Post on 16-Apr-2015
description
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
SEMESTER 1 2012/2013
SEKSYEN 4 (IT)
SUBJEK :
APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
(DBK 10403)
TAJUK :
MOTIVASI, PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
DISEDIAKAN UNTUK : PROF. MADYA DR. HUSIN BIN JUNOH
DISEDIAKAN OLEH :
1. ZURAIDAH BINTI DAUD (LB110203)
2. ASMA ALIA BINTI MOHD JAMIL (LB110007)
3. FARAHDILLA BINTI PAUZI (LB110023)
4. HOW SWEE CHING (LB110032)
5. NORAZMAWANI BINTI ABDULLAH@MAHMUD (LB110093)
I
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
Isi Kandungan
I
Penghargaan IV
1.0 PENGENALAN 1.1. DEFINISI DAN PERANAN MOTIVASI
1.2. FUNGSI MOTIVASI
1
1
3
2.0 PROSES PENCAPAIAN 2.1. PENGENALAN
2.2. TANGGUNGJAWAB MEMBANTU PELAJAR
MENCAPAI KEJAYAAN
2.3. PERANAN IBU BAPA
2.4. PERANAN PARA GURU
2.5. KERJASAMA DI ANTARA IBU BAPA DAN GURU
2.6. HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN
PENCAPAIAN PELAJAR
2.7. BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG
4
4
6
7
8
8
13
15
3.0 MOTIVASI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK
3.1. JENIS-JENIS MOTIVASI
3.2. MOTIVASI INTRINSIK 3.2.1. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi
Intrinsik
3.3. MOTIVASI EKSTRINSIK 3.3.1. Peneguhan
3.4. KAITAN ANTARA MOTIVASI INTRINSIK DAN
MOTIVASI EKSTRINSIK
22
22
23 24
28 28
30
II
4.0 KEYAKINAN DIRI 4.1. DEFINISI KEYAKINAN DIRI
4.2. KEPENTINGAN MEMBINA KEYAKINAN DIRI
4.3. SUMBER-SUMBER MEMBINA KEYAKINAN DIRI 4.3.1. PENGALAMAN KEJAYAAN 4.3.2. PENGALAMAN INDIVIDU LAIN 4.3.3. PUJUKAN MOTIVASI SECARA VERBAL 4.3.4. KEADAAN FISIOLOGI
4.4. PUNCA-PUNCA KETIDAKYAKINAN DIRI
4.5. CARA-CARA MEMBINA KEYAKINAN DIRI
4.6. CIRI-CIRI INDIVIDU YANG MEMPUNYAI
KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI
4.7. KEYAKINAN DIRI DALAM KONTEKS PELAJAR
31
31
32
33 33 33 34 34
34
35
38
39
5.0 MATLAMAT, PERANCANGAN DAN PENGURUSAN DIRI
5.1. MATLAMAT
5.1.1. MATLAMAT (GOAL SETTING) : PENDEKATAN S.M.A.R.T
5.1.2. JENIS MATLAMAT 5.1.3. PRINSIP PEMBENTUKAN MATLAMAT 5.1.4. 9 FAKTA PENTING DALAM MENCAPAI
MATLAMAT ANDA 5.1.5. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI
MATLAMAT
5.2. PERANCANGAN 5.2.1. DEFINISI 5.2.2. JENIS PERANCANGAN 5.2.3. KEPENTINGAN PERANCANGAN 5.2.4. JENIS PERANCANGAN
(VISI. MISI, OBJEKTIF) 5.2.5. LANGKAH-LANGKAH DALAM
PERANCANGAN
5.3. PENGURUSAN DIRI 5.3.1. DEFINISI
43
43 45
49 51 51
53
55 55 55 56 58
61
61 61
6.0 JANGKAAN GURU 6.1. PENGENALAN
6.2. DEFINISI KONSEP
6.3. JANGKAAN GURU 6.3.1. TINDAKAN GURU APABILA JANGKAAN
63
63
63
64 64
III
PRESETASI PELAJAR TELAH DIBUAT
6.4. IMPLIKASI JANGKAAN GURU TERHADAP PRESTASI PELAJAR
6.5. PERBINCANGAN 6.5.1. CIRI-CIRI JANGKAAN YANG DIBUAT GURU
6.6. CADANGAN
6.7. KESIMPULAN
65
66 66
68
69
Rujukan 70
IV
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta
salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya
yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih.
Alhamdulillah, kami mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana
keizinan, rahmat dan hidayat-Nya membolehkan kami menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Husin bin Junoh
selaku subjek Aplikasi Psikologi Pendidikan atas bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberikan.
Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam membantu kami sepanjang tempoh ini, kami juga mengucapkan jutaan
terima kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Allah
SWT.
Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan
kekurangan dalam tugasan kami ini. Segala kekurangan harap dimaafkan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu
datangnya dari kelemahan kami sendiri.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
1
MOTIVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
2.0 PENGENALAN
2.1. DEFINISI DAN PERANAN MOTIVASI
Istilah motivasi berasal dari kata motif bermaksud sebagai
kekuatan yang terdapat dalam individu, yang menyebabkan individu
tersebut bertindak atau melakukannya. Motif dapat dikatakan sebagai daya
penggerak dari dalam dan di dalam subjek untuk melakukan aktiviti-aktiviti
tertentu demi mencapai suatu tujuan (Sardiman, 2007:73). Berawal dari
kata “motif”, maka motivasi adalah sebagai daya penggerak yang telah
menjadi aktif. Motif menjadi aktif pada saat-saat tertentu, terutama bila kita
perlu untuk mencapai tujuan sangat dirasakan atau mendesak. Dengan
demikian, motivasi merupakan dorongan yang terdapat dalam diri
seseorang untuk berusaha mengadakan perubahan tingkah laku yang lebih
baik dalam memenuhi keinginannya. (Hamzah,2007:3).
Menurut Prayitno (1987:75), secara umum motivasi didefinisikan
sebagai serangkaian usaha untuk menyediakan keadaan tertentu,
sehingga seorang itu mahu dan ingin melakukan sesuatu dan bila ia tidak
suka maka akan berusaha untuk meniadikan atau mengelakkan perasaan
tidak suka itu. Motivasi adalah penggerak tingkah laku ke arah suatu tujuan
dengan didasari suatu keinginan (Rusyan,1989:99). Dimyati (1994:75)
menyatakan “bahawa motivasi adalah dorongan mental yang
menggerakkan dan mengarahkan perilaku manusia, termasuk perilaku
belajar”. Dalam motivasi terkandung adanya keinginan, harapan,
keinginan, tujuan, sasaran, dan insentif. Seseorang yang melakukan suatu
kegiatan tanpa adanya motivasi tidak akan mencapai tujuan atau hasil dari
apa yang diinginkannya. Hal serupa juga dikemukakan oleh
(Sardiman,1986:9) ”bahawa motivasi dikatakan sebagai dorongan bagi
seseorang untuk melakukan aktiviti”. Motivasi merupakan dorongan dan
2
kekuatan dalam diri seseorang untuk melakukan tujuan tertentu yang ingin
dicapai.
Dari beberapa pengertian di atas, dapat disimpulkan bahawa
motivasi mempunyai tiga komponen, iaitu:
(i) Kebutuhan, hal ini terjadi bila seseorang individu merasa tidak ada
keseimbangan antara apa yang dimiliki dan yang diharapkan.
(ii) Dorongan, dorongan merupakan kekuatan mental untuk melakukan
perbuatan atau suatu kegiatan tertentu.
(iii) Tujuan, tujuan merupakan hal yang ingin dicapai oleh individu.
Seseorang yang memiliki tujuan tertentu dalam melakukan suatu
pekerjaan, maka ia akan melakukan pekerjaan tersebut dengan teliti dan
penuh semangat, termasuk dalam pencapaian cita-cita yang diinginkan.
Dengan demikian, antara minat dan motivasi mempunyai hubungan yang
erat, kerana motivasi merupakan dorongan atau penggerak bagi seseorang
dalam pencapaian sesuatu yang diinginkan dan berhubungan langsung
dengan sesuatu yang menjadi minatnya.
Motivasi dapat dikatakan sebagai pendukung suatu perbuatan,
sehingga menyebabkan seseorang mempunyai persediaan untuk
melakukan serangkaian kegiatan. Motivasi yang tinggi akan membangkitkan
individu untuk melakukan aktiviti tertentu yang lebih fokus dan lebih intensif
dalam proses perlaksanaan dan sebaliknya, sehingga tinggi rendahnya
motivasi terhadap diri individu mampu membangkitkan keinginan dalam
bertingkah laku atau cepat lambatnya terhadap suatu pekerjaan.
Dari beberapa definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa motivasi
adalah suatu dorongan atau penggerak untuk melakukan sesuatu yang
dapat berasal dari dalam diri individu (intrinsik) maupun yang berasal dari
luar individu (ekstrinsik), iaitu dipengaruhi oleh faktor lingkungan, baik
lingkungan keluarga, atau sahabat yang ditandai dengan sikap (afektif) dan
3
reaksi untuk mencapai tujuan tertentu. Dengan demikian motivsi
berpengaruh terhadap adanya kegiatan.
2.2. FUNGSI MOTIVASI
Menurut Sardiman (2007:85), fungsi motivasi ada tiga, aitu:
(i) Mendorong manusia untuk berbuat, motivasi dalam hal ini
merupakan motor penggerak dari setiap kegiatan yang akan
dikerjakan.
(ii) Menentukan arah perbuatan, iaitu ke arah tujuan yang hendak
dicapai, sehingga motivasi dapat memberikan arah dan kegiatan
yang harus dikerjakan sesuai dengan rumusan tujuannya.
(iii) Merefleksi perbuatan, iaitu menentukan perbuatan-perbuatan apa
yang harus dikerjakanyang serasi untuk mencapai tujuan, dengan
menyisihkan perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat bagi
tujuan tersebut.
Menurut Hamalik (2000:175) ada tiga fungsi motivasi, iaitu:
(i) Mendorong timbulnya kelakuan atau suatu perbuatan, tanpa
motivasi tidak akan timbul perbuatan seperti belajar.
(ii) Sebagai pengarah, maksudnya mengarahkan perbuatan kepada
pencapaian tujuan yang diinginkan.
(iii) Sebagai penggerak, berfungsi sebagai mesin penggerak. Besar
kecilnya motivasi akan menentukan cepat atau lambatnya suatu
pekerjaan.
4
3.0 PROSES PENCAPAIAN
3.1. PENGENALAN
Rajah 1 : Model Hubungan antara Pencapaian Akademik dengan Taraf
Hidup
Pencapaian secara umumnya bermaksud kejayaan atau
kegagalan pelajar bagi satu-satu ujian, peperiksaan dalam sekolah atau
peperiksaan piawai yang direkabentuk, ditadbir, diberi markah dan
diinterpretasikan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut khasnya untuk
penilaian di sesebuah negara. Biasanya pencapaian ini dinyatakan dalam
skor mentah, gred dan pangkat untuk satu-satu subjek ataupun
keseluruhan kursus (Raha, 1991). Kerlinger (1973) menakrifkan
pencapaian akademik secara operasional melalui suatu ujian yang
berasaskan penilaian guru dalam sesuatu ujian.
Banyak kajian yang dibuat mengenai kepentingan pendidikan.
Janaga (2003) mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu keperluan
yang amat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa
hadapan. Pendidikan bukan sahaja dilihat sebagai mempunyai fungsi
sosial dan moral, tetapi juga sebagai satu keperluan ekonomi. Taraf
pendidikan yang tinggi sering dikaitkan dengan pekerjaan, pendapatan,
dan kedudukan sosial yang lebih baik.
5
Pelajar yang memperolehi perhatian daripada guru dan ibu bapa
dijangka mampu memperolehi pencapaian akademik dan konsep kendiri
yang tinggi seterusnya cemerlang dan bermotivasi untuk berjaya, Apabila
rnemperolehi kejayaan dalam hidup, pelajar tersebut dikatakan mempunyai
kehidupan dan taraf hidup yang terjamin.
Pelajar yang kurang mendapat perhatian guru dan ibu bapa hanya
mempunyai pencapaian akademik dan konsep kendiri yang sederhana dan
keadaan ini kurang memberi motivasi kepada mereka untuk berjaya dalam
bidang akademik. Seterusnya masa depan pelajar ini agak kabul'. Pelajar
yang langsung tidak mendapat perhatian dijangka mempunyai pencapaian
akademik dan konsep kendiri yang rendah dan langsung tidak bermotivasi
untuk berjaya. Mereka yang sering diabaikan ini tidak mempunyai matlamat
hidup yanjelas malahmungkin menyumbang kepada gejala-gejala sosial
yang kurang sihat.
