motor-ac

Post on 05-Aug-2015

579 views 53 download

Transcript of motor-ac

MOTOR AC

OBJEKTIF Menyatakan fungsi belitan mula dan belitan larian. Menerangkan prinsip kendalian motor 1 fasa. Menerangkan ciri-ciri motor dari segi:

1. Daya kilas

2. Arus

3. Kuasa Mengenal bahagian-bahagian utama motor AC. Melakarkan gambarajah litar setiap motor 1 fasa.

PENGENALAN Motor AC boleh dibahagikan kepada dua:1. Motor 1 fasa2. Motor 3 fasa

Jenis-jenis motor AC:1. Motor aruhan fasa belah2. Motor penukartertib3. Motor kutub terteduh4. Motor segerak

Motor AC 1 Fasa Tidak boleh berputar tanpa bantuan medan

magnet berputar.

Fungsi belitan mula dan belitan larian Fungsi belitan mula dan belitan larian dalam

motor AC 1 fasa jenis aruhan fasa belah adalah untuk mewujudkan medan magnet yang sentiasa berubah-ubah kutub (utara atau selatan).

Perubahan medan magnet ini akan menghasilkan satu kedudukan medan magnet yang seolah-olah berputar.

Prinsip Kendalian Motor AC 1 Fasa Berasaskan tindakan medan magnet belitan

mula dan larian dengan medan magnet pemutar.

1. Apabila voltan dibekalkan pada motor, kedua-dua belitan mula dan belitan larian akan menghasilkan medan magnet.

2. Arus pada belitan mula adalah lebih kecil disebabkan luas keratan rentas yang kecil dan rintangan belitan pengalir yang tinggi.

Prinsip Kendalian Motor AC 1 Fasa3. Arus pada belitan larian adalah lebih tinggi

disebabkan luas keratan rentas yang besar dan nilai rintangan belitan pengalir yang rendah.

4. Kedua-dua perbezaan ini akan menyebabkan perbezaan fasa di antara arus dengan voltan pada belitan mula dan belitan larian.

5. Ini akan menghasilkan medan magnet berputar.

Prinsip Kendalian Motor AC 1 Fasa6. Medan magnet berputar akan bergerak dengan satu

kelajuan yang dinamakan kelajuan segerak (Ns). Kelajuan segerak ini bergantung kepada bilangan kutub dan frekuensi bekalan.

Ns = 120f (psm)

P

f = Frekuensi bekalan (Hz)

P = Bilangan kutub

N = Kelajuan segerak (psm)

Prinsip Kendalian Motor AC 1 Fasa7. Medan magnet berputar akan memotong jalur-jalur

pengalir pada pemutar.8. D.g.e. yang akan terhasil apabila medan magnet

berputar memotong jalur-jalur pengalir dan seterusnya menghasilkan medan magnet pada pemutar.

9. Kedua-dua medan segerak dan pemutar akan bertindak di antara satu sama lain.

10. Daya kilas permulaan untuk menggerakkan motor akan terhasil dari tindak balas medan magnet berputar dengan medan magnet pemutar.

Ciri-ciri Motor AC 1 FasaBil. Jenis Motor Ciri-ciri

Daya kilas Arus Kuasa

1 Motor fasa belah mula rintangan

Rendah ketika bermula dan kendalian

Rendah Rendah

2 Motor fasa belah pemuat tetap

Rendah ketika bermula dan kendalian

Rendah Rendah

3 Motor fasa belah mula pemuat

Tinggi ketika bermula dan malar ketika kendalian

Rendah Rendah

4 Motor fasa belah mula pemuat, larian pemuat

Tinggi ketika bermula dan malar ketika kendalian

Rendah Rendah

Ciri-ciri Motor AC 1 Fasa(samb..)5 Motor tolakan Tinggi ketika bermula

dan kendalianRendah Rendah

6 Motor siri Tinggi ketika bermula dan kendalian

Tinggi Tinggi

7 Motor semesta Tinggi ketika bermula dan kendalian

Tinggi Tinggi

8 Motor kutub terteduh Rendah ketika bermula dan kendalian

Rendah Rendah

9 Motor segerak Rendah ketika bermula dan kendalian

Rendah Rendah

Bahagian-bahagian Utama1. Pemegun Dari lapisan besi bertebat. Mempunyai lubang alur untuk memasukkan

belitan.

Bahagian-bahagian Utama2. Pemutar Dari lapisan-lapisan besi bertebat. Mempunyai garisan-garisan pengalir yang

disambung pada gelang hujung. Diletakkan pada aci.

