Post on 03-Jun-2018
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
1/33
1 Copyrights reserved: Nur Syakirah
TAJUK : DASAR LUAR MALAYSIA
MODEL 1
TEMA 7
Peningkatan Tamadun (Ekonomi danPendidikan)
TEMA 8
Piagam Madinah Teori Kedatangan Islam ke Asia
Tenggara dan Cara Penyebarannya
TEMA 9
Zaman Gelap di EropahTEMA 10
Akhbar, Majalah dan Novel : PenggerakNasionalisme di Tanah Melayu 1930-an
TEMA 11
Pakatan Murni Faktor dan Langkah Pembentukan
Malaysia
Perpaduan KebangsaanTEMA 12
Dasar Luar Malaysia
MODEL 2
TEMA 7
Peningkatan Tamadun (Ekonomi danPendidikan)
TEMA 8
Hijrah Teori Kedatangan Islam ke Asia
Tenggara dan Cara Penyebarannya
TEMA 9
Zaman Gelap di EropahTEMA 10
Perkembangan Nasionalisme di AsiaTenggara
TEMA 11
Sistem Ahli Faktor dan Langkah Pembentukan
Malaysia
Pilihan RayaTEMA 12
Perang Dunia Pertama dan Kedua
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
2/33
2 Copyrights reserved: Nur Syakirah
TAJUK : PERPADUAN KEBANGSAAN
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah langkah yang dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan ?
Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
Melancarkan Minggu Bahasa
Melancarkan Bulan Bahasa
Melancarkan slogan Bahasa Jiwa Bangsa pada 1960
Menubuhkan sekolah menengah yang berpengantar bahasa Melayu.
Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan pada 1967.
Menukarkan bahasa pengantar di sekolah menengah Inggeris kepada bahasa kebangsaan
Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia
Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
Menggunakan bahasa Melayu di mahkamah
[2 markah ]
(b) Berikan dua objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Menjadi panduan dalam membentuk identiti negara
Menjadi panduan untuk mengekalkan identiti negara Malaysia
Memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan.
Memelihara keperibadian kebangsaan.
Mempertingkatkan kualiti kehidupan.
Menseimbangkan aspek kemanusiaan dan kerohanian dengan pembangunan sosioekonomi.
[2 markah ]
(c) Nyatakan cir i Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Kebudayaan Melayu sebagai tunjang
Unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
Islam sebagai unsur yang terpenting
[2 markah ]
(d) Pada pandangan anda, mengapakah sukan boleh berperanan dalam memupuk perpaduan
di negara kita ? Sukan tidak mengira ideologi politik Dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat Melibatkan kaum. Tidak mengira peringkat umur Menjadi aktiviti kokurikulum di sekolah.
Boleh dilaksanakan di semua peringkat
Mana-mana jawapan munasabah [2 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
3/33
3 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(e) Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda boleh berperanan memupuk perpaduan di
sekolah ?
Bergaul dengan semua kaum Sentiasa membantu rakan lain
Menyertai dalam kokurikulum
Melakukan aktiviti secara berpasukan
Sentiasa bermusyawarah untuk membuat keputusan
Mengamalkan budaya murni
Menghormati pendapat orang lain
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan langkah yang dilaksanakan oleh pemerintah negara kita untuk
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
pada 1965
untuk memajukan bahasa Melayu.
Melancarkan Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.
Melancarkan slogan Bahasa Jiwa Bangsa
pada 1960
untuk memberi kesedaran dan menggalakkan penggunaan bahasa.
Menubuhkan sekolah menengah yang berpengantar bahasa Melayu.
Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan pada 1967.
Menukarkan bahasa pengantar di sekolah menengah Inggeris kepada bahasa kebangsaan
pada 1970.
Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia
pada 1977.
Langkah ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
bermula pada tahun 1982.
Menggunakan bahasa Melayu di mahkamah
bermula pada 1990.
[10 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
4/33
4 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah matlamat kerajaan melancarkan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan ?
Untuk membentuk identiti negara
Untuk mengekalkan identiti negara Malaysia
Memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan.
Memelihara keperibadian kebangsaan.
Mempertingkatkan kualiti kehidupan.
Menseimbangkan aspek kemanusiaan dan kerohanian dengan pembangunan sosioekonomi.
Mana-mana jawapan munasabah
[5 markah ]
(c) Pada pandangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan supaya sukan
boleh memupuk perpaduan di negara kita ?
Mengetepikan ideologi politik dalam kegiatan sukan Libatkan semua kaum dalam kegiatan sukan
Sukan dilaksanakan di semua peringkat
Libatkan semua peringkat umur dalam kegiatan sukan
Jadikan kegiatan sukan sebagai kegiatan kokurikulum
Kekalkan pelaksanaan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)
Terapkan semangat perpaduan dalam sukan
Mana-mana jawapan munasabah
TAJUK : PEMBENTUKAN MALAYSIA
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah peranan JPPK ?
Menerangkan tentang gagasan Malaysia
Mengumpul pandangan penduduk tentang gagasan Malaysia
Menggalakkan aktiviti ke arah pembentukan Malaysia
Mengadakan mesyuarat mengkaji pandangan penduduk
Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
[2 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
5/33
5 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(b) Nyatakan dua tugas Suruhanjaya Cobbold.
Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kepada pihak British.
Menerima memorandum daripada pelbagai pertubuhan.
Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British.
Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia
[2 markah]
(c) Apakah matlamat penubuhan JAK ?
Menerangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah. Memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold tentang Perlembagaan Malaysia. Mengadakan mesyuarat bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam
Persekutuan Malaysia. Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.[2 markah ]
(d) Mengapakah UNMM dibentuk oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ?
Meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
Mengkaji pendirian rakyat Sarawak dan Sabah
Mengesahkan pendirian rakyat Sarawak dan Sabah
Mengiktiraf pembentukan Persekutuan Malaysia
[1 markah ]
(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah majoriti rakyat Sarawak dan Sabah
bersetuju menyertai persekutuan Malaysia ?
Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.
Mewujudkan pasaran yang lebih luas
Menggalakkan perkembangan industri pertanian
Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota
Mana-mana jawapan munasabah
[3 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
6/33
6 Copyrights reserved: Nur Syakirah
TAJUK : PEMBENTUKAN MALAYSIA
SOALAN ESEI
(a) Terangkan usaha yang dilaksanakan untuk mendapatkan sokongan penduduk
Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan persekutuan Malaysia.
Menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
Mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah.
Menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
Mengumpul pandangan penduduk
Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
Mengadakan mesyuarat mengkaji pandangan rakyat
Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold.
Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kepada pihak British.
Menerima memorandum daripada pelbagai pertubuhan.
Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British.
Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia.
Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Mengadakan rundingan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan
pegawai British di Sarawak dan Sabah.
Memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold.
Menerangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah..
Mengadakan mesyuarat membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
Menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB.
Ditubuhkan oleh Setiausaha Agung PBB U Thant
Meninjau semula pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
[8 markah ]
(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faedah yang diperolehi Sarawak dan
Sabah dengan menyertai persekutuan Malaysia ?
Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.
Mewujudkan pasaran yang lebih luas
Menggalakkan perkembangan industri pertanian
Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu
Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota Mana-mana jawapan munasabah
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
7/33
7 Copyrights reserved: Nur Syakirah
[6 markah ]
(c) Jelaskan nilai moral yang boleh anda pelajari daripada peristiwa pembentukan
persekutuan Malaysia 1963.
Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura Berjaya menangkis tekanan pihak komunis Menghadapi tentangan Indonesia dan Filipina melalui diplomasi politik Memperlihatkan kerjasama serantau Memperlihatkan kerjasama antarabangsa terutamanya PBB. Memperlihatkan kerjasama pihak British dengan rakyat tempatan. Mana-mana jawapan munasabah
TAJUK : SISTEM AHLI
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Ahli ?
Kabinet bayangan yang dibentuk oleh
Sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran
[1 markah ](b) Nyatakan dua ciri Sistem Ahli.
Terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat
Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu
Terdiri daripada sembilan orang anggota
Bertaraf menteri
Diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
[2 markah ]
(c) Namakan tokoh yang menjadi anggota Sistem Ahli pada peringkat awal pelaksanaannya.
Dato Onn Jaafar
O.A. Spencer
Tunku Yaakob Sultan Abdul Hamid
Dr. Lee Tiang Keng
Dato E.E.C. Thuraisingam
J.D. Hodgkinson
J.D. Mead
Dato Mahmud Mat
[1 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
8/33
8 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(d) Senaraikan tugas Ahli.
Menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa jabatan
Menguruskan pentadbiran harian jabatan
Mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis
Perundangan Persekutuan (MPP)
Berbincang dengan pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama tentang
cadangan undang-undang
Menerima arahan dan cadangan Pesuruhjaya Tinggi British dalam menyediakan undang-
undang
[3 markah ]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Sistem Ahli kepada pentadbiran
negara ?
Asas untuk melatih orang tempatan berkerajaan sendiri Memulakan proses perpaduan kaum
Asas yang menentukan kemerdekaan yang akan dicapai mendapat sokongan seluruh
penduduk
Pendedahan kepada penduduk tempatan menerajui kerajaan walaupun dikuasai oleh British
Mana-mana jawapan munasabah
[3 markah ]
TAJUK : PAKATAN MURNI
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah matlamat pakatan murni ?
Menghasilkan kerjasama politik melalui rundingan
Menyelesaikan masalah setiap kaum
Menyelesaikan tuntutan setiap kaum
Menyatupadukan pelbagai kaum
Prasyarat untuk mendapatkan kemerdekaan
[2 markah ]
(b) Berikan dua kaum yang menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
(JHAK) di Tanah Melayu.
Melayu
Cina
India
[2 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
9/33
9 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(c) Nyatakan perkara yang dipersetujui dalam rund ingan Jawatankuasa Hubungan
Antara Kaum (JHAK) dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Melantik Dato Onn Jaafar menjadi Pengerusi RIDA
Memajukan ekonomi masyarakat luar bandar
Memajukan pendidikan masyarakat luar bandar
Memberi kerakyatan kepada imigran
Melaksanakan pilihan raya pada masa sesuai
[2 markah ]
(d) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah Dato Onn Jaafar mengambil langkah
menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) ?
Cadangan beliau membuka keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu ditolak
Beliau dikecam oleh orang Melayu
Dato Onn telah meninggalkan UMNO
Mahu membuka keahlian IMP kepada semua kaum.
Mahu memulakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti
Supaya semua kaum dapat bekerja untuk mencapai kemerdekaan.
Perubahan politik yang berlaku di Tanah Melayu ketika itu.
Mana-mana jawapan munasabah.
[2 markah ]
(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
gagal mendapat sambutan kaum Cina dan India ?
Orang Melayu tidak mahu mengubah struktur UMNO
Orang India dan Cina telah mempunyai parti kaum mereka
Hubungan antara kaum tidak rapat
Berprasangka buruk terhadap orang Melayu
Bimbang kepentingan mereka akan hilang
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
10/33
10 Copyrights reserved: Nur Syakirah
TAJUK : PAKATAN MURNI
SOALAN ESEI
(a) Terangkan empat usaha yang dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu untuk mengadakan
pakatan murni.
Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum(JHAK)
JHAK dianggotai oleh kaum Melayu,Cina dan India..
CLC mengutamakan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan
CLC mengadakan rundingan dengan UMNO.