Kecemerlangan akademik dikaitkan dengan keputusan
peperiksaan (Hassan,1994). Pendapat ini disokong oleh Hussein
Mahmood dalam Rohayah (2005) yang menyatakan biasanya sesebuah
sekolah atau institusi yang dapat menghasilkan ramai pelajar yang berjaya
dalam peperiksaan dikatakan sekolah atau institusi yang baik dan
cemerlang. Ini adalah kerana peperiksaan adalah merupakan satu cara
untuk mengukur keupayaan dan kemampuan seseorang terhadap sesuatu
yang dipelajari dan kemahiran yang telah ditanamkan.
Untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang pelbagai
perkara perlu diambil perhatian. Faktor-faktor seperti gaya pembelajaran
dan kaedah pengajaran yang diaplikasikan guru merupakan antara faktor
terpenting kejayaan seseorang pelajar itu (Faizal,2004). Ini kerana amalan-
amalan pelajar seperti teknik belajar yang berkesan, persediaan
menghadapi peperiksaan, ketsabilan emosi dan hubungan sosial sesama
manusia memainkan peranan penting sebagai faktor kejayaan mereka.
Kaedah pengajaran yang diamalkan guru juga memainkan peranan penting
dalam meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk belajar.
6
Pelajar-pelajar cemerlang merupakan model kepada pelajar-
pelajar lain. Ini termasuklah cara belajar, pengurusan masa dan pendorong
di sebalik kejayaan mereka. Apabila pelajar yang rendah pencapaian
akademiknya mengetahui strategi dan amalan pembelajaran yang
berkesan diamalkan, ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka
bersama-sama menjadi cemerlang. Salah satu contoh amalan yang dapat
dilihat adalah gaya pembelajaran yang diamalkan. Gaya pembelajaran
yang diamalkan mereka boleh menjadi panduan kepada pelajar-pelajar
lemah. Sebagai contoh, mereka boleh melakukan aktiviti pembelajaran
menggunakan pendekatan yang sama. Selain itu, ia dapat menghapuskan
kekeliruan tentang corak pembelajaran yang sesuai diamalkan agar yang
lemah juga boleh tampil cemerlang.
3.2. TANGGUNGJAWAB MEMBANTU PELAJAR MENCAPAI KEJAYAAN
Heacox (1991) yang berpengalaman dalam berurusan dengan
para pelajar yang menghadapi masalah pencapaian akademik mengatakan
bahawa kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar bergantung kepada
ketiga-tiga pihak iaitu pihak ibu bapa, guru-guru dan para pelajar itu sendiri.
Komitmen para ibu bapa dan guru dalam menyediakan suasana
pembelajaran yang terapeutik akan menjadi salah satu sumber rnotivasi
dan model kejayaan kepada mereka. Sokongan kedua-dua pihak sangat-
sangat diperlukan oleh para pelajar ini untuk menggarap kejayaan, Walau
bagaimanapun kebolehan atau keupayaan pelajar-pelajar itu sendiri, minat,
kemahiran belajar, tabiat belajar dan mahu berusaha serta isu-isu personal
seperti keupayaan individu melengkapkan keperluan asas iaitu bermula
dengan keperluan fisiologi sehinggalah ke tahap keperluan kesempurnaan
kendiri, tidak boleh dipandang ringan kerana perkara-perkara tersebut turut
menyumbang secara langsung kepada peningkatan prestasi akademik
mereka.
Memandangkan ketiga-tiga pihak terlibat dalam menentukan
kejayaan atau kegagalan para pelajar, maka eloklah kiranya ibu bapa,
guru-guru dan para pelajar itu sendiri duduk bersama berbincang dan
7
bekerjasama untuk mengenal pasti punca-punca kelemahan atau
kegagalan, melihat kekurangan yang ada di persekitaran rumah dan
sekolah dan mernbuat perancangan atau pelan tindakan. Pelan tindakan
bertujuan mengatasi kelemahan dan kekurangan yang telah dikenal pasti
supaya apa jua halangan tidak mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran seterusnya,
3.3. PERANAN IBU BAPA
Ibu bapa hendaklah menyediakan persekitaran belajar di rumah
yang membolehkan perkembangan konsep kendiri dan penerimaan kendiri
yang positif berlaku. Apabila kedua-dua faktor ini berkembang ke arah
yang lebih positif maka pencapaian akademik juga turut meningkat (Hart,
1987).
Meraikan kejayaan anak-anak dalam pelajaran dan berbincang
mana-mana aspek yang perlu ditingkatkan akan memberi semangat
kepada anak-anak menempa kejayaan pada masa hadapan. Anak-anak
memerlukan ganjaran, pujian dan insentif yang bersesuaian dengan tahap
umur mereka setiap kali mereka beIjaya di dalam pelajaran mereka.
Tambahan pula, ibu bapa yang prihatin menyediakan satu set
peraturan yang boleh diikuti oleh anak-anak khususnya mengenai jadual
belajar, masa belajar dan tempat belajar yang sesuai. Berkomunikasi
secara positif, berterus terang dan berkesan dengan anak-anak akan
menjadikan mereka merasai bahawa diri mereka dihargai dan idea serta
pandangan mereka dihargai.
lbu bapa juga seharusnya membina semangat anak-anak untuk
berani menerima risiko. Mereka sepatutnya memupuk kepercayaan dalam
anak-anak bahawa melakukan kesilapan adalah salah satu proses
pembelajaran dan banyak manfaat yang boleh diperolehi hasil dari
pembelajaran melalui kesilapan serta keberanian menghadapi risiko (Hart,
1987).
8
3.4. PERANAN PARA GURU
Ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik
darjah, para guru hendaklah memastikan semua pelajar mengambil
bahagian dan diberi peluang untuk berkongsi apa yang mereka tahu
mengenai sesuatu topik itu, Guru-guru hendaklah mengiktiraf kejayaan
setiap individu khususnya apabila mereka menunjukkan kemampuan
mereka dalam pelajaran atau aktiviti pembelajaran.
Dalam merancang kurikulum, guru-guru hendaklah membina satu
set matlamat belajar untuk semua pelajar. Guru-guru juga sepatutnya
memahami apa kehendak pelajar dan mengadakan satu sistem untuk
membantu pelajar berinteraksi dengan dunianya yang realiti. Seandainya
ada pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas, maka
guru-guru hendaklah berjumpa dengan pelajar tersebut secara peribadi,
dan bersemuka untuk membantunya. Secara tidak langsung pelajar
tersebut akan merasai gurunya mengambil berat dengan rnasalahnya dan
ini akan memberinya semangat untuk membantu diri sendiri.
Pandai mempelbagaikan kaedah mengajar dan menyesuaikannya
dengan tahap pencapaian pelajar adalah salah satu ciri-ciri keistimewaan
seorang guru. Setiap pelajar mempunyai kebolehan, pcncapaian,
kecekapan, bakat dan keistimewaan yang berbeza. Oleh sebab itu,
mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil contoh bagaimana
pembelajaran di sekolah ada kaitannya dengan dunia yang realiti, akan
merangsang minat pelajar belajar seterusnya akan rneningkatkan self-
esteem mereka.
3.5. KERJASAMA DI ANTARA IBU BAPA DAN GURU-GURU
Apabila ibu bapa dan para guru menunjukkan sikap yang prihatin
dan mengambil berat terhadap para pelajar, maka pelajar akan menyedari
bahawa masalah mereka bukanlah rnasalah yang unik, terlalu kompleks
atau tidak boleh diselesaikan, bahkan memberi kekuatan supaya mereka
merasa tidak keseorangan atau bersendirian menangani masalah tersebut.
9
Membiarkan mereka menangani masalah ini bersendirian akan
rnenjadikan jiwa mereka memberontak, rasa bosan, merasakan sernua
usaha hanya membuang masa, malas berusaha walaupun untuk diri
scndiri dan memandang remeh dendaan daripada guru-guru kerana tidak
dapat menyiapkan kerja sekolah. Akhimya pcrancangan yang diatur oleh
ibu bapa dan guru-guru akan dilakukan dalam keadaan terpaksa atau
tanpa kerelaan hati. Hal ini bukan sahaja menambahkan lagi kegagalan
mereka bahkan tingkah laku memberontak itu memperlihatkan sikap
mcreka yang tidak berscdia berubah dan tidak mahu bekerjasama. Mereka
akan enggan mempercayai adanya hubungan antara sekolah dan dunia
yang realiti ini. Bagi mereka, kepentingan akademik, dan perkara-perkara
yang berkaitan, seolah-olah tidak diperlukan.
Para ibu bapa dan guru dapat membantu membakar semangat
para pelajar untuk membantu diri mereka menangani masalah
persekolahan dan masalah pribadi mereka, Mereka dapat dibantu dengan
diberi idea-idea dan strategi serta petua-petua menuju kejayaan.
Merekajuga perlukan perhatian yang khas daripada orang yang paling
signifikan dalam kehidupan mereka supaya dapat mengikis perasaan
rendah diri dan rasa tidak boleh berjaya yang bermain-main dalam fikiran
mereka. Apabila perasaan ini telah berjaya diatasi maka mudahlah untuk
memulakan perubahan yang positif khususnya dari segi prestasi akademik
mereka.
Para pelajar yang berprasangka negatif mengenai diri mereka
akan sukar untuk berjaya kerana konsep kendiri mereka yang rendah
berbanding dengan kutuk diri mereka yang terlalu tinggi. Mereka didapati
tidak bermotivasi dan sentiasa mempunyai perasaan yang negatif terhadap
diri sendiri. Di sekolah mereka tidak berminat dan tidak bermotivasi untuk
belajar dan keadaan ini akan menjejaskan pencapaian akademik mereka.
Apabila prestasi akademik mereka semakin merosot, ini akan
mengukuhkan lagi kepercayaan yang mereka memang tidak boleh belajar
dan berjaya.
10
Satu perkara yang perlu difahami oleh ibu bapa dan guru-guru
mengenai perubahan yang ditunjukkan oleh para pelajar ini ialah
perubahan yang bertahap-tahap dan sedikit-sedikit. Ibu bapa dan guru
mesti memberi tumpuan satu bahagian atau satu perkara dalam satu masa
agar pelajar tidak mengalami kejutan dan mereka tahu apa yang harus
dibuat. Para pelajar perlu diberi penerangan dalam sesi perbincangan
mengenai apa matlamat yang hendak dicapai.
Peruntukan masa yang secukupnya juga wajib difikirkan untuk
menjamin matlamat ini boleh tercapai. Jika sekiranya tidak menampakkan
hasil atau perubahan, maka perkara ini perlu dibincangkan bersama pelajar
untuk memulakan strategi baru,
Mengikis perasaan tidak yakin diri dan perasaan tidak boleh
berjaya yang telah sebati dalam diri para pelajar tersebut memerlukan
penuh keazaman, kesabaran dan masa. Semua yang terlibat dikehendaki
meraneang peluang-peluang untuk berjaya dan memastikan semua pelajar
terlibat dalam perancangan agar dapat meningkatkan konsep kendiri yang
lebih positif. Pengalaman-pengalaman berjaya yang dirasai akan
menjadikan mereka lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya.
Pada peringkat permulaan membakar semangat para pelajar,
guru-guru dan ibu bapa hendaklah menyemaikan sifat-sifat orang yang
berjaya agar dicontohi oleh para pelajar. Di bawah ini disenaraikan sifat-
sifat orang yang berjaya menurut Heacox (1991), antaranya:
(i) Orang yang Berjaya Berorientasikan Matlamat
Orang yang berjaya pandai membuat matlamat jangka pendek
dajangka panjang. Matlamat tersebut merangkumi matlamat
peribadi dan matlamat akademik. Mereka juga akan sentiasa
berusaha ke arah mencapai matlamat tersebut.
11
(ii) Berfikiran Positif
Orang yang berjaya sentiasa baik sangka terhadap diri sendiri dan
percaya bahawa dirinya boleh berjaya. Mereka ada pengalaman-
pengalaman kejayaan yang secukupnya dalam hidup dan mereka
pasti boleh meneruskan kejayaan tersebut dengan baik.
(iii)Ada Keyakinan Diri
Orang yang berjaya mempunyai fikiran dan perasaan yang positif
mengenai kebolehan diri sendiri. Mereka bersedia menghadapi
risiko apabila mencuba kaedah atau idea baru.
(iv)Sabar dan Tabah
Orang yang berjaya tidak mudah patah semangat. Mereka tidak
sekali-sekali membenarkan kegagalan (kecil atau besar)
menghampakan diri dan mengganggu perasaan. Sebagai bukti
ketabahan, mereka akan "bangun semula pada setiap kali jatuh".
Walaupun segala usaha tidak banyak menunjukkan hasil, mereka
tetap mendapat faedah dan pengajaran daripada apa yang telah
mereka lakukan.
(v) Ada Disiplin Diri
Orang yang berjaya pandai membahagikan masa antara keutamaan
tugas, kepentingan peribadi, dan kepentingan akademik. Mereka
rnernberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam setiap
kepentingan. Mereka juga berjaya menahan diri dari gangguan yang
menghalang kejayaan mereka.
