Post on 28-Jul-2018
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN
MACROMEDIA AUTHORWARE 7 (ASAS PENYEDIAAN KEMUDAHAN
INTERAKTIVITI DI DALAM PERSEMBAHAN)
AZILAH BINTI ARSAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN
MACROMEDIA AUTHORWARE 7 (ASAS PENYEDIAAN KEMUDAHAN
INTERAKTIVITI DI DALAM PERSEMBAHAN)
AZILAH BINTI ARSAD
Tesis ini telah dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iii
Buat yang teristimewa,
Ayah yang dikasihi : Arsad bin Kamil Emak yang disayangi : Kamisah binti Othman
Abang, along, akak, adik yang diingati : Zulkifli, Afizah, Aziana, Arif,
dan
Rakan-rakan yang banyak membantu
Terima kasih atas segalanya
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
projek yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang
telah ditetapkan.
Jutaan penghargaan terima kasih diucapkan kepada Dr Noraffandy
Yahaya, selaku penyelia projek sarjana muda ini yang telah banyak memberikan
tunjuk ajar, panduan, dorongan dan sokongan di sepanjang tempoh projek ini
dijalankan.
Akhir sekali, pembangun ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini
dengan jayanya.
Semoga Allah memberkati semua.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan pada masa kini telah
menjadi suatu keperluan dalam usaha membangun dan memperkembangkan bidang
pendidikan. Pembelajaran kendiri melalui modul telah lama digunakan dalam
pendidikan. Modul elektronik merupakan sebuah perisian yang dibangunkan
menggunakan teknologi komputer dengan bantuan perisian-perisian lain yang
mengandungi elemen-elemen multimedia seperti audio, video, teks, grafik, animasi dan
interaktiviti. Sejajar dengan itu, pengkaji membangunkan sebuah modul pembelajaran
kendiri bagi subjek Macromedia Authorware 7 bagi tajuk ‘Asas Penyediaan Kemudahan
Interaktiviti di Dalam Persembahan’ berdasarkan pendekatan pembelajaran aktif. Modul
ini menggunakan fail video yang menggunakan elemen ”screen capture” sebagai media
penyampaian maklumat utama dan juga menggunakan elemen-elemen multimedia yang
lain seperti teks dan grafik. Modul ini dibangunkan dengan menggunakan perisian
Adobe Captivate 3 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian yang lain
seperti Macromedia Authorware 7, Adobe Photoshop CS2 dan Macromedia
Dreamweaver 8. Modul ini berteraskan Model ADDIE (Rosset, 1987) sebagai model
rekabentuk pengajaran dan panduan sepanjang proses pembangunan modul ini.
Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar yang akan dan sedang belajar Macromedia
Authorware 7 dan guru amnya. Modul ini dipakejkan dalam bentuk cakera padat (CD)
bagi memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Penghasilan modul pembelajaran
kendiri ini diharapkan dapat menggalakkan pengguna menjalankan pembelajaran kendiri
di samping mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan
perkembangan teknologi masa kini.
vi
ABSTRACT
Nowadays the use of multimedia technology in education field has become an
essential in developing and expanding the education field. Individual learning based on
module has been used in education. Electronic module is a software that created by
using computer technology with the supported by the others software which contains
multimedia elements such as audio, video, text, graphics, animation and interactivity.
Thus, the researcher had developed a self-learning’s module of Macromedia Authorware
7 subject for topic ‘Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti di Dalam Persembahan’
based on active learning approach. This module used video file which use screen
capture element as the main media in presenting information and used the others
multimedia elements such as texts and graphics. This interactive module was developed
by using Adobe Captivate 3 as main software and supported by the others software such
as Macromedia Authorware 7, Adobe Photoshop CS2 and Macromedia Dreamweaver 8.
