Post on 14-Feb-2015
description
Isi kandungan
kandungan Muka surat
Soalan tugasan
Biodata pelajar
Borang maklum balas
1.0 Pengenalan
2.0 Konsep asas moral
2.1 Pemikiran moral
2.2 Prinsip asas moral
3.0 Model Insan bermoral
3.1 Latar belakang tokoh
3.2 Dimensi moral
3.3 prinsip dan pemikiran moral
Kesimpulan
Refleksi
Rujukan
Biodata pelajar
NAMA : ‘IZZAT NAJMI BIN IBRAHIM
NO K.P : 920210-14-5753
UNIT :SN / BI / BM
TARIKH LAHIR : 10.2.1992
TEMPAT LAHIR : PUSAT RAWATAN ISLAM KUALA LUMPUR
ALAMAT : D-3-1 KIP SMK SG. PUSU KM 11 JLN GOMBAK 53100 KUALA
LUMPUR.
JANTINA : LELAKI
BANGSA : MELAYU
AGAMA : ISLAM
NO. TELEFON : 017-3556940
E-MAIL : darknight_aqua@yahoo.com
1.0 Pengenalan
Untuk menjadi seorang manusia yang dihormati, disayangi serta dipandang
tinggi oleh masyarakat, individu itu mestilah mempunyai moral, etika dan akhlak yang
telah ditetapkan oleh sesebuah masyarakat dan agama. Dengan mengamalkan nilai-
nilai moral, etika dan akhlak yang telah dipersetujui oleh masyarakat dan agama, maka
individu itu merupakan insan yang bermoral.
Dengan ini satu tokoh yang dapat dijadikan sebagai model insan moral dapat
diangkat dari masyarakat dan dijadikan contoh dan teladan sebagai ikutan bagi
sesebuah masyarakat yang akhirnya akan membentuk sebuah masyarakat yang
bermoral dan berakhlak tinggi. Namun begitu untuk menjadi seorang insan yang
bermoral, Individu itu perlulah memiliki pemikiran moral berdasarkan prinsip-prinsip dan
dimensi moral seorang model insan. Selain itu konsep-konsep asas moral seperti
moral, nilai, akhlak dan etika mestilah turut digabungkan bagi membentuk insan yang
bermoral.
2.0Konsep asas moral
Merupakan ajaran, kumpulan peraturan dan ketetapan lisan atau bertulis tentang bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia yang baik. Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan di mana seseorang itu dibesarkan, sistem sosial atau kelas di mana dia hidup dan agama yang dianuti.
Mora l
Di ambil dari bahasa Greek iaitu “ethos” yang bererti cara hidup atau adat resam. Ianya ditakrifkan sebagai suatu kajian sains moral dan prinsip-prinsip moral tentang kelakuan manusia. Ia bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu sama ada ianya baik ataupun buruk. Dengan erti kata lain, etika ialah mematuhi nilai moral dan mengkaji tentang kenapa kita mesti melakukan tindakan yang bermoral.
Etika
Bermaksud budi pekerti seseorang individu. Budi pekerti ini dirujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang itu. Akhlak dan moral mempunyai maksud yang sama iaitu kelakuan baik atau buruk, tetapi akhlak berkait rapat dengan agama. Jika dikaitkan dengan agama Islam akhlak itu berlandaskan Al-Quran dan hadis
Akh lak
2.1 Aliran pemikiran moral
Naturalis
Aliran pemikiran yang menggambarkan kepada keadaan yang sebenarnya. Seorang
yang pemikiran ini melihat sesuatu objek pada keadaan yang sebenarnya. Dia akan
menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau sebab-sebab wujudnya
keadaan itu. Orang naturalis ini mempunyai sifat-sifat seperti berikut, hidup dalam
keadaan tertekan kerana tidak mahu atau dapat mengeluarkan pendapat, sentiasa
merendahkan diri dan tidak mahu berinteraksi dengan org lain. Tiada motivasi dan
kurang berusaha.