Bersetuju menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Bersetuju memajukan ekonomi masyarakat luar bandar
Bersetuju memajukan pendidikan masyarakat luar bandar
Bersetuju memberi kerakyatan kepada imigran
Bersetuju melaksanakan pilihan raya pada masa sesuai.
Dato Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.
Beliau dikecam
Orang Melayu enggan mengubah struktur UMNO.
Dato Onn meninggalkan UMNO.
Dato Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
Membuka keahlian IMP kepada semua kaum.
Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti.
Pihak British mengadakan Persidangan Kebangsaan.
Ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald.
Tujuannya ialah mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perkauman.
Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
Konvensyen dianjurkan bersama MCA.
Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti dan persatuan politik.
[8 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
11/33
11 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(b) Jelaskan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan Pakatan Murni .
Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
pada tahun 1952.
Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran beberapa bandar
utama.
Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Negeri 1954.
Kerjasama UMNO-MCA menjadi asas penubuhan Parti PERIKATAN.
PERIKATAN dianggotai oleh MIC pada 1955.
Pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya
Majlis Mesyuarat Perundangan.
PERIKATAN memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
PERIKATAN berjaya menubuhkan kerajaan
PERIKATAN dapat membentuk kabinet
Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri. Membahagikan anggota kabinet daripada pelbagai kaum.
Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan.
[6 markah ]
(c) Pada pandangan anda, apakah yang mungkin terjadi jika masyarakat di negara kita
mengabaikan prinsip pakatan murn i?
Perselisihan kaum
Huru-hara
Politik tidak stabil Ekonomi merosot
Rakyat hidup menderita
Kuasa asing campur tangan
Negara mungkin dijajah
Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah ]
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan semangat nasionalisme ?
Perasaan cinta akan negara Gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan politik dan ekonomi Gerakan mempertahankan tanah air daripada pengaruh kebudayaan asing.
[2 markah]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
12/33
12 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(b) Berikan dua dasar penjajah yang menyebabkan munculnya semangat nasionalisme.
Tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam sistem birokrasi Barat Mengekalkan rakyat tempatan dalam ekonomi tradisional Melaksanakan dasar ekonomi yang menindas peribumi Membawa masuk imigran Membiarkan ekonomi dikuasai pendatang Mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat Mengamalkan sikap pilih kasih dalam pendidikan. Mengutamakan sekolah pengantar bahasa penjajah Menyediakan pendidikan di peringkat rendah sahaja untuk rakyat tempatan. Mendirikan sekolah di bandar sahaja Mengasingkan anak bangsawan daripada anak orang kebanyakan Memperkenalkan pendidikan sekular Lepasan sekolah vernakular sukar mendapatkan pekerjaan
[2 markah ]
(c) Nyatakan ciri nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap berikut :
Tahap pertama
Penentangan bersifat setempat sahaja. Tiada organisasi. Dipimpin oleh golongan agama Tidak bersifat politik Berkisar kepada isu kebudayaan, agama dan hak peribumi Tidak menuntut kemerdekaan segera
[2 markah ]
Tahap kedua
Bersifat radikal Menyeluruh di seeluruh negara. Mempunyai organisasi tersusun Dipimpin oleh ahli politik yang berpendidikan Barat Gerakan ini bersifat politik. Matlamatnya menuntut kemerdekaan. Mahu membentuk kerajaan sendiri [2 markah]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
13/33
13 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(d) Pada pendapat anda, mengapakah setiap warganegara perlu memiliki semangat cinta
akan negara ?
Sanggup membebaskan tanah air daripada penjajahan Sanggup mempertahankan tanah air daripada pengaruh asing Pendorong untuk memajukan negara Menyedarkan masyarakat akan ertinya kemerdekaan Supaya mempunyai jati diri Supaya sentiasa menyokong dasar kerajaan Supaya sentiasa berhasrat untuk menjulang nama negara Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah matlamat perjuangan Jose Rizal di Filipina ?
Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol Menuntut bangsa Filipina mendapat hak yang sama dengan bangsa Sepanyol Mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
[2 markah ]
(b) Nyatakan langkah yang dilakukan oleh Andres Bonif acio untuk menuntu t
kemerdekaan Filipina daripada Sepanyol.
Menubuhkan Katipunan. Menerbitkan akhbar Kalayan Menyebarkan fahaman revolusi Melancarkan revolusi bersenjata
[2 markah ]
(c) Berikan dua peranan Raden Adjeng Kartini untuk mengubah nasib rakyat Indonesia.
Berusaha memajukan taraf hidup rakyat Berusaha memberi pendidikan kepada masyarakat Membela nasib golongan wanita Menghasilkan karya Habis Gelap Terbitlah Terangdan Penulisan Seorang Puteri Jawa. Mendedahkan kemunduran rakyat Mendedahkan penindasan Belanda Memberi inspirasi menubuhkan Pertubuhan Muhammadiyah
[2 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
14/33
14 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah tindakan yang dilakukan oleh
penjajah Belanda untuk menangani gerakan radikal Soekarno di Indonesia ?
Menangkap Soekarno Menangkap pemimpin yang berjuang bersama Soekarno Memenjarakan Soekarno Mengharamkan Parti Nasional Indonesia. Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
(e) Sebagai generasi selepas merdeka, mengapakah kita harus menghargai perjuangan
nasionalis silam ?
Membebaskan tanah air daripada penjajahan Membentuk pemerintahan sendiri Mempertahankan tanah air daripada pengaruh asing Membela nasib rakyat Memajukan ekonomi negara Mereka berusaha memajukan pendidukan rakyat Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan faktor kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
Dasar PenjajahRakyat tempatan tiada peluang dalam sistem birokrasi Barat.
Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional.
Dasar ekonomi penjajah menindas penduduk peribumi.