12
(vi)Bersyukur dan Bangga
Orang yang berjaya berbangga dengan pencapaian yang mereka
peroleh dan bersyukur dengan apa yang telah mereka capai,
Mereka bersyukur dengan apa yang telah mereka lakukan dan
memandang positif mengenai diri sendiri. Apabila perasaan ini
tersemai dalam diri mereka, maka rasa kepuasan dalaman akan
terbina, dan mereka tidak terlalu bergantung kepada faktor luaran
atau orang lain mengatakan "well done" kepada mereka.
(vii) Dapat Melakukan Kerja dengan Cekap dan Mahir
Mereka mempunyai kemahiran-kemahiran dan keperluan untuk
berjaya. Siapa jua merekaatau apa jua bidang yang mereka ceburi,
mereka ada apa yang mereka perlukan untuk berjaya.
(viii) Bersedia Mengambil Risiko
Mereka rela bekerja lebih masa, dan bersedia untuk mencuba
perkara-perkara baru dan tidak menghadkan pengetahuan atau
kebolehan dalam satu-satu bidang sahaja. Mereka yakin dengan
kebolehan mereka mematuhi peraturan dan berani menghadap
cabaran
13
3.6. HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN
PELAJAR
Rajah 2 : Model Hubungan Minat dan Sikap Terhadap Kejayaan Pelajar
Telah banyak kajian berkaitan faktor-faktor mempengaruhi
pencapaian pelajar. Woolfolk (1998) mendefinisikan minat dan usaha
merupakan aspek yang dikatakan telah mempengaruhi kejayaan
pembelajaran seseorang.
Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan pencapaian pelajar
ialah minat, sikap, gaya pembelajaran, kaedah pengajaran dan latar
belakang keluarga. Di samping bahan dan alatan bantuan, aktiviti dan
pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka (Biggs& Moore 1993).
Minat mempunyai kaitan dengan sikap. Apabila seseorang
meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap perkara tersebut.
Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan. Namun,
ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang. Seseorang pelajar
yang berminat dengan mata pelajaran kejuruteraan tetapi malas untuk
membuat kajian dan penerokaan tidak akan berjaya menjadi seorang
Jurutera.
Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Kenworthy
(dalam Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan
wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara
menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti
pembelajaran yang menarik. Hadiah Senin (1997), dalam kajiannya
PENCAPAIAN
CEMERLANG PELAJAR
MINAT
SIKAP
14
mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Sejarah yang dilakukan terhadap 250 orang pelajar
termasuk pelajar Melayu, Cina dan India dari lima buah sekolah di Batu
Pahat Johor mendapati bahawa pelajar-pelajar yang baik pencapaiannya
dalam mata pelajaran Sejarah adalah pelajar yang mempunyai minat
terhadap mata pelajaran tersebut.
Sikap pula wujud bersama manusia sejak dilahirkan. Sikap adalah
nur atau cahaya dan roh yang ada dalam jasad manusia. Menurut Katz
(1960), sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang individu
dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai atau
tidak. Sikap adalah sesuatu yang terhasil daripada perasaan, kepercayaan
atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi.
Adnan (1987) mendapati sikap pelajar terhadap sesuatu subjek
mempunyai hubungan yang penting dengan pencapaian akademik mereka.
Menurut Aminah (2008), dalam kajiannya mendapati bahawa sikap pelajar
Melayu terhadap pembelajaran kurang menggalakkan apabila 73 peratus
tidak suka membuat latihan tambahan, 50 peratus gagal menyelesaikan
kerja rumah dan 48 peratus terlalu bergantung kepada guru (Utusan
Malaysia, 17 Jun 2008).
Abdullah dan Ainon (1997) mendefinisikan sikap sebagai apa yang
kita sukai dan apa yang kita tidak sukai. Sikap menggambarkan kesediaan
untuk melakukan sesuatu. Sikap juga menggambarkan kepercayaan
seseorang berkenaan sesuatu perkara. Menurut Aiken (1976) sikap
merupakan kecenderungan untuk bertindak secara positif atau negative
terhadap objek tertentu, situasi, institusi, konsep atau seseorang. Menurut
Abdul Rahim (2001) pula mendapati bahawa sikap memberi kesan yang
khusus kepada tingkah laku, daya usaha, minat dan kesedaran.
15
3.7. BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG
Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa
menanam cita-cita untuk menjadi yang terbaik. Dibawah menyenaraikan
kaedah bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang. Marilah kita
berkongsi ilmu yang diperolehi untuk membantu kita dalam mengapai cita-
cita. Antara kaedah-kaedahnya ialah:
(i) Belajar Dalam Persekitaran Yang Kondusif
Persekitaran memainkan peranan penting untuk menjadi pelajar
cemerlang. Tempat yang selesa menjadikan proses pembelajaran
juga lebih selesa. Antara ciri-ciri persekitaran belajar yang selesa
ialah:
1. Tenang / damai
2. Sumber tenaga atau lampu yang mencukupi
3. Elakkan daripada gangguan bunyi bising
Misalnya mengulang kaji dalam bilik lampu yang terang, dapat
membantu pelajar mengulang kaji dengan lebih selesa. Selain itu
elakkan perkara- perkara yang mengganggu proses pembelajaran
seperti radio, television dan sebagainya. Para pelajar juga tidak
digalakkan mengulang kaji di atas katil kerana menyebabkan
pelajar tersebut cepat mengantuk.
(ii) Sentiasa Bersedia
Persiapan awal seseorang pelajar dapat dilakukan hanya melalui
cara pembelajaran yang konsisten. Pelajar perlu mengulang kaji
secara konsisten untuk mengelakkan kesukaran menelaah ilmu
pada kemudian hari. Oleh itu pelajar dapat memahami
pelajarannya dengan lebih mudah, tenang serta tanpa sebarang
tekanan apabila mereka mengamalkan teknik belajar secara
konsisten. Cara pembelajaran disaat akhir mestilah dielakkan bagi
16
memudahkan kita mengulangkaji dengan lebih tenang dan tidak
merasa tertekan.
(iii) Menentukan Matlamat
Setiap pelajar hendaklah mempunyai matlamat utama. Fakta
utama yang menjadi asas kea rah mencapai kejayaan ialah
penentuan matlamat. Pelajar perlu mempunyai matlamat tersendiri
dalam merencanakan kejayaan yang diingini. Tanpa matlamat,
kecemerlangan tidak mungkin di kecapi oleh pelajar. Misalnya
kejayaan Nur Amalina yang mencapai 17A dalam peperiksaan
SPM pada tahun 2004. Beliau mempunyai matlamat yang jelas
untuk mencapai kejayaan.
(iv) Sentiasa Melakukan Amalan Kerohanian
Amalan ini merupakan amalan yang dapat menstabilkan emosi.
Amalan ini juga merupakan amalan yang paling berkesan dalam
menstabilkan emosi dan keharmonian jiwa. Oleh itu untuk menjadi
pelajar cemerlang, para pelajar seharusnya melibatkan diri dalam
proses menjernihkan jiwa iaitu dengan melakukan amalan-amalan
kerohanian. Antara amalan kerohanian yang dapat membantu
para pelajar menemui kedamaian jiwa dan kestabilan emosi ialah
melakukan solat hajat, berdoa, solat tahajud dan berzikir. Begitu
juga dengan agama lain yang mempunyai amalan kerohanian
yang tersendiri.
(v) Membuat Nota Ringkas
Untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar perlu membuat nota
ringkas untuk memudahkan proses mengulang kaji apabila tiba
musim peperiksaan. Dengan adanya nota ringkas tersebut, dapat
membantu pelajar menjamin ingatan dan kuasa ingatan seseorang
pelajar dalam masa yang singkat.
17
Tambahkan warna-warna yang menarik dalam nota ringkas
kerana otak lebih mudah mengingat jika mengunakan warna-
warna.
(vi) Mengulangkaji Dengan Menggunakan Kaedah Output
Learning
Kaedah ini melatih otak supaya menggunakan maklumat yang
terkumpul. Kaedah ini dapat dilakukan melalui pembacaan buku
nota, melakar, menyebut perkataan yang difahami dan menjawab
soalan. Kaedah ini sering digunakan oleh para pelajar untuk
mencapai kecemerlangan yang lebih berkesan. Mencari kata kunci
yang mudah diingati oleh pelajar sendiri.
Beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah S.W.T titipkan di
permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-
Quran ialah :
(i) Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah S.W.T dalam ayat yang
sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang
tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal
disebutkan dibawah.
(ii) Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan
mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan
sepenuh hati, bukan sambil lewa.
18
(iii) Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan
perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh
tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda
dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan
seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa
rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk
belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang
berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju,
bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan
dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk
mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran.
InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah S.W.T, jiwa kita
akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita
mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat
pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak
mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak
menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah
diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah
SWT.
19
(iv) Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita
bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-
kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang
termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-
lain. Sharing is caring.
(v) Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap
isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka
(isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang
mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui
batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari
batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi,
misalnya dengan belajar berdua-duan, kemudian pulang ke rumah
berpimpin tangan, Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa
melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta
pada-Nya.
(vi) Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan
janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita
untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah
kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang
kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya
20
kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman
dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan
meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan
pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu
'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
(vii) Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang
pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin,
menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan
produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya
berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu
memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan
seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari
juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang
di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini
untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat
tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT
kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita,
bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi.
Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan
Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan
mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
21
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami,
berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di
akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami,
berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa
yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya."
[2:202]
22
4.0 MOTIVASI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK
4.1. JENIS-JENIS MOTIVASI
Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang.
Dalam pembelajaran, guru perlu tahu sama ada pelajarnya cenderung ke
arah motivasi yang timbul dari dalam ataupun dari luar diri mereka. Ini perlu
supaya guru dapat bertindak dengan sewajarnya bagi memberikan
rangsangan kepada pelajarnya supaya berusaha.Motivasi yang berpunca
dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu
disebut „motivasi intrinsik‟. Motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila
kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran adalah „motivasi ekstrinsik‟.
Di dalam kelas, guru perlu tahu jenis peneguhan yang hendak
diberikan dan sekerap mana ia perlu diberikan. Ada peneguhan yang dapat
diberikan dengan kerap, contohnya pujian sokongan ataupun pujukan.
Menurut Kazdin (1984), peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan
dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar
mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-baiknya
diberikan pujian dan sokongan dengan kerap. Hukuman ataupun deraan
adalah suatu bentuk peneguhan negatif dan ia sebaik-baiknya tidak
diberikan. Hukuman lazimnya digunakan oleh guru bagi menghapuskan
kelakuan pelajar yang tidak baik.Hukuman ini mungkin sebagai kerja
tambahan, kelas tahanan, deraan fizikal dan pelbagai jenis hukuman
lagi.Guru juga menggunakan sindiran, kemarahan dan kritikan bagi
mengawal kelakuan pelajar.Hampir semua jenis hukuman memberikan
kesan buruk kepada pelajar.Oleh itu, peneguhan jenis ini lebih baik
dielakkan.Hukuman boleh diberikan sekiranya jenis hukuman itu
dibenarkan oleh pihak sekolah, Jabatan Pendidikan ataupun Kementerian
Pendidikan.
23
4.2. MOTIVASI INTRINSIK
Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada
rangsangan dalaman.Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi
melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran.
Sebagaimana yang sudah dibincangkan, Bruner (1966) mengaitkan
motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai
kecekapan bagi murid yang baru masuk sekolah.Bagaimanapun, bukan
semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi.Terdapat juga
motivasi intrinsik dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang
membawa kepuasan.Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain
alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada
pembelajaran dan pengalamannya. Harter (1981) mengenal pasti lima
dimensi kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran.
Dimensi-dimensi ini adalah cabaran, insentif bekerja bagi memuaskan
minat dan sifat ingin tahu, percubaan penguasaan yang bebas, penilaian
yang bebas berkenaan apa yang hendak dilakukan di dalam kelas dan
kriteria dalaman untuk kejayaan.
Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan
pekerjaan yang mencabar.Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk
bekerja bagi memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati
guru bagi mendapat gred yang baik.Mereka lebih suka mencuba mengatasi
masalah dengan sendiri daripada bergantung pada bantuan ataupun
bimbingan guru.Mereka juga menerapkan suatu sistem penguasaan
matlamat dan taraf penilaian yang membolehkan mereka membuat
penilaian bebas berkenaan kejayaan ataupun kegagalan mereka di dalam
kelas tanpa bergantung pada guru bagi mendapat maklumat ataupun
penilaian.
Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai
suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri
mereka berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri.
Seseorang itu mengalami motivasi intrinsik yang tinggi sekiranya dapat
melakukan sesuatu yang digemari seperti memandu kereta, melawat
24
tempat-tempat yang disukai, memilih tempat penginapan dan memilih
makanan yang diidamkan.Sekiranya dia diberikan hadiah seperti lawatan
ke tempat-tempat yang ditentukan oleh badan penganjur, tempat
penginapan dan jenis makanan juga ditentukan oleh pihak itu, dia tidak
mendapat peluang hendak menentukan segala-galanya sendiri.Oleh itu,
motivasi intrinsiknya menjadi terlalu rendah.