Emotivis
Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih. Orang Emotivis ini mempunyai sifat-sifat seperti
berikut, Agresif, pendiam, cepat tersinggung dan kuat cemburu, menghadapi tekanan
emosi dan rasa keberatan untuk bergaul dengan orang lain dan kelihatan keseorangan
tetapi rajin membaiki diri sendiri supaya dapat perhatian orang lain.
Intuisionis
Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan.
Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Dengan kata lain, pemikiran intuisionis
ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh
secara individu. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan
tafsiran terhadap sesuatu perkara yang boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini.
Orang intuisionis ini mempunyai sifat-sifat seperti berikut, Melihat, mentafsir dan
bertindak mengikut gerak hatinya tanpa memikirkan akibat atau kesannya dan cepat
membuat keputusan, mudah menerima arahan dan selalu mengubah pemikirannya.
Rasionalis
Berasal daripada perkataan Latin “ratio” yang bermaksud reason atau sebab. Segala
tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar, dan
semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik. Orang
rasionalis ini mempunyai sifat-sifat seperti berikut, selalu mencari bukti dan kebenaran
dan selalu berfikir untuk membaiki mutu kerjanya.
2.2 Prinsip-prinsip moral
Prinsip keadilan
Mengikut kamus dewan edisi keempat, keadilan adalah sifat (perbuatan,
tindakan, dan lain-lain) yang adil, menuntut penyelesaian yang adil, mengadakan
susunan dan keadaan yang adil bagi kehidupan dalam masyarakat. Oleh itu kita boleh
membuat kesimpulan bahawa keadilan itu adalah saksama, seimbang, sama rata,
sama rasa, dan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Melalui
konsep Agama Islam pula, ia telah mendefinisikan keadilan sebagai “meletakkan
sesuatu pada tempatnya,” iaitu tempat yang sesuai dan yang sepatutnya .
Prinsip Altruisme
Merupakan satu prinsip apabila perbuatan atau perlakuan yang dilakukan oleh
individu yang akan melibatkan orang lain dan memberi kesan terhadapnya,
terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut akan lebih
berperikemanusiaan dan bermoral jika ia dibuat berdasarkan belas kasihan, simpati,
memandang kepentingan dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Amalan
prinsip altruisme juga bermaksud perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk
menjaga kebaikan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Biasanya
keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan
berkeperimanusiaan.
Prinsip Autonomi
Prinsip ini juga meliputi pertimbangan bebas dan hak kebebasan untuk memilih.
Konsep pertimbangan bebas ialah pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat mestilah
dibuat secara rasional dan berasaskan fakta dan bebas daripada dipengaruhi oleh
emosi, perasaan dan pengaruh daripada orang lain. Oleh itu seseorang yang membuat
pertimbangan dan tingkah laku berdasarkan paksaan dari luar merupakan satu
perbuatan yang tidak bermoral. Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya
bertingkahlaku secara rasional dan adil. Individu itu tidak mengakuri tanggungjawab
moral, tetapi hanya mematuhi perintah dari kuasa luar.
3.0 Modal insan bermoral
3.1 Latar Belakang Tokoh
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera
kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini
dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan
Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada
sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah
Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan
pengajian menengah di Government English School, Alor Setar yang kini dikenali
sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge
yang cemerlang pada tahun 1945. Pada tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat
menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Kemudian
pada tahun 1953 pula, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S)
dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah
memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital
Besar Pulau Pinang.
Beliau melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis dari Selangor
bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah). Kedua-duanya
diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah
dikurniakan tujuh orang cahaya mata. Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya
dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah
membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor
Setar. Beliau meletakkan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957, ini
membolehkan beliau bergiat semula di dalam bidang politik. Semasa pilihanraya umum
tahun 1964, Dr. Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya
memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan.
Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik
sebagai Ahli Parlimen. Beliau bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang
mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir
dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi
Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau.
Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun
Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr.
Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, pada masa yang sama
menjadi Timbalan Presiden Parti. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir
berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978.
Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah
membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya,
pada 16 Julai 1981 berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien
Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan
Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Dr. Mahathir digelar "Bapa
Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan
sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.