Bahagian-bahagian Utama3. Suis empar Mempunyai sesentuh tetap dan bergerak. Bertindak dengan daya empar ketika motor

mula berputar.

Bahagian-bahagian Utama4. Pemuat Dari jenis elektrolit dan minyak.

Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasa1. Motor Fasa Belah

a) Motor fasa belah mula rintangan

Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasab) Motor fasa belah mula pemuat

Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasac) Motor fasa belah mula pemuat tetap

Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasad) Motor fasa belah mula pemuat larian pemuat

Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasa2. Motor Penukartertib

a) Motor tolakan

Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasab) Motor siri

Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasac) Motor semesta

Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasa3. Motor Kutub Terteduh

Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasa4. Motor Segerak

Kerosakan MotorBahagian Kerosakan Tanda-tanda kerosakan

Suis empar Pegas tak berfungsi Sesentuh longgar

Motor terus berkendali Motor tidak dapat berkendali

Pemuat Litar pintas Litar terbuka Tamatan longgar Pemuat bocor

Motor tidak dapat berkendali atau kelajuan rendah

Belitan Litar terbuka Litar pintas Penebatan rosak Tamatan longgar

Motor tidak dapat berkendali kecuali dibantu

Pemutus litar akan terpelantik Fius akan memutus

Keselamatan dan Peraturan1. Prosedur Menggandingkan motor dan beban dengan

sambungan mekanik yang betul. Memeriksa kekemasan dan kekutuban pengalir. Memasangkan penutup hujung aci. Melakukan sambungan mengikut rajah yang betul. Menguji keterusan sambungan. Menyambungkan bekalan kepada unit kawalan dan

sistem motor.

Keselamatan dan Peraturan2. Pembumian Semua kerja-kerja sambungan eektrik dan

bahagian logam yang terdedah peru dibumikan untuk melindungi pengguna daripada terkena renjatan elektrik.

Keselamatan dan Peraturan3. Perlindungan Mekanikal Bagi mengelakkan bahagian-bahagian

cantuman dan gandingan dari tercabut dan melindungi pengguna daripada terkena bahagian yang berputar, ianya perlulah kukuh dan ditutup dengan penutup.

MOTOR AC 3 FASA Terbahagi kepada 3 jenis:

1. Motor Aruhan Jenis Sangkar Tupai

2. Motor Pemutar Berlilit

3. Motor Segerak

Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa Berasaskan penghasilan medan magnet

berputar dan medan magnet pemutar. Penghasilan kedua-dua medan magnet ini

adalah mengikut Hukum Lenz.

Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa

1. Motor Sangkar Tupai

Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa Apabila belitan pemegun dibekalkan dengan

bekalan 3 fasa, medan magnet berputar akan terhasil dan akan berputar dalam satu kelajuan iaitu kelajuan segerak (Ns).

Medan magnet berputar akan memotong jalur-jalur pengalir pemutar.

D.g.e akan terhasil dalam pengalir pemutar.

Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa D.g.e yang terhasil menyebabkan berlakunya

pengaliran arus dalam jalur-jalur pengalir pemutar dan seterusnya akan menghasilkan medan magnet pada pemutar.

Tindak balas kedua-dua medan magnet ini akan menghasilkan daya kilas bagi menggerakkan pemutar.

Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa

2. Motor Pemutar Berlilit

Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa Apabila belitan pemegun dibekalkan dengan

bekalan 3 fasa, medan magnet berputar akan terhasil dan berputar dalam satu kelajuan yang dinamakan sebagai kelajuan segerak, (Ns).

Medan magnet berputar akan memotong belitan pengalir pemutar.

D.g.e akan terhasil dalam pengalir pemutar.

Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa D.g.e yang terhasil menyebabkan berlakunya

pengaliran arus dalam belitan pengalir pemutar. Nilai arus yang terhasil akan dikawal oleh

perintang luar melalui gelang arus dan akan menentukan kekuatan medan magnet pada pemutar.

Tindakbalas medan kedua-dua medan magnet ini akan menghasilkan daya kilas untuk menggerakkan pemutar.

Kiraan Kelajuan Segerak, Kelajuan Pemutar dan Gelinciran

1. Kelajuan Segerak, (Ns)

Ns = 120f (psm)

P

f = Frekuensi bekalan (Hz)

P = Bilangan kutub

N = Kelajuan segerak (psm)

Kiraan Kelajuan Segerak, Kelajuan Pemutar dan Gelinciran

2. Kelajuan Pemutar, (Nr) Kelajuan sebenar motor dalam keadaan

beban penuh. Biasanya kurang 3% hingga 4% daripada

kelajuan segerak dan dinyatakan dalam pusingan seminit (psm).