Guru yang mahu meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam
bidang akademik perlu mewujudkan suasana akademik yang memberi
peluang kepada pelajar mengawal.Guru juga perlu menentukan pelajar itu
dapat melakukannya dengan cemerlang dalam keadaan itu.Walau
bagaimanapun, perlu ditentukan terlebih dahulu yang pelajar itu
mempunyai persepsi yang diri mereka berkebolehan. Sekiranya mereka
tidak mempunyai persepsi seperti itu, peluang-peluang yang diberikan bagi
mengawal tidak akan digunakan dengan sempurna.
4.2.1. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi Intrinsik
(i) Persepsi Kebolehan
Seseorang itu membentuk kebolehan yang dipersepsi daripada
penilaian berkenaan kebolehannya oleh orang lain. Kebolehan yang
dipersepsi daripada penilaian berkenaan kebolehannya yang
sebenar.Semakin tinggi pencapaian seseorang pelajar, semakin
besar kemungkinan pelajar itu menilai dirinya sebagai
berkebolehan.Kebolehan yang dipersepsi ini mempengaruhi
bagaimana pelajar itu rasa berkenaan dirinya.Pelajar yang
mempunyai kebolehan yang dipersepsi yang tinggi kemungkinan
besar mempunyai keyakinan diri sendiri.Pelajar ini sukakan cabaran,
mempunyai sifat ingin tahu dan bertindak bebas bagi mencapai
kemahiran.
25
(ii) Persepsi kawalan
Kajian yang dijalankan oleh Harter (1981), Nicholls (1984) dan
Weiner (1984) menunjukkan, pelajar menyatakan kejayaan dan
kegagalan mereka di sekolah disebabkan oleh punca-punca
dalaman yang dapat dikawal seperti usaha sendiri dan berupaya
berusaha dalam keadaan sebenar.
(iii) Perasaan dalam pembelajaran
Perasaan merangkumi sikap, nilai, minat dan pilihan yang
ditunjukkan oleh individu pada sesuatu benda, perkara ataupun
orang.Di sekolah, perasaan yang ditunjukkan oleh pelajar berkait
dengan mata pelajaran yang dipelajari, guru dan sekolah.Seseorang
pelajar mungkin mempunyai perasaan positif pada sesuatu mata
pelajaran. Dia lebih sukakan mata pelajaran ini daripada mata
pelajaran lain. Dia akan berusaha dengan giat bagi mendapatkan
gred yang tinggi bagi mata pelajaran ini. Gred yang baik akan
meyakinkannya yang dia benar-benar berkebolehan dalam bidang
itu. Di sini, dapat dikatakan bahawa perasaan pelajar pada sesuatu
mata pelajaran mempengaruhi pencapaiannya dan pencapaian ini
mempengaruhi motivasinya.
Kelakuan dan tugasan individu dipengaruhi oleh kebolehan dan
caranya mengawal keadaan.Konsep kendiri positif memberi
keyakinan kepada individu yang dia mampu melakukan sesuatu
tugasan.Selain itu, individu dapat menentukan sendiri tugasannya.
Dia akan melibatkan diri dalam tugasan itu dan juga matlamat yang
mendatangkan kejayaan kepadanya. Individu hanya akan
mempunyai konsep kendiri yang dia berkebolehan dan dapat
mengawal usahanya sekiranya dia mempunyai motivasi intrinsik
untuk berusaha tinggi. Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan
bagi membantu pelajar dalam mempertingkatkan motivasi intrinsik
mereka. Ramalan keadaan Rothaum, Weisz dan Synder (1982)
26
berpendapat, cara bagi memper-tingkatkan persepsi diri pelajar
pada kebolehan dan kawalan usaha adalah dengan mewujudkan
keadaan yang dapat diramalkan bagi membolehkan mereka belajar.
Tingkah laku produktif wujud sekiranya keadaan dapat
diramal.Bandura (1986) pula mengatakan, individu mengalami
ketegangan sekiranya dia bekerja dalam suasana yang dia tidak
dapat mengawalnya dan dia tidak mempunyai kebolehan.Ini
mendatangkan dua implikasi.Pertama, dia mungkin menarik diri iaitu
tidak melakukan tugasannya. Kedua, dia mungkin menjadi terlalu
bergantung pada orang lain dalam melakukan tugasannya. Guru
dapat memainkan peranan dalam mengurangkan ataupun
menangani ketegangan ini. Contohnya, dengan menganjurkan
program orientasi kepada pelajar baru.Ini dapat mendedahkan
mereka kepada situasi baru di sekolah itu.
Minat intrinsik dalam pelajaran dapat dikekalkan dengan memberi
tugasan yang seimbang.Tugasan itu perlu seimbang iaitu ada
soalan yang mudah dan ada soalan yang sukar.Yang penting,
persepsi diri pelajar tidak terjejas.Pelajar perlu melahirkan
kebolehan yang baru bagi mengekalkan motivasi intrinsik.
(iv) Bantuan pengajaran
Faktor yang dapat meningkatkan konsep kendiri pelajar berkenaan
kebolehannya adalah kejayaan dalam sesuatu tugasan.Biasanya
pelajar memerlukan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan
yang sukar. Guru biasanya memberitahu pelajar prosedur bagi
menyelesaikan tugasannya. Guru jarang memberi peluang kepada
pelajar memikirkan cara tersendiri bagi memperoleh kejayaan dalam
tugasannya. Guru sebaik-baiknya mendedahkan pelajar kepada
kemahiran membuat keputusan sendiri.Biarkan pelajar membuat
keputusan sendiri tetapi dengan bimbingan guru.Ini dapat
meningkatkan motivasi intrinsik pelajar. Cara lain yang dapat
27
dilakukan adalah dengan memberi bantuan pengajaran kepada
mereka. Ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara:
a) Menunjukkan contoh
Guru perlu menunjukkan contoh berkenaan apa yang pelajar
perlu lakukan. Ini lebih baik daripada memberitahu pelajar
berkenaan apa yang mereka perlu buat. Ini membolehkan pelajar
menghayati sifat-sifat yang terdapat dalam contoh itu.Dalam
keadaan ini, guru memberi peluang kepada pelajar supaya
berfikir, mengawal usaha dan menentukan bagaimana serta
sejauh mana pelajar bergantung pada contoh-contoh yang diberi.
b) Pembahagian tugas
Strategi ini membolehkan guru memberi tugasan yang mencabar
kepada pelajar.Tugasan dapat dibahagi kepada bahagian-
bahagian kecil dan setiap bahagian dilakukan oleh beberapa
orang pelajar. Contohnya, sebelum guru meminta pelajar
mengarang sebuah esei, guru akan meminta pelajar
menyediakan rangka esei. Guru terlebih dahulu membahagikan
pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan
diberi tugasan kecil seperti bahagian pengenalan, isi-isi penting
dan penutup. Perbincangan diadakan sebelum setiap pelajar
mengarang esei itu secara individu.
c) Berkongsi tugasan
Pendekatan ini hampir sama dengan pendekatan pembahagian
tugasan. Kedua-dua pendekatan ini memerlukan tugasan
dibahagi-kan kepada tajuk-tajuk ataupun bahagian-bahagian
yang lebih kecil.Contohnya, dalam aktiviti menghasilkan
dokumen berkenaan sejarah Malaysia.Tajuk ini dapat
dipecahkan kepada beberapa contoh kecil dan kumpulan kecil
28
pelajar hanya perlu membuat satu tajuk kecil.Kemudian,
maklumat tajuk-tajuk kecil ini digabungkan bagi menghasilkan
satu dokumen yang lengkap.
4.3. MOTIVASI EKSTRINSIK
Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan
tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang
membawa faedah kepadanya.Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang
dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk
suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorongkan pelajar
belajar. Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang
pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar
itu meningkat. Peneguhan adalah suatu motivasi ekstrinsik yang boleh
memberi kesan kepada tingkahlaku seseorang pelajar.
4.3.1. Peneguhan
Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan
sesuatu perlakuan itu diulangi.Menurut Rachlin (1991), peneguhan
diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendakindividu;
keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang
otak.Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu
peneguhan positif danpeneguhan negatif.
(i) Peneguhan Positif
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah
perlakuan itu ditunjukkan,yang menyebabkan perlakuan itu
diulangi atau diperkuatkan lagi.Dalam bilik darjah,peneguhan
positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam
aktivitipengajaran dan pembelajaran.Contoh-contoh peneguhan
29
positif yang boleh diberikandalam bilik darjah ialah seperti
memberikan kata-kata pujian selepas pelajar
melakukansesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan
senyuman, menepuk bahu pelajar,memberi hadiah dan
sebagainya.
Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong
pelajar menghasilkan kerjayang bermutu tinggi.Peneguhan
yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik.Hanyatingkah
laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan.Guru
juga mestilah ikhlasketika memberi peneguhan. Menurut
Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif)yang memberi
kesan ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat,
(c)memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya,
(e) memuji tingkah laku yangspesifik dan (f) memuji jawapan
atau respons yang spontan.
(ii) Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak
selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu
tingkah laku ditunjukkan.Contohnya, seorang bapa memarahi
anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan
oleh guru.Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si
anak menyiapkan kerja sekolah tersebut.Tindakan anak
(membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan
yang tidak diingini (leteran bapa).Segala hal yang tidak
menyenangkan secara potensi dapat menjadi pengukuh
negatif.
30
4.4. KAITAN ANTARA MOTIVASI INTRINSIK DAN MOTIVASI EKSTRINSIK
Setiap manusia dapat dimotivasikan secara intrinsik ataupun
ekstrinsik.Individu yang bermotivasi intrinsik mempunyai dorongan
dalaman.Mereka melakukan sesuatu atas kesedaran diri sendiri. Mereka
tidak memerlukan unsur-unsur luar seperti orang lain ataupun peristiwa
luar bagi menggiatkan mereka mencapai sesuatu matlamat. Mereka sendiri
menentukan objektif dan seterusnya mencapai objektif itu.
Deci dan Ryan (1985) berpendapat, manusia akan bermotivasi
intrinsik apabila mereka mempunyai persepsi ataupun konsep kendiri yang
mereka berkebolehan dan mampu membuat keputusan sendiri.
Sebaliknya, orang yang bermotivasi ekstrinsik tidak yakin mereka
berkebolehan ataupun mampu membuat keputusan. Mereka bergantung
pada orang lain dalam membuat keputusan dan melaksanakan tugasan
mereka. Kadang-kadang mereka bekerjasama dengan orang lain yang
lebih berkebolehan bagi mendapatkan kebaikan.
Seseorang yang tidak mempunyai motivasi intrinsik perlu diberi
motivasi ekstrinsik agar lamakelamaan motivasi intrinsik akan terbina
dalam dirinya dan seseorang yang telah mempunyai motivasi intrinsik perlu
juga diberi motivasi ekstrinsik agar motivasi intrinsik yang ada terus
berkekalan dalam dirinya. Manusia biasanya tidak akan berada pada satu
jenis motivasi sahaja. Kadang kala, individu bermotivasi intrinsik dan
kadang kala bermotivasi ekstrinsik.Ini bergantung pada situasi dan
keperluan individu.
31
5.0 KEYAKINAN DIRI
5.1. DEFINISI KEYAKINAN DIRI
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-empat, keyakinan bermaksud
kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Manakala keyakinan diri pula ialah
kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan
baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya
Menurut definisi psikologi pula, keyakinan diri adalah himpunan
kepercayaan atau bagaimana kita melihat diri kita sendiri. Kepercayaan
dan juga bagaimana kita melihat diri sendiri pula dipengaruhi oleh motivasi,
sikap dan tingkah laku seseorang.
Ahli psikologi bernama Shauger mendefinisikan keyakinan diri ini
sebagai anggapan seseorang tentang kompetensi dan keterampilan yang
dimiliki serta kesanggupan untuk menangani berbagai macam situasi .
Menurut Bandura 1986 pula, mengatakan keyakinan diri adalah
merupakan persepsi tentang kemampuan individu untuk mengorganisasi
dan mengimplementasi tindakan untuk menterjemahkan sesuatu.
Manakala Pervin 1994 mendifinisikan keyakinan diri sebagai
kemampuan yang dimiliki untuk membentuk perilaku yang relevan pada
tugas atau situasi yang khusus.
Oleh itu,dapat disimpulkan bahawa keyakinan diri adalah perasaan
individu mengenai kemampuan dirinya untuk membentuk perilaku yang
relevan dalam situasi-situasi khusus yang mungkin tidak dapat diramalkan
dan mungkin menimbulkan stres.
32
5.2. KEPENTINGAN MEMBINA KEYAKINAN DIRI
Kebolehan mengatasi segala halangan dalam hidup untuk
mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri. Ini bermakna
lebih yakin seseorang itu terhadap dirinya maka lebih terbukalah kejayaan
untuknya. Menurut Luxori (Percaya Diri, 2005) menyatakan keyakinan diri
dapat mempengaruhi individu seperti berikut:-
(i) Akan bermotivasi untuk melakukan sesuatu sehingga
terpengaruh dalam tingkah laku
(ii) Mampu mengambil keputusan dan menentukan pilihan yang
tepat, efisyen dan efektif.