3.2 Dimensi moral
Modal insan yang dianggap bermoral perlulah mempunyai dimensi-dimensi
moral yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu. Penaakulan, emosi dan perlakuan
moral. Oleh itu, saya dapat melihat tokoh yang dipilih oleh saya mempunyai ketiga-tiga
bahagian dimensi moral ini
Penaakulan moral
Penaakulan moral boleh dikategorikan sebagai apabila seorang individu itu
mampu membuat pemikiran atau pertimbangan secara rasional dan bebas dalam
membuat sesuatu keputusan untuk menyelesaikan satu masalah atau situasi yang
tertentu. Keputusan yang dibuat mestilah dibuat secara rasional dan berasaskan fakta
dan bebas daripada dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan pengaruh daripada orang
lain. dengan ini keputusan yang dibuat tidak akan berat sebelah atau menyebelahi
mana-mana pihak yang berkaitan untuk kepentingan diri sendiri, selain itu setiap
pertimbangan yang dibuat yang berasaskan prinsip dan nilai-nilai moral mestilah dapat
diterima oleh masyarakat. Contoh penaakulan moral ini dapat dilihat pada tokoh yang
telah dipilih oleh saya iaitu Tun Dr Mahathir. Kita dapat melihat penaakulan moral yang
telah dipamerkan oleh beliau seperti rasional, inovatif, bebas, kreatif dan kritis semasa
beliau mengatasi krisis ekonomi yang melanda Malaysia dan dunia pada tahun 1997
Mata wang negara-negara Asia telah susut disebabkan perdagangan mata wang
yang telah dilakukan oleh negara-negara maju. Dan Malaysia mendapat saranan
daripada IMF untuk membuat pinjaman. Anwar timbalan perdana menteri Malaysia
pada ketika itu berpendapat bahawa Malaysia perlu menerima nasihat IMF. Beliau
percaya bahawa untuk mengekalkan keyakinan antarabangsa terhadap pengurusan
ekonomi kita, kita perlu melakukan apa yang diberitahu oleh mereka dan menguruskan
ekonomi kita mengikut cara yang mereka kehendaki. Beliau juga berpendapat yang
ubat IMF adalah baik untuk kita dan akan membantu kita pulih daripada penyakit
antarabangsa
Tun Dr. Mahathir tidak bersetuju dengannya kerana tindakannya itu mungkin
menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang diperlukan bagi membayar gaji
kakitangan awam malah, rancangan beliau juga yang cuba untuk memendekkan
tempoh ingkar pembayaran balik hutang daripada enam bulan kepada tiga sebelum
mengisytiharkannya sebagai hutang lapuk. Ini sekali gus menaikkan nisbah hutang
lapuk bank dan menyebabkan ramai peminjam muflis. Perniagaan merosot. Penyakit
yang kita cuba elakkan, muncul. Selain itu, Tun Dr. Mahathir juga takut kepada
kemungkinan kita akan hilang kawalan ke atas negara kita sendiri seperti kerajaan
Indonesia yang hilang kuasa kepada IMF. Apabila IMF mengambil alih kawalan ke atas
kewangan Indonesia, langkah yang mereka paksa kan terhadap Indonesia seperti
menghentikan subsidi makanan dan minyak telah memburukkan lagi penderitaan rakyat
dan lebih banyak rusuhan berlaku. Thailand dan Filipina yang turut menyerah kepada
IMF juga menerima nasib serupa. Hanya Korea Selatan berjaya melakukan pemulihan
ketara selepas menyerah kepada IMF
Tun Dr. Mahathir bersama-sama penasihatnya telah mempunyai perancangan
untuk mengatasi masalah kewangan negara namun tindakan yang bertentangan
dengan kebijaksanaan konvensional serta bercanggah dengan pendapat pakar,
termasuk daripada IMF dan Bank Dunia. Malah Dr Noordin Sopiee salah seorang ahli
MTEN tampil dengan lebih 30 sebab mengapa kita tidak harus melaksanakan semua
rancangan itu. Ahli-ahli MTEN yang lain menunjukkan tahap sokongan berbeza-beza,
dengan sesetengahnya mengatakan bahawa langkah yang kita cadangkan itu tidak
pernah dilakukan oleh sesiapa pun sebelum ini. MTEN ditubuhkan untuk
membincangkan masalah kewangan negara dan memberi cadangan untuk mengatasi
masalah tersebut. Tun Dr. Mahathir berazam untuk meneruskan pelaksanaan strategi
penyelesaiannya itu. Walaupun Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don dan
Timbalannya, Fong Weng Phak telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai
tanda protes. Tetapi beliau tetap bertekad mahu melaksanakan langkah yang telah
diputuskan.