This module is based on Model ADDIE (Rosset, 1987) as a reference and guidance
along the development process of this module. The target user for this project will be
the students who are and will studying Macromedia Authorware 7 and teachers
generally. This module is packaged in the form of compact disc (CD) to make it easy to
be used by the user. This self-learning’s module production is hoped to encourage user
to carry out learning by their own by increasing the education and learning quality
parallel with the technological development nowadays.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
PENGESAHAN FAKULTI
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Pembangunan MPK
1.5 Kepentingan Penghasilan MPK
1.5.1 Pelajar
1.5.2 Guru / Pensyarah
1.5.3 Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM )
1
1
5
7
8
8
8
9
9
viii
1.5.4 Pihak Yang Berminat
1.6 Skop Kajian
1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Modul Pembelajaran Kendiri
1.7.2 Multimedia
1.7.3 Authorware
1.8 Penutup
10
10
10
10
11
12
12
2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Perkembangan MPK di Malaysia
2.3 Model Reka Bentuk Pembangunan MPK
2.3.1 Model ASSURE
2.3.2 Model Hannafin & Peck
2.3.3 Model Robert Glasea
2.3.4 Model Waterfall
2.3.5 Model ADDIE
2.3.5.1 Analisis (Analysis)
2.3.5.2 Rekabentuk(Design)
2.3.5.3 Pembangunan(Development)
2.3.5.4 Pelaksanaan (Implementation)
2.3.5.5 Penilaian (Evaluation)
2.4 Teori Pembelajaran dan Aplikasinya Dalam MPK
2.4.1 Teori Kognitivisme
2.4.2 Teori Konstruktivisme
2.4.3 Pendekatan Pembelajaran Aktif dan
Aplikasinya Dalam Penghasilan MPK
2.5 Kelebihan MPK
2.6 Penutup
13
13
13
17
17
19
20
21
22
23
23
24
24
24
24
25
26
27
33
34
ix
3
REKA BENTUK PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan
3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran Dalam
Pembangunan MPK
3.2.1 Fasa Analisis (Analysis)
3.2.1.1 Analisis Terhadap Pengguna
(Pelajar)
3.2.1.2 Analisis Terhadap Persekitaran
Pembelajaran
3.2.2 Fasa Rekabentuk (Design)
3.2.2.1 Carta Alir
3.2.3 Fasa Pembangunan (Development)
3.2.4 Fasa Pelaksanaan (Implementation)
3.2.5 Fasa Penilaian (Evaluation)
3.3 Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Aktif
3.4 Pemilihan Perisian
3.4.1 Adobe Captivate 3
3.4.2 Macromedia Authorware 7
3.4.3 Macromedia Dreamweaver 8
3.4.4 Adobe Photoshop CS
3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran Kendiri yang
Dihasilkan
3.6 Penutup
35
35
35
37
37
38
38
39
42
43
43
44
45
46
46
46
47
47
48
4 HASIL REKA BENTUK MODUL PEMBELAJARAN
KENDIRI (MPK)
4.1 Pengenalan
4.2 Reka Bentuk Modul
49
49
49
x
4.2.1 Laman Utama
4.2.2 Modul
4.2.2.1 Button
4.2.2.2 Time Limit
4.2.3 Contoh
4.2.4 Uji Minda
4.2.5 Pautan
4.2.6 Kredit
4.2.7 Peta Laman
4.3 Elemen Multimedia
4.3.1 Grafik
4.3.2 Teks dan Warna
4.3.3 Video
4.4 Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri Oleh Rakan
4.5 Penutup
51
52
53
56
57
58
59
60
61
62
62
62
63
64
65
5 PERBINCANGAN, MASALAH DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri
5.3.1 Pengurusan Masa dan Kekurangan Panduan
5.3.2 Kekurangan Kemahiran dan Kepakaran
5.3.3 Masalah Memindahkan Strategi
Pembelajaran Aktif ke Dalam Modul
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
5.5 Penutup
66
66
66
68
68
69
70
70
71
RUJUKAN 72
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK HALAMAN
2.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model Hannafin &
Peck
20
2.2 Aliran Kerja Berdasarkan Model Robert Glasea
20
2.3 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE
23
3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE
36
3.2 Carta Alir Pembangunan Modul
40
3.3 Carta Alir Projek 41
4.1 Paparan Laman Utama
51
4.2 Paparan Garis Navigasi 52
4.3 Paparan Laman Modul 52
4.4 Paparan Laman Modul Button 53
4.5 Hiperteks Kembali ke Laman Modul 54
xii
4.6 Paparan Arahan Kepada Pengguna 54
4.7 Paparan Modul Button 55
4.8 Paparan Panel Kawalan 55
4.9 Paparan Laman Modul Time Limit 56
4.10 Paparan Modul Time Limit 56
4.11 Paparan Laman Contoh 57
4.12 Paparan Laman Uji Minda 58
4.13 Paparan Laman Pautan 59
4.14 Paparan Laman Kredit 60
4.15 Paparan Peta Laman 61
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Ini secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang lebih berwawasan sebagai
generasi baru yang akan mengisi tonggak kepimpinan negara di masa akan datang.