Kiraan Kelajuan Segerak, Kelajuan Pemutar dan Gelinciran

3. Gelinciran, (S) Perbezaan di antara kelajuan segerak dengan

kelajuan pemutar dinyatakan dalam peratusan.

Peratusan gelinciran bagi motor akan menentukan daya kilas permulaan dan kendalian.

Kiraan Kelajuan Segerak, Kelajuan Pemutar dan Gelinciran

S = Ns - Nr x 100%

Ns

di mana

S = gelinciran

Ns = kelajuan segerak (psm)

Nr = kelajuan rotor (psm)

Contoh 1:Sebuah motor AC 3 fasa 415 V/50 Hz mempunyai empat kutub. Hitungkan kelajuan segerak motor tersebut.

Ns = 120f P

= 120 x 50 4

= 1500 psm

Contoh 2:Sebuah motor aruhan 3 fasa 415 V/60 Hz mempunyai dua kutub berkendali pada kelajuan 3480 psm. Hitungkan peratus babas motor tersebut.

S = Ns – Nr x 100% Ns

Ns = 120f = 120 x 60 = 3600 psm P 2

S = 3600 – 3480 x 100% = 3.33% 3600

Contoh 3:Sebuah motor aruhan jenis sangkar tupai 3 fasa 415 V/50 Hz mempunyai 6 kutub dan peratus babas 4%. Hitungkan kelajuan segerak dan kelajuan rotor. Ns = 120f = 120 x 50 = 1000 psm P 6 S = Ns – Nr x 100%

Ns 4 = 1000 – Nr x 100% 10004 x 1000 = 1000 – Nr Nr = 1000 – [ (4 x 1000)/100] 100 = 1000 – 40

= 960 psm

Bahagian – bahagian Motor1. Pemegun (stator)

2. Pemutar (rotor)

3. Gelang gelincir

Kerosakan Motor1. Terbalik fasa Punca sambungan bekalan 3 fasa yang tidak

mengikut urutan fasa yang betul iaitu merah, kuning dan biru.

Tanda kerosakan: putaran motor bertentangan dengan arah putaran yang diperlukan.

Alat uji: meter urutan fasa Membaik pulih: tukar sambungan.

Kerosakan Motor2. Terbuka Berlaku pada belitan-belitan motor disebabkan oleh

belitan putus, sambungan longgar atau belitan terbakar.

Tanda kerosakan: motor tidak berkendali, jika salah satu belitan terbuka, motor akan berkendali tetapi mengeluarkan haba dan bunyi dengung.

Alat uji: meter pelbagai dan pengujian penebatan Meger.

Membaik pulih: sambung semula belitan atau melilit semula belitan.

Kerosakan Motor3. Pintas Kerosakan yang berlaku pada belitan-belitan motor

disebabkan oleh kerosakan penebatan, salah sambungan tamatan atau belitan terbakar.

Tanda kerosakan: motor tidak berkendali. Alat uji: meter pelbagai dan meter penguji

penebatan. Membaik pulih: betulkan semula sambungan atau

melilit semula belitan motor.

Kerosakan Motor4. Kebocoran Sentuhan terus belitan dengan rangka motor yang

disebabkan oleh kerosakan penebatan. Tanda kerosakan: terdapat arus yang mengalir pada

bahagian rangka motor atau pemutus litar bocor ke bumi terpelantik.

Alat uji: meter pelbagai dan meter penguji penebatan.

Membaik pulih: hidupkan semula pemutus litar bocor ke bumi atau melilit semula belitan motor.

Keselamatan dan Peraturan1. Prosedur Gandingkan motor dan beban dengan sambungan

mekanikal yang kukuh. Periksa kekemasan dan kekutuban pengalir. Pasangkan penutup hujung aci. Buat sambungan mengikut rajah dengan betul. Uji keterusan sambungan. Sambungkan bekalan kepada unit kawalan dan

sistem motor.

Keselamatan dan Peraturan2. Pembumian Semua kerja-kerja sambungan elektrik dan

bahagian logam yang terdedah perlulah dibumikan dan dilindungi dengan pemutus litar.

Kadar kepekaan pemutus litar bocor ke bumi mestilah berkadar 10mA.

Keselamatan dan Peraturan3. Perlindungan mekanikal Bahagian-bahagian cantuman dan gandingan

mestilah dibuat dengan kukuh, ditutup dengan penutup bagi mengelakkan kelonggaran atau terlucut dan terkena bahagian yang berputar.