Contohnya Sistem Tanaman Paksa (indonesia) dan Sistem Polo (Filipina)
Dasar kemasukan imigran menyebabkan ekonomi dikuasai pendatang.Wujudnya jurang sosial dalam masyarakat.
Pengaruh AgamaAgama menyatukan rakyat menghadapi kebudayaan Barat dan agama Kristian.
Contohnya gerakan Islah di Tanah Melayu dan Indonesia serta Persatuan Belia Buddha di
Burma.
Agama menyatukan penduduk menentang penjajah.
Contohnya rakyat Filipina beragama Kristian menentang Sepanyol mereka dianggap golongan
kelas kedua.
Golongan agama menjadi pencetus nasionalisme.
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
15/33
15 Copyrights reserved: Nur Syakirah
Karya KesusasteraanMemaparkan kesengsaraan akibat penindasan penjajah.
Membangkitkan kecintaan kepada negara.
Contohnya Noli Me Tangere (Filipina),
Kerikil,Kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda (Indonesia),
Putera Gunung Tahan (Tanah Melayu) dan lain-lain.
Sistem PendidikanPenjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam pendidikan.
Penjajah mengutamakan sekolah pengantar bahasa penjajah.
Penjajah hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah sahaja.
Sekolah didirikan di bandar sahaja.
Anak bangsawan diasingkan daripada anak orang kebanyakan.
Pendidikan sekular memberi ancaman kepada sekolah agama.
Lepasan sekolah vernakular sukar mendapatkan pekerjaan.
Kemunculan Golongan IntelektualGolongan berpendidikan Barat dan Asia Barat terdedah kepada ideologi Barat dan Islam.
Mereka memimpin gerakan nasionalisme apabila kembali ke tanah air.
Pengaruh Media MassaAkhbar dan majalah menyemarakkan semangat nasionalisme.
Media menyebarkan idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah.
Contohnya, Tribune Indigene dan Cloche Felee (Vietnam)Al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis (Tanah Melayu)
Perkembangan Sistem Pengangkutan dan PerhubunganTelefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
Jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan kawasan yang sebelumnya terpisah.
Rakyat dan para pemimpin dapat berbincang idea-idea nasionalisme.
Pengaruh LuarKejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata nasionalis.
Negara kecil boleh mengalahkan negara yang besar.Perjuangan Mahatma Ghandi menjadi sumber inspirasi kepada nasionalis.
[8 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
16/33
16 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(b) Nyatakan ciri perbezaan gerakan nasionalisme antara tahap pertama dengan tahap
kedua di As ia Tenggara.
Ciri-CiriNasionalisme Tahap Pertama
Penentangan bersifat setempat sahaja. Tiada organisasi. Dipimpin oleh golongan agama. Tidak bersifat politik Berkisar kepada isu kebudayaan, agama dan hak peribumi. Tidak menuntut kemerdekaan segera
Ciri-Ciri Nasionalisme Tahap Kedua
Bersifat radikal Menyeluruh di seeluruh negara. Mempunyai organisasi tersusun Dipimpin oleh ahli politik yang berpendidikan Barat Gerakan ini bersifat politik. Matlamatnya menuntut kemerdekaan. Mahu membentuk kerajaan sendiri
[6 markah ]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kuasa Barat menangani
gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara ?
Menjatuhkan hukuman bunuh Menangkap dan memenjarakan Membenarkan penubuhan parti politik bersifat sederhana Mengharamkan parti politik radikal Melarang pemerintah tempatan terlibat dalam politik Penjajah memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah ]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina atau di
Indonesia.
Nasionalisme di Filipina
Tahap Pertama
Dipimpin oleh Jose Rizal.Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.
Menuntut bangsa Filipina mendapat hak yang sama dengan bangsa Sepanyol.
Menubuhkan Liga Filipina.Mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.
Dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao.
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
17/33
17 Copyrights reserved: Nur Syakirah
Beliau dituduh terlibat dalam pemberontakan
Djatuhi hukuman bunuh.
Tahap Kedua
Dimulakan oleh Andres BonifacioBerhasrat mencapai kemerdekaan daripada Sepanyol.
Beliau menubuhkan Katipunan
Menerbitkan akhbar Kalayanmenyebarkan fahaman revolusi
Melancarkan revolusi bersenjataBonifacio dihukum mati
Diteruskan oleh Emilio Aguinaldo.Menuntut kemerdekaan daripada Sepanyol dan Amerika.
Bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol.
Mengisytiharkan kemerdekaanTetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat
Meneruskan revolusi terhadap Amerika Syarikat
Ditangkap pada 1901Nasionalis menuntut kemerdekaan daripada Amerika menggunakan saluran undang-undang.
[8 markah ]
Nasionalisme di Indonesia
Tahap Pertama Dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini.
Berusaha memajukan taraf hidup rakyat melalui pendidikan.
Menghasilkan karya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa.
Mendedahkan kemunduran rakyat dan penindasan Belanda
Memberi inspirasi menubuhkan Pertubuhan Muhammadiyah.Muhammadiyah menyebarkan Islam sebenar
Menghindari ancaman sekularisme dan agama Kristian
Muhammadiyah membina sekolah, klinik dan masjid.
Tahap Kedua Dipelopori oleh Soekarno.
Menuntut kemerdekaan daripada Belanda.
Menubuhkan parti radikal Parti Nasional Indonesia (PNI).Parti tersebut berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia.
Melancar revolusiBersama Sarekat Islam dan Parti Komunis Indonesia (PKI).
Belanda menangkap Soekarno dan pemimpin radikal.
Belanda mengharamkan parti-parti politik radikal.
[8 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
18/33
18 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza
daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara ?