Selaras dengan usaha kerajaan ke arah mencapai Wawasan 2020, kerajaan telah
merancang satu agenda untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang bertaraf
dunia. Agenda tersebut dikenali sebagai Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010 (RMK-9) yang telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri
Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. Oleh itu, Kementerian
Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal
insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada
melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran. Begitu juga dengan
2
kewujudan sekolah bestari, sekolah wawasan, serta sekolah kluster ke arah
memartabatkan kualiti pendidikan di kalangan anak bangsa.
Pengajaran dan pembelajaran merupakan dua proses yang saling berkaitan sejak
formalisasi pendidikan terutamanya apabila kita melihat pembelajaran sebagai hasil
peristiwa pengajaran yang dikendali pengajar. Menurut pandangan ahli kognitif,
pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan
perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Aliran behavioris pula berpendapat,
pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku, iaitu cara seseorang bertindak dalam
suatu situasi. Dalam psikologi humanis, pembelajaran dianggap proses yang dapat
membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Kimble (1961)
pula menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap
akibat daripada latihan pengukuhan.
Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran yang
sebenar bukan hanya mengingat semata-mata apa yang diajar oleh guru. Ini kerana
hampir semua yang dipelajari akan hilang mengikut peredaran masa. Untuk menyimpan
apa yang telah dipelajari, pelajar perlu menyimpan apa yang mereka telah dengar dan
lihat sebagai sesuatu yang bermakna. Dalam pelbagai cara, otak berfungsi sebagai
komputer dan kita sebagai pengguna. Komputer perlu di pasang suis sebelum boleh
digunakan begitu juga dengan otak kita. Apabila berlakunya pembelajaran pasif, otak
tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Otak kita perlu mempunyai kaitan antara apa yang
telah diajar dengan apa yang kita tahu dan fikir. Semasa pembelajaran pasif, otak kita
tidak dapat berhubung dengan minda sepenuhnya. Ini kerana, minda tidak berfikir dan
kita tidak dapat menyimpan maklumat.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di universiti, pelajar akan
didedahkan dengan subjek multimedia tetapi bergantung kepada kursus yang diambil.
Seperti di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kaedah yang biasa digunakan untuk
3
mengajar subjek tersebut adalah kaedah kuliah tetapi pelajar biasanya akan diberikan
latihan amali di makmal komputer oleh tenaga pengajar yang berkebolehan. Walau
bagaimanapun, kelas latihan amali tersebut mempunyai masa yang agak terhad untuk
membolehkan mereka memahami keseluruhan isi kandungan yang ingin disampaikan.