(iii) Membuat individu menjadi lebih mampu dan motivasi untuk
mengembangkan dan memperbaiki diri serta melakukan
berbagai inovasi sebagai lanjutannya.
Seterusnya, Burns pula mengatakan dengan kepercayaan diri yang
cukup, seseorang individu akan dapat mengaktualisasikan potensi yang
dimilikinya dengan yakin dan mantap. Secara jelas tokoh ini menyatakan
bahawa kepercayaan yang tinggi amat beperanan kepada memberikan
sumbangan dalam hidup seseorang, kerana apabila individu percaya
dirinya mampu untuk melakukan sesuatu, maka akan timbul motivasi untuk
individu tersebut melakukan dengan jayanya.
Ahli psikologi bernama Emma Young telah membuktikan bahawa
keyakinan diri menyumbang ke arah kejayaan. Kajian beliau pada tahun
2001 terhadap pasukan ragbi Australia yang telah banyak memenangi
kejohanan ragbi dunia sejak tahun 1975 telah menunjukkan bahawa setiap
pemain Australia atau yang pernah menerima latihan ragbi di Australia
mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat tinggi dan yakin untuk
menang di setiap perlawanan hasil daripada latihan yang intensif,
berterusan dan sistematik. Maka tidak hairanlah pasukan Australia terus
mendominasi sukan di peringkat dunia sehingga ke hari ini.
33
5.3. SUMBER- SUMBER MEMBINA KEYAKINAN DIRI
5.3.1. Pengalaman kejayaan
Pengalaman kejayaan adalah sumber yang paling besar
pengaruhnya terhadap keyakinan diri individu yang mana
menyebabkan keyakinan diri individu meningkat, sementara
kegagalan yang berulang akan mengakibatkan menurunnya
keyakinan diri, khususnya jika kegagalan terjadi ketika keyakinan
diri individu belum benar-benar terbentuk secara kuat.
5.3.2. Pengalaman individu lain
Individu tidak hanya bergantung pada pengalaman
kegagalan dan kejayaan sendirinya sahaja sebagai sumber
keyakinan diri. Keyakinan diri juga dipengaruhi oleh pengalaman
individu lain. Pengamatan individu akan kejayaan individu lain
dalam bidang tertentu akan meningkatkan keyakinan diri individu
tersebut pada bidang yang sama. Individu melakukan pujukan
terhadap dirinya dengan mengatakan jika individu lain dapat
melakukannya dengan berjaya, maka dirinya juga memiliki
kemampuan untuk melakukannya dengan baik.
Manakala, pengamatan individu terhadap kegagalan yang
dialami individu lain walaupun telah melakukan banyak usaha akan
menurunkan penilaian dirinya terhadap kemampuan sendiri dan
seterusnya mengurangkan usahanya untuk mencapai kejayaan.
Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keyakinan diri
individu mudah dipengaruhi oleh pengalaman individu lain, iaitu
kurangnya pemahaman individu tersebut tentang kemampuan
orang lain dan kurangnya pemahaman individu akan kemampuan
dirinya sendiri.
34
5.3.3. Pujukan/Motivasi secara verbal
Motivasi secara verbal boleh digunakan untuk meyakinkan
individu bahawa dirinya memiliki kemampuan tersendiri yang
membolehkan individu tersebut meraih apa yang diinginkan.
5.3.4. Keadaan fisiologi.
Penilaian individu akan kemampuannya dalam
melaksanakan sesuatu tugas sebahagiannya dipengaruhi oleh
keadaan fisiologi. Emosi dan keadaan fisiologi yang dialami oleh
seseorang individu memberikan suatu isyarat sehingga situasi
yang menekan cenderung dihindari. Contohnya, informasi dari
keadaan fizik seperti jantung berdebar, keringat dingin, dan
gemetar menjadi isyarat bagi individu bahawa situasi yang
dihadapinya berada di atas kemampuannya.
5.4. PUNCA-PUNCA KETIDAKYAKINAN DIRI
Terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada kurangnya
keyakinan individu terhadap dirinya sendiri, antaranya ialah:-
(i) Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup atau hala tuju
yang tidak menentu / tidak jelas
(ii) Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
(iii) Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
(iv) Kurang kemahiran dan persediaan
(v) Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau
dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
(vi) Kemiskinan akibat kurangnya idea serta Sains Kejayaan Hidup
(vii) Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas
35
Ciri-ciri orang yang mempunyai keyakinan diri yang rendah boleh dilihat
dari petanda-petanda yang ditunjukkan oleh individu itu sendiri,
contohnya:-
(i) Kurang senyum
(ii) Risau dan kelihatan risau
(iii) Gugup dan kelihatan gugup
(iv) Kurang berinteraksi
(v) Malas bekerja atau berusaha
(vi) Bersikap sambil lewa dan kelihatan selekeh
(vii) Suka meminta-minta
(viii) Mudah putus asa
(ix) Suka gossip dan mengumpat
(x) Defensif dan cepat marah
(xi) Mudah atau suka berbohong
5.5. CARA-CARA MEMBINA KEYAKINAN DIRI.
Keyakinan diri adalah bukan suatu yang diperolehi sejak dari lahir,
tetapi ianya hendaklah dibentuk secara beperingkat melalui pengalaman
kehidupan. Terdapat beberapa cara untuk membina keyakinan diri,
antaranya ialah:-
(i) Kenali diri sendiri.
Perhatikan kekuatan dan juga kelemahanan diri. Buang mana-mana
sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari semasa ke semasa.
36
Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita
amat lemah.
(ii) Terima diri kita seadanya tanpa syarat.
Jangan membandingkan diri dengan orang lain. Terima diri sendiri
walau apa pun. Perkara yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian
atau rupa paras hendaklah diterima dan menyayanginya. Aspek
penampilan diri boleh diubah misalnya dalam berpakaian, cara
komunikasi yang menyakinkan, kegemukan badan dan cara bersosial.
Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini tidak mempunyai segala-
galanya. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tetapi kebanyakannya memandang diri sendiri dari perspektif yang
negatif.
(iii) Amalkan bual diri yang positif.
Menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung
banyaknya.Contohnya dengan selalu mengatakan " Aku mesti
melakukan, aku mampu untuk lakukannya".
(iv) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang Berjaya.
Belajar bagaimana rakan-rakan boleh berjaya dari aspek
perancangan, azam, kegigihan, cara pergaulannya dan apa sahaja
yang boleh dijadikan panduan membina kayakinan diri. Hindarkan diri
dari orang yang boleh menghancurkan dan menyebarkan racun
minda.
37
(v) Iktiraf
Akui dan hargai setiap kajayaan yang telah diciptakan walaupun
sekecil mana pun. Hadiahkan diri sendiri apabila mencapai kejayaan
misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri
seadanya, belanja makan pada diri, beli hadiah walaupun kecil pada
diri sendiri. Yang lebih baik ialah raikan kejayaan diri bersama ahli
keluarga dan rakan taulan.
(vi) Imbas kembali semua kejayaan.
Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran untuk
memasukkan emosi pengalaman manis sewaktu berjaya. Tambahkan
dengan gambaran mental kejayaan yang diinginkan pada masa
hadapan dengan merasakan seolah-olah kejayaan tersebut telahpun
dicapai. Rasakan kegembiraan dan keseronokan tersebut dalam
mengiktiraf akan kemampuan dan kebolehan diri. Ulang dan ulang
sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah
sedar untuk dibina satu kepercayaan dan tanggapan yang positif bagi
diri untuk sentiasa berada di puncak. Elakkan diri daripada hanya
mementingkan kesempurnaan. Keyakinan tumbuh secara beransur-
ansur, oleh itu lakukan perkara yang ingin dilakukan. Dalam proses
tersebut memang ada kekurangan namun, hendaklah terus
melakukannya dan menilai semula amalan sehingga mencapai
kesempurnaan yang diharapkan.
(vii) Perbaiki kemahiran komunikasi.
Belajar dan selalu mengamalkan komunikasi secara efektif .
Berperanan menjadi pendengar yang baik dan keluarkan pendapat
apabila diberi peluang. Selalu mencuba kebolehan komunikasi dalam
mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai.Bertindaklah
dengan keyakinan. Senyum dan bertentang semasa berkomunikasi.
38
(viii) Belajar kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan
matlamat.
Setiap perkara berkaitan memerlukan ilmu untuk dilakukan dengan
yakin. Ilmu dan amalan secara istiqamah mengenai perkara
berkenaan akan dapat membina keyakinan diri.
(ix) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas.
Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk
dicapai. Dengan adanya matlamat ianya dapat menguji dan membina
keyakinan diri .
(x) Tabahkan diri
Anggap diri tidak pernah gagal cuma sebenarnya yang kurang adalah
hasil kepada usaha yang telah dilakukan. Sepertimana kata Thomas
Edison yang mencuba beribu-ribu kali dalam kajiannya menyatakan
bahawa "Saya tidak gagal tetapi saya telah menemui cara yang salah
untuk mencipta mentol ".
5.6. CIRI-CIRI INDIVIDU YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI YANG
TINGGI
Fatimah, seorang ahli psikologi Indonesia di dalam bukunya
bertajuk Psikologi Perkembangan (2006) menggariskan ciri-ciri individu
yang berkeyakinan tinggi adalah seperti berikut:
(i) Percaya akan kemampuan atau kebolehan diri, hingga tidak
memerlukan pujian atau penerimaan orang lain.
39
(ii) Tidak terdorong untuk menunjukkan sikap hipokrit demi diterima
oleh orang lain atau masyarakat.
(iii) Berani menerima dan menghadapi kritikan orang lain, berani
menjadi diri sendiri.
(iv) Mempunyai pengurusan diri yang baik dan emosi yang stabil.
(v) Mempunyai internal locus of control (memandang hasil atau
kegagalan, bergantung kepada usaha sendiri dan tidak mudah
menyerah kepada nasib).
(vi) Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri, orang lain
dan keadaan persekitaraan.
5.7. KEYAKINAN DIRI DALAM KONTEKS PELAJAR
Dalam persekitaran pelajar, masalah keyakinan diri selalunya
wujud terutamanya di dalam bilik darjah. Masalah ini sedikit sebanyak
mempengaruhi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mana akan
menyebabkan tiada respon pelajar semasa P&P dan menyebabkan
suasana pembelajaran akan menjadi pasif. Terdapat beberapa indikator
yang menunjukkan pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri, antaranya
ialah :-
(i) Tidak mahu mencuba perkara baru
Seorang pelajar atau kanak-kanak yang tidak mempunyai keyakinan
diri yang tinggi tidak berani mencuba perkara baru. Perkataan-
perkataan "Saya bodoh", "saya tidak boleh pandai sampai bila-bila
pun" atau `peduli apa, tak ada orang yang pedulikan aku,' adalah
antara perkataan-perkataan yang sering diucapkan oleh pelajar
yang rendah keyakinan diri.
40
(ii) Mudah mengalah
Pelajar yang berkeyakinan diri rendah mudah mengaku kalah dan
sering berharap orang lain atau guru akan membantu
menyelesaikan masalah mereka.
(iii)Bersikap pesimis
Sentiasa melihat sesuatu perkara dalam aspek yang negatif atau
pesimis adalah juga ciri yang dimiliki oleh pelajar yang tidak yakin
dengan diri sendiri. Pelajar ini lebih suka memikirkan apa akan jadi
sekiranya mereka gagal dalam peperiksaan daripada memikirkan
kebahagiaan yang akan mereka kecapi sekiranya mereka berjaya.
(iv)Tidak suka bergaul
Pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri jelas dapat dilihat
daripada cara mereka bergaul. Mereka kurang berinteraksi dengan
orang lain dan tidak suka aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang
ramai. Aktiviti-aktiviti berkumpulan sangat tidak digemari dan
sangat takut menghadapi cabaran-cabaran baru.
Oleh itu, ibu bapa dan guru seharusnya memainkan peranan
penting dalam membantu pelajar membina keyakinan diri. Perkara
pertama dan penting diingati ialah berhati-hati dengan apa yang
diucapkan terutamanya terhadap kanak-kanak yang sedang membesar.
Seperti yang disebutkan di atas, keyakinan diri seseorang
terbentuk berdasarkan pengalaman-pengalaman yang pernah
dilaluinya.Kanak-kanak sebenarnya sangat sensitif dengan kata-kata
orang yang dekat padanya terutama ibu bapa dan guru-guru.
41
Bagi membina keyakinan diri pada pelajar ini, hendaklah sentiasa
bukan sahaja memuji hasil atau kerja-kerja baik yang dilakukannya, tetapi
juga usaha yang telah dilakukannya. Sebagai contoh, jika seseorang
pelajar itu tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan di
sekolah, tidak seharusnya berkata: "Awak perlu berusaha dengan lebih
keras. Pasti berjaya." Sebaliknya apa yang perlu dikatakan ialah
"Walaupun awak tidak berjaya kali ini, saya bangga kerana awak telah
menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh."