Hasilnya, dalam kalangan ahli perniagaan gembira menerima ringgit pada kadar
RM3.80 setiap kali mereka menukar dolar Amerika atau mata wang lain. Mereka juga
selesa dengan jaminan bahawa kita akan mengekalkan kadar tukaran sehinggalah
keadaan menjadi stabil semula. Mereka kini boleh merangka belanjawan untuk
sepanjang tahun tanpa perlu membabitkan diri dalam kegiatan melindungi nilai ringgit.
Ini secara langsung mengurangkan kos menjalankan perniagaan. Tindakan
mensyaratkan pemilik saham mendaftar dengan BSKL dan menghentikan penjualan
saham Malaysia yang dipegang oleh syarikat pemegang amanah juga telah membantu
menyekat kejatuhan harga di BSKL. Dalam jangka masa singkat, indeks komposit
BSKL yang jatuh di bawah 300 mata telah naik semula kepada lebih 800 mata.
Dunia mengutuk kawalan mata wang yang kita lakukan dan ramai ahli ekonomi
berkata bahawa ia tidak selari dengan sistem perdagangan terbuka. Pakar-pakar
meramalkan kemusnahan Malaysia dan dengan gembira menunggu kepulangan kita ke
pasaran dunia sebagai pengemis. Namun Malaysia berjaya mengatasi krisis kewangan
dunia dan mengukuhkan nilai ringgit Malaysia. Pakar ekonomi dan pemenang Hadia
Nobel, Joseph Stiglitz juga menyokong pandangan kita terhadap krisis kewangan ini.
Sebagai rumusan kita dapat melihat bahawa Tun Dr. Mahathir telah membuat
keputusan yang rasional dalam menyelesaikan krisis kewangan negara. Keputusan
yang dibuat tidak dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh dan tekanan daripada luar,
tetapi ianya keputusan yang dibuat berdasarkan fakta melalui perbincangan dalam
MTEN
Emosi moral
Seorang modal insan juga perlu mempunyai emosi moral, iaitu satu perasaan
ataupun suara batin rasa bersalah, malu, prihatin, simpati dan sebagainya. Namun
perasaan ini perlulah berpada-pada dan tidak keterlaluan. Seorang individu yang
mempunyai emosi moral yang baik, akan mempunyai pemikiran berasaskan
penaakulan moral dan akan melakukan perlaksanaan moral dalam kehidupan seharian
mereka. oleh itu, emosi moral merupakan dimensi moral yang amat penting kerana
ianya dapat mengawal tingkah laku individu itu, dan juga pemikirannya yang bermoral.
Contoh emosi moral ini dapat dilihat pada tokoh yang telah dipilih oleh saya iaitu Tun Dr
Mahathir. Kita dapat melihat emosi moral yang telah dipamerkan beliau adalah seperti
simpati, empati, belas kasihan dan kasih sayang semasa beliau sebagai perdana
menteri Malaysia membantu negara Bosnia dan Herzegovina ketika negara itu
mengalami peperangan dan Malaysia juga banyak membantu dalam memulihkan
kembali negara Bosnia dan Herzegovina.