Ini akan melambatkan proses pembelajaran mereka tambahan pula, mereka perlu belajar
sendiri tentang sesuatu yang baru tanpa panduan yang betul. Pensyarah hanya mengajar
dalam bentuk kuliah dan akan memberi penerangan serba sedikit tentang perisian yang
digunakan. Selebihnya, pelajar perlu belajar sendiri dengan dibantu oleh tenaga
pengajar semasa latihan amali atau pun merujuk rakan. Pensyarah perlu menghabiskan
silibus mereka supaya pelajar tidak akan ketinggalan sebelum berlakunya ujian atau pun
peperiksaan akhir.
Jika diperhatikan di sini, pelajar hanya banyak menerima dari memberi sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini akan melahirkan pelajar yang malas
untuk berfikir dan hanya menunggu sahaja untuk diberi sesuatu pengetahuan.
Tambahan pula, pensyarah mempunyai pelajar yang ramai dan tidak mampu untuk
mengajar seorang demi seorang. Disinilah pentingnya modul pembelajaran kendiri.
Melalui modul ini, pelajar dilatih untuk mencuba sesuatu yang baru untuk pemahaman
mereka sebelum merujuk kepada pensyarah atau pun tenaga pengajar jika menghadapi
masalah tentang sesuatu yang tidak difahami terutama semasa menyiapkan tugasan
menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.
MPK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang
memusatkan kepada pelajar. Pelajar belajar sendiri dengan menggunakan akses di
bawah pengawasan dan bimbingan guru. Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu
disediakan untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran pelajar.
MPK menghasilkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.
Pembelajaran bermodul ini memberi kebebasan kepada pelajar memilih bahan yang
sesuai untuk pembelajaran mengikut keperluan, minat, tahap serta gaya masing-masing.
Melalui proses pembelajaran ini, pelajar dapat berkongsi kefahaman dan saling memberi
tunjuk ajar antara satu sama lain. Proses ini secara tidak langsung dapat memotivasikan
4
mereka ke arah sikap kendiri. Pengetahuan ialah hasil penjelmaan maklumat peribadi
(Larsen, 1986). Pengetahuan juga ialah pengalaman atau maklumat yang boleh dikongsi
dan disampaikan (Allen, 1997).
Terdapat beberapa maksud MPK. Menurut Goldschmid (1973), modul
pembelajaran kendiri (MPK) ditakrifkan sebagai :
“Satu unit bebas yang serba lengkap dengan siri-siri perancangan melibatkan aktiviti-
aktiviti pembelajaran yang direkabentuk bagi membantu pelajar mencapai objektif-
objektif tertentu dengan jelas.”
Meyer (1979) pula mentakrifkan MPK sebagai :
“Program separa yang serba lengkap dan unit kerja sendiri yang direka untuk mencapai
objektif-objektif tertentu dalam satu jangka masa yang pendek, biasanya beberapa hari
atau kurang. Biasanya tetapi tidak selalu, berdasarkan satu model teknologi pendidikan.
Sentiasa dipakej untuk digunakan sebagai satu sumber pembelajaran bebas. Mungkin
ada atau mungkin tidak sebuah unit kursus yang dilanjutkan.”
Menurut Kamdi (1990), MPK ditakrifkan sebagai :
”Suatu pakej pengajaran pembelajaran atau pukal belajar sendiri yang lengkap
mengandungi komponen-komponen pengajaran pembelajaran seperti objektif, bahan dan
aktiviti pembelajaran, aktiviti penilaian serta arahan dan tatacaranya yang sistematik
supaya murid-murid dapat mengikuti langkah demi langkah menguasai sesuatu unit
pembelajaran dan menjadikan pembelajaran boleh dijalankan secara individu.”
Secara keseluruhannya, modul pembelajaran kendiri (MPK) ini boleh ditakrifkan
sebagai satu pakej pengajaran pembelajaran yang serba lengkap dirancang dengan
aktiviti pembelajaran direkabentuk bagi membantu pelajar mencapai objektif tertentu
supaya pelajar dapat belajar dan mengikuti langkah demi langkah dalam menguasai
5
sesuatu unit pembelajaran dan proses pembelajaran dijalankan secara individu seperti
satu sumber pembelajaran bebas untuk kefahaman yang lebih mendalam. Menurut
Rogers (1994), pembelajaran kendiri adalah sama dengan perubahan dan pembesaran
seseorang, secara semulajadi semua manusia mempunyai keinginan untuk belajar.