Nasionalisme timbul bukannya kerana bencikan penjajah Mereka bukannya menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Rakyat ingin menamatkan
pemerintahan beraja mutlak
Rakyat tidak suka kepada kerabat diraja yang membolot kuasa politik serta sikap raja yang boros Mereka mahukan sistem raja berperlembagaan Nasionalisme Thailand tidak menggulingkan raja Nasionalisme juga bertujuan menyekat penguasaan golongan Cina dan kapitalis dalam ekonomi Menguatkuasakan undang-undang menyekat penguasaan Cina dalam ekonomi dan pengaruh
kebudayaan Cina
Bertujuan untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand.
Mana-mana jawapan munasabah[6 markah]
(c) Sebagai seorang nasionalis, apakah nilai murn i yang perlu anda tunjukkan untuk
menjamin kejayaan perjuangan ?
Melahirkan semangat cinta akan tanah air Jujur dalam perjuangan Ikhlas membela nasib rakyat Tidak bersikap mementingkan diri Berani menegakkan keadilan
Mementingkan semangat perpaduan
Bermusyawarah untuk membuat keputusan Mempunyai matlamat perjuangan yang jelas Bijaksana dalam merancang strategi Sanggup menghadapi pelbagai risiko Tidak akan lari daripada perjuangan Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah ]
SOALAN STRUKTUR
(a) Berikan judu l akhbar berbahasa Melayu yang dit erbitkan pada tahun 1930-an.
Warta Malaya Lembaga Malaya Majlis Utusan Melayu Warta Negara
[2 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
19/33
19 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(b) Apakah isu yang disiarkan dalam akhbar tersebut.
Sosial dan Pendidikan
Tudak ada pendidikan tinggi untuk orang Melayu Tidak memberi peluang pendidikan untuk anak perempuan Orang Melayu tidak menabung untuk pendidikan anak-anak Melupakan kemahiran tradsional Melayu Menganggap pendidikan bahasa Inggeris tidak penting Taraf sekolah Melayu yang rendah Sekolah Melayu tiada nilai ekonomi Bahasa Melayu tidak dimartabatkan Bahasa Melayu tidak dijadikan bahasa rasmi dalam pentadbiran. Nilai-nilai baik masyarakat Melayu dilupakan.
[1 markah ]
Ekonomi
Orang Melayu tidak mempunyai syarikat kerjasama Kemasukan orang dagang yang begitu banyak. Orang Melayu tidak melibatkan diri dalam perniagaan Orang Melayu bersikap memilih kerja Orang Melayu malas berusaha Orang Melayu suka menjual tanah Orang Melayu tidak berjimat cermat / boros. Orang Melayu tiada kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.
[1 markah ]
(c) Nyatakan persoalan yang dibangkitkan oleh pengarang majalah Melayu pada tahun
1930-an.
Majalah Guru
Pendidikan anak-anak Melayu Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu Meniupkan semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan Membaiki taraf hidup orang Melayu Memajukan bahasa dan sastera Melaytu Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa
Pengasuh
Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu Memperluaskan ilmu dalam pelbagai bidang Memberikan pentafsiran terhadap persoalan orang Islam Menggesa orang Melayu menjauhi sifat buruk
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
20/33
20 Copyrights reserved: Nur Syakirah
Bulan Melayu
Menggalakkan perpaduan guru perempuan di Johor Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri Mendorong wanita menjaga kesopanan / nilai Islam dan budaya Timur Menggalakkan wanita menjadi obor memajukan bangsa.
[2 markah ]
(d) Berikan dua mesej tentang semangat kebangsaan yang terdapat dalam novel
Melayu pada tahun 1920-an.
Novel Keris Melaka oleh Ahmad Bakht iar
Semangat perjuangan menentang penjajah Barat. Menghargai tokoh Kesultanan Melayu Melaka
Menggunakan sejarah untuk mendorong semangat perjuangan bangsa
Novel Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad
Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan Menghargai warisan bangsa sendiri Mencintai tanah air Menolak kesenangan demi maruah bangsa
Novel Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
Semangat pemuda menjaga maruah bangsa Mencintai tanah air Berasa bangga dengan kebolehan sendiri Sanggup menolak cinta pegawai penjajah kerana menjaga maruah bangsa
[2 markah ]
(e) Pada pandangan anda, apakah cara yang berkesan untuk menerapkan semangat
kebangsaan generasi muda di negara kita pada masa kini ?
Menerapkan dalam filem dan drama Membangkitkan kesedaran melalui karya kesusasteraan Mewujudkan laman sosial berkaitan semangat kebangsaan Mengadakan sayembara puisi bertemakan semangat cinta akan negara Mengadakan kempen semangat kebangsaan melalui media Pertandingan bertemakan semangat cinta akan negara Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
21/33
21 Copyrights reserved: Nur Syakirah
SOALAN ESEI
(a) Isu berkaitan orang Melayu dibincangkan secara meluas dalam akhbar dan majalah
berbahasa Melayu di negara ini pada tahun 1930-an. Terangkan isu tersebut.
Politik
British mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.Pembesar dan Raja-Raja Melayu tidak memajukan rakyat.
Dasar pilih kasih British dalam pentadbiran.Mengadakan Malay Administrative Service (MAS)
Menyeru orang Melayu bersatuMenubuhkan satu pertubuhan kebangsaan.
Ekonomi
Menggalakkan orang Melayu melibatkan diri dalam perniagaan.Menggalakkan syarikat kerjasama di kalangan orang Melayu.
Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang.
Menyeru orang Melayu berubahMeninggalkan sikap memilih kerja
Meninggalkan sifat malas.
Melarang orang Melayu menjual tanah mereka.
Menyeru orang Melayu berjimat cermat.
Membela nasib orang Melayu di bandarMeminta diadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.
Sosial dan Pendidikan
Memajukan pendidikan orang MelayuMengadakan pendidikan tinggi Melayu
Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
Menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak.
Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris
Membaiki taraf sekolah MelayuMemberi nilai ekonomi kepada sekolah Melayu.