Ianya dapat melihat di dalam ucapannya apabila Tun Dr Mahathir turut
menyentuh mengenai bantuan Malaysia kepada Bosnia ketika berlaku peperangan di
negara itu pada awal 1990-an ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
"Apabila seorang rakyat Bosnia meminta saya menghulurkan bantuan, saya tidak pasti
sama ada Malaysia boleh melakukan apa-apa kerana pada ketika itu, suara Malaysia
amat perlahan di arena antarabangsa. Bagaimanapun, saya memutuskan untuk
membantu atas dasar simpati, dan itu adalah permulaan hubungan cinta saya dengan
Bosnia. Sehingga hari ini, saya masih mengunjungi Bosnia dan saya akan ke sana
sekali lagi pada tahun ini," katanya
Kita dapat melihat bahawa sebagai seorang manusia, saudara sesama Islam
dan pemimpin negara. Beliau bersimpati ke atas kesusahan yang telah dilalui oleh
rakyat-rakyat Islam Di Bosnia dan Herzegovina. Oleh itu sebagai seorang manusia dan
pemimpin sebuah negara beliau memberi bantuan dari segi kewangan, pelaburan dan
modal insan untuk membantu membangunkan semula negara Bosnia dan Herzegovina.
Kita dapat melihat berdasarkan emosi moral yang dimiliki oleh beliau telah
menghasilkan perlakuan moral yang membuatkan beliau membantu orang yang berada
di dalam kesusahan tanpa kepentingan diri.
Perlakuan moral lain yang turut dilakukan beliau adalah, beliau banyak
membawa masuk pelabur Malaysia ke Bosnia untuk membantu memajukan negara itu.
Malah Ketika negara itu berada dalam peperangan, beliau adalah antara pemimpin
dunia yang sangat vokal dalam membela nasib rakyat Bosnia yang dibunuh kejam oleh
Serbs dan Croats. Disebabkan itu, orang Bosnia begitu menyanjung tinggi Tun Dr.
Mahathir sehinggakan mereka menganggap Mahathir sebagai ‘orang Bosnia’. Maka
setiap kali beliau berkunjung ke Bosnia, beliau tidak dilayan seperti tetamu tetapi beliau
dilayan sebagai ‘Bosanski’. Pada tahun 2007, Mahathir pernah dicalonkan oleh negara
Bosnia & Herzegovina sebagai penerima Noble Prize atas usaha beliau menyelesaikan
krisis rantau Balkan.
Perlakuan Moral
Perlakuan moral ini biasanya ditunjukkan oleh individu yang melakukan sesuatu
perbuatan yang berlandaskan pemikiran dan emosi moral individu tersebut. Dengan
kata lain, perbuatan seseorang itu didorong oleh pertimbangan di antara pemikiran dan
emosi moral seseorang individu yang berasaskan prinsip dan nilai-nilai moral
masyarakat setempat. Contoh perlakuan moral ini dapat dilihat pada tokoh yang telah
dipilih oleh saya iaitu Tun Dr Mahathir. Kita dapat melihat perlakuan moral yang telah
dipamerkan beliau adalah seperti bertanggungjawab, prihatin dan berdedikasi semasa
beliau sebagai perdana menteri Malaysia.
Beliau telah banyak memberi sumbangan kepada negara Malaysia dan agama
Islam. Sumbangan-sumbangannya dapat dilihat pada negara Malaysia dengan
membantu Malaysia menghadapi krisis kewangan negara, mengubah dasar pendidikan,
pembangunan prasarana negara dan pelbagai lagi. Dari segi agama pula, beliau telah
menggerakkan negara-negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzegovina
ketika umat Islam di sana disembelih oleh pengganas Serbia, mengutuk kekejaman
Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam di mata dunia.
