dan
pengusaan teknologi.
Ini menyebabkan rakyat Malaysia mempunyai pemikiran bahasa mereka masih di bawah
penguasaan Barat walaupun sudah Merdeka atau bebas dari penjajah. Ini secara tidak
langsung dasar ini dirangka untuk mengambil contoh negara di timur yang mempunyai
potensi yang amat besar dalam membangun negara mereka setaraf dengan barat.
Negara Jepun adalah salah satu contoh yang ditunjukan kepada rakyat Malaysia melalui
dasar “Pandang Ke Timur” dalam membangkitkan semangat bahawa Malaysia juga
boleh berdiri bersama negara gergasi seperti Jepun.
Dasar ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan pergantungan terhadap negara
barat dari segi semua aspek seperti teknologi, pendidikan serta pergantungan ekonomi
negara.
Melalui “Dasar Pandangan Ke Timur” juga secara tidak langsung mempercepatkan
mencapai matlamat “Dasar Ekonomi Baru” (DEB) yang telah di lancarkan pada 1971
oleh Tun Abdul Razak Dato’ Hussen.
Melalui perpindahan teknologi, pendidikan serta ekonomi dari Timur akan membantu
negara membasmi kemiskinan penduduk Malaysia disebabkan kemajuan ekonomi yang
dicapai melalui dasar ini.
Melalui pertumbuhan ekonomi ini juga secara tidak langsung akan memberi kesan
kurangnya jurang kemiskinan antara penduduk disebabkan faktor peluang perkerjaan
kepada penduduk. Contohnya Syarika Honda, Pasaraya Yawata, Syarika Toshiba adalah
salah satu pelabur telah memberi peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan.
Perubahan Struktur
42
Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)
Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)
Konsep Pejabat Terbuka
Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat
Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
Perubahan Sikap
Perkhidmatan Cemerlang
Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)
32. Tugas-tugas GB dan Penolong Kanan?
TUGAS GURU BESAR
Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan
pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)
Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya.
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan
masyarakat dan keselamatan.
Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
BIDANG TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
43
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar/PK Pentadbiran/ PK
HEM
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam aspek pengurusan kokurikulum
Menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah
Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum
sekolah
BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HEM
Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan 1
(Pent.)
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan
kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi
sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama.
Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara-perkara di atas.
Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
33. Apakah peranan seorang Ketua Panitia di sekolah?
Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang
kemaskini.
Bertanggungjawab mrnyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan mingguan.
Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran .
Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir sekolah
dan PPD.
Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan
untuk keperluan AJK jadual waktu.
Penyelaras menyediakan soalan –soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas
jawapan.
Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik
cetak.
44
Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan
menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak
mencapai tahap yang dikehendaki.
Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.
34. Apakah tugas seorang ketua persatuan kokum
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB / PERSATUAN / BADAN
BERUNIFORM
Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan murid
mengikut KELAB dan PERSATUAN.
Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum unit masing-
masing .
Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta
membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti
anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
Megenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah.
Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan
yang baik.
Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan
diperbaiki oleh unit masing-masing mengikut keutamaan.
35. Apakah beza pendidik dan pengajar?
Mengajar merupakan perkara yang berkaitan dengan memberitahu, memahamkan dan
menyampaikan manakala mendidik merupakan perkara yang berkaitan dengan mengajak,
mendorong, membimbing dan memantau.
Mengajar cukup hanya dengan masuk kelas, memberi kuliah, memberi nota dan keluar
kelas tanpa mengambil tahu situasi pelajar samada faham tentang subjek tersebut ataupun tidak.
45
Sifat seorang pendidik- akan mengambil tahu, dan berusaha untuk membantu pelajar
bagaimana nak selesaikan masalah pelajar yang langsung tidak faham tentang sesuatu subjek dan
mencari jalan penyelesaian untuk pelajar tersebut.
36. Apakah perbezaan kurikulum dan kokurikulum?
Dalam sistem pendidikan Malaysia dan global, kokurikulum adalah pelengkap kepada
kurikulum. Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua sistem yang menjana tenaga
sumber manusia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang
dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia
suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma,
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-
ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh
persekolahan masing-masing.
Kokurikulum merupakan pembelajaran yang dilaksanakan di luar jadual
waktu persekolahan dan berasaskan gerakerja yang terancang. Merangkumi tiga aspek,
iaitu Pasukan berpakaian seragam, Persatuan atau Kelab serta Sukan dan Permainan.
37. Apa beza ujian sumatif n formatif..
Ujian Formatif- satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan
kemajuan murid di dalam kelas. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut
agak terhad dan tidak luas
Ujian Sumatif- Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada
akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan
murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan
dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran.
46
38. Cara membentuk kelas kondusif?
Persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah tempat murid dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini
mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.
Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang
dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak kearah mencapai matlamat
pembelajaran.
Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam
mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru itu
sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai
perasaan tanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.
39. RPT,RPM,RPH..terangkan apa yg anda faham..
Kepentingan RPH
Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang
bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan,
kebolehan, dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
47
Mana paling penting dalam RPH?
Set induksi
Dapat tarik perhatian pelajar supaya pelajar lebih berminat dan menimbulkan rasa
ingin tahu pelajar.
Kepentingan refleksi dalam pengajaran
Membuat penilaian kendiri
Berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
Menganalisis perkara-perkara penting: proses bekerja dan hasil kerja
Mencari alternatif-alternatif dalam membuat keputusan
Mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, nilai & estetika
Mengubah tingkah laku
Apa maksud OBJEKTIF yg kita tulis dlm RPH?
"Objektif pendiddikan (pengajaran/pembelajaran) merupakan pernyataan mengenai
perubahan yang diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajar-pelajar
akibat daripada sesuatu kursus atau program pendidikan." (B.S.BLOOM(Ed.)(1956).
TaxonomyOf Educational Objectives. Hanbook 1: Cognitive Domain)
"Objektif pengajaran merupakan pernyataan yang menerangakn apa yang dapat pelajar
lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran." (R.J. Kibler, et.al(1981).
Objectives for Instruction and Evaluation.)
Tegasnya:
Objektif pengajaran adalah suatu pernyataan yang menjelaskan hasil/produk
pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir unit suatu
pelajaran.
• Hasil/produk pembelajaran ini perlu dapat diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai
suatu bukti objektif pembelajarn berlaku pada pelajar-pelajar.
Objektif pengajaran TIDAK:
48
• memberitahu atau menerangkan kepada guru bagaimana hendak mengajar (apa
kaedah/strategi pengajaran dan apa-apa jenis bantuan teknolgi yang patut di gunakan);
• memberitahu atau menerangkan kepada pelajar bagaimana hendak belajar.
FAEDAH-FAEDAH OBJEKTIF PENGAJARAN • membatu guru mengenalpasti apa yang hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat pemilihan kaedah/strtegi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi pendidikan yang sesuai digunakan.
• memberi asas kepada guru dalam menilai pelaksanaan rancangan pengajaran, keberkesanan pengajaran dan pencapaian (prestasi) pelajar-pelajar.
• memberi asas kepada guru dalam melaksanakn pengajaran pemulihan atau penggayaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.
• menyedarkan pelajar-pelajar tentang apa yangdiharapkan dicapai oleh mereka pada akhir pembelajaran, justeru diharap mereka akan lebih peka dalam mempertingkatkan pembelajaran.
49
40. 3 subjek baru 2014?
Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Subjek Sejarah
50