Pelajar boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri (Shahrom Noordin,
1994). Menurut Russell (1974), MPK boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk media
seperti bahan bercetak; bahan-bahan visual misalnya gambarajah, gambar-gambar, slaid
dan filem, video; bahan-bahan audio misalnya rakaman-rakaman; bahan-bahan sebenar
misalnya peralatan makmal; dan dalam bentuk pengajaran lisan (oral instruction)
misalnya perbincangan.
1.2 Latar Belakang Masalah Pembudayaan teknologi di sekolah dan institut pengajian tinggi walaupun bukan
merupakan sesuatu perkara yang baru tetapi tetap merupakan satu perubahan yang akan
menentukan sama ada teknologi akan digunakan dengan sepenuhnya dalam pengajaran
dan pembelajaran di abad 21. Selaras dengan pembangunan modul ini yang dihasilkan
dalam bentuk perisian cakera padat (CD), pengguna akan didedahkan dengan
penggunaan komputer untuk membolehkan mereka menggunakan modul ini sebagai
bahan rujukan untuk mempelajari Macromedia Authorware 7.
Perisian pendidikan yang dibangunkan dengan menggunakan pendekatan yang
tertentu memberi manfaat kepada pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dan
bakat. Oleh sebab itu, adalah penting untuk guru mengguna dan mengkaji sesuatu
perisian pendidikan sebelum diberi kepada pelajar. Kesesuaian isi pelajaran,
pengetahuan sedia ada yang diperlukan serta kumpulan sasaran adalah penting supaya
pelajar menggunakan perisian yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Menurut
Gagne (1985), pelajar akan giat belajar jika dia berminat dan fikiran mereka dirangsang
melalui pelbagai pancaindera.
6
Menurut Chee Liew Seong (1986), penggunaan komputer dalam pendidikan
meliputi bidang pengurusan, pembelajaran dan pengajaran, dan pengajian dalam
komputer. Mengikut Heinich (dalam Winn, 1990), guru dan teknologi seharusnya
bergandingan, di mana teknologi sebagai penyampai maklumat yang rutin dan guru
membuat perancangan dan menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran, inilah
cara yang paling ideal. Mengikut definisi Association of Educational Technology and
Communication (1977), teknologi pendidikan adalah merupakan satu proses yang
kompleks dan bersepadu, yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan
organisasi untuk menganalisis masalah, merekabentuk, melaksana dan menilai serta
menguruskan penyelesaiannya yang melibatkan semua aspek pembelajaran.
Cadangan untuk menggunakan program kaedah pengajaran dan pembelajaran
individu berbentuk modul untuk mengatasi masalah kekurangan guru dan bahan rujukan
adalah bagus untuk memperkenalkan cara baru untuk belajar ini (H.K.Chai, 1991).
Modul pembelajaran kendiri (MPK) perisian Macromedia Authorware 7 yang akan
dihasilkan adalah modul yang mengutamakan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah langkah demi langkah. Pelajar akan belajar mengikut arahan yang
terdapat di dalam modul ini untuk mempelajari sesuatu tajuk. Dengan menggunakan
modul ini, pelajar boleh belajar sendiri mengikut kebolehan dan kemampuan diri.
Modul pengajaran kendiri perisian Macromedia Authorware 7 yang terdapat di pasaran
adalah agak mahal. Penulisan yang panjang serta isi kandungan yang tebal
menyukarkan pelajar untuk memfokuskan kepada beberapa tajuk yang ingin dipelajari.
Urutan pelajaran dari susah ke senang seharusnya diaplikasikan dalam setiap modul
pembelajaran kendiri. Ini kerana pelajar belajar dari senang ke susah, dari konkrit ke
abstrak, dan dari am kepada yang khusus (Saniah Sayuti et al., 2000).