Kesimpulannya, apa yang penting ialah seharusnya sentiasa lebih
menghargai usaha yang dilakukan daripada hanya melihat hasilnya.
Untuk membentuk keyakinan diri pelajar, ibu bapa atau guru juga
perlu menjadi contoh terbaik. Usaha untuk menggalakkan pelajar
berfikiran positif sia-sia jika guru sendiri tidak yakin pelajarnya akan lulus
cemerlang dan berjaya.
Persepsi-persepsi salah yang menjadi kepercayaan pelajar
hendaklah diperbetulkan sebelum akhirnya akan meruntuhkan keyakinan
diri mereka. Contohnya, jika ada pelajar yang mengatakan dia tidak
pandai Matematik dan justeru mengatakandia bukan pelajar yang baik,
adalah salah dan harus diperbetulkan. Pemikiran dan kepercayaan ini
akan terus menerus membatasi dirinya untuk berjaya dan menjadi lemah
semangat. Generalisasi salah ini akan membuatkannya putus harap
terhadap kelebihannya yang lain. Pujuk pelajar tersebut dengan
menyakinkan dia bahawa dia seorang pelajar yang baik dan apa yang
perlu dilakukan ialah memberikan lebih masa sedikit dalam subjek
Matematik dan bersama-sama untuk membantunya menyelesaikan
masalah tersebut.
Sentiasa memuji mereka dengan kata-kata yang
memberangsangkan. Lakukan dengan penuh spontan seperti sentiasa
memeluk dan mengatakan perasaan bangga dengan mereka.Tetapi,
anda perlu melakukannya dengan penuh ikhlas kerana kanak-kanak
sangat sensitif dan tahu sama ada sesuatu perkara itu dilakukan dengan
ikhlas atau tidak.
42
Sebenarnya, keyakinan diri pada seseorang itu bermula seawal
usia bayi. Jika diperhatikan, usaha bayi untuk menyuapkan makanan ke
mulutnya adalah pengalaman berguna kepada bayi ini mengenai sikap
mencuba dan terus mencuba.
Konsep mencuba, gagal, mencuba, gagal dan mencuba sehingga
akhirnya berjaya sebenarnya membina kepercayaan kepada bayi itu
mengenai kebolehannya.
Sikap dan pelbagai pengalaman lain yang dibawa bersama-sama
dengan proses pembesaran inilah yang membentuk keyakinan diri pada
seseorang.
"Apabila sesuatu bangsa tidak mempunyai kepercayaan kepada diri
sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal dalam kehinaan."
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
43
6.0 MATLAMAT, PERANCANGAN DAN PENGURUSAN DIRI
6.1. MATLAMAT
Apa maksud matlamat?
Matlamat secara ringkasnya bermaksud sesuatu yang ingin anda
capai. Selalunya, ia akan melibatkan penggunaan masa dan usaha yang
bersungguh-sungguh. Sebenarnya, anda menggunakan matlamat setiap
hari. Contohnya, anda ingin pergi ke kedai untuk membeli gula. Jadi, gula
itu adalah matlamat anda pergi ke kedai. Anda hendak pergi ke padang
untuk bermain bola. Jadi bermain bola adalah matlamat anda pergi ke
padang. Senang bukan?
Contoh di atas itu adalah contoh matlamat yang mudah. Anda tidak
perlu berfikir panjang untuk menetapkan matlamat tersebut. Anda juga
tidak perlu bersusah payah untuk mencapai matlamat anda. Jika matlamat
anda adalah membeli gula di kedai, anda cuma perlu pergi ke kedai, beli
gula dan pulang ke rumah. Mudah sahaja matlamat itu terlaksana.
Bagaimana jika anda ubah sedikit matlamat anda di atas. Katakan,
anda ingin pergi ke kedai, beli gula dan pulang ke rumah dalam masa 10
minit. Selalunya anda perlu mengambil masa selama 20 minit. Tentu
matlamat ini akan jadi lebih mencabar bukan? Apa yang perlu anda
lakukan untuk mencapai matlamat baru ini?
Jelas sekali, anda tentu perlu fikirkan berapa lama masa yang
anda boleh jimatkan dalam perjalanan. Kalau selama ini anda berjalan,
perlukah anda berlari? Anda juga perlu fikirkan tentang menjimatkan masa
semasa membeli gula itu. Kalau selama ini anda suka meronda-ronda,
berjalan-jalan dan membuang masa memerhatikan barang-barang yang
anda tidak perlukan, perlukah anda hentikan semua itu dan terus dapatkan
gula apabila anda sampai?
44
Semua persoalan baru yang timbul ini adalah disebabkan anda
mempunyai matlamat yang lebih jelas dan lebih menarik. Matlamat ini
semua memerlukan anda untuk berfikir dengan lebih kreatif. Anda juga
perlu bersedia untuk membuat perubahan dan sanggup berusaha dengan
lebih bersungguh-sungguh.
Penentuan matlamat yang baik menggabungan kriteria SMART
matlamat adalah : spesifik, boleh diukur, tepat, realistik dan tepat pada
masa.
LETTER MAJOR TERM MINOR TERMS
S SPECIFIC KHUSUS Significant, Stretching,
Simple
M MEASURABLE DIUKUR Meaningful, Motivational,
Manageable
A ATTAINABLE DICAPAI Appropriate, Achievable,
Agreed, Assignable,
Actionable, Adjustable,
Ambitious, Aligned,
Aspirational, Acceptable,
Action-focused
R RELEVANT RELEVAN Result-Based, Results-
oriented, Resourced,
Resonant, Realistic
T TIMELY TEPAT
PADA
MASANYA
Time-oriented, Time
framed, Timed, Time-
based,Timeboxed, Time-
bound, Time-Specific,
Timetabled, Time limited,
Trackable, Tangible
JADUAL 1 : S.M.A.R.T. Goals
45
6.1.1. Matlamat (Goal setting) : Pendekatan S.M.A.R.T.
LETTER MAJOR TERM MINOR TERMS
S SPECIFIC KHUSUS Significant, Stretching,
Simple
Matlamat adalah jelas dan tidak samar; tanpa ragam dan
platitudes. Untuk membuat matlamat tertentu, mereka mesti
memberitahu tepat apa yang dijangka, mengapa ia penting, siapa
yang terlibat, di mana ia akan berlaku dan sifat-sifat yang penting.
Matlamat khusus biasanya akan menjawab lima soalan "W":
a) Apa: Apa yang saya mahu capai?
b) Mengapa: Khusus sebab, tujuan atau manfaat mencapai
matlamat.
c) Siapa: Siapa yang terlibat?
d) Di mana: Kenal pasti lokasi.
LETTER MAJOR TERM MINOR TERMS
M MEASURABLE DIUKUR Meaningful,
Motivational,
Manageable
Istilah kedua menekankan keperluan bagi kriteria konkrit
untuk mengukur kemajuan ke arah pencapaian matlamat. Pemikiran
di sebalik ini adalah bahawa jika matlamat tidak boleh diukur, ia tidak
mungkin untuk mengetahui sama ada membuat kemajuan ke arah
kejayaan. Kemajuan Mengukur sepatutnya untuk membantu sentiasa
46
berada pada landasan yang betul, mendekati tarikh sasaran, dan
mengalami kegembiraan pencapaian yang mendorong kepada
usaha yang berterusan yang diperlukan untuk mencapai matlamat
akhir.
Matlamat diukur biasanya akan menjawab soalan-soalan seperti:
a) Berapa banyak?
b) Berapa ramai?
c) Bagaimana saya akan tahu apabila ia dicapai?
LETTER MAJOR TERM MINOR TERMS
A ATTAINABLE DICAPAI Appropriate,
Achievable,
Agreed,
Assignable,
Actionable,
Adjustable,
Ambitious, Aligned,
Aspirational,
Acceptable, Action-
focused
Istilah ketiga menekankan kepentingan matlamat yang
realistik dan dapat dicapai. Walaupun matlamat dicapai mungkin
memerlukan usaha untuk mencapainya, matlamatnya bukan adalah
melampau. Itu adalah matlamat adalah tidak keluar jangkauan
mahupun di bawah prestasi standard, kerana ini boleh dianggap sia-
sia.
47
Apabila anda mengenal pasti matlamat yang paling penting
untuk anda, anda mula memikirkan cara anda boleh membuat
mereka menjadi kenyataan.
Anda membangunkan sikap, kebolehan, kemahiran, dan
kapasiti kewangan untuk mencapai mereka. Teori ini menyatakan
bahawa matlamat dicapai boleh menyebabkan matlamat penetap
untuk mengenalpasti sebelumnya diabaikan peluang untuk
membawa mereka lebih dekat kepada pencapaian matlamat mereka.
Satu matlamat dicapai biasanya akan menjawab soalan:
a) Bagaimana: Bagaimana matlamat boleh dicapai?
LETTER MAJOR TERM MINOR TERMS
R RELEVANT RELEVAN Result-Based,
Results-oriented,
Resourced,
Resonant, Realistic
Istilah keempat menekankan kepentingan matlamat yang
dipilih adalah perkara
Matlamat Pengurus Bank untuk "Buat 50 mentega kacang
dan sandwich jeli pada pukul 2:00 petang " mungkin Khusus, Boleh
Diukur, dicapai, dan Bakal Masa, tetapi kekurangan Relevance.
Banyak kali anda akan memerlukan sokongan untuk
mencapai matlamat- sumber, suara juara, seseorang untuk
merobohkan halangan.
Matlamat yang relevan kepada bos anda, pasukan anda,
organisasi anda akan menerima bahawa sokongan yang diperlukan.
Matlamat Relevan (apabila bertemu) memandu pasukan, jabatan
dan organisasi ke hadapan.
48
Satu matlamat yang menyokong atau adalah sejajar dengan
matlamat lain akan dianggap sebagai matlamat yang berkaitan.
Matlamat yang berkaitan boleh menjawab ia kepada soalan-soalan
ini:
a) Adakah ini kelihatan berbaloi?
b) Adakah ini masa yang sesuai?
c) Adakah ini sepadan dengan usaha-usaha lain / keperluan
kita?
d) Adakah anda orang yang tepat?
LETTER MAJOR TERM MINOR TERMS
T TIMELY TEPAT
PADA
MASANYA
Time-oriented,
Time framed,
Timed, Time-
based,Timeboxed,
Time-bound, Time-
Specific,
Timetabled, Time
limited, Trackable,
Tangible
Istilah kelima menekankan kepentingan asas matlamat
dalam jangka masa yang memberikan mereka satu tarikh
sasaran. Satu komitmen kepada tarikh akhir membantu
menumpukan usaha untuk penyiapan matlamat pada atau sebelum
tarikh matang. Ini sebahagian daripada kriteria matlamat SMART
bertujuan untuk mencegah matlamat daripada diambil alih oleh krisis
hari-hari yang sentiasa timbul dalam sesebuah organisasi.
49
Satu matlamat yang terikat dengan masa adalah bertujuan
untuk mewujudkan satu sense of urgency.
Satu matlamat yang terikat dengan masa biasanya akan
menjawab soalan:
a) Apabila?
b) Apa yang boleh saya lakukan 6 bulan dari sekarang?
c) Apa yang boleh saya lakukan 6 minggu dari sekarang?
d) Apa yang boleh saya lakukan hari ini?
6.1.2. Jenis Matlamat
Matlamat dibahagi kepada dua iaitu jangka pendek dan
jangka panjang.Matlamat jenis jangka pendek adalah Matlamat yang
memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk dicapai.Matlamat
jangka pendek yang membawa kepada implementasi matlamat
jangka panjang.
Matlamat juga dibahagi kepada destinasi dan
prestasi.Matlamat destinasi ialah hasil akhir yang anda inginkan.
Hasil ini terdiri dari perkaran yang dalam kawalan atau luar kawalan
anda.Matlamat prestasi ialah tahap tindakan atau usaha anda yang
perlu untuk mencapai matlamat destinasi. Anda mempunyai kawalan
penuh dalam matlamat prestasi kerana ia melibatkan kadar usaha
individu tanpa pengaruh luaran.
Sebagai contoh, jika anda mahu turun berat badan,
matlamat destinasi anda ialah mempunyai berat badan X pada tarikh
Y.
Matlamat prestasi pula adalah:
(i) bersenam selama 1 jam 3 kali seminggu,
50
(ii) kurangkan kuantiti nasi separuh daripada biasa dan
(iii) minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Dengan contoh ini dapatkah anda lihat bagaimana dua
matlamat ini berbeza?
Hasil akhir yang anda mahu adalah untuk mendapatkan
berat badan X pada tarikh Y. Ini ialah matlamat destinasi.
Ada banyak faktor yang mempengaruhi sama ada anda
boleh turun berat badan atau tidak. Mungkin ada faktor-faktor di luar
kawalan anda seperti tahap metabolisma, genetik dan lain-lain.