Memartabatkan Bahasa MelayuMendesak BM dijadikan bahasa rasmi dalam pentadbiran.
Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.
Mementingkan kemahiran tradsional Melayu.
[10 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
22/33
22 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan unsur semangat kebangsaan yang menjadi
tema dalam novel Melayu pada tahun 1930-an.
Semangat perjuangan menentang penjajah Barat. Menghargai tokoh Kesultanan Melayu Melaka Pengalaman sejarah mendorong semangat perjuangan Menghargai warisan bangsa sendiri Mencintai tanah air Menolak kesenangan demi maruah bangsa Semangat pemuda menjaga maruah bangsa Berasa bangga dengan kebolehan sendiri Mana-mana jawapan munasabah
[5 markah ]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah wartawan pada tahun 1930-an menggunakan media
cetak untuk memberi kesedaran kepada masyarakat ?
Murah Mudah Digunakan dengan meluas Digunakan oleh semua lapisan masyarakat Cepat sampai kepada sasaran Media lain sangat terhad
Boleh dibaca di mana-mana
Diminati oleh masyarakat Boleh memuatkan banyak perkara dalam satu masa Mana-mana jawapan munasabah
[5 markah ]
SOALAN STRUKTUR
(a) Nyatakan dua ciri sistem feudal di Eropah pada Zaman Gelap.
Raja menjadi penaung utama dalam negara Raja memiliki tanah secara mutlak
Raja mempunyai pembesar-pembesar / tuan tanah
Tuan tanah itu mendapat naungan daripada istana
Tuan tanah memberi khidmat kepada raja
Tuan tanah sangat berkuasa
Rakyat mendapat perlindungan daripada tuan tanah
Sebagai balasan, rakyat terpaksa membayar cukai
Rakyat yang tidak mampu membayar cukai dikehendaki menyerahkan tanah kepada tuan
tanah
Terdapat rakyat yang menjadi hamba[2 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
23/33
23 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faktor yang menyebabkan suasana politik
di Eropah pada Zaman Gelap kucar-kacir ?
Empayar Rom Barat telah runtuh
Tiada kerajaan pusat yang mentadbir wilayah di Eropah
Kerajaan-kerajaan kecil berperang antara satu sama lain
Wujudnya sistem feudal
Tuan tanah (Baron) sangat berkuasa
Perbalahan antara tuan tanah
Rakyat yang tertindas menentang tuan tanah
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
(c) Nyatakan dua keadaan yang menunjukkan Gereja mengongkong masyarakat Eropah pada
Zaman Gelap.
Gereja Katolik amat berkuasa
Kehidupan masyarakat ditentukan oleh Gereja
Masyarakat terpaksa patuh kepada Gereja
Gereja menekankan amalan agama sahaja
Gereja memberikan ilmu keakhiratan sahaja
Gereja memilki hartanah yang banyak
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
(d) Pada pendapat anda, mengapakah kegiatan perdagangan di Eropah pada Zaman Gelap
tidak berkembang pesat ?
Kegiatan perdagangan tidak meluas
Perdagangan diganggu orang gasar Viking dan Magyar.
Orang Eropah tidak dapat berdagang ke Timur Jauh
Perdagangan dikuasai oleh pedagang Islam
Tidak dapat menyaingi pedagang Islam Hanya menumpukan kepada kegiatan pertanian
Perniagaan dijalankan secara kecil-kecilan
Terhad kepada perniagaan barangan pertanian sahaja
Menggunakan sistem tukar barang
Penggunaan mata wang sangat terhad
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
24/33
24 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(e) Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada kemerosotan ekonomi pada Zaman Gelap
di Eropah ?
Meluaskan lagi kegiatan perdagangan
Menguasai laluan perdagangan antarabangsa
Menguasai perdagangan antarabangsa
Sanggup bersaing dalam bidang perdagangan
Jangan hanya tumpukan bidang pertanian sahaja
Perniagaan dijalankan secara besar-besaran
Mempelbagaikan hasil perdagangan
Menggunakan mata wang
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan ci ri Zaman Gelap yang berlaku di Eropah.
Politik
Empayar Rom Barat telah runtuh.
Tiada kerajaan pusat yang mentadbir wilayah di Eropah.
Keadaan politik tidak stabil.
Berlakunya huru-hara keadaan hidup tidak selamat.
Kerajaan-kerajaan kecil berperang antara satu sama lain. Wujudnya sistem feudal.
Tuan tanah (Baron) sangat berkuasa.
Tuan tanah mendapat perlindungan raja.
Tuan tanah memberikan khidmat kepada raja.
Rakyat tertindas
Petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah.
Petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.
Petani yang tidak mampu terpaksa menyerahkan tanah.
Mereka menjadi hamba kepada tuan tanah.
Ekonomi
Kegiatan perdagangan tidak meluas.
Perdagangan diganggu orang gasar (Viking dan Magyar)
Orang Eropah tidak dapat berdagang ke Timur Jauh.
Perdagangan dikuasai oleh pedagang Islam.
Orang Eropah tidak dapat menyaingi pedagang Islam.
Perniagaan dijalankan secara kecil-kecilan
Masyarakat Eropah tumpukan kegiatan pertanian.
Perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
Penggunaan mata wang sangat terhad.Perniagaan dikendalikan menerusi sistem tukar barang.
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
25/33
25 Copyrights reserved: Nur Syakirah
Sosial
Gereja Katolik amat berkuasa
Gereja mengongkong kehidupan masyarakat
Gereja mengumpul kekayaan
Gereja memilki hartanah yang banyak
Gereka hanya fokus kepada kegiatan amalan agama
Gereja menekankan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja
[8 markah ]
(b) Jelaskan ciri persamaan antara feudalisme di Eropah dengan ciri yang terdapat dalam
masyarakat Melayu tradisional ?