Prinsip dan pemikiran moral
Terdapat pelbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana
setiap orang mempunyai fahaman mereka yang tersendiri. Kebanyakan nilai-nilai moral
biasanya ditentukan oleh masyarakat pada satu kawasan setempat, namun setiap nilai
yang diterima itu adalah berbeza dan banyak bercanggah di antara satu sama lain
kerana setiap masayarakat di dunia mempunyai pandangan mereka yang berbeza. Ini
membuatkan suatu persepakatan susah untuk dicapai dalam menentukan nilai-nilai
moral. Oleh itu, pemikir-pemikir Pendidikan Moral mengemukakan tiga prinsip sebagai
panduan menentukan insan bermoral iaitu prinsip keadilan, prinsip altruisme dan prinsip
autonomi. Tidak semua manusia mempunyai ketiga-tiga prinsip moral ini disebabkan
keadaan-keadaan yang tertentu. Namun begitu untuk menjadi normal insan yang
bermoral prinsip-prinsip ini perlu diamalkan individu tersebut walaupun hanya satu atau
dua prinsip sahaja. Sebagai contoh prinsip-prinsip moral yang dapat saya lihat ada
pada tokoh yang saya pilih iaitu Tun Dr. Mahathir adalah adalah prinsip autonomi. Ianya
kerana semasa beliau memerintah negara Malaysia, beliau telah memerintah
berdasarkan keputusan yang telah dibuat secara rasional dan berasaskan fakta dan
bebas daripada dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan pengaruh daripada pihak-pihak
tertentu. Berdasarkan contoh-contoh yang telah disebut di atas saya juga berpendapat
beliau mempunyai aliran pemikiran intusionis dan rasionalis
Kesimpulan
Setiap orang yang dianggap bermoral perlulah mempunyai dimensi-dimensi moral di
dalam dirinya, dan ia diamalkan sepanjang hayat mereka. berdasarkan dimensi moral
yang dimiliki oleh seseorang, kita dapat melihat bahawa ianya mempunyai hubung kait
dengan prinsip dan aliran pemikiran yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar.
modal insan bermoral
Dimensi moral
Prinsip-prinsip moral
aliran pemikiran
Refleksi
Saya ‘Izzat Najmi bin Ibrahim (920210-14-57530) telah melaksanakan tugasan
kerja kursus yang telah diberikan. Melalui tugasan ini, saya telah mendapat
pendedahan tentang nilai-nilai moral yang perlu saya ada atau untuk menjadi insan
atau guru yang lebih berketerampilan dan berguna kepada murid-murid, masyarakat
dan negara. Selain itu, saya juga dapat mengenal kekuatan dan kelemahan saya
Berdasarkan tugasan ini, saya mendapati untuk menjadi seorang manusia yang
dihormati, disayangi serta dipandang tinggi oleh masyarakat, individu itu mestilah
mempunyai moral, etika dan akhlak yang telah ditetapkan oleh sesebuah masyarakat
dan agama. Selain daripada itu, saya juga mempelajari untuk setiap orang ingin
menjadi modal insan bermoral, mereka perlulah mempunyai dimensi-dimensi moral di
dalam dirinya, dan ia diamalkan sepanjang hayat mereka dan berdasarkan dimensi
moral yang dimiliki oleh seseorang, saya dapat melihat bahawa ianya mempunyai
hubung kait dengan prinsip dan aliran pemikiran moral yang telah dikemukakan oleh
pakar-pakar
Melalui tugasan ini saya dapat melihat bahawa bukan mudah untuk menjadi
insan yang bermoral jika dibandingkan diri saya dengan tokoh yang dipilih, bagaikan
langit dan bumi perbezaannya. Beliau banyak memberi sumbangan kepada
masyarakat, negara dan dunia sebagai seorang doktor dan perdana menteri dan jika
dibandingkan dengan saya, saya tidak mempunyai kemampuan untuk memberi
sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia
Oleh itu saya berazam, apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya akan
mengamalkan nilai-nilai moral yang terpuji untuk menjadi teladan kepada murid-murid
saya. Manakala sumbangan saya kepada masyarakat, negara dan dunia pula ialah,
untuk melahirkan manusia yang mempunyai moral yang terpuji dan mampu memberi
sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia.
Akhir kata, di harapkan melalui tugasan yang dilaksanakan ini akan dapat
menjadikan saya seorang guru yang berkualiti dan ini dapat menjadi sumbangan saya
sebagai pendidik kepada masyarakat dan negara. Dan saya juga berharap saya telah
mencapai objektif yang perlu saya capai dalam melaksanakan tugasan ini.
Rujukan
Abdul Rahman Md. Aroff, Chang L.H.(1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya,
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya. Pearson education Malaysia Sdn.
Bhd.
(Tiada nama pengarang).(2009) biodata Tun Dr. Mahathir. http://biodata-
tokoh.blogspot.com/2009/08/biodata-tokoh-tun-dr-mahathir-mohamad.html diakses
pada 26 Mac 2013