Matlamat sebegini tidak menjamin anda akan dapat mencapainya.
Oleh itu anda perlu tetapkan matlamat prestasi supaya ia
mencerminkan tahap usaha yang anda perlu berikan untuk
merealisasikan matlamat destinasi. Matlamat prestasi ini 100%
terletak di tangan anda kerana pencapaian matlamat destinasi
bergantung pada kadar usaha yang anda letakkan. Tiada faktor
diluar kawalan anda. Selagi anda berusaha pada tahap itu,
pencapaian matlamat prestasi terjamin.
Inilah tujuan matlamat prestasi, ia menjadi kayu pengukur
kepada usaha yang anda letakkan. Tidak cukup hanya meletakkan:
(i) bersenam,
(ii) kurang makan dan
(iii) minum air lebih sebagai cara untuk mencapai matlamat
destinasi.
Ia tidak cukup spesifik dan sasaran tindakan anda kabur.
Apakah yang dimaksudkan dengan bersenam?
51
Adakah bersenam sekali sebulan sudah cukup untuk turun berat
badan?
Anda perlu meletakkan satu standard untuk mengukur tahap usaha
yang anda berikan.
Dengan cara ini anda tahu sama ada
(i) anda telah meletakkan usaha yang cukup mengikut standard
yang ditetapkan
(ii) strategi anda betul atau tidak jika anda dapat mencapai
matlamat prestasi tetapi matlamat destinasi tidak tercapai
(iii) melakukan perubahan dari segi strategi atau tahap usaha yang
perlu diberikan.
6.1.3. Prinsip pembentukan matlamat
(i) Matlamat mestilah matlamat anda sendiri
(ii) Matlamat mestilah positif
(iii) Matlamat mestilah boleh di capai dan nyata
(iv) Matlamat mestilah ditulis
(v) Matlamat mestilah spesifik
Mengapa tidak mempunyai matlamat
(i) Boleh dijangkakan
(ii) Telah ditetapkan
(iii) Takut kehilangan / kekalahan
(iv) Takut kemenangan
(v) Pengharapan yang terlalu tinggi
6.1.4. 9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda
(i) Kuasai masa anda.
52
"Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
(ii) Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain
menghalang anda.
"Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya
ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-
lamanya"
(iii) Hapuskan ketakutan.
"Jika anda takut mencuba,anda tidak akan pernah gagal. Tetapi
takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
(iv) Praktikan sikap positif
(v) Gambaran minda
"Kejayaan bukan destinasi,ianya adalah perjalanan, anda perlu
gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".
(vi) Bina imej diri positif
(vii) Capai sebarang peluang yang mendatang
"Peluang hanya datang sekali"
(viii) Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu
53
(ix) Ambil tindakan sekarang- Jangan cakap-cakap kosong sahaja.
"Action speak louder than words"
"1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah
hasil usaha"
(x) Keputusan ditangan anda,jangan biarkan sesiapa yang
menghalang anda
6.1.5. Langkah-langkah untuk mencapai matlamat
Secara ringkasnya, anda mesti meneliti minat sendiri,
keinginan anda, komitmen dan tanggungjawab. Anda juga harus
mengenal pasti matlamat yang penting kepada anda dan melakukan
untuk bekerja ke arah mencapai matlamat tersebut seperti
memutuskan bahawa anda mahu menggunakan pengalaman anda
telah mendapat sebagai pelajar universiti, jadi menetapkan matlamat
untuk menjadi mentor untuk pelajar tahun pertama.
Anda perlu menetapkan matlamat yang realistik, jelas
ditakrifkan dengan jangka masa yang tertentu, di mana kemajuan
boleh diukur dan kejayaan dinilai dengan jelas. Contohnya, "Saya
akan sihat" tidak adalah matlamat yang baik, kerana ia adalah
samar-samar, tetapi "Saya mahu bersenam tiga kali seminggu
selama 30 minit "adalah lebih baik.
Ini mengesan kemajuan anda, menyesuaikan dan
menambah matlamat sebagai satu cara untuk terus memantau
perkembangan anda dalam kehidupan.
54
(i) Langkah 1
a) Jelaskan kenapa anda membuat keputusan tersebut.
b) Fikirkan berapa banyak masa yang anda ada.
c) Tuliskan matlamat anda dan bila ia patut dicapai.
(ii) Langkah 2
a) Fikirkan tindakan yang akan diambil
b) Cari maklumat yang berkaitan dengan situasi tersebut
c) Senaraikan pilihan yang terbuka untuk anda
(iii) Langkah 3
a) Senaraikan implikasi dan akibat dari setiap pilihan
b) Hapuskan pilihan yang tidak munasabah atau tidak anda
perlukan
(iv) Langkah 4
a) Ikut setiap pilihan sampai tamat
b) Anda boleh mengikut lebih dari satu pilihan
c) Jangan membuang masa jika anda menemui jalan buntu.
(v) Langkah 5
a) Tambah pilihan atau matlamat baru didalam tindakan anda
55
(vi) Langkah 6
a) Bila anda telah mencapai matlamat anda tuliskan matlamat
baru dan had masa baru. Ikut langkah 2.
(vii) Langkah 7
a) Bila anda telah mencapai matlamat yang terakhir, anda juga
adalah kearah mencapai kejayaan yang jitu.
6.2. PERANCANGAN
6.2.1. Definisi
Proses di mana menentukan matlamat yang ingin dicapai
dan menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil di semua
peringkat untuk mencapai matlamat.
“Aktiviti yang berorientasikan masa depan, iaitu apa yang
hendak diperolehi pada masa hadapan dengan mula melaksanakan
programnya sekarang.”
6.2.2. Jenis Perancangan
6.2.2.1. Perancangan Jangka Panjang (Strategik)
(i) Perancangan menyeluruh bagi mencapai matlamat
(ii) Melibatkan proses pembuatan keputusan berkenaan
matlamat jangka panjang
(iii) Tempoh masa melebihi tiga tahun
(iv) Usaha yang tinggi kerana melibatkan perancangan
keseluruhan
56
(v) Memerlukan kemahiran konseptual yang tinggi
6.2.2.2. Perancangan Jangka Sederhana (Taktikal)
(i) Perancangan yang direkabentuk bagi melaksanakan
perancangan strategik.
(ii) Diterjemahkan daripada perancangan jangka panjang
(iii) Tempoh lebih singkat berbanding perancangan strategik
iaitu antara satu hingga tiga tahun.
6.2.2.3. Perancangan Jangka Pendek (Operasian)
(i) Perancangan terperinci
(ii) Jangka masa paling pendek kurang daripada satu tahun.
(iii) Penekanan pada tugas-tugas rutin.
(iv) Dilakukan secara berulang-ulang contohnya kerja harian,
mingguan, bulanan.
(v) Berkaitan aktiviti pengeluaran
6.2.3. Kepentingan Perancangan
(i) Menyediakan Hala Tuju
a) Membantu menentukan matlamat, kumpulan kerja dan
membangunkan strategi yang menyeluruh bagi mencapai
matlamat.
b) dapat mengagih dan mengguna sumber dengan lebih efektif
dan efisien.
57
c) Membantu mengenalpasti operasi yang diperlukan serta
bagaimana ia mempengaruhi organisasi.
d) Contoh: Perancangan 5 tahun – menyatakan visi, misi, objektif,
rancangan operasi, keperluan kewangan, keperluan sumber
manusia bagi mencapai matlamat
(ii) Tanda aras untuk mencapai objektif
a) Perancangan membolehkan penetapan tanda aras yang
hendak dicapai.
b) Tanda aras adalah satu proses mencari ciri-ciri produk,
perkhidmatan atau proses yang terbaik berbanding pesaing
sebagai satu standard atau piawai untuk meningkatkan prestasi
(iii) Bertindak kepada persekitaran yang dinamik
a) dapat mengenalpasti peluang dan masalah/ancaman yang
dihadapi pada masa sekarang dan masa depan
b) Penyesuaian boleh dilakukan dengan segera – memastikan
berjalan lancar – menjimatkan masa, mengurangkan
pembaziran dan risiko.
(iv) Sebagai Alat Kawalan
a) Dengan perancangan satu sistem kawalan dapat diwujudkan.
b) dapat memastikan pencapaian selaras dengan perancangan.
c) Tindakan pembetulan dapat dilakukan dari semasa ke semasa.
58
6.2.4. Jenis Perancangan
Perancangan dibahagikan kepada visi, misi dan objektif.
(i) Visi
Satu pernyataan yang menyeluruh tentang pencapaian. Visi
merupakan sesuatu yang ideal dan unik untuk dicapai dan
matlamat jangka panjang.
Ciri-Ciri Visi:
a) Ringkas, padat dan jelas
b) Realistik dan menimbulkan semangat
c) Menjawab persoalan apa, untuk siapa dan bila
(ii) Misi
Misi dinyatakan dalam bentuk yang umum, luas dan
memperlihatkan nilai-nilai kepercayaan, sifat orang yang
memegang kepentingan dalam masyarakat dan falsafah. Ia
membentuk identiti dan imej penting sebagai panduan dan
motivasi seseorang hala tuju supaya dapat memfokus usaha.
Misi menjadi ukuran bagi menilai kejayaan seseorang iaitu sejauh
mana berjaya memenuhi misi tersebut melalui usaha.
(iii)Objektif
Objektif merupakan sasaran atau hasil akhir yang cuba atau
dijangka dapat dicapai oleh sesebuah organisasi terbentuk
daripada misi.
59
Biasanya dinyatakan dalam bentuk yang lebih khusus
berbanding misi– dimensi masa yang lebih jelas.
Setiap bahagian atau unit akan menetapkan objektif masing-
masing selari dengan misi.
Ciri objektif: “SMART”
a) Spesifik
Objektif yang ditetapkan mestilah khusus (mendalam)
dan jelas.
perlulah mengenalpasti bidang-bidang utama dan
aktiviti-aktiviti yang boleh menyumbang kepada prestasi
(prestasi kewangan, perkhidmatan dan kepuasan dan
inovasi)
Selalunya berlandaskan kepada visi dan misi
Contoh: Objektif Kolej Matrikulasi Labuan spesifik
kepada melahirkan pelajar cemerlang.
b) Boleh diukur
Objektif perlu dinyatakan dalam bentuk kuantitatif .
Kejayaan atau kegagalannya mudah diukur.
Contoh: Sasaran jualan 150,000 unit dalam tempoh satu
tahun.
Objektif yang tidak boleh diukur misalnya sasaran jualan
yang tinggi dalam tempoh satu tahun.
60
c) Boleh dicapai
Matlamat mestilah mencabar tetapi boleh dicapai
(Realistik).
Sesuatu objektif mestilah mampu dicapai
Tidak terlalu tinggi atau mustahil untuk dicapai
Objektif ditetapkan berdasarkan keupayaan
Cth: Objektif jabatan pengeluaran perlu mengambil kira
keupayaan menghasilkan barangan melalui sumber-
sumber yang dimiliki oleh organisasi.
d) Dikaitkan dengan Ganjaran
Matlamat atau objektif perlu dikaitkan dengan ganjaran
Sebagai faktor pendorong kepada pelaksana.
Tujuannya supaya matlamat yang ditetapkan akan cuba
dicapai dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan
ganjaran yang dijanjikan.
Contoh: Bonus, pakej percutian, wang tunai dan lain-lain.
e) Mempunyai tempoh masa
Objektif yang ditetapkan mesti mempunyai had masa
bila ia perlu dicapai.
Tempoh masa diperlukan bagi mengukur pencapaian
semasa proses – membolehkan penilaian dilakukan.
61
Sekiranya tempoh tidak dinyatakan, maka akan terdapat
pelbagai definisi tentang tempoh masa yang sepatutnya
– akan menjejaskan pencapaian matlamat.
Contoh: Organisasi menetapkan untuk mencapai
peningkatan keuntungan sebanyak 20% dalam tempoh 3
tahun.
6.2.5. Langkah-langkah dalam perancangan
(i) Membangunkan terperinci, strategi yang realistik untuk
menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat.
(ii) Menjangka masalah atau kekangan, sentiasa mengkaji dan
menyesuaikan rancangan untuk menampung perubahan dalam
keadaan dan keutamaan anda.
(iii) Menilai kejayaan strategi dalam mencapai matlamat asal,
dalam rangka masa yang ditetapkan, sumber, dan peruntukan
bajet.
6.3. PENGURUSAN DIRI (Self-monitoring)
6.3.1. Definisi
Objektif yang menganalisis keadaan anda sendiri,
kemahiran dan kualiti, mengiktiraf kekuatan dan kelemahan anda,
dan mengakui kawasan untuk penambahbaikan seperti jujur
menerangkan kekuatan dan kelemahan anda pada permulaan sesi
latihan gimnasium, supaya anda dan jurulatih anda boleh mengenal
pasti kawasan untukanda untuk bekerja memperkuatkan badan.