Raja menjadi penaung utama dalam negara.
Raja memiliki tanah secara mutlak.
Raja mempunyai pembesar-pembesar / tuan tanah.
Pembesar itu mendapat naungan daripada istana. Sebagai tukarannya, pembesar berkhidmat kepada raja.
Rakyat mendapat perlindungan daripada pembesar.
Rakyat membayar cukai kepada tuan tanah / pembesar.
Terdapat juga rakyat yang menjadi hamba.
[6 markah ]
(c) Berdasarkan usaha orang Barat yang berjaya membawa keluar Eropah daripada
Zaman Gelapnya, apakah sikap mereka yang boleh ditiru untuk memajukan negara kita ?
Rajin berusaha meningkatkan ekonomi negara
Berani menceburi bidang perdagangan Sanggup membuat perubahan untuk mengubah masyarakat
Kreatif menghasilkan produk baru dalam perdagangan
Inovatif untuk meneroka bidang baru
Bekerjasama untuk menghadapi persaingan
Mementingkan ilmu pengetahuan
Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
26/33
26 Copyrights reserved: Nur Syakirah
SOALAN STRUKTUR
(a) Sebutkan negara yang menjadi anggota pakatan negara Eropah yang berikut :
Perikatan Kuasa Tengah
Jerman
Austria-Hungary
Itali
Turki Bulgaria
[1 markah ]
Pakatan Bertiga
Britain
Perancis Rusia
[1 markah ]
(b) Pada pandangan anda, mengapakah kuasa-kuasa Besar Eropah mula bersaing antara satu
sama lain ?
Persaingan kuasa besar merebut peluang ekonomi
Bersaing mendapatkan bahan mentah
Memasarkan barang siap Membuktikan kekuatan
Berusaha mendapatkan tanah jajahan
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
(c) Nyatakan dua peris tiwa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama (1914 1918).
Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dan isterinya oleh pengganas Serbia.
Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia. Jerman menyerang Perancis yang menyokong Serbia.
Serangan Jerman ke atas Perancis
Britain meminta bantuan Amerika untuk menghadapi Jerman.
Jerman bertindak menyerang kapal dagang Amerika.
[2 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
27/33
27 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(d) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan Perang Dunia Pertama dari segi politik
dan ekonomi di Eropah ?
Politik
Menamatkan sistem beraja di Eropah.
Termeterainya Perjanjian Versailles.
Beberapa buah negara baru muncul di Eropah.
Pembentukan Liga Bangsa.
Mana-mana jawapan munasabah
[1 markah ]
Ekonomi
Negara-negara yang berperang dilanda inflasi.
o
Negara berperang menanggung hutang
o Berlaku pengangguran.
Pasaran dunia mula dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
o Britain kehilangan perdagangan luarnya.
Mana-mana jawapan munasabah
[1 markah ]
(e) Sebagai individu yang cintakan keamanan, kemukakan cadangan anda untuk mengelakkan
peperangan ?
Menghormati kedaulatan negara lain Jangan menceroboh negara lain
Jaga kestabilan politik dalam negara
Jalinkan hubungan diplomatik
Berpegang kepada prinsip aman, bebas dan berkecuali
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
SOALAN ESEI
(a) Perang Dunia Pertama (1914 1918) berlaku disebabkan faktor polit ik dan ekonomi.
Terangkan faktor tersebut.
Politik
Kemunculan nasionalisme di Eropah.
Negara-negara kecil Eropah bersatu membentuk negara bangsa yang besar.
Contohnya Jerman dan Itali.
Kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-
masing.
Persaingan kuasa-kuasa Eropah
Persaingan berlaku akibat Imperialisme Baru.
Kuasa Eropah bersaing mendapatkan tanah jajahan. Wujudnya pakatan negara-negara Eropah.
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
28/33
28 Copyrights reserved: Nur Syakirah
Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
Persaingan antara pakatan ini mengancam perimbangan kuasa dunia.
Ekonomi
Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
Kuasa besar bersaing untuk mendapatkan bahan mentah
Bersaing untuk mendapatkan pasaran.
[8 markah ]
(b) Jelaskan peris tiwa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama (1914 1918)
Archduke Franz Ferdinand dan isterinya dibunuh oleh pengganas Serbia.
Austria yang dibantu oleh Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
Serbia dibela oleh sekutunya Perancis.
Jerman menyerang Perancis. Serangan Jerman ke atas Perancis menimbulkan kemarahan Britain.
Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman.
Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat
Amerika turut terlibat dalam peperangan itu.
[6 markah ]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan Perang Dunia Pertama (1914
1918) terhadap negara Eropah yang terlibat dalam perang tersebut ?
Jerman kehilangan tanah jajahan
Jerman dikenakan pampasan yang tinggi Negara yang berperang menanggung hutang kerana perbelanjaan peperangan.
Negara-negara yang berperang dilanda inflasi.
Berlakunya kemelesetan ekonomi
Berlakunya pengangguran
Negara-negara Eropah tidak lagi menguasai pasaran dunia
Pasaran dunia mula dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
Kehilangan nyawa yang banyak.
Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
29/33
29 Copyrights reserved: Nur Syakirah
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia mengamalkan dasar luar yang bersifat
pro-Barat ?
Ancaman komunis di Asia Tenggara dan di Malaysia.
Memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel
Perjanjian Pertahanan Inggeris Tanah Melayu (AMDA) untuk menghadapi ancaman
komunis.
Mendapat bantuan British sekiranya Malaysia diserang.
Malaysia anggota blok sterling.
Konfrontasi Malaysia Indonesia
Menjaga kepentingan ekonomi.
Menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan.
Mengharapkan permintaan Britain terhadap bahan mentah negara. Pelabur Britain menguasai perladangan dan perindustrian di Malaysia
[2 markah ]
(b) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam melaksanakan dasar luar di atas.
Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris Tanah Melayu (AMDA) pada
tahun 1956.
Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Britain dan Amerika
Menjalankan perniagaan dalam nilai pound
Menggalakkan pelaburan Barat
[2 markah ]c) Berikan dua usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat dasar luar Malaysia tahap
kedua.
Mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama dengan anggotaASEAN.
Menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis Menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam Mengatasi masalah pelarian Vietnam di Malaysia
[2 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
30/33
30 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(d) Pada pandangan anda, mengapakah dasar luar tahap ketiga lebih menekankan
kepentingan ekonomi ?
Negara kita memberi penekanan kepada perdagangan Menggalakkan pelaburan asing Bertujuan untuk membangunkan ekonomi negara Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur
Menjadikan Korea Selatan dan Jepun sebagai model pembangunan.
Mempertingkatkan pelaburan negara ke negara-negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean
dan Pasifik Selatan.
Menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara maju dan Negara Dunia Ketiga. Memperluaskan kerjasama ekonomi ASEAN melalui EAEC (ASEAN + 3) Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah asas yang menjadi pertimbangan kerajaan
dalam menggubal dasar luar ?
Pengalaman sejarah Keanggotaan dalam pertubuhan Komanwel Ancaman komunis Kepentigan ekonomi Pasaran bahan mentah negara Pelaburan asing ke negara Malaysia
Kestabilan politik
Prinsip amalan demokrasi Keamanan serantau dan antarabangsa Kepatuhan kepada piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu Kedudukan geografi Agama Islam Hak asasi manusia Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
31/33
31 Copyrights reserved: Nur Syakirah
SOALAN ESEI
(a) Terangkan faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
Faktor Sejarah
Hubungan perdagangan dengan China, Arab, Siam dan negeri di Kepulauan Melayu sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu.
Menyertai pertubuhan Komanwel untuk meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain
dan negara-negara Komanwel.
Mengamalkan dasar pro-Barat kerana ancaman komunis.
Faktor Ekonomi
Mengamalkan pasaran bebas.
Menjalin hubungan dengan negara lain untuk memajukan ekonomi.
Malaysia negara pengeluar utama bijih timah dan getah.
Mengharapkan pasaran dan modal dari Amerika dan Britain.
Menggalakkan pelaburan dari Jepun dan Korea .
Meningkatkan pasaran barangan Malaysia dan mengadakan pelaburan di Negara Membangun
dan Negara Islam.
Faktor Politi kMalaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen.
Berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri.
Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara lain.Menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.
Berpegang kepada piagam Bangsa-Bangsa Bersatu yang memelihara keamanan dunia.
Menyokong resolusi PBB bagi mengekalkan keamanan dunia.
Faktor Geografi
Kedudukan yang strategik
Bersempadan dengan kebanyakan negara di rantau ini.
Perairannya menjadi laluan perdagangan.
Keselamatan negara serantau memberi kesan kepada Malaysia.
Demografi
Menjalin hubungan diplomatik dengan negara Islam.
Tidak mengadakan hubungan dengan Israel yang menindas rakyat Palestin.
Tidak mengadakan hubungan dengan Afrika Selatan yang mengamalkan Dasar
Apartheid.
[10 markah ]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
32/33
32 Copyrights reserved: Nur Syakirah
(b) Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia yang berikut :
(i) Dasar Luar Tahap Pertama (1957 1970)
bersifat pro-Barat serta berbaik-baik dengan negara jiran dan komanwel
Bersifat Pro-Barat
Disebabkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam ekonomi.
Malaysia adalah blok sterling.
Malaysia menjalankan perniagaan dalam nilai wang pound sterling.
Malaysia bergantung kepada hasil bijih timah dan getah.
Malaysia mengharapkan permintaan Britain terhadap bijih timah dan getah
Pelabur Britain menguasai ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan
perindustrian.
Berbaik-baik Dengan Negara Komanwel.
Disebabkan ancaman komunis di Asia Tenggara dan dalam negara.
Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel terutamanya
Britain, Australia dan New Zealand.
Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris Tanah Melayu (AMDA) pada
tahun 1956.
British akan memberikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana negara.
Berbaik-baik Dengan Negara Jiran
Disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran.Contohnya Konfrontasi dengan Indonesia, terputus hubungan dengan Filipina
dan keluarnya Singapura daripada Malaysia
Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran.
Malaysia menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) bersama Thailand
dan Filipina pada tahun 1961.
Malaysia menubuhkan MAPHILINDO bersama-sama Filipina dan Indonesia.
Malaysia menubuhkan ASEAN bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
[3 markah ]
(ii) Dasar Luar Tahap Kedua (1972 1981)
Dasar berkecuali dan berbaik dengan semua negara Disebabkan AMDA kurang memainkan peranannya.
Kurangnya pengaruh Britain di Timur.
Pergolakan di Vietnam melibatkan Amerika Syarikat dan China.
Perisytiharan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Menjalin hubungan dengan negara berfahaman komunis.
Untuk mengatasi masalah pelarian Vietnam di negara ini.
[3 markah]
http://edu.joshuatly.com/http://fb.me/edu.joshuatly
8/12/2019 Modul Target SPM Sejarah
33/33
(c) Pada pandangan anda, apakah kepentingan hubungan dua hala terhadap masa depan politik
dan ekonomi Malaysia ?
Dapat menangkis ancaman komunis
Dapat memelihara kedaulatan negara
Dapat menjalin hubungan baik dengan negara lain
Dapat meneruskan amalan sistem demokrasi
Dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara
Menggalakkan pelaburan asing
Dapat memasarkan barangan Malaysia
Dapat memajukan negara
Dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
Mana-mana jawapan munasabah