Sebagai contoh, di UTM, Skudai untuk matapelajaran Bahasa Gubahan
(SPM2322) dan Pembangunan Multimedia Berasaskan CD-ROM (SPM4332), pelajar
diajar menggunakan perisian Macromedia Authorware sebagai perisian untuk membuat
tugasan yang akan diberikan oleh pensyarah. Pelajar dikehendaki mencari modul atau
bahan pembelajaran sendiri tentang penggunaan perisian tersebut. Pelajar akan
7
menghadapi masalah dalam pemilihan bahan yang terbaik untuk dijadikan rujukan.
Matapelajaran Bahasa Gubahan merupakan asas kepada Pembangunan Multimedia
Berasaskan CD-ROM kerana pelajar akan menghasilkan satu perisian pengajaran
mengikut topik yang diberi dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7
sebagai perisian utama. Secara tidak langsung, modul ini dapat membantu pelajar dalam
tajuk ‘Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti di Dalam Persembahan’ untuk
pembinaan soalan khususnya.
Penggunaan MPK akan memberikan para pelajar sedikit ruang kebebasan untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan cara masing-masing
dalam menyudahkan aktiviti pembelajaran yang terkandung dalam MPK berkenaan agar
bahan pembelajaran tersebut boleh dikuasai dengan baik (Shaharom, 1990). Dari
beberapa kajian yang telah dilakukan seperti (Shaharom, 1994; Kamdi, 1990; Hunt dan
Lamkin, 1975; Gabriel dan Pillai, 1981; Brewer, 1977) mendapati bahawa pengajaran
bermodul (PB) menggunakan MPK telah berjaya meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran, misalnya dari segi pencapaian akademik, penguasaan serta tanggapan
terhadap sesuatu konsep, sikap pelajar terhadap matapelajaran, ketrampilan dalam
pembelajaran serta beberapa aspek lain.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah kekurangan modul bagi perisian Macromedia Authorware 7 di pasaran
memberi idea kepada pembangun untuk menghasilkan modul yang menggunakan
Bahasa Melayu sepenuhnya. Ini kerana bagi terbitan luar negara, penulis menggunakan
Bahasa Inggeris di dalam penulisan modul mereka. Ini akan menyukarkan pelajar yang
lemah penguasaan dalam Bahasa Inggeris mereka. Selain itu, harga di pasaran yang
tinggi serta isi kandungan yang tebal menyukarkan pelajar untuk memahami dengan
lebih tepat apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Tambahan pula tahap kefahaman
pelajar adalah berlainan antara satu sama lain.
8
Disinilah timbulnya idea untuk menghasilkan modul ini. Modul yang dibina
adalah menjurus kepada ‘Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti di Dalam
Persembahan’ sahaja untuk meningkatkan tahap kefahaman mereka bagi tajuk ini.
Tujuan MPK perisian Macromedia Authorware 7 ini dihasilkan adalah untuk mengatasi
masalah kekurangan guru dan bahan rujukan tambahan.
1.4 Objektif Pembangunan MPK
a) Merekabentuk Modul Pengajaran Kendiri (MPK) perisian Macromedia
Authorware 7 menggunakan Model ADDIE dan pendekatan pembelajaran
aktif.
b) Membangunkan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) perisian Macromedia
Authorware 7 untuk Fakulti Pendidikan, UTM bagi tajuk ‘Asas Penyediaan
Kemudahan Interaktiviti di Dalam Persembahan’ yang menggunakan
Bahasa Melayu.
1.5 Kepentingan Penghasilan MPK
Kepentingan MPK terbahagi kepada 4 golongan. Antaranya ialah pelajar, guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak yang berminat.
1.5.1 Pelajar
Modul Pembelajaran Kendiri ini dibina untuk menarik minat pelajar dalam
mempelajari perisian Macromedia Authorware kerana bahasa yang digunakan adalah