62
Pengurusan diri mencerminkan dan tepat berdasarkan
usaha anda dan kemajuan diri sendiri.Sebagai contohnya, jika anda
mempunyai halangan di sepanjang jalan, membuat satu usaha untuk
tidak membiarkan ia mendapat anda ke bawah, tetapi mengakui
berapa banyak kemajuan anda telah dibuat ke titik itu
Pengurusan diri dapat mengenalpasti kawasan dalam hidup
anda di mana anda mahu untuk meningkatkan pengetahuan atau
kemahiran anda, dan menetapkan matlamat untuk memenuhi
matlamat tersebut.
Contohnya, jika anda tidak memahami bagaimana untuk
menggunakan perpustakaan universiti penyelidikan topik tugasan,
anda mungkin menetapkan ini sebagai matlamat pembelajaran
peribadi - dan dalam berbuat demikian, anda akan mendapat
kemahiran yang berharga untuk seluruh pengajian anda dan
kehidupan luar universiti.
63
7.0 JANGKAAN GURU
7.1. PENGENALAN
Perbezaan individu di kalangan murid bolehlah dianggap perkara
semula jadi. Ia boleh berlaku pada sebarang peringkat umur iaitu sama ada
kanak-kanak atau orang dewasa. Di peringkat sekolah menengah rendah,
sistem pendidikan di negara kita cuba membuat pembezaan atau
pengaliran tertentu, iaitu khasnya berdasarkan prestasi seseorang pelajar.
Pengaliran yang paling ketara sekali di negara kita ialah menempatkan
pelajar-pelajar yang cerdik di sekolah-sekolah elit seperti Sekolah
Menengah Sains, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Teknik
dan Sekolah Menengah Asrama Penuh yang lain.
Manakala di peringkat sekolah pula, pelajar-pelajar dibahagikan ke
kelas-kelas berdasarkan ukuran prestasi pelajar berdasarkan peperiksaan
tahunan. Misalnya, selepas PMR pelajar dialirkan kepada beberapa
jurusan seperti aliran sains, teknikal, agama dan biasa namun di dalam
setiap jurusan tersebut juga mengandungi kelas yang terbaik dan kurang
baik. Hal ini berlaku kerana ia berkait rapat dengan anggapan guru
terhadap prestasi pelajar secara umumnya.
7.2. DEFINISI KONSEP
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) mendefinisikan jangkaan ialah
sebagai suatu bentuk dugaan atau ramalan. Dalam hal ini, ia berkait rapat
dengan ramalan atau jangkaan guru terhadap prestasi pelajar dalam
bidang akademik di sekolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) guru bermaksud
pembimbing atau pendidik yang menyampaikan ilmu. Dalam konteks ini,
guru sentiasa bersedia merancang unit-unit pengajaran, memotivasikan
serta menilai pelajar dari semasa ke semasa.
64
Prestasi pelajar bermaksud hasil yang telah diperoleh atau dicapai
oleh seseorang pelajar. Dalam kajian ini, ia merujuk kepada hasrat guru
untuk melihat peningkatan prestasi pelajar dalam bidang akademik
keseluruhannya..
7.3. JANGKAAN GURU
Mengikut Sharifah Alawiyah (1987), terdapat beberapa jenis atau
bentuk pengaliran dan pembezaan yang biasa dilaksanakan di sekolah
atau bilik darjah dalam sistem pendidikan sesebuah negara, iaitu
pengaliran, bukan pengaliran, pengaliran berband (banding) dan
pengaliran tersembunyi, pengaliran berset (setting) dan pengaliran bergred
(grading).
Rentetan dari sistem pendidikan yang wujud di negara kita seperti
bentuk pengaliran dan pembezaan yang biasa dilaksanakan telah
membawa kesan dan ia berkait rapat dengan jangkaan guru terhadap
prestasi seseorang pelajar di sekolah.
7.3.1. Tindakan guru apabila jangkaan prestasi pelajar telah dibuat
7.3.1.1. Pengaliran Berband (Banding)
Apabila berlakunya situasi yang sedemikian,
lazimnya guru akan mengumpulkan pelajar secara tidak
saksama iaitu yang pandai serta lemah, sedikit dan lebih
ramai yang mempunyai pencapaian sederhana di dalam
kelas.
7.3.1.2. Pengaliran Tersembunyi (Convert)
65
Pengaliran jenis ini ialah tidak berdasarkan penilaian
kebolehan, tingkah laku dan latar belakang keluarga
sebaliknya ia berdasarkan kriteria atau pandangan guru
yang tersendiri. Biasanya pada peringkat murid-murid yang
baru masuk ke sekolah rendah atau Darjah Satu, guru telah
membuat pemilihan berdasarkan tingkah laku atau
pandangan serta kepercayaan guru sendiri. Kumpulan
tersebut biasanya dikekalkan untuk beberapa tahun.
7.3.1.3. Pengaliran Berset (Setting)
Mengumpulkan murid berdasarkan kebolehan mata
pelajaran tertentu. Misalnya murid yang mendapat
pencapaian yang baik dalam mata pelajaran Matematik dan
Sains dalam PMR bolehlah diletakkan ke kelas aliran sains.
Di Malaysia pengaliran banyak bermula pada Tingkatan
Empat.
7.3.1.4. Pengaliran Bergred
Pengumpulan jenis ini ialah berdasarkan kemajuan
dan pencapaian pelajar dan bukan berdasarkan ukuran
kebolehan atau umur. Ia banyak dilaksanakan di Amerika
dan Rusia.
7.4. IMPLIKASI JANGKAAN GURU TERHADAP PRESTASI PELAJAR
Kajian tentang jangkaan guru telah dibuat oleh Palardy (1967)
tentang kebolehan pelajar membaca di sekolah USA dan tersiar dalam
Elementary School Journal yang bertajuk ' what teacher believe-what
children achive'. Mengikut pendapat beliau, pelajar lelaki yang belajar
dengan guru yang menjangkakan pencapaian sama dengan pelajar
perempuan maka menunjukkan ada berlaku peningkatan. Sebaliknya kalau
66
guru tidak meramalkan pelajar lelaki adalah sama atau lemah dengan
perempuan maka pencapaian pelajar lelaki dalam sesuatu ujian tidak akan
meningkat.
Sementara itu, mengikut Leigh (1977), pelajar mungkin tidak
percaya terhadap jangkaan negatif yang dibuat oleh guru dan mereka
boleh mengubahkan tingkah lakunya ke arah pencapaian yang lebih baik.
Mengikut pendapat Dor-Bremme (1991), sudah menjadi kelaziman
kepada guru-guru apabila mereka melihat pencapaian murid-murid dalam
pendidikan adalah lemah maka dengan mudah pelajar dilabelkan sebagai
lemah dan tidak ada harapan boleh maju.
Menurut kajian Nash di sekolah rendah dan menengah di Scotland
mendapati bahawa tingkah laku murid berdasarkan jangkaan guru.
Sebagai contoh kalau guru menjangka pelajar adalah baik maka tingkah
laku murid akan menunjukkan kebaikan walaupun mereka berada di mana-
mana pun, dan pendapatnya lagi bahawa pelajar menunjukkan tingkah
laku yang tidak baik oleh sebab guru tidak menaruh harapan yang mereka
adalah berkelakuan baik.
7.5. PERBINCANGAN
Telahan guru terhadap prestasi seseorang pelajar perlu positif
kerana dalam hal ini pelajar yang lemah akan terus menjadi mangsa dan
merasa terpinggir. Mereka bukan sahaja diajar oleh guru-guru yang kurang
pandai tetapi juga guru-guru yang berkenaan tidak akan menjangkakan
mereka akan menjadi pelajar yang pandai. Akibatnya kemajuan mereka
sukar untuk meningkat dan kemungkinan besar jika pada masa Tingkatan
Satu sekumpulan pelajar diletakkan di kelas yang tercorot maka begitulah
nasib mereka sehingga sampai ke Tingkatan Tiga.
7.5.1. Ciri-ciri jangkaan yang dibuat oleh guru
(i) Ada yang tepat dan ada yang tidak tepat.
67
(ii) Murid-murid akan menunjukkan pencapaian berdasarkan
harapan dan jangkaan daripada guru.
(iii) Seandainya jangkaan yang dibuat oleh guru tidak tepat akan
menimbulkan masalah kepada guru kemudiannya.
(iv) Kebanyakan jangkaan yang dibuat oleh guru adalah lebih tepat
jika dibandingkan dengan masyarakat
(v) Jangkaan guru mungkin ada hubung kait dengan jantina.
(vi) Guru perlu menaruh atau menjangka harapan yang lebih tinggi
agar mereka dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Jangkaan guru ke atas prestasi seseorang pelajar turut
memberi kesan kepada pelajar yang telah ditempatkan di kelas-kelas
yang tertentu. Sebagai contoh pelajar yang diletakkan di kelas aliran
sains semestinya dianggap oleh guru sebagai pelajar yang boleh
mencapai keputusan peperiksaan yang memberangsangkan. Akibat
yang timbul dari keadaan ini ialah pelajar mungkin akan rasa
tertekan kerana guru mengharapkan pencapaian yang tinggi.
Begitu juga jangkaan guru kepada seseorang pelajar
menjelang peperiksaan adalah berbeza di mana guru tidak
mengharapkan sangat kepada pelajar yang lemah untuk mendapat
keputusan yang baik. Dengan ini pelajar yang lemah merasa tidak
yakin oleh sebab tidak adanya rangsangan dari gurunya sendiri.
Sedangkan pelajar yang terpilih ke kelas yang bijak, jangkaan guru
terhadap mereka adalah lebih tinggi dan bersifat positif.
68
7.6. CADANGAN
Sebagai seorang guru, ia perlu menaruh harapan yang lebih baik
kepada pelajar di bawah bimbingannya. Setiap tanggapan yang negatif
perlu diubah. Berilah motivasi yang tinggi kepada seseorang pelajar agar
minat dan prestasi mereka akan meningkat dari semasa ke semasa.
Untuk mengelakkan anggapan guru terhadap prestasi pelajar
menjadi negatif, guru boleh membuat kaedah seperti meletakkan berbagai-
bagai kebolehan atau tahap para pelajar di sesebuah kelas. Para pelajar
tersebut boleh dikumpulkan menjadi dua atau kumpulan untuk mata
pelajaran yang penting sahaja. Dengan cara tersebut pelajar yang kurang
pandai boleh bersaing dengan yang pandai. Sementara pelajar yang
pandai tidak akan terjejas walau di mana mereka diletakkan. Untuk itu guru
bolehlah membuat latihan di alam kelas yang mempunyai murid yang
berbeza-beza tahap kebolehan.
Stail atau gaya pembelajaran perlu difikirkan juga kerana
sesetengah pelajar yang lemah dapat belajar dengan bersemangat
sekiranya mereka dikumpulkan secara beramai-ramai. Di Amerika Syarikat
kaedah Student Team Learning (STL) dan Cooperative Learning
Approaches (CLA) telah dimulakan pada pertengahan tahun 1980-an.
Kaedah ini telah diperkenalkan oleh David dan Roger Johnson (1984),
Elizabeth Cohen (1986), Robert Slavin dan beberapa orang tokoh yang
lain.
69
7.7. KESIMPULAN
Sememangnya pencapaian seseorang pelajar di sesebuah sekolah
sedikit sebanyak dipengaruhi oleh jangkaan atau label yang dianggapkan
oleh guru. Walau bagaimanapun sesuatu jangkaan yang dibuat oleh guru
tidak semestinya berlaku seratus peratus kepada pelajar.
Namun begitu, harapan dan anggapan guru juga boleh
mempengaruhi prestasi pelajar. Perbezaan anggapan guru boleh
menerangkan sekurang-kurangnya sebahagian dari kesan iklim sekolah ke
atas pencapaian di samping menerangkan tentang kesan latar belakang
sosioekonomi sesebuah sekolah.
Walaupun ada bukti bahawa beberapa orang guru sekurang-
kurangnya mempunyai jangkaan yang berlainan untuk kumpulan pelajar
yang berlainan dan anggapan ini boleh menghasilkan perbezaan dalam
prestasi pelajar. Kebanyakan dari kajian ini tidak mempunyai reka bentuk
yang dapat membantu kita untuk mengetahui bagaimana anggapan ini
berhubung dengan pelajar dan mempengaruhi kejayaannya. Untuk tujuan
ini kita perlu melihat kajian yang berkaitan secara langsung dengan proses
interaksi di bilik darjah.
70
RUJUKAN
Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjung Malim
Perak: Quantum Books.
Rujukan Internet:
1. http://yendra-hardinata.blogspot.com/2009/11/pengertian-motivasi-dan-
fungsi-motivasi.html
2. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2003&dt=1023&pub=DuniaPe
ndidikan&sec=Motivasi&pg=mo_01.htm
3. http://rad.mil.my/rad/index.php?option=com_content&view=article&id=120
%3Asorotan-minda-pengarah-artileri-siri-52011&catid=1%3Alatest-
news&lang=ms
4. http://ocw.utm.my/file.php/151/Topik_1_Pengenalan_Sosio_Pendidikan.p
df